CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ultramantujuh

[Tempatan] Semua Kru Kapal Tangki Orkim Harmony Dibebaskan

[Copy link]
Post time 19-6-2015 03:25 PM | Show all posts

hero kboard ingat kapal tu kapal biskut agaknya...

berjuta nilai ron95..

nak jadi abu ker kru kru kapal, dan pasukan keselamatan yg buat operasi .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2015 03:31 PM | Show all posts
dcruins replied at 19-6-2015 11:30 AM
alhamdulillah....

lanun yindon tu apa citerr pulak??

time pertunjukan kemain heboh ckp kecekapan sume aset negara.
bile misi sbenarnya, ke laut sumenya

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 03:34 PM | Show all posts
nahiar29 replied at 19-6-2015 03:31 PM
time pertunjukan kemain heboh ckp kecekapan sume aset negara.
bile misi sbenarnya, ke laut sumeny ...

ko ingat tu kapal biskut ker !!!..

nak jadi hero kboard agak2lah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 03:45 PM | Show all posts
asher replied at 19-6-2015 03:15 PM
dengar dh kene tangkap dh 8 mangkok lanun nie kt kepulauan vietnam kul 0630pg td waktu tempatan..pen ...

MT Orkim Harmoni: Foto 8 Lanun Ditahan Di Vietnam        

                                                         


       


Lapan warga Indonesia disyaki lanun yang merampas kapal kargo MT Orkim Harmony, ditemui di Pulau Tho Chu, Vietnam pada jam 6.30 pagi tadi. Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, berkata TLDM sedang menunggu pengesahan pihak berkuasa Vietnam.
“Pada 0630 hari ini, di Pulau Tho Chu di Vietnam ditemui lapan warga Indon dalam bot penyelamat yang mendakwa bot menangkap ikan mereka karam. Siasatan sedang dijalankan,” katanya menerusi Twitter sebentar tadi.

* Baju harimau malaya!!!!!!????

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 04:15 PM | Show all posts
MissMamamia75 replied at 19-6-2015 01:57 PM
normally nak cat kapal sebesar tu ambik masa lbh krg 2 bulan...
kapal harmony ni pulak....xsampai ...

mane ade kapal tu dicat semula. surat khabar je bongok tulis repainted.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 04:17 PM | Show all posts
dah ditangkap di vietnam?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2015 04:19 PM | Show all posts
Edited by MissMamamia75 at 19-6-2015 04:20 PM
raxief replied at 19-6-2015 04:15 PM
mane ade kapal tu dicat semula. surat khabar je bongok tulis repainted.

oh ye ke... kalu gitu..logik la skit..
cat tu dikabo mmg ada je dlm store kapal..


ni ada update news nya..sblom krew2 diselamatkan
http://www.themalaysianinsider.c ... thash.YvQ7HADc.dpbs

Muatan petrol RON95 bernilai RM21 juta yang dibawa Kapal MT Orkim Harmony dipercayai tidak terjejas, demikian menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata perkara itu disahkan sendiri oleh pemilik kapal yang dipanggil bagi membuat pengecaman selepas kapal itu ditemukan semalam.
Berdasarkan gambar yang dirakam oleh pesawat P-3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia, pemilik kapal mengesahkan kedudukan paras muatan 6,000 tan metrik petrol yang dibawa kapal kekal, katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata apabila proses mengambil alih kapal daripada penjenayah selesai, pemilik kapal menyatakan hasrat agar kapal itu dapat dibawa ke Kuantan, Pahang.

Kapal MT Orkim Harmony dilaporkan hilang pada 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang. Kapal tangki yang dimiliki Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.
Ahmad Puzi berkata kapal itu ditemukan semula pada pukul 6 petang semalam di perairan Teluk Siam berhampiran perairan Vietnam.
Beliau berkata rompakan ke atas kapal tangki tersebut disyaki dilakukan antara 7 hingga 12 orang penjenayah.
Katanya anggaran itu dibuat berdasarkan rekod dan fakta kes terdahulu iaitu penjenayah akan membuat kawalan di seluruh kapal iaitu meliputi bilik jentera, anjungan serta bahagian strategik lain.

