CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: juju_amin84

[LUBUK KREDIT] ~Trivia @ MELAKA~ Edisi V 1 June 2012

[Copy link]
 Author| Post time 17-4-2012 07:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 4-5-2012 00:27

Next trivia versi 5 MEI 2012
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2012 02:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 4-5-2012 00:39


TRIVIA V4


1 MEI 2012





BAB 1: PENGETAHUAN AM DAN ISU SEMASA

1. Apakah ibu negara bagi Britain dan Scotland?

2. Senaraikan 2 gunung yang tertinggi di dunia.

3. Berikan 2 nama gunung berapi yang aktif di Indonesia.

4. Siapakah Mahatma Ghandi ?

5. Bilakah perhimpunan BERSIH V2 dan V3 . Berikan tarikh.

6. Senaraikan 2 nama pejuang SARAWAK yang banyak menyumbang ke arah kemerdekaan negeri tersebut.

7. Siapakah pencipta komputer yang pertama ?

8. Dari tahun 1955 hingga 2020. Berapa banyakkah tahun lompat ?

9. Ikan bernafas melalui ...?

10. Berikan 1 jenis haiwan karnivor dan 1 jenis haiwan herbivor.

11. Siapakah Yang Dipertuan Agong Malaysia yang terbaru ? Selepas baginda, siapakah yang akan menggantikan takhta?

12. Negeri Perak terkenal dengan kekayaan hasil bumi apakah pada zaman kegemilanganya dahulu ?

13. Apakah bunga rasmi negeri Selangor ?

14. Berikan 2 cara untuk melancong ke negara France dari United Kingdom

15. Berapa jauhkah perjalanan dari Malaysia ke Korea Selatan ?

(30M)



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2012 02:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 4-5-2012 00:54





BAB 2: BAHASA MELAYU




1. Berikan 2 sajak nukilan A.Samad Said.


2. Ceritakan serba sedikit perihal sasterawan negara Usman Awang.


3. Berikan maksud peribahasa ' Kerana nila setitik rosak susu sebelanga'


4. Berikan 2 tajuk cerita-cerita rakyat yang menjadi teladan dan panduan untuk generasi masakini.


5. Cipta satu situasi berdasarkan kepada peribahasa berikut ' Belakang parangpun jikalau diasah nescaya tajam'.



Soalan 6 hingga 10 adalah berdasarkan kepada jawapan yang diberi a hingga e.


6. Lama sungguh Akhmal merantau ke KL...akhirnya pulang jugak beliau selepas 20 tahun ke sini .


7. Panas sungguh cuaca.


8. Kesiannya hidup mereka sekeluarga..kais pagi makan pagi kais pagi makan petang.


9. ''Dengan ini saya ingin memberitahu ibu bahawasanya sekembalinya saya ke kampung ini, saya tidak akan pergi ke tempat lain lagi .Saya akan tinggal disini sahaja.


10. Mereka lari ketakutan akibat dikejar anjing tersebut.


a) musim timur

b) bagai kucing dibawakan lidi

c) sampah hanyut

d) berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga

e) Seperti belut pulang ke lumpur


(20M)






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2012 02:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 4-5-2012 01:54




BAB 3: SAINS



1. Periskop ialah satu alat optik yang menggunakan cermin satah . Terangkan bagaimanakah alat itu berfungsi. Cadangkan satu situasi di mana periskop digunakan.



2. Sesetengah mikroorganisma dikatakan berbahaya kepada manusia.Jelaskan dengan memberi 3 contoh yang sesuai.



3. Berikan 5 langkah sewaktu proses ' INHALATION'



4. Berikan 5 penyakit yang mungkin dihidapi akibat kegagalan sistem respiratori



5. Selesaikan soalan di bawah :



a) 4x(x-2) + 5x = 1


b) (x-2)(2x+1) - x(x+1)



6. Seorang pekedai membeli 5 unit komputer dengan harga RM12000. Jika dia menjual komputer tersebut dengan harga Rm3600 setiap satu, hitungkan peratus keuntungan beliau ( Tunjukkan jalan pengiraan)



7. Alani membeli seutas mutiara dengan harga RM5400 selepas diskaun 25%. Berapakah harga asal mutiara tersebut ? (Tunjukkan jalan pengiraan)



8. Diberi 4p + 2q = -2 dan 4q - 2p = 16. Berapakah nilai p ?


(Tunjukkan jalan pengiraan)

9. Berikan perincian bagaimana proses hujan berlaku ? Terangkan juga proses forosintesis.

10. Ahmad mempunyai 3x biji guli. Setelah dia memberikan kepada adiknya 15 biji guli, jumlah guli yang tinggal ialah 207. Cari nilai x. (Jalan pengiraan)

11. a) Satu garis lurus dengan panjangnya 180cm hendak dibahagikan mengikut nisbah 4 : 5. berapakah panjang bagi bahagian yang lebih pendek?   

b) Jika 5 : 9 = x : 45, carikan nilai x.    (Tunjukkan jalan pengiraan)

12.  a) Proses pembebasan ovum dari ovari disebut sebagai ?     

b) Bagaimanakah proses persenyawaan berlaku?

13. a) Lapisan atmosfera yang dapat memantulkan gelombang radio ialah ?   

b) Apakah maksud penipisan lapisan ozon ? Terangkan .

14.  a) Kitar hidup kupu-kupu  yang manakah menjadi perosak kepada tanaman?     

b) Terangkan kitar hidup kupu2 secara terperinci.

15. Berikan fungsi kompenan darah yang berikut:

a) antibodi

b)Sel darah putih

c) Platlet

d) Sel darah merah

16. Apakah yang dimaksudkan dengan kerak bumi ? Perihalkan dengan terperinci.

17. Berikan 3 faktor yang menyumbang ke arah kemandulan seorang lelaki ? Apakah proses spermatogenesis?

18. Bahagian mata yang membiaskan cahaya dipanggil ? Terangkan proses pembiasan cahaya dan ilusi optik.

19. a) Hukum Ohm dalam kajian atus menyatakan bahawa ?   

b) Penggunaan tenaga elektrik di rumah kediaman dikira mengikut kadar tarif seperti di bawah :

100 unit pertama ialah 20 sen / unit

200 unit seterusnya ialah 23 sen / unit

Unit-unit seterusnya ialah 26 sen / unit

Berapakah bayaran bil elektrik bagi penggunaan tenaga elektrik sebanyak 350 unit?

20. a) Tee mengmbil masa selama 2 jam 35 minit untuk sampai di rumah neneknya. Jika Tee sampai di rumah neneknya pada jam 1.25 pm .Pukul berapakah beliau bertolak dari rumahnya. Tunjukkan jalan pengiraan.   

b) Keretapi bertolak dari bandar A pada jam 9.37 malam dan ti ba di bandar B pada jam 6.17 pagi keesokkan harinya. Kirakan tempoh masa perjalanan beliau .







(100M)




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2012 02:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 4-5-2012 01:47


BAB 3: LITERATURE




1. Berikan 2 karya William Shakespeare. Huraikan maksud tersirat dalam karyanya bertajuk Sonnet 18 dengan terperinci.



(20M)





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2012 01:50 AM | Show all posts
Dateline edisi IV pada 9 Mei 2012
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2012 04:40 AM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 23-5-2012 20:57


BAB 1: PENGETAHUAN AM DAN ISU SEMASA

1. Ibu negara Britain ialah London dan Scotland ialah Edinburgh.
2. 2 gunung yang tertinggi di dunia ialah Gunung Everest dan Gunung K2.
3. 2 gunung berapi yang aktif di Indonesia ialah Gunung Sinabung dan Gunung Anak Krakatau.
4. Mahatma Ghandi adalah seorang pemimpin spiritual dan tokoh politik tersohor dari India.
Pada masa kehidupan Gandhi, banyak negara yang merupakan jajahan British.
Penduduk di koloni-koloni tersebut mendambakan kemerderkaan agar dapat memerintah negaranya sendiri.
Gandhi adalah seorang yang paling penting yang terlibat dalam pergerakan kemerdekaan India.
Dia adalah aktivis yang tidak menggunakan kekerasan,
yang mengusung gerakan kemerdekaan melalui demonstrasi secara aman.
5. Tarikh perhimpunan bersih
V2: 9 Julai 2011
V3: 28 April 2012
6. 2 nama pejuang SARAWAK yang banyak menyumbang ke arah kemerdekaan negeri tersebut ialah Rosli Dhoby dan Rentap.
7. Pencipta komputer yang pertama ialah Charles Babbage.
8. Dari tahun 1955 hingga 2020
(1956, 1960, 1964, 1968, 1972, 1976, 1980, 1984, 1988, 1992, 1996, 2000, 2004, 2008, 2012, 2016, 2020 )
17 tahun lompat.
9. Ikan bernafas melalui insang.
10. 1 jenis haiwan karnivor: singa
1 jenis haiwan herbivor: lembu
11. Yang Dipertuan Agong Malaysia yang terbaru ialah
Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Selepas baginda, Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ibrahim Petra
(Sultan Muhammad ke-V) akan menggantikan takhta.
12. Negeri Perak terkenal dengan kekayaan bijih timah pada zaman kegemilanganya dahulu.
13. Bunga rasmi negeri Selangor ialah orkid.
14. 2 cara untuk melancong ke negara France dari United Kingdom
i. naik kereta api Eurostar.
ii. naik feri.
15. Jarak perjalanan dari Malaysia ke Korea Selatan ialah 4605km.


30M

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 04:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 23-5-2012 20:58

BAB 2: BAHASA MELAYU

1.2 sajak nukilan A.Samad Said.

i. Tetamu Senja

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala


Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan


Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad


Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas


Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat  
----------------------------------------------------------

ii. Menambat Rakit

Sesudah demikian lama dicintai,
sukarlah dilupakan.
Inti pengalaman, kepedihan;
akar kerinduan keresahan…
Memang begitu banyak
diperlukan kekuatan,
kepangkalan batin, rakit ditambatkan
bara kenangan dikuatkan
Akhirnya, tak terduga, kekuatan membuak sendiri,
dan disedari, semua takkan sampai, ke dasar inti.
Tiada lagilah bezanya,
sama ada hilangnya kemudian
atau tenggelamnya sekarang.
Tiada juga bezanya ,
jika ia langsung tak datang
atau tiba-tiba terkorban
Kepiluan yang berlanjut akhirnya,
ditenterami keyakinan,
betapa dielak puntakdir
tetap terbuka pintunya
bertanya: manusia, engkau ini sebenar-benarnya siapa.
2. Dato' Usman Awang adalah seorang Sasterawan Negara Malaysia yang dikurniakan gelaran tersebut pada 1983.
Terkenal dengan nama pena Tongkat Warrant, beliau adalah seorang penyair dan ahli drama yang prolifik ketika hayatnya. Beliau juga dikenali dengan nama Adi Jaya, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi U.A., Zaini dan lain-lain.
Pada tahun 1991, beliau telah dianugerahi Darjah Kebesaran Dato' Paduka oleh Sultan Perak yang membawa gelaran Dato',
Beliau meninggal dunia ketika berusia 72 tahun iaitu pada tanggal 29 November 2001, setelah lama menghidap penyakit jantung.
3. Maksud peribahasa ' Kerana nila setitik rosak susu sebelanga' kerana kejahatan seseorang seluruh masyarakat turut terkena tempias menerima nama buruk.
4. 2 tajuk cerita-cerita rakyat yang menjadi teladan dan panduan untuk generasi masakini ialah Si Tanggang dan Batu Belah Batu Bertangkup.
5. Cipta satu situasi berdasarkan kepada peribahasa berikut ' Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam'. Adi dipanggil ke bilik guru. Rupa-rupanya guru kelasnya cikgu Mona ingin berbincang mengenai prestasi pelajaran Adi yang masih di tahap lemah. Pelbagai nasihat dan kata-kata semangat diberikan oleh cikgu Mona kepada Adi agar dia dapat memperbaiki prestasinya untuk peperiksaan akan datang. Sejak hari itu, Adi sedaya upaya cuba membahagikan masa untuk belajar di samping membantu keluarganya berniaga. Di samping itu, dia selalu belajar dengan kawan baiknya Ilham. Sebulan selepas itu, peperiksaan pertengahan tahun diadakan. Walaupun Adi tidak mendapat keputusan yang cemerlang, namun dia tidak gagal lagi mana-mana subjek. Kejayaan peperiksaan kali ini telah menaikkan semangat Adi untuk terus berusaha agar mendapat keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan akan datang.
6. Lama sungguh Akhmal merantau ke KL, akhirnya pulang jugak beliau selepas 20 tahun ke sini.
d) berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.
7. Panas sungguh cuaca a) musim timur
8. Kesiannya hidup mereka sekeluarga.kais pagi makan pagi kais pagi makan petang.
c) sampah hanyut
9. ''Dengan ini saya ingin memberitahu ibu bahawasanya sekembalinya saya ke kampung ini, saya tidak akan pergi ke tempat lain lagi .Saya akan tinggal disini sahaja.e) Seperti belut pulang ke lumpur
10. Mereka lari ketakutan akibat dikejar anjing tersebut.
b) bagai kucing dibawakan lidi


