CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-IIN

[Tempatan] Demam Kepialu Mula Menjangkiti Penduduk KL

[Copy link]
Post time 23-10-2015 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
3rd world country sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2015 09:08 PM | Show all posts
BlueEagle replied at 21-10-2015 01:30 PM
kalau indon basuh makanan macam apa...kalau ikan hanyir nak mampus, kalau ayam pulak macam ayam bu ...

nak tahu tak... dulu aku pernah masuk kantin site... ternampak indon ni sedang basuh ayam yg baru dipotong, selonggok ayam tu humban atas lantai je
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan takat demam kepialu je, sekarang kes TB & kusta pun dah muncul semula. Member aku keje nurse kat hospital cakap kes TB meningkat sekarang. Tahniah la kerajaan Malaysia. Kalau boleh angkut semua indon bangla myanmar datang sini & bagi Mykad biru
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 08:34 AM | Show all posts
ada berapa pendatang asing di malaysia?
2 juta?
3 juta?
4juta?
bukan...

ttp...
Sekarang pun sudah diakui ada 7 juta pekerja asing bergelumang dalam negara kita. (utusan)
nanti tambah lagi 1.5juta bangla dibawa masuk zahid hamidi...
total 8.5juta
kaum kedua terbesar mesia

jadi, pada tahun 2020...buku teks sekolah kena la ubah:
3 kaum utama di mesia ialah:
melayu
pendatang
cina

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 08:35 AM | Show all posts
melayu + bangla = kaum mangla
Dalam kalangan yang telah berada di negara ini lebih 10 tahun orang Bangla sudah mula dipanggil mamak terutama melalui kedai dan gerai makanan. Perkahwinan dan perkelaminan Bangla-Melayu sudah berproses lama dan masyarakat panggilan Mangla sedang muncul.
utusan
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 08:38 AM | Show all posts

Implikasi 7 juta pekerja asing Malaysia


RAIS YATIM  |  04 Julai 2015 12:46 AM


KALAU benarlah kerajaan serius hendak membawa masuk 1.5 juta lagi pekerja Bangladesh bagi tempoh berjadual akan datang, bersedialah menerima perubahan ne­gatif kehidupan di Malaysia de­ngan cepatnya. Mengimport ma­nu­sia seramai itu akan sekali gus mencetuskan risiko sosio-budaya di samping cabaran keselamatan dan ekonomi yang paling getir. Realiti pepatah Melayu nanti akan terjadi: dedalu hidup, yang mati pokok. Perubahan itu juga akan memudaratkan perimbangan hidup dan budaya di tanah air. Akulterasi budaya akan berlaku di mana budaya mendatang akan beransur menjadi dominan dan budaya atau cara hidup masyarakat Malaysia sebagai penampung akan lemah diri dan lemah nilai.Dengan aliran masuk manusia seramai itu akan menimbulkan persoalan keselamatan negara-bangsa, keutuhan undang-undang Perlembagaan Persekutuan dan negeri.

Kemasukan seramai itu akan menjejaskan perimbangan kehidupan, prasarana sosial seperti pendidikan, kesihatan awam, jenayah dan paling menakutkan perubahan sendi budaya negara bangsa, khasnya budaya Melayu. Dengan kemasukan itu akan ada perubahan total kepada citarasa asas kenegaraan dan kebangsaan. Politik orang Melayu khasnya juga akan terpesong kepada corak sampingan. Apakah ini semua tidak penting lagi?Sekarang pun sudah diakui ada 7 juta pekerja asing bergelumang dalam negara kita. Di kedai-kedai makan, di ladang, stesen minyak, di perhentian bas dan di merata premis lain; mereka lekas pandai menyesuaikan diri lantaran kesusahan hidup di negara asal. Mereka boleh berbahasa Melayu dalam tempoh singkat. Dalam kalangan yang telah berada di negara ini lebih 10 tahun orang Bangla sudah mula dipanggil mamak terutama melalui kedai dan gerai makanan. Perkahwinan dan perkelaminan Bangla-Melayu sudah berproses lama dan masyarakat panggilan Mangla sedang muncul.

