CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MRO

Padah UPSR Dimansuhkan- Murid Darjah Enam Ramai Tak Minat Nak Belajar, Siap Upah Kawan Suruh Siapkan Kerja Sekolah

[Copy link]
Post time 8-2-2024 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
FlexyFox replied at 8-2-2024 08:16 PM
Yg I tanya 'standardize exam"...  macam SPM, UPSR, IGCSE dll. Kiranya dah tak ada la ya...  Kalau  ...

Ya mmg takde dah kecuali SPM tu je lg yg masih wujud. Jd pemilihan ke university takde masalah. Utk anak2 yg nak beralih dr menengah rendah ni je la jd sikit kesukaran. Ibu bapa  mcm sy ni mmg ikut je cikgu2 letak anak dialiran mana lps diarg nilai internal exam masa akhir form 3 tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2024 08:49 PM | Show all posts
TeropongThaico replied at 8-2-2024 08:33 PM
Ya mmg takde dah kecuali SPM tu je lg yg masih wujud. Jd pemilihan ke university takde masalah. Ut ...

Oh... kalau gitu ok la juga kalau SPM masih ada. Tapi, still kurang bagus lah kalau tak ada standardized exam every few years before SPM. Pencapaian murid2 secara keseluruhan satu negara tak dapat dinilai. Apalah yg membeban sangat yg sampai nak mansuh standardized exams ni. Yg parents pun sampai stress2 anak nak ambik standadized exams tu kenapa kan... Kami kat US ada jer standadized exams every few years, tak ada siapa stress2 pasal ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak pulak tak nampak isu dia kat sama ada ada exam atau tidak sissy. Tapi akak nampak isu dia kat kewujudan tiktok instagram facebook haramjadah yang buatkan anak2 nampak buat duit jadi content creator lagi masyuk dan easy peasy tu yang buatkan anak2 taknak belajar dekkkk…. FIKIRLAH DEKKKK! MARI KITA HAPUSKAN SET2 MARK ZUCKERBERG DEKKKK!
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 22-6-2023 07:16 PM
Cari balik menteri tuh....kasi netizen tibaiiii

Saper ke muntri tu yer?yg mana 1?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
FlexyFox replied at 8-2-2024 08:49 PM
Oh... kalau gitu ok la juga kalau SPM masih ada. Tapi, still kurang bagus lah kalau tak ada standa ...

Parents stress sbb ramai yg nak bandingkan result dgn si polan si polan nnt. Nak pula sepupu sepapat ada yg ambil exam tahun yg sama mmg siksa jdnya jika tak capai kpi family
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 8-2-2024 08:53 PM
Akak pulak tak nampak isu dia kat sama ada ada exam atau tidak sissy. Tapi akak nampak isu dia kat k ...

alaaa kalau dah takde semua tu caner nak tgk semua org pakat2 nak up konten makan2, holiday, bekal apa arini anak ke sek??, tour rumah sampai ke lubang jamban teropong. depa semua tu hadap pujian kite
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2024 09:29 PM | Show all posts
TeropongThaico replied at 8-2-2024 09:09 PM
Parents stress sbb ramai yg nak bandingkan result dgn si polan si polan nnt. Nak pula sepupu sepap ...

Tu la masalah orang kita, budaya membangga diri, membanding2 yg tak sihat ni merosak sebenarnya. Entahla Teropong...  make the best of what we have. All the best to you and kids.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 8-2-2024 04:41 PM
Kena tengok juga peranan orang2 dewasa dalam hidup budak tu yakni;

1. Mak bapak

Iols sebagai mak teringin nak muntri digital n muntri komunikasi sekat aje aplikasi games tiktok miktok apa bagai dlm negara ni..haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2024 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
FlexyFox replied at 8-2-2024 09:29 PM
Tu la masalah orang kita, budaya membangga diri, membanding2 yg tak sihat ni merosak sebenarnya. E ...

Aamin aamin.  Thanks for the doa sis.
Semoga Allah bg yg sama juga buat sis sekeluarga.

Sikap manusia gitu lah. Kononnya prihatin ambil berat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 8-2-2024 09:38 PM
Iols sebagai mak teringin nak muntri digital n muntri komunikasi sekat aje aplikasi games tiktok m ...

Sy sokong yg arif

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 09:48 PM | Show all posts
TeropongThaico replied at 8-2-2024 09:42 PM
Aamin aamin.  Thanks for the doa sis.
Semoga Allah bg yg sama juga buat sis sekeluarga.

