|
[Tempatan]
VERSI 2 - EDISI KHAS PILIHANRAYA UMUM KE-13 - 5 MAY 2013. ( with poll)
[Copy link]
|
|
sitihawa posted on 10-4-2013 02:02 PM ![](static/image/common/back.gif)
vote
fuiyooo!
|
|
|
|
|
|
|
|
BN bila nak umumkan calon2nya..
susah2 ambil jer yg lama...pilih yg baru kang berebut lak |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://sphotos-b.xx.fbcdn.net/hphotos-prn1/c0.6.800.382/p843x403/601500_10151284450462757_1598883849_n.jpg)
MARI LAH MARI KITA MENGUNDIII....
TUNAIKANLAH KEWAJIBAN PADA NEGARA.....
![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
wangsa maju MCA ker parti keramat?? |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu PAS nak buat negara Islam
BN kata tak sesuai kerana Malaysia rakyatnya majmuk
sekarang PAS guna pendekatan Negara Berkebajikan
BN kata PAS dah lupa Negara Islam.
Dulu PAS tak buat pakatan dengan parti bukan Islam
BN kata PAS ekstrimis, anti sosial dan tak releven
sekarang PAS berkawan dengan DAP, PKR dan ada DHPP
BN kata Pas dah berubah demi kuasa dan dah sesat.
Dulu pas hanya didokong oleh tok guru, ulama dan orang kampung
BN kata PAS tak moden, fundamentalis dan parti orang kampung.
Sekarang PAS didokong oleh Ulama, profesional dan teknokrat Islamis
BN kata PAS dah tinggalkan kempimpinan Ulama..
Dulu Pakatan buat janji nak turunkan harga kereta
BN kata negara dan industri kerta akan bengkrap
Sekarang BN pula tiru manisfeto nak turunkan harga kereta
semua pencacai kata itu yang terbaik dari BN...
Dulu DAP bantah hudud
BN kata kita perangi DAP yang anti Islam
Sekarang CHUA Sui LEK bantah hudud
BN kata itu hanya kata2 individu
Dulu BN jadi kerajaan Pahang,Johor dan Melaka sampai sekarang masalah air masih tak selesai
Sekarang bila berkempen sebut bagi BN menang di Selangor dan Kelantan ..kerajaan akan selesaikan masaalah air di kedua2 negeri...apalah punya fikiran...
Fenin le macam ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Manami posted on 10-4-2013 02:17 PM ![](static/image/common/back.gif)
Moga2 ... So far tgk dia ni lebih ber-tamadun dpd Pok Berahing nun...
pok berahim nmpk sgt over...nk tgk dia jd calon bebas ke wakil be end kali ni ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
selain calon BN dan calon PR siapa plak calon lompat parti...? ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/555908_357334494383471_1058982769_n.jpg)
GEMPAR!!!! Bekas MB Perak Dari Umno Bakal Sertai Pakatan Rakyat????!!! Nantikan malam ini!!! Yg pasti, UMNO IS DEAD!!!
Dalam kehangatan pilihanraya umum ke-13 nanti, beberapa minggu lagi, bekas pemimpin besar Umno dijangka menyertai parti dalam Pakatan Rakyat.
Terkini, seorang bekas menteri besar yang pernah mentadbir Perak dikatakan bakal menyertai PAS malam ini.
Perkara ini didedahkan Nizar Jamaluddin dalam ucapannya ketika beliau diumumkan bertanding di kerusi DUN Changkat Jering pada pilihanraya umum akan datang, malam tadi.
“Seorang bekas menteri besar (Perak) akan memberikan borang masuk PAS,” katanya ringkas.
Nizar berkata mengetahui perkara itu ketika mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Pusat, Selasa minggu lepas.
Sebelum pentadbiran Zambry Abdul Kadir sekarang, Perak pernah ditadbir oleh Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, Mohamed Ghazali Jawi, Shaari Shafie, Ahmad bin Said, Kamaruddin Mohd Isa, Wan Mohamed Wan Teh, Ramli Ngah Talib dan Mohd Tajol Rosli (tidak termasuk Nizar).
Menurut sumber, dua nama teratas yang dijangka menyertai PAS malam ini ialah Tajol Rosli Ghazali dan Ramli Ngah Talib.
Bagaimanapun Tajol dilihat lebih menyerlah kerana masih mengiktiraf Speaker DUN Perak yang sah, V Sivakumar selepas kerajaan Pakatan Rakyat tumbang pada Februari 2008.
Bekas ADUN Pengkalan Hulu ini digugurkan dari senarai calon dan dia sendiri tidak mahu lagi bertanding mewakili Umno dalam mana-mana jawatan negeri mahupun bahagian.
Dia juga merupakan anak kepada bekas menteri besar kedua, Mohamed Ghazali Jawi.
Tajol juga dikatakan semakin vokal terhadap dasar-dasar pentadbiran Zambry yang tidak mempedulikan hak orang Melayu apabila ratusan hektar tanah balak diberikan kepada kroni rapat dan perniagannya.