20M





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2012 04:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 23-5-2012 21:00

BAB 3: SAINS


1. Terangkan bagaimana periskop berfungsi.

Sebuah periskop ringkas dibina dengan menggunakan dua cermin satah yang diletakkan 45darjah dari garis mendatar. Imej yang dibentuk oleh periskop mempunyai ciri-ciri menegak, maya dan sama saiz.

Cadangkan satu situasi di mana periskop digunakan :teropong kapal selam.



2. Sesetengah mikroorganisma dikatakan berbahaya kepada manusia.Jelaskan dengan memberi 3 contoh yang sesuai.

i)Ebola: sejenis virus dari gen Ebolavirus, keluarga Foloviridae, dan nama dari penyakit yang disebabkan oleh virus tersebut. Gejala-gejalanya ialah muntah, cirit-birit, sakit badan, pendarahan dalam dan luar serta demam. Asal ebola ialah dari sungai Ebola di Kongo.

ii)e-coli:adalah bakteria gram negatif berbentuk batang, basilus atau rod yang umum ditemui di usus bawah organisma berdarah panas. Kebanyakan strain e-coli tidak berbahaya tetapi terdapat beberapa jenis yang boleh menyebabkan keracunan makan yang serius kepada manusia. Strain ini boleh menguntungkan perumah mereka dengan menghasilkan vitamin K2 dan dengan mencegah pembentukan bakteria patogen dalam usus.

iii)HIV: adalah suatu virus yang menyebabkan penyakit AIDS. Virus ini menyerang manusia dan menyerang sistem imunisasi tubuh sehingga tubuh menjadi lemah dalam melawan jangkitan.

3. Berikan 5 langkah sewaktu proses ' INHALATION'

i) dada naik ke atas

ii) tulang rusuk terbuka

iii) paru-paru mengembang

iv) diafragma mengecut

v) udara masuk melalui hidung/ mulut  

4. Berikan 5 penyakit yang mungkin dihidapi akibat kegagalan sistem respiratori

i) H1N1

ii) batuk

iii) asma/ lelah

iv) pneumonia (radang paru-paru)

v) bronkitis (bronchitis)

5. Selesaikan soalan di bawah :

a) 4x(x-2) + 5x=1

4x^2-3x-1=0

(4x+1)(x-1)=0

x=-1/4, x=1


b) (x-2)(2x+1) - x(x+1)

(2x^2)-3x-2-(x^2)-x=0

(x^2)-4x-2=0

guna formula


a=1, b=-4, c=-2

x= (4 +- sqrt (4)^2- 4(1)(-2)) /2(1)

  = (4 +- sqrt 24)/2

x= 2- sqrt 6, x= 2+ sqrt 6


6. Seorang pekedai membeli 5 unit komputer dengan harga RM12000. Jika dia menjual komputer tersebut dengan harga Rm3600 setiap satu, hitungkan peratus keuntungan beliau.

RM12000/5=RM2400

RM3600-RM2400=RM1200

1200/2400 X 100% =50%

7. Alani membeli seutas mutiara dengan harga RM5400 selepas diskaun 25%.

Berapakah harga asal mutiara tersebut ?  

100/75 x 5400= RM7200

8. Diberi 4p + 2q = -2 (1)

              4q - 2p = 16(2)

Berapakah nilai p ?

4p+2q=-2

     2q=-2+4p

       q=-1+2p


4(-1+2p)-2p=16

     -4-8p-2p=16
                 -10p=20

                p=-2

9. Berikan perincian bagaimana proses hujan berlaku.

Tahap 1: sejumlah besar gelembung udara terbentuk kerana buih di lautan secara terus menerus pecah dan menyebabkan partikel air disemburkan ke langit. Partikel yang kaya dengan garam dibawa angin naik ke atmosfera. Partikel ini yang disebut aerosol, berfungsi sebagai perangkap air. Inilah yang membentuk titik-titik awan dengan mengumpulkan wap air di sekitarnya yang kemudian naik dari lautan sebagai titisan kecil.

Tahap 2: awan terbentuk dari wap air yang mengembun di sekitar kristal garam atau partikel debu di udara. Kerana titisan air di awan sangat kecil, awan menggantung di udara dan menyebar di langit sehingga langit tertutup oleh awan.


Tahap 3: Partikel air yang mengelilingi kristal garam dan partikel debu akan bertambah tebal dan membentuk titisan hujan sehingga titisan hujan menjadi berat daripada udara dan mulai jatuh ke bumi sebagai hujan.




Terangkan juga proses fotosintesis

Fotosintesis ialah proses penukaran tenaga cahaya matahari kepada tenaga biokimia yang akan digunakan untuk pengikatan karbon. Proses ini dibantu oleh klorofil untuk menguraikan air kepada oksigen dan hidrogen. Klorofil digunakan oleh tumbuhan hijau. Oksigen akan dibebaskan sebagai bahan sampingan sementara hidrogen akan digunakan untuk bertindakbalas dengan karbon dioksida dan karbohidrat untuk menghasilkan glukosa.



10. Ahmad mempunyai 3x biji guli. Setelah dia memberikan kepada adiknya 15 biji guli, jumlah guli yang tinggal ialah 207. Cari nilai x.

3x-15=207

     3x=222

       x=74

11. a) Satu garis lurus dengan panjangnya 180cm hendak dibahagikan mengikut nisbah 4 : 5. berapakah panjang bagi bahagian yang lebih pendek?

4:5= 4+5=9

4/9 x 180=80cm

b) Jika 5 : 9 = x : 45, carikan nilai x.

              5/9=x/45

           5(45)=9x

              225=9x

                  x=25

12.  a) Proses pembebasan ovum dari ovari disebut sebagai pengovulan.
     

b) Bagaimanakah proses persenyawaan berlaku apabila dua sel games iaitu satu daripada lelaki (sperma) dan satu lagi daripada perempuan (ovum) bersatu untuk membentuks atu sel yang dipanggil zigot yang akan membesar sebagai bayi. Sperma iaitu antara sel terkecil yang terdapat dalam badan manusia dihasilkan oleh testis seorang lelaki matang. Terdapat berjuta-juta sperma dihasilkan daripada proses ejakulasi. Sperma-sperma ini akan masuk ke saluran falopian melalui servis dan akan berenang mendapatkan ovum. Persenyawaan berlaku apabila sperma berjaya menembusi ovum dan proses ini berlaku pada hari ovulasi atau lima hari sebelum ovulasi. Proses pembentukan zigot berlaku apabila satu sel matang yang dihasilkan oleh ovari sewaktu subur. Persenyawaan berlaku dalam tempoh 24jam. 2 sel akan dibahagikan dalam masa 36 jam. Pada masa 48jam 4 sel akan dihasilkan. Akhirnya pada masa 72jam, 16 hingga 32 sel akan dihasilkan. Pembahagian sel dan pembentukan sel dalamaan mengambil masa selama 4 hingga 5 hari.

13. a) Lapisan atmosfera yang dapat memantulkan gelombang radio ialah ionosfera.
   

b) Penipisan lapisan ozon ialah proses di mana lapisan ozon menjadi nipis disbabkan oleh jumlah molekul ozon di dalam lapisan menjadi sedikit hari demi hari. Kesan daripada pengurangan molekul ozon menyebabkan lapisan ozon menjadi semakin nipis. Ozon dimusnahkan oleh tindak balas dengan gas klorin, bromine, nitrogen, hidrogen dan oksigen. Jadi apabila gas ini dilepaskan ke atmosfera, semakin banyak ozon musnah.

Lapisan ozon dalam stratosfera musnah disebabkan dua faktor iaitu

i)aktiviti manusia: pembakaran terbuka, asap ekzos kapal terbang, asap dari perindustrian

ii)sumber semula jadi: letusan gunung berapi, gas metana ladang.



14.  a) Kitar hidup kupu-kupu  yang manakah menjadi perosak kepada tanaman ialah beluncas.

b) Terangkan kitar hidup kupu2 secara terperinci.

i) Telur kupu-kupu dilekatkan pada daun dengan bahan perelat khas yang cepat mengeras. Apabila mengeras, bahan itu mengecut dan mencacati bentuk telur. Pelekat ini sungguh keras sehinggakan lapik sutera yang melekat serta-merta tidak boleh dipisahkan. Telur kupu-kupu sentiasa diletakkan di atas tumbuhan.


ii) Beluncas memakan daun tumbuhan dan menghabiskan seluruh masanya sebagai beluncas untuk mencari makanan. Beluncas membesar melalui serantaian peringkat yang dipanggil instar. Menjelang akhir setiap instar, larva menjalani proses yang dipanggil apolisis, yang mana kulit ari iaitu lapisan luaran keras yang diperbuat daripada campuran kitin dan protein-protein khusus, dikeluarkan dari epidermis yang lembut di bawahnya, maka epidermis membentuk kulit ari yang baru di bawah. Di akhir setiap instar, larva itu bersalin kulit, maka kulit baru berkembang lalu mengeras dan menghasilkan pigmen yang dengan cepat. Corak kepak mula berkembang pada tubuh beluncas menjelang instar terakhir.


iii) Perkembangan kepak tidak kelihatan di luar larva, tetapi apabila larva dibedah kelihatannya cakera kepak yang halus dan berkembang pada segmen toraks kedua dan ketiga di tempat spirakel yang kelihatan pada segmen abdomen. Cakera kepak berkembang seirignan dengan trakea yang terletak di sepanjang tangan kepak,dan dikelilingi oleh peripodial membrane yang nipis dan berpaut pada epidermis luaran larva dengan duktus yang halus. Cakera kepak sangat kecil sehingga instar larva terakhir. Menjelang pempupaan, kepak-kepak dipaksa keluar dari epidermis di bawah tekanan dari hemolimfa. Dalam masa beberapa jam, kepak itu membentuk kulit ari yang sungguh keras dan terikat rapat pada tubuh supaya pupa boleh dipegang tanpa merosakkan kepak.


iv) Pupa terjadi daripada pertukaran larva, dan bergantung dengan substrat lalu bersalin kulut buat kali terakhir. Dalam kempompong, beluncas merembeskan enzim-enzim yang mencernakan hampir seluruh tubuhnya menjadi benda lekit kecuali sel-sel yang penting untuk membentuk tubuh kupu-kupu serta neuron-neuron yang menyimpan kenangannya sebagai beluncas. Kepomping lazimnya tidak mampu bergerak, namun sesetengah spesies boleh menggoncangkan segmen-segmen abdomennya atau membuat bunyi untuk menakutkan pemangsa.


v) Dewasa (imago) yang cukup matang untuk hubungan seks bagi seranggan dipanggil imago. Kupu-kupu dewasa mempunyai empat helai kepak yang disaluti dengan sisik-sisik halus. Kepak depan dan kepak belakang tidak bercantum agar kupu-kupu boleh terbang dengan cantik. Kupu-kupu dewasa mempunyai enam batang kaki. Setelah keluar dari kepompong, kupu-kupu tidak boleh terbang sehingga kepaknya dibuka. Kupu-kupu yang baru keluar perlu mengambil masa untuk mengembangkan kepaknya dengan darah sambil menjemurkan kepaknya, baik satu jam mahupun berjam-jam lamanya.