"Kita belum peroleh maklumat tepat berkenaan jumlah penjenayah tetapi fakta daripada enam kes rompakan sebelum ini menunjukkan 5 hingga sembilan orang terlibat dan berdasarkan saiz kapal dan muatan kapal ini, kita percaya lebih ramai yang terbabit," katanya.
Beliau berkata pihaknya masih dalam proses mengenal pasti identiti penjenayah dan tujuan mereka merompak kapal yang membawa muatan petrol bersama 22 anak kapal tersebut.

Ahmad Puzi berkata jika tujuan rompakan adalah untuk menjual barangan muatan atau memeras ugut, penjenayah akan segera memindahkan barangan yang dirompak ke kapal atau pihak pembeli serta meminta wang tebusan tetapi setakat ini kedua-dua elemen itu tidak berlaku.
Beliau berkata kapal yang dicat semula di beberapa bahagian tertentu yang ditemukan kira-kira 200 batu nautika dari Kota Baharu, Kelantan itu juga ditukar nama kepada Kim Harmon.

Mengenai andaian "orang dalam" terlibat dalam rompakan berikutan cat baharu pada kapal yang mungkin disediakan mereka yang berkenaan, beliau menjelaskan cat tersebut sebenarnya sentiasa berada di dalam stor kapal berkenaan bagi kegunaan anak kapal mengecat semula bahagian kapal yang rosak atau pudar warnanya.
Ahmad Puzi berkata rundingan dengan penjenayah yang dipercayai memiliki senjata ringan dimulakan sejak 12 tengah hari tadi dalam "mood yang baik" dan setakat ini semua anak kapal diyakini selamat.
Katanya proses rundingan yang dijangka mengambil sedikit masa itu dilaksanakan secara profesional oleh jururunding terlatih bagi memastikan penjenayah meletak senjata dan menyerah tanpa syarat.

"Kita akui proses ini sukar dan memakan masa tetapi seboleh mungkin kita ingin elak penjenayah daripada meletakkan sebarang syarat semasa proses rundingan," katanya dan menambah faktor cuaca turut menyumbang kepada kelancaran rundingan.
Bagi memastikan kapal sentiasa berada di dalam kawalan pihak keselamatan, Ahmad Puzi berkata sebuah kapal milik APMM, KM Amanah dan kapal KD Terengganu milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) digerakkan dan berada pada jarak 10 kilometer dari kapal tersebut bagi membayangi sebarang pergerakan.
Sehingga kini, sebanyak 16 buah kapal dan empat pesawat berserta 1,200 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat itu. – Bernama, 18 Jun, 2015.



Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 04:23 PM | Show all posts
crossfire replied at 19-6-2015 03:45 PM
MT Orkim Harmoni: Foto 8 Lanun Ditahan Di Vietnam        

                                                         

xde gaya muka lanun pun..mcm drug addict jer...
betul ke diorg ni yg rampas kapal tu?

kalu betul..Alhamdulillah dah dpt di tangkap..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2015 04:36 PM | Show all posts
crossfire replied at 19-6-2015 03:45 PM
MT Orkim Harmoni: Foto 8 Lanun Ditahan Di Vietnam        

                                                         

membuktikan rakyat yindon caprut lebey meminati harimau malaya drpd garuda...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 04:49 PM | Show all posts
heran la kekadang sesetengah orang ni...kru2 dah diselamatkan dengan jayanya pun, ada yg nak perlekehkan pihak tentera lagi sbb tak tembak lanun2 tu...hello, ingat pihak berkuasa tu buat keje ikut emosi ke...of course la diorg tau apa yg terbaik...yg penting kru2 selamat dulu....in the end, lanun2 tu dapat juga ditangkap...mungkin pihak tentera sengaja lepaskan dulu..setakat naik bot kat laut besar tu,takat mana sajalah diorg leh lari...tau nak hentam saja..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 04:59 PM | Show all posts
Edited by Tok_Batin at 19-6-2015 05:00 PM
MissMamamia75 replied at 19-6-2015 04:23 PM
xde gaya muka lanun pun..mcm drug addict jer...
betul ke diorg ni yg rampas kapal tu?

kau jangan dek

Hari tu pengganas sulu lahad datu aku tengok seorang-sorng macam atuk-atuk tak makan seminggu jer



Sekali perang, makan masa berminggu minggu jugak tentera kita nak kalahkan.
Hati keras orang-orang jahat nih, walau muka nampak lembik dan berpenyakit jer
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 05:07 PM | Show all posts
Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 05:07 PM | Show all posts
d'zeck replied at 19-6-2015 02:48 PM
kejadian ni dah yang ke berapa ribu
riban dah dalam sejarah kewujudan kapal
dan adanya profesion ...

