|
[SEJARAH]
Sejarah Kasut Fung Keong Shoes [FKS] (Kini Dikenali Sebagai Jenama All America)
[Copy link]
|
|
tingat time sekolah menengah dulu.... coach netball suh tukar kitorang punyer kasut sukan yg branded2 tu ngan kasut fung keong nih... mula2 tu rasa cam malu gak coz aku sekolah kat boarding school tp pakai kasut x branded. hasilnya, team kitorang byk menang dlm games sampai state level. kasut ni memang best especially time hujan coz tapak dia cengkam tanah and risiko nk tergelincir almost none...
starting from that year onwards, kasut ni dah jd item wajib utk most of kitorang punya school team players, tak kira la hoki ker, netball ker etc....
brokenhearted Post at 20-8-2011 10:28
FKS amat berjasa dari Rakyat Malaya hingga Ke Malaysia...... |
|
|
|
|
|
|
|
x suke sgt kasut ni..x selesa pakai |
|
|
|
|
|
|
|
x suke sgt kasut ni..x selesa pakai
eizarz Post at 27-4-2012 22:32
tapi tahan lasak.... orang dulu mana mampu nak beli kasut mahal-mahal |
|
|
|
|
|
|
|
Sejarah Kasut Fung Keong
Anda masih lagi boleh mendapatkan kasut keluaran Fung Keong, dipasarkan dengan jenama yang lebih trendi seperti All America, Fleks, FKS dan Pennylane, di kedai runcit mahupun di department store di bandar-bandar kecil di sluruh Malaysia.
Daripada asal pengeluar bot kanvas hitam yang sederhana kepada pengeluar produk kasut dan selipar yang terkemuka – TAN LEE KUEN sangat memahami evolusi kasut bola tempatan.
Kasut Nike dan Adidas tidak wujud pada tahun 50-an di Malaysia. Jadi, apakah penduduk tempatan pakai pada masa tersebut untuk bermain bola sepak ?
Jawapan : Kasut Fung Keong, itu pun sekiranya mereka mampu berbelanja untuk membeli kasut.
Diperbuat dari kanvas dengan tapak getah, kasut Fung Keong dijual dengan harga yang murah dan sangat mampu milik. Asalnya, dia digunakan oleh penoreh getah untuk melindungi kaki dari terpijak duri semalu ketika menoreh, dari memijak selut dan tanah ladang yang lembab dan lecah – ia kemudiannya turut digunakan oleh penduduk kampung sebagai kasut bola.
Kasut Fung Keong memiliki sejarah yang panjang. Asalnya dia dikilangkan di Guangzhou, China kemudiannya dikilangkan di negara ini.
Sebuah kilang dibina di Klang pada 1939, menghasilkaan kasut getah untuk kegunaan umum. Antara peneraju pertama yang meneroka pasaran kasut kanvas di Malaysia, Fung Keong akhirnya menjadi jenama sebutan isi rumah. Kasut ' kung-fu ' keluaran Fung Keong amat popular dikalangan peminat Bruce Lee dan aktiviti lasak seni bela diri.
Pada 1984, fung Keong dibeli oleh GCB Trading, dan kilang mereka di Malaysia ditutup,manakala kilang mereka di China terus beroperasi. Siri kasut general purpose Fung Keong yang sebelumnya laris ditamatkan bagi memberi tumpuan kepada penghasilan kanvas kanak-kanak.
Imej Fung Keong juga mengalami perubahan, mengalami penjenamaan semula dan jenama-jenama baru yang lebih universal seperti All America, Fleks, FKS and Pennylane diperkenalkan.
“ Kami dikenali karena siri kasut untuk seragam sekolah, “ kata T.F Lim, pengurus besar GCB Trading. “ Tapi kami tak boleh bergantung sangat pada produk kasut sekolah dan kasut kanak-kanak, dan sekarang ada pasaran untuk kasut sukan.. ”
Kasut sukan terbaharu keluaran Fung Keong diperbuat dari kulit tiruan (sintetik) dengan kemasan termo-plastik. Ianya dijual murah, dengan harga rat-rata bawah RM50. Kasut futsal juga turut dihasilkan mereka.
Jadi untuk generasi lama yang tertanya-tanya tentang kasut Fung Keong yang popular di zaman kanak-kanak mereka, maka ketahui lah yang jenama fung Keong masih bernafas hinga kini walaupun dengan nama baru. Kasut Fung Keong duduk sebaris dengan kasut keluaran syarikat lain di kedai runcit dan mini market, di pekan dan bandar seperti Tampin, Segamat dan Kluang.
Di Kuala Lumpur, kasut warisan Fung Keong masih dijual di Summit, Globe Silk Store, Mydin, Fajar dan Kamdar.
GCB Trading Sdn Bhd
http://www.allamerica.com.my/
A Member Of FKR Group Companies
http://www.fkr.com.my/
- The Star -
Last edited by HangPC2 on 6-7-2013 11:41 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
DULU ADA PILIHAN BATA FUNG KEONG PALAS DGN OZZLY EH TK SILAP
AKU PILIH BATA NAK KE SEKOLAH
FUNG KEONG NI NAMA TK SEDAP
APEK SGT |
|
|
|
|
|
|
|
All America Hi cut tu faveret aku...dulu x mampu beli converse chuck taylor....
layan all america dr sekolah menngah....smpai umur awal 30an...hehhehe....maklumlah rega pun murah....start beli dulu rega baru RM15.90...smpai last aku beli tahun 2007 RM29.90..jer. 2 kaler faveret pernah pakai maroon (masa remaja) n itam (masa dh dewasa)
lps tu bru lyan converse bundle....n lps tu baru beli converse baru.....
itu pun sbb all america design yg cam converse chuck taylor kaler itam dh xde....
kelemahan ketara kasut ni....tapak kasut lebih cepat bocor dr converse....maks pakai 2 tahun kompom tumit dh lubang.
kasut yg paling aku bnyak pakai...selain kasut pequin...yg kungfu. sbb suka pakai kasut kanvas krn x perlu pakai stokin...... |
|
|
|
|
|
|
|
Fung Keong Shoes - Student Champion
Last edited by HangPC2 on 14-9-2014 05:38 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
tingat zaman sekolah...dan memang faveret pakai ni bila main sepak takraw. |
|
|
|
|
|
|
|
Fung Keong Office (Jalan Tun HS Lee)
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang Dikenali Sebagai Jenama ALL AMERICA |
|
|
|
|
|
|
|
Fung Keong Rubber (1964)
|
|
|
|
|
|
|
|
Kasut Sukan Fung Keong (1982)
|
|
|
|
|
|
|
|
IKLAN KASUT FUNG KEONG DI HONG KONG (1950AN)
|
|
|
|
|
|
|
|
Fung Keong Shoe School Shoes (1984)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|