Dijangka, dengan pengumuman rasmi malam ini, lebih ramai ahli Umno akan mengikut jejak Tajol menyertai PAS manakala jentera pilihanraya Umno Gerik bakal lumpuh walaupun bukan calon Umno yang bertanding.
Tajol menang dalam pilihanraya umum lalu menewaskan calon KEADILAN, Lee Sing Long dengan majoriti 4,645 undi tetapi kemenangannya tidak bermakna apabila Perak diperintah Pakatan Rakyat yang menang 31 daripada 59 kerusi DUN sekaligus membentuk kerajaan negeri yang diketuai Nizar. ~jalan pulang
|
|
|
|
|
|
|
|
PRU13: Nik Aziz kekal sebagai MB Kelantan jika Pakatan menang
KUALA LUMPUR, — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) akan mempertahankan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Cempaka dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekaligus membayangkan pemimpin veteran itu akan kekal sebagai Menteri Besar.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kepada pemberita selepas pengumuman calon tertinggi parti Islam itu untuk bertanding dalam PRU 13 di Ibu Pejabat PAS hari ini.“Ya ... (beliau) kekal, kawasan dia memang Cempaka,” katanya, ketika diminta mengulas kedudukan Nik Aziz dalam Pilihan Raya 2013 kali ini.
Nik Aziz, 82, dijangka akan kekal sebagai menteri besar sekiranya pembangkang itu berjaya mengekalkan kekuasaan mereka di Kelantan.
Selain Nik Aziz, turut kekal di kawasan masing-masing adalah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Marang dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang turut akan mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena.
Sementara dua naib presiden lain, Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa masing-masing akan berpindah ke kawasan kubu kuat Barisan Nasional (BN) iaitu Parlimen Pulai dan Putrajaya.
PAS dalam pengumuman calon parlimen mereka yang dibuat Abdul Hadi di Ibu Pejabat PAS turut mengemukakan muka baru iaitu bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Fauzi Shaari akan bertanding di Parlimen Larut, dan arkitek, Datuk Raja Baharin Raja Ahmad akan bertanding di Kuala Terengganu, serta penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin akan bertanding di Jempol.
Mengulas berkenaan pertindihan kerusi antara PAS dan parti komponen Pakatan Rakyat, Musatafa menjelaskan, PAS telah sepakat untuk menyerahkan kerusi Setiawangsa mereka kepada PKR.
“Selesai dah ... Setiawangsa PKR punya, Labuan kekal kita punya,” katanya kepada pemberita.
![](http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/p480x480/73358_359296130845591_1265097644_n.jpg)
![](static/image/smiley/default/innocent0001.gif) ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) ![](static/image/smiley/default/pompom.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
umno songlap tanah ![](static/image/smiley/default/icon9.gif)
Pejabat Umno Ampang ‘megah’ atas tanah rezab sekolah
KUALA LUMPUR : Jika sebelum ini, heboh diperkatakan Umno Selangor menjual tanah rezab Melayu di negeri itu sehingga tanah milik Bumiputra habis tergadai kerana kerakusan mereka mentadbir.
Namun ternyata semakin lama Pakatan Rakyat (PR) memerintah, sedikit demi sedikit ‘dosa’ Umno berjaya dibongkar.
Terbaru, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Razali Ramli, tampil mendedahkan di sebalik kemegahan bangunan pejabat Umno Ampang, rupa-rupanya ia dibina atas tanah milik Sekolah Agama Kampung Melayu Ampang.
Menurut Razali, bangunan itu kemungkinan dibina melebihi hingga ke tapak tanah sekolah kerana ianya berhampiran.
“Meskipun saya tak dapat berikan jawapan adakah benar tapak bangunan Pejabat Umno yang didirikan atas tanah rizab sekolah agama, tetapi saya yakin memang ada sesuatu luar biasa di situ.
“Jika dapat dibuat dengan bantuan Pejabat Tanah, saya percaya kita dapat leraikan isu ini,” katanya dilaporkan TV Selangor.
Bagaimanapun, beliau hairan bagaimana MPAJ boleh meluluskan pelan pembinaannya walaupun meragui status tanah tersebut.
“Walaupun rata-rata penduduk setempat memang tahu kawasan itu dikhaskan untuk tapak sekolah, tetapi masalahnya saya percaya kerajaan negeri dahulu tidak pernah mewartakan dengan rasmi bahawa tanah tersebut adalah rizab untuk sekolah,” ujarnya.
Sekolah Agama Kampung Melayu Ampang siap dibina sekitar tahun 2006 manakala pembinaan Pejabat Umno Ampang pula siap dibina kira-kira setahun selepas projek pembinaannya terhenti beberapa kali.
Bagi menjawab dakwaan itu, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menggesa siasatan dijalankan dengan segera.
Kata beliau, siasatan itu bagi membuktikan sama ada benar atau tidak dakwaan tersebut seperti dilaporkan oleh Razali.
