|
SAGA VERSI BARU - PROTON SAGA FLX DENGAN CVT 6 SPEED AUTO BOX
[Copy link]
|
|
Tak perlukan sangat 1.6 bukanya selalu naik bukit
Senyum86 Post at 2-8-2011 09:02
Tak semestinya 1.6 untuk selalu naik bukit.Kalau jalan kat highway bawa kereta maintain ja speed penggunaan minyak milleage jimat skit..
Saga flx 1.3 rpm 3000 kelajuan 120km/h..Kalau enjin 1.6 mesti rendah dari itu..rpm rendah masa kat highway maintain 110km/j boleh jimat minyak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by fzbikers at 7-8-2011 18:00
keta pengganti persona, rasanya yang hline ada terubok
tepets Post at 25-7-2011 18:45
Persona takkan diganti..tapi model ni untuk model baru antara Inspira dengan Persona..
Dari http://www.arenakereta.com/proton-p3-21a-bukan-pengganti-persona/
Proton P3-21A bukan pengganti PersonaAda berita terbaru berkenaan model Proton P3-21A yang akan dilancarkan awal tahun depan. Sebelum diberi nama dengan kod rasmi P3-21A, model ini seringkali dianggap sebagai model yang akan menggantikan Proton Persona dan dikenali sebagai Persona R (R untuk Replacement?) Namun berdasarkan maklumat yang saya perolehi di Gurun dahulu, model ini bukanlah pengganti Persona. Terbaru maklumat dari BH Auto kelmarin juga mengesahkan P3-21A berada di dalam segmen lain, iaitu di pertengahan antara Persona dan Inspira. Proton P3-21A akan dikeluarkan di kilang berteknologi tinggi Proton di Tanjung Malim. Maklumat selanjutnya menyatakan model Persona akan diteruskan jualannya pada 2012 nanti walaupun kitaran hayatnya telah mencapai tempoh lima tahun. Prestasi jualan dan sambutan yang baik dari rakyat Malaysia pada setiap bulan terhadap model itu dipercayai menjadi sebab terbaik untuk Proton mengekalkannya (jualan Jun 2011 – 4,020 unit). Selain itu harga Proton Persona sangat berpatutan untuk kebanyakan rakyat Malaysia, jadi ia sebagai satu pilihan yang bijak ditawarkan oleh Proton berbanding P3-21A dengan harga di atas RM65K, selain keutamaan model itu disasarkan untuk pasaran global. Beralih ke bahagian teknikal, menurut sumber BH Auto, unit enjin bersesaran 1.6 liter CamPro, berkemungkinan besar CamPro CFE akan digunakan memandangkan enjin CamPro sedia ada tidak lagi sah menjelang 2014 disebabkan tidak mematuhi piawaian emisi negara maju, terutamanya di Eropah. Ia menggunakan saspensi Mac Pherson untuk hadapan dan torsion beam di belakang. Unit enjin tersebut turut tersedia pilihan bantuan pengecas turbo, dengan jangkaan harga mencecah RM75K. Saiz P3-21A besar sedikit berbanding Persona dan lebih ke arah Kia Forte, bersama aksesori standard yang dijangkakan seperti lampu LED nyalaan siang hari dan kabin (interior) ala kereta continental @ Eropah. |
|
|
|
|
|
|
|
Beza ketinggian pedal minyak dengan pedal brek sangat jauh bagi Saga Auto |
|
|
|
|
|
|
|
har har honda dah lama remove cvt
lancer cvt confirm manja...
proton baru nak mencari nahas |
|
|
|
|
|
|
|
erk, abistu skrng honda pkai gearbox ape? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by fzbikers at 11-8-2011 07:35
Kat Australia dah confirm Saga 1.6+ Electonic Stability Control ESC, Malaysia bila lagi ?
Dari arenakereta.com..
Proton S16 akan terima versi facelift Saga FLX – dilengkapi ciri baru ESC
Menurut laporan dari Australia, Proton S16 akan menerima versi facelift terbaru dan akan mula dijual di sana mulai November 2011. Versi facelift Saga FLX yang akan menggantikan model S16 bukan saja tersedia pilihan kotak gear CVT keluaran syarikat Punch Powertrain dari Belgium, malah ia juga akan memiliki ciri keselamatan baru iaitu Electronic Stability Control (ESC), ciri yang tiada pada model Saga FLX di pasaran Malaysia. Model semasa Proton S16 di Australia boleh didapati dalam tiga varian, G, GX dan GXR. Varian G dilengkapi enjin 1.3 liter (transmisi manual sahaja) manakala GX dan GXR memiliki enjin 1.6 liter. Memiliki reputasi sebagai sedan kompak termurah di sana, kemaskini terbaru yang akan diterima nanti selain ESC dan transmisi CVT ialah dwi beg udara, ABS dan EBD.
