|
hakkktuihhhhhhh.....![](static/image/smiley/default/2.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Amiin_al_Kalam at 14-1-2009 12:40 AM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
mana menang tganung weyyyyyyyyy...
wa dah buat perjanjian dgn kelab bogel malaysia...
kalo tganung kalah mlm ni wa nak lari bogel kat tepi pata batu burok...
lu sebut kul brapa nk lari ning....??
aweks2 rama nk tggu tgk free show....![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #817 Amiin_al_Kalam's post
kan aku dah kata, -89 skali bagi tapi kau tak nak ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
KL Plus kuasai persada
Oleh Hussain Said, Wan Faizal Ismayatim, Rizar Mohd Nor, Kamudin Baharom dan Bashah Zainol Abidin
[email protected]
PEMAIN Negeri Sembilan, Mohd Rahman Zabul meraikan kejayaannya menjaringkan gol kedua pasukan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi. Tuan rumah menang 3-0.
Selangor terlepas pendahulu tewas di tangan Johor FC
KL Plus muncul pendahulu baru saingan bola sepak Liga Super selepas menewaskan Pulau Pinang 3-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur ketika Selangor terlucut status itu gara-gara tewas 2-1 kepada Johor FC di Stadium JCorp, malam tadi.
Johor FC terpaksa beraksi dengan 10 pemain seawal minit kelapan selepas pengadil perlawanan, Sharif Shawal melayangkan kad merah kepada penjaga gol, Mohd Anis Faron kerana menjatuhkan Mohd Amirul Hadi Zainal dalam kotak penalti.
Berpunca daripada keputusan itu, skuad Merah Kuning yang dihadiahkan sepakan penalti berjaya mencipta jaringan awal menerusi Mohd Safee Sali pada minit kelapan yang mudah menewaskan Mohd Zaidi Ibrahim, penjaga gol yang mengisi tempat Anis.
Johor FC mengubah corak permainan dan berjaya menyamakan kedudukan minit ke 21 menerusi Eddy Helmi Manan dan kemudian memastikan kemenangan menerusi tandukan Hamzani Omar, minit ke-71 berpunca daripada sepakan percuma Syaiful Sabtu.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Negeri Sembilan merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga selepas menewaskan Perak 3-0 dengan jaringan diperoleh menerusi sumbangan Shahurain Abu Samah (m-8), Rahman Zabul (m-11) dan Aidil Zafuan Abdul Radzak (m-66).
Di Stadium Utama, prestasi merudum Kedah berterusan apabila tewas 1-0 kepada Perlis yang memperoleh gol kemenangan menerusi sepakan penalti Nizaruddin Yusof (m-17).
Di Stadium Darulaman, Kuala Muda Naza mencatat kemenangan kedua musim ini selepas menewaskan Terengganu 1-0 hasil jaringan Anuar Jusoh (m-16) yang menyempurnakan sepakan percuma dari jarak 25 meter.
Di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kelantan bangkit daripada ketinggalan 0-2 sebelum berjaya menewaskan Polis 4-2.
Polis mendahului menerusi jaringan Khairul Zal Azmi minit ke-21 dan Fauzi Abdul Majid (m-29), sebelum Kelantan membalas menerusi jaringan Indra Putra Mahayuddin (m-32), Rizal Nayan (m-36, gol sendiri), Rizal Fahmi (m-63) dan Badhri Radzi (m-90).
Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, UPB-MyTeam gagal mengambil kesempatan beraksi di tempat sendiri selepas tewas 0-1 kepada Pahang yang memperoleh gol kemenangan menerusi R Gopinanth, minit ke-21. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalu mcm ni aku rasa baek ambik Ayah Pin la jd Coach.....menang nanti leh terbang reramai celebrate kat Bulan.....![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #828 t@t's post
haha ayh pin, dgar kabar dia ada keta terbang pengikut dia ckp kat aku![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
bring back spesel wan![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dok rowk ganu lening..byok mkang kepok.. ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #829 sekngucing's post
idup lagi ke rima tu ![](static/image/smiley/default/shocked.gif)
[ Last edited by ShadowChaser at 18-1-2009 10:29 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Weigang bakal latih Terengganu
Oleh Hamid Salleh
[email protected]
PERSATUANBola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berminat mendapatkan khidmat KarlHeinz Weigang bagi melatih skuad negeri itu untuk menghadapi kempenLiga Super musim ini.
Ketika ini, bekas pemain Terengganu, Mohd Nik ditugaskanmengambil alih sebagai jurulatih musim ini selepas Yunus Alif mengundurdiri musim lalu.
