|
[Tempatan]
Edisi filem tempatan 'Polis Evo': The highest grossing film in Malaysia(RM17.3m)
[Copy link]
|
|
#PolisEvo kutip RM8 juta dalam tempoh 11 hari |
|
|
|
|
|
|
|
akak ucapkan tahniah kepada penerbit filem ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Update
KUALA LUMPUR: Filem ‘Polis Evo’ terbitan Astro Shaw dan diproduksi oleh Tayangan Unggul telah mencatat sejarah dunia perfileman Malaysia apabila berjaya mengutip RM17.30juta selepas 42 hari ditayangkan di 83 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.
Filem yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan karya asal oleh produksi Astro Shaw iaitu Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf ini berjaya mencatat rekod sebagai filem tempatan paling laris dalam perfileman negara, sekaligus memecah rekod kutipan tiket paling tinggi yang dipegang filem ‘The Journey’ terbitan Astro Shaw, yang pernah meraih RM17.28 juta pada tahun 2014.
Mula ditayangkan pada 17 September 2015 lalu, Polis Evo merupakan tentang filem bergenre aksi dan memaparkan kisah dua anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.
Filem aksi dan jalan cerita yang mengangkat martabat anggota polis dalam kegiatan membasmi jenayah serta turut menyajikan elemen persahabatan dan kekeluargaan ini telah mencipta satu fenomena baru sehingga berjaya menarik hati penonton untuk terus melabur di panggung. Menariknya, filem ini masih berada di 71 pawagam seluruh Malaysia untuk minggu ke-7.
Menurut Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, “Meskipun industri perfileman tempatan mengalami masalah kutipan tiket yang suram di pawagam, namun masih ada beberapa karya mampu dibanggakan. Pihak Astro Shaw, termasuklah pelakon dan pekerja filem merasa bersyukur dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia serta rakan media yang sentiasa menyokong dan meletakkan filem Polis Evo di kedudukan rating tertinggi menerusi kutipan pecah panggung terbesar sepanjang zaman.“
“Memandangkan kejayaan ini, Polis Evo berjaya menjadi penanda aras industri perfileman negara. Masyarakat Malaysia kini semakin peka dan bijak menilai kualiti sesuatu filem diterbitkan. Bagi tahun 2016, semestinya Astro Shaw akan terus menerbitkan filem unik, berkualiti serta memberi lebih tumpuan terhadap bahan cerita dalam sesuatu karya itu. Kami berharap penonton akan kembali ke pawagam untuk memberi sokongan kepada filem tempatan.”
Selepas ini, Astro Shaw bakal tampil dengan sebuah filem romantik bertajuk ‘Langit Cinta’ bagi pembukaan tahun 2016. Filem ini akan menemui penonton di pawagam pada 7 Januari 2016. Selain itu, Astro Shaw turut mempersembahkan filem OlaBola, Aliff Dalam 7 Dimensi, Dukun Doktor Dani dan Hantu Rumah Sakit Jiwayang akan ditayangkan pada tahun 2016.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by trivagu at 30-10-2015 01:29 AM
cita ni memang best... aku tgk dah 3 kali
mmg puas hati
|
|
|
|
|
|
|
|
Acong replied at 30-10-2015 01:15 AM
apasal tak tayang kat indon?
kalau banding dgn The Raid, mana lebih best?
