|
ape beza yg ni ngan yg atas ???? |
|
|
|
|
|
|
|
Restoran Black Canyon, AEON Bukit Tinggi
Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Menu & Harga Signboard Kedai
Hujung minggu bulan puasa ni lah aku dan member gi jalan2 cari kelengkapan untuk hari lebaran nanti, so kitorang pergi membeli belah kat area Subang Jaya.. tempat kitorang pergi adalah sekitar Subang Parade, Carrefore, Giant & Kamdar.. so dalam membeli-belah, dalam jam 5.30pm kakak dan abang ipar call nak belanja makan berbuka puasa.. huhuhu, kali ni diorang nak belanja kat Black Canyon, AEON Bukit Tinggi, Klang..
Sampai2 kat AEON Bukit Tinggi dalam jam 6.30pm, kitorang x terus masuk restoran sebab kakak dan abang ipar dah tempah meja dan menu untuk 4 orang makan.. so dalam baki masa 50 minit tu aku temankan diorang belikan dan pilih kasut untuk emak dan abah untuk raya nanti.. beli-belah area kedai Jusco, harga pon boleh tahan sebab banyak promosi harga dari 10% hinggalah 30%..
Jam 7.05pm kitorang terus masuk ke dalam restoran ni, wah2 dah penuh dengan pelanggan.. maklumlah hujung minggu, ramainya pelanggan membawa seisi keluarga untuk berbuka di sini.. tak sampai dalam 5 minit menu2 yg diorder pon sampai, tapi kakak dan abang ipar sedikit kecewa sebab menu yang dipesan x sama seperti di dalam gambar menu, huhuhu...
Kaunter Pembayaran & Dapur Kopi
Dapur Memasak
Dekorasi Dalam Kedai
Nama :- Black Canyon Restaurant
Lokasi :- AEON Bukit Tinggi, Klang, Selangor
Cuisine :- Masakan Ala Thai, Makanan Barat
Menu Pilihan :- 4 Orang
Nasi Stim - RM 4.80 (RM1.20 Sepinggan)
Nasi putihnya cukup mengenyangkan sebab menggunakan beras banyak mengandungi kanji, unik sebab datang dengan bentuk 4 segi, dimasak kukus dan sungguh padat.. tapi sekiranya menggunakan beras wangi aku rasa akan lebih membangkitkan selera pelanggan, tapi beras jenis berkanji ni memangcukup mengenyangkan.
Spicy Chicken Tom Yum Soup - RM 9.90
2 Bintang..!, harganya terlalu mahal untuk tom yam sebanyak ini..!, hanya ada 4-5 ketul isi ayam dengan hirisan kecil, sungguh x berbaloi.. hirisan cendawan pon hanya dalam 3-4 hiris, tapi rasa tomyam sedikit mengubat kekecewaan walaupun ianya sedikit cair.. tapi mengikut kakak, sebelum ni dia pernah order menu ni dan memang isi bahannya banyak.. tapi mungkin untuk kali ni chef memasak dengan jumlah yang banyak kemudian proses pembahagian x sama rata berlaku, mengakibatkan ada pelanggan yang mendapat isi bahan lebih dan ada yg kurang.
Fried Chicken with Cashew Nut - RM 8.90
3 Bintang..!, sekadar boleh tahan sahaja, tapi rasanya sedikit berbeza dengan hidangan lain sebab ayam dimasak dengan gajus.. rasa ayam seperti masakan hailam tapi kurang pedas dan kuah, kuahnya kering tapi rasanya sedikit exotic seperti campuran masakan cina dan barat.. kuantitinya juga banyak dan sungguh berbaloi dengan harganya.
