Post Last Edit by mrssazali at 3-10-2010 13:37
Salam semua,
Segala pendedahan yang kami nyatakan disini adalah benar belaka. Tiada timbul isu fitnah dan agenda utk menjatuhkan kredebeliti org berkenaan. Kami telah ditpu secara terang terangan. Sebarang penjelasan dari pihak berkenaan masih samar2. Diharap mereka yang tak terlibat jangan mudah melihat isu ini pada sudut negatif. Pendedahan yang kami lakukan adalah untuk menyebarkan maklumat agar tiada insan lain yang tertipu dek dakyah dan pembohongan yang beliau sampaikan. Jika anda disituasi kami apa yang anda lakukan?
Pada pihak yang menjadi tukang sampai, tukang ampu, tukang sebok dan jenis manusia bermuka2 tak nampak talam, hentikan perbuatan anda membela manusia yang secara terang terangan melakukan mungkar. Dia telah menganiaya kami. Dia telah menyalah gunakan amanah dan kepercayaan yang kami berikan kepadanya. Jika semua mangsa yang terlibat tampil kehadapan pelabagai cerita kurang enak pasti kedengaran. Isu ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Selayaknya beliau menerima hukuman datas segala perbuatan beliau menyalahgunakan wang kami.
Dimana perginya duit kami? Sistem yang dijanjikan karam tanpa batu nesan. Apa yang diucapkan indah khabar dari rupa. Walaupun nasi dah jadi bubur tidak bermakna kami perlu menyerah kalah. Kami mahukan keadilan ditegakkan. Jika ruang untuk kami berbicara dinilai sebagai perbuatan keji dan tak profesional makanya akan berleluasalah perbuatan mungkar dimuka bumi ini.
Ingatlah jika kita secara terang terangan bersubahat pada perbuatan mungkar kita akan turut sama terheret menaggung beban dosa yang berat.
|