CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adi_kelana

Adi Kelana....Merentas Tabir Alam....

  [Copy link]
Post time 2-6-2011 02:52 PM | Show all posts
yg pernah aku dengar bila ada org bunian bagi baju, tu tanda org tu dah boleh masuk alam sana. jadi baju sebagai kuncinya..apa pon tunggu TT punya cerita selanjutnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2011 03:18 PM | Show all posts
Reply 61# tembakau


   fuiiyooo hebat... hebat... tapi benarkah ada orang kata 3 hari di alam bunian bersamaan 3 bulan di bumi nyata?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 03:39 PM | Show all posts
entah le...tak pasti, tapi dari cerita TT di pegi ke alam sana sampai ke pintu gerbang tapi balik hari jek.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 03:51 PM | Show all posts
jowo pun jowo la. cepat sambung ye kang... kekeke ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2011 06:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by adi_kelana at 2-6-2011 22:54

HAAAAAAA………….. Ini baju yang Mbah Brahim bagi aku pakai tadi?!? Betul ke? Aku pun kuis-kuis baju tu, tetiba terbayang pulak muka orang tua tu tersenyum depan muka aku! Kelam-kabut aku turun bawah..ntah berapa anak tangga aku lompat pun tak sedar.

“Pak! Jom pak! Cepat pak..”

Biasanya bapak aku yang jadi pembonceng tapi kali ni aku yang jadi pembonceng, siap aku kais-kais tanah nak tolak motor tu bergerak laju. Bila aku toleh belakang, aku nampak kelibat orang berjubah putih sedang berjalan bawah rumah aku. Tak jelas sangat sebab bawah rumah tu dah agak gelap dan lampu kalimantang tu pun pasang kat beranda rumah menghadap ke jalan je..

“ojo di goyang! Kepiye to nek njagong?” (jangan goyang! macammana ko duduk ni?)

Selepas selesai solat maghrib, aku duduk termenung kat tepi tangga surau tu.. Jemaah yang tua-tua masih meneruskan aktiviti tafsir al-quran zikir dan doa sementara menunggu masuk waktu isyak. Aku keluarkan sebatang rokok yang aku siap gulung dari gulungan kain pelikat aku.

…fuuuuuuuuh! Lega rasanya bila kena tembakau ngan cengkih ni..hilang sikit rasa stress kepala aku sebab dari tadi tak habis-habis memikirkan perkara-perkara yang terjadi siang tadi..

“woi! Adi..sedap ko isap rokok kat sini..bak sebatang?”

“sebatang apa? Nak? Tu kat bakul moto aku tu, ko amik porch bag tu..gulung sendiri”

“apa barang lenteng*!..nah amik rokok ni..sian aku tengok budak KL isap lenteng..dah macam hantu pocong je aku tengok rokok ko tu..”
(lenteng - rokok yang digulung sendiri, kalau duk kampung aku then nampak orang-orang tua letak beg kecik besar wallet atas meja kedai kopi tu, jangan nak ragut! dalam tu xde duit...tu bekas simpan cengkih, tembakau, gunting lipat, kertas rokok ngan lighter - orang kampung aku tak lenteng pakai daun..tu rokok daun..ni pakai kertas rokok)

“ah! Ko mail….blah la! Duk kampong jadi tauke besar boleh la isap rokok mahal!”

“ni bukan kira mahal…ini kualiti! Gaya mutu keunggulan!”

“…….”

“Adi, apasal lak tetiba ko nak balik kampong ni? Ko dah bosan duduk Kl ke? Ada projek baik ke? Nek ono, eling-eling lah podo konco-konco ne..kapan arek kawen” ( kalau ada, ingat-ingat lah kat kengkawan..bila nak kawin?)

“kawen mbah mu!” (kawin nenek ko!)

“ hahahhaha….sorry! sorry!...macam aku tak tau kes ko..bapak ko dah cerita semua kat aku..kita kan sedulur”

“banyak ko punya sedulur…tak de kena mengena pun..’

