CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: LelaRentaka7

MAISINGGAH✿77 Tempat Menarik Di Penang | Destinasi Terbaik Di Pulau Pinang

[Copy link]
 Author| Post time 23-2-2022 08:00 PM | Show all posts
17. PG Gold Museum

Sumber: PG Gold Museum

Teringin melihat di depan mata tongkol emas yang bernilai ratusan ribu ringgit? Anda boleh melawat PG Gold Museum! Inilah satu-satunya muzium emas yang terdapat di negara Malaysia dan juga di Asia Tenggara.

Di muzium ini anda bukan sekadar boleh melihat pameran, tapi juga dapat melihat  demonstrasi tentang bagaimana emas dan perak diproses dibentuk menjadi bongkah.

Tidak cukup dengan demonstrasi yang menarik ini, para pelawat juga boleh mencuba pelbagai aktiviti interaktif yang ditawarkan seperti mencari emas dan bergambar dengan mural-mural yang ada.

Alamat: 95 Bishop Street,10200 George Town, Penang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2022 08:02 PM | Show all posts
16. Batik Painting Museum

Sumber: Penang Global Tourism

Batik Painting Museum adalah sebuah muzium yang terletak di Armenian Street di George Town. Muzium ini terletak di dalam sebuah rumah kedai tiga tingkat yang memiliki seni bina gaya unik selat.

Di dalamnya dipamerkan pelbagai karya seni menarik daripada pereka yang memiliki kepakaran dalam teknik seni batik. Di dalamnya terdapat dalam sekitar 70 karya batik untuk anda amati kehalusan seninya.

Salah satu karya batik yang terdapat di sini adalah daripada hasil tangan Dato’ Chuah Thean Teng yang dinamakan Woman with Fruit Basket iaitu sebuah karya yang disiapkan pada tahun 1950.

Alamat: 19 Armenian Street, 10200 George Town, Penang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2022 08:03 PM | Show all posts
15. The Gravityz

Sumber: The Gravityz

The Gravityz, dengar sahaja namanya terbayang bagaimana ianya berkait dengan graviti dan ketinggian. Di sinilah anda dapat menguji keberanian diri yang sebenar atau berhadapan dengan perasaan takut yang ada dalam diri.

Walaupun anda perlu melalui saat-saat yang penuh dengan debaran, dalam waktu yang sama pemandangan yang mengujakan dapat dinikmati. Kalau anda nak tahu, The Gravityz merupakan salah satu daripada lokasi untuk aktiviti altitud tinggi yang terbaik di Asia. Terdapat 6 buah cabaran yang ditawarkan di sini iaitu Confidence Path, High Bench, A Great Bridge, X-Point, Z-wire dan G-Rocky.


Alamat: 65th floor THETOP@KOMTAR, 1, Jalan Penang, 10000 George Town Penang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2022 08:04 PM | Show all posts
14. Suffolk House

Sumber: Teongei The

Ingin merasai pengalaman berada di masa lampau? Tak perlu bersusah-payah mencari mesin merentas masa, anda sekeluarga boleh membuka langkah kaki untuk ke Suffolk House. Suffolk House adalah sebuah rumah agam dengan gaya lama Inggeris ataupun secara spesifiknya era Gerorgian pada sekitar awal 1800-an.

Rumah yang pada awalnya merupakan rumah penginapan pegawai British ini telah menerima Awards for Cultural Heritage Conservation pada tahun 2008. Setiap pelusuk rumah ini terjaga dengan baik dan dipenuhi dengan perabot-perabot yang berciri antik Anglo-Indian.

Setelah puas mencuci mata melihat keindahan segenap inci rumah lama ini, anda boleh menghilangkan lapar dan dahaga dengan menikmati makanan yang disediakan di restoran yang terletak di rumah agam yang telah pun berusia 200 tahun ini.

Alamat: 250, Jalan Air Hitam Georgetown 10460 Pulau Pinang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2022 08:05 PM | Show all posts
13. Wonderfood Museum

Sumber: Joyee Ng

Wonderfood Museum adalah sebuah tarikan yang unik di Penang ni. Macam mana muzium makanan boleh unik pula kan? Sebagai ‘wonder’ food museum, sudah semestinya ada keistimewaan pamerannya.

