CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nrshahirah

Seri Kembangan / Serdang

   Close [Copy link]
Post time 13-6-2008 12:02 PM | Show all posts
dkt2 tpt servis mercedes tu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2008 05:21 PM | Show all posts
kat equine park ni, mana nak carik tukang jahit sofa? tolonggg
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 08:27 PM | Show all posts
Originally posted by pharez at 12-6-2008 12:40
org seri kembangan ke serdang nak register streamyx just contact aku...home service lagi + special discount...


berapa yang special tuh....yg aku punya tak tau lah special ker idok.....unlimited RM45 sebulan
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2008 09:52 AM | Show all posts
sy pun duduk taman equine
kota perdana
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2008 03:56 PM | Show all posts
hi geng..saya baru je pindah kat taman lestari putra..dekat LEP7

[ Last edited by  venom1 at 19-6-2008 04:00 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2008 05:52 PM | Show all posts
Originally posted by venom1 at 19-6-2008 15:56
hi geng..saya baru je pindah kat taman lestari putra..dekat LEP7


berapa harga umah kat situ yer sekarang?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2008 06:20 PM | Show all posts
Originally posted by pharez at 12-6-2008 12:40 PM
org seri kembangan ke serdang nak register streamyx just contact aku...home service lagi + special discount...



u dok kt mana? saya nk pasang router, steamyx dh ada..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2008 05:12 AM | Show all posts
Aku nak komplen, naper streamyx kat rumah aku slow nak mampus? Aku byr utk 1Mbps tapi selalu bila cek speed rendah giler mbps tu. Kalau aku nak downgrade bole ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2008 08:00 AM | Show all posts
awainya ko mengadap forum ni..:eek:
ko bgn tengok bola ke bgn sahur?  
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2008 08:01 AM | Show all posts
awainya ko mengadap forum ni..:eek:
ko bgn tengok bola ke bgn sahur?  
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2008 08:02 AM | Show all posts
alamak..sori..
terdouble post..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2008 08:06 AM | Show all posts
aku dok menyewa je kat situ...rumah teres setingkat dekat dengan surau..sebulan RM430..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2008 04:00 PM | Show all posts
Originally posted by ahmad79 at 18-6-2008 08:27 PM


berapa yang special tuh....yg aku punya tak tau lah special ker idok.....unlimited RM45 sebulan


alamak...tu pakej lama bang...skang ada combo yg setaraf pakej 45 tu...sebulan 60 aje streamyx + fix line...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2008 04:14 PM | Show all posts
Originally posted by popinjay at 19-6-2008 06:20 PM



u dok kt mana? saya nk pasang router, steamyx dh ada..


kat bukit puchong...kami ada pakej wireless router...barang + configure cuma RM250 aje...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 01:38 PM | Show all posts
router dh ada, cuma nk set up je..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 05:40 PM | Show all posts
pharez,
soalan aku tak jawab pun.
kalau aku nak downgrade bole ke? sbb aku rasa aku byr lbh dari apa yg aku patut dpt...dah la torrent pun aku takde guna sgt tapi line slow nak mampus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2008 03:38 PM | Show all posts
Bulatan undang risiko

Oleh muhammad dayne azmin



CANTIK TETAPI BAHAYA...

--------------------------------------------------------------------------------



PUCHONG 24 Jun - Tidak dapat dinafikan, Bandar Putra Permai di sini yang mula dimajukan pada tahun pada 2002 kini telah menjadi sebuah kawasan tumpuan bagi tujuan penempatan di kalangan warga Lembah Klang.

Ia terbukti dengan kewujudan banyak kawasan-kawasan perumahan baru di sekitar kawasan itu seperti Taman Lestari Puchong, Taman Equine, Taman Desaminium, Taman Lestari Perdana, Taman Pinggiran Putra, Taman Kota Perdana dan Taman Puncak Jalil.

Ternyata, pertumbuhan pesat itu telah menghidupkan suasana di situ, sekali gus menjadikan kawasan itu antara kawasan penempatan yang sibuk.

Ditambah pula dengan wujudnya pusat beli-belah Jaya Jusco yang mula beroperasi pada tahun lepas, Bandar Putra Permai semakin menjadi pilihan ramai yang inginkan sebuah kehidupan selesa dan dekat dengan pelbagai kemudahan.

Di samping itu, kewujudan Lebuh Raya Putrajaya-Kuala Lumpur menambahkan lagi kelebihan Bandar Putra Permai sebagai satu pilihan terbaik khususnya kepada mereka yang bekerja di Putrajaya mahupun Cyberjaya.

Namun, di sebalik kesemua faktor tersebut, terdapat beberapa kelemahan yang membabitkan soal keselamatan pengguna jalan raya yang perlu diambil perhatian oleh pihak berkuasa.

Salah satu yang utama ialah bulatan Putra Permai yang menjadi laluan utama kepada kebanyakan penduduk di situ.

