CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mai-shi

Feeling down. Tolong motivate sy.

[Copy link]
 Author| Post time 3-5-2015 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Wakai replied at 28-4-2015 07:12 PM
apa kata sambil2 mengajar tu, awak belajar menjahit via youtube, blog pulak..mana tahu kan rezeki, s ...

Seronok jugak lagi2 kalau dpt letak harga berpatutan.. Sekarang menjahit sangat mahal. Kelas auntie tu pun RM370/24 hours. kalau diKL atau bandar lain tak tahulah berapa pulak..

Tapi yang murah pun orang ambil tak endah tak mahu datang kelas.. Yang mahal mcm kelas auntie tu orang mau datang sbb mahal.. Macam2 orang kita ni.. Hehe.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-5-2015 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
anwarnuwa replied at 2-5-2015 09:00 AM
mungkin ko rasa better lepas dengar citer aku. aku one of best student dalam kos aku. tapi susah dap ...

Dulu waktu praktikal sy praktikal kat company besar di cyberjaya.. Sy pun apply utk keje situ.. sy dpt utk interview tapi tak dapat pergi waktu tu mmg kecewa sgt sbb tak dpt pergi.. Kerja situ senang sbb mmg kena dgn kos sy 100%. Apa yg sy belajar. Tp tulah tak ada jodoh..

Sy pun nak tunggu la semoga ada rezeki lain sambil buat kerja lain, belajar benda lain.. Seboleh2nya tak nak buang masa.. Nak belajar sebanyak masa yg boleh..

good luck dgn bisnes awk. Seronok buat bisnes sy dulu pun byk belajar bertenang, tak gopoh. Kalau gopoh tak seronok..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2015 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih semua.. Tak sangka ramai yg share cerita dgn sy utk motivate sy.. terima kasih byk2.. Tak rugi rasa kongsi cerita kat sini. Sebelum ni cerita kat kawan tp sekadar meluah je.. Action utk jangka masa panjang tak ada..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2015 09:55 AM | Show all posts
Kat forum ni boleh jea luah apa2, xde masalah...

tapi jiwa kena kental, sbb tak semestinya dapat nasihat, hencapan, kutukan dan sewaktu dengannya pun banyakkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2015 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
saya tak pandai quote guna handphone tapi saya setuju dengan saranan (?) ibu bapa awak.

ibu bapa saya pun ada pesan (beritahu), sebelum kahwin, kerja dulu. tapi dalam masa yang sama, mereka juga selalu pesan, bila kerja beli rumah dulu, ibu bapa akan tolong bayar sikit2. jadi priority nya ialah kerja --> rumah --> kahwin. ini menurut pandangan ibu bapa saya, dan saya juga sebenarnya agak bersetuju

eh, avatar awak itu ahli snsd ke? hen ke ai
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 08:43 AM | Show all posts
satu benda penting dalam nak jaga hati dan tenang menghadapi rezeki...ni bedasarkan experience aku, aku cakap kat ko dik...aku anggap ko adik sbb lbih kurang adik bongsu aku... cerita pon lebih kurang...

1.syukur banyak2...melalui lisan dan perbuatan. lepas smayang or time free jagalah hamdalah... ucap banyak2 n fikir nikmat lain . dapat duk dekat ngan mak ayah adalah satu nikmat yg tak semua org dpt skarang. dah dpt peluang berkhidmatlah sebaik mgkin kat diorang.

2. lepas subuh jgn tido. even weekend. gi bebual ngan maka ayah ke...joging ke apa... time ni rezeki terbuka luas...

3. amalkan baca surah ali imran ayat26-27. ayat senang sangat ni. tp besar nilai dia... tengok terjemahan dia Allah kata apa...paham dan hayati...

4. jaga hubungan dgn Allah n mak ayah. bnda pnting. Rezeki mesti dtg mencurah2...jadi anak yang baik ngan diorang n sabar semua kerenah diorang... layan jee

5.Istighfar banyak2...ni punca segala kebaikan... temasuk buka lagi bnyk rezeki n selesaikan semua masalah.

