CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DTECCONAN

[Tempatan] Kontrak pengerusi Bank Rakyat, Sabbaruddin Chik tak diperbaharui

[Copy link]
Post time 26-5-2014 06:46 PM | Show all posts
well
erm
gosh

dulu
kini
selamanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2014 06:56 PM | Show all posts
Pada akulah mmg tak patut. Tapi kalau dia langsung tak bayar hutang and escape ala kes nfc lagi haru. At least dapat balik duit tu, tanpa interest lah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 07:08 PM | Show all posts
Sabbaruddin Chik salahkan menteri, kontrak pengerusi Bank Rakyat tak diperbaharui                                                

OLEH MD IZWAN
May 26, 2014
Latest Update: May 26, 2014 09:08 am                        
                                                                                                                                                        
Tan Sri Sabbaruddin Chik ditemuramah media di Jalan Setia Bakti, Bukit Damansara. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 26 Mei, 2014.Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendedahkan khidmatnya tidak disambung gara-gara pinjaman bernilai RM40 juta yang dibuat oleh seorang individu yang rapat dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Sabbaruddin memberitahu The Malaysian Insider, individu tersebut menggunakan jaringan politiknya untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah.

"Individu yang berhutang tersebut tidak sepatutnya berbincang dengan menteri, hutang beliau dengan Bank Rakyat jadi kenapa perlu jumpa menteri?".

Sabaruddin mendedahkan individu tersebut bertemu dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek yang bertindak masuk campur tangan.

"Malah apabila menteri dapat tahu, dia berkata 'saya boleh pecat kamu semua'," kata Sabbaruddin merujuk kepada Hasan.

Sabbaruddin memberitahu Lembaga Pengarah Bank Rakyat pada mulanya untuk menolak penyelesaian mudah yang diberikan bagi menyelesaikan baki pinjaman individu tersebut dengan tempoh bayaran selama 10 tahun melalui 120 keping cek "post dated".

"10 tahun bayar hutang tanpa faedah, maknanya bank rugi tanpa faedah," kata Sabaruddin menjelaskan mengenai penyelesaian mudah tersebut.

Menurut Sabbaruddin, selepas keputusan tersebut, Hasan tidak berpuas hati dan enggan menandatangani surat untuk menyambung khidmat beliau sebagai pengerusi Bank Rakyat.


        
Sabbaruddin menunjukkan surat yang ditandatangani Datuk Seri Hasan Malek yang mendedahkan perbincangan pada Januari dan mengarahkan Bank Rakyat supaya mengikut telunjuknya – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 26 Mei, 2014.
"Sebenarnya penggal saya berakhir pada 8 April dan Bank Negara sudah bersetuju, tetapi menteri tidak mahu menandatangan," katanya.

Malah, Sabbaruddin juga mendedahkan Hasan mengadakan pertemuan dengan individu tersebut di luar pengetahuan Bank Rakyat pada Januari lalu.

"Selepas itu baru kita tahu sudah ada mesyuarat pada Januari lalu, cek sudah tersedia untuk bulan Januari, Februari dan Mac cuma tunggu didepositkan sahaja," kata Sabbaruddin.

The Malaysian Insider difahamkan individu yang berhutang tersebut merupakan pemilik kepada sebuah syarikat karpet di ibu kota yang pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini.

Sabbaruddin juga menunjukkan surat yang ditandatangani oleh Hasan kepada The Malaysian Insider yang secara jelas mendedahkan perbincangan pada Januari dan mengarahkan Bank Rakyat supaya mengikut telunjuknya.

Kemelut tersebut menjadi serius apabila Pengarah Urusan Mustafa Razak diarahkan membawa perkara tersebut ke Lembaga Pengarah Bank Rakyat untuk bersetuju dengan pembayaran hutang itu pada Mac lalu.

Bahkan, Sabbaruddin berkata Bank Rakyat sehingga kini tidak lagi mempunyai pengerusi selepas khidmatnya tidak disambung.

"Sampai hari ini, pengerusi baru Bank Rakyat belum ada pengganti," kata beliau.

Cubaan The Malaysian Insider menghubungi Hasan gagal kerana beliau sekarang ini berada di luar negara atas urusan kerja.

Individu berhutang itu pernah mencetuskan kontroversi sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu.

Beliau juga pernah menyaman Putrajaya kerana melanggar perjanjian tanah di Bukit Raja, Selangor, dan ditarik balik pada hari yang sama.

