CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10655|Reply: 72

Fouziah Gous ganti Neelofa?

[Copy link]
Post time 25-3-2014 05:44 PM | Show all posts |Read mode
RANCANGAN Nona yang disiarkan di TV3 cukup sinonim dengan dua aktres jelita Fara Fauzana dan Neelofa yang bertindak sebagai pengacara.

Bagaimanapun pada Ahad lalu, Fara Fauzana dilihat tidak ditemani oleh teman pengacaranya itu, sebaliknya digandingkan dengan pelakon filem Otai iaitu Fouziah Gous.




Kemunculan pelakon itu menimbulkan tanda tanya kepada peminat program berkenaan sekali gus timbulnya desas-desus yang menyatakan dia bakal menggantikan tempat Neelofa.

"Ia tidak benar sama sekali. Saya hanyalah menjadi pengacara jemputan.

"Kebetulan, waktu itu saya baharu saja tamat penggambaran pada sebelah pagi dan sedang berkelapangan sementara menunggu waktu penggambaran pada sebelah malamnya.

"Lagi pula, ia dilakukan di sekitar Kuala Lumpur dan berhampiran dengan lokasi penggambaran berikutnya," tegasnya.

Ketika ditanya mengenai pengalamannya sepanjang mengacara rancangan berkenaan, pelakon Sutera Maya ini memberitahu: "Ini adalah percubaan pertama saya.

Biarpun agak bimbang pada awalnya, tapi saya tetap ingin mencuba.

"Oleh itu, saya harap peminat tidak menjangka sesuatu yang lebih daripada saya," katanya.

Begitu pun, pelakon Sutera Maya ini sedia berkongsi pengalamannya sebagai pengacara jemputan dengan peminatnya.

Jelasnya, banyak ilmu yang dipelajarinya sepanjang tempoh penggambaran terutamanya mengenai isu semasa sementelah lagi Nona adalah satu rancangan yang berbentuk informasi.

"Bidang pengacaraan adalah sesuatu yang baharu bagi saya kerana saya tidak pernah mencubanya.

"Banyak yang saya pelajari tentang ‘camera angle’ dan paling penting sekali tentang isu semasa.

"Alhamdulillah, pihak produksi dan Fara Fauzana banyak membantu," katanya.

Ketika ditanya, tidakkah dia mahu menjadikan pengacara sebagai salah  satu profesion kerja dirinya, Fouziah dengan tegas menjelaskan: "Fokus utama saya tetap pada bidang lakonan dan perniagaan yang baharu diceburi.

Lagi pula, saya hanya dijemput menjadi pengacara Nona hanyalah untuk satu episod. "Saya terima tawaran itu pula semata-mata  untuk menimba pengalaman.

"Tapi, saya ada juga menerima beberapa tawaran lain, namun saya tidak bersedia untuk menerimanya," katanya. Tambahnya lagi, ia juga perlulah seiring dengan komitmen dan kemampuan diri dalam melakukan apa-apa pekerjaan sekali pun.

Tunggu zuriat Sementara itu, bercerita mengenai sisi peribadinya pula, Fouziah yang telah enam bulan bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Md Zhafran Mohd Yusof memberitahu  mereka tidak pernah merancang mengenai zuriat.

"Saya dan suami tidak pernah merancang. Kami hanya mengikut saja apa yang telah ditetapkan. "Jika ada rezeki, adalah. Kami berbesar hati menerimanya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Fouziah kini sedang menjalani penggambaran drama berjudul Masihkah Ada Cinta di samping Amar Asyraf, Siti Elizad, Shah Iskandar dan Fadilah Mansor untuk slot Samarinda, TV3.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2014 05:59 PM | Show all posts
kebetulan?? between shooting? oi oi oi...
penerbit nona ni main tangkap muat je ke? jumpa tepi jalan, amek jadik pengacara? takde meeting, planning segala?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2014 06:10 PM | Show all posts
pemilihan mcm cap ayam
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2014 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
No fafau pls
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2014 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cukuplah 1 episod tu jer
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2014 07:10 PM | Show all posts
1 episod je kan ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2014 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya dh djelaskn masa miss fake pukul canang dpt ganti neelofa hari tu..kontrak 2014 dkekalkn lofa dan fafau..tp pngacara jmputan akan dpnggil in case salah sorang xdpt hadir or ada komitmen lain....

Tp iols suka so wincci jd pngcara...pecah tradisi giteww..org nya cantik manis..cuma perlu praktis lg bahasa melayu dia...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2014 07:56 PM | Show all posts
lofa kt LA lg k?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2014 08:08 PM | Show all posts
Tukar la orang lain...semak arr tgk fafau n lofa fu...xde karisma langsung...norjuma kan dah cerai..bole muncul kat tv..panggila norjuma habib
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2014 08:34 PM | Show all posts
tukar fafau laaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2014 08:40 PM | Show all posts
alamakkk..fafau patut di tukar
pengacara sepatutnya yg cantik, kurus & berkaliber
plisss lah
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 12:39 AM | Show all posts
oyah menyampah dgn pujiah gous ni, tak tahu kenapa. hmm hmm hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 05:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Nham22 posted on 25-3-2014 01:08 PM
Tukar la orang lain...semak arr tgk fafau n lofa fu...xde karisma langsung...norjuma kan dah cerai.. ...

sama lah... Tak sesuwei betul lopak tu mengacara nona. Ambil balik norjuma la. Tag team dgn norfazura kak lang tu boleh? Fazshionista boleh cerita n share tips fesyen n style. Juma pula tentang kehidupan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
x tengok pn
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
edoraixora posted on 25-3-2014 07:03 PM
Cukuplah 1 episod tu jer

kenapa? lopak lbih baik ke?
aku x tengok pn
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 08:07 AM | Show all posts
xbest langsung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2014 08:24 AM | Show all posts
tukar la fafau tu
nampak fake sgt
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 08:35 AM | Show all posts
macam tak sesuai je pooja ni jadi pengacara. erk
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 08:56 AM | Show all posts
aku suke tgok nona y dulu2 zaman ezzah aziz fauzi,nurfarahin jamsari,normala shamsuddin...kalu boleh y majlis2 kawin 2 ambik lh y ade suasana kampung...asyik2 org2 kaya je kawin...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
bandung_cincau posted on 26-3-2014 07:14 AM
kenapa? lopak lbih baik ke?
aku x tengok pn

Entah...aku tgok pun sekilas jer
Sbab ade die, aku x bleh nk hadam sgt kalo ade die
Aku x suke die....knape? Aku pn x tau
Kalo dlm drama2 ade die as a lead
Mmg aku x tgok la drama tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.176192 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list