Sama-sama. Amin amin.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
betul sangat... pastu yang dapat anugerah mostly anak-anak cikgu ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 8-2-2024 05:44 PM
Ada yang buat, ada yang tak buat. Ikut sekolah. Kalau darjah 4-6, ada UPSA dengan UASA. Tahap 1 ta ...

Ikutkan mazlee mansuhkan exam utk tahap 1 untuk  bebudak ni fokus pada pembentukan sahsiah diri tp nampaknya sek tetap ada juga ye buat exam.
Kat fb bapak2 darjah 1 ada je duk merentan tak puas hati takde exam sbb takleh tau apa kelemahan anak.
Ntahla sbb iols jenis takde la serahkan kat sekolah je semuanya, kat umah iols ada je beli buku2 latihan ujian bagai yg ada jual kat shopee tu
Pastu suh anak buat so kat situ tau la juga apa kurang lebih dia.
Sama mcm membaca gak, asal ada peluang mmg suh baca sbb nk tau apa yg tak lancar.
Jgn harapkan sekolah semata2 bukan sorang murid je cikgu nk tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
tipu la takda exam. mengarut ja. exam nk masuk skolah menengah mcm2 exam kemasukan yg ada. infact lg stress budak2 tu. xde maknanya nk hapuskan exam oriented. cuma improve la silibus n evaluation method exam tu. bukannya hapuskan. cikgu2 tu pon bertambah beban sebenarnya. sistem tak kena pada tempat n persediaan yg tak mapan. bagai tikus membaiki labu. bagai membina jambatan yg x pernah siap. stop the politics n nk nampak hebat atas kertas. semua patut jujur n x hipokrit sgt dlm melaksanakan sistem pendidikan. audit bukannya utk menyorok perkara yg sebenar tp untuk mencari jalan utk meningkatkan keberkesanan sesuatu sistem atau cara kerja. haish.. geram jugak rasanya. i rasa dua perkara yg xleh nk dipolitikkan sgt pendidikan n kesihatan sbb mmg akan runtuh negara tu kalau x jaga betul2 dua perkara ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico replied at 8-2-2024 09:09 PM
Parents stress sbb ramai yg nak bandingkan result dgn si polan si polan nnt. Nak pula sepupu sepap ...

Iols takde stress nak banding dgn anak org lain...iols stress sbb apa yg ptt jd basic tu takde dekat anak iols and infact ramai bebdk sebaya...iols tak kisah la kalo bebdk ni nak compete saper dpt 100...masalah bebdk ni bangga plak dpt 0...eiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 8-2-2024 11:49 PM
Iols takde stress nak banding dgn anak org lain...iols stress sbb apa yg ptt jd basic tu takde dek ...

Bila family members ramai mcm sy benda banding membanding ni mmg tak leh elak. Dulu bila kita base kpd peperiksaan upsr pmr spm mmg terlatih utk sentiasa bersedia. Skrg bila dgn segala mak nenek dlm gajet games  semua nak pula dgn tak de exam mmg lain jdnya. Beza sgt antara anak yg tempuh exam dgn yg tidak ni.

Anak skrg celik mata itu la yg dihadapnya. Mcm mn nak dpt hal2 basic. Mari influencer yg acah terpaling habis sekolah pun jd tak elok. Lg le pening jdnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2024 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Takpa la, pelajaran atau ilmu tak penting kalau naknjadi pemimpin.. nanti kesan setiap tindakan macam ni la balanya, separuh masak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 03:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu lah aku pun tak puas hati bila upsr bubar. Skrg ni pulak takde penilaian mcm siapa no 1 , 2 n so on
Bila takde exam n penilaian budak2 jadi tak competitive. Apa sebab kita hantar anak2 kita ke sekolah? Kalau jawaban untuk tuntut ilmu skrg internet pun mcm2 ilmu kita dapat. Utk bergaul rakan2 sebaya? Boleh jer bawak pi playground or mana2 tempat ada activity. Pada aku exam lah the highlight of students life...so bila takde main exam mcm upsr...hantar anak ke sekolah rendah jadi tak perlu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 08:32 AM | Show all posts
Edited by ninja9 at 9-2-2024 09:39 AM
FlexyFox replied at 8-2-2024 08:49 PM
Oh... kalau gitu ok la juga kalau SPM masih ada. Tapi, still kurang bagus lah kalau tak ada standa ...

