CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-LTS

Dr Mahathir Tidak Cerminkan Sikap Negarawan - Hishammuddin

[Copy link]
Post time 5-3-2016 06:45 PM | Show all posts
noor2 replied at 5-3-2016 06:13 PM
Mahathir berjuang menentang najib aku sokong  ja....tp bab  dia cuba berbaik balik dgn  Anwar yang t ...

Deklarasi tidak langsung menyebut nama ANWAR.
Mana u dapat cerita ni................?????????
I baca semua blog yang menyiarkan deklarasi n i.
Takda satu pun sebut Tun Det nak berbaik dengan
Anwar. Atau nak membebaskan Anwar.
Dah sesuailah Anwar duduk di Sg. Buluh tu......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2016 06:53 PM | Show all posts
chazey replied at 5-3-2016 06:39 PM
Cacai memang buta forever.

Najibun, Mahadeath, dua2 sama saja bagi aku yang tak pernah sokong B ...

APA YANG najib dah buat untuk Borneo.............???????
Setahu aku Tun Det pun banyak juga cuba bangunakan
Sarawak. Contohnya dia nak bangunkan BAKUN untuk
menghasilkan kuasa letrik terbesar untuk Sabah dan
Sarawak tapi projek ni tergendala. Pertama, masa dulu
aku masih ingat projek ni ditentang oleh orang Penan.
Siap buat blockade lagi. Keduanya, kunun merampas
TANAH ADAT..................
Lepas tu berlakulah kejatuhan ekonomi tahun 1998.
Projek BAKUN dihentikan oleh Anwar Ibrahim. Terdengar
sesudah itu, ada usaha mahu meneruskan tetapi terus
senyap sampailah sekarang.
Najib pun kunun nak buat highway Pan Borneo.
Dah siap ke.....................?????
Paling  terakhir aku dengar tentang projek ni, ramai peribumi
Sarawaki menuntut pampasan  TANAH ADAT.
Projek ini pun tergendala.
So now Najib sudah bayarkah pampasan TANAH ADAT.....????

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2016 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
NAT_11 replied at 5-3-2016 06:45 PM
Deklarasi tidak langsung menyebut nama ANWAR.
Mana u dapat cerita ni................?????????
I  ...

Ye ke Nat.....ingatkan beliau cuba berbaik dengan berkirim. salam  tu...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2016 07:11 PM | Show all posts
Deklarasi Rakyat/Citizens' Declaration

1.        Kami, warga Malaysia seperti nama-nama berikut ingin menyatakan kebimbangan kami terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial dalam negara.

2.        Kami ingin menarik perhatian rakyat Malaysia terhadap kerosakan yang telah dilakukan kepada negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak.

3.        Di bawah pentadbirannya negara jatuh tersenarai sebagai salah satu daripada 10 negara yang paling banyak mengamalkan rasuah mengikut laporan Ernst and Young Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013. Malaysia juga telah jatuh empat anak tangga Indeks Persepsi Rasuah 2015, dari 50 ke 54.

4.        Ini adalah kerana dianya percaya yang wang tunai boleh mempastikan kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dia percaya bahawa duit adalah segala-galanya - “Cash is King”.

5.         Peruntukan kepada semua Kementerian dan institusi awam termasuk universiti telah dikurangkan kerana ketandusan kewangan. Walaupun telah diperuntukkan, tidak ada sumber kewangan.

6.        Pada tahun 2009, beliau telah menubuhkan satu Dana Kekayaan Negara (Sovereign Wealth Fund) bertujuan untuk menjana pendapatan bagi Kerajaan.  

7.        Dia menubuhkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kemudiannya dibebani hutang sebanyak RM42 bilion yang tidak dapat ditanggung.  Ianya tidak lagi menjadi Dana Kekayaan. Sebaliknya Dana Hutang Negara.

8.        1MDB telah meminjam RM20 bilion untuk membeli tiga janakuasa elektrik pada harga yang RM12.1 bilion, melebihi harga pasaran. Walaupun diberi kontrak untuk membina janakuasa baru selain lanjutan bagi konsesi yang hampir tamat, syarikat-syarikat janakuasa 1MDB ini telah dijual pada harga  RM9.83 bilion dengan kerugian berjumlah RM2.27 bilion.

