|
[Tempatan]
Ikan keli berulat - Pembeli harus berwaspada
[Copy link]
|
|
Saya sebagai penyiasat persendirian yang hebat sudah tahu punca ikan keli ini berulat.
Melalui siasatan yang telah saya lakukan dengan menonton video tersebut, saya mendapati bahawa ikan keli itu adalah ikan keli yang telah dimasak, namun ikan itu sudah beberapa hari lamanya kemudian dijual kembali untuk mengelakkan pembaziran atau mungkin ia strategi perniagaan.
Ikan keli itu barangkali telah dibiarkan terdedah dengan jangkamasa tertentu, menyebabkan lalat jenis Lucilia cuprina yang kotor menghinggapi ikan keli tersebut dan bertelur. Setelah beberapa hari, akhirnya ia menetas.
Ada kemungkinan besar bahawa ikan keli ini tidak dipanaskan semula sebelum dijual kembali.
Memasak dengan hati kerana mengejar duit pasti tidak akan bersih. Kerana itulah, makanan yang dimasak isteri dengan penuh kasih sayang harus sentiasa dijadikan pilihan. Apabila dimasak dengan kasih sayang dan keikhlasan, maka benda-benda kotor tidak akan ada di dalam makanan.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak berapa masak ikan tu...lagi satu mungkin selepas masak....tak tutup dgn sempurna so dihinggap lalat..maka terjadilah maggot2 itu...hu3...
sebab itulahhh akak jarang beli kat PARAM...penat mcm mana pun..masak jugak sendiri..walaupun sekadar goreng telur..... |
|
|
|
|
|
|
|
JiwaKental posted on 9-7-2014 09:05 PM
Saya sebagai penyiasat persendirian yang hebat sudah tahu punca ikan keli ini berulat.
Melalui si ...
info bagus.
tapi kalu panas kan balik xda la cacing tu? selamat dimakan la?
|
|
|
|
|
|
|
|
ramadhan pertama je pegi bazar lepas tu masak sendiri. lagi terjamin kebersihan. nak makan pun tak ragu-ragu |
|
|
|
|
|
|
|
piao posted on 10-7-2014 12:48 PM
info bagus.
tapi kalu panas kan balik xda la cacing tu? selamat dimakan la?
Terima kasih,
Makanan seperti itu sudah dikategorikan sebagai basi atau bangkai kerana tidak 100% dimasak. Makanan yang basi atau bangkai jika dipanaskan kembali tetaplah basi dan kotor dan akan mengalami pelbagai penyakit yang merbahayakan kesihatan.
Manakala ulat itu adalah haram dan berdosa untuk dimakan di dalam ajaran agama Islam, walaupun ia sudah mati ketika ikan keli itu dipanaskan kembali.
Last edited by JiwaKental on 10-7-2014 08:37 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada yg kata ikan keli yg diternak makanan nya lemak ****.... wallahualam. .. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_blingblings posted on 9-7-2014 02:54 AM
patutlah azwan ali cakap kebanyakan makanan kat bazaar ramadan sampah!!
ni semua akibat makanan t ...
so apa yang azwan ali cakap tu betul. memang peniaga tu masak balik sampah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|