Sebenarnya masa mula-mula dilaksanakan dasar tak ada exam ini, ideanya exam itu tak ada langsung, standardized exam itu tak ada langsung dlm dasar itu, kecuali spm yang dikekalkan, walaupun dah ada juga suara yang nak suruh mansuh SPM juga.

Apa yang berlaku, KPM nak ikut dasar pendidikan Finland selepas beberapa ahli akademik malaysia yang melawat finland terpegun dan terpengaruh bagaimana mereka urus pendidikan mereka. Itulah permulaannya dasar tak ada exam... tetapi mereka mungkin juga dipengaruhi oleh rungutan dan luahan ibubapa yang tertekan semasa melihat keputusan peperiksaan yang ditayang ibubapa yang bangga dengan keputusan peperiksaan anak mereka di media sosial.... bayangkan dimalaysia tekanan ibubapa menjadi salah satu faktor dalam menentukan dasar pendiidikan negara!

Jadi ahli akademik ini telah membuat suatu penilaian baru iaitu penilaian PBD kononya untuk gantikan exam dan gantikan budaya exam itu sendiri. Pada masa mereka lobi pelaksanaan PBD, ahli-ahli akadmik yang hebat ini telah mengkritik sistem peperiksaan dengan teruk. Boleh baca diforum ini pun ada. Kononnya PBD adalah sistem penilaian lebih baik dan menyeluruh berbanding exam. Jadi, pada mereka sistem PBD ciptaan mereka adalah yang terbaik didunia...

PBD sebenarnya cuma penilaian abstrak dimana semua faktor tentang perkembangan murid termasuk perkembangan akademik, usaha murid, sahsiah etc dirangkum oleh seorang guru untuk dinilai dalam satu gred mengikut kriteria yang juga bersifat abstrak.

Nampak something... ya... guru berperanan secara subjektif dalam pengredan ini. ... kelemahan terbesar ialah ianya dipengaruh bias, suka dan benci, sifat manusia etc semasa memberi pengredan. .. dan ianya tak standardized langsung, dan ianya amat susah untuk dilaksanakan kerana faktor digred itu terlalu luas dan abstrak apalagi melibatkan ramai pelajar spt 20-40 orang ...

... apa yang berlaku selepas itu ialah sebenarnya berlaku perubahan-perubahan yang bersifat hidden bila PBD menggantikan exam, iaitu seperti halatuju belajar budak, mencapai keputusan yang terbaik, persaingan, berusaha bersungguh-sungguh, pelajar memupuk endurance, tangisan kegembiraan atau tangisan kesedihan ketika mendapat keputusan peperiksaan dan sebagainya spt yang dialami sewaktu dasar peperiksaan menjadi sangat samar, masih ada tapi sangat-sangat samar, malah rasanya ada yang hilang terus... uols mesti dah jangka apa akan jadi jika ini semakin hilangkan

.. believe it or not, ada satu lagi yang pelik pada awal pelaksanaan pbd, kpm sendiri bingung kerana masih lagi dalam acuan dasar peperiksaan, masih lagi mahu ada sekolah terbaik, pelajar terbaik, persaingan antara sekolah, pressure guru-guru untuk mencapai keputusan ujian sumatif yang lebih tinggi etc ... KPM sendiri masih bingung tak faham apa sebenarya yang mereka buat, sebab semua perkara-perkara itu sebenarnya diasaskan semasa dasar adalah dasar peperiksaan, perkara-perkara itu sepatutnya tak penting untuk dasar baru iaitu dasar tak ada peperiksaan... lol kononnya tak ada exam...

Sebab itu diawal pelaksanaan PBD majoriti orang rasa ragu-ragu dengan penllaian ini, malah even KPM sendiri tak yakin dengan keputusan PBD, spt ianya tak digunakan pun untuk tujuan kesekolah yang lebih baik  seperti sbp dan mrsm, mereka terpaksa adakan penilaian mereka semula kerana PBD kelihatan gagal kerana tak menggambarkan kebolehan IQ budak. Budak mendapat gred tinggi dalam PBD tetapi sebenarnya hanya mempunyai kebolehan akademik rendah... sepatutnya tak ada masalah kerana peperiksaan dah tak penting pun tetapi even mereka pun tak dapat terima....

aku personally lihat Pbd ini tak berguna... tetapi jika ianya ditambah baik sebagai penilaian kedua kepada peperiksaan mungkin bagus..

