CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: novelloverzz

Peristiwa Dunia, Mitos & Sejarah

[Copy link]
Post time 29-8-2016 04:47 PM | Show all posts
Edited by luna.millieu at 26-9-2016 02:18 AM

testing testing...

29 Ogos, 1526  
Pertempuran Mohács 1526

(Battle of Mohács 1526)
Hungary vs Uthmaniah


Pada 29 Ogos 1526, telah tercetus pertempuran Mohács, di daerah Mohács dalam kerajaan Hungary.


Battle of Mohács 1526, Ottoman miniature (Lokman, 1588)

Pertempuran tercetus antara tentera kerajaan Hungary yang diketuai oleh King Louis II dan tentera kerajaan Uthmaniah yang dipimpin oleh oleh Sultan Suleiman I (Suleiman the Magnificent). Kekalahan tentera Hungary dalam pertempuran ini telah menjadi punca kejatuhan monarki Hungary dan seterusnya perpecahan kerajaan Hungary sendiri selama beberapa abad. Perpecahan ini membuka ruang bagi dominasi kerajaan Uthmaniah dan Habsburg menakluk Hungary. Ketua tentera Hungary dalam pertempuran ini, King Louis II terbunuh semasa melarikan diri. Kematiannya menamatkan keturunan dinasti Jagiellon.  


Battle of Mohács, Turkish miniature

Rentetan isu yang menyebabkan pertempuran :
1. Penolakan tawaran perdamaian oleh Hungary
Hungary asalnya memang telah lama menentang perkembangan kerajaan Uthmaniah di tenggara Eropah. Tetapi dengan kejatuhan Nándorfehérvár (Belgrade, Serbia hari ini) dan Szabács (Šabac, Serbia hari ini) pada tahun 1521, kebanyakan bahagian selatan Hungary pada waktu itu menjadi lemah dan tidak dapat dipertahankan. King Louis II, raja Hungary dan Bohemia pada masa itu mengambil langkah mengahwini Mary of Habsburg pada 1522.

Kerajaan Uthmaniah menjangka persekutuan Hungary dan Habsburg melalui perkahwinan ini mungkin akan menjadi ancaman kepada mereka di Balkan.
Selepas Sultan Suleiman I menjadi pemerintah, pegawai2 tinggi kerajaan Uthmaniah menghantar satu (ada yang mengatakan dua) tawaran untuk berdamai. King Louis II menolak tawaran perdamaian itu (tanpa diketahui sebab).

Ada pendapat berkata King Louis II menolak tawaran Sultan Suleiman I kerana tentera Turki ada menyerang dan menakluk walaupun satu2 kawasan itu berada dalam perjanjian damai. King Louis II tidak percaya pada tawaran yang diberikan itu dan berasa jalan keluar boleh diperolehi dengan berperang.  

Ada juga sumber yang menyatakan King Louis II telah membunuh utusan dari Sultan Suleiman I yang datang menuntut jizyah kerana King Louis II merasakan Sultan Suleiman I yang masih muda pada masa itu tidak layak atau kuat atau berkebolehan seperti ayahnya Sultan Selim I.
  
Penolakan tawaran perdamaian ini menjadi sebab tercetusnya pertempuran Mohács.


King Louis II raja Hungary dan Bohemia yang terkorban dalam pertempuran Mohács

2. Persekutuan Perancis - Uthmaniah
Pada 24 Februari 1525, tentera Perancis milik King Francis I telah tewas di tangan tentera Habsburg dalam pertempuran Pavia (Battle of Pavia). Setelah merengkok beberapa bulan di dalam penjara sebagai tawanan, King Francis I telah dipaksa menandatangani Treaty of Madrid yang antaranya memaksa Francis I untuk :
1) menyerahkan banyak daerah jajahannya di Italy, Flanders, Artois, dan Burgundy kepada Habsburg.
2) menyerahkan 2 puteranya sebagai tahanan di mahkamah Sepanyol
3) berjanji utk berkahwin dgn adik kepada raja Habsburg ketika itu
dan lain2.

Selepas dibebaskan Francis I menjadi sekutu kerajaan Uthmaniah dgn tujuan utk melawan kerajaan Habsburg. Persekutuan Perancis - Uthmaniah ini bertahan selama 300 tahun walaupun menjadi skandal terbesar dalam dunia Kristian.

Untuk meredakan tekanan Habsburg ke atas negaranya, Francis I meminta Sultan Suleiman I memerangi Holy Roman Empire, lagi pun jalan dari Turki menuju ker Holy Roman Empire melalui Hungary. Permintaan Francis I ini bersesuaian dengan cita2 Sultan Suleiman I dan menjadi insentif untuknya menyerang Hungary pada 1526, yang seterusnya mencetus kan pertempuran Mohács.