6. Sedekah. diam2 je sedekah walau banyak mana pon bagi...atau sikit mana pon kita mampu. takyah cerita sikit pon! lagi bagos niat kat pahala kat mak ayah sekali.


ok tu antara tips nak jaga hati tenang dlm rezeki n hidop. tak payah duk pk pandangan org sgt2... kalau niat nk smbung belajar tu dah ada bila2 masa dia muncul.


adik aku hadap bnda sama je mcm tt ni... duk ngajar tadik gak skarang. haritu duk apply sambung degree course2 dia nak semua tak dpt sbb dia takde muet...kawan2 dia semua dh amik dgree,

so aku cakap proceed apa yg dia wat... improve English dia bukan untuk muet je tp untuk masa depan time2 keja n untuk dunia luar..baiki cara hidop...lpas subuh jgn tido!

dia wat jgak slow2...alhamdulillah smalam dpt berita muet dia result bagos. sbb aku ade dgr dia duk speaking2 macam makin bagos...

mengajar tu keja mulia... teruskan je bina pahala... menjahit pon keja mulia sbb sediakan medium orang tutup aurat. so buatlah sehabis baik untuk diri , Tuhan n ibu bapa. kebaikan lain dtg kemudian. chow
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2015 10:05 AM | Show all posts
MeetJoeFly replied at 6-5-2015 08:43 AM
satu benda penting dalam nak jaga hati dan tenang menghadapi rezeki...ni bedasarkan experience aku,  ...

terima kasih utk renungan pagi ini. terpaku dan rasa malu sb merungut increment x masuk2 lg...

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
wan_fizah replied at 6-5-2015 02:05 AM
terima kasih utk renungan pagi ini. terpaku dan rasa malu sb merungut increment x masuk2 lg...

Welcome. Sabar. Luaskan pandangan ke arah rezeki lain. Ada tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2015 10:49 AM | Show all posts
Edited by Hana at 6-5-2015 10:52 AM

Dah jadi MELAYU dan duduk pulak dlm masyarakat MELAYU, mmg le gitu. asyik ditanya dan ditanya dan disoal.kenapa begitu. kenapa begini.
MELAYU  nie, kalau tak bzbody pasal orang lain, mmg tak sah hidupnya.
kalau tak bertanya soalan peribadi & kondem & judge orang lain, mmg sah hidupnya.

aku rasa, TADIKA tu ada peluang yang luas dimasa hadapan
skrg ko muda lagi mmg tak nampak - gaji kecik tak setaraf orang lain tapi, ko sabarlah.
ambil pengalaman mengajar byk2 kat tadika.
kalau nak further study pun, dlm bidang tadika-supaya boleh bukak TADIKA sendiri.
org skrg nie suka tadika english-islamic - cost yang affortable.

bila dah ada pengalaman + sijil2 berkaitan + ada  MODAL = boleh bukak tadika sendiri.

aku dah tengok contohnya-kawan aku. kawan sekolah rendah.
dia grad dlm accountancy. tak jadi akauntan pun. dia tak minat. aku pun tak minat.
tapi, aku tetap jadi kuli orang.
dia jugak, jadi businesswoman.bukak tadika sendiri.berkawan dgn rakan2 skolah kitaorg. ada 2org rakan skolah kitaorg jadi guru tadika kat tempat dia.
best kan?
tapi, take times la.
mmg perjalanan mmg lambat lagi. dah 10tahun kot, baru berjaya bukak tadika sendiri.

yela. aku pun dah tua gak. tua2 masih jadi kuli swasta. berharap tak kena buang keje wp keje byk nak mampus.
kawan aku, tua2 jadi pengetua tadika. wp keje dia banyak tapi, itu tadika dia punya. takpela keje byk nak mampus pun
oh ya. kawan aku bukak tadika franchise. Little Caliph kat wangsa maju. haa.itu kawan aku tu.tak tipu ok.
aku dok jauh, so, tak dpt la hantar anak aku ke tadika dia tu.
perjalanan nak hidup senang mmg susah sket utk certain orang2 terpilih.




Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 10:53 AM | Show all posts
Pelindung replied at 28-4-2015 06:56 PM
teruskan jadi guru tadika tu sambil belajar macamana handle budak2. pahtu kt situ nko belajar cara n ...

betul..betul..betul..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 10:57 AM | Show all posts
Edited by Hana at 6-5-2015 10:58 AM

jadi tukang jahit pun ok gak. income masyuk ooo.. selagi ada JAKEL

jiran umah MIL aku, tukang jahit. dia ambik tempahan PUKAL. ada 2 org pekerja. keje dari umah lagi.
tapi, umah dia tak de rupa umah IMPIANA la. ala ala kedai.
ada rak display. ada kain2.

tapi, jahitan dia mmg lawa cuma tu la. dia tak ambik tempahan takat 1-2 helai baju kurung. nak buat misti bilangan banyak. mcm 5org ke atas ke.
aritu ajek aku hantar jahit utk awining tudung sbb aku tahu jahitan dia kemas. nak hantar baju kurung tak berani-sbb dah tau konsep dia mcm mana.
tapi, dapat balik lambat arr..

aku nie selaku orang tua, baik ko menjuruskan pekerjaan yang guna kemahiran ko or bila tua2, ko sendiri jadi bos. sebab bila dah tua2, rasa malas nak bekerja tapi, duit nak.

tapi, jangan terlibat dgn MLM pulak. aku rasa, business beli orang tak bertahan lama.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kata menjahit??jdkan menjahit sbgai kerjaya kau.
Kenalan ada diploma dlm bidang komputer,tp belajar menjahit.dia mula menjahit,banyak gila tempahan.baru umur 23 dah pakai grand livina ok.