.. believe it or not, selepas beberapa lama pelaksanaan PBD ini ibubapa bising lagi, ingatkan mereka dah suka selepas dasar exam ini tak ada.. tetapi rupa-rupanya mereka mulai kembali merungut kerana mereka mendapati ada perkara yang hilang dalam diri anak-anak mereka tak sama seperti semasa dasar ada exam...iaitu anak-anak mereka lebih santai dirumah, bila dah santai begitu maka mereka ada masa untuk bermain tiktok etc lebih lama.

Kalau dulu semasa adanya dasar exam, anak-anak mereka bertungkus lumus untuk belajar siang dan malam, melatih ketahanan mental dan fizikal dengan belajar berjam-jam, lebih mudah untuk dimotivasi supaya belajar bersungguh-sungguh, banyak kegiatan bersifat akademik walaupun tanpa pemantauan ibubapa sepenuhnya  etc... tetapi sekarang selepas pelaksanaan dasar tanpa exam apa yang mereka lihat ialah anak-anak mereka santai, aktiviti mereka seharian dirumah dan masa terluang ialah menonton tiktok dll..... jadi tak hairan ada ramai pelajar yang bercita-cita untuk jadi youtuber, tiktoker, content creator etc ... hahahah

kalau dulu dasar peperiksaan mendorong untuk pelajar memilih kerjaya spt engineer, doktor saintis guru dan kerjaya standard yang lain, tetapi nampaknya PBD ciptaan ahli akademik yang melawat finland dahulu begitu dominan mendorong pelajar-pelajar malaysia menjadi tiktoker content creator dll, hebat sungguh pbd ini... hahaha

Satu lagi masalah yang berlaku seiring dengan pelaksanaan pbd ialah perubahan silibes dari kbsm kepada kssm. Perubahan itu telah menyebabkan ramai guru yang mengkritik kandungannya yang dikatakan advance dan syok sendiri. Oleh sebab ianya terlalu susah dan mencakupi bahagian yang lebih luas, maka pelajar-pelajar tak dapat mengikutinya. Apa jadi, ramai pelajar-pelajar kehilangan minat dan tak mau dah belajar... ini dikritik dengan hebat secara terbuka oleh seorang guru yang resign baru-baru ini


Perkembangan terbaru ialah disebabkan kritikan-kritikan individu dan juga ibubapa yang begitu vocal mahukan adanya peperiksaan, maka baru-baru peperiksaan spt uasa diadakan oleh kpm... tak tahu kemana arah dan kesannya disebabkan perubahan ini tetapi ini memang perlu masa untuk monitor ... sama-sama kita tunggu selepas beberapa tahun lol


Sekarang ini, kita dalam fasa melihat ibubapa menuntut exam-exam besar ini dikembalikan semula..

Nampaknya hanya pada 2025 untuk tengok bagaimana respon dan keputusan KPM kerana pada masa ini dasar baru akan dibuat... setakat ini nampaknya PBD sistem penilaian tanpa peperiksaan ini kelihatan gagal dimata ibubapa.

Walaupun ada ibubapa yang tetap mahukan PBD kerana mungkin mereka tak ada masalah spt diatas, aku yakin background ibubapa spt itu ada kebolehan mendidik anak dan education yang lebih baik. Tetapi persoalannya bagaimana dengan ibubapa dikampung-kampung atau dimana pun mereka berada iaitu mereka yg mempunyai pendidikan rendah, pemikiran pun hanya fokus tentang kerja mereka sehingga tak ada masa memantau perkembangan pelajaran anak-anak, atau ada pulak yang tak tau mendidik dan menolong penguasaan anak mereka dlm akademik..  tentulah mereka tak dapat monitor perkembangan akademik anak-anak mereka dengan lebih baik

Sama-sama kita tunggu semasa 2025... aku harap uols dah dapat gambaran perubahan sistem pendidikan dimalaysia beberapa tahun kebelakang



Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Pada aku..takde upsr tu ok la takmo bg stress budak 12 thn dan ke bawah...tp kpm kena buat guidelines apa core skills yg perlu ada utk bebdk ni capai utk msk sekolah menengah.ni kalo msk sekolah menengah operasi math yg basic pun ntah ke mana...camno?bg tak capai belum acquired skill tu lg...haa..mskkan le ke kelas peralihan...masa ni la baru mak pak...eeehh...anak aku kena msk peralihan?tp jgn le sampai ikut sub topik dlm buku teks tu...nayer la weiii...kot ramai cerdik pandai dlm kpm tu..paling mudah buat topikal test.so ada evidence bila makpak tanya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.078732 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list