Edited by annabellaruz2 at 10-8-2017 06:18 PM
Sekitar penghujung tahun 80-an kat kampung sebelah ada sepasang kekasih yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun tersebut.
Masing-masing adalah kebanggaan keluarga sebab biasanya remaja-remaja kampung tersebut gagal melanjutkan pelajaran sebab semua terkandas di dalam peperiksaan SRP.
Lagi pun pada masa tu, mak bapa tidak menitikberatkan soal pelajaran terhadap anak-anak.Jika ada yang lulus SRP, maka pasti keluarga tersebut akan membuat kendurikesyukuran.
Berbalik kepada pasangan kekasih tersebut, kedua-dua keluarga memang telah lama bermusuhan.
Entah dimana mulanya permusuhan 2 keluarga tersebut, tidak pula aku tahu.
Hubungan K & A sebenarnya ditentang kerana permusuhan adik beradik K & A.
Ada khabar angin mengatakan permusuhan adalah kerana hubungan perkahwinan yang tidak menjadi diantara abang K & kakak A.
Tapi kalau korang peminat filem Hindustan dan Tamil, ada sedikit persamaan bab permusuhan keluarga tersebut. Khabar angin yang kedengaran adalah pasangan tersebut telah bercinta semenjak dari Tingkatan 4.
Dan sememangnya mereka telah berjanji untuk berkahwin selepas peperiksaan SPM.
Malangnya, permusuhan dua kelurga tersebut telah menghalang mereka untuk melaksanakan hasrat untuk bersama. Yang perempuan aku panggil A dikurung oleh ahli keluarganya.Begitu juga yang lelaki, aku namakan K.
Mereka dilarang untuk berjumpa. Malah kedua-duanya dihalang untuk pergi ke sekolah buat sementara waktu.
Entah macamana kedua-dua mereka terlepas daripada jagaan keluarga masing-masing dan melarikan diri. Apabila keluarga keduanya menyedari kehilangan mereka, maka usaha mencari pun dijalankan.
Dan usaha pencarian tersebut berhasil apabila kedua-duanya dijumpai bersembunyi di pondok yang terletak di salah satu sawah kepunyaan penduduk kampung. Memandangkan baru habis musim menuai, maka pondok tersebut terbiar kosong.
Sekali lagi pasangan kekasih tersebut dipisahkan oleh ahli keluarga setelah terjadinya pergaduhan besar yang saling menuduh dan menyalahkan sesama pihak.
Setelah berbulan berlalu sehingga pasangan kekasih tersebut selamat menduduki peperiksaan SPM dan tengah menunggu keputusan. Segala-galanya kelihatan seakan-akan pulih dan pasangan tersebut seolah-olah sudah saling melupakan. Maka setiap ahli keluarga mula menjalani kehidupan seperti biasa dan mula melupakan kisah percintaan pasangan kekasih tersebut.
Pada suatu hari terdengar khabar yang si A bakal dikahwinkan dengan lelaki pilihan pihak keluarga.
Sekali lagi gempar apabila si gadis telah hilang dari rumah. Apabila keluarga gadis tersebut mencarinya ada jiran memberitahu ternampak A menaiki motosikal bersama dengan K.
Keluarga A pergi ke rumah K untuk mencari A yang sebenarnya tengah bersiap-siap untuk memulakan gerakan mencari K yang juga disedari telah menghilangkan diri.
Tempat pertama yang dicari sudah tentulah pondok yang pernah mereka menjumpai A & K semasa menghilangkan diri suatu ketika dulu.
Malangnya A & K tidak dijumpai disana. Setelah mencari di beberapa tempatyang berkemungkinan menjadi tempat persembunyian A & K, mereka masih gagal ditemui.
Kali ini keluarga A & K meminta bantuan penduduk kampung untuk membantu gerakan mencari.
Pencarian yang dijalankan kali ini berjaya menjumpaiA & K yang sedang bersembunyi disebuah rumah tinggal yang terletak agak jauh dari kampung mereka. A dijumpai tidak sedarkan diri sementara K masih sedar dan mulut kedua-duanya berbuih gara-gara meminum racun rumput.
Kedua-duanya segera dihantar ke hospital. K disahkan meninggal semasa di dalam perjalanan ke hospital.
A pula dimasukkan ke wad tetapi meninggal selepas bertarung nyawa selama hampir seminggu.
Hasil post-mortem, K telah meminum racun rumput dalam kuantiti yang banyak sehingga menyebabkan organ dalamannya hancur luluh.
A pula dipaksa oleh K untuk meminum separuh cawan.
A sempat menceritakan kepada keluarganya apa yang berlaku pada hari kejadian.
Setelah semua ahli keluarga keluar dari rumah untuk bekerja,K datang ke rumah untuk menjemput A menaiki motosikal.
Mereka berjumpa untuk berbincang tentang hala tuju hubungan mereka. Sementelah, A telah mengandung lebih kurang 3 bulan.
K yang yakin bahawa hubungan mereka tidak akan berjaya rupa-rupanya telah membawa sebotol racun rumput dan merancang untuk membunuh diri bersama A kerana tidak sanggup berpisah.
