|
[Tempatan]
Penuntut UPNM mati didera, dipercayai didera rakan dengan seterika wap. #399: Ma
[Copy link]
|
|
Ai sebagai public pun tuntutt keadilan, terutamanya untuk arwah hadek tue jugak. Walaupun dia dah takde tapi keadilan mesti diberikan kepada arwahhhh!! Ai stress, yang. Rasa macam nak balik awal jer hari neh tak sempat dah nak jumpa dengan despatch boys ai buat check up posts. Kes neh menyebabkan emosi aii terganggu
|
|
|
|
|
|
|
|
Bedah.Cun replied at 5-6-2017 07:33 AM
Lantakklar hanak orang berada ker anak orang kecik! Sial celaka snagat perangai tue sampai menyeks ...
Aku takut kalo dihantaq ke mindanao they salin kulit jdk lanun sana..sbb pada i they pengecut sebenornya ehhh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Khenn, sembang bajet macam komando jer. Pegidaaahh
|
|
|
|
|
|
|
|
white_musk replied at 5-6-2017 10:05 AM
Time tu nanti jgn lupa pakai baju kaler merah. Tolong ingatkan akak... Kalau boleh kita buat party ...
Ya ai akn pastikan hingga ada kptsn berat dijatuhkan oleh court n update sini
Yg FB khas tu pun ai setuju sgt2 pls someone here bukak n viralkan. Kita forumer join FB tu lps dpt info kat sini. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat cerita A few good men |
|
|
|
|
|
|
|
ikut komuniti kot kak..sb tu zmn skrg nk beli umah..kne tgk sekali komuniti..harga umah tu campur sekali area tu komuniti educated ke guarded and jenis bertanggungjwb x jiran jemiran..mcm iols n husband, husband mmg fussy bab jiran2..abih di tgk nye..komuniti jenis suka parking dpn umah ke dak, sampah klu buang ikat ke dak..itu pun dia tgk..kalau iols xkisah sgt..asalkan mampu baya umah sudah..tp husband pnh ckp..klu xmampu beli, sewa je area situ..smpi anak2 besar then blk je duk kg..janji anak2 membesar dlm persekitaran sihat..bkn kwsn getto..
tp iols byk exp jugak bab2 kwn2 anak ni..anak iols skrg tuisyen dia iols hntr majoriti anak cina..mmg speaking je dia..malam br iols anta ngaji quran kat area taman..iols tgk anak iols pandai ckp kasar like guna bahasa 'aku' pastu main spinner tu ms dia gi ngaji sekali bdk2 melayu..anak2 cina tuisyen gurau derang pun x bunyi mcm kurang ajar mcm bdk2 melayu..anak2 cina kat tuisyen even main tendang2 pakai kaki pun derang da report kat cikgu ckp bnda tu biadap rs tgk jugak mak bapak bdk2 tu dlm kategori mcm mna..educated ke idok..kalau public school/university..mcm2 la perangai anak2 dr mcm2 level manusia..
br ingat nk suh anak2 msuk je uni local..duk je asrama..tp klu kes2 mcm ni rs lbh baik derang xyah duk asrama..ulang alik je dr umah..xyah la hadap sgt nk masuk local uni yg smpi kne duk asrama xleh ulang alik dr umah..
|
|
|
|
|
|
|
|
serius dulu aku penah alami, my bro la.. kua umah je kena pukul beramai2 ok.. mmg lahanat sgt.. smpai aku g skolah pon kena ejek dengan kaki buli ni.. aku igt ketua kg tu cakap.. abang aku kawan die 3 org.. yg buli tu geng2 ramai, dlm 30-40 org, sume anak2 org kuat taman tu.. ketua tmn kate, kalao abg aku xsalah, kenapa abg aku 3 org je, pembuli lak 40 org...
