geenie posted on 18-8-2014 01:49 PM
aku cume terfikir la... klau org dah mati, akaun bank, bleh aktif lg eh?
tak dibekukan ker?
...
penumpang mh370 ni consider orang hilang, ada time frame dia untuk disahkan tiada lagi didunia untuk keluarkan sijil mati dan insuran. so sementara tu tak boleh lagi tutup accaunt. orang bank pandai la manupulate walau dibeku.
my friend yang hilang dilaut china selatan dengan skyhawak nya ambil masa 7 tahun..baru isterinya dapat duit insuran, pencen etc etc.. Last edited by kelana36 on 18-8-2014 02:10 PM
Kuala Lumpur: Seorang pegawai bank dan suaminya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebentar tadi, atas pelbagai tuduhan termasuk mencuri, memindah dan mengeluarkan wang serta menggunakan dokumen palsu membabitkan wang berjumlah RM110,643 milik empat mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.
Tertuduh Nur Shila Kanan, 33, dan suaminya Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.
Nur Shila didakwa dengan 12 pertuduhan manakala Basheer yang bekerja sebagai mekanik, pula menghadapi tiga pertuduhan.
Mat Ghani kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing dijamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport milik mereka diserahkan kepada mahkamah.
Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud dan Muhd Ilmami Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hakeem Aiman Mohd
Mahkamah menetapkan pada 25 Ogos ini bagi sebutan kes.
Sumber: Harian Metro
FB dia pun ada (Shila Kanan). Kerja HSBC rupanya..
Gelap mata tengok duit.. tak ingat ke anak ke... Last edited by blinkazwa on 20-8-2014 03:13 PM