Kemudiannya, syarikat milik tabung kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd mengumumkan pada 2012 membeli 80% saham syarikat individu tersebut, Astacanggih Sdn Bhd dan sebidang tanah bernilai RM130 juta milik Awan Megah Sdn Bhd, syarikat ketua wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah. – 26 Mei, 2014.
Last edited by ifanonline on 26-5-2014 07:11 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 07:10 PM | Show all posts
kahkah...ini lah perangai melayu sebenarnya...pastu salah kan cina...perangai pun cam setan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 07:12 PM | Show all posts
sebenarnya rasuah dlm BN ni dah nak tunggu putus nyawa sahaja...terlalu parah dah...kanser yg tiada ubat nak tunggu mati shj...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2014 07:20 PM | Show all posts
Adoiyaiii... Kurang la dividen camni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2014 01:18 AM | Show all posts
ko xsuka bank rakyat berambus...pi bank lain bank maybank ada cimb ada


-Husin Hasan Malik
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 04:12 AM | Show all posts
ARTIKAL BERKAITAN

Najib Razak digesa beri penjelasan skandal pinjaman RM40 juta

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 26 MEI : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digesa memberi penjelasan berhubung pendedahan bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik yang mendakwa khidmatnya tidak disambung ekoran pinjaman bernilai RM40 juta dibuat seorang individu yang rapat dengan pentadbiran Najib, baru-baru ini. Setiausaha DAP, Lim Guan Eng berkata Najib perlu menjelaskan kepada rakyat individu dimaksudkan mempunyai pertalian rapat dengan pemimpin BN dan mempunyai kuasa dalam Putrajaya. Selain itu, katanya, Najib juga perlu menjelaskan asas untuk Bank Rakyat meluluskan pinjaman terbabit.

http://bm.selangorku.com/


lagi satu macang BSN Commocial ...ke ni ..pengerusi nyo dulu Zaihd Hamidi.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2014 07:32 AM | Show all posts
airfilterkotor posted on 26-5-2014 04:34 PM
Aikk...riba-free pun kena sorok-sorok gak ker?

bukan lah macam tu, tetiba aku terfikir tahap kerahsiaan dalam sesuatu perkara
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 06:47 AM | Show all posts
ARTIKAL BAU BACANG

SPRM patut siasat skandal pinjaman RM40 juta

SHAH ALAM 27 MEI: Pakatan Rakyat menggesa Suruhanjaya Pencegahanan Rasuah Malaysia (SPRM) campur tangan dan membuat siasatan skandal pinjaman RM40 juta Bank Rakyat seperti didedahkan bekas pengerusi bank itu, Tan Sri Sabbaruddin Chik. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata SPRM tidak boleh berdiam diri dalam isu tersebut kerana ia membabitkan kepentingan awam. “Bagaimana Datuk Seri Hasan Malek selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan boleh membuat keputusan menyelesaikan hutang RM32 juta tanpa kiraan faedah.

http://bm.selangorku.com/
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 06:55 AM | Show all posts
ARTIKAL BAU BACANG

Penyelesaian pinjaman Deepak belakangi keputusan lembaga pengarah, kata Sabbaruddin Chik
OLEH MD IZWAN
MAY 27, 2014
LATEST UPDATE: MAY 27, 2014 04:26 PM

Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik menjelaskan keputusan memberikan penyelesaian pinjaman menerusi cek "post-dated" kepada ahli perniagaan Deepak Jaikishan yang didedahkan semalam membelakangi keputusan awal yang dibuat oleh lembaga pengarah.
Sabbaruddin berkata pada awalnya lembaga pengarah menolak cadangan tersebut tetapi kemudiaannya terpaksa akur susulan campur tangan seorang menteri dalam isu tersebut. "Cuma saya hendak terangkan sekali lagi, yang tidak bersetuju itu bukan saya tapi yang tidak bersetuju adalah keputusan keseluruhan oleh lembaga pengarah, bukan saya tidak bersetuju," kata Sabbaruddin kepada The Malaysian Insider hari ini. .......

........Kemudiannya, syarikat milik tabung kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd mengumumkan pada 2012 membeli 80% saham syarikat Deepak, Astacanggih Sdn Bhd, dan sebidang tanah bernilai RM130 juta milik Awan Megah Sdn Bhd, syarikat ketua wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah. – 27 Mei, 2014.

http://www.themalaysianinsider.com/
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 07:48 AM | Show all posts
Cibet punya menteri umngok
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2014 02:18 PM | Show all posts
jawapan bank rakyat

sumber : http://www.themalaysianinsider.c ... interest-free-finan

Bank Rakyat denies Sabbaruddin Chik’s claim it agreed to interest-free financing repayment

Bank Rakyat today refuted the allegations by its former chairman Tan Sri Sabbaruddin Chik (pic) that it had agreed to a financing repayment without any interest.