Allah maha besar.. 40 org pembuli tu, ade yg menagih, merempit.. aku igt lg, sorg2 geng dorg terlibat kemalangan smpai cacat pon ade.. tp mmg effect life aku la time tu.. xnk g skolah... mak ayh kami org xde pgkat.. pembuli2 anak org kuat taman.. nak pindah pon kemane je... serius la.. anak2 xberkawan pon xpa |
|
|
|
|
|
|
|
Pastikan juga forumer sekelian share data2 yang hader dan compile di situ. If ade maklumat yang dapat permission autoriti pun boleh ditempekkan utnuk maklumat public like us. Kes neh tak boleh ambil ringan
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Potpouri at 5-6-2017 11:24 AM
Btul tu sis..kaw rumah aku ni sebenarnya ada mcm2 golongan.. ada area high end ni mostly chinese, area middle class makpak bekerjaya gak.. tp di hujung2 sana ada area pprt.. area kami bercampur cina india.. 50-50.. aku duk satu lorong yg sama dgn masjid.. dan cina india di sini amat bertoleransi..
Cuma aku suspek, budak2 dr family low income..ataupun dr family yg makpak tak kisahkan anak ni yg jd punca masalah. Takde la teruk sgt sbenarnya tp aku sakit mata kalau tgk budak2 melayu melonggok2.. vandalisme..naik basikal n motorsikal mcm pelesit..aku rasa mcm byk lagi bende berfaedah yg boleh dibuat, aku tak nmpak seorang pun budak cina melepak tak tentu hala...Anak aku pun kutip perangai buruk dr bdk2 melayu.. sorry to say.. duk sjkc dpt anugerah murid rajin pi solat- kelakar pulak anugerah yg ustazah dia initiate.. hantar pi kafa..habis.. pandai plk menipu..tak solat kata dh solat.. terus aku keluarkan dari kafa.. sory lah.. lantak lah org nk kata ape..
|
|
|
|
|
|
|
|
sranua replied at 4-6-2017 08:44 AM
Kejamnya lebih hebat dari yg diterima tahanan Guantanamo.
Semoga si pelaku mendapat balasan yg se ...
Tu la aku terpikir they al eksen ala2 they keje kat guantanamo ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Nurul8001 replied at 5-6-2017 10:08 AM
Saya memang rasa ada yang tak kena dgn pengurusan..jurulatih diorang semua ni..
Takde buat roll ...
Yup roll call n military is a must kan....fishy fishy everywhere so mmgggg kena siasat semua upnm tu |
|
|
|
|
|
|
|
pelik aku ngn management upnm nih,takkan sekor pensyarah xsedar sorang studen ilang...ke tido belako... |
|
|
|
|
|
|
|
Upnm = universiti paling pprt |
|
|
|
|
|
|
|
banyak sangat loophole dalam manament upnm ni. 9 days missing. bukan ke patut mereka ni lagi berdisiplin dalam hal2 macam ni. Dekan , sila turun . u are unfit to be one |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah..bkanlah ramai sgt pun satu kuliah tu tak.. tp biasalah.. ada lecturer bukan amik tau sgt.. pastu ada kawan tlg sign attendance pulak...
atau pun tengah study week..
|
|
|
|
|
|
|
|
Marah graduan2 dr upnm uols.. ada sorg tu i bc kat komen mana tah..perempuan.. merempan org kutuk upnm.. keluarlah ayat, biasalaa training tentera mcm tu.. hanya penuntut je yg memahami..puittt...
|
|
|
|
|
|
|
|
Semua kalau aku cakap, mesti ingat kes Teoh Beng Hock. Kita tengok mcm mana mainstream media melayu, Surat Khabar-Kum Utusan, Berita Harian, Karangkraf. Media TV, RTM, ASTRO, Bernama, Media Prima.
Online, berita2 yg berlambak lambak kat youtube tu. So kalau geng2 onlline ni update, cari bahan dari sekarang dan update every week dlm you tube, buleh di kongsi di media sosial. Tak de berita baru? every week buleh ulang cerita yg sama. so kita buleh ingat kejadian tersebut.
But knowing us, most of us will forget. And Later won't care.
Nanti kita tengok tread ni ada lagi ke Raya Haji nanti. I hope i am wrong. |
|
|
|
|
|
|
|
Nurul8001 replied at 5-6-2017 10:08 AM
Saya memang rasa ada yang tak kena dgn pengurusan..jurulatih diorang semua ni..