Mereka ada di pasar runcit, pasar borong, di lorong-lorong jual pakaian di sebelah Jalan Tuanku Abdul Rahman, di Kuala Terengganu, Ipoh, Seremban dan sebut saja tempatnya, mereka ada. Pendatang dari Indonesia juga tak kurang hebatnya. Malah banyak venue niaga yang dulunya dikuasai orang Melayu atau Melayu-Cina kini sudah diambil alih. Macam mana permit boleh diberi untuk meneruskan perniagaan sedemikian, kita tidak tahu. Tapi pergilah ke Jalan Chow Kit, ke Selayang, hal ini sedia terpampang di mata. Mungkin mirip situasi seperti yang berlaku di Cameron Highlands?Kedai gunting rambut diambil alih oleh tukang gunting dari India. Malah kontraktor dan pemaju bangunan sederhana sudah diambil alih mereka; dalam percetakan tempatan graf mereka juga meningkat; jualan sayur-mayur import, tukang kasut pun sudah tiada Melayu. Pembinaan bangunan dari rumah kampung, rumah kedai hingga ke pencakar langit, semuanya oleh mereka dari Bangladesh dan Indonesia. Pembantu rumah dan penjual roti bermotor juga sudah diambil alih.

Dari segi sentuhan sosial pula rupawan wanita dari Cina punya banyak sarang di bandar-bandar besar kita. Sekali sekala ada serbuan dibuat tetapi kebanyakan masa penguat kuasa sendiri semacam tidak upaya bertindak kerana jumlah yang datang dari tanah besar Cina kian meningkat. Mungkin atas keinginan hendak melonjakkan data kunjungan pelancongan ini berlaku. Kebanggaan bahawa 25 juta pelancong datang saban tahun sebenarnya angka yang harus dipersoalkan dari sudut faedah sebenar? Berapa sebenarnya pendapatan ringgit pelancongan itu masuk ke poket orang Melayu-Bumiputera?Boleh disimpulkan bahawa selain kerja khidmat dengan kerajaan selainnya sudah dimonopoli pekerja asing. Membaiki kasut dan membuat baju Melayu untuk Hari Raya pun kita sudah tak upaya. Yang jelas ialah orang Melayu sudah tidak mampu hendak menggalas kehidupan yang boleh dibuat oleh 7 juta manusia ini.

Kebergantungan negara terhadap mereka kian meningkat. Belum ada jalan atau kaedah yang diumumkan melainkan hendak menambah lagi warga asing ini yang sebahagian besarnya datang secara haram. Bab ini pun kita tidak mampu hendak mengatakan pendatang haram. Kita segan, kita berhemah, kita lalu dikumbah situasi Belanda dapat tanah: lama kelamaan tuan tanah diketepikan dari tangga hingga ke bumbung.Seperti mana orang Rom pernah ranap tamadun dan budaya mereka lebih 2,000 tahun lalu akibat diakulterasikan oleh kaum Barbarian. Pemimpin Rom dengan kuasa senatnya, dengan tamadun dan seninya menjadi layu dan akhirnya disingkirkan kekuasaan mereka melalui kemaraan dan kerja keras kaum yang digelar Barbarian yang sangat rajin, tidak memilih kerja dan sanggup buat apa saja kerja asalkan dapat mengecap kehidupan di Rom yang agung itu.Birokrasi dan sistem yang terlibat dalam kemelut tenaga pekerja asing terlalu rumit dan celaru kini. Gelagat orang tengah dan sindiket mengaut keuntungan berjuta ringgit atas perniagaan tenaga manusia. Pusat sepadu yang diumumkan dulu tampak tidak upaya membuat satu dasar jelas dan berkesan.

Negara tiada dasar jelas tentang survival masa depan rakyat dalam penentuan rezeki, taraf dan mercu tanda yang boleh mengimbangi gelombang pekerja asing ini. Yang lumrah ialah keluhan ‘lamentasi kedukaan’. Dalam keadaan beginilah timbul persoalan 7 juta warga asing yang berada di negara ini. Serlahan yang dibuat Presiden MTUC tanggal 28 Jun itu amat mengejutkan. Bermakna sudah ada ¼ daripada penduduk Malaysia sebagai pekerja asing di Malaysia, angka nisbah yang tertinggi bagi sesebuah negara. Yang mana haram dan yang mana sah tiada seorang pun yang boleh membuat ketentuan sebab data pendatang tidak pernah diumum secara rasmi.Faedah dan dividen khidmat warga asing tidak dinafikan.