Dan selama itu juga perairan dan kapal kita selamat.  Cuba buka skop akal tu sikit.   Penadabiran sekarang sepatutnya step down bagi memulihkan tanggapan semua pihak.   
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 05:23 PM | Show all posts
Lapan lanun disyaki perampas kapal tangki diberkas di Vietnam
SAIFULIZAM MOHAMAD DAN MUZDALIFAH MUSTAPHA  |  19 Jun 2015 3:24 PM
  

LAPAN suspek perampas kapal MT Orkim Harmony yang ditahan di Vietnam. - Gambar Ihsan Panglima TLDM

PUTRAJAYA 19 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesahkan lapan orang lanun yang disyaki merampas tangki MT Orkim Harmony berjaya diberkas oleh pihak berkuasa Vietnam di Pulau Tho Chu, hari ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Datuk Ahmad Puzi Ab. Kahar berkata, pihaknya telah menghubungi pihak berkuasa Vietnam berhubung kejayaan tersebut.
Katanya, kesemua lanun tersebut kini sedang disoal siasat secara terperinci oleh pihak Vietnam dan pihak Maritim Malaysia masih menunggu laporan daripada kerajaan negara berkenaan. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.2WRhVnIr.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 10:24 PM | Show all posts
NAT_11 replied at 19-6-2015 03:03 PM
Ooo...ye ke.
Goblok punya jawo.
TLDM is the best. Lanon Somalia pun dia dapat tangkap masa

Indon mmg lahanat. Takder kerja lain rampok, bunuh, melanun. Tu yg dengki jaki dgn kita.

Yg kes Somalia pirate tu ramai yg tak ingat tentera kita juga yg berjaya cekup. Ni bawa kapal penuh minyak. Klu ada tembak menembak, karang meletup seisi kapal. Sia sia mati semua.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 10:42 PM | Show all posts
malawi4 replied at 19-6-2015 12:33 PM
macam mana tu tangkap lanun pon tak mampu atm bongok ke

Kan, Ndon...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2015 11:55 PM | Show all posts
Edited by revoc at 19-6-2015 11:56 PM

ptot bia sumer mati

tembak je tanker tu kasi tengelam
bru puas hati


Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2015 11:18 AM | Show all posts
ini kes lanun ke malanun
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2015 01:00 PM | Show all posts
ALHAMDULILLAH SEMUA SELAMAT
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 06:40 AM | Show all posts
Edited by sedi78 at 21-6-2015 06:54 AM

Nak cat kapal takde la sampai 2 bulan.. Bangkrupt la company 2 bulan.. Max masuk dock yard 2 minggu je biasanya..  Biasa satu body kapal tak sampai seminggu pun.. Tu pun berlapis2 cat

Kekadang nyampah gak ngn keyboard worrior ni.. Ckp tldm la konspirasi la.. Dah memang area tu area lanun nak wat camne.. Kalau nak tau antara lubuk lanun tu area pasir gudang, OPL (out port limit) situ lanun rajin je dtg melanun.. Ni bukan masaalah baru... Dari 1997 sy belayar sampai skrg 2015 masaalah ni x settel2 gak..  Biasa modus operasi derang kalau yg kecil2 lan ni panjat naik kapal pastu curi spare part, harga ribu2 macam mana derang tau tu tatau la.. Dan sy sendiri pun pernah lanun vietnam datang naik kapal tp yg kecil2 la

Pada saya elok doakan jela supay crew semua selamat.. Seblm orkim harmony dah belambak dah kapal yg kene lanun cuma tak masuk surat kaba je.. Antara yg sy ingat mt petro ranger sama kess camni gak cuma kapal tu je lanun tak sempat jual.. Kargo minyak seme dah kene jual.. Nama kapal pun dah tukar tp imo no dia susah nak tukar, apa2 alhamdulliah semua selamat

Nak tambah.. Sapa yg cakap patut tembak je tanker tu.. Patut ko tembak diri ko sendiri.. Itu crew atas tu org, ade anak bini Kalau takde kapal tak merasa la nak pakai kereta buatan luar, barang electronik ke kapal terbang bleh bawak seribu kontena? Minyak dari kerteh nak proses ke melaka singapore pakai kapal tau.. Lori tanker berapa ratus ribu liter dia bleh isi..?  Moral dia pikir sebelum cakap..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.193760 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list