15. Fungsi kompenan darah berikut:

a) antibodi ialah cara semulajadi badan melawan kemasukan organisma asing seperti bakteria dan virus.

b) sel darah putih merupakan sebahagian dari sistem imunisasi yang membantu tubuh melawan pelbagai penyakit

c) platlet bertanggungjawab untuk membeku darah

d) sel darah merah mengandungi hemoglobin yang mengikat oksigen di paru-paru dan membawanya ke seluruh badan.

16. Kerak bumi merujuk kepada lapisan luar Bumi. Permukaan planet kebiasaannya terbentuk dari bahan yang kurang tumpat berbanding dengan lapisan yang lebih dalam. Hanya 1/3 kerak bumi merupakan daratan, manakala 2/3 lagi ialah lautan. Ketebalan kerak bumi adalah antara 10 ke 30 batu. Kerak bumi yang di bahagian atas ialah litosfera, terbahagi kepada dua lapisan. Lapisan atas ialah benua, yang terdiri daripada granit. Di bawah granit terdapat satu lapisan batu keras yang dipanngil basalt.

17. 3 faktor yang menyumbang ke arah kemandulan seorang lelaki:

i. obesiti

ii. penyalahgunaan alkohol

iii. menggunakan ganja atau dadah


Spermatogenesis ialah peralihan dari bakal sel kelamin yang aktif membelah ke sperma yang masak serta mengangkut pelbagai perubahan struktur yang berlaku secara berurutan. Spermatogenesis berlaku pada tubulus seminiferus dan diatur oleh hormon gonadtotropin dan testoteron. Spermatozoa dibahagikan kepada tiga tahap:

1. Spermatositogenesis: merupakan spermatogonia yang mengalami mitosis berkali-kali yang akan menjadi spermatosit primer.

2. Spermatogonia: merupakan struktur primitif dan dapat melakukan reproduksi (membelah) dengan cara mitosis. Spermatogonia mendapat nutrisi dari sel-sel sertoli dan berkembang menjadi spermatosit primer.

3. Spermatosit primer: mengandungi kromosom diploid (2n) pada selnya dan mengalami meiosis. Satu spermatosist akan menghasilkan dua sel anak iaitu spermatosit sekunder.

18. Bahagian mata yang membiaskan cahaya dipanggil lensa mata.

Pembiasan cahaya ialah proses pertukaran arah gelombang yang disebabkan oleh pertukaran kelajuan. Cahaya bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui air. Oleh sebab itu, cahaya bergerak secara serong dipesongkan apabila melalui dua medium yang berbeza.Pembiasan cahaya menyebabkan penyedut minuman kelihatan bengkok dan besar di dalam air

Ilusi optik bermaksud bayangan atau khayalan yang terjadi kerana salah tafsir otak terhadap sesuatu perkara yang dilihat.

19.

a) Hukum Ohm dalam kajian arus menyatakan bahawa arus I, yang mengalir melalui sesuatu pengalir antara dua titik yang berlainan adalah berkadar terus dengan beza keupayaan V antara kedua-dua titik, serta berkadar songsang dengan rintangan R kedua-dua titik. Formulanya ialah I=V/R


b)

Berapakah bayaran bil elektrik bagi penggunaan tenaga elektrik sebanyak 350 unit?

100 unit pertama: 100x0.20 =RM20.00

200 unit seterusnya: 200x0.23= RM46.00

unit seterusnya: 50x0.26=RM13.00

Jumlah bil ialah: RM(20+46+13)= RM 79.00

20. a)

1.25 + 12.00 = 13.25 (guna sistem 24 jam)

    13.25-2.35=10.50

Waktu Tee bertolak ialah 10.50 pagi.


b)

9.37pm-12.00am= 2jam 23minit

12.00am-6.17am=6jam 17minit

tempoh perjalanan: 2jam 23minit + 6jam 17minit=8jam 40minit

100M

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 04:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 23-5-2012 21:01

file:///C:/Users/DEFAUL%7E1.DEF/AppData/Local/Temp/moz-screenshot.pngfile:///C:/Users/DEFAUL%7E1.DEF/AppData/Local/Temp/moz-screenshot-1.png

BAB 3: LITERATURE


1. Berikan 2 karya William Shakespeare.
i) Romeo dan Juliet
ii) Othello

Huraikan maksud tersirat dalam karyanya bertajuk Sonnet 18 dengan terperinci.
Sonnet 18 lebih dikenali dan antara sajak yang mempunyai untuk cinta yang sangat tinggi daripada keseluruhan 154 sonnet yang pernah ditulis oleh Skaespeare.
Dikatakan Sonnet 18 adalah salah satu karya yang paling senang untuk difahami.
Tema sajak ini ialah kestabilan cinta dan kekuatannya untuk kekal abadi.
Penyajak pada mulanya memuji kawan baiknya sebelum dia perlahan-lahan membina imej kawannya menjadi seorang insan yang sempurna.
Dia membandingkan kawannya dengan musim panas, dan kemudian mengatakan dia sendiri ialah musim panas.
Oleh itu, metamorfosis sajak ini ialah kecantikan sebenar boleh dan sepatutnya dihakimi.
Penyajak hanya menjawab persoalan tentang keseronokan dan kecantikan semata-mata untuk memastikan kawannya kekal abadi dalam memori orang yang membaca, dan seterusnya mengelakkan kawannya dari 'mati'.
Bahagian akhir menunjukkan penyajak berharap yang selagi manusia masih bernyawa, selagi itu juga sajak dia akan terus hidup untuk memastikan keabadian orang yang dia sukai.
Yang menariknya, ramai pengkaji bersetuju bahawa kawan yang dimaksudkan penyajak merupakan seorang lelaki bukannya perempuan.

10M PENERANGAN SONNET 18 + 10M PRESENTATION = 20 M


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 01:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 23-5-2012 21:04

BAB 1: PENGETAHUAN AM DAN ISU SEMASA


1. Ibu negara bagi:
    a)Britain-London   b)Scotland-Edinburgh

2. Senaraikan 2 gunung yang tertinggi di dunia.
   a)gunung Everest   b)gunung K2

3. Berikan 2 nama gunung berapi yang aktif di Indonesia.
   a)Gunung Sinabung   b)Gunung Merapi

4. Mahatma Ghandi adalah seorang pemimpin spiritual dan tokoh politik tersohor dari India.Beliau dilahirkan pada 2 Oktober 1869. Gandhi adalah salah seorang yang paling penting yang terlibat dalam pergerakan kemerdekaan India daripada jajahan British. Beliau adalah aktivis yang tidak menggunakan kekerasan, yang mengusung gerakan kemerdekaan melalui demonstrasi secara aman. Pada 30 Januari 1948, Gandhi dibunuh seorang lelaki Hindu yang marah kerana kepercayaan Gandhi yang menginginkan rakyat Hindu dan Muslim diberikan hak yang sama.   


5. Perhimpunan BERSIH:
    a) V2-9 Julai 2011   b) V3-28 April 2012.

6. 2 nama pejuang SARAWAK yang banyak menyumbang ke arah kemerdekaan adalah:
    a) Rosli Dhoby   b) Panglima Rentap.

7. Pencipta komputer yang pertama- Charles Barbage

8. Dari tahun 1955 hingga 2020. Berapa banyakkah tahun lompat-  15

9. Ikan bernafas melalui insang.

10. Berikan 1 jenis haiwan:
      a) karnivor-harimau   b) herbivor-kambing.

11. Yang Dipertuan Agong Malaysia yang terbaru- Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
   
     Selepas baginda, siapakah yang akan menggantikan takhta
- Sultan  Muhammad V (sultan kelantan)

12. Negeri Perak terkenal dengan kekayaan hasil bumi apakah pada zaman kegemilanganya dahulu-  bijih timah

13. Bunga rasmi negeri Selangor- orkid

14. Berikan 2 cara untuk melancong ke negara France dari United Kingdom
      a)menaiki tren Eurostar    b)jalan laut-feri

15. Perjalanan dari Malaysia ke Korea Selatan- 3661 km  

13 SOKLAN BTL. NO 15 JARAK MAL - KOREA - 4k KEATAS
SOKLAN 8 THN LOMPAT - 17
=26M

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 01:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 23-5-2012 21:05

BAB 2:  BAHASA MELAYU

1. Berikan 2 sajak nukilan A.Samad Said.
i) Burung

   Burung yang terbang saban senja
   berlegar manja di langit sepi
   mendorongku untuk bertanya:
   Pernahkah ia merasa sunyi?



ii) Hidup bersama

   Kita sudah sampai di lereng amat indah, di bawah
   pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar;
   dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
   tenang dalam segala uji cabar dan debar.
   Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
   sekata hidup, mengerti dan berbudi.

   Kita wajar mendaki lagi kerana puncak
   yang jauh. Dalam gelora dan taufan
   tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan
   mengasuh kita bersuara dalam sopan,
   yakin menyanggah musuh, tulus menambah kawan,
   inti tunggak dan menara kebahagian.


2. Ceritakan serba sedikit perihal sasterawan negara Usman Awang.
   Dato' Usman Awang yang dilahirkan pada 12 Julai 1929 merupakan seorang Sasterawan Negara Malaysia yang dikurniakan gelaran tersebut pada tahun 1983. Terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant, beliau adalah seorang penyair dan ahli drama yang prolifik ketika hayatnya. Usman Awang juga dikenali  dengan nama Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., Zaini dan mungkin lain-lain. Dalam tahun 1991, beliau telah di anugerahi Darjah Kebesaran Dato’ Paduka oleh Sultan Perak Darul Ridzuan yang membawa gelaran Dato’.  Pada tanggal 29 November 2001, pada bulan Ramadhan, beliau meninggal dunia setelah lama menghidap penyakit jantung. Beliau ketika itu berusia 72 tahun.


3. Berikan maksud peribahasa ' Kerana nila setitik rosak susu sebelanga'
   - Hanya kerana salah seorang, sekumpulan atau seluruh masyarakat akan turut mendapat nama yang buruk.


4. Berikan 2 tajuk cerita-cerita rakyat yang menjadi teladan dan panduan untuk generasi masakini.
   a) anjing dan bayang-bayangnya   b) sang kancil dan buaya


5. Cipta satu situasi berdasarkan kepada peribahasa berikut ' Belakang parangpun jikalau diasah nescaya tajam'.

   Seseorang yang kurang pintar akan berubah menjadi cerdik sekiranya terus dididik dengan sempurna dan sabar. Seseorang anak yang kurang ilmu pengetahuan akan bertambah bijak sekiranya dididik dengan unsur tarbiyah yang memikatnya dan menikmatkannya. Pokok pangkalnya, kita jangan cepat bosan mengerjakan sesuatu sebelum mencapai kejayaannya.


Soalan 6 hingga 10 adalah berdasarkan kepada jawapan yang diberi a hingga e.

