CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: klubbkidd

Amik feel sanding dulu

[Copy link]
Post time 3-11-2008 12:11 PM | Show all posts
dah ramai yg menegur cik wiwi n cik kikin oiii....  


**************************************************************************
Mawi, Ekin tidak disenangi ramai?

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]


SEMAKIN hampir dengan tarikh perkahwinan, semakin berdebar hati Mawi dan Ekin.



MELIHAT pada raut wajahnya yang sentiasa tenang selepas membuat pengumuman perkahwinannya pada 21 Oktober lalu, ramai yang mengandaikan penyanyi lelaki popular,Mawi tidak begitu mengambil berat tentang perihal perkahwinannya.

Sedangkan bagi insan yang semakin hampir menuju ke destinasi cinta mereka, pastinya waktu inilah yang paling sibuk untuk menyiapkan segala keperluan dan persiapan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Bertemu dengan Mawi pada Majlis Kemuncak Aidilfitri Bersama Bintang Akadem iFantasia malam Rabu lalu, anak kelahiran Kulai, Johor ini hanya mampu mengukir senyuman tatkala diusik dengan pertanyaan itu.

揝iapa kata saya tidak berdebar? Sekarang ini, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa berdebarnya hati saya untuk melangkah ke tarikh perkahwinan itu,攋elas Mawi ringkas sambil diperhatikan Ekin yang menemaninya kemajlis berkenaan.

Mawi turut ditanya tentang reaksi peminatnya selepas dia mengumumkan tarikh perkahwinannya baru-baru ini dan jelas Mawi,selepas pengumuman itu, dia tidak mempunyai sebarang masalah kerana semuanya dapat menerimanya dengan hati yang terbuka tentang jodohnya bersama Ekin.

揝emua yang datang kepada saya mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik untuk kami berdua. Tetapi, kalau mereka berkata yang bukan-bukan di belakang kami, tidak tahulah. Lagipun, saya tidak ambil pusing tentang apa yang diperkatakan tentang kami,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2008 12:58 PM | Show all posts
Salam....emmmm....saya tertarik dengan statement Mawi yang ni :

Semua yg datang kepada saya mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik untuk kami berdua. Tetapi, kalau mereka berkata yang bukan-bukan di belakang kami, tidak tahulah. Lagipun, saya tidak ambil pusing tentang apa yang diperkatakan tentang kami,?kata juara Akademi Fantasia musim ketiga ini penuh optimis.

Jadi.....toksah le ambil peduli lagi !!!.... Mawi tak peduli pun !!!....
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 01:44 PM | Show all posts

Reply #62 bee_fine's post

dah lama dah dia tak ambil peduli
bagus jugak

sebab... kalau dia ambil peduli ... mau miong / sasau mawi tu
ramai sangat yg bagi nasihat
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 01:45 PM | Show all posts

Reply #61 kazz's post

walaupun dari interview yg sama dgn yg marliah surip
tapi ada lain sikit stori dia

maksudnya ada penulisan ... berdasarkan coretan wartawan sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 01:55 PM | Show all posts
Yang ni dari BH....Mawi kata dia yang ajak Ikin ikut dia....jadi toksah lah marah Ikin tu... kan Mawi yang ber image Islamik...jadi Mawi patut lebih tahu apa dia perlakuan orang islamik !!! (hanya pendapat ya...jangan marah !! )--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tak 'hilang seri'
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
[email protected]

MAWI dan Ekin sibuk membuat persiapan kahwin.

Mawi, Ekin guna peluang muncul bersama di majlis untuk membiasakan diri dengan status yang mereka pegang 20 Disember

SEBAIK saja penyanyi popular Mawi mengumumkan tarikh pernikahan dan persandingannya bersama buah hati, Nora'asikin Rahmat atau Ekin baru-baru ini, ramai kenalan dan peminat yang menghulurkan tangan mengucapkan tahniah buat pasangan dari Johor ini.

