CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
 Author| Post time 7-10-2021 09:24 AM | Show all posts
Jersey Devils


Bertahun-tahun yang lalu, aku dan teman wanitaku bekerja sebagai guru dan tiap-tiap tahun pada bulan Jun, kami akan membawa sekumpulan budak-budak untuk berkhemah.  Destinasi kami kali ini adalah di tepi tasik di Pine Barrens, New Jersey.  Aku dan teman wanitaku berkongsi khemah, manakala untuk budak-budak bawah jagaan kami, kami tegakkan khemah besar yang boleh memuatkan 12 orang kanak-kanak sekaligus betul-betul sebelah khemah kami.  Tapak perkhemahan kami ni dah lengkap ada meja piknik dan bulatan unggun api.  Salah satu aktiviti yang aku dan teman wanitaku selalu buat semasa trip ni adalah bercerita kisah seram sambil duduk mengelilingi unggun api di waktu malam.  Dan cerita seram yang aku selalu cerita untuk takut-takutkan budak-budak tu adalah tentang Jersey Devil, makhluk legenda yang kononnya bermaharajalela dalam hutan ni.  Kisah tentang Jersey Devil ni memang popular,  masuk ni dah 5 kali trip aku bawak budak-budak masuk hutan ni, dan cerita pasal Jersey Devil ni, dan takde pulak Jersey Devil ni muncul depan kitorang, setakat ni.


Malam terakhir perkhemahan kami, masa ni budak-budak pun dah lena dalam khemah mereka, aku dan teman wanitaku lepak-lepak jap di tepi unggun api tu sambil duduk di kerusi malas yang kami bawa.  Masa ni, kami baru je bela seekor anak anjing, jadi kami terpaksa ikat anak anjing tu di tiang khemah kami, tapi dengan tali yang panjang la, sebab taknak dia merayau-rayau jauh sangat.  Tengah syok bersembang tu, tiba-tiba kayu api yang tengah terbakar dengan maraknya di hadapan kami tu runtuh, sampai terpadam terus apinya. Kebetulan, kami ada pasang pelita jugak di atas salah satu mejak piknik kat situ, tapi api pelita tu pun jadi makin malap.  Suasana sekeliling kami jadi gelap samar-samar tu pun cuma sebab api pelita tu je.  Masa nilah pulak anak anjing aku menggeram.  Ggggrrrrrrr..... Anak anjing kami duduk di sebelah aku sambil menggeram,  dan dalam samar-samar tu aku nampak bulu-bulu di belakang badannya mengembang dan pandangan matanya tajam tertancap pada 'sesuatu' di hadapan aku.

Tiba-tiba, muncul seseorang dari dalam tasik yang cuma 20 ela je daripada kami masa tu.  Aku ingatkan ianya manusia, tapi makhluk itu membongkok dan berlari di atas 4 kaki macam anjing.  Sebab keadaan gelap masa tu, aku cuma nampak bentuk badannya je.  Bahagian belakang makhluk itu terjungkit tinggi berbanding bahagian kepalanya.  Tapi, ianya bukan beruang mahupun rusa. Ia berlari macam haiwan, tapi aku tak pasti haiwan apa yang berlari mcm tu.  Makhluk tu berlari masuk hutan di sebelah kami ni.

Aku pulak, terus melompat dari kerusi aku dan terus masuk ke dalam kereta aku, pastu aku pasang lampu tinggi.  Barulah terang kawasan perkhemahan kami.  Tapi makhluk tu dah tak kelihatan.  Aku panik dan ketakutan, aku cakap kat teman wanita aku, kejutkan budak-budak tu, malam ni jugak kita balik.  Teman wanita aku tak setuju, dia tenangkan aku, dia cakap tak sesuai nak keluar dari hutan ni malam-malam.  Malam tu, aku tidur dengan sebelah tangan pegang pisau.  Tu pun aku tak dapat nak tidur nenyak sampailah matahari naik.  