9.        1MDB juga telah melabur atau meminjamkan sebanyak US$1.83 bilion kepada Petrosaudi International (PSI) Limited diantara 2009 dan 2011 di dalam projek-projek dan aset yang tidak wujud. Bank Negara Malaysia telah meminta supaya 1MDB membawa pulang semula wang tersebut ke Malaysia kerana kebenaran yang diberi untuk pelaburan berdasarkan kepada maklumat yang tidak tepat. Daripada jumlah ini, sebanyak US$1.45 bilion telah secara langsung atau tidak langsung disalurkan kepada syarikat Good Star Limited dan lain-lain syarikat dibawah penguasaan Low Taek Jho.

10. Untuk menutup kehilangan wang tersebut, 1MDB telah melupuskan pelaburan dan pinjaman ke PSI untuk US$2.318 bilion, dengan mendakwa yang ianya telah membuat keuntungan sebanyak US$488 juta. Bagaimanapun, tidak ada sesen pun daripada jumlah ini yang dipulangkan ke Malaysia. Sebaliknya 1MDB mendakwa yang wang tersebut telah dilabur di dalam dana di Kepulauan Caymans, yang kemudiannya telah di bongkar sebagai sebuah firma pengurusan pelaburan tidak berlesen. KPMG telah disingkir sebagai juruaudit 1MDB kerana enggan mengesahkan nilai pelaburan dana Caymans yang penuh misteri.

11.        1MDB mendakwa juga yang pelaburan di Kepulauan Caymans ini telah pun ditebus sepenuhnya. Sebanyak US$1.22 bilion telah dilaporkan ditebus pada 5hb November 2014, tetapi telah digunakan pada hari yang sama untuk membayar ganti rugi kepada Aabar Investments PJS. Ini merupakan gantirugi kerana menamatkan opsyen yang diberi kepada Aabar untuk membeli 49 peratus saham di dalam syarikat-syarikat janakuasa 1MDB. Ini merupakan satu penipuan kerana, syarikat induk Aabar,  International Petroleum Investment Corporation (IPIC), tidak pun menyebut tentang penerimaan pembayaran tersebut di dalam akaunnya yang diaudit dan tersiar di London Stock Exchange. Sebaliknya akaun IPIC menyebut bahawa 1MDB terhutang sejumlah US$481 juta kepadanya kerana penamatan opsyen tersebut.
12.        1MDB juga telah mengambil hutang berjumlah US$975 juta daripada konsortium Deutsche-Bank pada bulan September 2014, untuk tujuan yang sama iaitu membayar ganti rugi kepada Aabar. Akhbar the Wall Street Journal membongkar bahawa wang tersebut telah digunakan untuk membayar pihak lain di British Virgin Islands yang mempunyai nama yang lebih kurang sama iaitu, “Aabar Investment PJS Limited”, yang dimiliki oleh pihak yang tidak ada kena mengena dengan IPIC. Penipuan licik ini telah berjaya memperdayakan juruaudit 1MDB, Deloitte Malaysia yang mempercayai bahawa bayaran telahpun diterima Aabar kepunyaan IPIC.

13.        1MDB mengumumkan bahawa ia telah membuat tebusan kedua dan terakhir berjumlah RM1.1 bilion daripada pelaburan di kepulauan Cayman pada bulan Januari 2015. Pada mulanya Perdana Menteri memaklumkan kepada Parlimen bahawa jumlah tersebut telah dimasukkan ke dalam Bank BSI di Singapura. Dua bulan kemudian, pada bulan Mei 2015, dia memberitahu Parlimen bahawa, ianya bukanlah di dalam bentuk wang tunai, tetapi aset. Kemudian, dijelaskan pula yang aset-aset ini merupakan “unit” yang bermakna bahawa ianya tidakpun ditebus. Ini membuktikan yang 1MDB dan Perdana Menteri telah berulang-kali menipu rakyat Malaysia. Ianya juga bermakna bahawa wang yang dilaburkan di dalam Petrosaudi yang kemudiannya dilabur semula di Kepulauan Caymans, masih lagi hilang dan tidak dapat diperakukan.

14.        Seorang bekas naib ketua bahagian UMNO Batu Kawan telah membuat laporan polis berkenaan kehilangan sejumlah wang yang besar oleh 1MDB. Tiada sebarang siasatan dilakukan polis. Sebaliknya pengadu telah disoal-siasat polis, ditahan dan didakwa  dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana mensabotaj ekonomi negara. Peguam beliau juga ditahan dan didakwa dibawah Akta yang sama. Ini menakutkan sesiapa sahaja yang ingin melapor pada Polis berkenaan dengan 1MDB.