Francis I dan Sultan Suleiman I (Tiziano Vecelli, 1530)

Latar belakang ketenteraan :
Tentera Hungary terbahagi kepada 3 unit utama : 8,000 - 13,000 orang tentera Transylvania dipimpin John Zápolya yang ditugaskan utk mengawasi banjaran Alps Transylvania; tentera utama dipimpin oleh King Louis II (disamping tentera upahan dari Spain, Germany, Czech dan Serbia); dan satu lagi pasukan kecil terdiri dari 5,000 orang tentera dibawah arahan Christoph Frankopan dari Croatia.

Oleh sebab keadaan geografi, arah tuju tentera Uthmaniah tidak dapat dipastikan sehingga mereka melintasi gunung-ganang Balkan. Apabila tentera Uthmaniah memasuki daerah Buda (sebahagian dari Budapest hari ini), tentera Transylvania berada jauh dari situ untuk bertindak menghalang tentera lawan.

Dalam catatan sejarah kontemporari (walaupun sedikit) ada menyatakan bahawa tentera King Louis II lebih cenderung mengambil taktik berundur daripada menghadapi pertempuran terbuka dengan tentera Uthmaniah, secara tidak lansung cuma menyerah kepada kemaraan tentera Uthmaniah.

Pihak Hungary telah memilih medan pertempuran iaitu lembah berpaya berdekatan Mohács, kawasan terbuka tetapi tidak rata dengan tujuan utk menyerang tentera Uthmaniah pasukan demi pasukan tetapi tentera Uthmaniah dibiarkan mara tanpa sebarang halangan.

King Louis II telah mengumpulkan seramai 25,000 - 30,000 orang tentera, manakala bilangan tentera Uthmaniah pula adalah dalam lingkungan 50,000 orang.

Struktur ketenteraan Hungary pada pertempuran ini menyerupai tentera Perancis di bawah Francis I dalam pertempuran Pavia dimana Perancis tewas ditangan Hungary. Struktur ini adalah struktur yang kolot dan usang dengan askar berbaju besi yang menunggang kuda yang juga berbaju besi. Tentera Hungary mempunyai 2 barisan, barisan pertama dengan pasukan infanteri dan penembak upahan yang diapit oleh pasukan berkuda yang lebih ramai; barisan kedua pula adalah campuran pasukan rekrut infanteri dan berkuda.

Tentera Uthmaniah pula mempunyai struktur yang lebih moden yang terdiri daripada tentera muda terlatih dan tentera elit, dan pasukan penembak. Selebihnya adalah pasukan berkuda feudal Timari dan rekrut dari Rumelia dan Balkan.


Bandingan data

Pertempuran :
Dikatakan pertempuran ini bermula diantara jam 1PM dan 2PM tetapi waktu berakhirnya pertempuran ini tidak dapat dipastikan. Ada para pengkaji sejarah yang mengatakan pertempuran cuma mengambil masa 2 atau 3 jam, mungkin paling lewat jam 5PM. Tetapi memandangkan King Louis II melarikan diri semasa senja (6:27PM pada 29 Ogos 1526) sebelum terbunuh, ada kemungkinan pertempuran ini mengambil masa sehinggan 4 atau 5 jam.

Semasa tentera Rumelian dari pihak Uthmaniah memasuki medan tempur, mereka telah diserang oleh tentera Hungary dari sayap kanan yang diketuai oleh Pál Tomori. Serangan ini berjaya mencelarukan tentera baru Uthmaniah tetapi mereka tetap mara dibawah serangan dengan ketibaan tentera tetap dari bahagian simpanan.


Pál Tomori

Pada satu masa serangan tentera Hungary dari sayap kanan ini cukup untuk meletakkan tentera Uthmaniah dalam bahaya di bawah hujan anak panah tentera lawan. Tetapi dengan keupayaan yang lebih dari tentera tetap Uthmaniah and serangan mara yang tepat pada masanya dari tentera muda dan tentera elit Turki, tentera Hungary terutamanya dari sayap kiri tidak dapat menahan serangan lawan.

Tembakan yang mahir dan secara serentak (musket volley) dari tentera Uthmaniah telah mencederakan ramai tentera Hungary. Mereka tidak dapat mempertahankan posisi mereka dan sesiapa yang tidak melarikan diri telah dikepung, samada terbunuh atau tertawan. Keadaan adalah sangat buruk bagi pihak Hungary, mereka terpaksa mara ke dalam kepungan dan hujanan peluru.  

King Louis II melarikan diri semasa senja tetapi jatuh dari kudanya di sungai Csele dan mati akibat dihempap baju perangnya yang berat. Kira-kira 1000 orang bangsawan dan ketua-ketua juga terbunuh, selain angka yang diterima secara am nya lebih dari 14,000 orang tentera Hungary telah terbunuh dalam serangan awal.