6. Lama sungguh Akhmal merantau ke KL...akhirnya pulang jugak beliau selepas 20 tahun ke sini .
   d) berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga

7. Panas sungguh cuaca.
   a) musim timur

8. Kesiannya hidup mereka sekeluarga..kais pagi makan pagi kais pagi makan petang.
   c) sampah hanyut

9. ''Dengan ini saya ingin memberitahu ibu bahawasanya sekembalinya saya ke kampung ini, saya tidak akan pergi ke tempat lain lagi .Saya akan tinggal disini sahaja.
    e) Seperti belut pulang ke lumpur

10. Mereka lari ketakutan akibat dikejar anjing tersebut.
   
b) bagai kucing dibawakan lidi









20M

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 01:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 23-5-2012 21:08

Bab 3 Sains

1. Terangkan bagaimanakah alat itu berfungsi - Prinsip kerja periskop adalah pembentukan bayangan dengan pemantulan berulang pada dua permukaan cermin yang disusun sejajar saling berhadapan. Cahaya yang dipantulkan objek masuk pada cermin yang pertama kemudian dipantulkan tegak lurus menuju cermin yang kedua. Cermin kedua memantulkan kembali bayangan tersebut tegak lurus menuju mata pengamat. Pantulan inilah yang membuat kita boleh melihat melewati tembok yang tinggi, atau sudut-sudut yang sulit dijangkau oleh mata.

    Cadangkan satu situasi di mana periskop digunakan - pada kapal selam untuk mengamati keadaan di permukaan   laut.


2. Sesetengah mikroorganisma dikatakan berbahaya kepada manusia.Jelaskan dengan memberi 3 contoh yang sesuai.
   a) HIV (human immunodeficiency virus) - suatu virus yang menyebabkan penyakit AIDS. Virus ini menyerang manusia dan menyerang sistem kekebalan tubuh, sehingga tubuh menjadi lemah dalam melawan jangkitan. Kehadiran virus ini dalam tubuh akan menyebabkan kekurangan sistem imun.


b) virus rotavirus - tersebar melalui air dan makanan dan mudah menyerang bayi berusia antara dua bulan hingga 10 bulan menyebabkan mangsa cirit-birit dan demam panas


c) virus rabies - adalah penyakit berjangkit pada susunan saraf pusat yang disebabkan oleh virus rabies. Penyakit ini bersifat zoonotik, iaitu dapat dipindahkan dari haiwan kepada manusia. Virus rabies dipindahkan ke manusia melalu gigitan haiwan seperti anjing, kucing, kera, rakun, dan kelelawar. Virus rabies disebut juga penyakit anjing gila.


3. Berikan 5 langkah sewaktu proses ' INHALATION'
    semasa menarik nafas,
   a) diafragma mengembang
   b) tulang rusuk terbuka
   c) paru-paru mengembang menyebabkan tekanan udara dalam paru-paru menurun
   d) udara masuk ke dalam paru-paru
   e) oksigen meresap masuk melalui membran alveolar ke dalam kapilari


4. Berikan 5 penyakit yang mungkin dihidapi akibat kegagalan sistem respiratori
   a) asma
   b) penyakit radang paru-paru
   c) H1N1
   d) batuk
   e) demam selesema

5. Selesaikan soalan di bawah :

a) 4x(x-2) + 5x = 1
   4x2 - 8x +5x = 1
   4x2 -3x - 1 = 0
   (4x + 1) (x - 1) = 0

   4x + 1 = 0   atau x - 1 = 0
       x = -1/4 atau x = 1

Jadi, x = -1/4, 1



b) (x-2)(2x+1) - x(x+1)


   

6. Seorang pekedai membeli 5 unit komputer dengan harga RM12000. Jika dia menjual komputer tersebut dengan harga Rm3600 setiap satu, hitungkan peratus keuntungan beliau ( Tunjukkan jalan pengiraan)

   Beli 5 unit komputer = RM12000
   Jual 1 unit RM3600 x 5 = RM18000

   Keuntungan = Harga jualan - Harga beli
                                    = RM 18000- RM 12000 = RM 6000

   % keuntungan = Keuntungan / Harga beli x 100%
                      = RM 6000 / RM 12000 x 100%
= 50%



7. Alani membeli seutas mutiara dengan harga RM5400 selepas diskaun 25%. Berapakah harga asal mutiara tersebut ? (Tunjukkan jalan pengiraan)


                                                          harga asal = RM Y


              harga selepas diskaun ,  Y X 25% = RM 5400
                                                                 Y = RM 5400 / 0.25
                                                                 Y = RM 21600
                              
                                                       harga asal =
RM 21600#



8. Diberi 4p + 2q = -2 dan 4q - 2p = 16. Berapakah nilai p ?

   4p + 2q = -2 ---- persamaan 1
   4q - 2p = 16 ---- persamaan 2

persamaan 1, 4p + 2q = -2

                                      2q = -2 - 4p
                                                                    q = -1 - 2p ---- persamaan 3

masukkan persamaan 3 ke dalam 2,
4(-1 - 2p) - 2p = 16

     -4 - 8p - 2p = 16
                 - 10p = 20   
                     p = -2


9. Berikan perincian bagaimana proses hujan berlaku ?





    Matahari  memanaskan air dalam lautan dan akan tersejat sebagai wap ke dalam udara. Arus udara yang naik akan membawa wap-wap ke atas atmosfera, di mana suhu sejuk akan menyebabkan wap-wap tersebut terpeluwap menjadi awan. Arus udara memindahkan awan-awan mengelilingi bumi, dan titisan-titisan awan akan berlaga, berkembang besar dan  tak kuat lagi menampung, maka  terjadilah hujan.

  Terangkan juga proses forosintesis.

   


Fotosintesis merujuk kepada proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga biokimia. Tenaga kimia ini digunakan untuk pengikatan karbon. Proses ini dibantu oleh klorofil untuk menguraikan air kepada gas oksigen dan hidrogen.

10. Ahmad mempunyai 3x biji guli. Setelah dia memberikan kepada adiknya 15 biji guli, jumlah guli yang tinggal ialah 207. Cari nilai x. (Jalan pengiraan)

     3x - 15 = 207
                  3x = 222
                   x = 74

11. a) Satu garis lurus dengan panjangnya 180cm hendak dibahagikan mengikut nisbah 4 : 5. berapakah panjang bagi bahagian yang lebih pendek?   

b) Jika 5 : 9 = x : 45, carikan nilai x.    (Tunjukkan jalan pengiraan)



12.  a) Proses pembebasan ovum dari ovari disebut sebagai ?

      Pengovulan    


          b) Bagaimanakah proses persenyawaan berlaku?
           Apabila persetubuhan berlaku di antara suami dan isteri, suami akan  mengeluarkan benihnya iaitu air mani yang mengandungi sperma ke dalam  vagina isteri. Sperma tersebut akan berenang menerusi rahim si isteri  dan berlaku persenyawaan dengan benih isteri(ovum) di tiup fallafio jika  isteri dalam keadaan subur. Ia bermula apa apabila telur dan sperma bersatu untuk menjadi satu  sel-titik permulaan kepada satu kejadian yang menakjubkan. Sel kecil ini  akan terbahagi berulang kali sehingga pada minggu yang ke 38, ia  berubah menjadi manusia  yang mempunyai lebih dari 2 trilion sel. Semasa  proses persenyawaan ini, lebih kurang 100 sperma cuba untuk menembusi  dinding ovum, walaubagaimanapun cuma satu saja yang akan berjaya  memasukinya. Sperma dan ovum yang bersatu ini  dipanggil zigot. Zigot ini mempunyai 46 kromosom. Dua puluh tiga dari  isteri dan 23 lagi dari suaminya. Kromosom in mengandungi beribu-ribu  bahan genetik yang bakal menentukan jantina, rupa dan personaliti bayi  anda.

13. a) Lapisan atmosfera yang dapat memantulkan gelombang radio ialah ?   
         
Ionosfer

      b) Apakah maksud penipisan lapisan ozon ? Terangkan .
         
Penipisan lapisan Ozon berlaku di ruang Stratosfera. Melibatkan pemusnahan ikatan kovalen tiga atom oksigen yang membentuk lapisan ozon oleh Kloroflorokarbon (CFC) dab Halogen yang juga dibebaskan daripada industri dan pengguna. CFC mudah bertindak balas dengan atom oksigen dalam ozon membentuk klorin monoksida(GLO). Ikatan kovalen GLO akan putus apabila menerima sinar lembayung (UV) matahari dan akan membebaskan atom klorin yang akan menyerang pula atom oksigen yang lain. Proses yang berterusan akan menyebabkan lapisan ozon semakin menipis dan seterusnya meningkatkan kemasukan bahangan matahari ke ruang atmosfera bumi.



11, 7 DAN 5b RUJUK JAWAPAN AQUA. :p
13 X 5 = 65M
11  DAN 7 = -10M
5b = -3M
TOTAL = 52M

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 03:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 23-5-2012 21:10

sambungan

14.  a) Kitar hidup kupu-kupu  yang manakah menjadi perosak kepada tanaman?
            Beluncas (larva kupu-kupu)   

       b) Terangkan kitar hidup kupu2 secara terperinci.
            i) Telur - Telur kupu-kupu dilindungi oleh kulit berabung keras yang dipanggil korion, ditutupi dengan salutan lilin yang melindungi telur daripada terjemur sebelum larva sempat berkembang sepenuhnya. Setiap telur mengandungi liang-liang berbentuk corong yang halus di satu hujungnya, iaitu mikropil yang bertujuan membolehkan kemasukan sperma untuk mensenyawakan telur. Telur kupu-kupu dilekatkan pada daun dengan bahan perekat khas yang cepat mengeras. Peringkat telur dilalui selama beberapa minggu.

            ii) Beluncas - Larva kupu-kupu, iaitu beluncas, memakan daun tumbuhan dan menghabiskan seluruh masanya sebagai beluncas untuk mencari makanan. Beluncas membesar melalui rantaian peringkat yang dipanggil instar. Menjelang akhir setiap instar, larva menjalani proses yang dipanggil apolisis, yang mana lapisan luaran keras yang diperbuat daripada campuran kitin dan protein-protein khusus, dikeluarkan dari epidermis yang lembut di bawahnya. Di akhir setiap instar, larva itu bersalin kulit lamanya, maka kulit baru berkembang lalu mengeras dan menghasilkan pigmen dengan cepat. Corak kepak kupu-kupu mula berkembang pada tubuh beluncas menjelang instar yang terakhir.    

            iii)  Perkembangan kepak -  Cakera kepak berkembang seiringan dengan trakea yang terletak di sepanjang tapak kepak, dan dikelilingi oleh peripodial membrane yang nipis dan berpaut pada epidermis luaran larva dengan duktus yang halus. Cakera kepak amat kecil sehinggalah instar larva terakhir, apabila ia bertambah besar dengan begitu cepat. Ketika proses  pempupaan, kepak-kepak dipaksa keluar dari epidermis di bawah tekanan dari hemolimfa. Walaupun pada mulanya agak anjal dan rapuh, tetapi ketika pupa memecah keluar dari kulit ari larva, kepak-kepak itu melekat rapat pada kulit ari luaran pupa. Dalam masa beberapa jam, kepak itu membentuk kulit ari yang sungguh keras dan terikat rapat pada tubuh supaya pupa boleh dipegang tanpa merosakkan kepak.

            iv) Pupa -  Larva itu bertukar menjadi pupa atau kepompong dengan bergantung pada substrat lalu bersalin kulit buat kali terakhir. Dalam kepompong, beluncas merembeskan enzim-enzim yang "mencernakan" hampir seluruh tubuhnya menjadi benda lekit kecuali sel-sel yang penting untuk membentuk tubuh kupu-kupu serta neuron-neuron yang menyimpan kenangannya sebagai beluncas. Kepompong ini lazimnya tidak mampu bergerak, namun sesetengah spesies boleh menggoncangkan segmen-segmen abdomennya atau membuat bunyi untuk menakutkan pemangsa.

             v) Dewasa (imago) - Peringkat dewasa yang cukup matang untuk hubungan seks bagi serangga dipanggil imago. Kupu-kupu dewasa mempunyai empat helai kepak yang disaluti dengan sisik-sisik yang halus. Kepak depan dan kepak belakang tidak bercantum agar kupu-kupu boleh terbang dengan cantik. Kupu-kupu dewasa mempunyai enam batang kaki. Setelah keluar dari kepompong, kupu-kupu tidak boleh terbang sehingga kepaknya dibuka. Kupu-kupu yang baru keluar perlu mengambil masa untuk mengembangkan kepaknya dengan darah sambil menjemurkan kepaknya, baik satu jam mahupun berjam-jam lamanya.

