CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mifal0102

[Lain-Lain] CINTA KOLESTROL

[Copy link]
jules This user has been deleted
Post time 2-10-2003 08:40 PM | Show all posts
cerita ni boleh tahan juga gak.   atleast ceritanya lain dpd yg lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2003 11:26 AM | Show all posts
Originally posted by seribulan at 2003-10-2 05:07 PM:
memang dua-dua ada
peningkatan...
bulan baru tgk vcd
janji diana...watak erra
compare ngan cinta
kolestrol bak langit
ngan bumi....



betul tue....
Reply

Use magic Report

bj This user has been deleted
Post time 3-10-2003 12:59 PM | Show all posts
test
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2003 02:50 PM | Show all posts
apa yg test..bj oi????????????
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2003 03:29 PM | Show all posts
:stp:
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2003 03:43 PM | Show all posts

erm...

Originally posted by GAIA at 1-10-2003 02:20 AM:
Cinta Kolestrol: Boleh Membawa Maut



Ulasan  ...



erm dalam perkara ni saya bersetuju ngan pendapat kat atas tu... saya baru jer lepas tgk filem tu.. memang patut pun gradingnyer cuma 2/5... jalan citer dier beterabur... konsep adaptation dari filem lain.. tiada keaslian... teknik pengarahan dan jalan citer teruk.. it is better to see razak mohideen punya citer  mami jarum dari citer cinta kolestrol... citer mami jarum lebih kemas disusun ngan begitu baik sehingga sampai ke akhir kita paham the whole story.. tp when kite tgk citer cinta kolestrol jadi kelam kabut.. ade yg scene tu tiba2 rumah terbakar pastu terus scene duduk berbincang kat tepi sg ke apa... then byk lg plot yg tak logik... yg berterabur... kutipan byk sbb org eager nak tgk pelakonnyer... tu aje...


hanya abu bakar omar je yg layak dipuji lakonan nyer... yg lain masih di takuk lama.. yusri kalau kita lihat terikut-ikut gaya ahmad idham.. maybe sbb dulu dia berlakon bawah arahan ahmad idham dlm mr cinderella... penghayatan tak begitu baik... lakonan erra tak begitu mantap... wataknyer tak banyak kuar... jd tak dapat nak mendalami perasaan sebenar pompuan yg gemuk...


dr segi superimpose pun tak baik... dan teknik kostum ngan mekap... kiter boleh lihat ngan jelas tgn yg diperbuat dgn plastik... tak kemas...


saya banyak gak tgk citer melayu.. but ade beberapa yg tak begitu baik dan saya rasa rugi membuang duit membeli tiket... sungguh mengecewakan.. spt cinta kolestrol... mmg "ending nyer tak disangka" tiba2 fazira muncul??? pernah tak korang pikir... mana plak datangnyer si fazira tu sbb yg nak kete cuma erra, saiful dan  dato osman... by the way... kuat betul genetik famili tu sbb even mereka hanya sepupu kesamaan wajah adalah 80% cuma beza gemuk or kurus.. dan spt kata diatas .. who is saiful???


this is not a story but i don't know what to call... razak mohideen mesti boleh jawqab sbb dia prof and sebagai prof dalam bidang perfileman, kiter patut tahu what is a good movie is really about... filem yg baik adalah filem yg boleh buat kita ketawa pada waktunyer dan menangis pada waktunyer...

saya tak paham sbb sampai habis pun saya tetap tak ketawa pada tempatnyer....:stp:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2003 03:51 PM | Show all posts
that's ur opinion..thanx..

but to me it's a good movie...

something different....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2003 01:33 AM | Show all posts
Ummm....ada satu lagi ulasan terperinci mengenai CINTA KOLESTROL ini kat sini ....

http://nizamzakaria.diaryland.com/cintak.html

AKu takleh cut dan paste kat sini sebab terlampau panjang....tapi agak menarik isinya.....ia bukanlah satu ulasan yang positif untuk filem ini.....satu perenggan yang agak menarik bunyinya aku pastekan dibawah ini....

"Produser filem Cinta Kolesterol, David Teoh ada mengatakan bahawa filemnya ini akan dipertandingkan dalam beberapa pesta filem antarabangsa. Cinta Kolesterol akan ditayangkan dalam Festival Filem Antarabangsa Stockholm pada bulan November ini. Satu perkara yang agak menakutkan, kerana saya kurang pasti dengan penerimaan dan anggapan orang-orang sana nanti tentang nilai dan budaya kita. Saya takut nanti kita akan dicapkan sebagai kaum yang materialistik, tidak rasional dan cetek. Adakah ini yang kita mahu?"