Benda ni tak pernah terjadi pada aku sebelum ni. Aku bersumpah yang makhluk tu bukan haiwan mahupun manusia. Sejak malam tu aku tak berani dah nak masuk hutan lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2021 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Cukurrrr ade sambungan
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2021 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
OK nanti smbg

.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 7-10-2021 09:24 AM
Jersey Devils



New Jersey slalu ada crta cmni..maybe sbb factor geography..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita keluarga burari tu dah keluar dekat netflix. Dekat twitter pon ramai dah start buat thread
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2021 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Santai baca..tq tt.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2021 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengok kes keluarga Burari kat google..ingatkan tinggal kat rumah sebuah, rupanya tinggal kat apartmen.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2021 08:34 AM | Show all posts

As always sentiasa tertunggu2 tuan umah update
TQ byk2 kerana rajin mencari dan mentranslate kan cerita2
lama jugak dah dalam BOD paranormal ni
xbyk cite menarik mcm dedolu zaman 2007
2020-2021 thread awak no 1 dihati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2021 03:08 PM | Show all posts
Good job TT. Best thread ever!
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2021 05:18 PM | Show all posts
seminggu gak nak abiskan separuh.. seronok baca sebelum tido..
tq tt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2021 08:56 AM | Show all posts
hi guys sorry lama tak bersiaran. bz skit kan hujung tahun nak masuk endemik ni. terima kasih pada uols semua yang sudi upkan thread i. terimalah kiss penuh kasih sayang dr i utk uols suma...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2021 09:36 AM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 16-10-2021 09:18 AM

Bercuti ke Gettysburg bersama keluarga
Pada lewat musim luruh tahun 2015, aku dan keluargaku telah melancong ke Gettysburg.  Sebagai peminat sejarah, memang aku sangat teruja dengan percutian ni sebab Gettysburg ni memang terkenal sebagai kawasan berlakunya peperangan saudara USA tahun 1800-an dulu.  Ditambah pula dengan cuaca yang baik dan suasana tempat tu yang tenang dan aman damai je.  Dan juga beberapa peristiwa yang tak boleh nak dijelaskan terjadi pada aku dan keluarga, memang sampai mati pun aku takkan lupakan percutian aku ni.  Aku ringkaskan beberapa peristiwa tu utk dikongsi kepada pembaca...

Hari Pertama

Hari pertama percutian kami habiskan dengan melawat muzium dan berjalan-jalan di sekitar tapak medan perang ni.  Tak ada apa-apa yang menarik sampailah masuk waktu tidur.  Abang aku tiba-tiba melompat bangun dari katil, dia terus bukak pintu bilik sambil menjenguk-jenguk apa yang ada kat luar tu.  Perbuatan dia tu buat kami sekeluarga hairan, kami pun tanyalah dia, ang ni pasai apa ngigau ka?  Abang aku cakap, dia terdengar suara lelaki mengeluarkan arahan dan diikuti dengan bunyi tembakan meriam.  Dalam bilik tu ada 4 orang termasuk aku dan ibubapaku, tapi kami bertiga langsung tak dengar apa pun.  

Hari Kedua
Keesokan harinya,  kami pergi melawat pulak satu tapak medan perang yang berhampiran dengan Devil's Den. Kami berjalan kaki je ke sana ke sini, masa tu kami dapat rasakan macam ada orang tengah ikut kami dari belakang. Tapi bila toleh takde orang pulak.  Malam tu bila kami nak masuk tidur je,  kami dikejutkan dengan bunyi tembakan meriam.  Bukan kami satu bilik tu je dengar, bila kami jenguk-jenguk kat luar pintu bilik tu, beberapa tetamu hotel lain pun dah ada kat luar bilik masing-masing.  Rupa-rupanya diorang pun dengar jugak bunyi tembakan meriam tu.



Hari Ketiga

Hari ketiga, kami pergi pulak ke Little  Round Top.