Penemuan mayat King Louis II

Kesan sehingga hari ini :
Bagi orang2 Hungary, kekalahan di Mohác ini dilihat sebagai turning point kejatuhan dalam sejarah negara mereka, kejatuhan sebuah negara Eropah yang bebas dan berkuasa. Seakan trauma, bila ditimpa nasib malang sehingga hari ini mereka akan berkata : "More was lost at Mohács" (Több is veszett Mohácsnál).

Pada tahun 1976 sebuah memorial telah dibina bagi mengingati ulangtahun ke 450 pertempuran Mohács. Ia dinamakan Historical Park of Mohács dan terletak berdekatan pekan Sátorhely.


Historical Park of Mohács


Markers at the Mohács Monument show where bodies of nobles, knights, soldiers, and horses were found

Video :


more details dari sumber :
https://en.wikipedia.org/wiki/Battle_of_Mohác
https://www.britannica.com/event/Battle-of-Mohacs
http://www.hidayatullah.com/kaji ... n-trauma-barat.html
http://www.mohacs.hu/en/info/bat ... -memorial-park.html

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2016 10:40 PM | Show all posts
Edited by luna.millieu at 31-8-2016 03:49 PM

ahahah! gigih la pulok

August 29, 1958
Michael Jackson was born.



Michael Joseph Jackson (August 29, 1958 – June 25, 2009) was born on this day in Gary, Indiana.
Also known as the King of Pop, he made his professional debut in 1964 with his elder brothers Jackie, Tito, Jermaine, and Marlon as a member of the "Jackson 5". The group scored its first No. 1 single in 1969, with "I Want You Back." (US single released October 7, 1969 # 1 RNB, #1 Pop, #2 UK, Sales : 4 078 609 (World), 2 060 711 (USA)).





By age 11, Jackson was appearing on TV, and in 1971 by the age 14 he had released his first solo album. Jackson released several solo albums in the 70s, but his great breakthrough came in 1979 with "Off the Wall". He became the first solo artist to score four Top 10 hits from one album, including "She's Out of My Life" and "Rock with You."








MJ in the 80s :

His sixth album, "Thriller", released in late 1982, earned him seven more Grammys and eight American Music Awards. It was the best-selling album worldwide in 1983, and became the best-selling album of all time in the United States and the best-selling album of all time worldwide, selling an estimated 65 million copies. It topped the Billboard 200 chart for 37 weeks and was in the top 10 of the 200 for 80 consecutive weeks!



In addition to the album, Jackson released "Thriller", a 14-minute music video directed by John Landis, in 1983. It "defined music videos and broke racial barriers" on the Music Television Channel (MTV), a fledgling entertainment television channel at the time. In December 2009, the Library of Congress selected the "Thriller" music video for inclusion in the National Film Registry. It was one of 25 films named that year as "works of enduring importance to American culture" that would be "preserved for all time."



On March 25, 1983, Jackson reunited with his brothers for a live performance taped at the Pasadena Civic Auditorium for an NBC television special "Motown 25: Yesterday, Today, Forever".
It aired on May 16, 1983, to an estimated audience of 47 million viewers. The show is best remembered for MJ's solo performance of "Billie Jean". Wearing a distinctive black-sequined jacket and a golf glove decorated with rhinestones, MJ debuted his signature dance move, the "moonwalk", which former Soul Train dancer and Shalamar member Jeffrey Daniel had taught MJ 3 years earlier.  



Unlike later albums, "Thriller" did not have an official tour, but the "Victory Tour" of 1984 headlined the Jackson brothers and showcased much of Jackson's new solo material to more than 2 million Americans. It was the last tour he would do with his brothers.

Following controversy over the concert's ticket sales, Jackson held a press conference and announced that he would donate his share of the proceeds, an estimated USD 3 to 5 million, to charity. His charitable work and humanitarian awards continued with the release of "We Are the World" in 1985, which he co-wrote with Lionel Richie. The song was recorded on January 28, 1985 and was released worldwide in March 1985 to aid the poor in the United States and Africa. The song earned $63 million for famine relief, and became one of the best-selling singles of all time, with 20 million copies sold.
"We Are the World" won four Grammys for 1985, including Song of the Year going to Jackson and Richie as its co-songwriters.



In 1986 Jackson collaborated with filmmakers George Lucas and Francis Ford Coppola on the 17-minute 3D film Captain EO. It debuted in September 1986 at both the original Disneyland and at Epcot in Florida, and in March 1987 at Tokyo Disneyland. The $30 million movie was a popular attraction at all three parks and a Captain EO attraction was later featured at Euro Disneyland after that park opened in 1992. All four parks' Captain EO installations stayed open well into the 1990s with the Paris installation the last to close in 1998. The attraction would later return to Disneyland in 2010 after Jackson's death.





