|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tahu x pe...tuko menteri...tukp segala 
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedap betul kek coklat pun sedap...
|
|
|
|
|
|
|
|
Takut gak terlenyek dok bawah kereta 
|
|
|
|
|
|
|
|
teringin nasi lemak lak...
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan Akhbar KPK 6 Jun 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia ME 22/2022 (29 Mei – 4 Jun 2022)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON JUNE 6, 2022
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA MINGGU EPIDEMIOLOGI 22 (29 MEI – 4 JUN 2022) STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara kesuluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah-PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 11% pada minggu epidemiologi (ME) ke-22 tahun 2022 (ME 22/2022) berbanding ME 21/2022 (Rajah 1); 
Namun begitu, didapati tiada perubahan kepada jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk bagi semua kategori (Rajah 2). 
Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 menurun berbanding ME-21/2022 (Rajah 3): - Penggunaan katil bukan kritikal menurun sebanyak 8%;
- Penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun sebanyak 14%; dan
- Penggunaan katil PKRC tiada perubahan.

Jumlah kes memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) menurun sebanyak 17% (Rajah 4). 
PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC) Untuk makluman, secara umumnya kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara semakin menunjukkan pengurangan. Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 21/2022 dan ME 22/2022 (Rajah 5): - Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 11.6%;
- Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 17.8%; dan
- Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke PKRC atau hospital meningkat sebanyak 2.5%.

Untuk tren kes aktif harian COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya), pada akhir ME22/2022 ianya menurun sebanyak 9.4% berbanding pada akhir ME 21/2022 (dari 22,475 kes kepada 20,363 kes); seperti di Rajah 6: 
STATUS TERKINI KES COVID-19 Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 4 Jun 2022 (ME 22/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut: - Kumulatif kes baharu: 4,513,631;
- Kumulatif kes sembuh: 4,455,499 kes;
- Kumulatif kes kematian: 35,686 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,010 kluster (kluster aktif: 4 kluster).
Perbandingan antara ME 21/2022 dan ME 22/2022: - Bilangan kes sembuh pada ME 22/2022 menurun sebanyak 13.4% (15,925 kes kepada 13,797 kes) Rajah 7;
- Bilangan kes baharu pada ME 22/2022 menurun sebanyak 15.5% (13,076 kes kepada 11,052 kes) Rajah 8;
- Bilangan kes tempatan menurunsebanyak 15.4% (13,022 kes kepada 11,022 kes); dan
- Bilangan kes import menurunsebanyak 45.5% (55 kes kepada 30 kes).
- Bilangan kes kematian pada ME 22/2022 menunjukkan peningkatan kepada 36.8 % (19 kes kepada 26 kes) berbanding ME 21/2022; dan
- Purata kes aktif setiap hari bagi ME 22/2022 adalah 23,290, iaitu terdapat penurunan sebanyak 8.2% berbanding minggu sebelumnya (Rajah 9).



NILAI RT Purata nilai RT juga menunjukkan penurunan sebanyak2.2% pada ME 22/2022 berbanding ME 21/2022 (Rajah 10). 
SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19 KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 22/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati: - Kadar positif sampel Influenza-Like Illness (ILI) bagi COVID-19 menurun sebanyak 14.5%, iaitu 8.3% pada ME 21/2022 kepada 7.1% pada ME 22/2022 (Rajah 11); dan
- Kadar positif sampel Severe Acute Respiratory Infection (SARI) bagi COVID-19 pada ME 22/2022 masih kekal kepada 0.0% (Rajah 12).


NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 Bermula pada 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik. Perubahan fasa ini dapat dicapai susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam termasuk program vaksinasi COVID-19 dalam menguruskan penularan jangkitan COVID-19 dalam negara. KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; - Elakkan 3S;
- Amalkan 3W;
- Amalkan TRIIS;
- Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
- Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
- Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
- Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
- Individu yang belum menerima vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 6 Jun 2022 @ 12.00 tengahari.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan Akhbar KPK 7 Jun 2022 – Situasi Semasa Kejadian Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Malaysia (ME 22 2022)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON JUNE 7, 2022
Situasi Semasa Kejadian Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Malaysia (ME 22 2022) Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan mengenai situasi terkini penyakit tangan, kaki dan mulut atau “Hand, Foot And Mouth Disease” (HFMD) di Malaysia. Bagi tahun 2022 (bermulanya tempoh Fasa Peralihan ke Endemik COVID-19), sehingga hari terakhir minggu epidemiologi (ME) 22/2022 (pada 4 Jun 2022), sejumlah 82,846 kes telah dilaporkan, iaitu peningkatan sebanyak 32 kali ganda bagi tempoh yang sama pada tahun 2021 (semasa pandemik COVID-19) iaitu 2,485 kes. Berbanding dengan 30,489 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2019 (sebelum pandemik COVID-19), ia menunjukkan peningkatan sebanyak 1.7 kali ganda. Manakala kes dilaporkan di seluruh negara bagi ME 22/2022 sahaja adalah 16,954 kes, menurun sebanyak 9.3% berbanding ME 21/2022 iaitu 18,688 kes (Rajah 1). 
Pada tahun 2022, sehingga 4 Jun 2022, Negeri Selangor menyumbang jumlah kes tertinggi berbanding negeri-negeri lain iaitu 23,305 kes (28.13%). Ia diikuti oleh WP Kuala Lumpur & Putrajaya 9,540 kes (11.52%), Perak 8,032 kes (9.70%), Kelantan 5,782 kes (6.98%) dan Johor 5,234 kes (6.32%); sementara negeri-negeri lain pelaporan kes HFMD sekitar atau kurang daripada 4,600 kes (Rajah 2). 
Kes HFMD banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah iaitu sebanyak 74,841 kes (90%), diikuti kumpulan umur 7 hingga 12 tahun seramai 6,520 kes (8%). Manakala selebihnya berumur lebih 12 tahun iaitu seramai 1,485 kes (2%) Berdasarkan survelan jenis virus (enterovirus) penyebab HFMD di Malaysia, tiga (3) virus utama yang menyebabkan penularan HFMD dalam komuniti pada tahun 2022, adalah Enterovirus 71 (EV71), Coxsackie A6 (CA6) dan Coxsackie A16 (CA16). Pada tahun 2022, sehingga kini, terdapat tiga (3) kes HFMD yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU). Kes pertama dan kes kedua dimasukkan ke ICU kerana mengalami komplikasi radang otak (encephalitis) dan masih di bawah pemantauan rapi di ICU. Manakala kes ketiga telah pun sihat dan dibenarkan pulang ke rumah pada 31 Mei 2022. Sehingga kini, sebanyak 1,746 wabak dilaporkan di Malaysia di mana tiga (3) negeri tertinggi mencatatkan kejadian wabak ialah WPKL & Putrajaya iaitu 562 wabak (32.2%), diikuti Selangor 208 wabak (11.9%) dan Sarawak 206 wabak (11.8%). Majoriti lokasi penularan wabak berlaku di taska, tabika, tadika dan pra-sekolah iaitu 1,059 