CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
Post time 16-10-2021 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 14-10-2021 09:36 AM
Bercuti ke Gettysburg bersama keluarga
Pada lewat musim luruh tahun 2015, aku dan keluargaku telah m ...

Yg iols nampak ada muka kat belakang tentera beratur tgh padang tue muka kat tentera hujung sekali belah kanan barisan hadapan. Mcm muka org belakng leher dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2021 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 16-10-2021 10:03 PM

Misteri Tidak Terungkai

Masa aku kecik-kecik dulu, aku dan ibubapaku pernah tinggal di sebuah kem musim panas.  Mereka bekerja sebagai tenaga pengajar di kem itu, ajar macam mana nak ikat tali, dayung kanoe, berenang dan macam-macam lagilah aktiviti lasak di hutan.  Ibubapaku ketika itu adalah pasangan muda yang masih belajar di kolej, jadi bila bekerja kat sini, dapatlah diorang simpan duit sebab kem ni turut menyediakan tempat tinggal percuma kepada kami bertiga.

Aku sebenarnya terlalu muda masa aku tinggal di situ, jadi aku pun tak ingat apa rasanya tinggal dalam kem ni, tapi aku diberitahu yang 3 tahun pertama dalam hidup aku dibesarkan di situ.  Sampailah beberapa tahun kemudian, masa ni kami dah berpindah keluar dari kem itu, aku perasan yang ayah ada satu parut yang agak dalam di bahagian bahunya.  Aku dan ayah menjalani hidup aktif, kami selalu masuk hutan dan main ski bersama-sama. Walaupun masa tu ayah masih muda, tapi ayah dah mula pakai pendakap lutut di kedua-dua belah lututnya.  Semasa aku berumur 10 tahun, kami sekeluarga pergi melancong, masa ni aku ajak ayah pergi menyelam skuba, tapi ayah menolak.  Aku pun merajuk taknak cakap dengan ayah, yelah masa tu kan aku masih budak-budak lagi. Masa aku mogok dengan ayah tulah, aku terdengar perbualan ayah dengan seseorang di telefon.  Ayah bertanya bolehke orang yang ada paru-paru berlubang ni menyelam skuba.  Perbualan ayah tu menimbulkan rasa ingin tahu aku tentang keadaan sebenar ayah.

Aku pun tanya ayah, ayah mengaku pada aku yang dia pernah mengalami kemalangan ngeri semasa di kem musim panas tu.  Ayah terjatuh semasa menjalankan aktiviti turun dari bukit menggunakan tali, atau kita panggil aktiviti rappelling.  Akibatnya, tulang bahu ayah hancur, kedua-dua kakinya patah dan paru-parunya berlubang.  Terperanjat aku bila dapat tahu yang ayah hampir-hampir kehilangan nyawanya semasa kemalangan itu.  Rupa-rupanya, ibubapaku, terutama ibu akulah, diorang taknak ungkit kes ni sebab nak lupakan kenangan pahit tu.  Ibu aku hampir-hampir jadi janda anak satu, tambahan pula ibu aku dah sama-sama merancang masa depan dengan ayahku semasa kemalangan tu terjadi.  Dan kerana kejadian itulah jugak kami bertiga berpindah ke tempat lain.  



Ibubapa aku ni sebenarnya tak ramai kawan, diorang pun jenis taknak bercerita kat orang sangat dan bukanlah sejenis yang suka mengimbau kenangan silam.  6 tahun kemudiannya, masa ni aku 16 tahun, ayah aku dapat jemputan untuk satu majlis ape ntah di tempat kerja lama dia, iaitu di kem musim panas tu.  Ayah aku ajak aku sekali, aku pun ikut jelah,lagipun kami berdua kan memang suka aktiviti luar ni.  Tak sangka pulak yang kakitangan kem tu masih ingat aku, walaupun aku tak kenal siapa diorang.  Ayah pun nampak gembira dapat bertemu kembali dengan bekas rakan-rakan sejawat dia.  Ayah aku kenalkan aku dengan kawan-kawan dia di situ.  Aku rasa seronok berada di situ, orangnya pun baik-baik dan mesra dengan kami walaupun dah berbelas tahun jugak tak berjumpa.

Sehinggalah, ayah aku ajak aku masuk hutan, nak bawak aku pegi ke tempat dia kemalangan tu.  Kebetulan ada seorang kawan ayah aku ni, dia ni kecoh sikit orangnya, terdengar perbualan kami, dia pun tawarkan diri nak ikut sekali. Ayah aku pun ok je pakcik tu ikut sekali.

Jalan yang kami masuk tu dah tak nampak jalan dah.  Dah bersemak dengan lalang dan rumput meninggi. Pakcik tu kata, sejak kemalangan ayah aku tu, kem ni dah tak buat dah aktiviti rappelling, jadi dah memang takde dah orang pegi ke tebing bukit.  Setelah mengharungi semak samun tu, kami pun sampailah ke dasar tebing yang dimaksudkan.  Tebing tu tingginya dalam 40 kaki, memang tinggi.  Kat situ ada sebongkah batu besar, ayah aku menuju ke batu tu dan terus duduk melutut menghadap batu tu.  Dia macam khusyuk berteleku kat situ, senyap je tak cakap apa-apa.