Terletak di dalam bangunan berekabentuk kolonial 1940-an, muzium ini terbahagi kepada 3 bahagian galeri yang digelar sebagai Info Zone, Wow Zone dan Educational Zone. Di dalam seksyen pertama, dipamerkan 100 jenis street food dan makanan tradisional yang terkenal dalam kalangan komuniti Melayu, India, Cina dan Peranakan yang kesemuanya diletakkan di dalam gelas kaca.

Untuk Zon Info, anda dapat melihat pameran bersaiz mini tentang bagaimana rakyat tempatan menikmati makanan di gerai-gerai di tepi jalan, gerai mamak dan macam-macam lagi.

Daripada kesemua bahagian ini, zon yang paling HOT adalah Wow Zone dimana anda dapat berposing di samping model-model makanan terkenal di Penang yang berbentuk luar biasa besar seerti cendol, char kuey teow, rojak dan lain-lain lagi!

Alamat: 49, Lebuh Pantai Georgetown 10300 Penang (Sebelah CIMB bank)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2022 08:06 PM | Show all posts
12. Dark Mansion – 3D Glow In The Dark Museum

Sumber: Kong Chih Sang

Kalau di Avatar Secret Garden anda dapat melihat cahaya lampu magikal pada pokok-pokok, dekat Dark Mansion – 3D Glow In The Dark Museum ini pula anda akan dikelilingi oleh cahaya daripada lukisan-lukisan yang berubah daripada 2D kepada ilusi optik 3D.

Antara dunia 3D Glow yang dapat anda nikmati di sini adalah tema-tema seperti misteri hutan tropika, jambatan bercahaya, berjalan di dalam laluan yang dikelilingi cahaya bintang dan banyak lagi! Jangan lupa untuk penuhkan bateri kamera anda sebelum ke sini!

Alamat: 145, Lebuh Kimberley, 10100 Georgetown, Penang
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-2-2022 08:07 PM | Show all posts
11. Clan Jetties Floating Village

Sumber: Ramesh Raja

Clan Jetties Floating Village adalah sebuah kawasan perkampungan Cina yang terletak di atas air ataupun sebuah perkampungan terapung yang sangat menarik untuk dilihat. Di sini terdapat 6 buah kampung berbeza yang mana setiap kampung memiliki kelompok dan tokong mereka sendiri.

Untuk pengetahuan anda, rumah-rumah yang terapung di atas air ini dibina menggunakan sejenis kayu yang istimewa yang mempunyai ketahanan yang tinggi.

Sekiranya anda merancang untuk ke sini, waktu yang terbaik adalah pada awal pagi dalam sekitar pukul 7, kerana pada waktu ini anda dapat melihat bagaimana komuniti di sini memulakan hari mereka yang kebiasaannya menyediakan makanan atau pun ke tokong.

Lokasinya, hanyalah 10  minit berjalan kaki dari Komtar.

Alamat: Weld Quay, 10300 George Town, Penang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2022 08:09 PM | Show all posts
10. Teluk Duyung (Monkey Beach)

Sumber: Holiday Inn Resort Penang

Teluk Duyung sebenarnya amat dikenali ramai sebagai Monkey Beach kerana kehadiran monyet di sekitar kawasan ini.

Walaupun memiliki memiliki kehadiran si monyet, teluk dengan pemandangan yang indah ni tetap menjadi pilihan ramai kaki camping terutamanya bagi para pendaki kerana kawasannya yang terletak di kaki bukit yang menempatkan Rumah Api Muka Head.

Untuk pengetahuan anda, Teluk Duyung (Monkey Beach) adalah sebahagian daripada Taman Negara Penang.

Alamat: Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2022 08:10 PM | Show all posts
9. Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bridge

Sumber: livingnomads.com

Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bridge ataupun nama lainnya Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah jambatan yang terpanjang di Malaysia dan juga di Asia Tenggara! Berapa kepanjangannya yang luar biasa ni? Jambatan ini memiliki kepanjangan sejauh 15 batu ataupun 24 km yang menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung.

