CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: leon_mclaren78

**~~Markas Lepak BRONTosaurus {BRONT PALARAE's FC}~~**

[Copy link]
Post time 22-10-2008 05:01 PM | Show all posts


korang masuk la website dia baca sinopsis...memang citer lawak

k
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2008 05:30 PM | Show all posts
dah mcm power rangers plak bro
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 05:31 PM | Show all posts
bro..sila ulas citer neh sket
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 07:41 PM | Show all posts
Crite sains Fiksyen drp director Awan Dania, Azizi Chunk. sbenarnya xde apa nak ulas sbb blum tgk lagi. Tapi niat buat crite ni adalah untuk Billy, cousin saya yg Special Child(Down Syndrome), rasanya saya pernah nulis dlm posting lepas pasal Billy ni.

Harapan nya adalah untuk filem ni mengutip sebanyak yg mampu lah... tap dari pengalaman di set nya cukup boleh tahan. Practice cable work jer makan sbulan stengah - fighting sequence dgn Admiral Bajang, watak yg dimainkan oleh Sofi Jikan. Pun begitu, langit yg disangka cerah ke petang rupanya hujan di tengah hari.... hari shooting dah kesuntukan masa ya amat sangat... so Director Mr.Chunk kite pun amik keputusan drastik(merangkap dramatik bagi saya yg practice bagai nak rak dgn abg Pi) untuk tukar pertarungan menjadi konsep Jurus ala' Street Fighter... kira masuk effect kemudian lah.

Habis jer pertarungan di set Menara KL tu, rupa-rupanya telah mengakibatkan pintu di salah satu kedai di situ bengkok dek hentakan belakang saya yg berpadding Power Rangers tu. Habis penggambarannya pukul 7am tapi krew produksi dipaksa Jaga untuk tunggu sampai Tuan punya kedai tu tiba untuk settle apa yg patut. Mungkin Tuan Kedai tu ala2 mamai dengar xdengar, dia sampai pukul 10am... dan lepas kasi duit pampasan apa yg patut, Krew Produksi   daptlah balik rumah pukul 11am.

Dari segi lain xde yg boleh diulas kot. Mungkin bila dah tengok Premierre 31hb ni nanti baru saya boleh crite.

p/s: Apa2 pun, nantikan kemunculan nya ya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 07:51 PM | Show all posts

Balas #824 bront\ catat

wah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 12:25 AM | Show all posts
maleh nak selongkar page depan-depan... kalau cerita kat bawah ni dah ada, notify me... nanti Leha delete




Nilai Bront Palarae
Oleh FAIZAL SAHARUNI



KEHADIRAN Bront di persada lakonan tanah air setidak-tidaknya mencetus sisi berbeza milik aktor tempatan. Namun, cukupkah jika sekadar itu yang dimahukan anak seni berjiwa besar ini?

NAMA jejaka ini cukup unik, Bront Palare. Pasti si pemiliknya juga seorang yang istimewa. Itu tanggapan pertama yang lahir kala berbicara lebih lanjut mengenai pelakon tinggi lampai ini.

Meskipun berhasil mengisi kekosongan dalam dunia lakonan dengan menonjolkan aksi bersahaja dalam setiap produk yang menjaja namanya, malang buat Bront apabila populariti seolah-olah kurang menyebelahi.

Hendak kata Bront tiada rupa, memanglah tidak benar sama sekali. Siapa sahaja tidak terpukau dan jatuh hati apabila melihat gaya jantannya baik dia muncul di kaca TV mahupun layar lebar.

Kurang publisiti serta cerita-cerita sensasi di media cetak dan elektronik tidak membuatkan anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini menganggap dirinya tersisih dan terlepas pandang oleh khalayak.

“Mungkin cara kerja saya yang menjadikan nama Bront Palare kurang laris di surat khabar dan majalah.

“Saya bukannya artis yang suka cari publisiti. Saya adalah individu yang kurang gemar pergi ke sesebuah majlis atau acara.

“Saya lebih selesa beri komitmen di lokasi penggambaran berbanding fikir perkara lain,” kata Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin.

Hakikatnya, Bront berpegang teguh terhadap prinsip yang menjadi amalannya selama ini. Melibatkan diri dalam bidang lakonan bermatlamat hanya mahu memperlihat bakat yang ada buat tatapan audiens.

Istilah glamor bukan terkandung dalam kamus hidup Bront apatah lagi menjadi penyukat kejayaan, sebaliknya mutu lakonan yang dipersembahkan menjadi keutamaan.

Menyelami naluri anak muda penuh ambisi ini tidak mudah dan bukan sembarangan. Nampak sahaja Bront bagaikan seorang jejaka tipikal yang terbiasa kita lihat di jalanan.