15. Berikan fungsi kompenan darah yang berikut:

a) antibodi - untuk menetralkan/menghancurkan antigen yang masuk ke tubuh

b)Sel darah putih - untuk membantu tubuh melawan berbagai penyakit infeksi sebagai sebahagian dari sistem kekebalan tubuh.

c) Platlet - pembekuan darah

d) Sel darah merah - membawa oksigen dari paru-paru untuk dihantar ke seluruh badan.

16. Apakah yang dimaksudkan dengan kerak bumi ? Perihalkan dengan terperinci.
      Kerak Bumi merujuk kepada lapisan luar planet bumi. Pemukaan sesebuah planet kebiasaannya terbentuk dari bahan yang kurang tumpat berbanding dengan lapisan yang lebih dalam. Hanya 1/3 kerak bumi merupakan daratan, yang lain dilitupi oleh lautan. Ketebalan kerak bumi adalah di antara 10 hingga 30 batu. Kerak bumi, yang merupakan bahagian atas litosfera, terbahagi kepada dua lapisan. Lapisan atas ialah benua, yang terdiri daripada granit.  Manakala di bawah granit ialah satu lapisan batu keras yang dipanggil basalt.

17. Berikan 3 faktor yang menyumbang ke arah kemandulan seorang lelaki ?
      a) Mati Pucuk
       b)
Sperma tidak mencukupi
       c)
Sperma banyak yang cacat


      Apakah proses spermatogenesis?
      Proses pembentukan dan pemasakan spermatozoa disebut spermatogenesis. Spermatogenesis terjadi di tubulus seminiferus. Spermatogenesis mencakup pematangan sel epitel germinal melalui proses pembelahan dan diferensiasi sel, yang bertujuan untuk membentuk sperma fungsional. Pematangan sel terjadi di tubulus seminiferus yang kemudian disimpan di epididimis. Dinding tubulus seminiferus tersusun dari jaringan ikat dan jaringan epitelium germinal (jaringan epitelium benih) yang berfungsi pada saat spermatogenesis. Pintalan-pintalan tubulus seminiferus terdapat di dalam ruang-ruang testis (lobulus testis). Satu testis umumnya mengandung sekitar 250 lobulus testis. Tubulus seminiferus terdiri dari sejumlah besar sel epitel germinal (sel epitel benih) yang disebut spermatogonia (spermatogonium = tunggal). Spermatogonia terletak di dua sampai tiga lapisan luar sel-sel epitel tubulus seminiferus. Spermatogonia terus-menerus membelah untuk memperbanyak diri, sebagian dari spermatogonia berdiferensiasi melalui tahap-tahap perkembangan tertentu untuk membentuk sperma.

18. Bahagian mata yang membiaskan cahaya dipanggil - kornea

      Terangkan proses pembiasan cahaya dan ilusi optik.

      Pembiasan cahaya adalah pembelokan arah rambat cahaya. Pembiasan cahaya berlaku apabila cahaya dipesongkan ketika bergerak secara serong melalui medium yang berbeza ketumpatan. Sebagai contoh, Cahaya bergerak melalui udara ke kaca, dari air ke udara, dan dari udara ke air.  

     Ilusi optik boleh diterjemahkan sebagai berlakunya kesalahan penangkapan oleh mata terhadap situasi sebenar pada gambar atau suatu objek.


19. a) Hukum Ohm dalam kajian arus menyatakan bahawa arus elektrik,   I yang mengalir malalui sesuatu pengalir antara dua titik yang lain adalah berkadar terus dengan beza keupayaan, V antara kedua-dua titik, serta berkadar songsang dengan rintangan, R antara kedua-dua titik.


b) Penggunaan tenaga elektrik di rumah kediaman dikira mengikut kadar tarif seperti di bawah :

100 unit pertama = 100 X 20 sen = RM20

200 unit seterusnya X 23 sen = RM46

50 unit  X 26 sen = RM13

Berapakah bayaran bil elektrik bagi penggunaan tenaga elektrik sebanyak 350 unit?

JUMLAH = RM79


20. a) Tee mengmbil masa selama 2 jam 35 minit untuk sampai di rumah neneknya. Jika Tee sampai di rumah neneknya pada jam 1.25 pm .Pukul berapakah beliau bertolak dari rumahnya. Tunjukkan jalan pengiraan.  

   1.25pm ditukarkan kepada sistem 24jam = 13.25pm
   
   13.25 -  2.35 = 10.50am

b) Keretapi bertolak dari bandar A pada jam 9.37 malam dan tiba di bandar B pada jam 6.17 pagi keesokkan harinya. Kirakan tempoh masa perjalanan beliau .

     
9.37 pm ditukarkan kepada sistem 24jam = 21.37pm
     tempoh masa dari 21.37pm sehingga 24.00pm = 2jam 23 minit
     
2jam 23 minit + 6jam 17 minit = 8jam 40 minit

35M

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2012 12:46 AM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 23-5-2012 21:11

BAB 3: LITERATURE




1. Berikan 2 karya William Shakespeare.

Drama Othello dan ribut kencang


Huraikan maksud tersirat dalam karyanya bertajuk Sonnet 18 dengan terperinci.

Penulis membandingkan kekasih hatinya dengan musim panas dan menyatakan bahawa penulis mencintai kekasihnya berbanding dengan musim panas. Penulis juga menyatakan bahawa kekasihnya akan hidup selama-lamanya melalui kata-kata puitis yang ditulis di dalam puisinya.

5M PENERANGAN + 5M PRESENTATION = 10M


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2012 11:36 AM | Show all posts
Reply 75# nsmy
sultan kami nama sultan muhammad v shj
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2012 08:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 23-5-2012 20:44

BAB 1: PENGETAHUAN AM DAN ISU SEMASA


1. Apakah ibu negara bagi Britain dan Scotland?

Jawapan:
Britain - London

  
Scotland - Edinburgh



2. Senaraikan 2 gunung yang tertinggi di dunia.

Jawapan:
1) Gunung Everest
~ Terletak di: Pergunungan Himalaya,Nepal

~ Ketinggian:29,035 ft / 8,850 m.



2) Gunung K2 (Godwin Austen)
~Terletak di Pergunungan Karakoram,Pakistan/China
~ Ketinggian:28,250 ft / 8,611 m.



3. Berikan 2 nama gunung berapi yang aktif di Indonesia.

Jawapan:
1) Gunung Merapi

2) Gunung Krakatau


4. Siapakah Mahatma Ghandi ?

Jawapan:
  
Mohandas Karamchand Gandhi, yang lebih kita kenal sebagai Mahatma Gandhi lahir di Gujarat, India, dan dibesarkan dalam keluarga yang konservatif. Setelah lulus dari sekolah hukum di Inggris, dia kembali ke India dan berusaha menjadi praktisi hukum di Bombay, tapi gagal. Kemiskinan, konflik agama, kebodohan, eksploitasi, dan penjajahan Inggris mendorong Gandhi untuk berbuat sesuatu bagi bangsanya.

Dia bukan raja, bukan jenderal militer, bukan presiden atau perdana menteri, tapi si pencari kebenaran dan penegak keadilan. Dia adalah orang yang melakukan apa yang dia katakan, memimpin dengan contoh, dan sangat menghargai kehidupan. Karena itu, dalam memperjuangkan hak-hak bangsanya, dia tidak pernah menggunakan jalan kekerasan.




5. Bilakah perhimpunan BERSIH V2 dan V3 . Berikan tarikh.

Jawapan:

perhimpunan BERSIH v2 - Tarikh :19 Jun 2011 (Ahad)

perhimpunan BERSIH v3 - Tarikh :28 April 2012 (Sabtu)




6. Senaraikan 2 nama pejuang SARAWAK yang banyak menyumbang ke arah kemerdekaan negeri tersebut.

Jawapan:

1) Rosli Dhoby


Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. Beliau berketurunan Melanau.Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949.Faktor yang menyebabkan beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah atas permintaan ibu beliau kerana ibu beliau telah diugut akan ditembak. Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching, Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2 Mac 1950.


2) Sharif Masahor

-Sharif Masahor merupakan pembesar Sarikei di kawasan Sungai Rajang yang dilantik oleh Sultan Abdul Mu'mein Brunei.

-Sharif Masahor sangat berpengaruh di dalam kalangan masyarakat Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di Skrang.




7. Siapakah pencipta komputer yang pertama ?

Jawapan :

Charles Babbage

  


Mengemukakan idenya tentang sebuah alat yang dapat membantu manusia dalam melakukan perhitungan yang rumit. Mesinnya yang tidak selesai dibuat saat ini berada di London Museum of Science.



8. Dari tahun 1955 hingga 2020. Berapa banyakkah tahun lompat ?

Jawapan:

17 tahun lompat



9. Ikan bernafas melalui ...?

Jawapan:

Insang




10. Berikan 1 jenis haiwan karnivor dan 1 jenis haiwan herbivor.

Jawapan:

1) karnivor - haiwan pemakan daging ; singa

   

2) herbivor - haiwan pemakan tumbuhan ; rusa



11. Siapakah Yang Dipertuan Agong Malaysia yang terbaru ? Selepas baginda, siapakah yang akan menggantikan takhta?



Jawapan:


Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah




Selepas beliau individu yg bakal mengantikan takhta adalah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-V,

Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra




12. Negeri Perak terkenal dengan kekayaan hasil bumi apakah pada zaman kegemilanganya dahulu ?

jawapan:

Bijih Timah




13. Apakah bunga rasmi negeri Selangor ?

Jawapan:

orkid

  




14. Berikan 2 cara untuk melancong ke negara France dari United Kingdom

Jawapan:

1) Menaiki train Eurostar - dari stesen St Pancras  


2) Melalui udara - penerbangan Air France


  



15. Berapa jauhkah perjalanan dari Malaysia ke Korea Selatan ?

Jawapan:

4129.15 km



30M



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 08:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 23-5-2012 20:46

BAB 2: BAHASA MELAYU



1. Berikan 2 sajak nukilan A.Samad Said.

Jawapan:

1) Waris Bertuah

Waris Bertuah – A.Samad Said
Lihatlah, nikmatlah jernihnya air ;
Dengarlah, Hayatlah angin berdesir.
Inilah dendang bumi yang kaya
kita warisnya sungguh bertuah.
Di kocak sungai ikan segar menari,
di atas dahan unggas cergas menyanyi.
Seisi alam ini satu anugerah
Syukur yang tulus kita kepada Allah
Bumi yang yakin, langit yang tulen
berdakap damai seakrab mungkin.
A.Samad Said
22 Januari 2002




