CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azredclaw66

CERITA MISTIK CATATAN MERAPU AZRED

[Copy link]
Post time 19-12-2009 03:23 PM | Show all posts
“Eh, itu seperti orang je. Hah! Pasti orang tu...Lega rasanya.” KataHadi sambil mempercepatkan langkahnya menuju ke arah sesusuk tubuh yangsedang duduk di atas sebatang kayu hanyut di gigi air.
“Eh, perempuanlah. Apa dibuatnya di sini? Jangan-jangan Langsuir Rimbalagi tak?” Hadi berhenti seketika sambil menggunakan ‘scanner’ auranya.
“Bukan syaitan ni, seronoknya.” Getus hati Hadi.
Ketika berada lebihkurang dua puluh kaki daripadanya, perempuan ituberpaling kepada Hadi sambil tersenyum kecil. Dia bangun berdiri danterus melangkah pergi ke arah lain.
azredclaw66 Post at 19-12-2009 15:17


Hadi ni punnnnnn....
kalo dh lelaki..
lelaki gakk.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2009 07:49 PM | Show all posts
Baju kurung sutera hijau yang dipakainya kelihatan cantik sekali dan rambutnya yang ikal ditutupi sedikit oleh kain sentung merah. Kelihatannya seperti pakaian orang dahulu kala.
“Maafkan saya jika menakutkan saudari. Saya Hadi, dari Desa Peramu. Saya nak minta pertolongan kerana tersesat ke sini. Sampan saya pun dah hilang.” Kata Hadi sambil duduk mencangkung di hadapan gadis ayu itu.
“Nama hamba Khamisah. Tuan hamba bukannya sesat ke pulau ini tetapi hamba dan orang-orang hamba yang usahakan agar tuan hamba dapat datang ke sini.” Jelas gadis itu dengan renungannya yang manja.
Hadi terlihat kelibat sesusuk tubuh melintas di penjuru matanya seperti yang dijumpainya ketika mula-mula tiba di pulau itu tetapi tidak diendahkannya. Firasat Hadi tidak memberi isyarat bahaya.
“Hah? Kenapa berhamba-hamba ni dan apa maksud saudari? Saya tidak sesat?” Hadi terpinga-pinga kehairanan.
“Tuan hamba, sebenarnya Tuhan telah mengabulkan permohonan kami sekelian. Kami memerlukan pertolongan dari tuan hamba.”
“Pertolongan? Siapa sebenarnya saudari ni?” Hadi semakin tidak faham maksud gadis itu.
“Kami tahu, tuan hamba orang berilmu dan kami telah lihat kehebatan tuan hamba. Sebenarnya hamba ini daripada golongan bunian. Hamba dan orang-orang hamba telah lama menghuni pulau ini.”
“Bunian? Patutlah tak berjejak. Tidak ada manusiakah di pulau ini?” Tanya Hadi sedikit kecewa.
“Tiada manusia di pulau ini tuan hamba. Janganlah tuan hamba gundah kerana setelah tuan hamba membantu kami, tuan hamba akan dikembalikan ke tempat asal tuan hamba. Itu janji saya.” Kata Khamisah lagi. Di wajahnya yang ayu itu, terukir pengharapan yang teramat tinggi.
Hadi terdiam seketika. Dia teringatkan pesan bapanya. “Hadi, kita mesti membantu siapa sahaja yang memerlukan. Tidak kira makhluk apa sekalipun asalkan untuk tujuan yang baik. Semua makhluk adalah hamba Allah. Kita bernaung pada yang satu.”
“Apa yang boleh saya tolong?” Tanya Hadi sambil tangannya melakar sesuatu di tanah.
“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih tuan hamba kerana sudi menolong kami. Walau apapun, marilah dahulu ikut hamba ke perkampungan kami.’ Kata Khamisah sambil bangun berdiri.
“Baiklah. Terima kasih kerana sudi menjemput saya.” Kata Hadi sambil turut bangun.
Khamisah melangkah menuju ke pedalaman pulau dengan diikuti Hadi yang berkerut-kerut dahinya memikirkan berbagai peristiwa yang telah dilaluinya di pulau itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2009 12:10 AM | Show all posts
Lebih 500 cliks dalam 3 hari.....well...not bad eh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2009 01:15 PM | Show all posts
“Tak habis-habis dengan misteri.” Getus hati kecil Hadi.
“Bunian adalah daripada golongan jin tetapi Tuhan menjadikan rupa mereka seakan-akan rupa manusia dan corak kehidupan mereka juga adalah sama dengan kita. Dulu banyak terdapat komuniti bunian di mana-mana tetapi sekarang mereka banyak berhijrah ke tempat-tempat terpencil seperti di bukit, gunung, hutan tebal dan pulau-pulau. Mereka tak sukakan aspek kehidupan kita yang tak elok seperti peperangan, jenayah, maksiat dan sebagainya. Bunian kebanyakannya sukakan kedamaian. Tidak salah kita berkawan dengan mereka tetapi tidak lebih daripada itu. Ingat, mereka boleh jadi kawan yang baik tetapi mereka juga sangat pendendam jika kita berlaku salah kepada mereka.” Begitulah penjelasan Dr. Salam tentang orang bunian kepada anak lelaki tunggalnya.