wabak (61%) diikuti oleh rumah persendirian dengan 605 wabak (35%) dan juga pusat jagaan kanak-kanak sebanyak 56 wabak (3%). Wabak dikira apabila terdapat dua (2) atau lebih kes dalam satu lokaliti dan kes mempunyai kaitan epidemiologi serta berlaku dalam tempoh inkubasi penyakit HFMD. Untuk makluman, cuti menjaga anak diberikan oleh Kerajaan kepada Penjawat Awam iaitu ibu atau bapa atau penjaga kepada anak yang disahkan HFMD dan memerlukan pengasingan. Cuti yang diberikan ini adalah diperuntukkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian S.R.5.4.4 (Kemudahan Cuti Kuarantin) yang telah ditambahbaik dan berkuatkuasa pada 4 Mac 2022. Penyakit HFMD merupakan salah satu penyakit daripada tujuh (7) penyakit yang diberikan kemudahan tersebut. Oleh itu, KKM menyeru Ketua Jabatan dalam perkhidmatan awam untuk mengambil berat berkenaan kemudahan ini dan sama-sama mengambil tanggungjawab dalam membantu kerajaan menangani penularan kes HFMD di Malaysia. Bagi tahun 2022, sehingga 4 Jun 2022, tindakan kawalan dan langkah pencegahan bagi penyakit HFMD yang telah dilaksanakan di seluruh Malaysia adalah seperti berikut: Jadual 1: Ringkasan Aktiviti Kawalan dan Pencegahan HFMD Bil. | Aktiviti | Bilangan | 1 | Bilangan premis diperiksa | 31,621 | 2 | Bilangan premis ditunjukajar dan dipantau pelaksanaan disinfeksi | 25,240 | 3 | Penutupan premis (secara sukarela) | 305 | 4 | Penutupan premis (di bawah peruntukan Akta CDC) | 1,041 | 5 | Pembukaan premis | 894 | 6 | Persampelan | 2,416 | 7 | Pendidikan kesihatan | 121,126 | 8 | Townhall Meeting | 246 | 9 | Lawatan ke Indoor Playground | 237 |
Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 7 Jun 2022 @ 9:30 pagi Lampiran 1 Jadual 2: Aktiviti Kawalan dan Pencegahan bagi HFMD yang dijalankan oleh Negeri AKTIVITI | Bil. Premis Diperiksa | Bil. Premis Disinfeksi | Penutupan premis (Secara Sukarela) | Penutupan premis (Akta 342) | Pembukaan premis | Persampelan | Pendidikan kesihatan | TownHall Meeting | Lawatan ke Indoor Playground | JOHOR | 3,788 | 3,392 | 5 | 83 | 59 | 119 | 7402 | 13 | 110 | KEDAH | 550 | 327 | 34 | 35 | 23 | 26 | 9535 | 5 | 0 | KELANTAN | 2,716 | 1,874 | 11 | 21 | 22 | 97 | 9105 | 16 | 0 | MELAKA | 75 | 57 | 15 | 44 | 16 | 131 | 4510 | 5 | 0 | NEGERI SEMBILAN | 3,825 | 1,798 | 33 | 28 | 23 | 70 | 8350 | 9 | 4 | PAHANG | 2,976 | 2,605 | 4 | 33 | 23 | 544 | 20062 | 32 | 16 | PERAK | 6,173 | 4,848 | 74 | 129 | 124 | 641 | 21194 | 100 | 38 | PERLIS | 87 | 87 | 8 | 40 | 33 | 15 | 1174 | 2 | 0 | PULAU PINANG | 1028 | 691 | 8 | 53 | 59 | 29 | 4614 | 9 | 2 | SABAH | 7,233 | 6,443 | 0 | 43 | 33 | 206 | 11051 | 16 | 4 | SARAWAK | 603 | 501 | 3 | 27 | 28 | 0 | 6431 | 5 | 4 | SELANGOR | 374 | 291 | 35 | 179 | 164 | 173 | 742 | 8 | 24 | TERENGGANU | 1,334 | 1,331 | 13 | 24 | 23 | 75 | 3848 | 15 | 4 | WP.LABUAN | 30 | 25 | 0 | 2 | 4 | 0 | 1610 | 2 | 3 | WPKL | 829 | 970 | 62 | 300 | 260 | 290 | 11468 | 9 | 28 | KUMULATIF | 31,621 | 25,240 | 305 | 1,041 | 894 | 2,416 | 121126 | 246 | 237 |
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
saya balik kampung. tu yang lambat balas. sowi
|
|
|
|
|
|
|
|
dah kat kampung keja makan aje. skrg ni tengah musim doyan kat kampung
|
|
|
|
|
|
|
|
tu lah..kena selalu tengok bawah kereta sblm start enjin kot2 lah ada kucing tido bawah kereta. |
|
|
|
|
|
|
|
saya suka nasi lemak biasa setakat ada telur goreng tu je. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|