Simpang berkenaan yang menghubungkan Taman Equine, Jaya Jusco dan Bandar Putra Permai memang sentiasa sibuk dengan kenderaan tanpa mengira waktu.

Tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini mendapati keadaan trafik di bulatan itu agak kelam-kabut dan boleh membahayakan pemandu kerana tiada sebarang papan tanda atau ciri keselamatan lain dipasang di situ.

Keadaan menjadi lebih kritikal pada waktu puncak berikutan jumlah kenderaan yang banyak dan kebanyakan pemandu suka mementingkan diri sendiri dengan tidak mengikut peraturan jalan raya.

Dengan keadaan jalan raya yang lebar, mereka berasak-asak untuk memasuki bulatan itu tanpa melihat atau memberi laluan kepada kenderaan yang datang dari sebelah kanan mengakibatkan keadaan trafik di situ menjadi tidak teratur dan sesak.

Faktor muka bumi yang berbukit di kawasan itu pula menjadikan kenderaan yang menuruni bukit menghampiri bulatan itu dengan kadar kelajuan yang tinggi dan boleh hilang kawalan sekiranya tidak berhati-hati.

Keadaan di situ cuma 'diselamatkan' oleh sebahagian pemandu yang bersikap sabar dan bertolak-ansur untuk memasuki bulatan itu bagi mengelakkan kemalangan.

Ada di antara mereka yang dilihat mengangkat tangan untuk meminta laluan atau memperlahankan kenderaan masing-masing untuk memberi laluan kepada pemandu yang tidak sabar.

Dalam keadaan seperti itu, pengguna yang sering menjadi mangsa ialah pengguna kenderaan kecil seperti motosikal.

Penduduk sekitar Bandar Putra Permai yang ditemui mengakui sikap buruk sesetengah pemandu itu harus dihentikan menerusi tindakan penguatkuasaan pihak berwajib.

Salah seorang penduduk, Jefri Razali, 42, memberitahu, pernah berlaku kemalangan maut di situ membabitkan seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta pada tahun lalu.

Katanya, dalam kemalangan tersebut, penunggang berkenaan meninggal dunia akibat dilanggar oleh kereta terbabit.

"Malah, kereta terbabit terbalik selepas melanggar motosikal itu kerana permukaan muka bumi di bulatan ini yang tidak rata menyebabkan kereta itu hilang kawalan.''

"Kemalangan itu boleh dielakkan jika terdapat satu sistem keselamatan di bulatan Putra Permai seperti membina bonggol atau lampu isyarat kerana ia dapat memperlahankan pergerakan kenderaan,'' katanya.

Dia yang tinggal di Taman Desaminium bimbang dengan keadaan keselamatan di situ dan amat berhati-hati jika menggunakan laluan itu terutama semasa waktu puncak iaitu dari pukul lima hingga tujuh petang.

Sementara itu, Abdul Ghani Azizi, 54, berkata, dia sering memerhatikan keadaan trafik di laluan bulatan tersebut dan hairan mengapa tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa.

"Ibu Pejabat Polis (IPD) Subang Jaya terletak berhadapan dengan bulatan Putra Permai ini namun tidak ada kawalan dilakukan terutamanya pada waktu sibuk,'' katanya.

Namun, dia berpendapat, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) lebih bertanggungjawab dalam soal tersebut kerana ia membabitkan sistem jalan raya.

"Saya rasa, penyelesaian kepada masalah ini tidak sesusah mana, cuma letakkan papan tanda yang mencukupi atau buat garisan kuning supaya setiap pemandu akan memperlahankan kenderaan mereka apabila menghampiri bulatan itu,'' katanya.

Azmi Rofie, 28, pula mahu tindakan penyelesaian disegerakan kerana kawasan itu bukan sahaja mempunyai bilangan penduduk yang ramai tetapi juga dikunjungi orang luar berikutan ada pusat beli-belah dan pasar borong di situ.

Selain itu, katanya, banyak lagi kawasan perumahan baru akan dibuka dalam masa terdekat ini seperti Lestari Permai dan ini akan menambahkan lagi kesesakan.

"Kami juga ingin tahu siapa sebenarnya bertanggungjawab terhadap bulatan itu sama ada MPSJ, JKR atau masih di bawah pemaju supaya senang untuk membuat aduan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 06:45 PM | Show all posts
Originally posted by pharez at 12-6-2008 12:40 PM
org seri kembangan ke serdang nak register streamyx just contact aku...home service lagi + special discount...


kenapa ekk, streamyx yg aku apply dah 2 bulan, sampai laa nie takde contractor dtg utk install phone line pon....
buat appointment pon tak dtg...apa raaa....
umah aku kat vista pinggiran.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 08:56 PM | Show all posts
streamyx kan hampeh
tgk la..aku komplen terus tak muncul2 bg jawapan
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 11:43 AM | Show all posts
hahaha...tu la pasal...masa nak promote sikit punya OK, tapi bila dikomplen sikit terus tak muncul..
haihhhh....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.073278 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list