Berborak hampir setengah jam bersamanya mengisyaratkan Bront bukan calang-calang pelakon. Dia tidak mendambakan kisah murahan yang boleh dikongsi bersama pembaca.

“Saya nak orang kenal Bront sebagai seorang pelakon yang serius dengan kerjaya dalam mengisi ruang dunia seni lakon.

“Tak nak orang cakap saya glamor sebab ada masalah dengan produser atau tidak berdisiplin.

“Pasti kita akan dapat tumpuan kalau buat perkara tersebut, tapi pada saya cara itu salah, malah tidak sesekali kita akan dihormati masyarakat,” hujah Bront tegas yang mendapat pendidikan di Akademi Filem Malaysia.

Bront tidak didiskriminasi

Membahas paras rupa yang dimiliki Bront, penulis sengaja menyakat, barangkali wajah ganas dan serius Bront membuatkan dia kurang nilai komersiol untuk diketengahkan.

“Baru saja jiran tegur cakap saya kacak tadi,” kata Bront yang terkenal dengan watak Husin dalam drama bersiri Sindarella sambil tertawa berdekah-dekah.

Sambung Bront lagi yang kini sedang berjinak-jinak dalam penulisan skrip, dia tidak pernah rasa didiskriminasi sepanjang tujuh tahun bergelumang dalam industri seni.

“Tak timbul langsung soal saya jadi mangsa pilih bulu, malah saya gembira lihat pelakon seangkatan seperti Ady Putra dan Jehan Miskin berupaya menonjolkan kemampuan mereka dalam lakonan.

“Cuma apa yang menggelikan hati saya apabila produser dan stesen TV menggunakan majalah untuk mencari pelakon.

“Sepatutnya mereka kena saksikan sendiri sesebuah drama atau filem dalam usaha mencari pelakon. Barulah dapat lihat kebolehan dan kualiti seseorang pelakon itu.

“Kalau tengok melalui majalah atau surat khabar, jadi kita dapat lihat wajah mereka saja tanpa ketahui sejauh mana pelakon itu mampu beraksi,” ungkap Bront sedikit kesal.

Tidak memilih watak

Sesetengah pelakon berprofil tinggi akan mengalami sindrom memilih watak. Alasannya bagi menjaga status dan taraf yang dibanggakan selama ini supaya tidak dikritik peminat.

Bagi Bront, adakalanya dia pernah berperasaan untuk memilih watak yang benar-benar selayak untuk dirinya.

“Dulu saya ada juga cakap nak pilih karakter, tapi ibarat macam saya kena ludah sendiri.

“Kini saya tekankan pada idea dan objektif teratas yang menjadi pegangan si pembuat drama atau filem.

“Biasanya mereka ada visi dan agenda sendiri dalam menghasilkan sesebuah naskah. Saya cukup teruja dengan projek lakonan tiga sutradara iaitu Mamat Khalid, Khabir Bhatia dan Osman Ali.

“Mereka adalah pengarah yang punyai ilmu dan pengetahuan dalam bidang filem sekali gus tahu hala tuju industri ini,” ujar Bront menjelaskan personaliti tiga pengarah terkenal ini.

Mengakui belum puas dengan pencapaiannya sebagai aktor, Bront memberitahu, dia tidak kisah untuk membawakan karakter yang berlawanan dengan dirinya yang sebenar.

“Saya nak lakukan sesuatu yang berbeza. Tak kisah kalau dapat watak ‘adik-adik’ (lelaki lembut). Saya kena mempelbagaikan karakter,” azam Bront bersungguh-sungguh.

Hati sudah dimiliki

Lelaki sehebat Bront pasti senang memperolehi cinta apatah lagi status yang dipegangnya sebagai pelakon lelaki popular dan berbakat besar di negara ini.

Sempat berseloroh: “Kepada sesiapa yang berminat boleh hantar rombongan ke rumah saya di Hadyai, Thailand.”

Enggan berputus asa dan terus meneroka ceritera cintanya, Bront tetap menunjukkan riak kurang selesa dan tidak mahu bercerita panjang tentang wanita pujaannya.

“Memang saya tengah bercinta dengan seseorang, tapi cinta kami tidaklah bagai nak rak. Lagipun saya bukannya individu romantis.

“Ia cuma perhubungan biasa yang praktikal. Kami bercinta atas kematangan dan bukan macam waktu di zaman kolej.

