CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: langitluas

Baru 5 minit dengar ruqyah, menguapp panjangg..~

[Copy link]
Post time 5-1-2011 01:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by te_peng at 5-1-2011 01:34

1. Sejak bila Darul Syifa bertukar menjadi Syifa Al Hidayah? Nak kondem sampai tak tahu beza Darul Syifa dgn Syifa Al Hidayah.

2. Setahu saya Darul Syifa tak mengamalkan bedah batin. Pertubuhan lain mungkin.

3. Tak habis2 lagi dgn Selawat Syifa? Yang kata boleh berdalil, yang kata haram pun berdalil. Semua taraf ulama. Boleh ikut yg mana satu kita rasa betul. Masalah bila dtg satu geng sibuk membenarkan geng mrk dan menyalahkan geng lain. Alangkah elok berlapang dada.

4. Berpahala atau tidak atau terkurang urusan Allah. Yang pasti bila kita berselawat Allah menjanjikan pahala. Yang tak setuju jgnlah berselawat dgn selawat syifa kan senang? Janganlah kita ukur dgn ilmu kita yang sedikit dgn bandingan para ulama yang mereka berjenis2 selawat. Cubalah fikir adakah semua ulama itu bodoh dan ingin kita masuk neraka dgn ciptaan pelbagai jenis selawat? Mereka mencipta aneka selawat krn kasihkan Rasulullah SAW. Mereka mencipta pelbagai doa krn mengharapkan redha Allah. Kita yang terkemudian apalah salah mengikut jejak langkah para ulama. Kalau salah bg setengah geng janganlah ikut tapi jangan menyalahkan orang nak beramal sebegitu krn sandaran mrk adalah mengikut amalan para ulama terdahulu. Dan bandingan ilmu yang ada para ulama tersebut jangan dibanding dgn ukuran ilmu pada kita. Dan tiada seorang ulama pun mengajar bahawa selawat merekalah paling bagus bahkan mereka mengakui apa2 ucapan yang diucapkan oleh Rasulullah SAW adalah terbaik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2011 08:45 AM | Show all posts
Reply 61# te_peng

Lafaz selawat telah diajarkan jelas oleh Nabi SAW dan dengan itu janganlah menciptakan selawat yang baru kerana perbuatan ini adalah seperti tidak menghargai ajaran Rasulullah SAW atau pun seolah-olah menyatakan bahawa Nabi SAW telah tidak menyampaikan ajaran Islam dengan sempurna sebagaimana telah dijawab
oleh imam Maliki
ketika manusia hendak menambah amalan berzikir yang tidak diajar Rasulullah SAW. Dalam bahasa kasar berhubung beramal dengan selawat-selawat ciptaan baru ini ialah seolah-olah orang yang menambah dan menciptakan selawat baru ini serta mereka yang beramal dengannya lebih hebat dan pandai berbanding Nabi Muhamad SAW dan Allah SWT. Nauzubillahiminzalik!

Perkataan Selawat Syifa' sering kita dengar dan lihat dalam masyarakat kita. Selawat ini pada mulanya telah terbudaya di kalangan masyarakat Islam di Malaysia sebagai bacaan eksklusif dan peribadi, tetapi kelihatan menjadi semangkin popular sehingga ada yang menjadikannya zikir dan doa selepas solat fardhu atau sebagai pembuka ucapan secara kekal. Lafaz selawat yang dimaksudkan itu adalah seperti berikut:
اللهمّ صَلِّ على سَيِّدِنَا مُحَمَّد طِبِّ القُلُوْبِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ الأبْدَان وَشِفَائِهَا وَنُوْرِ الأبصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارِكْ وَسَلِّمْ
Maksudnya: "Ya Allah! Selawatkanlah ke atas penghulu kami (Nabi) Muhammad, penawar hati dan pengubatnya (hati), penyihat badan dan penyembuhnya (badan), pemberi cahaya penglihatan dan pemancarnya, juga ke atas ahli keluarga dan sahabat Baginda serta berkati sejahterakanlah." (Prof. Dr. Harun Din & Amran Kasimin, Rawatan Pesakit Menurut al-Quran dan al-Sunnah, hal. 32)
Terjemahan yang didasarkan kepada kedudukan i'rab ini seolah-olah telah menyifatkan Nabi Muhammad saw dengan sifat maha perawat, maha pengubat, maha penyihat maha penyembuh, maha peberi cahaya, dan maha pemancarnya. Persoalannya, apakah harus menyifatkan Nabi Muhammad saw dengan sifat demikian, sedangkan ia adalah sifat-sifat khusus bagi Allah swt yang tidak boleh dikongsi oleh sebarang makhluk ? Apakah alasan yang mewajarkan penyifatan Nabi Muhammad saw dengan sifat-sifat tersebut?
Prinsip ilmu tauhid telah menetapkan bahawa Alah swt itu maha esa dan wajib diesakan pada sifat-sifatnya sebagaimana dia juga wajib diesakan pada rububiyyahnya dan uluhiyyahnya. (al-Uthaimin, Muhammad bin Soleh, Aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, Ter. Muhamad Yusuf Harun)
Nama-nama dan sifat-sifat yang khusus bagi Allah swt tidak boleh dikongsi dengan sebarang makhluk kerana perkongsian itu berakna mensyirikkan(menyekutukan) sifat makhluk dengan sifat al-Khaliq. (al-Qahtani: Sa'id Ibn 'Ali, Syarh Asma' al-Husna fi Dau' al-Kitab wa al-Sunnah, hal. 51)
Allah swt berfirman:
Maksudnya: "Tiada sesuatu yang sebanding dengan (Zat, Sifat-sifat dan pentadbiran)Nya, dan Dialah yang maha mendengar lagi maha melihat." (al-Syura: 11)
Allah swt juga berfirman:
Maksudnya: "Dan apabila aku sakit, Maka dialah (Allah swt) yang menyembuhkan penyakitku." (al-Syu'ara:80)

