CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seribulan

[Komunikasi] Lets go TURKEY...

 Close [Copy link]
Post time 20-4-2021 10:26 AM | Show all posts
seribulan replied at 19-4-2021 11:27 AM
Hujung minggu all-out masak..Hari kerja main tunjuk2 je
Masak tak?

samalah. tunggu weekend baru all out masak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2021 10:55 AM | Show all posts
farhana008 replied at 20-4-2021 09:26 AM
samalah. tunggu weekend baru all out masak

Kale masak pun...satu dua yg hat berkuah...salad @ pecal...toss2 je

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2021 10:56 AM | Show all posts
farhana008 replied at 20-4-2021 09:25 AM
baru2 ni ada kontrovesi tentang salt bae. lupa tenang apa. kena check semula.

Tak kenal pun sapa...terklik sebab pelik nama tu...ingat Korean
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2021 08:49 PM | Show all posts
seribulan replied at 20-4-2021 10:56 AM
Tak kenal pun sapa...terklik sebab pelik nama tu...ingat Korean

nama dia nusret gokce org turkey. orang gelar salt bae sbb cara dia tabur garam ada 'style'. iols tak rela nak makan kalau garam tu jatuh kat lengan dia baru kat makanan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2021 05:30 PM | Show all posts
farhana008 replied at 23-4-2021 07:49 PM
nama dia nusret gokce org turkey. orang gelar salt bae sbb cara dia tabur garam ada 'style'. iols  ...

gross...minggu dpn cuti Nuzul...pe program?
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2021 07:56 PM | Show all posts
seribulan replied at 25-4-2021 05:30 PM
gross...minggu dpn cuti Nuzul...pe program?

kat Johor tak ambil cuti nuzul. kerja seperti biasa. beberapa hari lepas terkesan dgn berita kapal selam nanggala. berkampung baca kat benang CI baca update.
tak lupa , nak wish happy labour day

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-5-2021 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 1-5-2021 06:56 PM
kat Johor tak ambil cuti nuzul. kerja seperti biasa. beberapa hari lepas terkesan dgn berita kapal ...

Tq, ditto...hbs gak the Magnificent Century...ujung2 kureng dah...pelakon yg hebat2 xde dah...
Iftar pe?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 1-5-2021 09:01 PM
Tq, ditto...hbs gak the Magnificent Century...ujung2 kureng dah...pelakon yg hebat2 xde dah...
If ...

Syok cuci mata tgk hero dan heroin dalam MC.hari ni iftar beli nasi ayam penyet dan kuih talam.gantung kuali hari ni.hari2 masak ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-5-2021 07:06 PM | Show all posts
farhana008 replied at 3-5-2021 06:04 PM
Syok cuci mata tgk hero dan heroin dalam MC.hari ni iftar beli nasi ayam penyet dan kuih talam.gan ...

ABC...Dah beraya ni hihi...mkn kuih raya ni...td beli.sup.gearbox...semlm masak ketam & rebus kerang
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:24 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 3-5-2021 07:06 PM
ABC...Dah beraya ni  hihi...mkn kuih raya ni...td beli.sup.gearbox...semlm masak ketam & rebus k ...

Ni tengah bersahur sambil kunyah biskut raya.hehe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2021 07:18 AM | Show all posts
farhana008 replied at 4-5-2021 04:24 AM
Ni tengah bersahur sambil kunyah biskut raya.hehe.

Norma baharu kan teringat food kat Turkiye...manisan dia superb...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2021 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 4-5-2021 04:24 AM
Ni tengah bersahur sambil kunyah biskut raya.hehe.

4 Sebab Rakyat Turki Jual Rumah Untuk Beli Emas Dan Aset Digital

Mehmed Aezhad
May 3, 2021 9:34 am

Image by sulox32 from Pixabay

Turki merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai sejarah panjang dalam perang dunia dan kemelesetan ekonomi sejak ratusan tahun yang lalu.

Ini menyebabkan golongan lelaki di Turki mempunyai satu skil kemandirian diri yang diturunkan daripada bapa, datuk dan moyang mereka saat negara mengalami peperangan dan kemelesetan ekonomi.

Baca : Perubahan Dalam Dunia Kewangan Akan Datang

Terkini, ekoran krisis kesihatan COVID-19 yang melanda global, daya ekonomi Turki semakin tenat kerana rakyat Turki tidak lagi mempercayai kepada sistem perbankan.

Mereka menjual semua wang mereka untuk membeli matawang US Dolar dan membeli emas dan ada yang terjebak dalam forex dan membeli aset digital atau mata wang kripto.

Nilai matawang Lira Turki susut hampir 20% semenjak 12 bulan yang lalu dan Bank Pusat Turki mengalami defisit rizab sebanyak USD47 bilion!