Di sana, aku merangkak di celah-celah batu, konon-konon nak merasai macam mana penembak tepat zaman dulu punya perspektif.  Ada satu masa tu, aku tengah meniarap di atas tanah, tangan konon-konon pegang senapang la, masa tu lah aku terasa ada satu tangan memegang bahu aku, kemudian dia menunduk dan berbisik ke telinga aku, 'aku nampak dia'.  Sepanjang masa tu aku ingatkan tu abang aku, tapi tak lama pulak tu, aku terdengar suara abang aku menjerit panggil aku.  Terpinga-pingalah aku kejap.  Rupa-rupanya abang aku ada kat tempat lain, dia di sebuah patung yang terletak agak jauh la jugak dari tempat aku meniarap tu.  Pelik tu jangan cakaplah, lagi pelik tu bila aku nak bangun nak pergi ke abang aku, aku macam terlanggar seseorang di depan aku, tapi takda orang pun.  Masa nak keluar dari tempat tu, aku rasa tempat tu sejuk sangat macam lalu depan peti sejuk.  Sampai aku dah berada dengan ahli keluarga yang lain pun, mak aku pun perasan kenapa tiba-tiba suhu jadi jatuh sampai sejuk macam ni.

Hari yang sama jugak, petang tu, sejam sebelum matahari terbenam, aku dan mak aku memandu kereta nak pegi menjelajah tempat lain sambil mengambil gambar.  Kami pergi ke satu lokasi yang dinamakan High Water Mark.  Lokasi memang banyak monumen dan tugu-tugu bagi memperingati tentera Confederancy yang terlibat dalam perang saudara tu.  Membaca info-info dan melihat tugu-tugu kat situ, mak aku jadi sedih mengenangkan nasib tentera-tentera yang terkorban dalam perang saudara tu.



Kitorang pun duduk melayan perasan dan tanpa disedari mak aku menitiskan air mata.  Masa tulah, kami berdua terdengar suara seorang lelaki berkata, 'jangan menangis untukku wahai gadis'.  Walaupun suara tu suara ghaib, tapi kami tak rasa takut pun, sebaliknya kami dihampari dengan rasa teramat tenang dan merelakskan.   Suara ghaib tu seolah-olah menyenangkan perasaan kami yang tengah sedih masa tu.

Hari pun dah nak makin gelap, aku dan mak pun berjalanlah ke kereta kami.  Kebetulan , ada kereta lain di situ dan ada sepasang laki bini pun tengah lepak-lepak di luar kereta mereka. Aku dan mak menyapa pasangan itu, dan kami sempatlah bersembang kecil.  Tapi perbualan kami automatik terhenti apabila kami terdengar bunyi seruling dan paluan gendang dari arah medan perang tadi.  Muka pasangan tadi jadi pucat, mereka terus mengucapkan selamat tinggal dan memandu keluar meninggalkan kami.  Aku dan mak pun tak tunggu apa dah, kitorang pun keluar jugak dari situ, alasan mak aku sebab hari dah malam, kitorang tak sepatutnya merayau kat situ waktu gelap macam ni.

Hari Terakhir

Hari keempat merupakan hari terakhir percutian penuh kenangan kami. Kali ni kami menjelajah kediaman Eisenhower dan Big Round Top.  Tengah bersiar-siar tu, ayah dan abang aku rasa penat pulak dan diorang nak balik ke hotel. Jadi aku dan mak aku pun hantarlah diorang balik hotel, pastu kami sambung balik berjalan-jalan di Big Round Top tu. Big Round Top ni nak kene mendaki sikit.



Masa aku dan mak patah balik ke Big Round Top tu, tinggal lagi 2 jam sebelum matahari terbenam dan cuma kami berdua je yang ada dalam hutan tu. Tapi teruja punya pasal, kami pun redah je.  20 minit berjalan dalam hutan tu, mak tiba-tiba berhenti.  Aku baru nak tanya kenapa apabila kami berdua terdengar bunyi tapak kaki.  Bunyi tapak kaki tu macam ramai je orang, bila aku dan mak berjalan semula, bunyi tapak kaki tu pun ikut jugak. Bila kami berhenti, bunyi tu pun berhenti.