“ada….anak paman ko yang kat sungai samak tu kan kawin ngan anak adik mak aku..”

“suka hati ko la mail…ko nak tunggu isyak ke? Jom la pergi rumah Wak Benu tu dulu…boleh tolong-tolong”

“tolong apa? Tolong tengok anak dia? Jom la..nanti kita Jemaah sama-sama solat jemaah kat padang mahsyar!”

Pelan-pelan kitaorang tolak motor sampai simpang depan tu, baru start motor…..saja tak nak kacau konsentrasi wak-wak kat atas surau tu mentelaah kitab.

“ko ni dasyat la Mail…kata tauke besar tapi bawak motor pakai torchlite je?”

“diam la! Nanti aku nak tukar pakai lampu blue ray, biar terang satu kampong..”

“tu bukan blue ray lah sengal! Tu lampu neon! Blue ray tu cd! Gonjol juga ko ni mail!”

“sama je la…aku orang kampong..mana aku tau…Eh! Adi…tu dah ada orang datang rumah Wak Benu tu..hahha..ingatkan kita yang paling awal”

“mana orang? Sedara dia kot…”

“tu yang berdiri atas titi tu…”

“Gonjol la ko ni Mail…Rumah Wak Benu mana ada titi…dia dah tukar pakai kalbet la..mana?”

“tu…haji tu..pakai baju melayu putih atas titi tu…”

“manaaaaa…..?” sambil-sambil tu aku dok perhati kanan kiri dalam samar-samar lampu dari rumah Wak Benu…mana ada orang? Titi pun aku tak nampak..

“Assalammualaikum….eh! mana lak pak cik tu tadi? Dia ada kat sini tadi Di..”

“Mail….ko tenguk betul-betul pakai torchlite blue ray ko tu….ko nampak titi tak”

Yang aku nampak…batang kelapa melintang kat parit tu je..mana la logic ada orang nak berdiri kat atas tu ..kat tengah-tengah parit pulak tu!

“Betul la Adi! Aku nampak kat sini tadi….dah! dah! Jom blah! Malam ni malam jumaat dol!...celaka betul!”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 06:39 PM | Show all posts
HAAAAAAA………….. Ini baju yang Mbah Brahim bagi aku pakai tadi?!? Betul ke? Aku pun kuis-kuis baju ...
adi_kelana Post at 2-6-2011 18:12



   warghh.. serammmmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2011 07:10 PM | Show all posts
tt,aku ada pmintaan la..leh x dialog2 jawa tu tt translate ke bm?buh dlm kurungan ke..sorry la,sbb aku mmg x paham lgsg bhsa jawa,so mcm x best la ada part dlm cite yg x paham
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 10:43 PM | Show all posts
yalah,tolong translatekan dalam bahasa melayu,sy pun nak tahu jugak.....sambung lagi tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-6-2011 11:07 PM | Show all posts
en. tt,

bik / nyai / mbah tu maksudnya apa?
bukan utk orang perempuan ke? first time baca, mbah  ...
batricia Post at 1-6-2011 14:18



   bibik tu makcik yang pangkatnya lebih muda dari mak bapak kita dan bukan bibik indon orang gaji tuu...
nyai tu kata ganti nama ketiga bagi wife ...cth..mak cik ni tanya kat kita bila balik kampung sorang2 " Adi..nyai ne nandi..loh kok orak melu?" adi..bini ko mana? kenapa x ikut?)

mbah ni kata umum bagi atuk atau nenek...biasanya orang jawa akan panggil mbah then nama mbah tu..cth.. mbah lon..tapi tu untuk nenek atau atuk sedara. kalau atuk nenek kita sendiri kita panggil mbah lanang atau mbah wedok je..ada gak yang panggil kakek..nenek.. apalagi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2011 11:11 PM | Show all posts
dah edit post2 sebelum ni...translation dalam kurungan..

