|
Kenapa Bijak Pandai meninggalkan ajaran Bible ???
[Copy link]
|
|
Penggunaan istilah bijak pandai adalah satu bentuk propaganda yang biasa digunakan dalam polemik.
Aku tengok, pembuka thread ini bukan berminat dengan kebenaran. Dia lebih suka kepada sensasi. Hanya kerana seorang dua bijak pandai (katanya) tidak percaya dengan pegangan orthodox Kristian...maka agama Kristian tidak betul. Tetapi tt mungkin mengabaikan fakta beribu bijak pandai kat luar sana yang beriman kepada kepercayaan Kristian.
TT mengemukakan satu pandangan yang merupakn myth berkenaan persidangan Nicea. TT minta kita guna akal n fakta...tetapi tt sendiri menggunakan myth. Dengan berpegang kepada myth...bahawa Nicea mengubah Injil/ajaran Kristian memperlihatkan tt sendiri menafikan fakta sejarah...yang mengaitkan Nicea dengan pemilihan injil dan ketuhanan Yesus....bagaimana seorang Islam yg berpegang kpd myth menyeru org kristian berpegang kepada fakta sejarah?
Saya tidak tahu agama islam, tetapi kebenaran agama kristian tidak terletak kepada berapa ribu cerdik pandai yang menerima atau menolak agama Kristian. Cerdik pandai juga manusia dan mereka juga terbuka kepada kesilapan. Mungkin barangkali, kebenaran agama Islam bergantung kpd cerdik pandai kot....Aku tgk...cerdik pandai Islam pun makin bertelagah sesama mereka...ada yg x percaya kpd hadist...malahan ada ulama Islam sendiri menolak logik untuk memahami agama.
TT boleh copy n paste segala video n artikel anti christian....aku percaya org christian pun buleh buat perkara yang sama...pergi ke ruangan muslim n muslimah..copy n paste segala artikel anti Islam...pergaduhan sesama orang Islam tentang agama Islam....fatwa kafir mengkafir sesama orang Islam....tetapi sebagai orang Kristian..kita dilarang untuk berbuat demikian...kerana ini aku belum jumpa lagi orang kristian pergi ke ruangan MM untuk membuat propaganda...
shalom |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 56# erusi
Itu ckp anda Islam yg mungkin kurang percaya kepada hadis....cuma tanya Islam yang percaya kepada hadis... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 59# ieja_p2_bumbum
Aku baca buku Isabella ini masa tingkatan 3...syukur...buku Isabella ini telah menyebabkan aku berminat mempelajari sejarah dan teologi Kristian..menyebabkan keimanan aku kepada Yesus semakin bercambah setiap hari...![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_shalom at 19-10-2010 22:20
Reply 51# tora bora
Ok..teruk sgt ler agama kristian nampaknya....tetapi sekurang2nya...agama kristian tidak pernah menempatkan apa yg anda list itu sebagai amalan ibadat yang dikaitkan dengan dosa dan pahala...
Tetapi bagaimana pula dengan org Islam sendiri? Amalan yg selalu dilakukan oleh org Islam nusantara sperti membaca Quran...menjamu makanan.. bila ada kematian selama 40 hari...upah baca Quran dengan harapan menderma pahala kepada arwah?
Banyak lagi senarainya...atau istilah femes lain amalan biadah dalam Islam....yang lagi malang...amalan2 yg dibuat ini selalu dikaitkan dengan amalan pahala.....belum lagi beberapa amalan yang dibuat pada bulan puasa...
Sekurang2nya...Kristian tidak pernah berkata...anda main gitar...pahala anda bertambah sekian2....anda pakai baju santa claus sepanjang kristian pintu surga tbuka bagi mu....
Malahan..sholat yang dianggap tiang agama oleh org Islam sendiri tidak sunyi drpd perdebatan..sholat 5 waktu dan rakaat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa sahaja ajaran agama di muka bumi, ia tidak sunyi dari 'campur aduk' atau 'tambahan-tambahan' manusia... Tak kira Islam atau Kristian... Sebab itulah agama menjadi 'corupt' sebab tangan-tangan manusia ini...
Amalan kematian 40 hari dll tiada dalilnya dalam Qur'an mahupun hadis.. ianya hanya amalan orng melayu yng digambarkan seolah-olah agama, sama seperti tokok tambah dlm ajaran kristian spt yang saya sebutkan dlm thread yang lepas...
