CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matabelalang

Menantu vs. Mertua

[Copy link]
Post time 31-10-2008 02:04 PM | Show all posts
Sementara mentua masih idup ni la korang kena berbaik2 ngan diorg...kalo dah takde jgn harap la korang nak merasa..lainla korang nak tawin lain...haku ni baru je kehilangan MIL last week..alfatihah...

haku baru tawin 2 thn++ tapi kehilangan dia betul2 haku terasa..dulu haku cam korang gak...ngan MIL tgk pun cam nak jeling je...kalo dia dtg umah rasa tak bebas..bila haku nmpk dia bersungguh jaga haku n son masa pantang..pastu sbln dia jadik pengasuh anak haku...haku terus syg sgt kat dia...arwah lagikla suka ngan budak...kalo naik KL paling lama dia tido umah haku...sampaikan adik badik hb yg lain jeles...

skang MIL dah takde..takde lagik org nak masakkan hb pucuk miding...takde lagi org nak mskkan haku peneng gotey..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2008 02:22 PM | Show all posts

Reply #61 pu3_krizalid's post

ntah ler..

this happens to me a lot. .bila dah dkt2 nak kehilangan, rasa baik sgt dgn org2 tu.. for eg. my classmates masa i sek. rendah... sebulan dua sebelum our sudden migration, i dgn dorg rapat sgt.. sedih jer bila tetiba parents ckp nak pindah
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 02:32 PM | Show all posts
aku pon nk pindah umh mentua dh mgu dpn....
6 bln jauh dgn laki....
riso aku.......
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 03:04 PM | Show all posts
korang kena lapangkan dada tuk terima PIL seadanya...cam haku nyer biras dulu masa haku memula kapel ngan hb..biras ni org banjo..kuang ajo..hangin je haku dengo masa tu...leh la main halau FIL ckp dah takmo jaga..padahal FIL keje skali ngan BIL..leh la dia halau...mmg silaka...dah tua tak sedo diri..dia cam pandang rendah famili in law haku..haritu masa pas MIL meninggal dia yg over ..kekunun cium2 baju MIL...siap ckp suh kiotrg gilir jaga FIL...eleh cam la haku tak tahu hati perut dia camne...over je lebih..tiba masa mulut cam pu*ka...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 03:55 PM | Show all posts
huii...mula2 rs nak salahkan laki...sbb, apsal tak reti nk cari rumah sendiri, reti kawin jer. dah duk umah mak tu, pandai2 la jg hati mak dan bini.
yg bini pun salah juga, yg tua kena hormat la. mcm tak reti hormat org tua, kalo aku mertua dia, lama dah aku halau dia sbl dia sendiri nk lari dr rumah. kira baik dah tu mak mertua tak halau depa kuar.
yg si mak tu, aku sian jugak. penat2 besarkan anak lelaki, dpt menantu mcm tu. sia-sia jer. anak lelaki mesti dahulukan mak, bukan bini. aku tetap salahkan bini dia, sbb tak pandai bawak diri. takkan si mak yg dah tua tu bodoh sgt nak cari gaduh dgn menantu??? ada la tu yg tak kena. plsss la sang isteri... tolong la, dah kawin dgn anak lelaki org, pandai2 la jaga hati mak bapak dia. dah la menumpang.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 04:05 PM | Show all posts
mmg la kesian, mak bapak si wife tu jauh kat sabah. masa nk kawin dulu tak pikir pulak jauh ke apa...so..dah buat keputusan mcm tu, jgn mimpi la nak bawak lari anak org ke sabah pulak..org tu dah la ank lelaki bongsu, harapan si mak yg dah tua... sian mak...syg mak... aku kalo mak aku diperlakukan oleh akak ipar mcm tu, kompem2 aku taruk julap dlm air teh dia..geram!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2008 04:25 PM | Show all posts
uummm...wa dh trlepas dari cengkaman MIL. sbb dh 4thn tinggalkn donia ni...
awal2 kawen mmg trsiksa jiwa dan raga. tp mmg wa cakap laa..kita as org mude kn hormat org tua, byk2 bersabar n doa biar lembut ati dia...alhamdulillah...2-3thn sblum MIL ninggal our relationship kire ok laa jgk..slalu mai kl umah wa yg plg lama dia dok. now FIL dh ada bini baru. yg ni ok la..xbyk hal.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 07:05 AM | Show all posts
hang peluk & cium jerr mak mertua hang tu.......cair la nanti.....nih dua2x buat buah keras..dok layan tension... mak mertua tu mcm mak sendre....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2008 09:34 AM | Show all posts
Yelah...aku sian juga tengok mak mertua dia.
Harapan mak tentu pada anak lelaki...anak bongsu plak tu.
Dah lah suami dah tak de!
Kalau anaknya pindah rumah...sian maknya tinggal sorang2.
Anak2nya yang lain kerja kat Terengganu dan Dubai.
Tinggal dia sorang jaga mak dia...
Nasiblah dapat menantu macam 'hantu"...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 02:02 PM | Show all posts
assalamualaikum.