Pakcik kecoh tadi pulak tarik aku agak jauh dari ayah aku.  Pastu dia tanya aku, ‘ayah kau ada cerita tak macam mana dia boleh jatuh tu?’.  Adalah jugak ayah cerita, tapi sekali tu jelah masa aku berumur 10 tahun tu.  Pakcik tu pun ceritalah, pada hari kejadian tu, ayah aku bertugas memberi latihan rappelling bersama-sama dia.  Masa tu, pakcik kecoh ni adalah orang pertama turun dulu, manakala ayah aku jadi orang terakhir,  Semua budak-budak berjaya turun dengan selamat, jadi tibalah giliran ayah aku pulak.  Masa tu ayah aku baru 1/3 terawang di udara, apabila tiba-tiba tali ayah terputus, ayah terus terjatuh dan mendarat betul-betul di atas batu yang ayah tengah hadap sekarang ni. Semua orang terkejut dan sangkakan yang ayah dah mati masa tu.

Ada cerita di sebaliknya, tapi masa ni pakcik kecoh tu merendahkan nada suara dia macam seolah-olah dia taknak ada orang lain dengar.  Dah macam cakap dalam kelambu.  “Sebelum tu, pakcik dan ayah kau dah periksa berkali-kali peralatan yang kami guna tu. Ni memang prosedur keselamatan yang kami ikut setiap kali buat aktiviti ni.  Tali tu memang kukuh, takde tanda-tanda reput atau nak terputus pun. Pakcik nampak sendiri sebelum ayah ko nak turun tu, dia dah periksa sauh dan tali tu.  Selepas ayah kau jatuh, pakciklah yang kutip semua perkakasan rappelling ayah kau tu.  Tali ayah kau memang putus tapi…” pakcik kecoh tu merenung ke mata aku seketika sebelum menyambung cerita dia. “Tali ayah kau putus sebab dipotong.  Bahagian yang dipotong tu di bahagian atas, antara sauh dan tebing tu.  Potongannya pun kemas, macam sekali potong je terus putus. Tali rappelling ni kan tebal, pakcik pun tak paham pisau apa yang tajam sangat sampai boleh putus tali tu. Lagipun..”, pakcik tu merapatkan wajahnya ke telinga aku. “Kami semua tak nampak pun ada orang lain kat atas tebing tu”.

Selesai je pakcik kecoh tu bercerita, ayah aku pun bangun dan berjalan menuju ke arah kami.  Ayah pun macam faham, kitorang berdua ni mesti tengah cerita pasal dia ni.  Pakcik kecoh tu sambung balik cerita dia, tapi kali ni dia dah tak berbisik dah, dia pakai nada suara normal dia. “Pakcik pun kutiplah perkakasan tu dan simpan dalam stor kat kem tu.  Sebagai bahan bukti untuk siasatan polis nanti”.

Pastu, apa kata polis pulak pasal kes ni? “Polis tak ambil tindakan pun”, pakcik kecoh tu menyalakan sebatang rokok.  “Pakcik siap kunci stor kem tu. Tapi, malam tu stor tu terbakar, habis semua benda hangus tak dapat diselamatkan termasuklah tali tu.  Polis pun tutup je kes ni macam tu je atas alasan takde bukti.  Pakcik rasa polis pun tak heran pasal kes ni”.

Aku tanya ayah aku, kenapa ayah tak pernah cerita pasal ni?  Ayah aku kasi alasan, yang benda tu dah tak penting dah dalam hidup dia, dia dapat hidup sampai sekarang tanpa kecacatan fizikal yang teruk pun dia dah bersyukur dah.  Ayah aku kata, dia nak teruskan kehidupan dia dan taknak tahu pun apa yang sebenarnya berlaku pada hari itu.  Kalau misteri tu dapat diselesaikan pun ianya takkan mengubah apa-apa dalam hidup ayah aku.

Itulah kali terakhir aku dan ayah bercakap tentang tragedi itu.  Sebab ayah aku pun taknak tahu, aku rasa sampai dia dah tak ada pun misteri macam mana ayah aku boleh jatuh tu takkan terungkai….

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2021 09:46 PM | Show all posts
cik_nur replied at 16-10-2021 07:03 PM
Kenapa macam ada ayat yang tak boleh dibaca? Dah macam bahasa sanskrit

Ni lg misteri tp maap tak leh nak bantu uols
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2021 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah_ary2 replied at 16-10-2021 09:31 PM
Yg iols nampak ada muka kat belakang tentera beratur tgh padang tue muka kat tentera hujung sekali ...