Kadar inflasi Turki kini memasuki angka 16% pada Mac 2021 yang lalu juga menyebabkan kadar pengangguran di Turki mencapai nisbah 30%.

“Jika populasi di Turki adalah 90 juta orang, ini bermakna 27 juta rakyat Turki tidak mempunyai pekerjaan.”

Menurut pakar ekonomi Turki, rakyat mereka kini tidak lagi berminat untuk melabur ke dalam syarikat – syarikat mikro dan kecil sedangkan KDNK utama Turki adalah dalam sektor perindustrian dan pembuatan.

Baca : Sentimen Berisiko Pasaran Saham Global, Apa Yang Anda Perlu Tahu Setakat Ini?

Rakyat Turki kini ‘lapar’ dalam mencari pelaburan jangka masa pendek yang mampu memberikan mereka pulangan lumayan dalam masa singkat.

Apa yang lebih membimbangkan adalah, kadar pelaburan hartanah di Turki semakin menurun semenjak tahun 2020.

Hal ini kerana, rakyat Turki menilai pelaburan hartanah sepanjang krisis kesihatan ini bukanlah jalan terbaik untuk memperoleh pulangan.


Image by flaviospugna from Pixabay
Sungguhpun Turki merupakan salah satu destinasi pelancongan tumpuan dunia dalam keempat – empat musim.

Apa yang sebenarnya sedang berlaku di Turki? Dan bagaimana ekonomi makro sebesar Turki yang tersenarai sebagai salah satu negara Group of Twenty (G20) menjadi sedemikian rupa?

Jom kita tengok 4 punca kenapa semua ini berlaku.

1. Sentimen
Sejak sekian lama, rakyat Turki secara tradisional telah melabur dalam emas untuk pelaburan jangka panjang.

Emas dan rakyat Turki telah sebati semenjak ratusan tahun lagi.

Golongan yang lebih tua percaya, emas merupakan aset mudah cair yang perlu dimiliki saat negara berdepan peperangan dan kemelesetan ekonomi.

Baca : Adakah Warren Buffett Menggadai Prinsip Pelaburannya Dengan Melabur Ke Dalam Emas?

Ini menyebabkan puluhan juta warga Turki yang lebih berusia membeli emas pada skala besar di gedung – gedung dan toko emas sehingga harga emas meningkat 28% pada tahun lalu.

Kadar import komoditi emas Turki juga meningkat lebih 100% dengan nilai USD26.6 bilion pada tahun 2020.

Baca : Pelaburan Emas Dalam Islam

Dikhabarkan, terdapat 5 tan emas tersimpan di bawah tilam rakyat Turki pada ketika ini.

2. Kadar Mata Wang Asing Yang Mengukuh

Masalah mula timbul apabila kadar inflasi meningkat dengan mendadak pada tahun 2020 dan mempengaruhi harga barang komoditi (makanan) dan dasar Kerajaan yang melaksanakan kadar faedah sifar.

Ini menyebabkan sebahagian besar penduduk Turki telah membeli mata wang US Dolar dan Euro.

Rakyat Turki termasuk syarikat Turki telah membelanjakan USD235 bilion dalam pembelian mata wang US Dolar setakat hujung tahun 2020 dan transaksi pertukaran matawang adalah USD11 bilion.

Konsep jual beli yang digunapakai kebanyakan rakyat Turki adalah beli dan jual matawang asing dalam tempoh 14 hari – 30 hari.

3. Pulangan Pelaburan Jangka Masa Pendek
Bukan setakat di Malaysia sahaja secara tiba – tiba wujud ramai golongan pelabur saham baru.

Situasi ini juga berlaku di Turki di mana ramai golongan muda yang belajar untuk melabur dalam saham dengan harapan mendapat pulangan pelaburan dalam masa singkat.

Baca : Kenali Industri-Industri Dalam Pasaran Saham Bursa Malaysia

Jumlah pemain dalam pelaburan saham yang melabur ke Istanbul Stock Exchange meningkat sebanyak 87% dalam masa 12 bulan dengan jumlah keseluruhan pelabur seramai 2.57 juta orang.

Kerajaan Turki juga telah meluluskan dana 700 bilion Turkish Lira sebagai pinjaman kepada pasaran tahun lalu.

Sebahagian besar wang tersebut digunakan untuk melabur saham dan membeli aset digital.

4. Kebangkitan Aset Digital

Daripada buruh binaan, pendandan rambut sehingga usahawan di Turki, semuanya membeli aset digital.

Pasaran harian aset digital di Turki dipercayai bernilai USD1 bilion – USD2 bilion sehari dan jumlah pelabur dan pemilik aset digital di Turki adalah 5 juta orang.

Baca : Forex vs Kripto: Kenapa Forex Haram, Kripto Boleh Pula?

