Kehamilan membawa banyak perubahan pada diri seorangwanita dan gigi adalah anggota yang
tidak terkecuali dari mengalami perubahan tersebut.
Ketika hamil, ibu kerapmenghadapi masalah gigi dan
juga gusi berdarah. Sebabnya sewaktu hamil gusi menjadilebih sensitif, sentuhan kepada gusi ketika
memberus gigi sekalipun bolehmenyebabkan gusi berdarah. Peningkatan hormon estrogen sewaktu kehamilan
adalah antara penyebab gusiyang di dalamnya terdapat pembuluh darah lebih mudah bengkak. Sewaktu
bersentuhan dengan benda asingseperti ketika menggosok gigi, gusi akan lebih mudah berdarah dan dijangkiti
kuman. Selain itu rasa mualdan munta di pagi hari yang meningkatkan tahap keasidan mulut juga mampu
menyumbang masalah gusi dangigi berdarah. Gangguan ini menyebabkan gigi tidak dijaga dengan baik.
Perlu diakui tanpa gangguansakit gigi sekalipun ibu hamil sudah cukup menderita dengan segala perubahan
yang terjadi pada tubuhnya.Jadi seboleh mungkin ibu hamil mencegah diri dari menghadapi masalah ini.
Cegahmasalah gigi
Selain mendapatkan rawatan daripada doktor gigi, ibu hamilboleh menjaga kesihatan gigi
dan gusi denganmelakukan rutin ini.
Bersihkan diri dengan teratur
Jika perlu gunakan benang gigi setelah selesai makan dansebelum tidur.
Penggunaan ubat kumur yangmengandungi anti-septik juga boleh membantu
membersihkan permukaan gigi.Ia mampu mengeluarkan sisa makanan dan menghilangkan
lapisan plak sekali gus membebaskankuman secara keseluruhan dari rongga mulut.
Selain itu setiap kali muntahberkumur dan gosoklah gigi.
Jaga Pemakanan
Antara lain dengan memastikan pengambilan vitamin B6 dan Cyang mencukupi.
Kedua vitamin ini membantumenjaga gusi agar tidak mudah berlaku pendarahan.
Vitamin B6 boleh diperolehdari bahan makanan yang berasal dari biji-bijian dan kacang.
Manakala vitamin C bolehdiperoleh dengan mengambil buah-buahan berwarna cerah dan
segar seperti jambu, betik,oren dan sayuran berwarna hijau. Disamping itu ibu hamil juga
perlu memastikan zat kalsiumyang diambil mencukupi. Ia bagi memastikan keadaan gigi
sihat dan gusi kuat. Sumberkalsium boleh didapati daripada susu, yogurt, keju,
minyak hati ikan, ikan dansayuran hijau. Selain itu awasi pengambilan makanan yang
manis kerana makanan berguladiketahui dapat menyebabkan kerosakan gigi.
Rawatan gigi
Sekiranyamenghadapi masalah gigi seperti gigi berlubang sebaiknya ibu hamil
berjumpa dengan doktor gigi.Namun sebelum doktor melakukan pemeriksaan atau rawatan
jelaskan bahawa anda sedanghamil. Keadaan ini untuk mengelakkan tidak melakukan
pemeriksaan yang bolehmenganggu kehamilan seperti penggunaan sinar-x. Selain itu
pemberian ubat pada wanitahamil juga perlu diberi perhatian. Penting diketahui banyak ubat
yang tidak dapat diberikankepada wanita hamil kerana ditakuti memberi kesan buruk terhadap
janin yang dikandung.Sekiranya doktor mengambil tindakan radikal seperti mencabut gigi,
ia mungkin dilakukan setelahmembuat pertimbangan yang wajar dan matang. Ini kerana ubat
bius yang diberikan mampumempengaruhi kontraksi rahim. Itulah sebabnya doktor tidak akan
melakukan tindakan bersifatpembedahan ketika kehamilan terutama pada trimester pertama
dan ketiga.