Jackson's 1987 album "Bad" produced seven successful singles in the U.S., five of which ("I Just Can't Stop Loving You", "Bad", "The Way You Make Me Feel", "Man in the Mirror", and "Dirty Diana") reached number one on the Billboard Hot 100. This was a record for most number one Hot 100 singles from any one album, including "Thriller". As of 2012, the album had sold between 30 and 45 million copies worldwide.


MJs album discography (1972-2001)

In February 1st 1988, Jackson released his only autobiography, "Moonwalk", which took 4 years to complete and sold 200,000 copies. In the book he wrote about his childhood, the Jackson 5, and the abuse he had suffered. He also wrote about his changing facial appearance, attributing it to puberty, weight loss, a strict vegetarian diet, a change in hair style, and stage lighting. Moonwalk reached the top position on The New York Times best sellers' list.


Early pages in the autobiography "Moonwalk" by MJ



Excerpt from "Moonwalk" by MJ

In March 1988, Jackson purchased land near Santa Ynez, California, to build Neverland Ranch at a cost of $17 million. He installed several carnival rides on the 2,700-acre (11km2) property, including a Ferris wheel, carousel, menagerie, as well as a movie theater and a zoo. A security staff of 40 patrolled the grounds. In 2003, it was valued at approximately $100 million.


Neverland ranch in it's glory days


Neverland ranch in disrepair


MJ in the 90s :

In March 1991, Jackson renewed his contract with Sony for $65 million, a record-breaking deal at the time, and released his eighth album, "Dangerous".
"Dangerous" was certified seven times platinum in the U.S., and by 2008 had sold approximately 30 million copies worldwide. In the US, the album's first single "Black or White" was its biggest hit, reaching number one on the Billboard Hot 100 and remaining there for seven weeks, with similar chart performances worldwide. The album's second single, "Remember the Time", spent eight weeks in the top five in the US.

At the end of 1992, Dangerous was awarded the best-selling album of the year worldwide and "Black or White" was awarded best-selling single of the year worldwide at the Billboard Music Awards. In the UK and other parts of Europe, "Heal the World" was the album's most successful song; it sold 450,000 copies in the UK and spent five weeks at number two in 1992.

In the summer of 1993, Jackson was accused of child sexual abuse by a 13-year-old boy named Jordan Chandler and his father, Evan Chandler. Jordan's mother was, however, adamant at the time that there had been no wrongdoing on Jackson's part.

In August 1993, Jackson's home was raided by the police who according to court documents, found books and photographs in his bedroom featuring young boys with little or no clothing. Since the books were legal to purchase and own, the jury decided not to indict Jackson.
In December 1993, Jackson was strip-searched. Jordan Chandler had reportedly given police a description of Jackson's intimate parts, and the strip search revealed that Jordan had correctly claimed Jackson had patchy-colored buttocks, short pubic hair, and pink and brown marked testicles. Reportedly, Jordan had also previously drawn accurate pictures of a dark spot on Jackson's penis only visible when his penis was lifted.
The investigation was was concluded as inconclusive and no charges were filed. January 1, 1994, Jackson settled with the Chandlers out of court for $22 million. The out-of-court settlement's documentation stated Jackson admitted no wrongdoing and no liability; the Chandlers and their family lawyer Larry Feldman signed it without contest.


Jordan Chandler mid 90s and circa 2000s

In May 1994, Jackson married Lisa Marie Presley, the daughter of Elvis and Priscilla Presley.
As the child molestation accusations became public, Jackson became dependent on Presley for emotional support; she was concerned about his faltering health and addiction to drugs. Presley explained, "I believed he didn't do anything wrong and that he was wrongly accused and yes I started falling for him. I wanted to save him. I felt that I could do it."
She eventually persuaded him to settle the civil case out of court and go into rehabilitation to recover.

Jackson proposed to Presley over the phone towards the fall of 1993, saying, "If I asked you to marry me, would you do it?" They married in the Dominican Republic in secrecy, denying it for nearly two months afterwards. The marriage ended less than two years later with an amicable divorce settlement.


Jackson and Presley

In June 1995, MJ released the double album HIStory: Past, Present and Future, Book I.
The first disc, HIStory Begins, is a 15-track greatest hits album (later reissued as Greatest Hits: HIStory, Volume I in 2001); the second disc, HIStory Continues, contains 13 original songs and 2 cover versions. The album debuted at number one on the charts and has been certified for seven million shipments in the US. It is the best-selling multiple-disc album of all-time, with 20 million copies (40 million units) sold worldwide. HIStory received a Grammy nomination for Album of the Year.