15.        Akhbar Wall Street Journal melaporkan yang Najib mempunyai US$681 juta Dolar di dalam akaun peribadinya di Ambank.

16. Najib pada mulanya menafikannya, tetapi kemudian mengakui bahawa dianya mempunyai sejumlah wang yang banyak di dalam akaun peribadinya. Dia mendakwa menerima derma dari seorang Arab, kemudian ianya menjadi derma untuknya memenangi Pilihanraya Umum ke-13; kemudian pula menyatakan ianya adalah kerana dedikasi beliau menentang keganasan. Dia kemudiannya mendakwa menerima duit berkenaan daripada seorang Putera Raja Arab Saudi, dan kemudian daripada Raja Arab Saudi yang telah mangkat.

17.        Kemudian seorang Menteri Arab Saudi menyatakan bahawa tidak terdapat apa-apa rekod berkenaan sebarang hadiah daripada Arab Saudi. Beliau mencadangkan bahawa wang tersebut mungkin merupakan peaburan. Tetapi jumlahnya kecil.

18.        Najib menyatakan hasrat untuk menyaman Wall Street Journal di mahamah. Tetapi dia tidak berbuat apa-apa. Sebaliknya dia meminta peguamnya bertanya kepada Wall Street Journal kenapa akhbar itu menyiarkan laporan tersebut.

19.        Hingga ke hari ini WSJ berterusan mengeluarkan laporan demi laporan dengan fakta terperinci berkenaan dengan duit sejumlah US$681 juta yang terdapat di dalam akaun peribadinya.   Dianya masih tidak mengambil tindakan saman terhadap WSJ, sesuatu yang boleh dilakukan di negara di mana WSJ diterbitkan.  

20.        Khuatir dan syak dengan jumlah wang banyak dalam akaun peribadi Najib, satu pasukan petugas ditubuhkan di Malaysia untuk menyiasat sumber wang tersebut. Empat institusi Kerajaan terlibat, Polis DiRaja Malaysia, Peguam Negara, Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

21.        Belumpun pasukan petugas berjaya selesaikan penugasan mereka, Peguam Negara, di singkir oleh Najib atas alasan beliau sakit dan tidak mampu meneruskan tugasannya. Secara terang Najib telah memberi gambaran yang tidak benar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan Tuanku bagi menggantikan Peguam Negara. Jawankuasa Kira-Kira Wang Negara dilumpuhkan apabila pengerusi serta beberapa ahlinya dipindahkan oleh Najib bagi menghalang penyiasatan keatas 1MDB. Pengerusi baru, kenalan Najib dilantik dan beliau secara spontan menyatakan yang Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan.

22. Najib  kemudian melantik Peguam Negara baru. Peguam Negara baru menolak cadangan Bank Negara untuk tindakan diambil sambil mendakwa yang tidak ada apa-apa di dalam laporan tersebut yang menunjukkan bahawa Najib melakukan kesalahan.

23.        Rayuan Bank Negara tidak diendahkan.

24.        Peguam Negara yang baru juga menolak lagi satu laporan daripada SPRM. Kandungan laporan tidak didedahkan dan ancaman dibuat terhadap pendedahan laporan tersebut.

25. Peguam Negara baru juga tanpa penjelasan yang munasabah menolak cadangan dari dua institusi yang mempunyai kuasa dan kepakaran dalam bidang mereka.

26.        Penolakan ini juga menghalang perkara tersebut dibawa ke mahkamah di mana semua bukti dapat diketengahkan dan dibicarakan. Dengan ini Peguam Negara memain peranan sebagai pendakwa dan juga hakim. Proses undang-undang terhalang.

27.        Timbalan Perdana Menteri yang disingkir kemudian mendedahkan yang Peguam Negara yang lama telah menunjuk bukti kesalahan yang dilakukan Najib bersangkutan skandal-skandal tersebut. Di masa yang sama, beberapa agensi Kerajaan asing, iaitu Switzerland, Singapura, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Britain, telah memulakan siasatan ke atas 1MDB.

28. Akhbar di Malaysia ditapis menyebabkan rakyat lebih bergantung kepada laporan media asing. Tetapi apabila rakyat berbincang atau menulis berdasarkan laporan media asing, Kerajaan menerusi Ketua Polis Negara menjemput sesiapa sahaja untuk membuat laporan polis agar polis dapat menjalankan soal siasat terhadap orang itu.

