[size=0.8em]COMMUNICABLE DISEASEKenyataan Media KPK 7 Mac 2023 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi Ke 9 Tahun 2023 (26 Februari – 4 Mac 2023)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON MARCH 7, 2023
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
MINGGU EPIDEMIOLOGI KE-9 TAHUN 2023
(26 FEBRUARI 2023 – 4 MAC 2023)
1.0 STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN
1.1 Secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk tiada perubahan, kekal pada 2.8 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-9 tahun 2023 (ME 9/2023) berbanding ME 8/2023 (Rajah 1);
1.2 Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 populasi pada ME 9/2023 berbanding ME 8/2023 adalah seperti berikut;
- Pesakit kategori 1 dan 2, meningkatsebanyak 33.0 peratus; manakala
- Pesakit kategori 3, 4, dan 5, meningkatsebanyak 33.0 peratus.
1.3Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 9/2023 berbanding ME 8/2023 adalah seperti berikut (Rajah 2):
- Katil bukan kritikal, meningkat sebanyak pada 1.0 peratus;
- Katil Unit Rawatan Rapi (ICU), tiada perubahan, kekal pada 2.0 peratus;dan
- Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) menurun sebanyak 0.2 peratus.
2.0 PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)
2.1 Kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan penurunan. Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 9/2023 berbanding ME 8/2023 (Rajah 3):
- Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 12.2 peratus;
- Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah meningkat sebanyak 321.7 peratus; dan
- Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital menurun sebanyak 14.3 peratus.
3.0 STATUS TERKINI KES COVID-19
3.1 Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 4 Mac 2023 (ME 9/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
- Kumulatif kes baharu: 5,043,626;
- Kumulatif kes sembuh: 4,997,806 kes;
- Purata kes aktif : 8,851 kes;
- Kumulatif kes kematian: 36,965 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,172 kluster (kluster aktif: 2 kluster).
3.2 Perbandingan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 antara ME 8/2023 dan ME 9/2023 (Rajah 4):
- Bilangan kes baharu meningkatsebanyak 5.2 peratus (1,367 kes kepada 1,438 kes);
- Bilangan kes sembuh menurun sebanyak8.8 peratus (1,497 kes kepada 1,365 kes); dan
- Bilangan kes kematian meningkatsebanyak 300.0 peratus (2 kes kepada 8 kes).
4.0 NILAI Rt
Nilai Rt pada ME 9/2023 adalah 0.99 (Rajah 5).
5.0 SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19
KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 8/2023, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:
- Sebanyak 17 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 2.4 peratus pada ME 9/2023 (Rajah 6); dan
- TiadasampelSARI dikesan positif COVID-19 pada ME 9/2023 (Rajah 7).
6.0 PEMAKLUMAN SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA SETIAP DUA MINGGU
Sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara sejak tahun 2020, KKM telah berkongsi data dan maklumat secara telus dan terbuka. Keprihatinan masyarakat dalam mengambil tahu situasi semasa jangkitan COVID-19 di dalam negara dan bersama-sama mengekang penularan penyakit adalah amat dihargai dan telah membantu dalam kawalan penularan COVID-19. Sejak beralih ke Fasa Peralihan ke Endemik, situasi COVID-19 di Malaysia dilihat semakin terkawal dan semua aktiviti sosial dan ekonomi telah berjalan seperti keadaan sebelum pandemik.
Justeru, mengambilkira situasi COVID-19 yang semakin terkawal, kenyataan akhbar berkenaan situasi semasa jangkitan COVID-19 akan dikeluarkan setiap dua (2) minggu selepas ini. Manakala data berkenaan COVID-19 di laman sesawang KKMNOW di
https://data.moh.gov.my/covid akan dikemaskini setiap minggu.
7.0 NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Malaysia masih berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Walaupun demikian, KKM ingin menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi saranan berikut iaitu;
- Elakkan 3S;
- Amalkan 3W;
- Amalkan TRIIS;
- Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
- Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. Aktifkan fungsi notifikasi aplikasi MySejahtera dalam telefon pintar masing-masing. Notifikasi melalui MySejahtera akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
- Individu yang layak mendapat rawatan Paxlovid atau perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di (https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui panggilan telefon;
- Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
- Individu yang belum menerima dos primer vaksin dan dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam dan luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO dan pihak berkuasa negara-negara serantau. Selain itu, KKM sentiasa memastikan agar langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
7 Mac 2023 @ 10.00 pagi