|
[Tempatan]
Penduduk mengeluh kawasan Presint 16 semakin sesak dgn kenderaan kiri kanan bahu jalan
[Copy link]
|
|
Baru sekejap tadi polis dok saman kereta parking tengah jalan....memalam pun buat kerja..mesti sebb dah masuk news |
|
|
|
|
|
|
|
so dah ada ke orang main chop2 parking ala2 letak kon, tong sampah pelbagai sister? |
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 20-6-2022 09:07 PM
so dah ada ke orang main chop2 parking ala2 letak kon, tong sampah pelbagai sister?
Diorg cop guna kereta....konon parking tu mak menantu dia yang punya...satu keluar...satu lagi terus masuk |
|
|
|
|
|
|
|
alieyrina replied at 20-6-2022 08:40 PM
Tmn aku pun sama. Owner buat tokong reban anjing itik dlm kwsn umah. Kereta dia semua paking tepi ja ...
Iolss selalu terpikir pasal ni. Kalau tengok kat FB tu kan, orang share buat projek diy taman mini kat rumah, kat area porch tu. Benda pertama iolss pikir, dorang parking kereta kat mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat zaman awal 2000.. putrajaya mcm kawasan elit. Jin bertendang pun ya.. aman je g sana. Shah alam pun sama..suci je tempat
dia hijauan lg. Skg ni kalau aku g shah alam confirm sesat. Dgn condo apartment sana sini. Jem melekat lg. |
|
|
|
|
|
|
|
Kegagalan semua parti pemerintah.. BN, PH, PN dalam memantapkan sistem pengangkutan awam sehingga kebanyakan rakyat merasa wajib ada kereta kalau nak survive di mana2 tempat pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kena buat ala2 new york dah kot. Parking boleh tapi time kenderaan cuci jalan nak lalu/ time ada jela apa2 lori nak lalu, owner kena alihkan kalo tak towing/ saman.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kawasan besar sekangkang kera..patut wajibkan naik basikal je kalu duk situ .pstu 1 uma flet 1kete..kete Kene model kecil cm kancil.senang nak angkat tolak tepi |
|
|
|
|
|
|
|
Putrajaya was developed with a low density in mind. Not another kl pun. Ni tak. Benda pertama yg org2 dpt ppam bila nampak clause moratorium is “sy boleh sewakan ke tak rumah ni”. So tu la mentalitinya. U get the house at a cheaper price, nak sewakan smpai 5-6 org dlm tu. Tu pasal parking space tak cukup. Kalau da 5-6 tenant semua pakai kereta waima kancil pun, it is still a car. Where to park. Tu la kat bahu jalan smpai ganggu traffic.
Nak tukar nama utk dptkan strata title pun berbunyi krnapa kena bayar stamp duty etc. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by emera at 21-6-2022 08:28 AM
Public transport macam haram!! Tu je puncanya. Adik kawan aku duduk precint 11 keje kat precint 8, tak de bas direct. Naik grab belas2 ringgit. Padahal dekat je. Ada bas pun, kena keluar awal gilaaaa sbb kena transit. Tu pun jadual bas mcm harammmmm lambat!!! Patut pun ramai beli kereta. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini masalah satu malaysia rasanya. Mcm trend bilangan kenderaan menaik mendadak pulak. Jgn la masuk news putrajaya mcm ni tiba2 turun peruntukan untuk tambah jalan la, buat highway la |
|
|
|
|
|
|
|
masalah penguatkuasaan, tiada penguatkuasaan, kereta tersadai rosak dekat tempat parking, boleh dirampas |
|
|
|
|
|
|
|
bengong buat office building cantik2 tp tak cukup parking, mmg kalau nk berurusan dgn gomen better naik grab je dh la public transport hauk kat putrajaya
sebagai warga putrajaya pulak, iols tak nmpk pulak byk kereta..jalan byk & mostly lengang jeeee.
|
|
|
|
|
|
|
|
selaku pembeli PPAM, aku mengakui yang parking mmg tak cukup. tp mmg kita dah aware yang akan hanya dpt 1 lot parking shj. yg jadi isu bila mana ada owner yang sewakan rumah especially pd yg bujang. 1 rumah smpi 3-4 biji kereta. public transport skrg dah mcm haram. bukan org xnak naik..masa awal2 dulu okay jah |
|
|
|
|
|
|
|
Isu lambakan kereta di Putrajaya, polis campur tangan
Samadi Ahmad
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0622rssaman_1655884516.jpg)
Polis mengeluarkan saman ke atas kenderaan yang dipakir di bahu jalan berdekatan kuarters kerajaan Presint 16 kelmarin. Foto Samadi Ahmad
Putrajaya: Keluhan penduduk kuarters kerajaan Presint 16, di sini, berhubung lambakan kenderaan yang diparkir sesuka hati menyebabkan kesesakan lalu lintas diberi perhatian polis.
Difahamkan keadaan itu berlarutan sekian lama menyukarkan penduduk bergerak apatah lagi kenderaan itu diletakkan di bahu jalan dan hentian bas.
Ketua Polis Daerah (IPD) Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya mengadakan operasi dan mengenakan saman terhadap puluhan kenderaan yang diletakkan di lokasi tidak dibenarkan.
Katanya, operasi itu dilaksanakan berikutan rungutan orang awam berhubung kesesakan trafik di kawasan berkenaan ketika waktu puncak.
Katanya, pengguna yang tinggal di kawasan perumahan berhampiran diingatkan tidak mengambil sikap mudah meletakkan kenderaan di bahu jalan di sekitar pusat pentadbiran kerajaan.
"Perbuatan mereka yang mementingkan diri menyebabkan jalan sempit," katanya.
Harian Metro sebelum ini menyiarkan keluhan penduduk yang berhadapan kesesakan terutama ketika waktu puncak untuk ke pejabat dan menghantar anak ke sekolah.
Asmadi berkata, pengguna dinasihatkan meletakkan kenderaan di tempat sesuai walaupun berjalan jauh sedikit bagi mengelak berlaku perkara tidak diingini.
Menurutnya, polis menerima banyak aduan berkenaan kes ini dan mengambil tindakan terhadap kenderaan yang gagal mematuhi peraturan.
Disiarkan pada: Jun 22, 2022 @ 3:55pm |
|
|
|
|
|
|
|
juruterra replied at 21-6-2022 11:03 AM
bengong buat office building cantik2 tp tak cukup parking, mmg kalau nk berurusan dgn gomen better ...
2 waktu je jem teruk
Pepagi org nak gi kerja
Pepetang org balik kerja |
|
|
|
|
|
|
|
bas nadiputra berlambak kat putrajaya, kenapa nak drive? |
|
|
|
|
|
|
| |
|