Masa I zoom gmbr no 2 dan 3 tu,mmg nampak lembaga orang tgh berdiri,warna kelabu
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2021 03:50 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 16-10-2021 09:46 PM
Ni lg misteri tp maap tak leh nak bantu uols


Gigih saya baca sampai page 31..
Seram sejuk juga bila bayangkan..
Terima kasih tt buka tered best ni

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2021 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Seronok baca...tq mrs salvatore
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2021 03:29 PM | Show all posts
terbaik nya seronok baca thread disini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2021 11:55 AM | Show all posts
Misteri Kampung Sugisawa di Jepun

Di kawasan kaki gunung di daerah Aoyama pernah terletaknya satu kampung kecil bernama Sugisawa.  Pada suatu hari, seorang lelaki yang juga penduduk di situ tiba-tiba mengamuk dan membunuh semua penduduk di situ menggunakan sebilah kapak.  Dalam masa sehari sahaja, semua penduduk di situ mati dibunuh oleh lelaki itu.  Lelaki itu akhirnya membunuh diri.

Apa yang terjadi di kampung itu sangat mengerikan sehinggakan kerajaan Jepun pada masa itu cuba melenyapkan semua bukti yang kampung itu pernah wujud. Kampung itu dipadam dari peta negara dan segala rekod rasmi tentang kampung itu dimusnahkan.  Selama hampir 50 tahun, kampung itu menjadi kawasan larangan dan tiada siapa pun yang berani menjejakkan kaki ke kampung itu.  Tambahan pula, lokasi kampung tu jauh ke tengah hutan di kaki gunung tu, jadi senanglah sikit kerajaan nak sorok kes tu.

Walaubagaimanapun....

Macam mana sekalipun kerajaan cuba nak merahsiakan perkara ini, tapi kampung itu masih terpahat di memori penduduk di sekitarnya.  Orang-orang tua yang sempat hidup semasa kampung itu masih wujud masih bercerita tentangnya, dan sejarah kampung itu diperturunkan dari mulut ke mulut sampailah ke hari ini.  Kampung Sugisawa ni adalah rahsia yang cuma sebilangan orang Jepun je yang tau.

Cerita ni mula-mula muncul pada 1990an, masa ni Internet pun baru nak wujud.  Jadi mengikut perkiraan tahun, kejadian amuk itu berlaku semasa era Showa, iaitu lewat 1920 hingga awal tahun 1930an.  Cerita ni sangat popular dan mula tersebar melalui media-media lain.  Pada tahun 2000, sebuah rancangan tv iaitu Kiseki Taiken Unbelievable cuba membuat siasatan tentang kewujudan kampung ini.  Krew tv mencari di segenap pelusuk daerah Aomori, kemudian disambung pula ke tempat lain di Jepun yang ada klue mirip kampung ni, tapi tak jumpa.  Pengacaranya berpendapat yang kampung ni mungkin dah terperangkap di dimensi lain, dan cuma orang-orang bertuah je yang dapat jumpa kampung ni.  Sejak itu, sehingga kini ramai Youtubers, bloggers, dan peminat paranormal menjalankan ekspedisi dan siasatan mereka sendiri nak jejak kampung ni, tapi sampai sudah memang takde orang jumpa.

Berdasarkan cerita orang dulu-dulu, ada 3 tanda yang boleh ditemui di pintu masuk ke kampung tu :

1.  Ada papan tanda di jalan masuk yang tertulis 'tiada jaminan akan nyawa sesiapa yang memasuki kampung ini'.

2.  Jalan tu ada pintu pagar tokong yang dah reput, di bawah pagar itu ada sebiji batu yang seakan-akan tengkorak manusia.

3.  Melepasi pagar itu ada sebuah rumah usang,  dikatakan dalam rumah tu masih ada kesan-kesan darah akibat tragedi amukan yang memusnahkan kampung itu.



Pada suatu hari, ada sekumpulan kawan ni, 2 lelaki dan sorang perempuan saja ronda-ronda naik jip di kawasan pergunungan tu.  Jauh jugak diorang masuk sampai diorang perasan yang diorang ni dah sesat.  Ronda punya ronda, diorang terjumpa satu pagar tokong yang dah buruk sangat. Bawah pagar tu ada 2 biji batu besar, salah satunya mirip tengkorak manusia.  Salah seorang lelaki yang bawak jip tu bila ternampak batu dan pagar tu, dia teringat pulak yang tu adalah tanda Kampung Sugisawa yang viral tu.  Diorang pun rasa teruja sebab diorang jumpa jugak Kampung Sugisawa tu, lalu kedua-dua lelaki tu turun kereta nak masuk kampung tu la, tapi kawan perempuan diorang takut nak masuk.  Dia merayu pada kawan-kawan dia untuk tinggalkan tempat itu. "Aku takutlah wei. Jomlah balik", tapi rayuan dia tak dipedulikan.  Nak tak nak dia terpaksa ikut jugak, tapi dia kasi syarat masing-masing jangan berpisah.