29.        Ini bercanggah dengan kegagalan polis menyiasat laporan polis yang dibuat terhadap Najib, Jho Low dan laporan Bank Negara dan SPRM kepada Peguam Negara. Peguam Negara juga mengugut untuk jatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan terhadap sesiapa yang bertindak membocor maklumat Kerajaan. Ini bermakna yang kesalahan jenayah di dalam pentadbiran Kerajaanpun akan dilindung daripada pengetahuan awam.

30.        Peguam Negara mengumumkan bahawa sebahagian daripada sejumlah RM2.6 bilion (sebanyak RM2.3 bilion) telah dipulangkan kepada Arab Saudi. Selain daripada kenyataan ini tiada bukti lain yang dikemukakan.

31.        Rakyat juga semakin menderita.

32.        GST yang dikenakan Najib, kenaikan kadar tol lebuhraya, kesemuanya mengakibatkan kenaikan kos sara hidup, memaksa perniagaan ditutup, menyebabkan industri kepunyaan asing menghentikan operasi dan berpindah kepada negara lain. Ini mengakibatkan peningkatan kadar pengangguran.   

33.        Walaupun rakyat membantah, Najib tetap menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) Amerika yang mengikis hak kita untuk membuat dasar dan undang-undang yang sesuai bagi negara kita.

34.        Hari ini imej Malaysia amat buruk sekali.  Selain diklasifikasikan antara 10 negara terburuk mengamalkan rasuah, Malaysia juga dianggap tidak demokratik. Hak kebebasan bersuara juga kebebasan akhbar terhalang, dan rakyat hidup dalam ketakutan ditangkap dan ditahan. Akta  Majlis Keselamatan Negara digubal untuk memberikan Perdana Menteri dan bukan Yang di-Pertuan Agong kuasa mengisytiharkan sesuatu kawasan itu sebagai kawasan keselamatan dimana sesiapa sahaja boleh ditangkap dan ditahan tanpa bicara dan didakwa dibawah prosidur yang melanggar batas keadilan yang diterima.

35. Sebaliknya pula jika berlaku kesilapan dalam penggunaan Akta ini oleh pegawai Kerajaan, atau di mana terdapat salahguna kuasa, rakyat tidak boleh mengambil apa bentuk tidakan terhadap mereka. Whistleblowers, atau pemberi maklumat, diganggu dan dihukum, dan bukannya diberi perlindungan. Undang-undang lain digunakan yang menyekat kebebasan bersuara menegur salahlaku. Hak asasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak lagi membawa apa-apa makna.


36.        Oleh kerana sebab-sebab ini, kami rakyat Malaysia seperti yang tertera bersetuju dan menyokong;
a)  penyingkiran  Dato’ Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan.
b) Penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya
c) Pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang jelas  melanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih dan
d) pemulihan integriti insititusi yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC

35. Kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum, ugama, politik, kepercayaan atau parti, tua atau muda, marilah bersama-sama kami selamatkan Malaysia daripada Kerajaan yang dipimpin Dato Seri Najib untuk membuka jalan kepada mereformasikan institusi demi proses demokrasi dan memulihkan prinsip pengasingan kuasa diantara eksekutif, legislatif dan kehakiman yang akan memastikan kebebasan, kredibiliti,  profesionalisme serta integrity institusi-institusi nasional.


CITIZENS’ DECLARATION

1.        We - the undersigned citizens of Malaysia append below our concern over the deteriorating political, economic and social situation in the country.

2.        We wish to draw the attention of the people of Malaysia to the damage done to the country under the Premiership of Dato’ Sri Najib Tun Razak.

3.        Under his administration the country has descended to become one of the 10 most corrupt countries in the world according to Ernst and Young in their Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013. The 2015 Corruption Perception Index showed Malaysia has dropped four places from 50 to 54.

4.        This is because he believes that money can ensure his position as Prime Minister of Malaysia. He believes that “Cash is King”.


5. Allocations to all ministries and public institutions including universities have been reduced because of shortages of funds. Even when allocations are budgeted for, no money was available.

6. In 2009 he decided to set up a Sovereign Wealth fund to earn income for the Government.

7. He created the 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) which became indebted with RM42 billion of loans which it is unable to repay. It is no longer a Sovereign Wealth fund. It is a Sovereign Debt Fund.

