CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: LET'S CHIT CHAT

 Close [Copy link]
Post time 18-11-2024 11:31 AM | Show all posts
Mariah Carey holds the record for the most number-one singles by a solo artist on the Billboard Hot 100 char
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2024 11:36 AM | Show all posts
Jerat pelaburan hotel, pengurus kilang rugi RM943,250


GAMBAR HIASAN



JOHOR BAHRU – Gara-gara termakan janji pulangan pelaburan menguntungkan dalam tempoh yang singkat, seorang pengurus kilang terpaksa menelan perit apabila wang simpanan RM943,250 kena kebas scammer.
Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, wanita yang berusia 53 tahun mula terjerat dengan sindiket penipuan apabila nombor telefonnya dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp oleh individu tidak dikenali sekitar Mei lalu.
Menurutnya, kumpulan WhatsApp berkenaan menawarkan pelaburan dalam industri perhotelan yang menjanjikan pulangan tinggi, mudah dan jangka masa yang singkat.“
Tertarik dengan kadar keuntungan yang dijanjikan, mangsa telah membuat pembayaran pelaburan secara dalam talian ke beberapa akaun berjumlah RM943,250 antara September hingga Oktober lalu.
“Setelah selesai membuat bayaran, mangsa telah dimaklumkan pelaburan pengadu telah mencatatkan keuntungan RM600,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kumar berkata, bagaimanapun suspek telah memberitahu bahawa sekiranya mangsa ingin mengeluarkan keuntungan, mangsa perlu membuat bayaran tambahan.
Ujarnya, namun mangsa tidak membuat bayaran tersebut selepas merasakan dirinya telah tertipu sebelum membuat laporan polis pada Sabtu lalu.


Susulan laporan itu, polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE



https://www.kosmo.com.my/2024/11/18/jerat-pelaburan-hotel-pengurus-kilang-rugi-rm943250/






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 11:37 AM | Show all posts
Sarkas juara Muzikal Lawak Superstar 4, bolot RM150,000

Kumpulan Sarkas diumumkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar musim keempat (MLS4). MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI



KUALA LUMPUR – Kumpulan Sarkas membuat kejutan apabila diumumkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar musim keempat (MLS4) yang berlangsung Pusat Konvensyen CIDB Cheras, di sini malam tadi.
Tiga sekawan, Danial Zaini, Shashic dan Acap S menonjolkan persembahan cemerlang dalam kedua-dua segmen, sekali gus memancing perhatian juri dan penonton.
Kemenangan itu melayakkan Sarkas membawa pulang wang tunai sebanyak RM150,000 berserta trofi.
Bersyukur dipilih sebagai juara, seorang anggotanya meluahkan harapan agar golongan pelawak diberikan ruang dan peluang.
“Bagi peluang kepada rakan pelawak lain untuk kami buktikan, insya-Allah,” katanya selepas diumumkan sebagai pemenang.
Naib juara pula dimenangi Padie yang membariskan Namie, Fad Bocey, Aretoy. Mereka meraih ganjaran berjumlah RM75,000.
Ali Puteh, Man Raja Lawak dan Aya Amiruddin yang menggelarkan diri mereka Putehh pula diumumkan di tangga ketiga bersama hadiah sebanyak RM50,000.


Dua lagi finalis yang mara pada malam kemuncak MLS4 iaitu Deroyan dan Zuara terpaksa akur di tempat keempat serta kelima.
Masing-masing menerima wang tunai RM25,000 dan RM5,000.
Seorang anggota Zuara, Zulin Aziz, 34, turut menerima gelaran Superstar Paling Gempak bagi edisi kali ini.
Pertandingan lawak yang bermula sejak 22 September lalu itu menyaksikan pertarungan 10 kumpulan yang bertarung selama lapan minggu sebelum lima kumpulan mara ke final.
Juri profesional terdiri daripada Saiful Apek, Harith Iskander dan Anna Jobling yang memberikan markah sebanyak 70 peratus, manakala selebihnya undian peminat secara online.
Pentas akhir yang dihoskan Datuk AC Mizal Ahmad itu turut dimeriahkan dengan persembahan artis jemputan, Abon, Shuib, Ropie, Johan serta Aisha Retno. – KOSMO ONLINE



https://www.kosmo.com.my/2024/11/18/sarkas-juara-muzikal-lawak-superstar-4-bolot-rm150000/






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 11:39 AM | Show all posts
Bola sepak Malaysia tak gagal - Tunku Mahkota Ismail




[size=14.399999618530273px]Kenyataan Tunku Mahkota Ismail di laman Facebook JOHOR Southern Tigers, hari ini. - Foto JOHOR Southern Tigers.


