CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bzzts

PC FAIR 2009 II

[Copy link]
Post time 1-8-2009 03:24 AM | Show all posts
takde target
cadangan?
mungkin 19" je kut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2009 03:52 PM | Show all posts
aku baru pi semalam...lepas solat jumaat kat masjid ubahsuai tu..
pi beli eee pc 1005ha ...
luper nak beli mouse daa ....:@
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2009 03:55 PM | Show all posts
SElamat   pegi  ke   PC  Fair    .....
jgn      nama  anda   masuk    dlm  paper        kena    H1N1    udahler   .......
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2009 08:08 PM | Show all posts
Aku pg tghari tadik...nak amik pamplet bagai...nak usha rega dulu....kalau jadik...petang sok aku beli apa yg patut..

org tadik sikit punya ramai....aduyai....

tp kan..lepas belek skit2 pamplet tadik...rega rsnya mcm sama je kat Low yat ( harga harian ).....kat PC Fair nakl beli pun payah...org ramai bersesak2.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2009 08:22 PM | Show all posts
64# medangmru

medang,
ambik gambor ler...baru seronok...hehehe
gambor amoi ker awek ker...baru masyuk...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2009 12:21 AM | Show all posts
aku riso nk g pc fair kt ipoh nih.... tkut H1N1 pulak kang....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2009 07:59 AM | Show all posts
Hingga 28,000 di M'sia mungkin mati akibat H1N1
Ogos 1, 09 8:03pm       

Dianggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema A (H1N1) jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut.

"Daripada angka ini (5.5 juta orang dijangkiti), jika kita anggarkan kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus, kira-kira 5,500 hingga 28,000 penghidap selesema itu akan meninggal dunia," kata presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Dr David KL Quek memetik unjuran yang dibuat pengarah penyakit berjangkit Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tee Ah Sian dalam satu mesyuarat pasukan kebangsaan petugas khas menangani wabak itu, pada awal minggu ini.

Dalam perkembangan terkini, kadar kematian di seluruh dunia meningkat daripada 0.4 kepada 0.66 peratus.

Dr Quek mendedahkan maklumat itu dalam artikelnya "Flu measures: Confusion rather than non-compliance" yang diedarkan kepada beberapa media semalam. [Baca artikel penuh]


Beliau juga menekankan kerjasama erat antara Kementerian Kesihatan, hospital, doktor di pusat kesihatan swasta dan orang ramai agar wabak ini dapat dikekang secara lebih berkesan.

Dr Quek juga menegaskan kepada semua pihak, termasuk media, agar tidak menuding jari kepada pengamal perubatan swasta atau beberapa pihak lain atas beberapa perkembangan terkini wabak itu.

Menurutnya lagi, wabak itu dijangka sekurang-kurangnya berlarutan antara satu hingga dua tahun sebelum reda - sama ada virusnya berubah dalam bentuk lebih lemah atau vaksin telah ditemui untuk membasminya.

Setakat ini, vaksin belum ditemui dan dijangka akan diperolehi hujung tahun ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 10 peratus simpanan stok ubatan anti-virus 'Tamiflu' dan 'Relenza' buat masa ini tidak cukup memandangkan penularan ketara penyakit berjangkit itu.

Kerajaan akan memesan lagi bekalan ubat itu daripada WHO
bagi memastikan negara mempunyai bekalan ubat itu pada setiap masa bagi membendung wabak influenza A(H1N1), lapor Bernama.

"Melihat kepada trend penularan wabak itu yang semakin meningkat, kita perlu memesan ubat itu daripada WHO," beliau dipetik berkata selepas menghadiri Konvensyen MCA Pulau Pinang hari ini.

Tambahnya, kementerian turut menempah 200,000 dos vaksin influenza A (H1N1) dan dijangka mendapat bekalan itu menjelang akhir tahun ini.

Katanya tempahan tersebut terpaksa dilakukan awal kerana prosedur
menguji ubat itu mengambil masa sebelum dapat diberikan kepada pesakit.

Sementara itu, lapor agensi berita itu lagi, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata 19 kes baru H1N1 dilaporkan hari ini dan kesemuanya melibatkan rakyat Malaysia.

Jumlah terkumpul 1,390 kes, termasuk 816 kes atau 59 peratus melibatkan jangkitan tempatan.

"Daripada keseluruhan, 1,362 kes (98 peratus) telah sembuh, hanya 17 kes atau satu peratus sahaja sedang menerima rawatan antivirus di hospital.

"Lapan daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU), manakala 11 orang sedang menerima rawatan antiviral di rumah," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2009 08:05 AM | Show all posts
19 lagi kes baru, semua jangkitan tempatan

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Sebanyak 19 kes baru selesema babi atau influenza A(H1N1) dilaporkan hari ini di seluruh negara menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,390 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, kesemua 19 kes baru itu merupakan kes jangkitan tempatan melibatkan 19 rakyat Malaysia.

