CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23536|Reply: 115

Rumahtangga Bergolak Angkara Bekas Kekasih

[Copy link]
Post time 17-10-2012 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Caras : Rumahtangga Bergolak Angkara Bekas Kekasih

Cinta 3 segi bukanlah perkara yang asing lagi dalam industri hiburan. Nak-nak si bekas kekasih yang tak paham bahasa sering berusaha merosakkan rumahtangga orang lain. Selalunya kita dengar cerita si suami yang bermain kayu tiga. Tapi lain pula alkisahnya dengan pasangan ini. Walaupun usia perkahwinan belum mencecah setahun, si isteri pula yang pandai buat perangai. Huishh! Boleh jatuh nusyuz macam tu!
Si isteri yang dimaksudkan adalah seorang pelakon jelita yang dahulunya merupakan bekas pramugari. Tak silap, cerita masalah rumahtangga yang melanda pasangan ini pernah digembar-gemburkan suatu ketika dahulu. Tapi, masalah ini sering ditutup oleh pihak suami kerana baginya masalah rumahtangga bukanlah untuk tatapan umum malah ianya adalah penyelesaian antara suami isteri.
Namun, sampai bila kesabaran si suami harus dicabar jika si isteri acapkali menuntut cerai. Nak-nak si suami sudah mengetahui isterinya kini kerap keluar bersama dengan bekas kekasihnya. Pasti lagi tercabar! Malah, masalah ini bertambah rumit apabila si isteri yang dahulunya memegang status janda turut menuduh si suami mempunyai wanita lain.
Suami mana tak sayang isteri? Begitulah juga dengan anak tukang masak yang juga merupakan juri masakan dalam sebuah siaran televisyen swasta terkenal. Pernah dia memberitahu masalahnya kepada si bapa  untuk menjernihkan keadaan, namun dek kerana sayangkan menantu itu, si bapa enggan mempercayai segala kata-kata anaknya. Malah, bapanya turut membela menantu itu jika si suami membicarakan hal keburukan isterinya.
Menurut sumber, si suaminya juga bimbang kalau-kalau si bapa akan bermasam muka jika dia menceraikan pelakon jelita itu. Akibatnya, si suami terpaksa mendiamkan diri dan makan hati dengan tingkah laku curang isterinya.
Kesian pada suami tu. Tapi kalau tak buat apa-apa, kelak digelar dayus pula!
Kredit: Oh Bulan






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2012 01:01 PM | Show all posts
siapakah itu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 01:01 PM | Show all posts
weih mimi..ni pasangan yang diperkenalkan oleh adik si suami yg juga pelakon tu ke?
hint macam menjurus kat derang je...clear sangat...ke aku salah teka??
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 01:05 PM | Show all posts
Aiyooo...ana dahlia ka???
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 01:05 PM | Show all posts
mcm 2 cerita dlm 1 artikel..yg cerita last 2..mcm ana dahlia???..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 01:05 PM | Show all posts
menantu chef w?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2012 01:05 PM | Show all posts
juri masakan? masterchep ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 01:06 PM | Show all posts
ana dahlia dgn chef riz?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2012 01:06 PM | Show all posts
chef Riz pernah ada masalah dgn ana dahlia ke??
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 01:07 PM | Show all posts
Ana Dahlia dan Chef Riz.





Ana Dahlia seorang janda, Chef Riz kunci mulut



Mohd. Nadzri Redzuawan ,30, atau Chef Riz mengambil pendekatan untuk “mengunci mulut” selepas tersebar gosip kekasihnya iaitu pelakon ,28, kononnya sudah bergelar janda.

Chef Riz yang juga pengacara MasterChef Malaysia, memberitahu, bapanya iaitu Datuk Chef Wan tidak membenarkan Riz memberikan apa-apa kenyataan tentang kisah cintanya dengan Ana melainkan sekiranya mahu menyentuh soal kerjaya.

“Saya tak boleh jawab apa-apa soalan tentang Ana atas nasihat bapa saya. Lagipun kami sedang berkawan baik dan tidak mahu sekiranya jawapan yang saya berikan nanti melukakan hati mana-mana pihak.

“Saya bimbang jika komen saya nanti akan menimbulkan pergaduhan di antara kami kemudian hari,” kata Riz ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Ahad lalu sebuah akhbar mingguan melaporkan Ana Dahlia yang berasal dari Taiping, Perak sebenarnya berstatus janda dan pernah dua kali gagal dalam perkahwinan sebelum menyertai AirAsia sebagai pramugari.

Jelas Riz, dia sekarang ini sedang sibuk dengan penglibatannya sebagai salah seorang juri tetap dan hos MasterChef Malaysia yang dijangka akan menemui penonton tidak lama lagi di Astro Ria (saluran 104).

“Saya akan mula menjalani penggambaran MasterChef Malaysia pada Selasa yang turut melibatkan empat chef lain selaku juri.

“Saya agak bertuah kerana merupakan chef termuda di kalangan chef lain yang menjadi juri dalam program yang dirakamkan selama 66 episod itu.

“Saya juga dipanggil untuk menjalani uji bakat oleh pihak Astro sebelum terpilih sebagai hos,” ujarnya lagi.


Source: http://www.mummynemo.com/2011/09 ... ef-riz-kunci-mulut/ Last edited by hyie on 17-10-2012 01:08 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Terang2 da tau sape..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 01:07 PM | Show all posts
tahun 2011 punya cerita la berita aku tepek tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 01:09 PM | Show all posts
hint nya terang sgt ni...kalau betulla jadi macam tu mesti adik sominye tu menyesal kenalkan pempuan tu ngn abg dia...kalau muda lagi mcm pempuan tu dah dua kali janda mesti ada something wrong somwhere ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 01:11 PM | Show all posts
pulak......xkan nak menjanda kali kedua.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 01:14 PM | Show all posts
i hope it's not them
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
X tau lak 2 kali jande....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2012 01:20 PM | Show all posts
beatgirlX posted on 17-10-2012 01:01 PM
weih mimi..ni pasangan yang diperkenalkan oleh adik si suami yg juga pelakon tu ke?
hint macam menj ...

mcm ye je..aku pon xtauu
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 01:22 PM | Show all posts
NurulDepp posted on 17-10-2012 01:11 PM
pulak......xkan nak menjanda kali kedua.

Kali kedua apa..kali ketiga la kalau diceraikan lagi kali ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 01:25 PM | Show all posts
hemm x paham ler manusia ni. dah ada laki sibuk nak mencurang
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 01:26 PM | Show all posts
senang sangat clue tu..

mana nak sangka..ingatkan indah & bahagia dapat laki chef..kalo ai la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.214835 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list