CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: flarengirl

Phone Power Bank

[Copy link]
Post time 11-2-2013 11:52 AM | Show all posts
medangmru posted on 11-2-2013 11:48 AM
Aisaehhhhhhhhhhh,,,,,,,byk bebeno beza reganya tu......55 hengget tu....

Kalau nak beli better  ...

yang ni dengan note 2 pun 6x charge. dah laaa xyah kejar sangat max tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2013 10:31 AM | Show all posts
kat groupon ade jual brand ibros 20000ah rm109... nk tnye pd otai2.. ok ke brand ni? x pernah dgr pon..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2013 11:54 AM | Show all posts
benda ni ok. Kena ada satu la kot in case battery handphone abis. Beli yang kecik je senang nak bawak n tak mahal sgt
So far yang aku buat:

Charger: kat opis satu, kat rumah satu
In car charger
Power bank
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 05:13 PM | Show all posts
powerbank ada mahal punya,...
pun boleh tahan lama
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2013 11:02 PM | Show all posts
Dkt dealmates ada offer 30k hanya 99 je.. tp tatau brand ape
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2013 07:43 PM | Show all posts
sun_moon posted on 13-4-2013 11:02 PM
Dkt dealmates ada offer 30k hanya 99 je.. tp tatau brand ape

ok ke? ce risik2 tgk

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2013 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
flarengirl posted on 14-4-2013 07:43 PM
ok ke? ce risik2 tgk
Nah link.. tgk2 la..

www.dealmates.com.my/Deals/April-30000Mah-Powerbank-RM99/Catalog

Last edited by sun_moon on 15-4-2013 04:57 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 09:11 PM | Show all posts
sun_moon posted on 15-4-2013 04:54 PM
Nah link.. tgk2 la..

www.dealmates.com.my/Deals/April-30000Mah-Powerbank-RM99/Catalog

rasanya cm ada member pakai jenis ni tp tk tau la btol ke tk.kena cek lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2013 11:56 PM | Show all posts
kt groupon tgh ada offer PB ni.
ingat nak sambar satu gak sbb senang cas mp3 sbb travel tak bawa laptop.
mp3 cas guna laptop.
cuma tak tau boleh percaya ke idak.

ni link dia : http://www.groupon.my/deals/national-deal/store4online/716914527
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 12:54 PM | Show all posts
Bagi sesiapa yg berminat powerbank jenama vivis, aku sediakan gambar. Powerbank ni berkapasiti 16,000mah & output current 2.1A. Body alumunium & tahan lasak. Cuma kelemahan dia xde display & xde tourch light. Nak cas penuh powerbank ni dalam 28jam. Lama woo. Tapi ok la sebab boleh charge tablet aku 4000mah sebanyak 4kali. Aku beli online harga rm180.


Vivis Powerbank 16,000mah
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 01:01 PM | Show all posts
Lagi satu aku nak pesan, sebelum beli powerbank, pastikan output current powerbank tersebut lebih besar/sama dari output current hanfon/tablet korang. Kalau tak nanti dapat masalah xboleh cas. Contoh mcm tablet aku 4000mah & output current 2.0a, kena cari power bank yg support output current 2.0a/2.1a

Aku pernah nampak kat satu blog (dah lupa) ada orang beli powerbank berjenama tetapi tiruan, dia guna power bank tu kejap je bateri habis. Jadi dia pun buka powerbank tu. Didapati powerbank tersebut hanya mempunya satu sel bateri & ruang selebihnya diletak kampit pasir (sebagai pemberat). Power bank yg berkapasiti tinggi biasanya mempunyai 4-5 slot bateri di dalamnya. Jadi, hati2 sebelum membeli.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 02:03 PM | Show all posts
-sLay- posted on 22-4-2013 12:54 PM
Bagi sesiapa yg berminat powerbank jenama vivis, aku sediakan gambar. Powerbank ni berkapasiti 16,00 ...

aku pun beli Vivis ni.. 7k mah je.. rm 170 tp knp begitu dekat harganya dgn ko punya 16k mah rm180? adakah aku ditipu? Sedangkan kawan aku beli MINIPRO 8k mah harga RM200.
Last edited by takeshi_anwar on 22-4-2013 04:23 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 03:16 PM | Show all posts
takeshi_anwar posted on 22-4-2013 02:03 PM
aku pun beli Vivis ni.. 7000mah je.. rm 170 tp knp begitu dekat harganya sedangkan RM xjauh beza d ...