Cuma dlm ajaran agam kristian, bukan sahaja amalan yang ditokok tambah.. tetapi hingga bible pun turut 'dicemari' oleh tangan-tangan manusia ini... sebab itulah terlalu banyak ayat-ayat yang bertentangan dlm bible... Ajaran Jesus yang asli telah dicemari oleh manusia-manusia yang berpura-pura spt Paul, yang kononnya telah bertemu Jesus... |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Tuhan wajib ditaati, sayangnya pengikut ajaran Kristian skrng bukan lagi mengikut firman Tuhan, tetapi tetapi pengikut firman 'Saul of Tarsus' (Paul)... Jgn tersilap ikut wahai kompia ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 62# cmf_shalom
Semua org Islam percaya pada hadis, cumanya org Islam tidak bersikap membuta tuli memperkatakan percaya kepada apa yang didakwa kononnya sebagai hadis.
Itu dasar Islam, mengkaji sedalam-dalamnya terlebih dahulu, bukannya percaya secara buta tuli seperti kamu percaya terhadap bible kamu itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 64# cmf_shalom
Tetapi bagaimana pula dengan org Islam sendiri? Amalan yg selalu dilakukan oleh org Islam nusantara sperti membaca Quran...menjamu makanan.. bila ada kematian selama 40 hari...upah baca Quran dengan harapan menderma pahala kepada arwah?
Itu adalah adat, bukan agama. Namun adat itu tidak bertentangan dengan agama. Kerana menjamu makanan itu adalah sedekah, baca Al-Quran adalah suatu yang dituntut dalam Islam dengan harapan Allah akan menyampaikan pahala baca Al-Quran tersebut kepada roh si mati. Mengharap kepada Allah itu juga bukanlah sesuatu yang dilarang dalam Islam kerana ditegaskan hanya kepada Allah sahaja untuk meminta pertolongan.
Justeru apa masalahnya jika melakukan sesuatu yang tidak bertentangan dengan Islam? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_shalom at 20-10-2010 20:23
Reply cmf_shalom
Semua org Islam percaya pada hadis, cumanya org Islam tidak bersikap membuta ...
erusi Post at 20-10-2010 13:42 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Kalau anda bersikap adil...anda juga kena tengok sejarah agama Islam itu sendiri....dari pembukuan Quran hingga kepada zaman khalifah...dok bergaduh sama sendiri.....sekurang-kurang umat Protestan tidak pernah menuduh St.Peter membunuh Yesus seperti mana syiah menuduh Aisah mmbunuh nabi mereka...
Anda datang ke sini membawa cerita Quran itu sempurna 100%..tiada masalah perbalahan dikalangan cerdik pandai Islam...tetapi kalau baca sesi perbincangan di MM...aku lihat lagi maha dashyat...Sunni vs Islam ....sesama khalifah pun duk gaduh2....
Perlu kah aku copy n paste pergaduhan dikalangan org Islam berkenaan pembukuan Quran..tuduh menuduh antara syiah n sunni? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 69# erusi
Itu cakap anda....bagi anda itu adat..tp bagi org kebanyakan org Islam di nusantara itu adalah ibadat....sebab itu ulama-ulama tradisi kat Malaysia ini anti dengan fahaman wahabi...dok tuduh kafir mengkafir....kalau dh tahap tuduh kafir2...itu bukan isu amalan adat lagi namanya...
Sekurang2nya Kristian tidak pernah memasukkan santa Claus dlm amalan ibadat n mengaitkan dosa pahala.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 65# tora bora
Anda kena baca sendiri perdebatan dikalaangan org Islam sendiri..baru anda tahu sejarah kitab anda....untuk tujuan itu..aku cadangkan anda khatam dulu perdebatan kat MM dikalangan org Islam sendiri...sebelum hendak menyebar sebarang propaganda disini... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 72# cmf_shalom
Thread dlm MM ini mungkin boleh dijadikan sebagai permulaan...
http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=358399&extra=page%3D4
Aku juga menggalakkan umat kristian untuk turut membaca...kemudian kita boleh buat perbandingan...sejauh Tora bola n the geng adil dlm membuat penilaian.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 71# cmf_shalom
Orang Islam yang masuk CC n gigih memburuk-burukkan agama Kristian, selalu mendakwa umat Kristian suka-suka memalsukan agama....tetapi pada masa yg sama....lupa bahawa dikalangan org Islam sendiri juga gigih memalsukan agama dan menjadikan pemalsuan itu sebagai amalan ibadat dalam agama....