[size=14.399999618530273px]

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menyifatkan bahawa bola sepak Malaysia sebenarnya tidak gagal.
Sebaliknya, Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menganggap individu yang berada dalam bola sepak yang gagal menguruskan pasukan kepada standard diharapkan.
Tunku Mahkota Ismail berkata, kadangkala sukar untuk difahami kenapa sesetengah pihak menganggap bola sepak Malaysia sebagai gagal sedangkan JDT sudah berkembang menjadi pasukan nombor satu di Asia Tenggara dan keenam di Asia berdasarkan Opta Power Rankings.
Katanya, Malaysia juga sudah layak ke Piala Asia untuk pertama kali sejak 40 tahun dan prestasi JDT di Asia menyumbang 21.54 (68.7peratus) daripada 31.33 mata ranking MA Malaysia sejak 2015 hingga membolehkan lebih banyak kelab Malaysia menyertai pertandingan peringkat Asia.
"JDT juga muncul satu-satunya kelab Asia Tenggara yang memenangi Piala AFC (2015). JDT juga antara kelab yang mempunyai fasiliti terbaik - termasuk perubatan - di Asia yang menepati kehendak bola sepak moden.
"Ini antara pencapaian hebat yang pernah dicapai oleh mana-mana pasukan dalam Malaysia atau dalam industri bola sepak tempatan. Jadi bagaimana bola sepak Malaysia dikira gagal apabila ada satu pasukan mampu berjaya di Asia?.
"Disebabkan gaji yang tertunggak, kekurangan infrastruktur bola sepak, kekurangan pembangunan akar umbi di peringkat kelab atau pengurusan yang tidak baik? Ini semua disebabkan adanya ramai individu yang tidak berkelayakan berada dalam industri sukan.
"Bola sepak tidak gagal, ianya adalah individu dalam pasukan yang gagal mengurus dan meningkatkan standard serta mereka yang sentiasa menyokong dan bukannya memberikan tekanan terhadap kegagalan itu," katanya dalam kenyataan di laman Facebook JOHOR Southern Tigers.
Selain itu, Tunku Mahkota Ismail menegaskan bahawa liga dengan pasukan yang diuruskan dengan baik serta mempunyai fasiliti moden dan pembangunan program akar umbi yang kuat di peringkat kelab akan meningkatkan lagi standardnya.
"Sebelum kita menuding jari dan mencari kesalahan pada sistem atau JDT meskipun Harimau Selatan berjaya di Asia termasuk penganugerahan 'AFC Two-Star Academy', adalah lebih wajar jika kita melihat apa yang berlaku dari dalam dan mendesak perubahan, bermula dengan pasukan masing-masing," katanya



https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/11/1325219/bola-sepak-malaysia-tak-gagal-tunku-mahkota-ismail



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 11:40 AM | Show all posts
"JDT juga muncul satu-satunya kelab Asia Tenggara yang memenangi Piala AFC (2015). JDT juga antara kelab yang mempunyai fasiliti terbaik - termasuk perubatan - di Asia yang menepati kehendak bola sepak moden.
"Ini antara pencapaian hebat yang pernah dicapai oleh mana-mana pasukan dalam Malaysia atau dalam industri bola sepak tempatan. Jadi bagaimana bola sepak Malaysia dikira gagal apabila ada satu pasukan mampu berjaya di Asia?.





Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 11:44 AM | Show all posts
My life is my message. Mahatma Gandhi

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2024 11:44 AM | Show all posts
I would rather die on my feet than live on my knees. Euripides

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 11:45 AM | Show all posts
The true success is the person who invented himself. Al Goldstein

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2024 11:45 AM | Show all posts
Fall seven times, stand up eight. Japanese proverb

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 11:45 AM | Show all posts
Each day provides its own gifts. Marcus Aurelius
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 11:45 AM | Show all posts
Being positive is a sign of intelligence. Maxime Lagacé

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 11:46 AM | Show all posts
Positivity always wins…Always. Gary Vaynerchuk

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 11:46 AM | Show all posts
You can, you should, and if you’re brave enough to start, you will. Stephen King

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 11:46 AM | Show all posts
Small steps motivate. Big steps overwhelm. Maxime Lagacé

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 11:46 AM | Show all posts
The first step is you have to say that you can. Will Smith

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 11:46 AM | Show all posts
I am thankful to all who said no to me. It is because of them that I’m doing it myself. Albert Einstein
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2024 11:48 AM | Show all posts
Kerajaan pastikan kanak-kanak GISBH tidak terabai, dapat hidup normal - Mohd Na'im




Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menjawab soalan pada Persidangan Dewan Rakyat, hari ini. - BERNAMA





KUALA LUMPUR: Mengembalikan kanak-kanak GISBH Holdings (GISBH) ke pangkuan ibu bapa dan keluarga menjadi keutamaan kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata itu antara pendekatan kerajaan bagi memastikan mereka tidak terabai serta dapat menjalani kehidupan normal.
Beliau berkata, kerajaan menyokong penuh pendirian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKM) untuk mengembalikan kanak-kanak GISBH kepada ibu bapa dan keluarga mereka.
Langkah lain dalam tindakan kerajaan, katanya, adalah modul rehab, pemantauan perkembangan berkala dan kerjasama komuniti setempat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).