Aku beli dari pembekal & buat cash on delivery. Tu yg harga lain sikit kot. kat internet aku tengok rm200. Pandai2 nego. Pasal member ko beli minipro tu sampai rm200. Tak tau pulak nak komen. Lain jenama lain harga.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 04:24 PM | Show all posts
-sLay- posted on 22-4-2013 03:16 PM
Aku beli dari pembekal & buat cash on delivery. Tu yg harga lain sikit kot. kat internet aku tengo ...

aku beli kat kedai yang xboleh dah nak nego.

Aku jenis tak suka beli online sbb kena sentuh dan tgk depan mata hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2013 02:07 PM | Show all posts
kawan2 ada tak pernah bli kt myimart.com?

kat situ ada jual powerbank 30k MAH ngan harga rm105..boleh pcaya ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2013 09:48 PM | Show all posts


Berhati-Hati Dengan Power Bank Murah

Satu masalah besar apabila anda menggunakan smartphone adalah baterinya yang tidak tahan lama. Bagi mengatasi masalah ini, powerbank dijual bagi membolehkan pengguna mengecas smartphone mereka dimana-mana sahaja tanpa perlu menggunakan elektrik. Kebayakan peranti terkini di pasaran menggunakan bateri ‘Li-Polymer‘ sebagai sumber kuasa, manakala kebanyakan powerbank pula menggunakan bateri ‘cylindrical/prismatic Li-Ion‘.



Masalah utama bateri Li-Ion dan Li-Polymer ini adalah ia akan menjadi sangat panas jika dicas terlalu lama. Terdapat satu cip IC untuk menghalang ‘overcharge’ pada papan litar untuk memotong cas apabila bateri tersebut sudah penuh. Jika IC tersebut rosak, bateri tersebut mungkin terbakar dan boleh meletup jika dicas terlalu lama.

Selain itu, satu lagi kekurangan bateri Li-Ion adalah jangka-hayatnya akan berkurangan dengan banyak jika ia beroperasi pada suhu 45°C ke atas. Bateri Li-Polymer pula lebih tahan panas, mampu beroperasi pada suhu sehingga 85°C tanpa sebarang masalah.

Sejak akhir-akhir ini, anda boleh melihat begitu banyak powerbank di pasaran yang ditulis mempunyai kapasiti yang sangat tinggi seperti 12,000mAh, 18,000mAh, 20,000mAh dan banyak lagi sehingga 30,000mAh, kebanyakannya dijual di internet. Jika jenama yang tidak dikenali dan harganya murah, anda perlu berhati-hati sebelum membeli.



Powerbank yang lebih pendek di dalam gambar di atas mempunyai 4 bateri Li-Ion 18650, manakala powerbank yang lebih panjang mempunyai 6 bateri Li-Ion 18650. Saiz bateri yang digunakan adalah 18.25x65mm, dan nombor siri kebiasaannya di dalam bentuk XXX18650-XX.

Kualiti bateri Li-Ion mempunyai perbezaan.

Bateri yang dibuat di Jepun seperti Sanyo dan Panasonic mempunyai kapasiti 3100mAh, dan mempunyai waranti setahun. Harganya mahal dan sudah pasti tidak akan dipilih untuk membuat powerbank yang murah seperti yang dijual di internet.