Jambatan ini telah dinamakan sempena Sultan Kedah ke-28, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

Alamat: Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Penang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2022 08:11 PM | Show all posts
8. Teluk Kampi

Sumber: Gerry Ooi

Sekiranya anda ingin menikmati ketenangan yang sebenar setelah puas menempuhi hiruk-pikuk di kawasan lain di Penang ni, anda boleh menuju ke Teluk Kampi.

Untuk menuju ke sini, tidaklah semudah tarikan alam semula jadi lain di negeri ini, kerana anda perlu menaiki bot dari jeti Teluk Bahang ataupun mendaki yang mengambil masa dalam 1 jam untuk sampai.

Anda boleh juga menggunakan laluan yang lebih panjang yang mana anda akan ditemukan dengan laluan kanopi yang akan membawa ke arah kawasan bukit yang bertentangan.

Setelah menggunakan laluan ini, anda akan ditemukan dengan laluan di penghujung pantai yang akan membawa ke arah Teluk Kampi, hati-hati, kerana  laluan ini sebenarnya agak mencabar. Jangan lupa untuk memakai pakaian yang sesuai seperti kasut yang memiliki cengkaman yang kuat.

Alamat: Teluk Kampi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2022 08:12 PM | Show all posts
7. Rumah Api Muka Head

Sumber: Francis Phuah

Jika anda memiliki jiwa yang lasak, jangan sesekali melepaskan peluang untuk ke Rumah Api Muka Head alang-alang sudah sampai ke Pulau Pinang. Kenapa kena lasak? Sebabnya, untuk menuju ke sini dari pintu masuk mengambil masa dalam sekitar 2 jam atau 4.7 km.

Apa yang menariknya tentang rumah api ini adalah kerana dari sini anda dapat menikmati panorama 360 darjah di sekitarnya. Sekiranya cuaca baik, anda dapat melihat pemandangan yang menjangkau sehingga ke Pulau Langkawi dan Sumatra, Indonesia!

Sebagai info tambahan, Rumah Api Muka Head ini dibina pada tahun 1883 dan terletak pada ketinggian 242 meter dari paras laut. Tinggi bukan? Dah sampai ke Penang nanti, jangan lupa untuk ke sini! Rugi kalau tak pergi!

Alamat: Taman Negara Pulau Pinang, Jalan Hassan Abbas, Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2022 08:13 PM | Show all posts
6. Khoo Kongsi

Sumber: Beauty Harmony Life

Terletak di Jalan Acheh, Khoo Kongsi boleh dikatakan sebagai salah satu tarikan yang paling bersejarah dekat bandaraya George Town ni.

Dibina sekitar 650 tahun yang lalu, Khoo Kongsi atau nama lainnya Dragon Mountain Hall telah dibina oleh orang tukangan yang didatangkan daripada negara China. Di dalam rumah ini terdapat mural-mural yang menggambarkan tarikh-tarikh kelahiran, patung-patung dewa dan banyak lagi.

Alamat: 18 Cannon Square, Georgetown
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2022 08:14 PM | Show all posts
5. Penang Sky Walk @ The Top (Menara Komtar)

Sumber: Travela

Ingin melihat Penang dari sudut pandangan seperti seekor burung yang terbang tinggi? Anda boleh menuju ke menara Komtar untuk ke The Top atau Penang Sky Walk yang terletak di tingkat 65 dan 68 bangunan ini.

Bukan tempat menikmati pemandangan yang biasa! Sebab di sini anda dapat berasa seperti terapung di udara kerana berjalan di atas gelas kaca dari ketinggian 249 meter sekiranya berada di tingkat 68.

Kalau anda nak melihat pemandangan sambil dalam aircond pula,  adalah boleh menuju ke tingkat 65 yang juga berlantai kaca.

Apa pemandangan yang paling anda ingin lihat dari tingkat yang setinggi ini? Pemandangan Penang di waktu malam atau siang? Rancanglah masa lawatan anda berdasarkan apa yang anda ingin lihat. Jangan lupa untuk membawa kamera HD!

