|
erm so pada tuan tanah....inilah dugaan dalam kehidupan...justeru sbg seorang manusia dan islam haruslah kita sentiasa berdoa dgn ape yang berlaku...mungkin ader benar atau terselindung hikmah disebalik ape yang berlaku...tp semata mata nk ikut ckp nenek yang bukannyer membela kita i think that enough for me..yang penting bakal pengantin kuat...dan nenek tuh ape hak dier nak membangkang??? bapak dier pulak ape mslhnyer...budak tuh mak dier yang jaga kan selama ini...klu mahkahmah membenarkan bermakna lelaki itu telah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh jabatan agama...so wat else....
klu bapak dier ugut adik beradik pak dier yang terlibat so pakai jerla wali hakim atau sultan...
Pernikahan yg dibolehkan berwali hakim adalah...
- Apabila ada sengketa atr wali.
- Apabila tidak ada wali. Jelas tidak ada wali atau wali tidak berada di tempat itu.
Sekiranya bapa pengantin perempuan tidak mahu mengahwinkan tanpa alasan sedangkan yg perempuan dah nak kahwin sgt, maka wali tersebut disebut wali zalim.
Para ulama berpendapat wali tidak boleh enggan menikahkan perempuan yg dlm kewaliannya. Maka perempuan berhak mengadukan halnya kpd hakim utk dinikahkan.
KANGAR: Wali yang enggan mengizinkan pasangan bernikah akan kehilangan kuasa berkenaan jika gagal memberi penjelasan kukuh dalam tempoh dua hari kepada Hakim Mahkamah Syariah negeri ini.
Malah, kuasa seorang wali terhapus secara automatik jika penjelasan yang diberikan tidak munasabah mengikut pertimbangan agama dan hakim berhak menikahkan pasangan terbabit menggunakan wali hakim.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata pendekatan yang dicadangkan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat sebagai langkah mengekang peningkatan pernikahan di Selatan Thailand, terutama membabitkan rakyat negeri ini.
"Bagaimanapun, pelaksanaannya masih pada peringkat perbincangan dan perlu diperhalusi sebelum dimajukan kepada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri untuk diwartakan.
"Penilaian akan dibuat dalam segenap aspek termasuk undang-undang serta kesannya terhadap institusi kekeluargaan dan badan kehakiman syariah negeri," katanya, di sini, semalam selepas mengetuai sesi wawancara bertajuk 'Pelaksanaan Undang-Undang Nikah Kahwin Malaysia/Thailand' bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Sementara itu, Mohd Asri berkata, kebiasaannya pasangan yang gagal mendapat keizinan wali di negeri ini terpaksa menunggu sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk melangsungkan perkahwinan, sehingga ada yang hilang sabar dan membuat keputusan mencari jalan mudah bernikah di Thailand
KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Syariah boleh mengambil alih kuasa wali jika seseorang bapa enggan mengizinkan anaknya bernikah kerana ia selaras peruntukan hukum syarak.
Mufti Johor, Datuk Noh Gadot, berkata hukum syarak menetapkan apabila wali bapa ditanyakan dua kali berturut-turut, tetapi masih enggan mengizinkan pernikahan, maka dengan automatik kuasa wali itu berpindah kepada hakim.
Hakim, katanya, akan memutuskan sama ada keengganan wali mengizinkan pernikahan itu mempunyai alasan yang wajar atau tidak mengikut hukum syarak.
揓ika didapati keengganan itu tidak wajar, maka hakim boleh memutuskan meneruskan pernikahan secara berwalikan hakim,� katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau mengulas mengenai cadangan kerajaan Perlis bahawa wali yang enggan mengizinkan pasangan bernikah akan kehilangan kuasa jika gagal memberi penjelasan kukuh dalam tempoh dua hari kepada Hakim Mahkamah Syariah negeri itu.
Kuasa wali akan terhapus jika penjelasan yang diberikan tidak munasabah mengikut pertimbangan agama dan hakim berhak menikahkan pasangan terbabit menggunakan wali hakim.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, dilaporkan berkata cadangan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat bagi mengekang peningkatan pernikahan di selatan Thailand, terutama membabitkan rakyat Perlis.
Bagaimanapun, Shahidan berkata, pelaksanaannya masih diperhalusi dan penilaian akan dibuat dalam pelbagai aspek termasuk undang-undang serta kesannya terhadap institusi kekeluargaan dan badan kehakiman syariah negeri itu.
Mengulas lanjut, Noah berkata, Seksyen 18 (i) Enakmen Keluarga Islam Negeri Johor 2003 sudah menyediakan peruntukan jelas mengenai �wali enggan� iaitu wali yang enggan membenarkan pernikahan atas sebab tertentu termasuk pertikaian keluarga.
揝etakat yang saya maklum, semua negeri sudah mempunyai peruntukan mengenai wali enggan dan kita di Johor sudah mengamalkannya, malah banyak kes yang sudah diselesaikan,� katanya.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan, hakim biasanya akan hanya mengambil alih kuasa wali enggan jika pertikaian itu sudah tidak dapat diselesaikan lagi.
揇alam banyak keadaan kita mengambil pendekatan memberi nasihat bagi menjaga keharmonian institusi kekeluargaan. Di Johor, banyak kes yang dapat diselesaikan selepas dinasihatkan hakim dan kadi.
揂pa guna jika selepas kita nikahkan hubungan keluarga berkenaan tidak terjaga dan ikatan persaudaraan renggang,� katanya.
Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahab, berkata hukum syarak menyatakan dengan jelas bahawa wali yang enggan mengizinkan pernikahan akan hilang kuasa wali selepas ditanya hakim sebanyak tiga kali dan pernikahan akan dilaksanakan secara berwakilkan hakim
[ Last edited by coldfusionr at 22-1-2009 02:07 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|