Takde buat roll ...
Bukankah waktu tu study weeks? |
|
|
|
|
|
|
|
mak bapak xkisah jugak ke x call anak lg2 awal ramadhan ni? ada mak pak yg kisah even anak2 duk asrama..xpi jenguk pun at least call? byk hari hilang nih..mak pak x curious ke? aku dulu duk asrama dr sekolah smpi uni..3hari sekali mesti call famili..klu senyap je mak aku yg akan call..xdpt aku, abis kwn2 aku di call nye tnya..
jgn ckp sb aku pompuan je..abg aku dulu belaja kat US nun pun mak bapak iols buat bnda yg sama..smggu sekali mesti stay up tgh mlm nk call, walaupun gaji bapak iols dulu rm400 je ok..bkn org kaya, tp syg anak2..xde duit pun, ada kan juga..tiap bln mesti suruh abg iols tu pos gambar aktibiti dia kat sana..
ini satu msia je pun..lg mcm2 cara leh contact..xsyg anak kah smpi senyap berhari2 x cari pun? |
|
|
|
|
|
|
|
Kes buli UPNM, budaya dibawa sejak zaman British lagi
KUALA LUMPUR – Kes penderaan di kalangan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bukan suatu yang luar biasa cuma ia tidak didedahkan, dedah sumber kepada MalaysiaGazette, cuma berbeza kali ini ia melibatkan kematian dalam keadaan yang kejam.
Sumber yang juga bekas pensyarah universiti tersebut berkata, kes buli atau raging sememangnya sudah menjadi budaya tentera yang diwarisi semasa zaman era British dan ia kemudiaan diteruskan sehinggalah hari ini.
“Ini sudah menjadi budaya tentera, budaya buli dan raging yang dibawa oleh British diwarisis sehingga hari ini dalam tentera kita.
“Budaya ini kononnya untuk mengajar setiap anggota tentera itu menjadi seorang yang menurut perintah dan taat kepada ketua mereka atau orang yang lebih lama dalam perkhidmatan,” terang sumber.
Dalam kes penderaan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, ia merupakan kesan daripada budaya tentera yang masih diwarisi dan ia kini diterapkan pula dalam universiti yang melatih bakal-bakal tentera ini, kata sumber.
“Zulfarhan ini menjadi mangsa kepada budaya tentera yang ditinggalkan oleh penjajah dan akibatnya seorang bakal parajurit negara terkorban hanya kerana tuduhan yang tidak mempunyai bukti,” katanya.
Sumber yang pernah berkhidmat selaku tenaga pengajar dalam UPNM itu juga memberitahu, sepanjang khidmatnya, pelbagai aduan dan kes buli yang didengarnya berlaku dalam universiti tersebut seperti kes liwat, oral seks, pukul dan banyak lagi tetapi ia banyak disembunyikan daripada pengetahuan umum.
“Aduan-aduan pelajar kena liwat, oral seks dan banyak lagi itu sudah menjadi perkara biasa.
“Cumanya perkara ini disembunyikan dan tidak didedahkan,” katanya.
Menceritakan pengalaman peribadi, sumber mendakwa, salah seorang pelajarnya pada 2014 menjadi OKU (Orang Kurang Upaya) akibat penderaan yang dialaminya semasa dalam universiti tersebut.
“Seorang pelajar saya, budak cerdik memiliki CGPA yang tinggi hampir 3.8, berlaku begini dia sudah tidak boleh belajar apabila saraf otaknya tidak berfungsi,” ujarnya.
Menurutnya lagi, kebanyakan kes ini tidak dilapor dan didedah kerana pelajar sudah diasuh supaya taat kepada perintah dan tidak menceritakan apa yang berlaku walaupun kepada ibu bapa mereka sendiri.
“Budak-budak ini sudah diberitahu supaya jangan bercerita itulah budayanya, sampai ibu bapa sendiri pun budak-budak ini takut nak beritahu,” katanya lagi.
Zulfarhan Osman, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang, 10 malam kelmarin dengan kesan lebam dan melecur pada badan.
Kematiannya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis mereman 36 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Universiti Tenaga Nasional selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|