benang lama ek.. takpelah.. biar aku kongsi pengalaman aku sendiri..
ni penyakit 'hernia' dalam istilah perubatan atau dalam masyarakat kita dikenali sebagai angin pasang. Punca penyakit ni ialah dinding usus tak dapat tahan tekanan dan menyebabkan usus jatuh ke bawah menekan telur. Ini disebabkan individu itu mengangkat barang yang terlalu berat dan secara berterusan tanpa menggunakan teknik yang betul.
Penyakit ni boleh dikategorikan sebagai silent killer.. ko takkan rasa sakit dan tak sedar perubahan pada fizikal badan sehinggalah tiba-tiba rasa senak kat telur tu.. Jika lambat di rawat boleh menyebabkan kematian..
Aku jalani pembedahan untuk betulkan balik usus aku dan doktor masukkan 'mesh wires' untuk kuatkan dinding otot.
Rawatan tradisional boleh membantu tetapi tak tau selama mana boleh bertahan..