Stir-Fried Combination of Prawn, Chicken & Chili - RM 8.90
1 Bintang..!, yakkkkkk sungguh memualkan, apa rasa pon aku x tau.. rasanya seperti sardin dalam tin kemudian di gaul bersama2 telur, dimasukkan cili giling, udang dan ayam.. terasa cili gilingnya seperti x masak dan rasa pedasnya berganti dengan rasa hanyir.. tapi yang pasti rasanya sungguh meloyakan tekak..! Spicy Seafood Salad - RM 8.90
5 Bintang..!, wallahhhh, menu penyelamat.. memang sedap dan fresh, yummy, huhuhu.. campuran hirisan tuna, sotong dan udang bersama campuran salad segar.. rasanya memang membangkitkan selera, rasa masam lemon dan limau nipis memang mengecurkan air liur.. harganya sungguh berbaloi dengan taste sehebat ni.
Stir-Fried Mixed Vegetable in Oyster Sauce - RM 8.90
4 Bintang..!, yummy, sedap & segar.. rasa sayurnya cukup segar dan rasa sos tiram cukup menyelerakan.. kombinasi sayur juga cukup baik dan tepat, sayur cukup masak dan x terlalu masak.. kombinasi warna sayur pon menarik, ditambah lagi dengan kuantitinya yang banyak memang aku rekemen jika pergi dengan keluarga.
Lime Juice - RM 4.50
Ice Lemon Tea - RM 9.00 (2 Gelas)
Watermelon Juice - Free (2 Gelas - Pakej)
4.5 Bintang..!, yummmy, air juice dan ice lemon teanya memang menyegarkan.. rasa juice memang fresh, boleh rasa ketulan buah-buahan yang dikisar hancur.. tea ais limaunya memang menyegarkan dicampur dengan ais yang diiblendar, rasanya cukup2 perfect, pekat dan likat.. aku rekemenkan korang ambil ice lemon tea dan lime juice, kerana selepas makan makanan tinggi kalori seeloknya kita order air yang mengandungi limau untuk proses membersih usus.
Deep Fried Chicken Wing - RM 9.90
3 Bintang..!, mmm, biasa2 saja.. x de apa yg special dengan ayam ni, harganya mahal untuk 3 bahagian kepak yg di potong 2 menjadi 6 ketulan kesemuanya.. x de apa2 istimewa tetapi rasanya boleh tahan, darah beku pada ayam goreng pon x de so x de la rasa mual.
American Club Sandwich - RM 8.90
3 Bintang..!, not bad lah, boleh tahan.. dari sekeping sandwich 3 lapisan di potong 4, isinya boleh tahan dengan kepingan isi ayam besar seperti memakan burger zinger KFC, hehehe.. mayonis pon banyak ditambah lagi dengan 2 keping keju, kentang pon rangup dan kenyal.
Harga :- RM 86.45 (RM 80.40 - 10% J-Card + 10% Service + 5% Tax)
Penilaian :-
..........Makanan : 3 Bintang
..........Tempat : 4.5 Bintang
..........Service : 4 Bintang
..........Harga/Rasa : 2.5 Bintang
Keseluruhan : 3.5 Bintang
[ Last edited by princebrunei at 27-2-2009 02:43 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Black Canyon Ice Coffee - RM8.95
This iced coffee is damn good [size=78%] (to my liking). You have to try it.
Tropical Tea - RM6.50
I like this drink! The taste is strong, unlike the lemon tea or peach tea you get outside which is blend or more sugar than taste. I'm a bit disappointed with the fruits though. The amount of fruits shown in the menu was much more and more presentable. I know menu's photos are for illustration only. But! Check the menu out when you're there and you'll get what I mean.
Prawn, Chicken and Chilli with Rice - RM8.90
This individual dish is also known as combination rice. Well, that's what the menu and waiter says. There are mushrooms in the sauce which my boyfriend picked it out and I had to eat it because he doesn't eat 'em.
Canyon Fried Chicken - RM7.90
This is the appetizer my boyfriend ordered. It's a recommendable appetizer. The chicken is crispy and it was fried just nicely to my taste. Albeit I find it a bit harder than other fried chickens. Maybe because it's thin crusted.
Teriyaki Chicken Steak - RM15.90
I wouldn't recommend this dish if you do not like sweet food. As you all who ate Japanese food before, I'm sure you know what Teriyaki sauce means.
Mocha Chips Ice Cream - RM6.90 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|