Perjalanan yang ditempuhi kali ini agak jauh tetapi Hadi tidak berasa kepenatan. Kawasan yang dilaluinya menghidangkan pemandangan yang indah dan menyenangkan. Terdapat kebun-kebun bunga yang beranika warna, kolam-kolam yang dipenuhi ikan berbagai jenis, jeram kecil yang airterjunnya begitu cantik sekali, sawah padi yang menguning dan rumah-rumah kayu yang comel. Hadi mengerti bahawa dia kini berada di dimensi yang lain. Sudah pasti pulau kecil itu tidak dapat menampung kawasan seluas negeri bunian ini. Mereka juga berselisih dengan beberapa orang lelaki dan perempuan sepanjang perjalanan itu. Pakaian mereka semua seperti orang dahulu kala tetapi berwarna warni. Meriah juga.
“Macam dalam filem purba je.” Getus hati Hadi.
“Tuan Puteri,’ sapa setiap daripada mereka sambil tunduk hormat ketika tiba berhampiran Khamisah.
“Tuan Puteri? Khamisah ni puteri raja agaknya. Alamak!” fikir Hadi lalu menjarakkan sedikit dirinya daripada Khamisah. Malu dan hormat.
Semakin lama, semakin ramai orang ditemui dan semakin sibuk kelihatannya perkampungan bunian itu. Ada yang sibuk bersembang, ada yang membeli makanan di pasar sehari dan bermacam-macam aktiviti dilakukan, samalah seperti kegiatan di kampong Melayu dahulu kala. Yang jelas kelihatan, kawsan mereka sangat bersih
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2009 02:47 PM | Show all posts
lagi bro..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2009 03:32 PM | Show all posts
Tidak kelihatan sampah di mana-mana pun. Sistem perparitan mereka juga sangat teratur Mereka kelihatannya ramah-ramah belaka dan sering tersenyum. Hadi berasa senang sekali. Inilah kali pertama dia masuk ke dimensi bunian. Dr. Salam sering ke dimensi bunian tetapi tidak pernah dibawanya Hadi bersama. “Belum masanya nak,” kata Dr. Salam kepada Hadi.
“Oh, patutlah abah tak bawa aku bersama. Perempuan di sini cantik-cantik belaka.” Fikir Hadi lagi.
Puteri Khamisah tidak berkata walau sepatahpun sepanjang perjalanan mereka. Sesekali dia akan menoleh dan tersenyum kepada Hadi.
“Comel betullah Puteri Khamisah ni tapi sayangnya bukan manusia. Sayang seribu kali sayang.”
Seketika kemudian, mereka tiba diperkarangan sebuah rumah besar. Rekabentuk Melayu lamanya begitu mempersonakan Hadi.
“Macam Muzium Melaka pula, Cuma kecil sedikit.”
“Silakan tuan hamba, janganlah malu pula. Ayahanda hamba ada menunggu di dalam.” Kata Puteri Khamisah samabil tersenyum manis.
“Ke mana kamu nak bawa aku pun bawalah tuan puteri.” Kata hati Hadi.
Laman rumah itu dihiasi dengan berbagai jenis bunga yang harum dan berwarna-warni. Beberapa ekor ayam hutan berkejar-kejaran ke sana sini, memeriahkan suasana. Beberapa orang lelaki yang lagaknya seperti pengawal tunduk hormaat kepada mereka.
“Alahai, macam raja pula rasanya aku hari ni.” Fikir Hadi sambil tersenyum kepada mereka.
Seorang lelaki pertengahan umur muncul di muka pintu. Tubuhnya yang agak gempal itu disaluti pakaian kebesaran bergemerlapan.
“Assalamualaikum.” Laung Hadi sambil tunduk sedikit memberi hormat.
“Waalaikumsalam anaknda Hadi.” Suara garau lelaki berwajah manis itu mesra sekali bunyinya.
“Macamana pula dia tahu nama aku ni?” Tanya hati Hadi.
“Mari masuk anaknda, inilah teratak ayahnda yang tak seberapa. Ayahnda sungguh berbesar hati dengan kedatangan anaknda. Khamisah, panggilkan dayang bawa minuman.”
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2009 03:47 PM | Show all posts
ceem tumpang baca ye pokcik...menarik sgt dah ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2009 05:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by noradaniez at 20-12-2009 17:02

alamak....mana sambungannyer.........