Dari pencakar langit Menara Berkembar Petronas (Twin Towers) hinggalah ke bangunan sekolah, dari hospital hingga ke rumah pangsa, mereka yang kerjakan sampai siap. Warga Malaysia hanya merancang. Warga asing jual nasi, jual ayam, buat kuih koci pun mereka sudah pandai, begitu juga jual nasi lemak, mee rebus dan pisang goreng. Apam balik usah ceritalah, memang warga Bukit Tinggi dan Padang handal. Nasi padang pula sudah melambung harga. Teh tarik juga mereka yang lebih handal menyediakannya. Penulis pernah dibahasakan oleh sekumpulan pekerja asing di sekitar Ampang Park secara seloroh tiga bulan dulu: “Ini tangannya yang dirikan mercu itu”, suaranya bersahaja sambil menggenggam tangannya menunjukkan Menara Berkembar Petronas. Hendak kata apa, memang betul pun begitu.

Ini semua atas asas perhitungan keperluan tenaga pekerja; atas keperluan majikan hendak mengeksport barangan mereka; atas asas prestasi sektor pembikinan dan penghasilan ladang dan sebagainya. Soalnya kini, dengan 7 juta pendatang ini apakah mahu ditambah 1.5 juta lagi seperti yang diumumkan Menteri Dalam Negeri baru-baru ini? Apakah prasarana yang akan diguna sama oleh pendatang sah atau tidak sah ini , sekolah dan institusi pendidikan tempatan, pengangkutan awam, makanan, tempat tinggal dan puluhan kemudahan hidup lain akan diguna sama. Dalam pada itu isu pelarian Rohingya sedang menekan untuk diambil ke dalam sistem kehidupan di MalaysiaAkhirnya pelatih sekolah vokasional kita sendiri akan diketepikan kerana pendatang akan lebih berupaya bekerja dengan upahan yang lebih rendah berbanding dengan kadar yang dituntut warga Malaysia sendiri.

Kini kerja-kerja mahir dalam sektor elektronik, permotoran, perkapalan, dan pembikinan masih di tangan anak tempatan; masanya akan sampai – lantaran bilangan pekerja asing yang menetap di Malaysia meningkat akibat kelonggaran syarat yang diawasi, kerajaan tak akan mampu menghantar mereka balik ke negara asal kerana keramaian mereka sudah berlebihan. Pada masa itu mereka sudah lebih fasih berbahasa Melayu, lebih mampu bekerja di tahap gaji dan kemudahan sosial rendah. Proses alam akan berlaku – dedalu hidup pokok menjadi kering dan akhirnya tinggal batang.Yang jelas ialah perancangan rapi mesti dibuat bersekali dengan skim penguatkuasaan agar hak asasi warganegara dan hak asasi pekerja asing diimbangi semula demi kepentingan kenegaraan dan kebangsaan Malaysia.

Daripada 7 juta tersebut berapa orang akan pulang ke negara asal dalam tempoh tertentu? Bila akhirnya pekerja asing menjadi angka yang minimum? Apakah jenis dan struktur latihan yang wajib dilalui oleh warga muda Malaysia supaya mereka dalam keadaan boleh menjadi pekerja mahir dan separuh mahir? Apa latihan induksi nilai yang wajib dijalankan?Budaya dan adat seperti yang terasas di bawah Per. 160 Perlembagaan Persekutuan mahu tidak mahu akan berubah khasnya apabila berlaku perkahwinan atau perkelaminan yang mengubah istilah dan hakikat siapa Melayu itu sendiri. Lantaran tiadanya kelihatan anak muda kita terlibat dalam perburuhan berkualiti akan menelurkan soal tamadun tempang atau tamadun senget dan songsang bagi rakyat Malaysia yang akan hanya pandai merancang tapi tak berkebolehan bekerja di sektor bukan kerajaan.