kita tak bley salahkan sebelah pihak je skrg ne kita cuma dengar cerita dari piak suami n ibu.  kita tak tahu lagi cerita belah siisteri pulak.. memanglah payah kalau dok dgn mertua ne tambah2 lagi bagi pompuan.. yelah kalau lelaki dok dgn mertua geram2 leh kuar dok kedai kopi tp takkan lah pompuan nak dok lepak kedai kopi.  dari cara cerita yg ko bagitahu ne aku dapat jangkakan di sini masing2 ada kesalahan dan masing2 ego dgn pendirian masing2. satu pada si suami, banyak keburukan isteri yg diceritakan adakah si suami tu tak ada keburukan langsung maybe ada sebab kenapa isteri jadi cam tu, samada suami terlalu berkeras atau suami terlalu brlembut.  pompuan ne umpama tulang rusuk suami kalau terlalu dia akan terus bengko tp kalau terlalu keras pulak ia akan patah so lelaki (suami) pandai2lah ainkan peranan.  mertua pulak biasalah kebanyakan ibu terutama yg mempunyai anak lelaki bongsu secara automatik bila naknya kawen dia akan rasa si istri telah mengambil sebahagian perhatian n kasihsayg anaknya. dari situ timbul perasaan tidak puas hati, berkecil ati apa yg menantu lakukan rasa tak betul.. kalau betulkan si ibu mempunyai sifat yg terpuji walaubagaimanapun jahat si menantu dia tidak akan menyatakna "tidak mahu lagi terimamenantu", tak terpikir ke dgn masa depan cucunya kalau hidup tanpa kedua ibubapa.  tak kesian ke beliau dgn anak lelaki beliau yg tersepit diaantara ibu dan isteri... bagi si isteri pulak maybe sebab cara hidup org semenanjung dn pantai timur ada sedikit kelainan dan tak dapat terima cara tersebut. maybe siiteri tu mwemang kasar sejak dulu lagi.. tp sisteri jugak perlu memperbaiki diri bukan bila gaduh je lari dari rumah, tak tahu ke apa hukumnya kuar rumah tanpa izin suami.. dalamkes ne masing2 mahu menegakkan pendirian masing2.. n sebagi org tua sepatutnya bagi nasihat bukan menghukum... aku bagi pendapat ne  adalah dari pengalaman aku sendiri yg berkawen dgn anak lelaki bongsu dan tunggal.. satu lagi adat dan budaya sedikit berlainan, memanga di awal perkahwinan payah untuk terima tp peranan suami paling penting..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 11:51 AM | Show all posts
Originally posted by matabelalang at 15-10-2008 12:03 PM
Untuk perbincangan dan pendapat...

Bagaimana untuk mengendalikan isteri yang terang2 tak menghormati mertuanya...suami ibarat "di luah mati mak, di telan mati bapak"!.

Info :
1. Mere ...


Sorry...but hope you check dulu. I know she's your mother...tapi observe betul betul...mak mertua tu tak de salah ke..? elok ke dia treat menantu dia belakang you?..sebab pernahlah nampak mata kepala sendiri mak mertua yang pandai berlakon drama. berlakon jadi mangsa.
Sorryla...but this is how a lady's mind works...your mum sayang anak dia..ibu ni kalau sayang anak memang tak berbelah bagi. macam mana baik pun si ibu, bila dia tengok anak dia dengan perempuan lagi (i.e. wife) memang dia akan terdetik sikit cemburu. terpulang pada dia macam mana nak handle perasaan tu. ada yang sentiasa ingatkan dia jgn cemburu, ada yang suke kena hasut ngan ipar duai and gang up hentam menantu tu, ada jugak yang berlakon jadi mangsa menantu so that anak sayang her more..ada...i'm not making up stories...
Puncanya simple je...sebab dua dua perempuan ni loves you..
Must find a way to make they both feel loved by you..tak de double standard. lagi susah la kalau duduk sebumbung...

[ Last edited by  shilo at 4-11-2008 11:53 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2008 12:28 PM | Show all posts
Hi...lama tak berforum coz banyak 'outstation'.
Untuk kisah ini, sudah sebulan si isteri meninggalkan si suami...
kerana konflik rumahtangga dengan ibu mertua...
Si isteri SMS kepada si suami, katanya nak duduk di Sabah sehingga Raya Haji dan
berharap agar si suami datang jemput dia di Sabah...
Si suami dah jadi serba salah...
Lama sangat si isteri tinggalkan dia dan si suami dah pujuk-rayu supaya dia balik.
Si suami masih takut nak ke Sabah kerana takut 'asakan' keluarga si isteri...
Adakah patut si suami nie jemput isteri di Sabah atau hanya tunggu si siteri balik sendiri...???
Untuk makluman, si isteri nie kira lari dari rumah mertuanya dan si suami tidak izin dia peri ke Sabah. Dan, adakah patut si suami nie mengirim wang belanja untuk isterinya di Sabah...