semsntara tu......



amik satu sorang..



amik ni gak...nti tercekik....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2009 05:21 PM | Show all posts
Ruang tamu rumah itu begitu luas sekali dan dihiasi indah. Sebahagian dindingnya adalah daripada kelarai buluh yang dianyam cantik sekali. Keadaan ruang tamu itu bersih sekali dan berbau harum.
Hadi dipersilakan duduk di atas bantal kecil di samping ayah Khamisah. Terasa kekok benar anak muda itu. Ayah Khamisah menjeling sambil tersenyum melihat gelagatnya. Seketika kemudian, Khamisah sendiri datang menghidangkan minuman.
“Anaknda, sudah lama kami menanti kedatangan manusia berilmu tinggi seperti anaknda Hadi.”
“Eh, saya ni orang biasa sahaja tuan, tak ada yang istimewapun. Kalau ada ilmu pun setakat untuk diri saya sahaja.”
“Tak payahlah anaknda bertuan dengan ayahnda. Panggil sahaja ayahnda. Jangan juga terlampau merendah diri. Siapa yang tak kenal anaknda Doktor Salam? Di dimensi kami, ayahnda kamu itu seorang yang sangat berjasa. Sudah tentu anakndanya tidak kurang hebat.”
“Eh, ayahnda kenal bapa saya?”
“Kenal tapi belum pernah berjumpa lagi. Bila kami tahu anaknda ada tidak jauh dari sini, terus kami usahakan agar anaknda datang ke sini. Kami memerlukan bantuan anaknda.” Wajah ayahnda Khamisah berubah sayu kelihatannya. Keadaan hening seketika. Hadi terpinga-pinga seketika sambil menggaru pipinya yang tidak gatal.
“Apa yang saya boleh bantu ayahnda?Apa yang sebenarnya telah terjadi?” Tanya Hadi.
“Begini ceritanya……. Pulau tempat anaknda terdampar itu adalah gerbang ke dimensi kami ini. Pulau itu dipanggil Pulau Semberani. Dahulunya, pulau itu berpenghuni. Ramai penduduk yang terdiri daripada kaum manusia di situ. Suasananya samalah seperti di negeri kami ini. Meriah dan damai. Mereka juga merupakan sahabat baik kami dan sering berhubungan. Lebihkurang enam puluh tahun dahulu, sebuah kapal besar berlabuh berhampiran pulau. Anak-anak kapalnya naik ke daratan lalu melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Mereka merompak, membunuh, memperkosa wanita dan membakar perkampungan itu. Kesemua penduduk menjadi korban. Kami cuba hendak menolong tetapi dihalang.”
“Dihalang? Bagaimana ayahnda?” Tanya Hadi tidak sabar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2009 05:22 PM | Show all posts
68# noradaniez