Dalam sebuah hadith baginda saw mengajar umatnya agar membaca doa berikut:

Maksudnya: "Ya ALlah tuhan sekelian manusia, maha penghilang segala penyakit, sembuhkanlah ! Engkaulah maha penyembuh, tidak ada penyembuh melainkan engkau dan tidak ada penyembuhan melainkan penyembuhan engkau. (sembuhkanlah) dengan suatu sembuhan yang tidak meninggalkan penyakit sedikitpun." (Riwayat al-Bukhari)

Ungkapan: "Engkaulah yang maha penyembuh, tidak ada penyembuh melainkan engkau." jelas menunjukkan bahawa sifat penyembuh itu adalah sifat khusus bagi Allah swt yang tidak boleh dikongsi oleh makhluk. Struktur ayat yang mengandungi nafy (penafian) dan huruf nafy (La) dan diikuti ithbat (penetapan) dengan huruf istithna' (illa) memberi konsekuensi penafian dan penetapan yang kuat, sama seperti ungkapan kalimah Tauhid La Ilaha Illallah yang menfikan segala tuhan selain Allah dan menetapkan ketuhanan itu padanya semata-mata.

Dengan perkataan lain, doa yang diajarkan oleh Nabi saw ini menafikan sifat penyembuh bagi selain Allah swt dan menetapkan sifat itu padaNya semata-mata, sedangkan lafaz Selawat Syifa' itu pula menetapkan sifat penyembuh itu pada baginda saw jesteru, lafaz Selawat Syifa' itu dilihat mengandungi unsur-unsur syirik yang jelas bercanggah dengan prinsip Tauhid al-Asma wa al-Sifat.

   

Benarlah kata Nabi saw dalam hadis baginda yang sahih dari riwayat Muslim: mafhumnya:

Bersumber dari Abu Sai’id Al Khudri, dia berkata: “Rasulullah saw bersabda: “Sungguh kalian telah mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sampai mereka masuk lubang biawak pun
kalian akan mengikuti mereka”. Kami berkata: “Wahai rasulullah, orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani?”. Beliau bersabda: “Siapa lagi”.”.

Maka sudah jelas bahawa umat Islam telah mengikuti ajaran Yahudi yang menyembah Nabi Uzair dan Nasrani yang menyembah Nabi Isa dan kini umat Islam pula mengikut jejak langkah mereka dengan menyembah Nabi Muhammad saw.

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 08:47 AM | Show all posts
Reply 61# te_peng


    Kalau inilah mentaliti kita bahawa semua yang ada gelaran ulamak atau ustaz dan gelaran lain sentiasa betul, itulah sebabnya pengikut Al Arqam sampai kini pun masih mengakui bahawa guru mereka Ashaari tetap betul walaupun sudah difatwakan sesat.

Itulah sdr kena belajar konsep bertaqlid buta dan konsep ittibaq. Orang yang suka bertaklid buta memang mudah sangat kena tipu syaitan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 10:23 AM | Show all posts
mmg rase pening lepas dgr bacaan ruqayah....
rase mcm nak jatuh....sblm ni tak de rase mcm ni

sesungguhnya ayat Allah tiada tandingannya~
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 03:05 PM | Show all posts
terima kasih sbb bagi link ruqyah ni.. puteri kat hospital ni, dgrkan utk kakak yg buat operation... she's sleeping like a baby now.. alhamdulillah.. tak lah ngadu sakit tmt operate tu....

cuma, bila puteri dgr ni... hujung hujung jari tangan dan kaki (after 20 minutes gitu) rasa sesemut........ tajam tajam... biasa ke???

pening ke apa tak de.... cume rasa tajam tajam kat hujung2 jari.... hujung2 telinga pulak nih.... (dah nak kat abis)....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 04:14 PM | Show all posts
Reply 63# deshuk