Dikatakan lebih daripada 20% rakyat Turki telah membeli aset digital dan penggunaannya meningkat 600% dalam masa 12 bulan daripada April 2020.

Masyarakat Turki rata – rata adalah golongan muda dan celik IT dan sangat terbuka dengan inovasi.

Dengan pasaran aset digital dibuka 24 jam dan tidak perlu membayar cukai, ianya telah menjadi pelaburan pilihan nombor 1 rakyat Turki.

Bank Pusat Turki dilihat bakal mengenakan sekatan ke atas pembelian produk dan servis menggunakan aset digital dan dijangka cukai aset digital akan dilaksanakan di Turki tidak lama lagi.

Menurut pakar ekonomi, perubahan dalam atmosfera mata wang dan pelaburan di Turki yang kelihatan agresif ini sedikit sebanyak berpunca daripada kegagalan Kerajaan dalam polisi sedia ada.

Baca : Ekonomi Berdepan Krisis? Pegang 5 Aset ‘Safe Haven’ Ini Untuk Lindungi Diri Kita

Mata wang Lira dilihat semakin tidak popular di kalangan rakyat Turki sendiri kerana berleluasanya amalan korupsi dan nepotisme dalam pemerintahan yang telah meruntuhkan ekonomi Turki.

Kesannya, tiada orang yang ingin melabur ke pelaburan jangka panjang seperti hartanah.

Sumber Rujukan:

CNBC
Middle East Eye
Greek City Times
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2021 10:06 AM | Show all posts
seribulan replied at 4-5-2021 07:18 AM
Norma baharu kan  teringat food kat Turkiye...manisan dia  superb...

teringat kunefe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2021 12:35 PM | Show all posts

Ni sambung Magnificent Century Kosem...mak aii 2 jam 1 episod huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 08:13 PM | Show all posts
seribulan replied at 5-5-2021 12:35 PM
Ni sambung Magnificent Century Kosem...mak aii 2 jam 1 episod  huhu...

cerita seram turki siccin siri 2 tak sempat lagi tengok. sempat tengok yang 1 je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2021 02:07 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 8-5-2021 07:13 PM
cerita seram turki siccin siri 2 tak sempat lagi tengok. sempat tengok yang 1 je.

X berani tengok citer2 seram ni...huhu...PKP sana sini sekrg ye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-5-2021 04:54 PM | Show all posts
farhana008 replied at 20-4-2021 09:25 AM
baru2 ni ada kontrovesi tentang salt bae. lupa tenang apa. kena check semula.

London: Seorang cef yang mendapat gelaran Salt Bae mendapat perhatian di laman sosial kerana akan menawarkan hidangan stik bersalut emas 24 karat di cawangan restoran sulungnya dekat United Kingdom (UK).


Restoran itu akan dibuka pada 17 Mei depan iaitu hari sama penduduk dibenarkan semula makan di dalam restoran.


Mirror UK melaporkan, Salt Bae akan menjual hidangan unik itu dengan harga 700 Pound Sterling (kira-kira RM4,023).


Desas-desus pembukaan restoran di barat London itu sudah tersebar sejak 2017, namun baru kini kenyataan selepas sekatan pergerakan ditamatkan.


Pembukaan restoran mewah itu menjadi bualan netizen antaranya di Twitter.


"Jumpa saya di restoran Salt Bae sebaik ia dibuka London," tulis seorang pengguna menerusi Twitter.


Seorang lagi pengguna Twitter mengibaratkan pembukaan restoran Salt Bae di London seperti ceri yang diperlukan pada musim panas.


Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gokçe, adalah pemilik rangkaian stik mewah dikenali Nusr-Et .




Foto: IG




Beliau memiliki rangkaian restoran mewah itu di seluruh dunia dari Abu Dhabi hingga Greece dan pernah menyediakan hidangan untuk selebriti terkenal seperti Leonardo Di Caprio dan David Beckham.


Salt Bae mendapat iham menyediakan stik dengan cara unik ketika bekerja di restoran Argentina dan Amerika Syarikat (AS) secara percuma iaitu tempat beliau belajar menguasai kemahiran itu. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 9-5-2021 02:07 AM
X berani tengok citer2 seram ni...huhu...PKP sana sini sekrg ye?

Hari ni pkp satu negara terus
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2021 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 10-5-2021 07:15 PM
Hari ni pkp satu negara terus

Dine in x boleh...3 org 1 kereta je...huhu...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2021 05:22 AM | Show all posts
seribulan replied at 10-5-2021 08:18 PM
Dine in x boleh...3 org 1 kereta je...huhu...

sop flip flop sampai rakyat confuse. esok kita raya dalam rumah berziarah dari bilik ke bilik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.351621 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list