Sebagai permulaan...baca thread ini...ikutilah perbincangan yang menarik....
http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=299798&extra=page%3D4 |
|
|
|
|
|
|
|
Seperti yang saya kata pemalsuan dan pembawa ajaran sesat memang berlaku dlm semua agama... pergaduhan dan berbunuhan atas nama agama memang berlaku dlm semua agama... kelakuan manusia yng penuh dgn kebinatangan memang terjadi pada semua penganut agama... Cuma kita kena ingat kata-kata " Jangan kenali kebenaran itu melalui orangnya, tetapi kenalilah kebenaran itu, maka engkau akan kenal orangnya"... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 70# cmf_shalom
Post Last Edit by cmf_shalom at 20-10-2010 20:23
Kalau anda bersikap adil...anda juga kena tengok sejarah agama Islam itu sendiri....dari pembukuan Quran hingga kepada zaman khalifah...dok bergaduh sama sendiri.....sekurang-kurang umat Protestan tidak pernah menuduh St.Peter membunuh Yesus seperti mana syiah menuduh Aisah mmbunuh nabi mereka...
Anda datang ke sini membawa cerita Quran itu sempurna 100%..tiada masalah perbalahan dikalangan cerdik pandai Islam...tetapi kalau baca sesi perbincangan di MM...aku lihat lagi maha dashyat...Sunni vs Islam ....sesama khalifah pun duk gaduh2....
Perlu kah aku copy n paste pergaduhan dikalangan org Islam berkenaan pembukuan Quran..tuduh menuduh antara syiah n sunni?
| cmf_shalom Post at 20-10-2010 19:59 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Sememangnya saya sudah melihat sejarah agama Islam itu lebih dahulu daripada saya melihat kandungan isi bible. Dan saya tidak melihat perbalahan yang kamu katakan itu. Yang saya lihat adalah di zaman khalifah Abu Bakar, tiada pergaduhan dengan mana-mana tokoh sahabat yang lain malah mereka berganding bahu dalam usaha membukukan Al-Quran. Apa yang saya lihat adalah mereka saling memberi pendapat masing-masing dan bukannya bergaduh. Seperti mana Umar Al-Khattab memberikan cadangan tentang pembukuan Al-Quran dan setelah berbincang saranan Umar tersebut diterima menyebabkan Al-Quran mula dibukukan. Seterusnya kerana penerimaan agar Al-Quran itu distandardkan supaya tiada berlaku salah faham disebabkan Al-Quran yang berbeza loghat dan susunan ayat (tapi makna yang sama), makanya saranan tersebut diterima pada zaman khalifah Usman bin Affan. Justeru sebenarnya tiada sebarang pertelagahan. Hasilnya sekarang, terbukti usaha-usaha itu dapat memelihara Al-Quran sehinggakan kelompok kristian ini begitu sukar untuk mencari kesalahan Al-Quran kerana kesalahan tersebut sememangnya tidak wujud.
Jika sekarang kita dapati Al-Quran sememangnya sempurna, maka atas dasar apa pula menuduh kononnya penyelewengan telah berlaku dalam Al-Quran? Pada hal Al-Quran telah mengatakan bahawa An Nisa ayat 82 ada disebutkan:
''Maka mengapakah mereka tidak memerhatikan dan memikirkan, tujuan-tujuan dan maksud-maksud Al-Quran? Sekiranya Al-Quran itu dari sisi selain daripada Allah seperti yang mereka katakan, tentulah mereka dapati padanya perselisihan yang banyak''
Berkenaan dengan dakwaan Syiah bahawa Aisyah membunuh nabi mereka. Jika kelompok Syiah mendakwa sedemikian, maka apa perkaitannya dengan Al-Quran dan Islam? Apakah disebabkan dakwaan sekelompok Islam, maka kamu beranggapan Islam pun beranggapan sedemikian? Hey bro, lihat pada Islam itu sendiri, bukan pada kelompok tertentu yang mandakwa diri mereka itu Islam. Jika sebahagian kelompok kristian mendakwa gay dan homoseksual itu adalah sesuatu yang dibenarkan, maka apakah kamu beranggapan kristian pun beranggapan seperti kelompok berkenaan?
Inilah tindakan kelompok kristian yang salah menyebabkan mereka mempunyai kefahaman yang salah berkenaan Islam.