Untuk membaca artikel penuh....boleh baca di LINK yang diberikan diatas.....


[ Last edited by GAIA on 4-10-2003 at 01:41 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2003 01:42 AM | Show all posts
Ummm....ada satu lagi ulasan terperinci mengenai CINTA KOLESTROL ini kat sini ....

http://nizamzakaria.diaryland.com/cintak.html

AKu takleh cut dan paste kat sini sebab terlampau panjang....tapi agak menarik isinya.....ia bukanlah satu ulasan yang positif untuk filem ini.....satu perenggan yang agak menarik bunyinya aku pastekan dibawah ini....

"Produser filem Cinta Kolesterol, David Teoh ada mengatakan bahawa filemnya ini akan dipertandingkan dalam beberapa pesta filem antarabangsa. Cinta Kolesterol akan ditayangkan dalam Festival Filem Antarabangsa Stockholm pada bulan November ini. Satu perkara yang agak menakutkan, kerana saya kurang pasti dengan penerimaan dan anggapan orang-orang sana nanti tentang nilai dan budaya kita. Saya takut nanti kita akan dicapkan sebagai kaum yang materialistik, tidak rasional dan cetek. Adakah ini yang kita mahu?"


Untuk membaca artikel penuh....boleh baca di LINK yang diberikan diatas.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2003 01:43 AM | Show all posts
menarik gak pandangan Nizam tuh. Tapi satu lagi aku takut, filem nih, sedikit sebanyak ada meniru filem barat "Shallow Hal". Yang aku takut, nanti kita bukan dicap materialistik oleh critics di Stockholm, tapi dikatakan kekurangan idea dan meniru cerita filem barat. Memang, persamaan tuh mungkin sikit, tapi fikirkanlah.

edit: aku rasa, filem seperti Paloh dan Embun lebih layak dipertandingkan di arena antarabangsa. Memang cuma sebagai permulaan, tapi lama lama rakyat asing boleh terima filem kita, seperti orang putih di US skarang boleh menerima kemasukan filem hindi, jepun dan sebagainya. Tak ke bangga aku satu hari nanti nampak filem Malaysia di nobatkan "Best Foreign Film" di anugerah antarabangsa berprestij seperti Golden Globe dan Academy Awards.

[ Last edited by cocklea on 4-10-2003 at 01:46 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2003 01:49 AM | Show all posts
yo cocklea...ko dah baca artikel penuh Nizam tuh...?memang pedas.....tak taulah cmana kalo Prof Madya membacanya....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2003 01:54 AM | Show all posts
tengah dok baca lah nih, memang pedas gilos! Cam kena giling dalam cili api beb! tapi part aku tak tahan yg ni ha:

Hampir-hampir saya mahu meminta maaf kepada rakan saya kerana telah memintanya menemani saya menonton filem ini, kerana saya lihat dia banyak kali merungut dan menggelengkan kepalanya. Saya rasa malu tak sudah, lantas menyalahkan diri saya berkali-kali tatkala menonton filem ini. Mungkin lain kali, jika saya nak tonton filem arahan seorang yang bergelar 'Profesor Madya' ini, saya tak harus membawa orang lain, jika tidak, saya akan dituduh sengaja menganiaya kawan sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2003 01:58 AM | Show all posts
Hhhaha....memang part yg memula tuh yg menguatkan semangat aku membaca review lebar giler niih.....nanti ujung2 tuh penulis script pulak kena kutuk....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2003 02:05 AM | Show all posts
haah itu lah pasal!! Aduih mak, adik "rofessor Madya" kena kutuk!:

Filem ini mempunyai skrip yang mengelirukan dan tunggang-langgang. Skrip atau lakon layar filem Cinta Kolesterol ini telah dihasilkan oleh Abdul Shukor Mohaideen (abang kepada 'Profesor Madya' kita). Nak buat skrip yang tidak masuk akal tak apa, jika sudah dipastikan bahawa kesemua penontonnya sudah sedia bodoh lagi bebal. Tetapi kena ingat sendirilah, bukan semua penonton filem-filem Melayu itu bodoh dan mahu dipersendakan pemikiran mereka.