Bateri yang dibuat di Korea seperti Samsung juga agak baik. Nombor sirinya berbeza seperti ICR18650-30A, ICR18650-28A, ICR18650-26F, ICR18650-26D, ICR18650-24E, ICR18650-24F, ICE18650-22F, dan lain lain. 30F bermakna kapasitinya adalah 3000mAh, 22F bermakna 2200mAh dan seterusnya.

Samsung juga mempunyai bateri Li-Ion yang dibuat di China dan ianya mempunyai 4 gred. Gred yang paling tinggi adalah A01, khas untuk kegunaan Samsung sendiri. Gred yang lain adalah A02, A03 dan A04, ketiga-tiganya untuk dijual kepada pengguna. Jika sesebuah powerbank ditulis menggunakan bateri Samsung, baterinya berkemungkinan gred A02~A04, bergantung pada harganya.

Sesetengah bateri buatan China yang tiada jenama hanya mempunyai kapasiti 1600-1800mAh tetapi menggunakan nombor siri 18650, membuatkan pengguna berfikir ianya berkapasiti 3000mAh. Powerbank yang sangat murah kebiasannya menggunakan bateri jenis ini.

Powerbank 12,000mAh di atas, kapasitinya dikira seperti ini :

3000mAh x 4 = 12,000mAh.

Tetapi, jika kapasiti sebenar bateri di dalamnya hanya 2200mAh contohnya, anda hanya mendapat 2200mAh x 4 = 8800mAh.

Untuk powerbank yang mempunyai kapasiti 18,000mAh pula, kapasitinya dikira seperti ini :

3000mAh x 6 = 18000mAh

Tetapi, jika kapasiti sebenar bateri di dalamnya hanya 2200mAh contohnya, anda hanya mendapat 2200mAh x 6 = 13,200mAh.

Selain penipuan kapasiti sebenar, memandangkan semua saiz bateri Li-Ion adalah sama, ada juga powerbank yang menggunakan bateri yang telah dikitar semula.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2013 09:50 PM | Show all posts


Gambar di atas diambil daripada sebuah powerbank yang baru dibeli, pemiliknya membuka untuk melihat bahagian dalamnya. Anda boleh lihat kesemua 6 bateri Li-Ion tersebut mempunyai warna yang berbeza, sesuatu yang tidak mungkin berlaku kepada bateri baru.



Dari bahagian tepi pula, anda boleh lihat pematerian yang telah karat dan telah dipateri lebih daripada sekali. Juga terdapat sisa-sisa gam yang digunakan pada permukaan bateri tersebut. Persoalannya, adakah cip IC pada powerbank ini berfungsi dengan baik? Risikonya sangat tinggi, mudah terbakar jika dicas terlalu lama.

Ada kes yang lebih teruk, seorang pembeli membeli powerbank di internet dengan harga yang sangat murah, hanya ada sebiji bateri di dalamnya dan untuk menambah berat, mereka meletakkan 2 bungkus plastik berisi pasir.



Nasihat kami, berhati-hatilah ketika mahu membeli powerbank terutamanya daripada internet, yang menjual dengan harga yang sangat murah, kapasiti yang sangat tinggi serta tiada jenama.

Lebih baik anda membeli produk original daripada pengedar sah, harganya sedikit mahal bergantung kepada kapasiti, tetapi kualitinya terjamin, mempunyai waranti dan tidak membahayakan anda.

Belilah yang original biarpun harganya tinggi sedikit di man kata orang, alah membeli menang memakai

Nota: Artikel oleh seorang warga cina di Taiwan melalui Facebooknya yang bernama 曾家辉, diolah semula kepada bahasa melayu untuk bacaan dan panduan orang ramai oleh Shibli Nuqman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2013 12:39 AM | Show all posts
info yg sgt berguna @shahx
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2013 12:38 PM | Show all posts
@ShaCroft meh study sini psal power bank
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2013 12:38 PM | Show all posts
nak tnya, powerbank brand pineng ok tak? ramai dah jual..16 800 ngan harga rm175..apa pendapat korang?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.976332 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list