In a brief statement issued by the bank's public relations department, Bank Rakyat said it followed the Islamic financing mechanism, of which the element of interest does not arise.

"However, profit will be charged to any financing issued to customers," the bank said.

"Each financing is a sales and purchase agreement which includes elements of profit and administrative costs such as late payment charges.

"We would like to stress that all of our financing and repayment by our customers include the elements mentioned.

"As far as the bank is concerned there is no repayment and financing that is without profit and administrative charges," Bank Rakyat said in the statement.

The bank also clarified that none of its board members had been terminated.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2014 02:21 PM | Show all posts
jwpn hasan malek,

I am prepared to be investigated over Bank Rakyat’s loan to businessman, says minister

BY V. ANBALAGAN, ASSISTANT NEWS EDITOR
May 30, 2014

A defiant Datuk Seri Hasan Malek (pic) has challenged anyone to prove that he had committed a wrongdoing by persuading Bank Rakyat to give controversial businessman Deepak Jaishikin a sweetheart deal which involved an interest-free RM32 million loan.

Despite the deal being unprecedented, the Domestic Trade, Cooperative and Consumerism minister, who had earlier refused to answer questions on the loan, told The Malaysian Insider that "everything was done above board".

Hasan was accused of giving Deepak a deal where the carpet dealer could pay off the loan, without interest, and through post-dated cheques for the next 10 years.

"I am ready to face the opposition if they claim (there were) any wrongdoings. Everything in that matter was done according to government policies,law and regulations," Hasan shot back at the Malaysian Insider after attending the ministry's monthly gathering and its enforcement agency day celebration in Putrajaya yesterday.

Opposition lawmakers are demanding that Putrajaya and Bank Negara explain how Deepak was given such a deal.

Hasan was initially reluctant to discuss the matter as he said former Bank Rakyat chairman Tan Sri Sabbaruddin Chik and the bank had issued statements on the issue.


Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2014 02:23 PM | Show all posts
p/s : bkn ke semua institusi perbankan tertakluk dgn bafia 1989 n islamic banking act 1983.

jd kalau x puas hati sila buat report,
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2014 02:25 PM | Show all posts
badaksumbu posted on 31-5-2014 02:18 PM
jawapan bank rakyat

sumber : http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/bank-rakyat-deni ...

apa citer ni..1 lagi fitnah ke??diharap hassan, bank rakyat n bangla ni sila bawa kes ni ke mahkamah kalau betul ianya 1 fitnah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2014 02:33 PM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 31-5-2014 02:25 PM
apa citer ni..1 lagi fitnah ke??diharap hassan, bank rakyat n bangla ni sila bawa kes ni ke mahkam ...

ya, patut bank rakyat saman kalau x betul, bg perception buruk kpd bank rakyat. kalau ikutkan artikel awal deepak kena bayar rm40 juta utk settle loan 32 juta dia, dah blh nampak profit kat situ. i financing.

yg hasan malek tu mcm ada salah guna kuasa je. guna pengaruh dia sbg menteri dptkan loan utk deepak.



Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2014 02:35 PM | Show all posts
badaksumbu posted on 31-5-2014 02:33 PM
ya, patut bank rakyat saman kalau x betul, bg perception buruk kpd bank rakyat. kalau ikutkan arti ...

xder plak diceritakan dalam artikel tu berkenaan gunakan pengaruh untuk luluskan loan??yang diceritakan gunakan pengaruh untuk selesaikan loan tanpa faedah..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2014 02:42 PM | Show all posts
Nk masuk mahkamah ka.tgu dlu kasi reda..tgu tgu tgu tgu tgu tgu...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2014 02:52 PM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 31-5-2014 02:35 PM
xder plak diceritakan dalam artikel tu berkenaan gunakan pengaruh untuk luluskan loan??yang diceri ...

surat yg sabaruddin bwk ms pc tu mungkin surat sokongan dpd hasan malek utk deepak dpt loan rm40 juta. yg pinjaman tanpa faedah tu mungkin  sabaruddin chik salah faham, i financing mmg xde faedah, ada profit je.

apa2 pun kalau dah ada bukti sila buat report, jgn baling batu sembunyi tangan.

Sabbaruddin juga menunjukkan surat yang ditandatangani oleh Hasan kepada The Malaysian Insider yang secara jelas mendedahkan perbincangan pada Januari dan mengarahkan Bank Rakyat supaya mengikut telunjuknya.


Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendedahkan khidmatnya tidak disambung gara-gara pinjaman bernilai RM40 juta yang dibuat oleh seorang individu yang rapat dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.


Sabbaruddin memberitahu The Malaysian Insider, individu tersebut menggunakan jaringan politiknya untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.136764 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list