8. 1MDB borrowed approximately RM20 billion to acquire three power plant companies for an over-priced RM12.1 billion. Despite being awarded new power plant contracts and extensions to the expiring power-producing concessions, the 1MDB power companies were sold for RM9.83 billion, or a loss of RM2.27 billion.

9. 1MDB invested or lent a total of US$1.83 billion to Petrosaudi International (PSI) Limited between 2009 and 2011 under the pretext of bogus projects or non-existent assets.  Bank Negara Malaysia had demanded 1MDB return the above money to Malaysia as their approval was given based on misinformation submitted by 1MDB.  Of this sum, a total of US$1.45 billion was directly and indirectly siphoned off to Good Star Limited and other companies controlled by Low Taek Jho.

10.         To hide the missing funds, 1MDB “disposed” its investments and loans to PSI for US$2.318 billion, claiming to have made a profit of US$488 million.  However, no money was returned to Malaysia.  Instead, 1MDB claimed it invested the funds in Cayman Islands that was subsequently found to be an unlicensed investment manager.  KPMG was sacked as 1MDB’s auditors for refusing to confirm the value of the investment in the mysterious Caymans fund.

11.    1MDB claimed that the Cayman Islands investment has been fully redeemed.  US$1.22 billion was reportedly redeemed on 5 November 2014 but was substantially utilised on the very same day to compensate Aabar Investments PJS for the termination of options granted to Aabar to acquire 49% of 1MDB’s power companies.  This is a lie because the parent of Aabar, International Petroleum Investment Corporation (IPIC) did not mention receipt of any such payments in its audited accounts published on the London Stock Exchange.  Instead the accounts stated that 1MDB owes IPIC the sum of US$481 million for the termination.

12. 1MDB also took another loan of US$975 million from a Deutsche Bank-led consortium in September 2014, for the very same purpose of compensating Aabar for the terminated options.  The Wall Street Journal has exposed the fact that these money have been paid to a different British Virgin Islands entity with a similar name, “Aabar Investment PJS Limited”, whose beneficial owner is completely unrelated to IPIC.  The simple scam has fooled even the 1MDB auditors, Deloitte Malaysia into believing that the payments were indeed received by IPIC’s Aabar.

13. 1MDB announced that it made a 2nd and final RM1.1 billion redemption of the Cayman Islands investment in January 2015.  Initially, the Prime Minister told Parliament that the sum was held in cash in BSI Bank, Singapore.  However, two months later in May 2015, he informed Parliament that it was not cash but “assets”.  Subsequently, it was explained that these assets were “units” which meant that they were never redeemed in the first place.  This proved that 1MDB and the Prime Minister have been consistently lying to the Malaysian public.  It also means that the money invested in Petrosaudi which was reinvested in Cayman Islands, are still missing and unaccounted for.

14.        A former UMNO vice-head of the Batu Kawan Division made a police report on the loss of large sums of money by 1MDB. No investigations were carried out by the police. Instead he was interrogated by police, detained and charged under anti-terrorist law (SOSMA) for sabotage of the Malaysian economy. His lawyer was also arrested and charged under the same law. This has the effect of frightening people from making police reports on the 1MDB.

15.        The Wall Street Journal reported that Najib had US$681 million in his private account at Ambank.

16.         Najib denied this at first but later admitted he had the huge amount of money in his account. He claimed that it was a gift from an Arab; then that it was a donation to help him win the 13th general election in Malaysia; then that it was given because of his dedication to the fight against Islamic terrorists. He then claimed to have received the money from a Saudi prince, then from the King of Saudi Arabia who had passed away.

17.        Later a Saudi Minister stated there was no record of such a gift by the Saudis. He suggested it was probably a Saudi investment. The amount was small.

18.        Najib expressed his intention to sue the Wall Street Journal. But he did not. Instead he asked his lawyer to ask the Wall Street Journal why it published the report.

19.        To this day the WSJ continues to report more and more details about the US$681 million he has in his private account. He has not sued WSJ, which he can do in the country the WSJ is published.

20. Concerned over the huge sum of money in Najib’s private account a task force was set up in Malaysia to investigate the origin of the money. Four Government institutions became members of the task force. They are the Police, the Attorney General, Bank Negara and the Malaysian Anti-Corruption Commission.

