|
Reply #781 inakimi's post
aku pon nak join inakimi! heehee... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #778 nenektua's post
a'ah tu la aritu kata nak announce feb. takde pon nih nf: pulangkan wang kami!!! eh.. takde eh? heehee.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #784 chillycomel's post
chilly mari kite mencucuk nenek..hahaha..:devil: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #785 inakimi's post
muahahahha ..
kite gi Korea or New Zealand ke.. hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #786 chillycomel's post
g korea la
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #788 chillycomel's post
menarik....tp aku nak cri yg g jeju island skali...alang2 g kan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #785 inakimi's post
ahahhaha
tak baik tau cucuk2 nenek...
nenek ni kuat melatah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #789 wakata's post
tu la..kalo bleh nk jeju island gak.. mmg teringin sgt nk jejak situ
terbayang lak cite drama korea kt situ.. uhuhu
aku rasa kan, paling mahal pon pakej ke korea maybe 3K kot.. lain2 expenses tanggung sdiri.. tp tu pon kire murah da kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #790 nenektua's post
xpe la nek.. nek melatah la 44 kali nk gi korea.. hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #792 chillycomel's post
melatah 44 kali ..hahahah giler lawakk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #792 chillycomel's post
aahhahah...apa ni korea la plak...
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #795 chillycomel's post
kawan nenek ckp, ramai gile org...
thn lepas dia pi dan tak sanggup nak pi lagi |
|
|
|
|
|
|
|
UMRAH SECARA BACKPACK ( KELUARGA ) SAMBIL MELAWAT JORDAN/BAITUL MAQDIS
Assalaamu`aalaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. , Muslimin dan muslimat,
Nampaknya anda semua ingin melancung. Disini saya mengajak anda semua mengerjakan umrah sambil melihat kesan peninggalan umat silam yang telah dihancurkan ALLAH. Firman ALLAH : " Apakah mereka tidak mengembara diatas muka bumi ini melihat balasan yang ALLAH telah timpakan ke atas ummah yang terdahulu yang telah mendustakan ayat-ayat ALLAH"
Mengerjakan umrah merupakan hasrat setiap muslim dan muslimah. Namun begitu ramai yang telah mengerjakan umrah menyangka ibadah yang mereka kerjakan sudah menepati apa yang di lakukan oleh Nabi Sallallaahu` alaihi wasallam. Sewaktu mengerjakan umrah mereka telah pun membaca atau menghafaz semua doa' yang dimuatkan didalam-kitab- kitab haji dan umrah yang melambak dijual di kedai-kedai buku. Adakah ini yang dituntut ketika mengerjakan umrah sedangkan hanya sebilangan kecil sahaja doa' yang diamalkan oleh baginda Sallallaahu` alaihi wasallam,apakah doa-doa itu ? Adakah boleh kita menyaringkan suara sewaktu tawaf sebagaimana dilakukan oleh sebahagian jama'ah atau para Mutawwif ( Pembimbing ), yang dapat mengganggu orang lain yang sedang khusyu` melakukan tawaf ? Inilah yang menjadi salah satu sebab mengapa saya mengajak anda semua mengerjakan umrah bersama saya.
Pada tahun ini, insha` ALLAH saya akan mula bercuti pada 19.3.07 sehingga 11.6.07. Cadangan saya nak mengerjakan umrah sambil melawat Jordan melihat laut mati, ashabul kahfi dan lain-lain lagi. Saya pernah ke Jordan pada tahun 1994, 1995 dan 1996. 3 Kali pergi ke Jordan dalam perjalanan ke Makkah. Saya pergi ke Jordan kerana orang-orang yang ikut saya nak melawat Baitul Maqdis. Alhamdulillah kami dapat melawat Baitul Maqdis tahun 1995 dan 1996.