HIStory was promoted with the successful HIStory World Tour, beginning on September 7, 1996, and ending on October 15, 1997. Jackson performed 82 concerts in five continents, 35 countries and 58 cities to over 4.5 million fans, and grossed a total of $165 million, becoming Jackson's most successful tour in terms of audience figures.
During the tour, Jackson married his longtime friend Deborah Jeanne Rowe, a dermatology nurse, in an impromptu ceremony in Sydney, Australia. Rowe was approximately six months pregnant with the couple's first child at the time. Michael Joseph Jackson Jr (commonly known as Prince) was born on February 13, 1997; his sister Paris-Michael Katherine Jackson was born a year later on April 3, 1998.
The couple divorced in 1999, and Jackson received full custody of the children. The divorce was relatively amicable, but a subsequent custody suit was not settled until 2006.


MJ, Debbie Rowe with their children Prince and Paris


Prince and Paris recently (2016?)

In 1997, Jackson released Blood on the Dance Floor: HIStory in the Mix, which contained remixes of hit singles from HIStory and five new songs. Worldwide sales stand at 6 million copies, making it the best-selling remix album of all time. It reached number one in the UK, as did the title track. In the US, the album was certified platinum, but only reached number 24.


MJ in the 2000s :

Throughout 2000 and 2001, he worked with collaborators including Teddy Riley and Rodney Jerkins to produce his tenth solo album, Invincible, released in October 2001. With recording cost at 30 million USD, Invincible was Jackson's first full-length album in six years, and was the last album of original material he released in his lifetime.
It debuted at number one in 13 countries and went on to sell approximately 13 million copies worldwide. It received double-platinum certification in the US. However, sales for Invincible were lower than Jackson's previous releases, due in part to the record label dispute and the lack of promotion or tour, and its release at a bad time for the music industry in general.

In 2002, Michael Jackson won his 22nd American Music Award for Artist of the Century.
In the same year, his third child, Prince Michael Jackson II (nicknamed "Blanket") was born. The mother's identity was not announced, but Jackson said the child was the result of artificial insemination from a surrogate mother and his own sperm.

On November 20 of that year, Jackson brought his infant son onto the balcony of his room at the Hotel Adlon in Berlin as fans stood below, holding him in his right arm, with a cloth loosely draped over the baby's face. The baby was briefly extended over a railing, four storeys above ground level, prompting widespread criticism in the media. Jackson later apologized for the incident, calling it "a terrible mistake".


Blanket as a baby and in 2015



Beginning in May 2002, Jackson allowed a documentary film crew, led by British TV personality Martin Bashir, to follow him around nearly everywhere he went. The program was broadcast in March 2003 as Living with Michael Jackson. In a particularly controversial scene, Jackson was seen holding hands and discussing sleeping arrangements with a young boy.

As soon as the documentary aired, the Santa Barbara county attorney's office began a criminal investigation. After an initial probe from the LAPD and DCFS was conducted in February 2003, they had initially concluded that molestation allegations were "unfounded" at the time.
After the young boy involved in the documentary (Gavin Arvizo) and his mother had told investigators that Jackson had behaved improperly with the boy, Jackson was arrested in November 2003, and was charged with seven counts of child molestation and two counts of administering an intoxicating agent in relation to the 13-year-old boy shown in the film. Jackson denied the allegations, saying the sleepovers were not sexual in nature.

The People v. Jackson trial began on January 31, 2005, in Santa Maria, California, and lasted five months, until the end of May. On June 13, 2005, Jackson was acquitted on all counts.


Gavin Arvizo, then (2000s) and circa 2013

Throughout 2006, Sony repackaged 20 singles from the 1980s and 1990s as the "Michael Jackson: Visionary" series, which subsequently became a box set. Most of those singles returned to the charts as a result.


Visionary box set

In September 2006, Jackson and his ex-wife Debbie Rowe confirmed reports that they had settled their long-running child custody suit. The terms were never made public.

Jackson performed at the World Music Awards in London on November 15, 2006, and accepted a Diamond Award for selling over 100 million records.
In September 2007, Jackson was reportedly working on his next album, but the work was never completed.

In March 2009, Jackson held a press conference at London's O2 Arena to announce a series of comeback concerts titled This Is It. The shows would be Jackson's first major series of concerts since the HIStory World Tour finished in 1997. Jackson suggested possible retirement after the shows, saying it would be his "final curtain call".

The initial plan was for 10 concerts in London, followed by shows in Paris, New York City and Mumbai. The London residency was increased to 50 dates after record-breaking ticket sales: over one million were sold in less than two hours. The concerts would have commenced on July 13, 2009, and finished on March 6, 2010.

Jackson rehearsed in Los Angeles in the weeks leading up to the tour under the direction of choreographer Kenny Ortega. Most of these rehearsals took place at the Staples Center, owned by AEG. Less than three weeks before the first show was due to begin in London, with all concerts sold out, Jackson died after suffering cardiac arrest.

On June 25, 2009, Jackson fell unconscious while lying in bed at his rented mansion at 100 North Carolwood Drive in the Holmby Hills district of Los Angeles. Attempts at resuscitating him by Conrad Murray, his personal physician, were unsuccessful.
MJ was pronounced dead at 2:26 pm Pacific time (21:26 UTC).
He was 50 years old.

