|
NASI LEMAK ANTARABANGSA -MAHAL KE? SERVIS LEMBAB!!
[Copy link]
|
|
Tu la true....
saper pernah try mintak sambal lebih kat Nasik Lemak antarabangsa ni?>??manalah tahu...kot2 tambah samballebih seciput kene bayau RM2.00 plak...
Errrr...korang rs derang akan caj lebey tak??? |
|
|
|
|
|
|
|
tuh la pasal cik cheeda oii...
hahahha mula2 mula aku cakap... "nasi lemak ni i nak sambal lebey boleh...?".. then waiter kater.. " boleh.... 3.80"... aku pon cakap je lahh yes... nnt jatuh st ...
True-X Post at 13-8-2009 03:48 PM
saya semalam mintak sambal lebih, sampai terlebih-lebih sambalnya. tapi rasanya dia caj jugak sambal. tapi tak le sampai RM3.80 |
|
|
|
|
|
|
|
madam kwan ni kedainya kat suria klcc kan, tapi tak tau la kot ada cawangan lain, so padanla tambah sambal pon harga camtu, nak cover sewa bulan2 kat situ |
|
|
|
|
|
|
|
bukan senang wooo nak meniaga kat suria klcc tuh, ni selingan sikit yek tuan umah...
Terkuburnya Kelantan Delights di Suria KLCC
Oleh Datuk Rejal Arbee
Malam tadi adalah malam terakhir restoran Kelantan Delights – satu-satunya sahaja restoran masakan Melayu yang beroperasi di Suria KLCC – menghidang makanan di situ. Mulai esok (23hb Ogos) berakhirlah riwayatnya setelah beroperasi selama 10 tahun memperkenalkan masakan Melayu, khususnya makanan Kelantan seperti nasi kerabu dan nasi dagang kepada pelancung dalam dan luar negeri di situ.
Penutupannya juga menandakan sudah tidak ada lagi restoran yang menyajikan masakan Melayu di situ. Apakah salah kalau disimpulkan bahawa pengurusan Suria KLCC tidak mahu ujud kedai yang menyediakan masakan Melayu kepada orang ramai yang berkunjung ke Menara berkembar Petronas? Ini hanya Pengurusi Eksekutif Suria KLCC dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, seorang warga Australia bernama Brian Andrew yang boleh memberi jawapan.
Kalau ditanya tentulah mereka mengatakan bahawa tuan punyai Kelantan Delights, Sdr Juhaidi Yean Abdullah dan isteri tidak mahu membayar sewa yang dikenakan, iaitu RM44,000 sebulan, naik dari RM30,000 sebelum ini.
Juhaidi berkata masalahnya bukanlah kadar sewa yang dikenakan, tetapi sikap pengurusan yang agak bongkak seolah-olah memberikan kata dua kepadanya tanpa mahu berunding. Apakah kenaikan kadar sewa yang begitu melonjak berpatutan – naik hampir 50 peratus dalam tempoh setahun?
Pengurusan Suria KLCC juga tidak telus kerana merahsiakan kadar sewa yang dikenakan kepada premis lain yang bersebelahan. Misalnya Chakri Palace (masakan Thai), Spice of India atau Madame Kwan dan Shan Village (masakan Cina). Apakah kadar sewa yang dikenakan kepada mereka itu sama dengan yang dikenakan kepada Kelantan Delights?
Mereka menjadikan kadar sewa yang dikenakan seperti satu rahsia negara yang amat besar sekali.
Kini premis itu yang telah dipopularkan juga oleh Kelantan Delights akan diberikan kepada suatu restaurant Korea. Dengan ini berbagai masakan negeri asing boleh dinikmati di Suria KLCC tetapi jangan harapkan mendapat masakan Melayu di situ. Apakah gambaran yang hendak diberikan pengurusan Suria KLCC? Salahkah kalau disimpulkan bahawa mereka berpandangan bahawa masakan Melayu tidak layak disajikan kepada pengunjung Menara Kembar Petronas?
Apakah salah kalau diandaikan pengurusan Suria KLCC tidak langsung prihatin dengan keadaan tempatan? Dengan tamatnya riwayat Kelantan Delights di situ, makanan Melayu sudah tidak terdapat lagi diMenara Kembar Petronas. Apakah tidak aneh masakan bangsa-bangsa lain boleh dinikmati di situ tetapi masakan tempatan tidak ada?
Apakah makanan Melayu tidak setaraf makanan bangsa-bangsa lain hingga tidak lagi diberi tempat di situ? Salahkah kalau disimpulkan bahawa pengurusan Suria KLCC tidak mahu orang yang mengunjundi Menara Kembar Petronas menikmati masakan Melayu?
Maka tidak menghairankan pengacara TV Aziz Desa yang turut hadir dalam jamuan terakhir di situ malam tadi antara lain memberi rangkap pantun ini:
Buai laju-laju
Sampai KLCC
Apa nasib Melayu
Merempat di negeri sendiri.