1st viewer akan baca versi belum edit sebab sy x sempat nak edit on the spot...versi edit akan sy editkan bila dah lepas post kat sini..so kalau ada yang nak translate kan dulu pun ok juga..sebab kalau time tu nak type and time tu nak translate...dadi mumet ndas ku!
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 11:31 PM | Show all posts
Reply 70# adi_kelana


    adi..cepat laa smbg..if possible..mlm neh jugakkkk hehehehee...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2011 12:17 AM | Show all posts
Reply  adi_kelana


    adi..cepat laa smbg..if possible..mlm neh jugakkkk hehehehee...
abby_R Post at 2-6-2011 23:31


sabau la.....tengah nak tepek ni...tapi malam ni kita tune jiwang sket....ok?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2011 12:28 AM | Show all posts
Rumah Wak Benu ni agak terkedalam sikit dari jalan besar, jadi rumah jiran-jirannya pun agak jauh lebih kurang 100meter sebuah..biasalah rumah kampong. Kalau rumah rancangan atau felda dekat-dekat..anak dara dia kentut pun kita boleh dengar! Aku dengan Mail parking motor kat tepi pokok koko depan rumah Wak Benu sambil melihat sedara2 dan jiran2 dia sibuk siapkan perkakas nasi ambeng kat bawah rumah tu…

Dua-dua tak cakap apa…senyap sambil melemaskan nyamuk dengan asap rokok..tapi sambil-sambil tu mata melilau cari kebibat anak dara Wak Benu…hahaha!

“oi! Awal korang sampai…orang surau pun tak habis solat lagi!”

“wei..Pais! mulut jaga sikit, jangan nak kurang ajar dengan bakal abang ipar ko ni!”

“kurang ajar tak kurang ajar…bak rokok sebatang! Ko ni Mail, layak ke ko nak jadi abang ipar aku? Gaji aku bulan lepas pun sangkut RM50!”
Si Pais ni selalu ikut Si Mail ni buat projek kecil-kecilan..angkat sawit ke apa ke, kira assistant dia la.

“apa RM50? Yang aku belanja korang makan satay tu…pakai bulu kaki ke?”

Ketepek! Aku tepuk kepala si mail…

“apasal? Apasal?”

“ ko nak belanja orang boleh tolong ikhlas tak?”

“ aku gurau je! Biasalah…abang ngan adik ipar kena gurau-gurau…Pais! Angah mana? Suruh dia buat kopi cepat!”

“buat kopi? Ko ingat ko sapa? Tak payah berangan la mail..angah minat kat sorang cikgu kat sekolah rendah tu..hahaha”

Cikgu???? Sekolah rendah??? Biar betul angah ni? Yes!...masa mula-mula aku balik kampong hari tu, aku temankan anak abang aku amik report card kat sekolah, abang ngan akak ipar aku kena pergi ke Teluk Intan sebab ada urusan kematian. Aku punya la sengal boleh lak pakai kemeja putih siap ber’tuck in’ pergi sekolah tu.

Sudahnya bila aku berdiri depan pintu bilik darjah, mak bapak budak-budak ni ingat aku cikgu la..tanya itu ini…tak la aku marah pun..yang mana aku boleh jawab tu, aku jawab la..takat tanya mana kelas mawar ke kenanga ke..aku main tunjuk-tunjuk je…
sapa yang kenal aku pun tanya pelbagai soalan gak..

”apa ko buat kat sini?” “

“ko ngajar kat sini ke? Alhamdulillah..bagus!”

“bila ko jadi cikgu ni Adi? Astaghafirullah….rosak akhlak anak aku nanti! Hahahha!..cakap betul-betul! Ko buat apa kat sini?”

Tiba-tiba…satu suara lembut merdu menyapa aku dari belakang (pergh! Ayat..)

“Tumpang tanya…kelas Cikgu Norashikin kat mana?”

“kelas cikgu norashikin…………………” sambil menoleh…cantiknya!

“kelas cikgu norashikin…………………” masih menatap…cantiknya!