Aku dan mak dah rasa tak selesa, kami ambil keputusan nak patah balik je. Tapi sebelum tu kami berehat dulu di sebuah batu besar ni.  Tengah duduk ambil nafas tu, aku terperasan yang suasana sekeliling kami tiba-tiba jadi sunyi sepi. Takde bunyi cengkerik, burung berkicauan atau dedaunan berdesir ditolak angin.  Tiba-tiba, aku dan mak terdengar bunyi kuda meringkik diikuti dengan derapan kaki kuda tengah berlari melintasi kami.  Kemudian, muncul pulak bunyi semboyan tentera, bunyi pedang berlaga pedang, tembakan senapang berselang-seli dengan bunyi ramai lelaki menjerit-jerit.  Aku dan mak memang terkejut tak sangka la, mana datang bunyi orang tengah berperang ni padahal kami berdua je ada masa tu kat situ.  Tapi bunyi-bunyi itu hanya muncul dalam seminit dua je, kemudian ianya terhenti begitu sahaja.

Bila keadaan dah kembali tenang, aku dan mak barulah berani nak bersembang. Kami tertanya-tanya apa benda yang kami dengar tadi tu, apabila tiba-tiba muncul suara beberapa orang lelaki meminta tolong. "Tolong! Tolong ! Aku taknak mati! Tolong!".  Dan diikuti dengan suara tangisan. Kali ni kami dah tak tahan lagi lalu kami terus berlari keluar dari hutan tu menuju ke kereta kami.

Sesampainya di kereta kami, rupa-rupanya ada seorang renjer hutan tengah menunggu.  Renjer tu seolah-olah faham dengan apa yang terjadi pada kami, mungkin dia nampak ketakutan di wajah kami, tapi dia pun tanya apa yang kitorang nampak dan dengar dalam hutan tu?  Kami pun ceritalah apa yang baru je terjadi pada kami tadi.

Renjer tu mengaku pada kami, "sebenarnya tadi saya terjumpa dengan seorang lelaki ni. Saya rasa dia ni cosplayer tentera union kot.  Saya cuba halang dia dari masuk hutan ni sebab hari dah nak gelap, tapi dia senyum je lepas tu dia terus jalan masuk hutan jugak.  Saya cuba nak kejar dia tapi saya nampak dia berjalan menembusi sebatang pokok ni, pastu dia terus hilang".  Aku dan mak pun apa lagi, teruslah pecut balik ke hotel.

Esok paginya, sebelum kami check out hotel, kami bersarapan dulu. Aku dan abang aku terdengar bunyi semboyan perang, tapi cuma kami berdua je yang dengar. Orang lain macam tak dengar pun.

Walaupun dah kene kacau macam tu sekali, tapi itu tidak mematahkan minat aku dengan sejarah tempat tu. Aku datang balik ke situ untuk kali keduanya, kali ni bukan setakat bunyi-bunyi je, aku berjaya menangkap beberapa gambar entiti tu.  Dalam gambar-gambar tu, korang boleh nampak bayangan tentera-tentera tengah menaiki kuda.  Korang boleh nilaikan sendiri gambar-gambar ni, adakah memang itu entiti atau cuma kesilapan teknikal je....








This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2021 12:14 AM | Show all posts
Sorry nk tnya..forum ada problem ke..sbb dok refresh2 pttnya bkn tamat kt page 37 ni..banyak lagi cerita slps page 37 ni..hlg ke page2 slps page 37?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2021 05:35 AM From the mobile phone | Show all posts
auza_chiyoko replied at 15-10-2021 12:14 AM
Sorry nk tnya..forum ada problem ke..sbb dok refresh2 pttnya bkn tamat kt page 37 ni..banyak lagi ce ...