100 meter dari pintu pagar itu, diorang jumpa satu kawasan tanah lapang, dan di tepi tanah tu bersusun 4 buah rumah lama yang sudah ditinggalkan.  Diorang pun masuk ke salah sebuah rumah tu.  Dalam rumah tu diorang jumpa darah kering merata-rata, termasuklah dinding pun penuh dengan darah kering tu.  Sapa tak seram tengok keadaan macam tu?  Yang lelaki dah meremang bulu roma , si perempuan pulak menjerit ketakutan. Perempuan tu dapat rasakan ada entiti lain kat tempat tu.

Diorang bertiga pun berlari keluar dari rumah buruk tu.  Tapi ada sesuatu yang pelik berlaku.  Walaupun jarak dari rumah tu ke pintu pagar tu cuma 100 meter je, tapi diorang lari punya lari tapi tetap tak sampai-sampai ke pintu pagar tu.  Tambahan pulak jalan masuk tu lurus je, tak mungkin diorang sesat.  Lama betul diorang berlari tapi diorang seolah-olah dah terperangkap di situ. Ada sesuatu yang tidak membenarkan mereka pergi dari situ.

Sebab masing-masing dah ketakutan teramat sangat, tanpa disedari si perempuan tu dah terpisah dari kawan-kawan dia. Tapi perempuan tu berjaya sampai ke jip diorang. Nasib baiklah jugak yang kunci jip tak bawak.  Perempuan tu pun teruslah cuba nak hidupkan jip tu tapi tak berjaya.  Sampai nangis-nangis perempuan tu sebab ketakutan dan kepanikan.  Tiba-tiba....

Don... Don... Don...

Ada sesuatu mengetuk cermin hadapan kereta tu.  Perempuan tu pun mendongak,  dia lihat cermin hadapan kereta tu penuh dengan tapak tangan berdarah.  Bentuknya pun berbeza-beza, seolah-olah ada ramai orang sama-sama tepuk cermin tu.  Pandangan perempuan tu berpinar-pinar dan dia akhirnya pengsan...

Mujurlah, esok paginya perempuan itu ditemui oleh orang tempatan yang tengah berjalan ambil angin pagi di kawasan gunung tu.  Dia ditemui pengsan dalam kereta tu, dan keseluruhan bahagian luar kereta tu penuh dengan darah sapa ntah.  Dikatakan yang rambut dia bertukar uban dalam masa semalaman sebab dia takut sangat.

Dia dibawa ke hospital, di sana dia ditemubual oleh pihak polis dan hospital, dan dia pun ceritakanlah kejadian malam tadi.  Kemudian perempuan itu keluar sendiri dari hospital dan hilang tak dapat dijejak lagi.  Kedua-dua kawan lelaki dia tu pulak memang tak jumpa-jumpa dah.

Sugisawa ni memang sangat terkenal sampai dijadikan inspirasi penulis terkenal.  Novel "Village of Eight Gravestone" oleh Yokomizo Sheisi dan "Never Give Up" dari Morimura Seiichi adalah berdasarkan kisah kampung ni.  Paling terbaru, tahun 2014 ada sebuah filem bertajuk Sugisawa-mura Toshi Densetsu (The Legend of Sugisawa Village) pun pernah ditayangkan di Jepun. Kat Youtube pun ramai yang merekodkan pencarian diorang nak masuk ke kampung ni. Kalau korang berani bolehlah layan sendiri....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2021 02:20 PM | Show all posts
Kali Terakhir

Kejadian ni berlaku semasa cuti musim bunga tahun 2010.  Aku dan rakan-rakanku bercadang nak berkhemah di sebuah pulau di tengah-tengah tasik ni.  Kami ni orang South Arkansas dan tasik yang kami pegi tu namanya Tasik Ouachita di Arkansas jugak.  


Pada malam tu, kami tengah panggang daging dan minum bir apabila muncullah satu kanu ni dari mana ntah perlahan-lahan mendekati kami.  Sebagai orang Arkansas kami tak rasa pun orang tu ada niat jahat, jadi kami pun sapalah dia.  Kami pun ajaklah dia turut serta dengan kami sekali kat unggun api tu.  Lelaki tu perkenalkan diri dia sebagai Curt.

Curt ni memang peramah orangnya, tapi dari pandangan mata aku, macam ada riak kesedihan di wajah dia.  Kami pun tanyalah dia, ada apa yang tak kena ke. Jawapan dia pelik sikit. "Oh takde apa-apa pun.  Tapi rasanya kawan saya tengah risaukan saya ni". Pastu dia pandang aku dan kenyit mata sebelah kat aku.  "Nanti tak lama lagi kawan saya akan tau perkara sebenar".  Jawapan dia yang tu menghantui aku sampai sekarang.