Aku cadangkan kau selain menjahit baju..buat blouse,buat skirt labuh,buat tudung..jual benda tu permintaan tinggi.xpayah lah ko makan gaji.

Nak cakap kehidupan lebih teruk..aku rasa berbanding kau..aku lagi teruk dulu.sbb apa aku alami kesusahan dr kecil,hingga aku merungut knp kesusahan utk aku xsudah.aku pernah xsolat n xpercaya akan kewujudan tuhan sbb dugaan bertimpa kot dr kecik.tp bila pikir balik,tuhan syg aku..banyak pkara yg dia selamatkn aku dan mls nak merungut.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2015 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku cakap kau bodoh karang kau marah..dah boleh jaga kedai sorang sorang n boleh jahit 30 baju sebulan..buka je lah kedai jahit..kalau xberani nak pinjam duit dengan abang abang or xyakin dengan diri sendiri..amik tempahan n wat kat rumah je dulu..

Teruskan menjahit..kau pasti boleh berjaya..

Keje tadika tu xyah lah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 08:02 PM | Show all posts
aku nmpak ko ni kene tune ckit mind set tu...

sume org penah melalui saat2 down. cara kita handle dgn masalah tu je yg tentukan kita akan success or terus tenggelam dgn rasa down.

aku sajes ko jgn dekati org2 yg berunsur negatif ni. org yg negatif ni termasuk lah suka perli, suka down kan org suka marah2, suka merungut, myalahkan org (ko pun kene kene kasi syuh unsur2 menrungut dlm diri ko jugak ni).
aku tgk org yg negatif ni, bila kita bagi penyelesaian, dia akan nmpak problem jugak, mana2 cara pon jadi susah kat dia... so, ko jgn jadik cam tu...set kan dlm otak ko, satu hari nanti ko akan dapat keje, jadik kaya, boleh beli kereta, umah...

pasal makcik pkcik yg suka brtanya bnda2 yg buat ko rasa menyampah tu, ko tong sampah kan respons dorg. penah dgr tak, org2 yg berjaya dllm hidup sebelum ni mcm mana life dorg? teruk kene kondem kan. tapi apa yg mnyebabkan dorg sukses? selain sbb usaha dorg sndri, org yg brjaya ni punya hati kering. bo layan kan saja apa org nak kata

percaya lah ckp aku, sbb aku penah apply benda ni bila ada problem besar menyinggah.. aku ada la meroyan bberapa ketika, tapi lepas tu cpt2 tune balik, "ok...tak pe, benda ni bole setel, bole setel, mesti ada cara.. ada org akan tolong aku buat, esok mesti akan ok"

aku ckp byk kali kat diri aku, biar nmpak mcm ckp sorang2, tp dgn cara kita berkata2 sendri mcm tu dgn secara tak lgsung kita akan menyerap aura positif ke sekelilling dan jugak ke dalam diri kita. when u feel good, it will be good.. betul, tak tipu..esok tu problem aku setel mcm magic! ada je org yg tolong aku, keje pon setel mudah dan cpt.

yang penting bila ko buat benda ni, ko kena ckp dgn yakin, it will be ok...mcam mana cara nya dia kan ok? biar la Tuhan yg aturkan.. cuma kita bila ditimpa masalah, jgn terlalu ralit sgt dgn masalah yg menimpa.. cth nya mcam, "sedih nye..keta aku asik rosak...abis la duit kopak" atau "mati lah aku, abis la...bos msti marah aku esok.." atau.." apsal la hidup aku malang sgt ni..." atau "apsal asik aku je kena, aku lagi aku lgi.." bila kita asik meratap2 mcm ni, kita menyerap benda negatif terus masuk, lagi kita sedih, bertambah2 sedih tak tenntu pasal dan selalu nya bila kita sebut dann fikir sperti mana kita ckp, mmg itu lah yg akan terjadi... Law of Attraction gituu... sila lah baca buku ni..

sejak aku baca buku ni, aku rasa mcm gigih dan bermakna betul hidup aku. keyakinan diri meningkat, rasa sihat, rileks, positif gile hidup, astero ceriah la hidup.. bukan xde masalah lgsung, tp cara ko tangani maslah yg dtg tu akan jadik lebih style <--- ok ni over ckit

so aku harap ko akan sukses lepas ni..fighting~


Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 09:07 PM | Show all posts
saya menangis mahu kasut baharu

saya berhenti menangis bila melihat ada orang tidak berkaki
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
rendezrous replied at 8-5-2015 08:02 PM
aku nmpak ko ni kene tune ckit mind set tu...

sume org penah melalui saat2 down. cara kita handle ...