Situasi bukanlah sesuatu yang asing kerana Mawi bukan insan biasa. Dia artis paling popular negara dan perkahwinannya sudah semestinya acara yang amat dinanti-nanti seluruh rakyat Malaysia.


Mawi sendiri meluahkan syukur, apabila kesemua ucapan yang diterimanya berbentuk positif.

"Paling tidak, mereka yang datang kepada saya semuanya mengucapkan tahniah. Di depan saya semuanya okey, tetapi saya tidak tahulah apa yang terjadi di belakang," katanya ketika ditemui sebaik saja selesai majlis Kemuncak Aidilfitri Bersama Bintang Akademi Fantasia di Yayasan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.

Sejak pengumuman itu juga Mawi sering kali dilihat menghadiri pelbagai acara bersama bakal isteri. Lalu timbul cerita kononnya kekerapan mereka muncul di majlis akan menghilangkan seri pengantin. Apakah Mawi sendiri mengambil kira semua ‘teguran’ berkenaan?

PUTERI AF menyampaikan lagu raya.

Mawi tidak berasakan kemunculannya bersama Ekin di beberapa majlis menimbulkan tanggapan yang bukan-bukan di kalangan peminat.

"Selalunya, jika dia tidak mempunyai apa-apa perkara hendak dilakukan ketika itu, saya mengajaknya menemani saya. Namun, terpulanglah kepadanya sama ada dia hendak ikut atau sebaliknya. Apa-apa pun, memang saya yang mengajaknya," jelas Mawi sambil memberitahu, pernah juga Ekin memberitahu dia segan untuk mengikutnya.

Kata penyanyi Aduh Saliha itu lagi, dia juga menggunakan peluang untuk muncul bersama Ekin di beberapa majlis sejak akhir-akhir ini bagi membiasakan diri dengan status yang mereka akan pegang sedikit masa nanti.

Ekin pula berkata, kerap kali berlaku penganjur mengundang mereka berdua ke majlis yang sama.
MARSHA dan Ajai berduet menyampaikan lagu Sayang.
"Jadi, apabila kedua-duanya dijemput ke tempat yang sama, buat apa kita hendak pergi asing-asing? Baiklah terus saja pergi bersama-sama.

"Mengenai pesanan orang yang risaukan fasal ‘hilang seri’, memang saya percaya pada benda itu semua. Tetapi, saya rasa, apa yang kami lakukan setakat ini tidaklah sampai ke tahap berlebih-lebihan.

"Lagipun, kalau ada yang berpesan untuk menjaga ‘darah manis’ dan sebagainya, kami anggap semua itu sebagai keprihatinan masyarakat terhadap saya dan Mawi," ujar Ekin.

Mula jalani kursus kahwin esok

BEGITUPUN pasangan ini ‘terpaksa’ juga berpisah apabila kedua-duanya selesai mengikuti kurus perkahwinan, esok. Kursus sehari itu diadakan khas untuk pasangan yang akan bernikah pada 20 Disember nanti.

"Berpisah itu pun bukanlah secara sepenuhnya kerana kami masih lagi perlu berhubung untuk membincangkan soal persiapan perkahwinan," celah Mawi yang kelihatan lebih terbuka ketika berbicara, berbanding saat awal kemunculannya dalam dunia hiburan beberapa tahun lalu.

Menyentuh soal kursus kahwin yang akan dihadiri mereka, Mawi berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah apabila kursus seharinya itu akan turut mendapat liputan pihak media.

"Saya tidak kisah jika kursus itu dirakam. Saya tetap akan bertanya apa-apa soalan yang dirasakan perlu. Mungkin jika ada soalan yang dilihat agak sensitif, pihak media akan menyuntingnya nanti," kata Mawi yang sudah mula membaca buku mengenai alam rumah tangga sebagai persiapan melangkah ke alam perkahwinan.

Dia dan Ikin juga rajin bertanya pada rakan yang sudah pun mempunyai keluarga, bagi mendapatkan sedikit sebanyak petua melayari kehidupan berumah tangga.