Tapi, semua orang senang dengan Curt.  Malam semakin larut, Curt pulak ada minum alkohol sikit, jadi kawan-kawan aku pun ajaklah Curt ni tidur situ je ngan kitorang.  Tapi Curt menolak. Curt kata dia nak kene pegi tempat lain, dan walaupun kitorang pujuk punya pujuk, Curt tetap berkeras nak pergi.  Aku tanya jugak dia nak pergi ke mana, ada sorang kawan aku ni siap tawarkan diri nak hantar dia pegi situ naik jet ski. Tapi Curt tak makan pujukan langsung.  "Korang tak sedar betapa beruntungnya korang ni".  Itulah ayat terakhir Curt sebelum dia tolak kanu dia masuk tasik dan mendayung pergi. Kitorang pun tengok jelah dia pegi.

Esok paginya, kami semua bangun awal sebab nak memancing.  Tengah tunggu ikan makan umpan tu, kami didekati oleh sebuah bot polis.  Bot polis tu tanya adakah kami ni sebahagian daripada sukarelawan ke?  Kitorang cakaplah tak, kitorang pelancong jadi kenapa cakap kami ni sukarelawan pulak? Polis tu pun cakaplah, minggu lepas ada remaja lelaki hilang kat tasik tu.  Tapi mayatnya baru jumpa 2 hari lepas.  Tu pun penyelam yang jumpa mayat budak tu di dasar tasik.  Nama remaja lelaki tu adalah Curt Clark.  Terperanjat lah kitorang.  Kitorang dah rasa tak sedap hati, hari tu jugak kitorang kemas-kemas dan terus balik  rumah.

Pada yang tak percaya cerita aku, ni link berita pasal kematian Curt ni. https://www.kait8.com/story/1222 ... d-in-lake-ouachita/


Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2021 04:53 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 18-10-2021 02:20 PM
Kali Terakhir

Kejadian ni berlaku semasa cuti musim bunga tahun 2010.  Aku dan rakan-rakanku bercad ...

kesian curt, mesti dia nak ucap selamat tinggal pada kawan dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2021 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya habis juga baca.
Terima kasih tt
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2021 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq TT
memang x pernah miss baca story TT
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2021 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih daun keladi kat tt…
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2021 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Good job TT!!! More please
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya habis jugak baca.

Tqsm tt, memang best. Harap akan ada cerita lagi
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 09:17 AM | Show all posts
Good job TT. Suka baca benang ni. Semua cerita Mokcu baca. TT translate ikut gaya tt. Lorghat kedah pun masuk. Terbaik TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-10-2021 03:11 PM | Show all posts
Apa Yang Sudah Terjadi Pada Ayah?

Aku dah berulang kali cerita pasal kisah ni dari sejak 15 tahun lalu, aku rasa macam aku ni kaset rosak pulak.  Aku ceritakan pada ramai orang, ada yang boleh terima ada yang tidak.  Jadi kali ni aku berkongsi cerita ni dengan kalian semua, tentang apa yang terjadi pada aku dan ayahku pada musim bunga tahun 2006 yang lalu.  Sehingga kini, aku pun tak tau nak percaya pada apa dan siapa.  Ayah aku pun taknak cerita perkara yang sebenar. Korang nilaikanlah sendiri ye

Pada hari taufan Katrina mencapai kategori 5, ibuku meninggal dunia.  Aku tinggal bersama ibu di Florida.  Ibuku seorang yang berpelajaran tinggi dan cantik, tapi ibu aku pun tak lepas dilanda dugaan dan masalah sendiri.  Kematian ibuku disahkan sebagai membunuh diri.  Ibuku ibu tunggal, dulu masa aku kecik aku pernahlah jugak jumpa ayah aku, tapi aku betul-betul jumpa dan bercakap dengan ayah aku adalah pada hari pengebumian ibuku.  Pada hari itu jugalah aku terpaksa tinggalkan Florida dan ikut ayah aku berpindah ke tempat dia di Selatan Texas.  Aku baru je nak masuk usia 15 tahun semasa semua ini terjadi.  Mungkin aku masih tenggelam dalam kesedihan, tapi aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena pada ayah aku pada kali pertama kami bertemu, walaupun ayah aku tak putus lemparkan senyuman pada aku.  Aku taknak ikut ayah, tapi keluarga ibu aku paksa jugak.

Jadi aku pun ikutlah ayah aku, isteri baru ayah aku dan kucing aku pergi ke Selatan Texas tu naik kereta Ford Explorer ayah.  Ayah aku bekerja sebagai nelayan komersial ada syarikat sendiri manakala ibu tiri aku tu keje sebagai jururawat. Ibu tiri aku ada 4 orang anak baya-baya aku.  Pada mulanya keadaan aku baik-baik saja,  aku jumpa kawan-kawan di tempat baru.  Segalanya elok sahaja untuk kira-kira 6 bulan, lepas tu ayah dan ibu tiri aku bercerai. Aku pun tak pasti kenapa diorang tiba-tiba bercerai padahal diorang ni kenal pun kat gereja.

Perniagaan ayah pun agak merundum sehinggakan aku dan ayah terpaksa berpindah ke sebuah apartment kecil yang murah.  Jadi yang tinggal cuma kami bertiga je, aku, kucing aku dan ayah.  Ayah ada ahli keluarga lain di tempat baru ni tapi aku jarang jumpa diorang.  Ayah lebih suka macam tu.