“Memang kena siasat segera, kita tidak mahu tanah rezab sekolah diambil oleh Umno Ampang.
“Jika dibiarkan, kita tidak akan tahu benar atau tidak dakwaan itu. Tiada apa yang akan disorokkan jika tanah itu memang milik sekolah selepas siasatan,” kata Ketua Wanita KEADILAN itu kepada Keadilan Daily.
Bagaimanapun, beliau tidak terkejut jika dakwaan itu benar kerana sudah menjadi amalan Umno apabila berkuasa, mereka akan berbuat apa sahaja tanpa memikirkannya.
“Kita memang jangkakan perkara seumpama ini boleh berlaku. Selama mereka (BN) tadbir Selangor, sudah banyak tanah rezab pun dijual mereka bagi dapat keuntungan atas angin.
“Jika betul, kita akan ambil tindakan sewajarnya bagi menghukum ‘pencuri’ ini kerana melibatkan hak awam,” ujar Zuraida
![](http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/p480x480/536171_359339047507966_2045840009_n.jpg)
|
|
|
|
|
|
|
|
honeybucuk posted on 10-4-2013 02:33 PM ![](static/image/common/back.gif)
sbb tu tgh kempen kat rumah ni..
nk wat lagu mane..keluarga mertua tgk tv3...sakitnyer hati b ...
mcm ni...pagi balik segamat u pi undi..pastu terus direct ke kpg hubby lak..dia ngundi..
fair n square dua2 dpt mengundi..
sayanglah PR 1 vote dah terlepas kalau u x balik ngundi..huhu
p/s: adoi..tv1-tv3 dlm tempoh 25hari ni pls jgn bukak..
bukak la astro ceria ke..ria ke prima ke...suruh mil fil tgk... |
|
|
|
|
|
|
|
UMNO pejuang melayu ke???? BANGANG BENGONG TOLOL BG KE CINA
![](http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/564593_359326590842545_1141594767_n.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Mel nk check in jugak heheh..balik undi bagan pinang n teluk kemang.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar nak ngundi ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
UMNO REMBAT TANAH LAGIII
UMNO Puchong telah memperolehi 2 keping tanah dengan harga di bawah pasaran. Bukan itu saja, mereka tidak membayar cukai tanah selama 2 tahun! Cukai tanah tertunggak masing-masing berjumlah RM26,935 dan RM110,870.
Dua plot tanah itu masih kosong dan tiada pusat komuniti dibina di sana. Ini bertentangan dengan penjelasan Barisan Nasional (BN) apabila ADUN Sekinchan Ng Suee Lim mendedahkan pengambilalihan 24 plot tanah Selangor oleh BN Selangor. Selain dua plot tanah yang dimiliki oleh UMNO, MCA dan Gerakan juga memiliki sebidang tanah di Puchong.
Tolak kerajaan yang merompak tanah rakyat! Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!
Latar belakang isu SAT1M:
Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim sebelum ini telah mendedahkan bahawa parti komponen Barisan Nasional (BN) telah membeli sekurang-kurangnya 24 keping tanah dari kerajaan negeri semasa mereka memegang kuasa antara tahun 2000 hingga tahun 2008. Ini adalah tanah-tanah yang kebanyakannya berada di kawasan komersial, berjumlah sehingga 34.5 ekar dan "dijual" kepada UMNO, MCA, MIC dan Gerakan untuk RM1 sekaki persegi. Dianggarkan tanah-tanah ini bernilai RM200 juta.
“Rakyat nak dapat tanah di Selangor susah. Mereka naik turun pejabat tanah untuk minta tapak tanah tetapi susah dapat. Dulu setinggan di Lembah Jaya, Berembang dihalau. Mereka (UMNO, MCA, MIC dan Gerakan) menggunakan kesempatan ketika memerintah untuk memboloh tanah kerajaan, sedangkan rakyat sukar menperolehnya walaupun seekar. Ini mungkin ciri-ciri sapu 1Malaysia.” kata Ng Suee Lim.
Tolak kerajaan yang sapu tanah rakyat! Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!
![](http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/p480x480/58557_359347900840414_1677461946_n.jpg)
|
|
|
|
|
|
|
|
liton posted on 10-4-2013 02:28 PM ![](static/image/common/back.gif)
sejuk mata tengok izzah ni ![](static/image/smiley/default/tongue.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
veevee2013 posted on 10-4-2013 02:48 PM ![](static/image/common/back.gif)
mcm ni...pagi balik segamat u pi undi..pastu terus direct ke kpg hubby lak..dia ngundi..
fair n ...
SEGAMAT CHUA JUI MENG VS S. SUBRAMANIAM ![](static/image/smiley/default/sign0191.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
cak! posted on 10-4-2013 02:45 PM ![](static/image/common/back.gif)
GEMPAR!!!! Bekas MB Perak Dari Umno Bakal Sertai Pakatan Rakyat????!!! Nantikan malam ini!!! Yg ...
apa pasal PR amik org2 begini?? Tak serik lg ke kena main smp Perak terlepas dr tangan?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|