“Dia orang biasa, bukannya artis. Susah kalau pasangan itu datang daripada bidang sama, lagipun personaliti saya tak sesuai untuk bercinta dengan artis,” luah Bront lalu menoktahkan perbualan kami petang itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2008 12:35 AM | Show all posts
Originally posted by britney_sapiah at 22-10-2008 05:01 PM


korang masuk la website dia baca sinopsis...memang citer lawak

k


nak tgk nak tgk!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 12:39 AM | Show all posts

Reply #824 bront's post

eh eh eh...tak bg salam....

assalamualaikum sume....

eh eh n eh......sowie tak pasan bro ade masuk posting hiks....
hi bro (^_^)v
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2008 12:44 AM | Show all posts
Originally posted by bront at 22-10-2008 07:41 PM
Crite sains Fiksyen drp director Awan Dania, Azizi Chunk. sbenarnya xde apa nak ulas sbb blum tgk lagi. Tapi niat buat crite ni adalah untuk Billy, cousin saya yg Special Child(Down Syndrome), ra ...


alamak nak tengok itu Admiral Bajang...macam suka lak tgk lakonan Soffi Jikan
banyak gak you berlakon dengan Soffi Jikan ekk

aisehman... sorry, nii thread bront palarae... mintak maaf Ahli Majlis Tertinggi & Ketua Turus Brontosaurus... terkasima dgn Soffi Jikan lak

Leha.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 08:18 AM | Show all posts


rambut bro???cam rambut laki aku masa dia kecik2

apa2pon,kena tgk citer ni....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 08:24 AM | Show all posts
31hb premier citer tu....pastu masa 1st day tayangan kita serbu ramai2
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 08:26 AM | Show all posts
Originally posted by tosei at 23-10-2008 08:18 AM
http://i56.photobucket.com/albums/g176/haqeaf/Slide1-4.jpg

rambut bro???cam rambut laki aku masa dia kecik2

apa2pon,kena tgk citer ni....


rambut dia tu dh serupa karakter katun jepun tu...apa ntah...aku lupa tajk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2008 08:51 AM | Show all posts
Slmt pagi BRONTosaurus!

wah... blum sempat kompem ahli2 AJK movie bro dh nk kuar wayang ni... huhu... 31hb tu Jumaat la... mcm x sesuwai je kalo nk buat trip tgk wayang.. kalo nk kena buat hari sabtu ke, ahad ke... tp kena ada geng yg tolong booking tiket la... kalo nk nonton ni biasanya kowang yg area Klang Valley ni prefer kat ne? Mid Valley ok x? atau ada tpt lain?

Btw AJK Bertindak kita ni camne... secretary sulit mintak tulun habaq kat calon2 AJK Bertindak kita if diaorg setuju dilantik jadik AJK... pastu make sure diaorg bkn silent members taw... Kalo kowang rasa x sesuai lantik 5 org, kita letak 3 org dulu ke... suggestion... suggestion... suggestion... pleaseee..

Pasni dh bleh tumpukan projek t-shirt plak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 09:23 AM | Show all posts
salam n morning BRONTosaurus....


tok penghulu...saya setuju je......
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 10:50 AM | Show all posts

Reply #833 leon_mclaren78's post

jumaat memang x sesuai...keje...

sabtu ahad ok laaa...tp tengok time laa....consider yg ada family tu jugak.....

tempat KLCC or midvalley...mana lg best???

hehehhe...aku baru lagi pindah sini...so aku tak tau sangat....dulu aku utara
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 10:51 AM | Show all posts
Originally posted by britney_sapiah at 23-10-2008 08:26 AM


rambut dia tu dh serupa karakter katun jepun tu...apa ntah...aku lupa tajk

dragon ball ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2008 10:51 AM | Show all posts

Reply #835 britney_sapiah's post

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 10:55 AM | Show all posts

Reply #833 leon_mclaren78's post

wahh...bestnya korang nk tgk movie bro ramai2......aku g tgk ngan laki aku jela....(xleh nk feeling lelebih )....

tok,saya pon berpendapat setakat skang ni kita wat 3 AJK dulu...kalo kendian2 rasa perlu ditambah baru kita tambah....

saya cadangkan 3 AJK tersebut ialah(berdasarkan keaktifan masuk thread ni)

-tirasha
-madjogurl
-lu pikirrrr aaa sendiri.... actually calon ke-3 aku xtau sapa....
korang bgla calonnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 11:08 AM | Show all posts

Reply #838 tosei's post

wahhh.....

namaku 1st skali neh....

boleh la...layan je...pe yg mampu bantu saya bantu.......
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 12:14 PM | Show all posts
Originally posted by tirasha at 23-10-2008 11:08 AM
wahhh.....

namaku 1st skali neh....

boleh la...layan je...pe yg mampu bantu saya bantu.......

:pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.112022 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list