And that ladies and gentlemen,
was the life of the King of Pop who was born today



"in the world of pop music, there is Michael Jackson and there is everybody else"
- The New York Times

more details from sources :
http://www.history.com/this-day- ... ael-jackson-is-born
https://en.wikipedia.org/wiki/Michael_Jackson
http://www.jackson5abc.com/album ... -5/i-want-you-back/
https://en.wikipedia.org/wiki/Michael_Jackson%27s_Thriller_(music_video)
http://www.penguinrandomhouse.co ... kson/9780307716989/
google

MJ's autobiography "Moonwalk" on pdf :
http://www.newsmth.net/bbsanc.ph ... 757486.80&ap=168524




Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 07:22 PM | Show all posts
Edited by luna.millieu at 26-9-2016 02:27 AM

August 30, 1993
Masjid Hassan II siap dibina di Casablanca



Masjid Hassan II (مسجد الحسن الثاني; Grande Mosquée Hassan II, The Hassan II Mosque, nickname: "Casablanca Hajj")  terletak di Bd Sidi Mohammed Ben Abdallah di Casablanca, bandar yang merupakan pusat ekonomi dan perniagaan Maghribi (Morocco).


King Hassan II

Masjid ini telah diarahkan pembinaannya oleh pemilik nama masjid itu, King Hassan II, dengan sebahagian tujuannya adalah untuk mewujudkan satu monumen mercu tanda di Casablanca. Kompleks bangunan sebesar 9 hektar (22 ekar) ini terletak di antara pelabuhan dan rumah api El Hank. Dari stesen kereta api terdekat di Casa-Port pelawat memerlukan kira-kira 20 minit berjalan kaki untuk ke masjid tersebut.


Rumah api El Hank dari dataran Masjid Hassan II


Masjid Hassan II dari rumah api El Hank



Peta

Bangunan ini dibina sebahagiannya di atas tanah dan sebahagiannya di atas Lautan Atlantik.
Kelebihan dari segi persekitaran adalah ia bebas daripada bunyi bising dan pencemaran dan menerima angin segar dari laut. Selain masjid, struktur lain di kawasan itu adalah madrasah (sekolah Islam), hammam (rumah mandi), sebuah muzium sejarah Maghribi, dewan persidangan dan perpustakaan yang sangat besar dikatakan "yang paling komprehensif di dunia Islam." 41 air pancut di halamannya dihias cantik. Taman sekitar masjid itu juga dijaga baik dan merupakan lokasi popular untuk berkelah bersama keluarga.

Punca pembinaan :
Selepas kematian King Mohammed V pada tahun 1961, King Hassan II telah meminta yang tukang-tukang terbaik negara untuk tampil ke hadapan dan mengemukakan cadangan untuk sebuah makam bagi menghormati King Mohammed V yang telah mangkat. King Hassan II menyatakan bahawa ia perlu "mencerminkan semangat dan penghormatan kepada seorang raja yang dikenang hebat ini."

Pada tahun 1980, semasa sambutan hari lahirnya, Hassan II telah memperjelaskan cita-citanya untuk mewujudkan sebuah monumen mercu tanda tunggal di Casablanca dengan menyatakan:
"Saya ingin Casablanca dilengkapi dengan bangunan yang besar dan indah, yang boleh dibanggakan sehingga akhir zaman... Saya mahu membina masjid ini di atas air, kerana (menurut Al Quran) takhta Allah adalah di atas air. Oleh itu, orang yang setia beriman yang pergi ke sana untuk solat dan berdoa, boleh merenung ke langit dan lautan ciptaan Allah sambil memuji Penciptanya sementara dia duduk di atas tanah yang kukuh."

Pembinaan masjid :
Masjid ini telah direkabentuk oleh arkitek Perancis : Michel Pinseau yang telah menetap di Maghribi, dan kerja dimulakan pada 12 Julai 1986.
Pada perancangan awal masjid ini dijangka siap pada hari ulang tahun ke-60 Raja Hassan II pada tahun 1989, tetapi perasmian terpaksa ditangguhkan kerana bangunan itu tidak dapat disiapkan mengikut jadual. Tarikh 11 Rabiul Awal tahun 1414 Hijr, bersamaan hingga 30 Ogos 1993, yang juga menandakan malam ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW, telah dipilih sebagai tarikh baru perasmian masjid itu.

Kos projek ini telah dianggarkan sebanyak USD 800 juta, yang mana dana pembinaannya telah dibiayai sepenuhnya melalui sumbangan pelbagai pihak. 12 juta orang telah mendermakan kepada projek ini, dengan setiap penderma diberi resit penerimaan dan sijil perakuan. Sumbangan yang paling kecil adalah 5 DH. Selain sumbangan orang ramai, pertubuhan perniagaan dan negara-negara Arab seperti Kuwait dan Arab Saudi, negara-negara barat telah turut menyediakan pinjaman pembinaan.