2) Ramadan Yang Manis

Ramadan Yang Manis – A. Samad Said
Alam itu cantik—gunung dan tasik;
maya terlalu indah—laut dan mega.
Lapar dan dahaga yang mengiktibar
cekal dan bersih suara mengajar:
Lapar kita dahaga yang menguji,
dahaga kita lapar yang mengerti—
ketaqwaan penuh terhadap Illahi.
Puasa—musim manis, bahang menguji,
angin yang santun ke pohon dakwah
bergugus dan sihat buah ibadahnya.
Bulan menyimpan kebijaksanaan,
musim indah di taman Ramadan,
menyerlahkan kemanusiaan luar biasa,
menginsafi keagungan Maha Kuasa.
Daun yang gugur tanah yang rekah
di atas sejadah harum iklimnya;
surah yang jernih dan suara syahdu
terhantar ke lidah dari damai qalbu,
merubah derita ke bahagia diri,
membimbing hidup yang diredhai.
Solat malam, zikir doa, tulus sedekah
ibadah ummah, tangkai yang ketiga,
mengagumi Allah Subhanahu Wa Taala.
Langit beradab, kelam dan cerah
datang dan pulangnya iktibar berhemah.
Badik ketika murka, senyum sewaktu mesra,
alam, insan khusyuk menyujud Illahi
sekiblat dalam tautan kasih yang hakiki.
Lailatul qadar ia pada detik terpilih
malam yang manis, indah dan jernih.
Pada malam sabar dan siang yang cekal
ranum pohon hikmah sebagai bekal;
gugus permata, kerlipnya paling mesra,
merimbun bugar, daunnya meneduhi ummah.
A. Samad Said


2. Ceritakan serba sedikit perihal sasterawan negara Usman Awang.
Jawapan:
  

Dato' Usman Awang adalah seorang Sasterawan Negara Malaysia yang dikurniakan gelaran tersebut pada tahun 1983. Terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant, beliau adalah seorang penyair dan ahli drama yang prolifik ketika hayatnya. Usman Awang juga dikenali dengan nama Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., Zaini dan mungkin lain-lain.

   
Dalam tahun 1991, beliau telah di anugerahi Darjah Kebesaran Dato’ Paduka oleh Sultan Perak Darul Ridzuan yang membawa gelaran Dato’.Pada tanggal 29 November 2001, pada bulan Ramadhan, beliau meninggal dunia setelah lama menghidap penyakit jantung. Beliau ketika itu berusia 72 tahun.


3. Berikan maksud peribahasa ' Kerana nila setitik rosak susu sebelanga'

Jawapan:

  

Hanya kerana salah seorang, sekumpulan atau seluruh masyarakat akan turut mendapat nama yang buruk.
Semua orang tahu bahawa warna susu tetap putih. Keputihan ini melambangkan kesucian dan kemuliaan yang diperlukan dalam kehidupan manusia. Nilai pula ialah sejenis bahan yang berwarna biru. Sekiranya setitik nila dicampurkan dengan susu di dalam bekas, maka tercemarlah warna susu itu. Hal ini melambangkan tercemarnya kesucian dan kemuliaan anggota masyarakat, mahupun negara akibat daripada kejahatan yang dilakukan oleh salah seorang daripada mereka.


4. Berikan 2 tajuk cerita-cerita rakyat yang menjadi teladan dan panduan untuk generasi masakini.

Jawapan:

1) Sang Kancil dan buaya

  

mengisahkan tentang sang kancil memperdaya buaya utk melepaskan diri

2) Pak Pandir
Pak Pandir merupakan salah satu bentuk Sastera Rakyat Melayu . Ia merujuk kepada seorang lelaki yang bernama Pak Pandir yang mempunyai sifat yang lurus bendul. Dia mempunyai seorang isteri yang terpaksa menahan segala perbuatan bendulnya. Kisahnya menceritakan kejadian yang menimpa diri dan keluarganya.




5. Cipta satu situasi berdasarkan kepada peribahasa berikut ' Belakang parangpun jikalau diasah nescaya tajam'.

Jawapan:

SITUASI :

Setitis air boleh melekukkan batu sekiranya berterusan. Pantai akan berubah sekiranya ombak terus-terusan memukul. Hujung kayu tidak akan lancip sekiranya tidak diruncingkan. Belakang parang yang tebal dan majal boleh menjadi tipis dan tajam sekiranya terus di asah.

Begitulah juga, seseorang yang kurang pintar akan berubah menjadi cerdik sekiranya terus dididik dengan sempurna dan sabar. Seseorang anak yang kurang ilmu pengetahuan akan bertambah bijak sekiranya dididik dengan unsur tarbiyah yang memikatnya dan menikmatkannya. Pokoknya, kita jangan cepat bosan mengerjakan sesuatu sebelum mencapai kejayaannya.

Hal yang serupa juga boleh berlaku daripada yang murni, tulen dan positif kepada yang cemar, palsu dan negatif. Seseorang yang baik budi pekertinya akan berubah menjadi celupar, dan ganas sekiranya disuguh dengan hal-hal yang tidak baik.



Soalan 6 hingga 10 adalah berdasarkan kepada jawapan yang diberi a hingga e.




6. Lama sungguh Akhmal merantau ke KL...akhirnya pulang jugak beliau selepas 20 tahun ke sini .

Jawapan : d) berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga


7. Panas sungguh cuaca.
Jawapan : a) musim timur


8. Kesiannya hidup mereka sekeluarga..kais pagi makan pagi kais pagi makan petang.

Jawapan : c) sampah hanyut

9. ''Dengan ini saya ingin memberitahu ibu bahawasanya sekembalinya saya ke kampung ini, saya tidak akan pergi ke tempat lain lagi .Saya akan tinggal disini sahaja.

Jawapan : e) Seperti belut pulang ke lumpur


10. Mereka lari ketakutan akibat dikejar anjing tersebut.

Jawapan : b) bagai kucing dibawakan lidi



20M

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 08:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by adabintang at 9-5-2012 16:32

BAB 3: SAINS


1. Periskop ialah satu alat optik yang menggunakan cermin satah . Terangkan bagaimanakah alat itu berfungsi. Cadangkan satu situasi di mana periskop digunakan.

Jawapan :
Periskop adalah alat optik berbentuk tiub yang mengandungi kanta, cermin, atau prisma untuk melihat objek yang tidak selari dengan garis pelihatan, selalu digunakan dalam kapal selam, untuk melihat objek di permukaan air. sinar dipantulkan pada 2 cermin satah yang selari.  Cermin diletakkan pada sudut 45 darjah dalam kotak.





Periskop adalah alat optik yang dipasang pada kapal selam. Periskop digunakan untuk mengintai kapal-kapal musuh atau melihat benda-benda di atas permukaan laut sewaktu kapal selam sedang menyelam. Periskop yang sederhana terdiri atas lensa objektif, 2 buah prisma siku-siku dan lensa okuler.

Berkas sinar yang berasal dari sebuah kapal, setelah menembus lensa objektf L1 dipantulkan sempurna oleh prisma-prisma siku-siku sama kaki P1 dan P2. Berkas sinar ini akhirnya menembus lensa okuler L2 masuk ke mata pengamat.


2. Sesetengah mikroorganisma dikatakan berbahaya kepada manusia.Jelaskan dengan memberi 3 contoh yang sesuai.

Jawapan:

1) Bacillus Anthracis – Anthrax
Antraks merupakan sejenis penyakit yang disebabkan bakteria Bacillus anthracis yang biasanya menjangkiti haiwan herbivour iaitu yang memakan rumput seperti kambing, lembu, kuda dan unta. Bakteria ini menghasilkan spora yang boleh bertahan lama dalam tanah dan di persekitaran.Spora yang dihasilkan oleh bakteria antraks disifatkan sebagai pembunuh senyap ini dijadikan dalam bentuk serbuk dan boleh disebarkan ke udara.

  

2) virus Ebola

Ebola merupakan satu penyakit demam berdarah yang berpunca daripada jangkitan virus. Virus ini baru sahaja dikenalpasti dan dianggap sebagai suatu penyakit yang amat berbahaya. Ebola mudah berjangkit dan boleh membawa maut. Dalam 50% - 90% kes jangkitan, penyakit ini mengakibatkan kematian, bergantung kepada jenis virus Ebola punca penyakit.

Virus Ebola menyebabkan pesakit menjadi lemah, kekurangan air, lesu dan keliru. Tanda-tanda Ebola yang paling jelas merupakan pendarahan di seluruh tubuh dan di dalam badan. Kematian biasanya berlaku dalam masa 7 sehingga 16 hari disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah yang serius.

  

3) Aspergillis
Aspergillis adalah acuan bersama bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan paru-paru dan darah yang boleh membawa kepada kematian. Ia juga berlaku kebiasaannya pada pesakit kanser dan pesakit dengan penyakit-penyakit lain. Acuan bakteria ini adalah yang sering dijumpai dalam sistem penghawa dingin di mana ia kemudiannya merebak melalui saluran udara. Bakteria ini amat sukar untuk didiagnosis kerana orang yang telah dijangkiti secara amnya mempunyai gejala penyakit yang disebabkan oleh penyakit seperti kanser, leukemia, dan HIV.




3. Berikan 5 langkah sewaktu proses ' INHALATION'

Jawapan:

Inhalation adalah proses pergerakan udara masuk ke paru paru.



5 langkah sewaktu proses "Inhalation":
1) dada naik ke atas,
2) tulang rusuk terbuka,
3) paru-paru mengembang,
4) diafragma mengecut,
5) udara masuk melalui hidung atau mulut.

Proses pernafasan bermula apabila seseorang menghirup udara melalui hidung atau mulut. Udara disedut ke dalam badan dan bergerak ke paru-paru, dan menyebabkan ia mengembang. Apabila paru-paru mengembang, kontrak diafragma dan terbenam, membina tekanan di dalam dada. Ini adalah apa yang menyebabkan turun naik dada apabila seseorang menyedut dan menghembus nafas keluar. Oksigen melalui paru-paru, kemudian memasuki arteri dalam sistem peredaran darah badan. Sel darah merah membawa oksigen ke seluruh badan.







4. Berikan 5 penyakit yang mungkin dihidapi akibat kegagalan sistem respiratori


Jawapan:
1) pneumonia


Paru-paru berair atau juga dikenali sebagai Pneumonia merujuk kepada semua jenis keadaan di mana air berkumpul dalam paru-paru. Ia berpunca dari pelbagai keadaan. Paru-paru berair merupakan sejenis penyakit radang raru-paru.Biasanya, ia digambarkan sebagai radang parenchyma/alveolar paru-paru dan cecair memenuhi alveolar luar biasa. Paru-paru berair boleh berpunca dari pelbagai punca, termasuk jangkitan oleh bakteria, virus, fungi, atau parasit, dan kimia atau kecederaan fizikal kepada paru-paru.



2) barah  paru-paru


Kanser paru-paru merupakan salah satu daripada kanser yang amat bahaya, dan jarang sekali pesakit yang hidup lama jika telah disahkan mengidap kanser ini pada peringkat akhir. Ini kerana paru-paru merupakan organ yang vital, di mana ia mendapatkan oksigen dari persekitaran dan menyerapnya ke dalam saluran darah yang akan dibawa ke seluruh badan. Biasanya, organ-organ lain akan mudah dijangkiti oleh kanser apabila kanser paru-paru sudah pada peringkat kritikal.


3) influenza H1N1



Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.

4) bronkitis

Bronkitis adalah peradangan pada selaput lendir bronkus, saluran udara yang membawa aliran udara dari trakea ke dalam paru-paru. Bronkitis dapat diklasifikasikan ke dalam dua kategori, akut dan kronis, masing-masing memiliki etiologi yang unik, patologi, dan terapi.