Alamat: THE TOP Penang 1, Jalan Penang, 10000 George Town, Penang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2022 08:16 PM | Show all posts
4. Penang Bridge

Sumber: Seasia

Tahukah anda apa jambatan kedua yang terpanjang di Malaysia? Jawapannya adalah jambatan yang dinamakan Penang Bridge/ Jambatan Pulau Pinang.

Jambatan yang berkepanjangan 13.5 km ini menghubungkan Bayan Lepas dan daerah di tanah besar semenanjung, Seberang Perai. Kalau anda nak tahu, setiap tahun, Larian Jambatan Pulau Pinang diadakan di sini.

Alamat: Jambatan Pulau Pinang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2022 08:17 PM | Show all posts
3. Pulau Aman

Sumber: peluangtercipta.blogspot.com

Ya, di Penang bukan hanya ada Pulau Pinang, tapi juga Pulau Aman yang sebenarnya masih ramai tak tahu kewujudannya. Pulau ini adalah salah satu daripada pulau kecil yang dijadikan tempat penempatan di negeri ini.

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan sekiranya anda ke pulau ini adalah menikmati pemandangan dan suasana kampung yang ‘pekat’ yang kaya dengan rumah-rumah kayu dan penduduk yang rancak melakukan aktiviti perikanan, menyalai ikan, udang dan lain-lain lagi, anda juga boleh mencuba nasib memancing di pulau ini.

Tarikan lain yang boleh dilihat di sini adalah Telaga Emas, melihat ternakan rusa dan kambing, menikmati makanan laut yang segar, stargazing dan banyak lagi!

Untuk menuju ke sini, anda boleh ke Jeti Batu Musang yang beroperasi setiap hari dari 8.00 pagi ke 8.00 malam. Masa yang diambil untuk sampai ke Jeti Pulau Aman dengan menaiki bot dari sini hanyalah 10 minit.

Alamat: Pulau Aman
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2022 08:19 PM | Show all posts
2. Chulia Street, George Town

Sumber: I Love Penang

Chulia Street adalah lokasi di mana terletaknya banyak sekali penginapan-penginapan bajet bagi anda yang ingin meneroka Penang tanpa berbelanja besar untuk penginapan.

Bukan sahaja kaya dengan tempat penginapan, ia juga menjadi lokasi bagi banyak kafe, restoran, kafe siber, dobi, agensi pelancongan dan banyak lagi yang memberikan kemudahan kepada para pelancong.

Untuk pengetahuan anda, Chulia Street adalah salah satu daripada jalan yang tertua di George Town. Dianggarkan nama Chulia Street (atau asalnya Chulier Street) telah wujud sejak tahun 1798 lagi! Wow! Sangat klasik!

Alamat: Chulia St, Georgetown, 10450 George Town
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2022 08:21 PM | Show all posts
1. Pantai Batu Ferringhi

Sumber: Phalinn Ooi / CC BY 2.0

Kami telah memilih Pantai Batu Ferringhi sebagai destinasi terakhir untuk entri ini. Kepada meraka yang selalu datang ke Pulau Pinang anda pasti setuju bahawa Pantai Batu Ferringhi ini merupakan pantai yang paling popular di Pulau Pinang.

Di sini anda dapat berjalan di atas pantai pasir yang luas sambil menikmati tiupan angin laut yang nyaman. Selain daripada itu anda juga boleh melakukan dengan aktiviti sukan air seperti jetski dan parasailing.

Alamat: Pantai Batu Ferringhi, Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

Berakhir sudah senarai tempat menarik di Pulau Pinang dan kami harap anda telah mendapat inspirasi untuk merancang percutian anda ke sana kelak. Tidak kira destinasi mana anda pilih untuk dilawati kami harap anda pulang membawa banyak kenangan manis.

Sumber
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 10:55 AM | Show all posts
Thanks for the sharing.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 12:19 PM | Show all posts
wow nk pegi la the top dkt komtar tu...weken ni nk gi penang..lama dh tak pegi sana
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Rindu bau bukit bendera haha
Dedulu rajin pi penang sbb study kat kedah
Semua penang dah cover cuma yg latest ni x tau apa yg menarik... Hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.089091 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list