Hampir semua bahan Masjid Hassan II datang dari Maghribi, kecuali tiang-tiang granit putih yang diimport, dan chandelier kaca dari Murano, Venice. Batu marmar telah dibawa dari Agandir, kayu cedar adalah dari pergunungan Atlas Tengah dan granit pula berasal dari Tafraoute, semuanya hasil semulajadi Maghribi.

Lebih dari 6,000 tukang-tukang hebat dan para artisan Maghribi telah digaji untuk memanfaatkan bahan-bahan tempatan ini ke dalam hiasan rumit yang memperindahkan struktur keseluruhan masjid ini. Setelah terlepas tarikh akhir siap pembinaan pada awal 1990-an, seramai 1400 lelaki bekerja di siang hari dan 1000 orang bekerja pada waktu malamnya untuk menyiapkan projek besar ini. Kerja-kerja pembinaan ini telah yang melibatkan 35,000 pekerja yang bekerja lebih dari 50 juta jam.

Rekabentuk dan fasiliti :
Kemasan titanium, tembaga dan granit dapat dilihat pada permukaan luar masjid ini. Ia dihiasi dengan marmar biru pucat dan jubin-jubin Zellige. Satu ciri istimewa di dalam masjid ini adalah semua strukturnya diperbuat daripada konkrit simen bertetulang (reinforced cement concrete, RC) dan semua hiasan adalah reka bentuk tradisional Maghribi.


Exterior Masjid Hassan II


Exterior Masjid Hassan II

Maksimum 105,000 jemaah boleh berkumpul bersama-sama untuk solat.
Seramai 25,000 jemaah boleh dimuatkan di dalam masjid, di mana jemaah dapat duduk dan solat di atas laut walaupun tidak ada lantai kaca yang membolehkan jemaah untuk meninjau permukaan laut. Ruangan masjid ini mempunyai bumbung automatik yang membuka ke langit. Oleh itu umat Islam Casablanca boleh bertadabbur sambil merenung langit dan lautan ciptaan Allah seperti yang dikehendaki oleh kehendak King Hassan II. 80,000 orang lagi boleh dimuatkan ke dalam kompleks dataran yang mengelilingi Masjid Hassan II.


Bumbung terbuka Masjid Hassan II


Kompleks dataran Masjid Hassan II

Lain2 ciri seni bina yang ketara termasuk ruangan tiang2 yang gah, gerbang2 berbentuk kaki kuda, dan hiasan murqarnas yang tidak terkira banyaknya menghiasi siling. Kubah, pintu2 gerbang dan dinding2 yang ini memberikan suasana yang grand kepada masjid ini. Sistem bunyi kelas pertama disembunyikan dengan cara yang bijak. Bilik wuduk dan hammam awam besar ada di tingkat bawah, dengan pintu masuk sendiri. Lagi, bangunan ini telah direka tahan gempa bumi dan mempunyai lantai yang dipanaskan pada musim sejuk dan dilengkapi pintu elektrik.

Keseluruhannya bangunan ini menggabungkan seni bina Islam dengan unsur2 Maghribi dan mencerminkan pengaruh Moor, sambil memaparkan reka bentuk bandar (urban design).


Kubah dari dalam


Ruang solat


Hammam Masjid Hassan II

Pada ketinggian 210 meter (690 kaki), menara masjid Hassan II adalah struktur keagamaan (religious structure) yang tertinggi di dunia. Ia mempunyai pancaran laser yang dipasang di bahagian atas, yang berfungsi secara elektronik dan beroperasi pada waktu petang. Orientasi pancaran laser adalah mengarah ke Mekah, melintasi lautan dengan anggaran kejauhan 30 kilometer (19 batu).

Jubin hijau menghiasi 1/3 ketinggian dari atas menara, dan kemudian bertukar warna kepada hijau tua atau biru turquoise. Dikatakan bahawa untuk menara Hassan II, pereka telah menggunakan warna buih hijau laut dan biru langit ciptaan Tuhan untuk meraikan kehidupan seorang raja (King Mohammed V).


Menara Masjid Hassan II

Masjid Hassan II dibuka kepada semua umat Islam pada waktu solat setiap hari dan untuk solat Jumaat.