Oklah cukuplah dengan latar belakang aku. Aku teruskan dengan kisah misteri yang menyelubungi hidup aku dan ayah.

Beberapa bulan pertama aku dan ayah pindah ke apartment tu, semuanya elok je. Aku pergi sekolah, ayah pergi kerja.  Semasa cuti musim panas, aku tolong ayah cari ikan di laut.  Dapatlah beli kereta, dan aku jumpa teman wanita aku. Segalanya kembali kepada normal.

Lama-kelamaan ayah aku tanya aku, aku ni ada kacau dia ke malam-malam?  Ayah tanya aku ada letak apa-apa ke dalam saluran udara di atas siling rumah kami yang bercakap dengan ayah.  Aku menafikan sebab aku tak buat pun.  Aku tak fikir sangat pasal pertanyaan ayah tu tapi beberapa minggu kemudian, ayah rajin pulak pergi perpustakaan lepas tu  siap bawak balik artikel pasal jenis-jenis gangguan hantu.  Masa nilah ayah jadi makin pelik.

Suatu hari tu, ayah suruh aku letakkan lampu aku di ruang loteng sebab 'nak halau benda tu'.  Bila aku tanya benda apa, dia cakap shadow people (lembaga hitam).  Ayah aku siap cakap, lembaga tu ada yang besar ada yang kecil.  Ayah aku cerita, yang besar tu pernah menyamar jadi isteri pertama dia pastu cabul ayah aku.  Speechless aku tak tau nak cakap apa.

Perangai ayah yang pelik tu berterusan sampai berbulan-bulan lamanya.  Ayah juga selalu takde kat rumah, pegi mana aku pun tak tau.  Dia penah tak balik sebab pergi Mexico dengan teman wanita barunya meninggalkan aku terkontang-kanting kat rumah sorang diri.  Jadi aku pun ajaklah kawan-kawan aku lepak rumah aku, aku ceritakan pada diorang tentang sikap pelik ayah.  Kawan-kawan aku sekepala dengan aku, kitorang tak takut pun sebaliknya kitorang siap main cari-cari hantu macam rancangan TV Ghosthunters tu.

Sekali tu kami betul-betul kene ganggu.  Ada satu malam tu aku dan kawan-kawan aku tengah menonton rancangan Bear Grylls di saluran Discovery .  Aku saja jerit kuat-kuat, 'kalau betul tempat ni ada hantu, Buktikan pada aku!. Aku nak kau usik TV tu!" Mula-mula takde apa pun.  Aku pun teruskan menyeru entiti tu tapi kali ni aku siap mencarut-carut dan memperlekehkan hantu tu. Sekali tu tv aku tiba-tiba hilang gambar. Bila kami periksa rupa-rupanya ada kabel belakang tv tu dah tercabut.  Yang aku tak paham sampai sekarang macam mana kabel tu boleh tercabut sebab kabel tu memang ayah dah  selotep dengan ketat.



Bila ayah dah selalu takde kat rumah, aku jadi berani nak selongkar barang-barang ayah. Macam-macam benda pelik aku jumpa.  Tapi bagi aku benda paling teruk aku jumpa adalah sebilah pisau dapur besar yang ayah simpan di meja sisi katilnya.  Sejak tu, kehidupan kami jadi makin teruk.

Suatu hari tu aku balik dari sekolah, bukak pintu rumah je aku nampak abang-abang dan kakak-kakak ayah aku dah ada dalam rumah.  Diorang duduk bersama-sama di sebuah meja. Terpakulah aku kejap kat situ terpinga-pinga. Salah seorang abang ayah aku ni yang berdiri ajak aku keluar rumah kejap.  Dia tanya pernah tak ayah aku cerita yang tempat ni ada hantu. Aku pun cakaplah ye.  Pakcik aku tu merenung mata aku, pastu dia pun dedahkan satu benda yang memang aku tak tau.  "Ayah kau pernah cerita tak yang hantu tu suruh dia bunuh kau?".  Gila tak terkejut wei.

Pakcik aku cakap, ayah aku ada dalam rumah tu, ayah aku cakap kat diorang yang dia nak bawak aku ke sebuah gereja di Mexico. Pakcik aku beri amaran, jangan ikut ayah aku tu.  Kitorang pun masuklah dalam rumah bersama-sama.  Memang betul ayah aku ada rancangan nak bawak aku ke Mexico tu, ayah aku kasi alasan yang aku perlu diselamatkan dan cuma gereja tu je yang nak tolong ayah aku.  Gereja-gereja lain dah menolak.  Aku tahu pakcik aku dah pesan jangan ikut ayah aku, tapi aku tak mampu nak menolak sebab ayah aku tu berbadan besar.  Dengan kekuatan ayah tu dia mampu nak menumpaskan semua orang yang ada kat situ.  Aku diseret masuk kereta oleh ayah aku dan ayah aku pun memandulah ke Mexico.  Mujurlah ada makcik-makcik dan pakcik-pakcik aku yang ikut kat belakang kitorang.  Diorang sempat telefon polis, sampai di sempadan je polis dah sedia menunggu dan menangkap ayah aku. Ayah aku dibawa ke hospital sakit jiwa pada ketika itu jugak.