“kelas cikgu norashikin…………………” tetap menatap sambil mengingat.anak sapa ni? Anak ke emak????

“awak ni cikgu kat sini ke??” eh! Dia boleh marah rupanya….

“ya! Saya cikgu kat sini…”

“KELAS CIKGU NORASHIKIN DEKAT MANA CIKGU??”

“haha..Siti Darzalina Binti Benu..ni aku la sengal! Adi..”

“heeeeeeeeeeeeeeee….geramnya!”

“sakiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit….dah lepas! Lepas! Kang terlerai kulit aku! Wei….dah la! Orang tengok tu!”

“Apasal ko pakai macam ni? Hahhaha…bila ko balik? Bukan dulu kata dah tak nak jejak kampong ni ke?”

“tu dulu….sekarang mungkin nak tukar angin kot”

dulu masa sekolah rendah time cinta-cinta beruk dulu..masa main pengantin-pengantin..ko punya la …huduh! Hahha…sekarang… sempat juga kita orang bercanda bergurau mesra bawah payung cendawan konkrit tu dalam setengah jam sebelum adik dia datang panggil..
Haah!...itu dia melambai-lambai dari bawah rumah..kita orang bertiga pun datanglah ke bawah rumah tu..mesti kena jadi penanggah la ni..kompom!

“eh! Adi..bila sampai? Dah minum? Tu ada air ngan kuih atas meja tu..adik! pergi la tolong bapak kat atas tu! Ajak mail ni sekali..cepat!”

“ooo….banyak lawa! Tak de! Tak de! Dia minum..aku pun minum, dia naik aku pun naik..tak elok berduaan malam-malam…nanti…”

“mail…tu yang ramai-ramai tu sapa? sedara-mara aku ke kucing? Ko nak aku cakap ngan si zana yang ko menggatal dengan budak jual buah kat pantai tu???”

“baeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeek! Ko baik-baik sket Adi, dia ni bukan boleh simpan rahsia!”

Rahsia? Rahsia apa? Hari tu kita orang berdating sampai ke Lumut, bukan ko tau…hahahha…

Tak sampai 15minit lepas tu, orang dari surau pun sampai…
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2011 12:55 AM | Show all posts
Reply 73# adi_kelana


   smbg lagiiiii..hihihiii...
.aku bosan ni..tgh keje mlm...iskkkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2011 12:58 AM | Show all posts
Reply 74# abby_R


   o...kerja malam...kerja apa? kat mana? dalam bangunan atau luar bangunan? kalau keja call centre lagi best...jom kita buat rakan2 gegerl anda kena histeria...boleh tutup floor..hahahha...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2011 01:01 AM | Show all posts
wah cam novel jer..
tp best cam aku pulak ada kat kat situ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2011 01:08 AM | Show all posts
Reply  abby_R


   o...kerja malam...kerja apa? kat mana? dalam bangunan atau luar bangunan? kal ...
adi_kelana Post at 3-6-2011 00:58



    aku kat epot daa....x yah nk takot2 kn org..sbb kat epot ni mmg dh byk antu dlm neh...huhuhuhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2011 01:14 AM | Show all posts
Reply 77# abby_R


   epot mana? kalau kat klia jangan lupa kem salam ngan tok batin yang selalu duduk kat runway tu...kalu tak nenek cina yang dok usung bagasi kat tingkat bawah parking tu... kem salam juga kat bangla cleaner yang terkopak bijik mata dok cuci toilet jam 3-4pagi kat departure tu..tapi kalu kat lcct xde apa sangat..kecuali kat tempat cargo tu je..tu yang sampai ada forklift menjunam dari tingkat 2 masuk dalam kotak ekon tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2011 01:23 AM | Show all posts
Reply 78# adi_kelana


    kat klia laa neh...nti aku ckp kat tok batin tu ko kim slm....
citer ko tu kasi smbung skng...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2011 01:33 AM | Show all posts
aisey men banyaknya hantu kat kllia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.081647 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list