Sementara itu, Mawi ialah antara bintang AF yang muncul menghiburkan tetamu pada majlis anjuran Al Najwa Productions Sdn Bhd dan Maestro Talent. Acara yang diadakan di Dewan Toh Puan Rahah itu turut diceriakan dengan persembahan Mila, Zahid, Stacy, Faizal, Marsha, Farah, Dafi, Shawal, Zila, Noni, Nadia, Toi, Riz, Nubhan, Saida, Heliza dan Alif. Diundang sama memeriahkan acara ialah penyanyi yang juga komposer terkenal, Ajai.

INFO: Mawi dan Ekin

KINI, pasangan ini sibuk menyediakan senarai tetamu yang akan diundang ke kedua-dua majlis perkahwinan mereka di Johor dan Kuala Lumpur. Difahamkan, kira-kira 6,000 tetamu akan diundang ke majlis perkahwinan di selatan tanah air, Disember nanti, manakala lebih 1,000 tetamu disenaraikan untuk majlis resepsi di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Januari depan.

KATA Mawi dan Ekin, persiapan paling sukar tentu sekali untuk menyenaraikan semua tetamu yang dirasakan perlu untuk majlis itu. Sedaya upaya mereka tidak mahu ada nama yang tercicir, terutama saudara mara. Kata Mawi, kerja kahwin amat sensitif, justeru dia tidak mahu ada nanti yang berkecil hati jika mereka terlepas pandang untuk menghantar kad undangan.

KAD undangan pasangan ini akan diedarkan mulai November ini dan ia ditempah khas oleh Ekin di Jakarta, Indonesia. Kata Ekin, Mawi tidak dapat menemaninya ketika dia, Aen dan seorang lagi adik mereka memilih kad jemputan di sana. Namun Mawi sempat berpesan mengenai warna yang harus dipilih mereka.

DATUK Siti Nurhaliza dan Rossa ialah antara selebriti yang ingin diundang Mawi ke majlis perkahwinannya di ibu kota. Dia juga teringin melihat kedua-dua bintang popular itu menghiburkan tetamu pada hari bersejarah berkenaan.

MAWI juga berhasrat mengundang beberapa tokoh politik utama negara seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat ke majlis resepsi di Palace of the Golden Horses.

SEBELUM bercuti selepas mendirikan rumah tangga, Mawi ingin menyudahkan album Qasidah 2. Ketika artikel ini ditulis, empat lagu sudah pun siap dirakam. Dia akan memasukkan vokal bagi empat lagi lagu sebelum album itu dipasarkan sebelum tirai 2008 dilabuhkan.

SINGLE pertama daripada album itu, Allah Habibi ciptaan Farihin Abdul Fatah dan Yasin Sulaiman akan dapat didengar di corong radio sedikit masa nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 01:59 PM | Show all posts
Originally posted by bee_fine at 3-11-2008 01:55 PM
Yang ni dari BH....Mawi kata dia yang ajak Ikin ikut dia....jadi toksah lah marah Ikin tu... kan Mawi yang ber image Islamik...jadi Mawi patut lebih tahu apa dia perlakuan orang islamik !!! (hany ...


mawi ajak
boleh je anak dara menolak

itupun kalau betul mawi yg ajak

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2008 02:02 PM | Show all posts
Entah jadi entahkan tidak, kalau tak jadi nyorok je bawah ketiak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 02:17 PM | Show all posts
Originally posted by niy at 3-11-2008 01:59 PM


mawi ajak
boleh je anak dara menolak

itupun kalau betul mawi yg ajak



  Salam Niy.....kenapa saya rasa kan yang Niy ni dah kena pukau dek Mawi !!! entah2 Ikin yg tolong carikan bomohnya tak ? .... nak kumpul balik peminat yg dah lari....( kah....kah...kah..... ...gurau je ya...:victory: )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2008 02:20 PM | Show all posts
Sorry ......terpost dua kali.... ....sewel jap...