Memang dia tak kutuk direct, tapi aku dah redkan part yang "pedas" itu Mungkin dia nak cakap si penulis skrip nih bodoh lagi bebal lah tuh! Fuh, berpeluh aku baca.

edit: ini aku lagi tak tahan, hahaahh!!!:

Ada beberapa adegan dalam filem ini yang sukar diterima dek akal. Sebagai contoh, saya hairan bagaimana Yusry, setelah pulang ke Malaysia, boleh tergamam melihat kewujudan Litar F1 di Sepang. Saya yakin jika filem ini dibuat mengenai kisah seorang 'Queen's Scholar' yang pulang ke Malaya setelah lama menuntut di London dalam zaman sebelum merdeka, mungkin masih boleh diterima lagi (itu pun jika dia jenis manusia yang tidak mahu tahu tentang perkembangan negaranya sendiri). Mungkin dalam kotak fikiran Abdul Shukor Mohaideen, di London tidak ada Internet, TV dan radio, maka pelajar seperti Yusry tidak mungkin tahu apa-apa tentang perkembangan terbaru di Malaysia. Satu lagi, saya hairan bagaimana seorang yang pelajar yang mempunyai bapa berkereta BMW tidak mampu untuk membawa anaknya pulang ke Malaysia selama 8 tahun anaknya itu menuntut di sana. Saya rasa tiket kapalterbang masih mampu dibayar oleh para pelajar Malaysia untuk pulang bercuti sekali-sekala ke kampung halaman.

[ Last edited by cocklea on 4-10-2003 at 02:08 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2003 02:11 AM | Show all posts
Well....walaubagaimanpun kutuk2 itu selingan saja...yg bagsunya dia memperincikan kat mana ketidakkemasan dalam filem itu...dari segi watak yang terbabit....sikap dan peranan watak....suntingan cerita.....dan sebagainya...sebab tu agak panjang.....

dan ayat perenggan akhir tuh....sebelum "guru kecing berdiri Murid kencing berlari" tuh....tak kurang pedasnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2003 02:14 AM | Show all posts
memang betul, bagus cara dia review filem. next time sebelum nengok movie, baca review dia dulu. Tapi dia tulih dari awal sampai abis tuh, abis ler storyline movie kiter dah tau.

edit: ok, yang nih aku terpaksa letak sini!!

Menurut wartawan hiburan Suraiya Mohd Nor: "Sekali tonton terasa tidak puas. Ada tarikan yang membuatkan timbul keinginan untuk menyaksikannya sekali lagi". Mungkin ada betul katanya ini. Kerana saya tidak merasa puas hati menonton sekali filem ini, kerana saya tidak percaya sebuah filem boleh dibuat seburuk ini.

[ Last edited by cocklea on 4-10-2003 at 02:16 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2003 02:17 AM | Show all posts
aku rasa review atau ulasan filem patut dibaca selepas nonton sebenarnya...sebab maksud Ulasan ialah mengulas bende2 dalam filem tuh....kupas dan bincangkan dari segala sudut...teknikal cerita...dan sebagainya......sebab tu ulasan filem memang takboleh elak daripada mengadungi SPOILER......
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2003 02:24 AM | Show all posts
hui..bes gile komen nizam tu!

tahapahapa ntah.tak lawak langsung.dan mmg betul kalo hantar luar negara org akan kata org melayu ni materialistik.nak yg lawa je.bengong nak menggunakan org gemuk sebagai bahan ketawa.sekurang2nya dlm citer shallow hal jack black(watak utama lelaki) respect gwyneth dan sanggup pertahankan dia.ni dlm CK nak pompuan lawaje.
and nak kata nutty professor tu merapu gemuk(dlm berita harian),sekurang2nya dia di'potray'kan dlm suasana positif dimana janet jackson menyintai dia kerana diri dia sendiri.

tapi ending cinta kolestrol mmg padan muka watak yusry tu.mmg patut dikenakan.still aku rasa tahapahapantah

[ Last edited by IrvingLorenzo on 4-10-2003 at 02:43 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2003 02:34 AM | Show all posts
Well...kalo korang nak baca past artikel semua kat : -
http://nizamzakaria.diaryland.com/older.html
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2003 03:29 AM | Show all posts
uiks..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.104677 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list