Makcik-makcik dan pakcik-pakcik aku tanya aku ok ke tak, aku cakap lah ye aku okay je, lepas tu diorang pun memandu pergi macam tu je.  Masa tu aku dah 16 tahun, nak tak nak aku terpaksa belajar hidup sorang  diri.  Seminggu kemudian, aku dapat panggilan dari hospital sakit jiwa tu yang ayah aku nak jumpa aku, ada sesuatu yang dia nak cakap kat aku.

Seminggu ayah aku takde tu, aku terpaksa urus diri sendiri. Termasuklah barang-barang ayah, aku nak kene susun dan atur semula.  Semasa aku tengah kemas kereta jenis Ford Durango ayah, aku terjumpa penyata bank dalam kereta tu.  Bila aku amati, ada deposit duit masuk dalam akaun ayah dalam USD 3 ke 4 ribu la jugak, seminggu 2-3 kali duit banyak tu masuk.  Rupa-rupanya ayah seleweng duit pusaka mendiang mak aku masuk akaun dia.  Bila aku jumpa ayah, aku tanya apa yang ayah buat dengan duit sebanyak itu, tapi ayah hanya mampu menangis je.  

Ayah dibicarakan, dan hakim membuat keputusan untuk membebaskan ayah.  Tapi aku mintak hakim untuk tangguh tarikh ayah dibebaskan tu sebab aku nak pindah keluar dari rumah ayah.  Ayah kan pernah cuba nak bunuh aku, kenapa aku nak kene serumah dengan dia lagi?

Di usia 16 tahun aku terpaksa belajar hidup berdikari.  Memang susah untuk remaja seperti aku tapi aku bersyukur aku ramai kawan-kawan yang ikhlas menolong aku.  Aku daftarkan diri jadi anggotan marin USA USMC, aku berjaya lanjutkan pelajaran sampai ke kolej.  Kehidupan aku jadi lebih baik walaupun banyak cabaran yang aku terpaksa tempuhi.  Lama kelamaan, aku belajar untuk memaafkan ayah.  Aku mula cari semula ayah dan kami sering saling hubung-menghubungi sampai sekarang.

Walaubagaimanapun, ayah taknak cerita pasal apa sebenarnya yang terjadi semasa aku tinggal bersama ayah tu.  Ayah kasi alasan yang dia segan dengan perangai tak masuk akal dia masa tu.  Ayah aku ni alim orangnya, tapi 2 minggu lepas aku ada melawat ayah aku di rumah trailer dia.  Aku tak jumpa pun perhiasaan agama Kristian dalam trailer dia, sebaliknya trailer ayah penuh dengan kristal, herba-herba dan belanga kecil.  Nak tanya jugak tapi aku fikir ah tak payahla.

Aku pun tak pasti apa sebenarnya yang mengganggu ayah.  Kat apartment lama tu aku tak pulak mengalami gangguan paranormal kecuali gangguan tv tu dan beberapa insiden kecil lain.  Aku pernah terbangun dari tidur sebab terdengar orang panggil nama aku,  aku penah seru benda tu ketuk meja, tapi setakat itu jelah gangguan yang aku kena.  Tapi kenapa ayah aku yang paling teruk kena?


Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2021 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 22-10-2021 03:11 PM
Apa Yang Sudah Terjadi Pada Ayah?

Aku dah berulang kali cerita pasal kisah ni dari sejak 15 tahun l ...

Christian pn ada gila isim agak nya.. terlebih fikir kot
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2021 02:44 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 22-10-2021 03:11 PM
Apa Yang Sudah Terjadi Pada Ayah?

Aku dah berulang kali cerita pasal kisah ni dari sejak 15 tahun l ...

panjang nyawa dia

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2021 12:58 PM | Show all posts
Naluri Wanita

Sebenarnya seumur hidup aku cuma mengalami sekali ni je pengalaman yang tak dapat untuk perjelaskan dengan logik akal, jadi kalau korang nak pertikaikan kredibiliti cerita aku ni terpulanglah pada korang, tapi aku bersumpah cerita ni memang benar-benar terjadi pada aku.

2 tahun lalu, ibuku berkahwin lagi.  Ayah kandungku meninggal dunia semasa aku berumur 12 tahun, dan selama lebih 10 tahun ibu aku bergelar janda.  Hubungan cinta ibu ni berkembang agak pantas, dalam masa 3 bulan perkenalan sahaja ibuku dan teman lelakinya sudah mengikat tali pertunangan.  Aku sendiri pun tak berapa nak kenal sangat dengan teman lelakinya, tapi aku lihat ibuku sangat gembira dengan teman lelakinya, jadi aku sebagai anak pun tumpang gembira jelah.  Ibuku juga telah berpindah ke rumah teman lelakinya di Virginia, jadi ibu jemput aku dan tunangku bermalam di hujung minggu di situ untuk kami kenal lebih rapat dengan teman lelaki yang bakal menjadi bapa tiriku nanti.