Menurutnya, pemantauan perkembangan kanak-kanak berkenaan secara berkala menerusi penglibatan dan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), selain pakar pedagogi, psikologi dan akidah akan diteruskan.
"Mengambil kira kesan trauma jangka panjang kanak-kanak, kerajaan juga melaksana modul rehabilitasi GISBH, merangkumi pemulihan akidah, kaunseling, kenegaraan, pendidikan dan latihan kemahiran.
"Kerjasama komuniti setempat dan NGO juga perlu dilibatkan untuk mewujudkan sokongan sosial yang kukuh untuk kanak-kanak berkenaan," katanya.
Menjawab soalan asal dan soalan tambahan Zakri Hassan (PN-Kangar) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, Mohd Na'im berkata, kerajaan berpandangan isu GISBH amat perlu diperjelas dan disebarluaskan kepada masyarakat.
Ia, katanya, bagi memastikan tidak timbul salah faham terhadap tindakan yang diambil ke atas entiti itu.
Di samping itu, beliau berkata, kefahaman yang baik membolehkan masyarakat menjadi sistem sokongan kepada ahli GISBH yang ingin keluar daripada belenggu ideologi sesat berkenaan.
"JAKIM juga akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan akidah dan pegangan umat Islam secara keseluruhannya, termasuklah ahli-ahli GISBH.
"Ia melalui pembudayaan ilmu dan pentarbiahan yang komprehensif dan berkesan dengan kerjasama Majlis Agama Islam negeri dan Jabatan Agama Islam negeri serta agensi berkaitan lain," katanya.
Minggu lalu, Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) minggu lalu memutuskan ajaran, fahaman dan pegangan ahli GISBH adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
Pengerusi MKI, Datuk Nooh Gadut menerusi satu kenyataan pada 14 November, memaklumkan mesyuarat jawatankuasa itu pada 24 hingga 26 September, yakin dan berpuas hati dengan hujah serta fakta dikemukakan penyelidik mengenai GISBH.





https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1325373/kerajaan-pastikan-kanak-kanak-gisbh-tidak-terabai-dapat-hidup-normal









Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 11:50 AM | Show all posts
S Atan wajar digelar Raja Lagu-Lagu Pop - M Nasir








M Nasir berpendapat pengaruh Allahyarham S Atan dalam dunia pop Melayu cukup besar. Foto NSTP Eizairi Shamsudin



KAJANG: Maestro muzik, Datuk M Nasir menyifatkan Allahyarham S Atan layak digelar Raja Lagu-Lagu Pop.
Kali terakhir bertemu komposer legenda itu beberapa bulan lalu, M Nasir turut menyifatkan industri seni kehilangan komposer prolifik.
"Allahyarham S Atan adalah seorang yang prolifik dan banyak karya dalam muzik.
"Pengaruh S Atan dalam dunia pop Melayu memang besar. Hanya 10 tahun sekali baru kita dapat jumpa seorang yang berbakat besar seperti beliau.

"Orang macam arwah, karyanya bagus dan besar. Namanya memang besar pada 1970-an, ketika itu, arwah memang di puncak.
"Selepas 1980-an muncul pula komposer lain. Tetapi dalam tempoh 10 tahun, Allahyarham S Atan boleh dianggap sebagaj Raja Pop khususnya dalam penciptaan lagu pop," katanya ditemui di pekarangan Masjid Jamek Kajang di sini, bagi memberi penghormatan kepada sahabatnya itu, semalam.
Mengimbau kenangan bersama Allahyarham S Atan, M Nasir berkata, arwah pernah menjadi pemuzik pengiring ketika diundang menjayakan persembahan di Manchester, England pada 1997.
"Allahyarham pernah menjadi pemuzik ketika saya diundang menjayakan persembahan di Manchester.
"Itu antara tempoh paling lama kami bersama. Selain itu, arwah pernah menjadi tetamu saya dalam sebuah dokumentari dan kami berbincang mengenai perkembangan industri seni.
"Setiap kali berjumpa, kami ada berbincang mengenai kekecewaan terhadap industri muzik," katanya.




https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/11/1325360/s-atan-wajar-digelar-raja-lagu-lagu-pop-m-nasir


Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 11:51 AM | Show all posts
Only 10% of the population is left-handed
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 11:51 AM | Show all posts
The Statue of Liberty was once functioning as a lighthouse.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.278340 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list