Itu cakap anda....bagi anda itu adat..tp bagi org kebanyakan org Islam di nusantara itu adalah ibadat....sebab itu ulama-ulama tradisi kat Malaysia ini anti dengan fahaman wahabi...dok tuduh kafir mengkafir....kalau dh tahap tuduh kafir2...itu bukan isu amalan adat lagi namanya...
Sekurang2nya Kristian tidak pernah memasukkan santa Claus dlm amalan ibadat n mengaitkan dosa pahala....
Tidak menghairankan jika seseorang Islam lain memandangnya sebagai ibadat kerana di dalam adat itu sendiri terdapatnya ibadat. Bukankah saya dah kata menjamu makanan itu adalah sedekah. Sedekah itu adalah ibadat, bro. Membaca Al-Quran itu juga ibadat, bro.
Tuduh kafir mengkafir itu, apakah ianya akan menyebabkan kesalahan catatan dalam Al-Quran? Tidak. Justeru kebenaran Islam adalah terletak pada Al-Quran, bukannya pada perlakuan tuduh menuduh seperti itu? Masalahnya adalah kamu ingin melihat Islamkah atau kamu ingin melihat perlakuan kelompok tertentu yang mendakwa diri mereka Islam?
Apakah kamu melihat kristian kamu itu melalui tuduh menuduh antara golongan protestan dan katholik?
Bro, berfikirlah secara baik dan lebih matang. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_shalom at 21-10-2010 20:53
Reply 76# erusi
Itu cakap anda...yg aku nmpak..sampai sekarang umat Islam masih bercakaran......berdasarkan sejarah umat Islam awal...text quran telah dibakar utk wujudkan edisi standart...ini belum lagi mengambil kira pertelingkahan sesama org Islam Ubay dengan versinya sendiri...masud dengan versinya sendiri...boleh dikatakan...teks quran yg ada skrg adalah hasil pertelingkahn dan air mata dikalangan org Islam sendiri.
x perlu buka sumber dr sumber org kafir,....ikuti sahaja perdebatabn/perbahasan dikalangan org Islam...kita sudah dpt melihat betapa kritikalnya sejarah awal umat Islam sendiri...pertuduhan dan pergaduhan dikalangan para sahabat...etc etc..
Dengan mengambil kira pertelingkahan dikalangan org Islam sendiri...bagaimana org Islam dpt memastikan bahawa teks quran tidak berlaku penyelewengan? Baca hadis..iaitu sumber org Islam sendiri....x perlu baca sumber kafir...
Hadis sendiri mengalami masalah yang sama....kalau org Islam sendiri sanggup membuat hadis palsu....menipu aatas nama nabi mereka...bagaimana org Islam boleh pastikan tiada berlaku korupsi dikalangan agama mereka sendiri?
Ramai sarjana Islam sendiri menolak hadis..kerana menurut mereka ia merupakan rekaan...termasuk dlm hal2 ibadat...kalau org Islam sendiri berani membuat hadis palsu kemudian mendakwa itu adalah datang dari nabi mereka sendiri.....bagaimana dengan perkara lain?
Aku..x perlu pergi tgk sumber bukan Islam..baca sendiri perdebatan/pertelingkahan/tuduh menuduh dikalangan oarang Islam berkenaan hadis masing2..hadis syiah vs hadis sunni....termasuk bkaitan quran....
Kepada umat Kristian...korg baca lah thread yg aku copy n paste,...perbincangan yg dibuat oleh sesama org Islam sendiri...sama2 la kita menilai sendiri....
Anda cuba melembutkan permasalah dikalangan umat Islam awal termasuk tentang penyusunan Quran Islam...tetapi dikalangan org Islam sendiri aku melihat.....perdebatan berasap2....