Nora, susah payahlak jamu kami...Thanx!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2009 12:20 AM | Show all posts
“Ketua mereka bernama Marawa. Dia seorang Habsyi dari Tanah Arab. Marawa merupakan ahli sihir yang hebat dan zalim. Dia dijaga oleh tiga jin besar yang merupakan makhluk suruhannya. Marawa tahu mengenai kami lalu membuat tembok sihir yang menyukarkan kami untuk keluar membantu. Sebulan selepas itu, barulah tembok itu hilang tetapi segala-galanya telah terlambat. Mereka semua telah mati. Kapal Marawa telah lama pergi.”
“Itu telah lama berlaku. Jadi apa masalahnya sekarang?” Tanya Hadi.
“Masalahnya...., lebihkurang enam bulan lepas, kami dapati seluruh pulau itu diliputi kabus hijau pekat. Adinda ayahnda, Engku Damit telah pergi menyiasat. Dia mendapati ketiga-tiga jin besar Marawa telah kembali ke pulau itu. Rasanya, Marawa telah mati dan entah mengapa jin-jin itu mahu menetap di pulau Sembarani. Bukan setakat itu sahaja, segala puaka laut dan darat seperti menjadikan pulau itu sebagai tempat berkumpul mereka. Mujurlah mereka tidak dapat menembusi gerbang ke dimensi kami. Engku Damit masih di sana memerhatikan keadaan.” Jelas Raja bunian itu.
“Rasanya saya telah berjumpa dengan Engku Damit. Wajahnya agak bengis dan disuruhnya saya pulang.” Kata Hadi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 10:49 AM | Show all posts
lagi plisss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2009 12:41 PM | Show all posts
“Hah,…….Memang adinda Engku Damit itu agak bengis orangnya. Sejak kejadian pembunuhan yang mengorbankan rakan-rakan manusianya, dia telah banyak berubah. Dendamnya sentiasa membara selagi tidak berbalas.” Kepalanya digeleng-gelengkan seperti menyesali tindakan adiknya itu.
“Jadi ayahnda mahu saya tolong hapuskan puaka-puaka dan jin-jin itu?” Tanya Hadi. Dadanya berombak kencang kerana menyedari harapan yang tinggi diletakkan kepadanya.
“Benar anaknda. Ayahnda tahu anaknda mempunyai ilmu yang tinggi dan mampu melakukannya. Bagaimana anaknda? Sudikah membantu kami?” Matanya tajam merenung wajah Hadi. Matanya bersinar dengan harapan yang tinggi. Sudah lama mereka menantikan kehadiran wira yang dapat membantu mereka.
“Sudah menjadi kewajipan kita untuk membantu sesama makhluk. Tetapi saya cuma boleh berikhtiar sahaja. Hanya Allah yang menentukan segala-galanya.” Ujar Hadi merendah diri. Di sudut hatinya dia agak gementar kerana inilah kali pertama dia akan berperang besar tanpa bantuan langsung daripada Dr. Salam, bapanya. Kali ini semata-mata dirinya dan Tuhan Maha Agung.
“Perlukah aku meminta bantuan abah? Terdayakah aku menolong kaum bunian ini? Rasanya sudah tentu abah juga mahu aku berusaha sendiri. Aku mesti buktikan bahawa ilmu yang diperturunkan olehnya tidak sia-sia sahaja. Ya Allah, aku pohon bantuanMu, hambaMu yang lemah ini pohon kekuatan dariMu.” Bisik hati Hadi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 03:19 PM | Show all posts
ok next..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2009 03:27 PM | Show all posts
Tergendala sebentar. Jangan betulkan thread anda. Pokcik ado kojo lain. Sabo jap yo. Thanx for reading though
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 03:31 PM | Show all posts
tahniah pakcik..
cite yg menarik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2009 08:18 PM | Show all posts
pakcik.. pasni buku kan ... mcm siri bercakap dgn jin TJ tu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 09:59 PM | Show all posts
hukkk....
nape tader sambungan....uuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2009 11:07 PM | Show all posts
SEMADI AKBAR

Hadi memohon diri untuk ke masjid berdekatan daripada Raja Bunian itu. Tujuannya adalah untuk melakukan ‘Semadi Akbar’ bagi mencari ilham dan memohon hidayah dari Allah Maha Besar sebagai persediaannya memerangi kebatilan. Setiap pengamal metafizik kerohanian amat mengetahui betapa pentingnya persediaan pemantapan diri sebelum melakukan sesuatu kerja besar. Kita tidak tahu sebenarnya apa yang akan ditempuhi. Allah menyuruh hambanya berusaha dengan sepenuhnya sebelum bertawakkal.
Inilah pengalaman besarnya yang pertama. Hadi tahu, dia perlu meningkatkan kekuatan tenaga dalamannya ke tahap tertinggi. Pemusatan daya mindanya perlu dipertajamkan. Perisai dirinya perlu dimantapkan. Kekuatan fakulti emosi, fizikal dan mental perlu disatukan. Dunia paranormal ini bukanlah semudah yang disangkakan. Pencarian ilmu tiada penghujungnya dan setiap ilmu perlu diamalkan. Tanpa amalan, segala-galanya akan hilang. ‘Ilmu tanpa amal; rugi. Amal tanpa ilmu;jahanam.’
Hadi berseorangan di masjid itu. Setelah mengerjakan solat sunnah tahhiyatul-masjid dan solat sunnah hajat, dia terus mengambil tempat di satu sudut masjid itu.
“Ya Allah, kurniakan kemantapan segala ilmu-ilmuku. Engkaulah Ya Rahman dan Ya Rohim.” Hadi duduk dalam posisi semadi. Makrifatnya awalnya adalah bangunan Kaabah. Setelah menyerap cahaya keemasan Kaabah, dia melakarkan perkataan   tertentu di dalam kalbunya dengan cahaya emas yang terang benderang. Apabila cahaya itu telah menyerap ke seluruh tubuhnya, Hadi membuat pernafasan Hikmatullah sehingga tubuhnya berpeluh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2009 11:08 PM | Show all posts
pakcik.. pasni buku kan ... mcm siri bercakap dgn jin TJ tu...
haneiy79 Post at 21-12-2009 20:18


Berapa oranglah nak boli he he
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.076828 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list