"Daripada 19 kes yang dilaporkan hari ini, 14 merupakan kejadian daripada tiga kluster baru, lima kes merupakan kejadian daripada dua kluster sedia ada dan tiada kes sporadik atau terpencil," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, daripada 1,390 kes yang dilaporkan, 574 merupakan kes import dan 816 kes jangkitan tempatan dengan 1,362 kes telah sembuh.

"Hanya 17 kes yang sedang menerima rawatan antivirus di hospital dan lapan daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Sebelas orang atau satu peratus sedang menerima rawatan antiviral di rumah," ujarnya.

Mohd. Ismail berkata, satu daripada sembilan kes yang berada ICU semalam telah dipindahkan keluar ke wad isolasi.

"Ini menjadikan jumlah kes yang berada di unit tersebut adalah seramai lapan orang dan di antaranya adalah dua remaja obes, seorang wanita hamil dan seorang yang mempunyai imuniti rendah," jelasnya.

Mohd. Ismail menambah, merujuk kepada situasi global, sehingga hari ini, sejumlah 182,886 kes dengan 1,206 kematian telah dilaporkan di 165 negara.

"Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 5638 kes termasuk 33 kematian berbanding semalam yang turut melibatkan penularan dua negara baru iaitu Azerbaijan dan Bhutan," jelasnya.

Selain itu, Mohd. Ismail turut menjelaskan isu pemeriksaan tekak untuk jangkitan influenza kepada pelajar yang akan mendaftar Program Matrikulasi.

Katanya, pelajar yang mengalami simptom jangkitan seperti influenza (ILI) hanya dibenarkan pulang dan kembali ke institusi pengajian masing-masing setelah sembuh.

"Sekiranya terdapat kelompok kes-kes ILI, institusi perlu segera melaporkan ke Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan untuk siasatan lanjut.

"Ujian influenza H1N1 akan dibuat jika jangkitan itu sederhana dan teruk, ada komplikasi atau terjadi dalam kalangan mereka yang berisiko seperti obesiti, asma dan lain-lain yang mana mereka perlu dirujuk ke hospital," katanya.

****
selamat tinggal pc fair...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2009 08:51 AM | Show all posts
....kalau nak pi disyor pakai penutup hidung mulut...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2009 11:20 AM | Show all posts
Menurutnya lagi, wabak itu dijangka sekurang-kurangnya berlarutan antara satu hingga dua tahun sebelum reda - sama ada virusnya berubah dalam bentuk lebih lemah atau vaksin telah ditemui untuk membasminya


er......
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2009 11:47 AM | Show all posts
19 lagi kes baru, semua jangkitan tempatan

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Sebanyak 19 kes baru selesema babi atau influenza A(H1N1) dilaporkan hari ini di seluruh negara menjadikan jumlah keseluruhan mening ...
mycos79 Post at 2-8-2009 08:05


er......
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2009 11:47 AM | Show all posts
nk pi pcfair kena pakai mcm angkasawan kalo nk selamat...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2009 01:50 PM | Show all posts
nk pi pcfair kena pakai mcm angkasawan kalo nk selamat...
akumirul Post at 2-8-2009 10:47

pakai  sut   ultraman      pun  ok  ....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2009 01:54 PM | Show all posts
72# akumirul

tentu panas berasap...dah ler helmet tuh berat...hehehe

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2009 01:54 PM | Show all posts
...kalau nak ringgan sikit...pakai cam nie...

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2009 01:56 PM | Show all posts
pakai  sut   ultraman      pun  ok  ....
mahathirGX Post at 2-8-2009 13:50


kalau cam tuh...bzzts tuh selamba jer ler pi sana....hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2009 01:56 PM | Show all posts
...kalau nak ringgan sikit...pakai cam nie...


mycos79 Post at 2-8-2009 12:54

Paling  sesuai    pakai   masa   PC  Fair  ...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2009 02:36 PM | Show all posts
pegi pcfair smalam... haishh.. walau H wang  N wang, ramai jer yg g pcfair...
crowded, as usual....
nape pegi, saje mengade jalan2. hehehe

jalan2, nampak plak booth online games.. perghh.. comey.. snap2 gmbr lah kaan....



tp, itu bkn aku eh.. teeetttt... hehehhe....
jalan lagik, nmpk yg lagik comel... alahai.. kinky nyer costume... abg mader sure merembes punyer lahh.. ()
tp tak snap.. ramai giler org amek2 gambor...
*saya insan kerdil, payah nak menyelit tgh2 GIANT*
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2009 02:39 PM | Show all posts
pcfair kali ni bosan..bosan gler..tak byk brg
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2009 02:43 PM | Show all posts
pcfair kali ni bosan..bosan gler..tak byk brg
zaffer Post at 2-8-2009 14:39

aku cam rasa, byk booth da tukar tmpt, tak cam dulu...
cth: dulu, speaker, headfon, ade kat floor lain, dis time, dia pi campur skalik dgn floor yg jual mcm2 tuh.. da la floor tuh yg paling sesak, campur dgn bunyik bising lagu mcm2. haduihh.. dr ujung lagik da dengar...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.388284 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list