Ada orang takut nak masuk Baitul Maqdis kerana tidak aman.Ramai orang yang tak faham. Sebenarnya Baitul Maqdis ialah sebuah daerah. Al Masjidil Aqsa terletak dalam daerah Baitul Maqdis Lama ( Old jurusalem ). Al Masjidil Aqsa adalah kawasan yang selamat. Kalau tak selamat awal-awal lagi ( sebelum memasuki Baitul Maqdis ) kerajaan Jordan akan menutup boarder. Bayaran untuk ke Baitul Madis ini mahal. Sewaktu saya pergi tahun 1995 dahulu saya dan 14 orang lagi jemaah saya kena bayar 200USD untuk 2 malam 3 hari di Baitul Maqdis, manakala tahun 1996 pula , saya dan 10 orang lagi jemaah dikenakan bayaran 150USD untuk 1 malam 2 hari . Yang mahal sebenarnya wang hangus, iaitu cukai masuk 27USD, cukai keluar 25USD dan bayar kepada kementerian Dalam negeri Jordan ( boader tax ) 20USD. Kalau tak ada cukai2 ini memang murah harganya.
Saya rasa amat gembira bila pertama kali dapat menjejakkan kaki ke Al Masjidil Aqsa kerana memang saya bercita-cita sejak kecil lagi untuk melawatnya , setelah tok guru dipondok saya belajar di Kelantan menceritakan kisah lawatannya ke Baitul Maqdis pada tahun 1965. Ketika itu Baitul Maqdis masih dibawah kawalan kerajaan Jordan. Hanya pada tahun 1967 kerajaan Yahudi merampasnya dalam perang 6 hari sahaja. Sungguh sayang tempat suci ketiga jatuh ketangan yahudi laknatullaah. Saya rasa sayu sewaktu berada dalam Al Masjidil Aqsa solat maghrib dan `isha`. Lama saya terpaku , amat sedih sekali, sama seperti kali pertama kita terpaku dihadapan Kaa`bah. Keesokannya saya mendengar azan sayup dari Al Masjidil Aqsa dan saya nak pergi solat di sana tetapi penjaga hotel tempat kami menginap menasihatkan agar bersolat di masjid berdekatan kerana bimbangkan keselamatan, maklumlah tengah gelap dan untuk ke Al Masjidil Aqsa kita mesti masuk kota lama Baitul Maqdis , melalui rumah-rumah lama dan lorong-lorong yang berliku, seolah-olah kita hidup beratus-ratus tahun yang lampau. Saya tak puas tinggal di Baitul Maqdis 2 malam, sedih rasanya meninggalkan Baitul Maqdis , sama sedihnya apabila saya nak kembali ke tanah air selepas tamat belajar di Madinah 20 tahun dahulu. Insha` ALLAH, saya berazam, kalau panjang umur ,sekiranya Baitul Maqdis jatuh ke tangan umat Islam kembali ,saya bercadang nak tinggal sebulan di sana. Mengikut hadith apabila yahudi di usir keluar dari Baitul Maqdis, itu tandanya amat hampir dengan qiamat.
Saya ini bukan travel agensi. Saya uruskan sendiri urusan ke Makkah, Makan minum, pengangkutan semasa di Tanah suci. Oleh kerana saya yang uruskan maka harganya murah. Dalam erti kata lain macam backpack juga. Untuk lawatan kita boleh bincang bila nak melawat ke tempat-tempat bersejarah di Makkah dan Madinah. Begitu juga penginapan, nak yang murah, yang mahal semua boleh tetapi saya syorkan yang murah kerana kita ni macam backpack sahaja.
Dibawah ini saya sertakan anggaran perbelanjaan untuk mengerjakan umrah sambil melawat Jordan.pergi ke Makkah dan Jordan . <br />
Harga tiket pesawat RJ ( Jordan ) 3200RM.
Wang untuk bayar visa 180RM .
Wang makan di Makkah dan Madinah 30/35RM sehari .