Hai uols.dpt tak reply i? i pun pelik jugak sbb stuck kt page 37.tp bile i dpt notis u,terus jump ke page 40 pulak hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2021 08:22 AM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 15-10-2021 05:35 AM
Hai uols.dpt tak reply i? i pun pelik jugak sbb stuck kt page 37.tp bile i dpt notis u,terus jump  ...

yeahh dpt..n dah kt page 40...risau gila smlm bila TT pnye page mcm stuck gtu

sbb ious mmg peminat benang TT


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2021 08:50 AM | Show all posts
Sapa Pulak Yang Gantikan Aku Tu?

Semasa aku masih budak kecil, dalam lingkungan umur 6 ke 8 tahun camtu,  ibubapaku ada memiliki sebuah lot rumah apartment berdekatan dengan rumah kitorang.  Apartment tu disewa oleh sepasang suami isteri.  Ibubapa si isteri tu merupakan jiran selang beberapa blok je dari rumah aku.   Si isteri tu ada adik lelaki kecil baya-baya aku yang masih tinggal dengan ibubapa dia, jadi aku memang kenal dan selalu bermain dengan si adik lelaki tu.

Pasangan suami isteri tu bercadang nak buat sambutan harijadi pertama anak mereka di rumah kawan aku, si adik lelaki tu. Berminggu-minggu jugak pasangan tu membuat perancangan, pulak tu kawan aku asyik cerita pasal kakak dia nak buat itu buat ini untuk parti harijadi tu.  Aku jadi teruja sangat nak pergi, jadi aku pun tanyalah ibubapa aku, boleh tak nak pegi ke parti tu. Tapi ibubapa aku melarang aku untuk pergi sebab kalau ikutkan, pasangan tu tak jemput kitorang pun kan.  Ibubapa aku siap cakap, kat parti tu nanti hidangan utamanya adalah itik, aku pulak tak suka makan itik, jadi baik aku tak payah pergi nanti rugi je tak dapat makan.  Aku ingat lagi, sebab tak dapat nak pergi ke parti tu, berhari-harilah jugak aku merajuk dengan ibubapaku,

Tak lama lepas tu, ibubapa aku pulak pegi melawat ke apartment suami isteri tu, saja nak jenguk tanya khabar.  Pasangan tu sempat tunjukkan satu album gambar parti harijadi anak diorang kepada ibubapa aku (masa tu masih pakai kamera yang pakai filem gulung tu).  Aku pun buat-buatlah merajuk, 'wah bestnye kalau dapat join sekali. Macam seronok je parti tu'.  Tapi pasangan tu macam keliru pulak bila aku cakap macam tu.  Isteri tu cakap kat aku, 'eh adik kan datang ke parti tu.  Kalau tak percaya ni ada gambar adik kat parti tu'.  Eh memang betullah, banyak pulak muka aku dalam gambar-gambar tu.  Persoalannya, siapa yang pergi sebab aku tengah merajuk sorang-sorang dalam bilik masa tu. Ibubapa aku pulak dah bengang, diorang ingatkan aku senyap-senyap pergi tak cakap kat diorang.

Kebetulan, salah seorang makcik aku pun pergi ke parti tu, aku pun tanyalah, ada nampak aku ke parti tu? Makcik aku kata tak perasan pun aku pegi ke tak. Aku tanya kawan aku tu, kawan aku cakap dia siap bermain dengan aku kat parti tu.  Benda ni dah menghantui aku sampailah aku dah tua bangka sekarang ni....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2021 12:08 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 15-10-2021 05:35 AM
Hai uols.dpt tak reply i? i pun pelik jugak sbb stuck kt page 37.tp bile i dpt notis u,terus jump  ...

Ini agai misteri juga. Ceciter
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2021 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 14-10-2021 09:36 AM
Bercuti ke Gettysburg bersama keluarga
Pada lewat musim luruh tahun 2015, aku dan keluargaku telah m ...

xda gmbar pn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2021 09:19 AM | Show all posts

aahla i pun baru perasan. ok tak nampak tak gmbr baru ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2021 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa macam ada ayat yang tak boleh dibaca? Dah macam bahasa sanskrit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 2.062251 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list