Aku x penah tgk The Raid, tp pada hemat aku yg dh tonton citer Polis Evo nih cam overrated plak.... tajuk x menggambarkn citer.... naik Evo tp kejor van Buruk pun semput.... |
|
|
|
|
|
|
|
maybe van buruk tu dah modified sumbat dgn enjin alphard 3000cc 
|
|
|
|
|
|
|
|
Acong replied at 30-10-2015 01:42 AM
maybe van buruk tu dah modified sumbat dgn enjin alphard 3000cc
Nk kata citer nuh storyline superb xder la pun, scene lawan pun x segempak KL Gangster punya streetfight..... |
|
|
|
|
|
|
|
ada masa tgk crita indon, The Raid
better than KL gangster 
harap ketuanan melayu tak tertekan 
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ice_sky92 at 30-10-2015 02:08 AM
Highest-grossing Malaysia film
Rank Movie Year Studio Nett Gross (RM)
1 Polis Evo 2015 Astro Shaw 17.30 million
2 The Journey 2014 Astro Shaw 17.16 million
3 KL Gangster 2011 Skop Production 11.74 million
4 Ombak Rindu 2012 Astro Shaw 10.90 million
5 Hantu Bonceng 2011 Excellent Pictures 8.53 million
6 Ngangkung 2010 MIG Production 8.18 million
7 Kongsi 2011 MIG Production 8.09 million
8 Khurafat 2011 Skop Production 8.08 million
9 Hantu Kak
Limah Balik
Rumah 2010 Tayangan Unggul 7.90 million
10 Adnan Sempit 2010 MIG Production 7.66 million |
|
|
|
|
|
|
|
oh cool...so ada chance ke raya tahun depan masuk TV? |
|
|
|
|
|
|
|
Lama tak tengok wayang , brp tiket sekarang? |
|
|
|
|
|
|
|
polis evo beat robocar poli kaw2  |
|
|
|
|
|
|
|
Akak bangga film ni highest grossing setakat ni...tp akak tggu masuk tv raya depan jah... Big bonus for all team members, maybe?
Yg ada akademi dkt cyberjaya tu xde lgsg ke film2 dorg kutipan trtinggi  |
|
|
|
|
|
|
|
bila nak tayang kat astro first ni?
mzz support melalui astro first ja lah..memang tak minat tengok movie melayu dekat wayang sbb rasa membazir
bukan urban ke tak urban..tapi dah biasa dikecewakan sebegitu
lagipun mzz memang sangat2 tak boleh go dengan lakonan sam and zizan
tapi kalau filem ni bagus...then moga industri perfileman negara terus berkembang maju |
|
|
|
|
|
|
|
Rm18 normal seat 
nak murah kalu datang pagi weekdays ler..Rm8 jah
|
|
|
|
|
|
|
|
Acong replied at 30-10-2015 02:00 AM
ada masa tgk crita indon, The Raid
better than KL gangster
KL Gangster part lawan jer pada aku ada kualiti, maybe just slightly below Ongbak, tp storyline wise still poor..... babak tembak2 still unrealistic..
Polis Evo plak pada aku storyline dia a bit strong, rencah lawak aksi jiwang secukup rasa cibematografi cun cuma tajuk missleading..... aku x nmpk kat mana yg EVOnya polis dlm citer nih selain kulu kilir zizan dgn Evo dan Sam dgn Fairlady..... babak high pursuit pun takat baper minit jer tu pun Evo vs Van Kaput......... |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa org dok pk yg polis evo.. evo tu refer kat kete evo tu??
ntah2 refer ke lain ke.. evolusi ke apa ke..
|
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 30-10-2015 11:43 AM
KL Gangster part lawan jer pada aku ada kualiti, maybe just slightly below Ongbak, tp storyline ...
Ada orang kata Polis Evo setaraf filem kepolisan Hong Kong dah.....betul ke?
Kalau betul, patut ia diberikan kepujian sebab bagi Spidey, Hong Kong memang legend menghasilkan filem kepolisan yang mantap dan bagus dari segi jalan cerita yang menarik, babak aksi yang lebih realistik dari Hollywood yang cuma mengharapkan letupan sini sana, lakonan dan budget filem.
|
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 replied at 30-10-2015 12:40 PM
Ada orang kata Polis Evo setaraf filem kepolisan Hong Kong dah.....betul ke?
Kalau betul, patut ...
Aku ada komen kat bod filem nun lepas tgk citer nuh... pada aku citer nih cam citer polis hk tahun 90-an punya kualiti....
Even citer Jackie Chan yg dedulu bila kita tgk balik nmpk kecacatan here n there.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|