Ya ustaz! Parok deme wi kali nih. Rasanya wahai tuan yang mulia sudah ada perdebatan di forum agama, para ulama yang lebih ilmunya agamanya dari saya pun dah terang panjang lebar tapi kalau masing2 tak mau berlapang dada nak buat camner kan. Akhirnya timbul pelbagai gelaran........tak sampai ke ujung. Debatnya ke mana, anjuran Islam agar banyak2 berselawat entah ke mana. Jadi baiknya wahai tuan yang mulia kita pakat sama2 selawat lah. Dengan ucapan:

أنت عقيدتك كذا وأنا لي عقيدتي

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2011 05:24 PM | Show all posts
Reply 63# deshuk


    Pada pendapat aku kau seorang yang berpegang kepada ajaran Wahabi. Orang Wahabi memang suka menyesatkan orang, menuduh orang-orang tariqat sesat, begitu mudah menuduh orang lain sesat. Hati-hati menuduh orang sesat, jika orang itu tidak sesat perkataan sesat tu akan berbalik kepada kau. Kalau nak berdebat tak sesuai masuk forum ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 12:45 AM | Show all posts
salam..

Julie lak kalau dengar Ayat Ruqyah..kompem akan rasa seramm..takutt...berdebar2 n sedih dan sayuuuu jerrrr..nape ekkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2011 11:43 AM | Show all posts
Reply 68# juliyanarayhan

waalaikumussalam ju.

adalah kot gangguan tu...dah dengar secara fokus ke sambil pejam mata sorang2? mcm aritu pink dengar bukak biasa je siap masak lah buat kejalah tak acilah pulak kan.hehhee
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 05:26 PM | Show all posts
salam..

Julie lak kalau dengar Ayat Ruqyah..kompem akan rasa seramm..takutt...berdebar2 n sedih d ...
juliyanarayhan Post at 6-1-2011 00:45
ada jin kafir la ditubuh tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 05:30 PM | Show all posts
1-2
is after u
3-4
lock the door
5-6
i'm back again
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 05:33 PM | Show all posts
1-2
is after u
3-4
lock the door
5-6
i'm back again
mr_evergreen Post at 6-1-2011 17:30



    apekah???
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 05:42 PM | Show all posts
apekah???
melinda_gordon Post at 6-1-2011 17:33



    pasang cd terbalik
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 09:28 PM | Show all posts
ada jin kafir la ditubuh tu
hantukiller Post at 6-1-2011 17:26



   laaaa...yer kerr..patut laa rasa tanak dengo jer Ayat Ruqyah tu...rasa nak marah pun ada kalau bunyi kekuat..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 09:30 PM | Show all posts
Reply  juliyanarayhan

waalaikumussalam ju.

adalah kot gangguan tu...dah dengar secara fokus k ...
pinktriangle Post at 6-1-2011 11:43



   ntah laa pink...julie jadi tak suka dengar Ayat Ruqyah tu...nape ntah...kalau tinggal sensorang lagi takut nak dengar..pelikkan???
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 11:29 PM | Show all posts
Reply 75# juliyanarayhan

uikk sampai tahap benci tu parah tu..ni mesti ada yg menghasut ni.jgn camtu julie.awk kena pekakkan telinga kuatkan hati.lawan semua tu.dengar je tau tapi bila ada suami sekali apa2 hal senang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2011 12:08 AM | Show all posts
Reply  juliyanarayhan

uikk sampai tahap benci tu parah tu..ni mesti ada yg menghasut ni.jgn camt ...
pinktriangle Post at 6-1-2011 23:29



   tu laa pasal pink...julie pun heran dgn diri sendiri..agaknya..setiap hari dia duk menghasut kita ekkk
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2011 11:06 AM | Show all posts
ure welcome
langitluas Post at 31-12-2010 23:45



    terima kasih langitluas.. website yang sangat berguna untuk improve our life as a muslim..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2011 11:12 AM | Show all posts
dengar rukyah 1st time malam semalam..

kesan pertama: mengantuk tapi takleh tido
kesan kedua : dah tido asik macam kena kejutkan je.. alih-alih aku tido buka lampu.. 3x aku terjaga tengah malam..

dah la roomate & housemate aku semua takde kat rumah... aku serem sorang2 kt dalam bilik tu

nanti nak kena habiskan jugak the whole..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2011 06:23 PM | Show all posts
darul shifa yg mengamalkan Selawat Shifa buatan manusia tu ke? Byak s ...
deshuk Post at 4-1-2011 11:13



darul syifa ust harun din & syifaa al hidayah adalah dua pusat rawatan yang TERAMAT BERBEZA dan takde saling kait antara satu sama lain

**** pernah dirawat di kedua2 tempat berkenaan.pandangan saya- sebaiknya ke pusat rawatan darul syifa bawah ust harun din
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.052850 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list