21. Before the Task Force was able to finish its work, the Attorney General was removed by Najib claiming that he was sick and could not continue to work. Basically Najib had misrepresented to the King to get the Attorney General to be replaced.  The Public Accounts Committee was basically paralysed by Najib removing its chairman and members to prevent its investigation of the 1MDB. A new chairman, friendly to Najib was appointed and he promptly declared that Najib had done nothing wrong.

22. He then appointed a new Attorney General. Shortly thereafter the new Attorney General dismissed a recommendation by Bank Negara for action to be taken, claiming that nothing in the report showed Najib had done any wrong.

23.        Bank Negara appealed but this was brushed aside.

24.        The new Attorney General also dismissed another report by the MACC. The contents of the report are not revealed and threats are made against revealing its contents.

25. The new Attorney General has without valid explanations, dismissed the recommendations of the two institutions that possess the powers and expertise in their areas.

26. This dismissal prevented the matter from being determined by a court of law after all the evidence was evaluated. By doing so the Attorney General has acted as prosecutor and judge. Due process and the rule of law have been denied.

27. The sacked Deputy Prime Minister later revealed that the former Attorney General had shown him proof of Najib’s wrongdoings relating to the scandals. At the same time, various foreign Government agencies, namely from Switzerland, Singapore, the United States, Hong Kong and Britain have initiated investigations on the 1MDB.

28.        The press in Malaysia is heavily censored so that Malaysians have to rely on the foreign press. Yet when Malaysians discuss or write about the foreign reports, the Government (Inspector General of Police) invited people to make police reports so that the police can carry out questioning and investigation against the person concerned.

29.        This is in contrast to the failure of the police to investigate the police report formally made against Najib, Jho Low and the reports to the Attorney General by Bank Negara and MACC. The Attorney General even threatens to amend the law to provide for jail for life with 10 strokes of the rotan against anyone “leaking” Government papers. This means that crimes committed in the administration can be hidden from the public.

30.        The Attorney General claims that a part of the 2.6 billion Ringgit (about 2.3 billion) has been returned to the donor or donors. Apart from this statement no proof has been provided.

31.        The people are suffering.

32.        Najib’s GST and increases in toll rates have increased the cost of living, forcing some businesses to close down and also causing foreign-owned industries to stop operations and relocate to other countries, creating unemployment.

33.        Despite protests by the people Najib joined the US sponsored Trans Pacific Partnership (TPP) which erodes our freedom to make policies and laws suitable for our country.

34.        Today Malaysia’s image is badly tarnished. Apart from being classified as one of the 10 most corrupt countries, Malaysia is now regarded as undemocratic. There is denial of freedom of speech and freedom of the press and people live in fear of arrest and detentions. Security laws are enacted to allow the Prime Minister (and not the King) to declare security areas where anyone could be arrested and detained without trial and tried under procedures that violate normal and fair criminal justice standards.

35. On the other hand, where errors are made in applying these laws by Government officers, or where there is a blatant abuse of power, the people are unable to hold them accountable. Whistleblowers are harassed and punished instead of being protected. Other repressive laws are used to stifle free speech and legitimate comment about wrongdoings. The fundamental rights enshrined under the Federal Constitution have become meaningless.

36.        For all these reasons, we, the undersigned citizens of Malaysia agree and support:
a) The removal of Dato’ Sri Najib Tun Razak as the Prime Minister of Malaysia through non-violent and legally permissible means;
b) The removal of all those who have acted in concert with him;
c) A repeal of all the recent laws and agreements that violate the fundamental rights guaranteed by the Federal Constitution and undermine policy choices and
d) A restoration of the integrity of the institutions that have been undermined, such as the police, the MACC, Bank Negara and the PAC.

37.         We call upon all Malaysians, irrespective of race, religion, political affiliation, creed or parties, young and old to join us in saving Malaysia from the Government headed by Dato’ Sri Najib Tun Razak, to pave the way for much needed democratic and institutional reforms, and to restore the important principle of the separation of powers among the executive, legislature and judiciary which will ensure the independence, credibility, professionalism and integrity of our national institutions.