Antara mereka yang hadir adalah beberapa orang rakan wartawan dan personality TV seperti Ras Adiba. Kelantan Delights juga meraikan seramai 40 orang warga tua dari Rumah Seri Kenangan Ceras.
Apakah yang boleh disimpulkan dari perkembangan terakhir ini yang dihadapi pekedai-pekedai Melayu di situ? Nampaknya satu demi satu kedai Melayu terpaksa ditutup.
Maka dengan itu kini tiggal hanya 10 buah kedai yang diusahakan Melayu daripada 325 buah kedai. Apakah ini tidak menimbulkan keresahan dikalangan orang Melayu? Apakah pihak berkuasa tidak langsung prihatin dengan perkembangan ini dan sikap pengurusan Suria KLCC?
Kabarnya keadaan di Alamanda Putrajaya yang juga diuruskan Suria KLCC tidak banyak berbeza dengan apa yang sedang berlaku di Menara Kembar Petronas. Tidak menghairankan kerana Ketua Pegawai Eksekutif Alamanda adalah isteri kepada Brian Andrew iaitu Lisa Words. Apakah tidak aneh isteri boleh dilantik sebagai boss anak syarikat di mana suaminya menjadi ketua?
Perkembangan ini sebenarnya memberi implikasi besar terhadap kedudukan perniagaan Melayu di kompleks beli belah yang bertaraf antarabangsa. Orang Melayu sendiri tidak mengharapkan pembelaan dari komplek yang dikuasai bukan Melayu seperti Mega Mall atau One Utama. Tetapi kompleks membeli belah yang dikuasai sebuah Syarikat Kaitan Kerajaan (GLC) tentunya perlu ada sedikit pertimbangan untuk menggalakan peniaga Melayu.
Apa yang berlaku kepada Kelantan Delights juga menunjukan sikap kurang prihatin oleh kerajaan dan institusi yang kononnya diujudkan untuk memelihara dan membantu peniaga Melayu. Jadi dimanakah usaha mahu menggalak orang Melayu berniaga? Melayu yang benar-benar berkebolehan bukannya yang Ali Baba dimana rakan kongsi Melayu hanyalah sebagai ’sleeping partner’ saja.
Apa khabar Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi? Apa khabar MARA? Tidak adakah satu pun Jabatan atau Ajensi Kerajaan prihatin terhadap apa yang sedang melanda peniaga Melayu di Suria KLCC?
Khabarnya Ketua Setiausaha Kementeri Pembangunan Usahawan dan Koperasi ada menemui Pengurusan Suria KLCC. Tetapi tidak pula diketahui apa hasilnya. Yang diketahui Kelantan Delights sudah tutup kedai di sana. Nampaknya tidak ada kesudahan.
Malah perjumpaan antara Ketua Setiausaha Kementerian dengan pengurusan Suria KLCC yang tidak membawa kepada pembelaan peniaga Melayu akan memberikan hasil yang lebih buruk kerana tidak apa pun yang berlaku. Pengurusan Suria KLCC tentunya akan bersikap lebih bongkak dan sombong seolah-olah mereka kebal dan boleh melakukan apa saja tanpa siapa pun boleh menegur.
Malam tadi saya juga terpegum melihat empat pasagan orang putih yang hendak memasuki restoran. Salah seorang pekerja Kelantan Delights yang berada dipintu memberitahu bahawa restoran tidak dibuka untuk pelanggan malam itu. Tetapi Sdr Juhaidi yang kebetulan berada berhampiran sedarkan apa yang berlaku dan terus mencelah dan memperlawa mereka masuk menikmati hidangan secara gratis.
Salah seorang daripada mereka memberi tahu bahawa mereka datang dari Rusia dan mahu menikmati Nasi Kerabu sambil menunjukkan buku pelancungan dalam bahasa Rusia dengan nama Kelantan Delights di tandakan. Juhaidi terus gugup bahawa restorannya dimasukkan dalam buku pelancungan Rusia. Beliau memberitahu mereka bahawa Nasi Kerabu tidak disajikan malam itu tetapi telah memberikan mereka hidangan nasi dagang serta hidangan lain.
Seorang daripada pelancung Rusia itu yang perkenalkan dirinya sebagai seorang pegawai Kerajaan Tempatan Moscow telah memperlawa Juhaidi membuka Kelantan Delights di ibu negara Rusia itu. Nampaknya orang asing lebih menyokong Kelantan Delights daripada Suria KLCC.
Juhaidi memberitahu saya bahawa restorannya itu sememangnya mendapat tempat dalam beberapa buku pelancungan asing selain dari dalam bahasa Inggeris juga buku pelancungan dalam bahasa Jepun dan Arab.