Mohon forumers beri pendapat?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2008 08:25 AM | Show all posts
Isteri dah 2 bulan tak balik ke KL, masih dengan keluarga dia di Sabah.
Sekarang dia mintak husband dia kirimkan anak die sorang lagi melalui kak dia yang akan balik ke Sabah 28 November 2008. Si isteri nampaknya dah nekad tak kan balik ke KL sehingga si husband jemput di di Sabah...

Hai, nampaknya semakin complicated dan macam jalan menuju perceraian atau 'gantung tak bertali' je!
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 08:37 AM | Show all posts
mana mil yg baik...baik la....situasi berbeza jd penerimaan pun berbeza....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2008 10:04 AM | Show all posts
Isteri@menantu masih belum balik ke KL
Katanya nak Raya Haji di Sabah dan masih nak suami jemput isteri jugak...
Apa penyelesaiannya?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 11:30 AM | Show all posts
tepuk dada tanya selera.....
kalo suami sayang isteri kenalah bimbing dia n datang jemput isteri.... kalo isteri dah sms suruh jemput means oklah 2.. and family dia takkan pukul c suami sampai mati.. takkan nak tengok anak dia menjanda pulak...
about mil.. dia ni kuat tak dalam iman.... ingat kita ni tak layak nak hukum siapa siapa sebab Allah saja yang layak.... lembutkan hati untuk sentiasa ada perasaan maaf.. insyallah hati akan tenang..... byk byk berzikir....
dan c suami 2 buat solat istikharah....

[ Last edited by  keliru08 at 14-12-2008 11:31 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2008 11:53 AM | Show all posts
ni pendapat aku je.

1) bawak anak2, gi pujuk isteri dan gi holiday sama2. masa holiday tu gi bincang abis2 dan try rekindle balik la perhubungan tu. kena bukak pikiran dan terima jugak apa yg bini nak cerita pasal mak tu. jangan ingat mak sendiri tak boleh buat reka2 cerita (ni aku pnah tgk sendiri kehancuran rumahtangga abg ipar).

2) sebagai org lelaki, kenapa lambat sangat bertindak. apsal biarkan je 2 bulan bini kat sana.. (mcm tak sayang bini). kalau bini salah, tanggungjawab untuk memperbetulkan ialah di atas bahu suami sendiri. kalau bini buat dosa suami tak betulkan tutup mata sebelah, tanggung sama2.

3) bincang dgn mak baik2, betul ke dia nak anak dia 'solo' balik... (mcm kes abg ipar, lepas dah cerai dah takleh buat apa dah.. dok tukar2 pompuan tapi semua lagi teruk dari bekas isteri dulu). kalau betul nak solo, prepare la utk 'berperang' dapatkan anak.

4) pindah ke rumah sendiri. beli atau sewa dekat2 rumah yg sekarang. mungkin kena belanja lebih tapi boleh menjaga perhubungan long term. bukannya takleh jenguk mak lagi setiap hari pun.

dulu ada org penah ckp, suami kalau pandai.. bawak balik 'singa' pun boleh lembutkan jadik mcm 'kucing'... tapi kalau tak pandai 'kucing' pun lama2 boleh jadik 'singa'.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2008 04:50 PM | Show all posts
Kepada forumers yang telah mengikuti Kisah MENANTU v. MERTUA ini,
perkembangan terakhir ialah :

1. Si isteri masih di Sabah, dah 3 bulan tak balik rumah;
2. Si suami telah banyak berjumpa ustaz/bomoh/tok batin/darul syifa/peguam syarie, rata-rata mereka minta si suami 'cerai' dengan isteri kerana firasat bahawa si isteri nie jenis 'tak baik':
3. Perbezaan budaya di antara masyarakat Sabah dengan masyarakat Melayu Semenanjung begitu ketara;
4. Tiada nasihat dari keluarga sebelah isteri yang mahu isteri balik ke pangkuan suami;
5. Si suami ini telah kena 'manderem' / kena buatan isteri supaya tunduk kepadanya;
6. Si suami tidak langsung mengenakan pendekatan menghukum atau ayat2 memaksa si isteri balik, seperti "Jika U tak balik dlm masa seminggu, jatuh talak, misalnya;
7. Si isteri menaruh harapan agar si suami jemputnya di Sabah, mungkin kerana itu dia tak balik-balik lagi;
8. Apa si isterinya buat di sana, mungkin ada lelaki lain;
9. Apalah halnya si suami yang tidak mendapat kasih sayang/layanan dari isteri yang solehah, hingga 3 bulan tak balik;
10. Adakah patut CERAI sahaja dan si suami berkahwin lain???

Apa nak jadi nie????????????????
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 05:04 PM | Show all posts
Tak yah cerai, kawen lain jee..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2008 05:19 PM | Show all posts

Balas #79 tupaihangus\ catat

hehehe...so, ada dua wife lah...
satu di sabah, satu di KL...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.507251 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list