Suara Keamanan Mahasiswa sebar risalah Anti-BERSIH
2011/07/01
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Suara Keamanan Mahasiswa (SKM) yang diwakili oleh 167 penuntut dari 16 institut pengajian tinggi (IPT) sebulat suara membantah penganjuran perhimpunan haram 9 Julai ini dengan mengedarkan 50,000 risalah Anti-BERSIH 2.0 kepada orang ramai menerusi kempen lima hari yang diadakannya.
Ketua Sekretariatnya, Muhamad Mukhlis Maghribi, berkata 20 penuntut akan bergerak dalam satu kumpulan untuk mengedarkan risalah berkenaan mengikut lima fasa merangkumi keseluruhan kawasan di Kuala Lumpur dan Klang bagi menyampaikan mesej keamanan itu.
Kempen inisiatif SKM itu disertai Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Malaysia (USM), Management & Science University (MSU), Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
“Selain Sogo, fasa pertama lokasi lain adalah di Kompleks Pertama, Medan Mara, Jalan Tunku Abdul Rahman dan sekitar bandar Klang sebelum ke kawasan lain di ibu kota hari ini,” katanya selepas mengedarkan risalah itu bersama 20 penuntut di pekarangan pusat beli-belah Sogo di sini, semalam.
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Suara Keamanan Mahasiswa (SKM) yang diwakili oleh 167 penuntut dari 16 institut pengajian tinggi (IPT) sebulat suara membantah penganjuran perhimpunan haram 9 Julai ini
Lemahnya keahlian SKM ni... 16 IPT ada 167 ahli je??
1 IPT ada 11 orang ahli je???.... aiyooooo
buat malu UMNO je taw....
Sesapa g demo tak dapat apa2 tu memang rugi lerrrr.... Aku rasa si Ambiga and geng mesti masyuk gilerr, sebab George soros kasi derma beb. Takkan Soros tokey duit, duit main cetak jer, nak derma sikit2 bro.... masyuuukk tuuu. Lepas demo Berseh jer, bulehla si ambiga and geng stat paraid kan duit2 sponsorship tu, tolak duit jolok2 sana sini sikit, duit beli baju sikit, duit jajan sikit, duit runner kasi api2 sikit. Perghhhh banyak tuuu.....kayekayekaye. Org cerdik buat kejer bodo mesti ada sebab. kekekeke