A telah dipaksa oleh K untuk meminum separuh penutup botol racun sebelum dia sendiri menghabiskan yang selebihnya. Sebab itulah organ dalaman K lebih cepat hancur luluh dan mati.
Sekiranya dia mati, A meminta keluarganya supaya menguburkan dia bersebelahan dengan kubur K dan memhon supaya kedua-dua keluarga tersebut berbaik dan melupakan sengketa antara mereka.
Permintaan A ditunaikan oleh keluarganya untuk menguburkan dia bersama K.
Tetapi sehingga kini kedua-dua kelurga tersebut tidak pernah berbaik dan keluarga K telah berpindah jauh dari kampung tersebut meninggalkan kubur K yang besemadi dengan A bersama dengan kisah tragis percintaan yang tidak kesampaian.
Mereka dikuburkan disebidang tanah kepunyaan keluarga A yangterletak tidak jauh dari sebuah sekolah rendah disimpang tiga dan selekoh tajam yang berhampiran dengan kampung keluarga K.
Tak berapa lama kemudian, keluarga K berpindah keluar dari kampung tersebut mengikut suami dan isteri masing-masing.
Ibu K berpindah ke Miri mengikut abang sulung K kerana tidak dapat menerima kehilangan K yang merupakan anak bongsu dan anak kesayangannya. Ibunya mengatakan yang setiap malam roh K balik ke rumah dan menangis. Paling sedih, keputusan SPM K & A....rupa-rupanya mereka tidak menduduki semua kertas peperiksaan..
Ada penduduk kampung yang mengatakan bahawa selalu kedengaran bunyi perempuan menangis dari arah kubur A & K.
Kadang kala, K& A menjelma dalam bentuk rupa yang menakutkan penduduk kampung yang terpaksa melalui jalan tersebut untuk ke sawah dan kebun mereka. Kubur A & K betul-betul bersebelahan dengan sebatang pokok durian. Buah durian dibiarkan membusuk dan tiada siapa yang berani mengutip buah tersebut gara-gara takut.
Tempat tersebut memang ditakuti selama beberapa tahun dan sehingga kini, setiap kali melalui pokok durian tersebut, masih ramai yang seram terutama jika pada waktu malam.
Kejadian yang baru sahaja berlaku tak sampai 3 tahun lepas…..
Seorang penduduk kampung pulang agak lewat sekitar pukul 12malam.
Tugasnya sebagai pekerja di hospital memang memerlukan dia untuk bertugas mengikut shift. Pada malam tersebut, dia menaiki motosikal kerana keretanya yang rosak dan masih berada di bengkel. Dia ni bukan penduduk asal kat kampung tersebut. Dia adalah orang luar yang berkahwin dan berpindah ke kampung tersebut.
Semasa melalui kawasan pokok durian tersebut yang terdapat di selekoh yang agak tajam, dia melihat seorang lelaki tua dan wanita tua yang sedang berjalan berpimpin tangan sambil menjinjing satu botol yang terpampang jelas perkataan ROUNDUP.
Dah memang adat kami akan saling menegur dan menyapa jika terjumpa dimana-mana.
‘Eh, malam-malam ni nak pergi mana, pakcik’? sapanya.
Tanpa sepatah kata tetapi sambil tersenyum dalam kegelapan malam, pakcik itu menunjuk ke arah bukit yang berhadapan dengan sekolah.
Makcik tu pula tunduk dan langsung tidak menoleh.
Memikirkan mungkin ada rumah atau pondok penduduk disitu,dia berkata… “Hati-hati pakcik,makcik…malam gelap ni…saya gerak dulu ye?”….sambil memulas minyak…
Sesampainya dirumah, dia bertanya kepada ayah mertuanya..
“Ayah, sapa nama pakcik yang rumahnya diseberang sekolah tu?”
“Rumah?” sambil mengerutkan dahi, ayah mertuanya berkata..setau aku, tak ada penduduk kampung yang buat rumah kat depan sekolah…situ,ada tanah kebun terbiar je..kenapa?
“Tak….tadi masa balik, aku jumpa pakcik ni berjalan dalam gelap. Bila aku tanya nak kemana, pakcik tu tunjuk ke arah seberang sekolah tu.Tak silap, klu siang, kat situ boleh nampak ada pokok durian atas bukit tu. Tak perasan pula ada rumah kat situ” katanya.
…hurrrmmmmmmm…. Pakcik tu bawa botol racun yer?....dia berdua kan?... tanya ayah mertuanya..
‘A’ah… betul la…sapa pakcik tu, ayah?’ katanya.
Maka, ayah mertuanya pun menceritakan kisah K & A.. menggeletar kaki dia selepas mendengar cerita ayah mertuanya… nasib baik K& A menjelmakan diri dalam ‘rupa elok’… kalau menjelma rupa yang ‘tak elok’mau jadi lain ceritanya.
Memandangkan dia bertugas di hospital besar Kuching, dia mencari rumah sewa yang berhampiran dan membawa isteri dan anak-anaknya berpindah disambil memudahkan dia untuk pergi dan balik dari bekerja. Tak sanggup dia nak mengambil risiko balik pada jauh malam dan mengalami peristiwa yang serupa. |