Aku suka dgn penjelasan ko. Bab2 sedut aura positip tu. Timasehhh !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2015 03:49 AM | Show all posts
ala xde la sebak sgt mslh ko ni dik..
mslh akk lg truk dlu dik huhuhu

awk xdpt smbg stdy lg..mungkin xde rezeki lg...nanti bila awk dah dpt apa yg awk tgu selama ni kn..mse tu baru awk akan sedar knp aku dpt lambt dr org lain..segalanya ade hikmah gitew..

tp mmg jujurnya iols xfhm ngan masyarakat mlayu ni la..suka benar bertnya...
sbb tu xbape nk tenang hati kalau balik mesia...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2015 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes sama mcm saya..grad kejuruteraan tp xdpt kje yg org kate leh gah bile org tnye kje mn...
Ye..dulu pun sy mcm awak...sy kje promoter je smpi skarang...smpi ad mak sdre sy kate x nk kje lg elok ke...mcm2 die ckp smpi sy nak taip pun x larat..sy jeles bila ad kwn update ku pinang dgn bismillah #hondacity..tp sy fikir tu dh rezeki die..
Dan sy masih lagi anta resume sy merata2....
Ap org ckp buat pekak je...atleast awak x dok mengangkang je kn kt rumah...awak cari jugak duit utk maintenance awak sndri...
Jadi akhir kata 'buat bodoh' dan yakin rezeki dtg dgn bnyk cara..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2015 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
rendezrous replied at 8-5-2015 08:02 PM
aku nmpak ko ni kene tune ckit mind set tu...

sume org penah melalui saat2 down. cara kita handle ...

Nice weh... mind set kena tune. Itu mmg betul. Jgn pikir sgt ape org nak ckp. Sbb rata2 yg bercakap ni... emm biasanya makcik2 pakcik2 yg bertanya pemikiran mereka masih ditakuk lama. Masih lagi keje gomen bagus. Hahaha.. sama r dgn sedara-mara ako. Kenapa xkeje gomen...bagus ape. Itu lah ini lah... memcam r...tapi kite yg sudah berpikiran mengikut arus permodenan ni.. yg konon sudah belajar tinggi.. berpikir dan berattitude selayaknya lah. Diam kan saja bile dikondem. Pedulikan kata2 yg xsedap. Selagi kita x makan guna duit diorg... selagi kain baju spender mampu beli dri poket sendiri... biarkan saja mereka berkata2. Nnti dah penat mereka diam lah..

Untuk tuan tanah kedaung..  nasihat ako, klu ko sedat diri tu belajar xpandai mana... xpayah la pikir nape xdpt smbung study. Ko tahu berapa ramai manusia kat luar sana masih kerja berdasarkan spm even ad degree?

Ko patut bangga dgn diri ko.. sbb pandai menjahit. So ape lagi... tune kan kepala otak, pandang kedepan... buat planing tuk masa depan. Ako yg keje engineer ni pon hujung mniggu menjahit juga. Pi kelas menjahit... cari buku study. Sbb x selama nya ako nak keje makan gaji kan?? Kalau ako jadi ko... ako akan usaha n buktikan pada org yg perlekehkan ako yg ako pon boleh maju...

Selamat maju jaya lah ye...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 02:21 PM | Show all posts
TT..saya percaya TT da dpt byk maklumblas positif dari rakan2 foremer kita..

saya tak pasti, ada atau belum kawan2 bagi cadangan yg mcm sy nak bg ni...

TT, kan pandai jahit...n suka jahit jugak,kan..?
apa kata TT jual online...
buat satu akaun instagram..hashtag gambar lawa2..amik order..

cadangan brg, baju2 bb, aksesori bb, nak raya ni (padahal puasa pun belum..hehehe ), buat bj kurung or baju melayu kanak2 ke..sbb apa saya cadang gini, sbbnya, mak2 memang rajin nak soping2 online nih..nak2 bj yg comel2..owang pompuan memang gemar habiskan duit..fokus pd brg yg boleh menarik minat kaum mak2 ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.163211 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list