|
iols selalu pergi makan yg dekat jln nak ke kuala kedah tu
JoyahVOK Post at 31-10-2011 01:56
yang tepi jalan besar nk tu ka...yg kat area rumah orang...itu laksa beras kan? ada sate skali... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply labusayung
biar betik...bole refill siap dpt kupon ...i likeeee....
she Post at 31-10-2011 08:51
kupon tu conform ~ 5 cop 1 free
tp yg refill tu x sure
dulu member ckp memang boleh tp pi baru2 ni x nmpak pun yg tulis kata boleh refill tu |
|
|
|
|
|
|
|
yang tepi jalan besar nk tu ka...yg kat area rumah orang...itu laksa beras kan? ada sate s ...
she Post at 31-10-2011 08:52 yup... laksa buatan sendiri... laksa beras
iols kalau mkn selalu sampai 3 pinggan ..kerlasss u oollssss |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 63# JoyahVOK
isk beso napsu ko jah, suroh dia boh kuah lam pestik bat hirup lam keta sama |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 64# md.jie
woi abang ipar den slalu wat gitu...tapi tadak la dlm plastik bat..slalu dlm mangkuk...mintak kuah kosong pastu hirup mcm iklan megi...dasat cik mat oi...mcm gozila hirup slurpyyyy |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 65# she
baguih juga bat gtu, sep xyah minum ayaq pastu... xkoser |
|
|
|
|
|
|
|
kalu balik aloq setaq, saya cuma tau laksa Pak Syed kat stadium tu yang pada saya sedap..kena try tempat lain pulak lepaih nie |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 67# RoseJepun
laksa pak syed tu dengar gak sampai sp ni...tapi blom try....kedai dia area gerai makan bawah stadium ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply RoseJepun
laksa pak syed tu dengar gak sampai sp ni...tapi blom try....kedai dia ar ...
she Post at 1-11-2011 09:31
a'aa.. gerai bawah stadium tu.. no gerai tak ingat.. tapi dia tulis.. Laksa Pak Syed Laksam Sharifah
selalu abih..frust betoi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 49# she
area.. Tesco Selatan...Jalan nak masuk ke bangunan Kastam... |
|
|
|
|
|
|
|
aku kalau balik aloq setaq selalu makan laksa hat depan savecost sebelah traffic light tu. kena dengan cendoi pulut dia memang layan la. laksam dia pun sedap jugak. laksa telok kechai pun sedap. dah lama tak pekena laksa ni |
|
|
|
|
|
|
|
ceq tolong pomot..ceq ngajin nih
ALOR SETAR 1 April - Bagi penggemar laksa, di mana sahaja kedai atau gerai yang diketahui menjual laksa yang sedap pasti akan segera dicari.
Begitu juga gerai laksa ikan 'sekoq' atau seekor dalam loghat tempatan di Jalan Sultanah Sambungan di sini sentiasa dipenuhi oleh para penggemar laksa malah ada pelanggan dari Kuala Lumpur datang ke sini bagi menikmati juadah itu.
Apa yang menarik, di gerai ini ialah pemiliknya yang begitu pemurah kepada pelanggan.
Konsep makan sepinggan dan yang selebihnya adalah percuma begitu menarik pelanggan untuk terus menjamu selera di gerai itu.
Bagi menambah keunikan laksa jualannya, seekor ikan kembung rebus disertakan dengan sepinggan laksa bagi membangkitkan selera.
Pemilik gerai laksa ikan 'sekoq', Fauzi Man, 38, berkata, idea untuk meletakkan ikan kembung di atas laksa terhasil kerana dia mahu melakukan sesuatu yang lain bagi penggemar laksa.
"Banyak penjual yang menjual laksa, jadi saya buat satu kelainan dengan meletakkan seekor ikan kembung rebus.
"Jadi bila orang pernah datang ke sini mereka akan terus teringat untuk menjamah semula laksa ikan 'sekoq' ini," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Menurutnya, dia mula berniaga laksa kira-kira 14 tahun lalu, namun berhenti seketika kerana menghidap penyakit misteri.
"Saya berniaga semula laksa kira-kira tujuh bulan lalu dan sambutan yang diterima begitu menggalakkan.
"erkara yang membuatkan saya paling terharu ialah ada seorang pelanggan sanggup menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke sini semata-mata ingin menikmati laksa saya," katanya.
Laksa yang dijual di gerai itu berharga RM3 sepinggan dan bagi mereka yang ingin menambah laksa serta kuah buat kali kedua dan seterusnya tiada caj yang dikenakan.
"Saya hanya kenakan RM0.50 hingga RM0.70 bagi seekor ikan kembung jika pelanggan meminta untuk menambah ikan.
"Saya mahu pelanggan berasa puas apabila mereka datang ke gerai saya dan saya pasti jika pelanggan berpuas hati mereka akan datang kembali ke sini," katanya.
Jelasnya, setiap hari kira-kira 20 kilogram ikan kembung segar akan dibeli daripada nelayan untuk direbus manakala 20 kilogram ikan selar pula untuk dibuat kuah laksa.
Menurutnya, isterinya, Hasnah Hanafi menyediakan sendiri kuah laksa dan setiap hari kira-kira pukul empat petang kuah laksa di gerai mereka akan habis.
"Gerai saya dibuka setiap hari mulai pukul 11.30 pagi hingga 7.30 malam dan ditutup pada hari Ahad," katanya.
Tambahnya, dia juga mengambil tempahan laksa daripada orang ramai yang ingin mengadakan majlis-majlis di rumah mereka.
Bagi yang ingin menempah laksa daripada Fauzi, mereka boleh menghubunginya di talian 012-4391313. |
|
|
|
|
|
|
|
fuiyoooooo gempak nooo....kena p try...kena p try...sapa nak ikuttttttttt |
|
|
|
|
|
|
|
orang utara memang suke makan laksa ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 77# psychoz
jawapannya ya... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 78# she
kenapa ye?selain laksa? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 79# psychoz
x tahula...tapi mmg banyak kedai laksa area utara...selain laksa ada gak peminat bihun sup dan cendol dan rojak....kira suma tu wajib ada...wajib rasa jugak |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|