[ Last edited by  bee_fine at 3-11-2008 02:22 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 05:09 PM | Show all posts
Kat bod gosip ada forummer bagi link ni ..... kata pakar ...Ikin mungkin bunting pelamin sebab Mawi-Ikin subur...

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 05:39 PM | Show all posts

Balas #70 bee_fine\ catat

potong aje lidah si kikis ni, bagi anjing mkn...:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 09:36 PM | Show all posts
Originally posted by litra at 3-11-2008 02:02 PM
Entah jadi entahkan tidak, kalau tak jadi nyorok je bawah ketiak.


nak pilih ketiak sape?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 09:42 PM | Show all posts
Originally posted by bee_fine at 3-11-2008 02:17 PM


  Salam Niy.....kenapa saya rasa kan yang Niy ni dah kena pukau dek Mawi !!! entah2 Ikin yg tolong carikan bomohnya tak ? .... nak kumpul balik peminat yg dah lari....( ...


salam sahabat

tak payah kena pukau mandrem jarak jauh ke
mmg susah nak bersangka baik ngan minah tu

suatu masa dulu (cewahhh.. mcmlah lama sangat )
aku pernah pujuk hati utk terima dia
dan berjaya ...
tapi ................
setelah pengesahan yg dia main ilmu hitam biru coklat merah hijau ungu dll
susah lah sangka baik aku nak singgah kat dia  
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 09:51 PM | Show all posts
Originally posted by kak_yang at 3-11-2008 05:39 PM
potong aje lidah si kikis ni, bagi anjing mkn...:@ :@


marah bona tu yang
pandai wartawan pilih pic
kalau ahkak pink.. dah kena saman paper ni
apalah motif reputz ?
<pura pura tak tau >


satu lagi nak komen
benda cam gini tak perlulah nak hebahkan kat paper
<tak kisahlah sape pun artis tu>
masa zaman ct dulupun ada jugak kan..tak sesuailah..
pakar tu bila ditanya wartawan tentulah dia jwb
dan rasanya tak kan dia jwb tak subur pulak kan
<eh utk siti dulu apa komennya ye? subur jugak kan>
wartawan ni kena check balik etika kewartawanan

pening mual mual tau pembaca disogokkan cerita cam gini
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 09:56 PM | Show all posts

Reply #70 bee_fine's post

wehhh.. aku berkenan kat citer sebelah tu lah
pasal mazidul
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 09:58 PM | Show all posts
joe))))))))))))))))))

jgn lupa yer
record yg mana boleh utk kursus esok
bahagian ' Ques n Ans" pun nak jugak

tq in advance
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2008 11:13 PM | Show all posts
Originally posted by kak_yang at 3-11-2008 05:39 PM
potong aje lidah si kikis ni, bagi anjing mkn...:@ :@


Haa...haaa...haaa.... memang pandai wartawan pilih gambar kan ? dorang pilih yg nampak paling gedik sekali ... yg bertudunglah.... yg tak bertudung banyak... nak lariskan paper lah tu ... ....
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 11:19 PM | Show all posts

Reply #73 niy's post

Quote :

"setelah pengesahan yg dia main ilmu hitam biru coklat merah hijau ungu dll
susah lah sangka baik aku nak singgah kat dia ".........

Ni cerita panas ni....pm pleaseeeee.....(saya tengah boring ni....)
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 11:28 PM | Show all posts

Reply #74 niy's post

Quote :

"pening mual mual tau pembaca disogokkan cerita cam gini  "....

Kenapa saya rasa Mawi-Ikin ni sekarang dah jadi bahan permainan press !!!
Lepas kawin nanti mereka akan di monitor ...nak tahu dah pregnant ke belum...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 11:32 PM | Show all posts
Originally posted by niy at 3-11-2008 09:56 PM
wehhh.. aku berkenan kat citer sebelah tu lah
pasal mazidul


Yang ni kena bukak thread Mazidul lah pulak.... dah salah bod !!!....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.062439 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list