Berkemungkinan besar S16 facelift terbaru turut menerima varian 1.6 liter dengan gear CVT, memandangkan versi FLX 1.6 CVT
akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Namun alangkah baiknya jika Saga FLX dengan transmisi CVT di pasaran
tempatan khususnya untuk rakyat Malaysia, terutamanya varian 1.6 liter, turut dilengkapi ciri keselamatan penting
seperti ESC.
Lambang penunjuk ESC di bahagian meter Saga FLX
|
|
|
|
|
|
|
|
Facelift jadi FL, Tambah CVT jadi FLX, Facelift tambah ESC jadi FLX 1.6L S16 facelift
Bagus - bagus |
|
|
|
|
|
|
|
Facelift jadi FL, Tambah CVT jadi FLX, Facelift tambah ESC jadi FLX 1.6L S16 facelift
Bagus - b ...
Senyum86 Post at 11-8-2011 07:52
S16 itu merujuk nama model di australia.atau kamu tidak faham artikel? |
|
|
|
|
|
|
|
Ketahanan Gearbox CVT ni mungkinkah ada isu ?
Nampaknya macam produk proton lain kena tunggu dulu sebelum nak beli ke apa..
Ni ada report dicopy dari mbikers..kredit to lipan angkasa..
huhu...smlm je ada dua kereta saga FLX gearbox pecah/rosak/minyak keluar kat heway PLUS....rosak daa..
sapa2 nak amik flx baru ni.tunggu la 6 bulan lagi tgk ketahan dia cemana...
Plat KDA XXX(baru lagi) tapi gearbox suda kong...~!!
boss....PLUSronda suda check... gearbox minyak menitik...radiator tak pulak pecah...
tp saya mahupun Plusronda bukan owner...
nak tau lanjut kene tanya owner.
p/s: saya pun xkenal owner sapa. tapi kereta tu mmg rosak
report yang aku dapat
19-Sep-11 7:59:22 AM
Shahriman
A car gearbox faulty
KDA 979X SAGA FLX Km 61.4 SB(X tu aku saja bubuh - nanti kene saman pulok )
[N2] ALOR SETAR - SUNGAI PETANI
A car gearbox faulty |
|
|
|
|
|
|
|
aiya..takut woo mahu beli |
|
|
|
|
|
|
|
kete miss kat tempat gear xde button yang macam dalam gamba tu pon? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 71# miss_bear
miss punya kete saga FL ka FLX, silatgok badge kt blkng ye |
|
|
|
|
|
|
|
kalo dolu2 jv ngan waksegan mesti dah pakai DSGkan...... |
|
|
|
|
|
|
|
ugh...baru je angkat flx neh....1st day sudah 120km...
semoga tiada malang yg menimpa..T_T
sobsobsob..doakan dia baik2 aja ya...
saya percaya,dalam membeli kereta,ikut nasib je...
ade org yg beli myvi (most trusted local brand),xlama pakai,macam2 masalah timbul sampai servis center perodua pon pelik tgk keter org tu...
ade gak org beli honda (most trusted imported brand),mahal lak tu,asik kena mengulang je ke service center kerana masalah yg berulang..huhu..
tp ade org yg bernasib baik,elok baik2 saja kereta mereka...x kire sapa maker nya,..
(ayat penyedap hati yg gundah) |
|
|
|
|
|
|
|
smooth penukaran gear dia..
takde sentakan..tp utk auto la kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 77# archilless
i likeeee....hehehe
btw, ade x sapa2 lagi yg beli flx neh....nk tanye serba sket..adakah anda menghadapi perkara yg sama dengan ku...
tnye kat owner saga biasa,cam xsama... |
|
|
|
|
|
|
|
cvt ada problem ke???..nissan dah keluarkan berjuta kereta guna cvt termasuk teana..ok je.... |
|
|
|
|
|
|
|
saga 1.3 auto,kuat mkn minyak...tul kew |
|
|
|
|
|
|
| |
|