5) tuberkulosis (TB)

TB adalah penyakit menular yang disebabkan oleh bakteri Mycobacterium Tubercolusis. Penyakit Tuberkolusis bukanlah hal baru, secara umum kita sudah mengenal penyakit ini. TB bukanlah penyakit keturunan, dan TB dapat disembuhkan dengan pengobatan yang tepat, lengkap dan teratur.




5. Selesaikan soalan di bawah :

a) 4x(x-2) + 5x = 1

Jawapan:
4x(x-2) + 5x = 1
4x2- 8x + 5x = 1
4x2 - 3x = 1
4x2 - 3x – 1 = 0
(4x + 1)(x-1) = 0

Jadi
4x + 1 = 0
4x = -1
x = -1/4



Atau
x - 1 = 0
x = 1


b) (x-2)(2x+1) - x(x+1)

Jawapan:

(x-2)(2x+1) - x(x+1) = 0

2x2 - 4x + x - 2 - x2 - x = 0

x2 - 4x - 2 = 0

oleh itu,

a=1, b=-4, c= -2


gunakan kaedah rumus kuadratik,


a=1, b=-4, c= -2
  
x = - (-4) ±  √[(-4)2 – 4(1)(-2)]
                       2(1)
x = 4 ± √[16 – (-8)]
               2
x =  4 ± √24
          2
x = 4 ± 4.899
           2
x = 4.449 atau x = -0.449





6. Seorang pekedai membeli 5 unit komputer dengan harga RM12000. Jika dia menjual komputer tersebut dengan harga Rm3600 setiap satu, hitungkan peratus keuntungan beliau ( Tunjukkan jalan pengiraan)

Jawapan:
modal asal utk 5 komputer = RM 12000
harga modal utk 1 komputer = 12000/5 = 2400
harga jualan = RM 3600
keuntungan utk 1 komputer = RM 3600 - RM 2400 = RM 1200
keuntungan utk 5 komputer = RM 1200 x 5 = RM 6000

oleh itu,
peratus keuntungan = P
P = keuntungan/harga sebenar x 100%
P = 6000/12000 x 100%
Peratus keuntungan = 50%


  



7. Alani membeli seutas mutiara dengan harga RM5400 selepas diskaun 25%. Berapakah harga asal mutiara tersebut ?

Jawapan:

harga asal = RM P
Harga selepas diskaun = RM 5400
peratus diskaun = 25 %
oleh itu, nilai peratusan baru adalah 75%
oleh itu,
75% x P = 5400
P = 5400 x (100/75)
P = 7200
jadi, harga asal = RM 7,200.00




8. Diberi 4p + 2q = -2 dan 4q - 2p = 16. Berapakah nilai p ? (Tunjukkan jalan pengiraan)
Jawapan:
4p + 2q = -2 (persamaan 1)
4q - 2p = 16 (persamaan 2)
melalui persamaan 1;
4p + 2q = -2
2q = -2 - 4p
q/2 = (-2 - 4p)/2
q = -1 - 2p

gantikan dalam persamaan 2;

4q - 2p = 16
4 (-1 - 2p) - 2p = 16
-4 - 8p - 2p = 16
-4 -10p = 16
-4 - 16 = 10p
-20 = 10p
p = -2


  


9. Berikan perincian bagaimana proses hujan berlaku ? Terangkan juga proses forosintesis.

Jawapan:


PEMBENTUKAN AWAN DAN HUJAN




Air dari kolam, sungai, tasik dan laut tersejat dan menjadi wap air. Wap air adalah ringan dan akan naik ke atas. Apabila wap air ini bertembung dengan udara sejuk, ianya akan terkondensasi dan menjadi titisan-titisan air. Titisan-titisan air ini akan bergabung menjadi awan. Apabila-apabila titisan-titisan air ini menjadi lebih besar dan berat ia akan jatuh ke Bumi sebagi hujan. Air hujan yang jatuh ke Bumi diserap ke dalam tanah atau mengalir ke sungai, kolam, tasik dan laut. Proses ini berulang-ulang dan dikenali sebagi kitar air semula jadi






Fotosintesis merujuk kepada proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga biokimia. Tenaga kimia ini digunakan untuk pengikatan karbon. Proses ini dibantu oleh klorofil untuk menguraikan air kepada oksigen dan hidrogen.
6CO2 + 12H2O + Tenaga Cahaya --> C6H12O6 + 6O2 + 6H2O

Klorofil digunakan oleh tumbuh-tumbuhan hijau, alga dan cyanobakteria; klorofil dijumpai dalam membran tylakoid. Elektron-elektron daripada klorofil menembusi rantaian pengangkutan elektron, yang mana ATP terhasil daripada chemiosmosis. Dalam fotofosforilasi cyclic, elektron-elektron balik ke klorofil.




Dalam non-cyclic fotofosforilasi, elektron-elektron digunakan untuk menurunkan NADP, dan elektron-elektron balik kepada klorofil daripada H2O atau H2S. Apabila H2O dioksidakan oleh tumbuh-tumbuhan hijau, alga dan cyanobakteria, O2 dihasilkan.
Oksigen akan dibebaskan sebagai bahan sampingan, sementara hidrogen akan digunakan untuk bertindakbalas dengan CO2 dan karbohidrat untuk menghasilkan menjadi gula (glukosa), hasil akhir fotosintesis.



Proses fotosintesis penting bagi semua kehidupan disebabkan tumbuhan yang bergantung hidup kepada matahari ini akan menjadi makanan kepada haiwan maun yang akan menjadi makanan kepada haiwan maserba atau haiwan maging yang lain.Pengecualian hanyalah kepada masyarakat hidupan di laut dalam berhampiran pinggir plat tektonik yang berasaskan galian yang terpancar keluar daripada perut bumi.





10. Ahmad mempunyai 3x biji guli. Setelah dia memberikan kepada adiknya 15 biji guli, jumlah guli yang tinggal ialah 207. Cari nilai x. (Jalan pengiraan)

Jawapan :

jumlah sebenar = 3x biji
jumlah diberikan kepada adik = 15 biji
baki yg tinggal = 207 biji
secara matematik,

3x - 15 = 207
3x = 207 + 15
3x = 222
x = 222/3
x = 74

  

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 08:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 23-5-2012 20:53

11. a) Satu garis lurus dengan panjangnya 180cm hendak dibahagikan mengikut nisbah 4 : 5. berapakah panjang bagi bahagian yang lebih pendek?   

b) Jika 5 : 9 = x : 45, carikan nilai x.    (Tunjukkan jalan pengiraan)


Jawapan :


a)

panjang asal = 180cm

dibahagikan mengikut nisbah = 4:5 = 9 bahagian

jadi, 180cm/9 = 20cm

oleh itu,

panjang bagi bahagian lebih pendek ialah

= 20cm x 4

= 80cm




b)

5:9 = x:45

jika 9 = 45

maka 1 = 45/9

jadi 1 = 5

oleh itu,

x = 5 x 5

x = 25

   


12.  a) Proses pembebasan ovum dari ovari disebut sebagai ?

jawapan : Ovulasi


Ovulasi berlaku apabila satu telur atau lebih dilepaskan dari salah satu ovari anda. Ini adalah masa yang paling subur dalam kitaran haid anda. Setiap bulan, 15 hingga 20 telur matang dalam ovari. Telur yang paling matang dilepaskan ke dalam kaviti pelvis dan ditarik masuk ke dalam tiub falopio. Tiada ketepatan ovari mana yang akan melepaskan telur. Ovulasi tidak semestinya berlaku secara bergilir-gilir antara ovari bagi setiap kitaran.




b) Bagaimanakah proses persenyawaan berlaku?

Jawapan:


Apabila persetubuhan berlaku di antara suami dan isteri, suami akan  mengeluarkan benihnya iaitu air mani yang mengandungi sperma ke dalam  vagina isteri. Sperma tersebut akan berenang menerusi rahim si isteri  dan berlaku persenyawaan dengan benih isteri(ovum) di tiup fallafio jika  isteri dalam keadaan subur.
  
  Ia bermula apa apabila telur dan sperma bersatu untuk menjadi satu  sel-titik permulaan kepada satu kejadian yang menakjubkan. Sel kecil ini  akan terbahagi berulang kali sehingga pada minggu yang ke 38, ia  berubah menjadi manusia  yang mempunyai lebih dari 2 trilion sel.

Semasa  proses persenyawaan ini, lebih kurang 100 sperma cuba untuk menembusi  dinding ovum, walaubagaimanapun cuma satu saja yang akan berjaya  memasukinya. Selepas mereka bersatu, selaput ovum tiba-tiba bertukar dan  bertindak menyekat kemasukkan sperma yang lain.



Terdapat juga  keadaan dimana ovari mengeluarkan lebih dari satu telur dalam masa yang  sama dan sekiranya kedua-dua ovum tersebut disenyawakan oleh sperma  kelahiran kembar akan terjadi.

Sperma dan ovum yang bersatu ini  dipanggil ZYGOTE. Zygote mempunyai 46 chromosom. Dua puluh tiga dari  isteri dan 23 lagi dari suaminya. Kromosom in mengandungi beribu-ribu  bahan genetik yang bakal menentukan jantina, rupa dan personaliti bayi  anda.



13. a) Lapisan atmosfera yang dapat memantulkan gelombang radio ialah ?

Jawapan: ionosfera



Ionosfera adalah sebahagian daripada atmosfera atas, dari kira-kira 85 km ke ketinggian 600 km, yang terdiri daripada bahagian yang Mesosfera, termosfera dan exosphere, dibezakan kerana ia adalah terion oleh radiasi solar. Ia memainkan peranan penting dalam elektrik atmosfera dan membentuk kelebihan dalam magnetosfera.Ia mempunyai kepentingan praktikal kerana, selain fungsi lain, ia mempengaruhi perambatan radio ke tempat-tempat yang jauh di Bumi





b) Apakah maksud penipisan lapisan ozon ? Terangkan .



  




   
Lapisan Ozon merupakan satu lapisan gas yang terbentuk disekeliling bumi. Lapisan ini terbentuk di atmosfera kira-kira 20 hingga 26 km dari permukaan bumi. Lapisan ini bertindak sebagai penapis sinaran ultraungu cahaya matahari sebelum sampaike permukaan bumi.


Penipisan ozon adalah keadaan di mana lapisan ozon yang berada di lapisan stratosfera mengalami hakisan akibat tindakbalas gas kloroflorokarbon (CFC) kesan daripada aktiviti manusia dengan molekul oksigen sehingga molekul oksigen tadi terhurai. Molekul oksigen terhurai mengakibatkan sinar ultraungu memancar terus ke bumi.


Ancaman yang diketahui terhadap keseimbangan ozon adalah pengenalan kloroflorokarbon (CFCs) buatan manusia yang meningkatkan kadar penyingkiran ozon menyebabkan kemerosotan beransur-ansur dalam paras ozon global.


CFCs digunakan oleh masyarakat moden dengan cara yang tidak terkira banyak, dalam peti sejuk, bahan dorong dalam penyembur, pembuatan busa dan bahan pelarut terutamanya bagi kilang-kilang elektronik.






Hayat bagi CFCs bermaksud bahawa satu molekul yang dibebaskan hari ini boleh wujud 50 hingga 100 tahun dalam atmosfera sebelum dihapuskan.Bagi tempoh kira-kira 5 tahun, CFCs bergerak naik dengan perlahan ke dalam stratosfera (10 - 50 km). Di atas lapisan ozon utama, pertengahan julat ketinggian 20 - 25 km, kurang UV diserap oleh ozon. Molekul CFC terurai setelah bertindakbalas dengan UV, dan membebaskan atom klorin. Atom klorin ini berupaya untuk memusnahkan ozon.




14.  a) Kitar hidup kupu-kupu  yang manakah menjadi perosak kepada tanaman?

Jawapan: beluncas (larva)




b) Terangkan kitar hidup kupu2 secara terperinci.