Kat thread ini pula perbincangan hangat psl tuduhan kekafiran majoriti dikalangan para sahabat....
http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=66413&extra=page%3D6
aku x tau mcm mana en Erusi cuba nak melembutkan kekusutan tersebut... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 77# cmf_shalom
Kat sini aku copy n paste beberapa contoh perdebatan dikalangan org Islam:
[size=1.2em]Umar ibn Khaththab berkata: "Bila bukan karena orang akan mengatakan bahwa Umar menambah (ayat) ke dalam Kitab Allah, akan kutulis ayat rajam dengan tanganku sendiri." (Shahih Bukhari, bab Asy-Syahadah 'indal-Hakim fi Wilayatil-Qadha; Al-Itqan, jilid II, hlm. 25-26; Ad-Durr Al-Mantsur, jilid I, hlm. 230; jilid V, hlm. 179 dari Imam Malik, Bukhari, Muslim, dan Ibnu Dhurais, dan hlm. 180 berasal dari Nasa'i, Ahmad, Ibnu Auf; Musnad Ahmad, jilid I, hlm. 23, 29, 36, 40, 43, 47, 50, 55; jilid V, hlm. 132, 183; Hayat Ash-Shahabah, jilid II, hlm. 12; jilid III, hlm. 449)
[size=1.2em]Jadi, Umar meyakini Ayat Rajam itu ada dalam Al-Quran, tapi kenyataannya tidak ada. Tapi Umar tidak menulisnya karena takut ucapan orang-orang bahwa Umar menambah ayat. Seperti itulah yang dijelaskan As-Suyuthi dalam Al-Itqan jilid II, hlm. 26, mengutip tulisan Az-Zarkasyi: "Tampaknya penulisan ayat tersebut boleh saja. Hanya ucapan oranglah yang mencegah (Umar melakukan) hal itu... Seharusnya ayat itu dimasukkan ke dalam Al-Quran, ayat itu semestinya ditulis." Ayat rajam ini juga pernah disebut-sebut waktu saya (pertama kali) belajar Ulumul-Quran di kampus
[size=1.2em]An-Naas dan Al-Falaq
[size=1.2em]Dinukil dari Ibnu Mas'ud, bahwa dia membuang Surah Mu'awidzdzatain (An-Naas dan Al-Falaq) dari mushhafnya dan mengatakan keduanya tidak termasuk Al-Quran. (Ad-Durr Al-Mantsur, jilid VI, hlm. 146; Ruhul-Ma'ani, jilid I, hlm. 24; Al-Itqan, jilid I, hlm. 79; Fathul-Bari, jilid VIII, hlm. 581)
[size=1.2em]195 Ayat Surah Al-Ahzab Hilang
[size=1.2em]Demikian riwayat dari Abdurrazaq yang berasal dari Tsauri, dari Zirr ibn Hubaisy yang berkata: "Ubay ibn Kaab telah bertanya kepada saya: 'Berapa jumlah ayat yang kalian baca dalam surah Al-Ahzab?' Saya menjawab: '73 atau 74 ayat.' Dia bertanya: 'Hanya sebanyak itu? Pada mulanya surah tersebut sama panjangnya dengan Al-Baqarah atau lebih. Dan di dalamnya terdapat surah (ayat) rajam.' Saya bertanya: 'Wahai Abu Mundzir, bagaimana bunyinya?' Dia menjawab: 'Ayat tersebut berbunyi: Idzaa zanayaa asysyaikhu wasy-syaikhah farjamuu...'." (Al-Itqan, jilid II, hlm. 25; Mushhanaf Abdurrazaq, jilid VII, hlm. 320; Muntakhab Kanzul-Ummal pada catatan kaki Musnad Ahmad, jilid II, hlm. 1)
[size=1.2em]Ternyata ayat rajam tersebut tidak ada dalam Al-Quran, dan tampaknya sama seperti apa yang diucapkan oleh khalifah kedua bahwa ada ayat rajam.
Ini adalah antara beberapa contoh isu yg diperdebatan dikalangan org islam sendiri....Kepada org Islam yg datang CC dan suka membuat provokasi...nasihat aku adalah...lebih baik selesaikan masalah di dalam agama sendiri sebelum nak mengutuk kitab suci org lain...nasihat aku mudah je...
|
|
|
|
|
|
|
|
Satu pendekatan hujah menarik dari Shalom, buat kajian inilah yang kita kehendaki, tapi boleh tak berikan ' sumber ' yng tuan copy dan paste kan ini, barulah boleh jawab.. sebab memang banyak manusia ni yang cuba merosakkan ajaran agama Islam (termasuk ajaran agama lain), tetapi dapat dikesan dgn mudah dlm ajaran Islam sebab ia telah dibuat kajian lebih awal malah dibuat semasa Nabi Muhammad dan semasa hidupnya para sahabat beliau... tidak dinafikan, penyelewengan memang berlaku, tapi dapat dikesan dan dihujah, terpulang kpd kita utk menilainya... tq |
|
|
|
|
|
|
| |
|