Namun penampilan skuad Terengganu musim ini begitu lemahkerana selepas empat perlawanan, mereka hanya mencatat satu kemenangan,sekali gus menyebabkan pengurusan PBSNT tiada pilihan selain mencariseorang jurulatih berwibawa untuk ditugaskan mengilap pemain. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terengganu Guna Jurulatih Import Untuk Liga Super
KUALA TERENGGANU, 24 Jan (Bernama) -- Persatuan BolasepakNegeri Terengganu (PBSNT) yang kecewa dengan persembahan hambar pasukanTerengganu pada awal musim Liga Super, mengambil tindakan drastikmenukar jurulatih pasukan itu berkuatkuasa serta merta.
Yang Dipertua PBSNT Datuk Che Mat Jusoh berkata Terengganu akanmenggunakan jurulatih import iaitu Kenneth Joseph Worden yang jugabekas jurulatih pasukan kebangsaan bagi menggantikan Mohamad Nik yangakan bertindak sebagai penolong jurulatih.
"Saya sungguh lega dan merasa amat gembira apabila Ken Worden bersetujuuntuk datang membimbing pasukan Terengganu," katanya selepas majlisminum petang bersama pengurusan, jurulatih, pemain bola sepak LigaSuper Terengganu dengan wartawan di sini, Sabtu.
Turut hadir Ken Worden dan Mohamad Nik.
Che Mat berkata jurulatih itu akan berkhidmat di Terengganu selama satutahun untuk mencapai sasaran pasukan itu memenangi satu daripada pialayang dipertandingkan -- Piala Liga, Piala FA atau Piala Malaysia.
Terdahulu ketika berucap Che Mat memberi amaran keras untuk menamatkankontrak pemain yang menunjukkan sikap tidak harmoni dalam pasukan.
"Saya dengar ada kumpulan-kumpulan pula dalam pasukan...kalau rasatidak senang hati, sila tulis surat mohon berhenti, boleh cari pasukanlain," katanya.
Che Mat berkata pihaknya tidak akan bersikap kenegerian atau memberi layanan yang berbeza kepada pemain.
"Tak ada anak tiri atau anak betul dalam hal ini, semuanya sama dan semuanya dilayan dengan baik dan adil," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Worden harapan baru Terengganu
Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0125/Kosmo/Sukan/su_03.1.jpg)
SIMBOLIK. Che Mat (kanan)menyerahkan beg peralatan sukan kepada Worden pada majlis pengenalanjurulatih baru Terengganu semalam.
BEKAS jurulatih skuad bola sepak kebangsaan dan Selangor, Ken Worden dilantik sebagai jurulatih baru Terengganu semalam.
Jurulatih dari Australia itu akan mengambilalih tugas Mohamed Nikuntuk membimbing Terengganu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia(Liga M) musim ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk CheMat Jusoh berkata, kehadiran Ken Worden tepat pada masanya terutamanyaselepas mereka tewas tiga daripada empat perlawanan pertama Liga Super.
"Latar belakang Ken Worden tidak perlu dipersoalkan kerana dia seorang jurulatih berpengalaman.
"Selain pernah membimbing skuad kebangsaan, dia juga mencipta namabersama Selangor dan dua kali membantu mengembalikan maruah Sabah.
"Kita perlukan seorang jurulatih yang berkarisma seperti ini keranasaya tidak berpuas hati dengan pencapaian pasukan," kata Che Mat dalamsatu majlis pengenalan jurulatih baru di Kuala Terengganu semalam.
Che Mat berkata, sebelum menerima tawaran tersebut, Worden sudah mengkaji dan meneliti kemampuan pemain-pemain Terengganu.
"Berdasarkan pemerhatian awalnya, dia yakin pemain muda Terengganu mampu pergi jauh.
"Jurulatih yang pernah membantu Selangor menjulang Piala Malaysiaini telah mengikat kontrak selama setahun dan dia akan memulakan tugaspertamanya hari ini (semalam)."
Mengimbas kembali penyertaan Ken Worden dalam kancah bola sepaknegara, dia mula membimbing Selangor pada 1991 sebelum menjadijurulatih skuad kebangsaan dua tahun kemudian.
Bagaimanapun, dia kembali membimbing Selangor pada musim 1994/1996, 2002/2003 dan 2004.
PASNI KALU TEAM GANU DOKROK GOK..SURUH CHE MAT JELAH JADI COACH... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dok sangke pulok ken worden jadi coach ganu![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
bereh boh..kita tgok jd dok gan coach baru |
|
|
|
|
|
|
|
worden?????!!! ![](static/image/smiley/default/3shakehead.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|