Untuk mengakhirkan cerita malam tadi bukanlah bermakna Kelantan Delights akan terus terkubur; hanya di Menara Kembar Petronas. Dua bulan lagi ia akan muncul semula kali ini di Sentral, tepatnya di Sooka Sentral bersebelahan pusat pengangkutan Sentral dan Hilton Kuala Lumpur.
Juhaidi memberitahu bahawa Pengurusan MRCB yang lebih prihatin kepada peniaga Melayu telah mempelawanya membuka kedainya di bangunan yang baru selesai di bina itu. Nampaknya ‘Suria KLCC’s loss is a gain for MRCB’s Sooka Sentral’. Kita berhadap Kelantan Delights akan lebih maju dan berjaya di Sooka Sentral.
Rejal Arbee
22 Ogos 2007 |
|
|
|
|
|
|
|
64# al-asil
Ini sama kes macam kedai Levis kat ground floor tu ler....:@ |
|
|
|
|
|
|
|
bukan senang wooo nak meniaga kat suria klcc tuh, ni selingan sikit yek tuan umah...
Terkuburnya Kelantan Delights di Suria KLCC
Oleh Datuk Rejal Arbee
Malam tadi adalah malam ter ...
al-asil Post at 13-8-2009 07:35 PM
Hummm....camner yek kedai Bumitputra/Melayu nak maju...kat negara sendiri pun dipinggir kan....Mungkin Boss Suria KLCC tu takmo nama yg bercirikan kemelayuan walaupun kelantan tu salah sebuah negeri kat Malaysia....tp nampak sgt bercirikan Kemelayuan bg dia la kot.... |
|
|
|
|
|
|
|
62# shidaaziz saya pun ade gak gi makan kat kedai nasi lemak international tu kat ampang park aritu..
macam mahal je,ade mintak gak sambal lebih..dia bagi sepinggan kecik..tapi dia x charge extra la tang sambal tu..
harga cam mahal je, saya mkn nasi lemak ayam + air kosong je..RM8.35 |
|
|
|
|
|
|
|
so...dr pemerhatian aku tentang post2 korang ni...mmg konpem la servis Nasik Lemak antarabangsa ni mmg tahap siput Khinzir kekdahnya... |
|
|
|
|
|
|
|
meh aku mau stori psl nasi lemak internasional nih..aku penah g makan kat bangsar... kire 2 pamili la nih aku ngan pamili then pamili kwn bebeh aku.... sebis hampun lembab...walhal ms aku g tuh sumer ...
mammavoque Post at 16-8-2009 11:32 AM
kredit +30 tu mamma... |
|
|
|
|
|
|
|
post ada info...menarik....no hal je mamma nak bg kredit....wat pe nak kedekut2... |
|
|
|
|
|
|
|
67# yus262
bukan macam, memang mahal pun tu |
|
|
|
|
|
|
|
semalam dlm kul 555pm pegi tempat asal nasi lemak antarabangsa ni di kpg baru...
aku sapai time tu org dh duk kt meja..makanan sume dah ready kt meja lauk..tp die nye cashier, staf cedok nasi lemak sume tak sapai lagi...makcik owner ni puas mintak maaf sory kt customer dek kerana staf nye yg lmbt..org dh siap beratur dah ni tp takde org nk serve...dlm 615 baru la ku dapat makan nasi lemak laut rendang daging plus bergedel kentang nasi lebih..harga kt kpg baru tu masih maintain dan reasonable maybe sbb tak yah bayar sewa..cuma yg menjijikkan tempat duduk makan yg kt luar la penuh dgn kucing2 jalanan dan lalat beterbangan..aku tak sempat lunch semalam nk tanak pulun abis2 la...nasi lemak antarabangsa kampung baru lebih umphhh berbanding di restoran2 cawangan die yg npk cam high class tp lembap tu..aku dh kena dh cawangan melati |
|
|
|
|
|
|
|
bila la medang nak blanja aku nasi lemak ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Aiseh...lepas raya la jawabnya Ryo...... |
|
|
|
|
|
|
|
semalam dlm kul 555pm pegi tempat asal nasi lemak antarabangsa ni di kpg baru...
aku sapai time tu org dh duk kt meja..makanan sume dah ready kt meja lauk..tp die nye cashier, staf cedok nasi lemak s ...
azharfcsit Post at 17-8-2009 05:21 PM
dah lama aku tak makan kat Kg baru tu... |
|
|
|
|
|
|
|
bang medang, kita pun nak ikut jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Errrrr.....lepas Raya nanti...hehehehe...
manalah tahu...kot2 sok tingin plak....terus je sebelum pergi Opis....opis ngan nasik Lemak Kat Kg Baru tu dalam 5 minit je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aiseh...lepas raya la jawabnya Ryo......
medangmru Post at 17-8-2009 17:59
ok med, jgn lupa open house special utk warga cerly raya nanti :pompom: |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|