* Required
Setuju atau tidak dengan deklarasi ini? Do you agree with the declaration? *
Ya/Yes
Tidak/No
Nama Penuh/Full Name *

Your answer
No Kad Pengenalan/Identity Card No. *

Your answer
Emel/Email *

Your answer
No Telefon(Pilihan)/Telephone No (Optional)

Your answer
Tarikh/Date *

Your answer


link:- https://docs.google.com/forms/d/ ... ecK7NjYh54/viewform
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2016 07:35 PM | Show all posts
Edited by NAT_11 at 5-3-2016 07:38 PM
noor2 replied at 5-3-2016 06:55 PM
Ye ke Nat.....ingatkan beliau cuba berbaik dengan berkirim. salam  tu...hehe

Tu ha, Syd dah tepek DEKLARASI RAKYAT kat atas ni.
Bacalah, mana ada sebut nama ANWAR.
Tun Det very clearly cakap, deklarasi ni melangkawi
parti politik. Ini deklarasi rakyat yang mahu Najib turun.
Tidak melibatkan parti politik, hanya NAJIB.
Tu la, lain kali jagan terperangkap dengan PITNAH macai.
Macam-macam dituduhnya Tun Det - nak rampas kuasalah.
Nak jadi PMlah, nak berbaik dengan Anwarlah. Sembah
sujud kat Lim Kit Sianglah, jual Melayulah, hina ISLAMlah.
Sebab tu aku memang tak masuk blog diaorang.
Full of hate and shit.................

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2016 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
NAT_11 replied at 5-3-2016 07:35 PM
Tu ha, Syd dah tepek DEKLARASI RAKYAT kat atas ni.
Bacalah, mana ada sebut nama ANWAR.
Tun Det v ...

Owh...tq Nat....cepat sangat ai terpengaruh dgn tajuk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2016 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 5-3-2016 09:01 AM
Blogger Sang Kelembai

http://abusirajmuner.blogspot.my/2013/12/siapa-zaharin-mohd-yasin.html

Sang kelembai ko bagi duit dia tulis la pasal ko.kalau xbg dia hentam la.b.s
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2016 08:15 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 5-3-2016 08:13 PM
Sang kelembai ko bagi duit dia tulis la pasal ko.kalau xbg dia hentam la.b.s

idup ngan tabung duit ameno laa nehh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2016 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana dlm deklarasi tersebut kata nak jatuhkan umno dan kerajaan....nama najib, peguam negara dan jho low je ada...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2016 08:19 PM | Show all posts
yang pung pang pung pang tu pung
ntah dah baca lom, ntah tidak deklarasi tuh
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2016 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 5-3-2016 12:15 PM
idup ngan tabung duit ameno laa nehh

Orang ameno pun ramai xsuka beliyau.sedehhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2016 08:23 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 5-3-2016 08:20 PM
Orang ameno pun ramai xsuka beliyau.sedehhhhhh

tapi dia tulis macam konfiden jerk.
selalu label diri beliau 'yang berjasa' pada ameno, sejarah ameno tu semua ala2 sandaran pada dia lah.kalau dia takde, mmg senget lah sejarah tuh. pastu petik2 nama kawan2 baik dia, menteri sekian sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2016 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 5-3-2016 12:23 PM
tapi dia tulis macam konfiden jerk.
selalu label diri beliau 'yang berjasa' pada ameno, sejarah a ...

Delusional grande sangat dia tu.penulis kalau selang berapa minggu flip flop baik jadi penulis cikgu Suraya II jelahhhh.pffft
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2016 08:27 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 5-3-2016 08:13 PM
Sang kelembai ko bagi duit dia tulis la pasal ko.kalau xbg dia hentam la.b.s

ingat kalo xde kasi duit dia sumpah jadik batu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2016 08:28 PM | Show all posts
Anyways hisham
datuk kau pun keluar UMNO
party yang dia sendiri tubuhkan.di ignorekan oleh orang orang dalam umno sendiri..

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2016 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
halimi78 replied at 5-3-2016 12:27 PM
ingat kalo xde kasi duit dia sumpah jadik batu..

Sumpah dalam fb dia jah.penulis kalau x berintegriti baik keje kat brickfields nun jah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2016 08:31 PM | Show all posts
rakyat menderita? menderita apa??
yg enderita tu kroni kroni
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2016 08:33 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 5-3-2016 08:28 PM
Sumpah dalam fb dia jah.penulis kalau x berintegriti baik keje kat brickfields nun jah

kalu integriti sokmo fulus xdop cane...
cash is king... yes!!

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2016 08:33 PM | Show all posts
tak lama lagi mau gila Tun M ni....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2016 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
halimi78 replied at 5-3-2016 12:33 PM
kalu integriti sokmo fulus xdop cane...
cash is king... yes!!

Hahhaaha senang citer bukan taraf akj lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.075313 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list