Penginapan di Madinah 80RM semalam. <br />
Biasanya jemaah dari syarikat travel agensi bermalam 2 malam sahaja di Madinah kerana mahal , semuanya hotel-hotel baharu, yang lama dan murah telah dirobohkan, kecuali sedikit sahaja dan tak dapat nak menampung permintaan. Sejak tahun 1994 hingga tahun lepas kami bermalam di Madinah 3 malam kerana tak puas 2 malam, lebih-lebih lagi saya pernah tinggal selama 6 tahun di Madinah. Pernah saya bermalam 4 malam di Madinah, rasanya sebanyak 2 kali. Tahun ini tak tahu lah nak tinggal berapa malam di Madinah. Kalau mahal sangat 3 malam sahaja lah nampaknya. Harga hotel di Makkah pula mengikut kategori, ianya lebih murah dari Madinah. Kos sewa pengangkutan pula seperti berikut:
Bas Besar ( 45 passengers ) : 2500RM
Coaster ( 25 passengers ) : 1700RM
Van/GMC : 1200RM
Ini ialah harga pada tahun-tahun lepas. Pada tahun ini rasanya tidak berubah.
Kos pengangkutan juga bergantung kepada bilangan jemaah. Kalau jemaah ramai dapat jimatkan kos tetapi kalau sedikit susah lah nak cover. Begitu juga penginapan , kalau ramai mungkin 1 atau 2 orang dapat percuma.
Sekiranya rombongan kita dalam lingkngan 18 orang ke atas biasanya saya sewa bas besar yang bermuatan 45 orang kerana ianya lebih selesa.
Tentang penginapan pula memang sejak dahulu lagi kami menginap di bilik yang mempunyai bilik air didalamnya,bermakna bilik air tidak berkongsi dengan orang dari bilik yang lain.Yang mana berkelamin saya letakkan 2 orang sebilik.
Ceramah atau tazkirah akan diadakan dan disampaikan oleh saya sendiri, insha` ALLAH
Dengan ini saya mengajak sesiapa yang berminat nak ikut serta boleh lah e mail kat saya sebelum 5.4.2007 kerana saya akan bertolak pada 19.4.2007. Setakat ini ada 6 orang nak ikut sama . Seperti yang saya jelaskan kalau makin ramai makin murah kerana boleh cover bayaran bas. Walau pun 6 orang nak ikut saya tetapi travel agensi tempat saya buat visa nak pass kan jemaah mereka seramai 11 orang. Jadi jumlahnya sebanyak 17 orang termasuk saya. Kalau anda nak tahu travel agensi ni tak akan menghantar staf mereka pergi ke MAKKAH bersama jemaah kalau jemaah mereka tak ramai. Oleh itu mereka pass kan kepada orang seperti saya ini. Kalau mereka pergi juga bersama jemaah maka rugilah mereka nak bayar tambang staf, makan minum dan penginapan.
Setelah itu pada 23 . 5.2007 sekali lagi saya akan mengerjakan umrah dan mungkin melalui Jordan juga atau berpecah, satu group ke makkah sahaja dan satu group lagi Umrah/Jordan. Walaubagaimana pun saya lebih suka kalau anda ikut saya pada 19.4.2007 ini kerana pada 23.5.2007 nanti musim cuti sekolah, selain harga tiket naik 200RM |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #797 naasiha's post
wahh info yg bagus ni!
nenek - chilly n lain2 ..macam mane matta fair aritu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #798 inakimi's post
hahaha.. pesal ko x jumpe kitorg kt sane?
aku berubah pikiran last minit for the last day Matta smlm.. gile ahh
x sangka aku sampai susah gile nk wat pilihan....
next time serik da aku ke matta fair.. hahahaha
aku 6/5 - 15/5 gi Perth, Australia
gi ngan hmate aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #799 chillycomel's post
ahaha aku kan dah habaq awai2 tak pi matta fair tu..hahaha takut sedih n meleleh tgk2 package ..sbb cuti sampai sept di sekat..so tunggu ogos/sept nye matta fair ler..
bape harge package beb? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #423 nenektua's post
nek... kita pun nak join nenek leh tak?
kita gi bulan 12 la nek.. ader sale gile giles....
agak2 nenek nak gi bile? kita pun tak sabar nak gi london nek.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|