Rumah baru ibu aku ni agak terasing.  Ianya tersergam di atas tanah berbukit yang beratus-ratus ekar luasnya, dan tempatnya memang sangat cantik.  Aku sebenarnya agak gementar nak berkenal-kenalan dengan teman lelaki ibu, tapi aku gagahkan diri jua. Hari pertama aku di situ, aku dah mula rasa tak senang hati.  Aku sendiri pun tak faham kenapa aku ada perasaan semacam itu, padahal teman lelaki ibu tu peramah dan sangat mengalu-alukan kedatangan kami.  Sebagai tuan rumah, memang teman lelaki ibuku bersusah-payah nak pastikan kami selesa di rumah dia, tapi, entahlah, aku tak dapat nak halau rasa tak senang hati tu.  Aku beranggapan mungkin jauh di sudut hatiku, aku masih tak boleh nak terima kenyataan yang ibuku nak kahwin lagi.  Aku dan tunangku lebih banyak menghabiskan masa bersiar-siar di luar rumah sebab aku rasa macam terkepuk bila berada dalam rumah besar tu.

Malam tu, aku dan tunangku mandi bersama.  Apabila aku membelakangi tunangku, masa ni tunang aku tengah cakap apa ntah, tiba-tiba dia terberhenti sembang.  Pastu dia tanya aku, 'sayang buat apa sampai belakang sayang jadi macam ni?'.  Aku terpinga-pinga tak tau apa yang dia maksudkan. "Belakang sayang ni ada lebam besar".  Aku terus melompat dari tub mandi tu dan pergi mengadap cermin.  Ye betullah, mana datang lebam besar di belakang aku ni?  Lepas tu, aku dan tunang aku mati mood nak bersembang, dan kami terus masuk tidur je. Di bilik tu ada satu tingkap ni mengadap ke sebuah padang, bila malam padang tu jadi gelap gelita. Aku tak boleh nak tidur selagi tingkap tu tak ditutup dengan kain (tingkap tu memang takde langsir).  Aku terasa macam ada orang tengah mengintai kami pulak dari cermin tu.

Esok paginya, aku tiba-tiba jadi emosional. Bangun-bangun je aku terus menangis.  Aku gesa tunang aku untuk balik rumah hari tu jugak.  Tunang aku cuba nak menenangkan aku, dia cuba pujuk aku, dia cakap aku ni agaknya masih tak boleh terima hakikat yang ibuku dah jumpa pasangan hidup dia.  Sepatutnya aku jangan balik dulu, tapi cubalah luangkan lebih banyak masa untuk mengenali bakal bapa tiri aku dengan lebih rapat lagi. Nanti lama-lama aku biasalah dengan keluarga baru ibu aku nanti. Tapi aku tetap berkeras nak pergi jugak dari sini.  Hari tu masih hari Sabtu dan kami sepatutnya tinggal di sini sampai hari Isnin, tapi hati dan fikiran aku meronta-ronta nak balik jugak.  Akhirnya tunang aku pun terpaksalah ikut jugak kehendak aku, barulah aku berhenti menangis.

Pagi tu jugak kami mintak izin nak balik.  Keluar je dari sempadan rumah tu, hati aku tiba-tiba jadi lega. Macam ada beban dialihkan dari badan aku.  Masa tulah aku jadi malu dengan perangai kebudak-budakan aku masa kat rumah ibu tadi, aku berharap sangat yang teman lelaki ibu tak rasa kecil hati sebab kami balik awal.  Masa tulah jugak tunangku ungkit pasal peristiwa malam tadi, "sayang ada tengok tak lebam kat belakang sayang tu? Bentuknya macam mana?".  Lebam tu bentuknya macam kesan tapak tangan, macam ada orang tampar belakang aku. Padahal tiada siapa pun yang sentuh aku apatah lagi pukul sampai tinggalkan lebam bentuk macam tu



3 minggu kemudiannya, ibu datang melawat aku.  Sebenarnya, sejak dari hari itu ibu tak putus-putus ajak aku tidur sana, tapi aku menolak.  Kali ni aku ceritalah apa yang terjadi pada aku sepanjang aku di sana.  Muka ibu jadi pucat tak berdarah.  Ibu cakap, ibu pun ada perasaan yang sama bila dia berada di rumah tu. Emosi ibu sering terganggu tanpa sebab bila dia berada dalam rumah tu.  Ibu aku benci duduk dalam rumah tu dan dah ajak teman lelaki dia pindah je dari situ.  Ibu aku pun cerita jugak, bekas isteri pada teman lelaki ibu tu bunuh diri kat rumah tu. Mendiang menembak dirinya sendiri betul-betul di luar tingkap bilik yang aku tidur malam tu.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 1.559363 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list