Dalam konteks ini amat wajar skim latihan kenegaraan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat swasta di bawah Kementerian Pertahanan setakat ini dinilai semula. Latihan daya hidup warga muda mesti diteraskan secara bersungguh-sungguh, bukan kendalian syarikat tetapi kendalian pakar Kerajaan sendiri dengan tekanan disiplin tinggi.Sebelum Melayu diubah definisi mereka di bawah Per. 160 Perlembagaan Persekutuan susulan akulterasi sosio-budaya ini eloklah kita bertindak kini. Menambah 1.5 juta pendatang pekerja asing bererti mengundang zaman mudarat bagi negara bangsa. Latih anak bangsa kembali untuk berdikari.TAN SRI DR. RAIS YATIM ialah Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Malaysia

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.dfKJImXG.dpuf
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2015 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah kena masa sekolah menengah 2 minggu sakit then ulang alik hospital then 3 minggu admitted masuk antobiotic thru iv kena collect stool hari2 euuu mcm susah benar nak detect apa masalahnya sekali kepialu then sebulan mc. Horrible dekat 2 bulan tak sekolah wahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 03:25 PM | Show all posts
Masalahnya sekrg bila dah bwk masuk ramai2 pendatang tu adakah majikannya usahakan hantar semua tu utk dptkan suntikan typhoid? Ada ? Rasanya majikan tu bukan nk ambil tau pun pasal suntikan ni. Bila dah jadi mcm ni barulah terhegeh2 hantar pekerja ke klinik utk suntik typhoid. Barduyun2, baris panjang giler. Nmpak sgt selama ni buat bodoh je pasal kesihatan mereka...ada penyakit ke tak ada ke main angkut je jadi pekerja...yg kena penyakit rakyat Malaysia la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2015 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
chica_chica replied at 21-10-2015 01:28 PM
iols pun jarang makan gerai/ mamak sebab ni lah....yg mamak kotor ...walau nampak mcm bersih tapi  ...

Me pon sependapt ngan u yg indon xreti masak n basuh sayur2 n lauk pauk... hanyir semacam. Mmg klu gi restoran tgk indon yg masak me xjd makan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
BlueEagle replied at 21-10-2015 01:30 PM
kalau indon basuh makanan macam apa...kalau ikan hanyir nak mampus, kalau ayam pulak macam ayam bu ...

Betul3 sangat.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 04:38 PM | Show all posts
Mcm2 penyakit negara dunia ketiga yg muncul... Sesuwai la dgn trend anti vax di msia nihh
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 04:42 PM | Show all posts
better masak sendiri ..even telur goreng ngn kicap pun jadi lah..insyallah bersih n selamat
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 12:22 PM | Show all posts

aku ada makan di food court tkt 4 KLCC...takut juga....tapi ok juga after 2-3 hari ni...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 12:23 PM | Show all posts
ad_hoc79 replied at 21-10-2015 04:53 PM
tawakal ajelah.
cari kedai org tempatan

alhamdulillah..ok ja...makan di food court KLCC...IOI Mall...Kajang....
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 12:57 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 24-10-2015 04:37 PM
Me pon sependapt ngan u yg indon xreti masak n basuh sayur2 n lauk pauk... hanyir semacam. Mmg klu ...

kamu tau ga di KL n selangor memang kamu ga akan jumpa tukang masak tempatan semuanya warga asing. indonesia, banladesh, india, vietnam, nepal, filipin, myammar, thailand mana mau jumpa tukang masak tempatan? kamu bilang restoren mana? kalo kfc, mcdonal, aku percaya ada orang melayu, cina atau india. tapi walo warga asing yang masak masih penuh aja orang yang makan lauk habis juga ya haha..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Wabak melanda.. xtra hati2 apbila pilih tmpt mkn luar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2015 01:42 PM | Show all posts
kg baru, banyak kedai ditampal notis tutup.
rasanye sbb kedai kotor bukan kepialu.
termasuklah kedai nasi lemak antarabangsa
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
trisnalovezul replied at 26-10-2015 12:57 PM
kamu tau ga di KL n selangor memang kamu ga akan jumpa tukang masak tempatan semuanya warga asing. ...

Zzzzzzz.......
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Fukot IOI Mall org local masak stall portugese grill tu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 10:01 AM | Show all posts
wanitajelita replied at 23-10-2015 09:08 PM
nak tahu tak... dulu aku pernah masuk kantin site... ternampak indon ni sedang basuh ayam yg baru  ...

tahu takpe.....tu baru sket tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.302633 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list