Jawapan:





Telur kupu-kupu adalah amat kecil, bujur, atau berbentuk silinder, mempunyai sangkar yang amat halus dan lain – lain struktur mikroskopik. Kupu-kupu betina bertelur pada daun, batang tumbuhan, atau objek – objek yang lain, selalunya pada atau berhampiran sumber makanan untuk beluncas.




Beluncas (larva) adalah panjang, peringkat yang kelihatan seperti cacing. Ia selalunya mempunyai corak - corak jalur atau tompok – tompok yang menarik, dan juga mempunyai rerambut halus seakan – akan duri – duri halus. Ia merupakan peringkat mendapatkan makanan dan tumbesaran. Sepanjang perkembangannya, ia menanggalkan kulitnya empat kali atau lebih untuk membaluti atau menyelaputi badannya yang membesar.  

Pupa (krisalis) adalah peringkat transformasi dalaman yang mana tisu – tisu beluncas mengalami penggantian membentuk struktur serangga dewasa. Warna pupa kebanyakan spesis ialah jingga atau hijau dan ia sama dengan warna persekitaran.

  



Peringkat dewasa (atau imago) adalah rama – rama atau kupu - kupu yang berwarna – warni. Ia adalah peringkat reproduktif dan boleh bergerak bagi spesis rama – rama. Peringkat dewasa melalui proses memikat, mengawan dan bertelur. Peringkat rama – rama atau kupu – kupu dewasa juga merupakan peringkat di mana mereka bermigrasi atau mengkoloni sesuatu habitat tertentu.







15. Berikan fungsi kompenan darah yang berikut:
a) antibodi

sejenis bahan yang terbentuk dalam darah dan dapat menghalang tindakan atau memusnahkan bakteria yang memudaratkan atau membahayakan tubuh.




b) Sel darah putih


Sel darah putih atau leukosit merupakan sejenis sel sistem imun yang membentuk komponen darah. Sel darah putih ini berfungsi untuk membantu tubuh melawan berbagai penyakit berjangkit dan bendasing. Terdapat beberapa jenis leukosit yang berbeza, namun semuanya dihasilkan dan berasal dari sel multipoten di tulang sumsum yang dikenali sebagai sel tunjang hematopoietik.




c) Platlet

Platelet, adalah sel anuklear kecil yang teredar dalam darah yang terlibat dalam mekanisma hemostatis tahap sel yang menyebabkan pembekuan darah (trombus). Disfungsi atau jumlah keping darah yang sedikit boleh menyebabkan pendarahan, manakala jumlah yang tinggi boleh meningkatkan risiko trombosis. Trombosit memiliki bentuk yang tidak teratur, tidak berwarna, tidak berinti, bersaiz lebih kecil dari eritrosit dan leukosit, dan mudah pecah bila tersentuh benda kasar. Jumlah trombosit adalah 200000-300000 keping / mm 3 darah. Jangka hayat purata platelet ialah antara 8 dan 12 hari.



d) Sel darah merah


Sel darah merah (atau juga dikenali sebagai eritrosit atau hematid) merupakan sel darah paling umum dalam vertebrat. Sel ini berfungsi membawa oksigen dari paru-paru atau insang untuk dihantar ke seluruh badan.
Sitoplasma sel daraha merah kaya dengan kandungan hemoglobin, dimana setiap hemoglobin mengandungi jisim zat besi- yang mengandungi biomelekul yang boleh bergabung dengan oksigen sekaligus membawa oksigen ke seluruh badan. Keaktifan besi juga dapat menyebabkan sel darah merah berwarna merah pekat. Sel darah merah dihasilkan di limpa atau kura, hati dan sumsum merah pada tulang pipih. Sel darah merah yang sudah mati dihancurkan di dalam hati.



16. Apakah yang dimaksudkan dengan kerak bumi ? Perihalkan dengan terperinci.


Kerak Bumi merujuk kepada lapisan luar planet bumi. Pemukaan sesebuah planet kebiasaannya terbentuk dari bahan yang kurang tumpat berbanding dengan lapisan yang lebih dalam. Hanya 1/3 kerak bumi merupakan daratan, yang lain dilitupi oleh lautan. Ketebalan kerak bumi adalah di antara 10 hingga 30 batu.
Kerak bumi, yang merupakan bahagian atas litosfera, terbahagi kepada dua lapisan. Lapisan atas ialah benua, yang terdiri daripada granit. Manakala di bawah granit ialah satu lapisan batu keras yang dipanggil basalt.
Terbahagi kepada :
i. Kerak Benua
ii.Kerak Lautan
Boleh dilihat oleh manusia
Pepejal
Ketumpatan dan suhu rendah
Tebal  ~ 60 km


Kerak bumi terdiri daripada dua lapisan yang nyata di mana di bahagian atasnya terdiri daripada batu-batu granit yang membentukbenua-benua. Bahan-bahan logam  utama yang terdapat di dalamnya ialahsilika dan aluminium lalu keseluruhannya dinamakan sial. Ketumpatan bandinganya ialah 2.6 - 2.7.


    Manakala di bahagian lapisan bawah terdiri daripadabatu-batu basalt yang lebih tumpat dan membentuk dasar lautan. Bahan-bahan logam  utama yang terdapat di dalamnya ialah silika, magnesium dan besilalu keseluruhannya dinamakan sima.Ketumpatan bandinganya ialah 2.8 - 3.0

17. Berikan 3 faktor yang menyumbang ke arah kemandulan seorang lelaki ?   
Jawapan :
1) Mati Pucuk / impoten Ketidakupayaan dalam memperolehi dan mengekalkan ketegangan yang cukup
lama untuk mencapai kepuasan hubungan seks.
2) Sperma tidak mencukupi ( Normal 100 juta)
kuantiti penghasilan yg kurang
3) Mengalami Penyakit Kronik seperti diabetes, tuberculosis, AIDS, dll


   

Apakah proses spermatogenesis?
Jawapan:

Spermatogenesis adalah proses di mana sel sperma rendah lelaki menjalani meiosis, dan menghasilkan beberapa sel-sel yang dipanggil spermatogonia, dari mana spermatocytes utama diperolehi. Setiap spermatocyte utama terbahagi kepada dua spermatocytes menengah, dan setiap spermatocyte menengah ke dua spermatids atau spermatozoa muda yang. Ini berkembang menjadi spermatozoa matang, juga dikenali sebagai sel sperma.Oleh itu, spermatocyte utama menimbulkan kepada dua sel, spermatocytes menengah, dan dua spermatocytes menengah oleh pecah bahagi mereka menghasilkan empat spermatozoa.



Spermatozoa adalah gamet lelaki yang matang dalam organisma seksual membiak ramai. Oleh itu, spermatogenesis adalah versi lelaki Gametogenesis. Dalam mamalia ia berlaku dalam testis lelaki dan epididimis dengan cara langkah demi langkah, dan untuk manusia mengambil days.Spermatogenesis hampir 64 adalah sangat bergantung kepada keadaan optima bagi proses berlaku dengan betul, dan adalah penting untuk pembiakan seksual. Metilasi DNA dan pengubahsuaian histone telah terbabit dalam peraturan proses ini. Ia bermula apabila baligh dan biasanya terus tanpa gangguan sehingga kematian, walaupun sedikit penurunan boleh dilihat dalam kuantiti sperma yang dihasilkan dengan peningkatan umur. Keseluruhan proses boleh dipecahkan kepada beberapa peringkat yang berbeza, setiap satu bersamaan dengan sesuatu jenis sel dalam manusia


18. Bahagian mata yang membiaskan cahaya dipanggil ? Terangkan proses pembiasan cahaya dan ilusi optik.

Jawapan:

  

bahagian mata yg membiaskan cahaya dipanggil retina.




Pembiasan cahaya

Pembiasan cahaya berlaku apabila penyimpangan atau pembelokan cahaya akibat
melalui dua medium yang berbeza ketumpatan. Arah pembiasan cahaya dibahagikan kepada 2:

a. mendekati garis normal
Cahaya dibiaskan mendekati garis normal jika cahaya
merambat dari medium optik kurang rapat ke medium
optik lebih rapat, contohnya cahaya merambat dari
udara ke dalam air.


  

b. menjauhi garis normal
Cahaya dibiaskan menjauhi garis normal jika cahaya
merambat dari medium optik lebih rapat ke medium
optik kurang rapat, contohnya cahaya merambat dari
dalam air ke udara.


Ilusi Optik

Ilusi Optik secara ringkas boleh diterjemahkan sebagai berlakunya kesalahan penangkapan oleh mata kepada situasi sebenar pada gambar. Ilusi Optik juga dikategorikan sebagai Ilusi Visual iaitu imej yg kelihatan berbeza dari objektif realiti. Maklumat yg dilihat oleh mata kita diproses oleh otak yg kemudiannya memberi persepsi yg tidak sama dengan pengukuran fizikal yg menjadi sumber stimulus.






Atuk dan nenek? atau?? haha.. lihatlah sendiri.






19. a) Hukum Ohm dalam kajian atus menyatakan bahawa ?   

b) Penggunaan tenaga elektrik di rumah kediaman dikira mengikut kadar tarif seperti di bawah :

100 unit pertama ialah 20 sen / unit

200 unit seterusnya ialah 23 sen / unit

Unit-unit seterusnya ialah 26 sen / unit

Berapakah bayaran bil elektrik bagi penggunaan tenaga elektrik sebanyak 350 unit?


Jawapan:


a) Hukum ohm


Dalam litar elektrik, Hukum Ohm menyatakan bahawa arus elektrik, I yang mengalir malalui sesuatu pengalir antara dua titik yang lain adalah berkadar terus dengan beza keupayaan, V antara kedua-dua titik, serta berkadar songsang dengan rintangan, R antara kedua-dua titik. Secara matematik:

     
  

Hukum ini dinamakan sempena Georg Ohm, yang menunjukkan perubahan arus dan beza kepupayaan dalam litar elektrik ketika menggunakan dawai yang mempunyai panjang berbeza.



b)

bilangan unit yg telah digunakan = 350unit


100unit pertama, --> 0.20 per unit

jadi, 100 x 0.20 = RM20.00

200unit seterusnya, --> 0.23 per unit

jadi, 200 x 0.23 = RM46.00

50unit seterusnya, --> 50 x 0.26 per unit

jadi, 50 x 0.26 = RM13.00


oleh itu, bayaran bil elektrik bagi 350unit adalah

= RM20 + RM46 + RM13

= RM79.00




20. a) Tee mengmbil masa selama 2 jam 35 minit untuk sampai di rumah neneknya. Jika Tee sampai di rumah neneknya pada jam 1.25 pm .Pukul berapakah beliau bertolak dari rumahnya. Tunjukkan jalan pengiraan.   

b) Keretapi bertolak dari bandar A pada jam 9.37 malam dan ti ba di bandar B pada jam 6.17 pagi keesokkan harinya. Kirakan tempoh masa perjalanan beliau .


Jawapan:

a)

mengikut detail, beliau mengambil masa selama = 2 jam 35 minit

sampai di lokasi = 1.25 ptg = 13.25 (mengikut sistem 24jam)

oleh itu, masa bertolak

= 13jam 25minit - 2jam 35minit

= 12jam 85minit - 2jam 35minit

= 10.50 pagi



  


b)

bertolak dari b andar A = 9.37 malam/pm = 21.37 (sistem 24jam)

tiba di bandar B = 6.17 pagi/am

oleh itu, tempoh masa perjalanan,

= 21jam 37minit - 6jam 17minit (tempoh lawan kitaran)

= 24jam 0minit - 15jam 20minit

= 23jam 60minit - 15jam 20minit

= 8jam 40minit



100M

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 1.972760 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list