Ning Baizura dalam majalah FHM (2000)[size=12.6000003814697px]
[size=13.8599996566772px]Penyanyi dan pelakon Ning Baizura telah ditemubual untuk cerita muka depan majalah FHMedisi Malaysia keluaran ke-19 yang terbit pada Julai 2000. Kini setelah hampir 11 tahun berlalu, orang ramai dan wartawan hiburan masih sering mengaitkan temubualnya yang berterus terang dalam majalah berbahasa Inggeris itu apabila mereka ingin memperkatakan tentang Ning Baizura.
Walaupun realitinya imej Ning dalam majalah FHM itu digambarkan dengan begitu seksi, tetapi apa yang lebih mengejutkan beberapa pihak ialah pendedahan mengenai fantasi atau angan-angannya yang dianggap sebagaitidak bermoral.
"What's your biggest unfulfilled fantasy?"
"I know it'll never happen but it involves five guys and me, all at the same time"
Para pembaca biasa majalah FHM ketika itu nampaknya tidak begitu kisah dengan apa yang Ning perkatakan kerana mereka sudah biasa dengan isi kandungan sebegitu, malah memahami unsur nakal dan gurauan dalam setiap temubual yang pernah disiarkan. Di sebalik tanggapan umum bahawa Ning menampilkan imej seksi yang keterlaluan, majoriti pembaca FHM sebaliknya tidak pernah memilih Ning dalam undian 100 Sexiest Women In The World!
"I'd win the Best Butt award! Maybe my lips would win as well"
Isu sebenarnya hanya timbul beberapa minggu kemudian apabila seorang penulis ruangan pojok Usik-Usik dalam akhbar Mingguan Malaysia yang bernama Miss Ribut (kemungkinan besar seorang lelaki) telah menceritakan perihal kawannya yang menceritakan kepadanya mengenai temubual Ning tersebut. Peranan Miss Ribut dalam isu itu ialah memberitahu kepada para pembacanya dengan mengalih bahasa daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu beberapa petikan temubual yang terkandung dalam majalah FHM tersebut, terutamanya berkenaan dengan fantasi Ning yang dikatakan tidak bermoral.
Apa yang gagal diterjemahkan oleh Miss Ribut ialah ayat terakhir Ning dalam temubual tersebut iaitu:
"Afterall, fantasy's just a fantasy. Haha"
Fantasi hanyalah sekadar fantasi. Perkataan terakhir iaitu "Haha" amatpenting untuk diterjemahkan supaya pembaca faham bahawa apa yang diperkatakan sebelum itu semuanya adalah gurauan semata-mata. Malangnya sasaran pembaca Usik-Usik bersama Miss Ribut khasnya dan pembaca Mingguan Malaysia umumnya (yang distereotaipkan sebagai mudah melatah atau sentap) tidak diberitahu mengenai penamat temubual tersebut dan gagal menerima nada gurauan itu sehingga mereka semua terpaksa mempercayai bahawa Ning benar-benar serius mengenai fantasinya itu. Tapi tidak mengapa, kerana Miss Ribut juga sebenarnya hanyalah watak rekaanatau fantasi, dan tulisan oleh watak yang tidak beridentiti sebegitulah yang majoriti masyarakat golongan pertengahan gemarkan sebagai bacaan hujung minggu mereka sambil menonton Mat Kay Po (satu lagi watak tidak beridentiti) dalam rancangan Melodi di TV3. Usik-Usik tersebut tepat ke sasaran.
"Being a young Malay singer means that the tabloid press is just waiting for you to make a mistake so that they can jump in and tear you to shreds"
Nota tambahan 1:
Pada masa yang sama, Julai 2000, sebuah lagi majalah berbahasa Inggeris tempatan iaitu Etc turut menimbulkan sedikit kegemparan tetapi tidak mendapat perhatian Miss Ribut. Muka depan majalah tersebut menampilkan 2 orang DJ radio lelaki Hitz FM iaitu Fly Guy dan Lil' Kev dalam solekan wanita dan berpakaian pramugari. Fotografi di muka surat dalam juga menampilkan mereka berdua dalam beberapa lagi pakaian wanita termasuk gaun hijau alaJennifer Lopez dan sut renang merah ala Baywatch.
Nota tambahan 2:
Setahun kemudian Ning Baizura turut ditampilkan pada muka depan majalahSentiasa Manja, juga dalam gaya yang hampir sama seksinya dengan majalah FHM, iaitu dengan mendedahkan bahagian dada dan perut, serta menampakkan pakaian dalam berwarna keemasan dan pusat yang bertindik. Seperti mana majalah hiburan berbahasa Melayu yang lain, terdapat beberapa tulisan (contohnya "Grrr...") yang melindungi bahagian strategik pada gambar utama sebagai satu bentuk penapisan.
Nota tambahan 3:
Beberapa tahun kemudian, majalah URTV (di bawah syarikat penerbitan yang sama dengan Mingguan Malaysia) yang berbahasa Melayu telah menyiarkan temubual bersama pelakon komedi Syanie yang menceritakan tentang fantasinya yang ingin berpakaian bikini apabila berjaya menguruskan badan. Tidak cukup dengan tulisan, majalah tersebut telah memvisualkan fantasiSyanie itu ke dalam bentuk lukisan!
iols ada kawan dengan sorang kerabat masa study dulu-dulu, and heol story-mory pasal pengalaman having s*x with one of the dewi remaja.. bila nampak muka sheol kat gambar cover majalah, terus iols teringat cerita kawan iols tuh..