Banyak masjid di Maghribi tidak dibuka kepada orang-orang yang tidak beragama Islam, tetapi di Masjid Hassan II pengunjung bukan Islam boleh memasuki masjid dengan guided tours, beberapa kali sehari dalam bahasa Inggeris.

video :


sources :
https://en.wikipedia.org/wiki/Hassan_II_Mosque
http://www.sacred-destinations.c ... ca-hassan-ii-mosque
http://www.morocco.com/attractions/hassan-mosque/

cantekk betul masjid hassan ii ni !
ada sapa2 penah pegi? luna tewinginnnnn nak gi !
bestnyer kalau dapat gi




Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2016 03:41 PM | Show all posts
Edited by luna.millieu at 2-9-2016 11:57 AM

merdeka !
selamat menyambut hari kebangsaan ke-59 !!



selain hari kemerdekaan malaysia,
apa lagi yang berlaku pada hari ni yer?



31 Ogos, 1997
Kematian Diana & Dodi Al-Fayed


Pada 31 Ogos 1997, Diana, Princess of Wales terkorban akibat kecederaan yang dialaminya dalam kemalangan kereta di terowong jalan Pont de l'Alma di Paris, Perancis. Dodi Al-Fayed dan pemandu Mercedes-Benz S280, Henri Paul, telah disahkan mati di tempat kejadian. Pengawal peribadi Diana dan Dodi, Trevor Rees-Jones, adalah satu-satunya mangsa kemalangan yang terselamat.

Walaupun media menyalahkan paparazzi yang mengekori kereta mangsa, hasil siasatan kehakiman Perancis yang mengambil masa 18 bulan telah mendapati bahawa kemalangan itu disebabkan oleh Paul, yang hilang kawalan kereta pada kelajuan tinggi ketika mabuk.

Paul adalah timbalan ketua keselamatan di Hotel Ritz dan sebelum kejadian telah cuba menghalau paparazzi yang menunggu di luar hotel. Kemabukan Paul mungkin telah diburukkan lagi oleh anti-depressants dan kesan ubat anti-psikotik di dalam badannya. Siasatan membuat kesimpulan bahawa jurugambar paparazzi tidak berada berhampiran dengan Mercedes semasa ia berlanggar.

Kronologi kejadian :
Pada hari Sabtu Ogos 30, 1997, Diana telah berlepas dari Sardinia, sebuah pulau di lautan Mediterraean, dengan jet peribadinya dan tiba di Paris dengan Dodi Al-Fayed, anak Mohamed Al-Fayed (pemilik Hotel Ritz Paris). Mereka singgah di Paris dalam perjalanan ke London, selepas menghabiskan 9 hari bersama-sama di atas kapal layar Jonikal milik Mohamed Al-Fayed di French Riviera dan Itali Riviera. Mereka bercadang untuk bermalam di Paris pada malam itu.


Diana & Dodi di Hotel Ritz, Paris

Henri Paul, timbalan ketua keselamatan di Ritz Hotel, telah diarahkan untuk memandu Mercedes-Benz S280 keluaran 1994 berwarna hitam yang telah disewa untuk menghindari paparazzi; kenderaan untuk mengumpan paparazzi telah meninggalkan pintu masuk utama di Place Vendôme, menarik berduyun-duyun jurugambar.

Diana dan Dodi kemudian keluar dari pintu belakang hotel berdekatan jalan rue Cambon lebih kurang jam 00:20 pada 31 Ogos, menuju untuk apartmen di Rue Arsène Houssaye milik Mohamed Al-Fayed. Diana dan Dodi menjadi penumpang belakang; sementara Trevor Rees-Jones, seorang ahli pasukan perlindunganan keluarga Fayed, duduk di kerusi penumpang hadapan.


Gambar terakhir sebelum kemalangan menunjukkan Diana duduk dibelakang Trevor Rees-Jones, sementara Dodi duduk di belakang Paul yang sedang memandu

Selepas meninggalkan jalan rue Cambon dan menyeberangi Place de la Concorde, mereka memandu disepanjang jalan Cours la Reine dan Cours Albert 1er - jalan benteng di sepanjang tebing Sungai Seine - yang masuk ke laluan bawah (underpass) Place de l'Alma.


Peta laluan kereta yang dipandu Henry Paul, dari Hotel Ritz sehingga ke tempat kemalangan

Pada kira-kira jam 12:23, di pintu masuk ke terowong, Paul hilang kawalan; kereta terbabas ke sebelah kiri jalan dua lorong itu sebelum berlanggar head-on dengan tiang ke-13 yang menyokong bumbung laluan bawah (underpass) pada anggaran kelajuan 105 km/h (65 mph). Kereta kemudian berputar sebelum akhirnya berhenti.

Simulasi komputer menunjukkan bagaimana kemalangan itu berlaku :


Kesan ini menyebabkan kerosakan yang besar, terutamanya kepada separuh bahagian depan kenderaan itu, kerana tiada rel penghadang diantara tiang-tiang untuk mengelakkan hentaman yang teruk oleh tiang pada hadapan kereta. Laluan bawah Place de l'Alma adalah satu-satunya laluan bawah di jalan benteng itu yang mempunyai tiang penyokong bumbung.

Selepas kemalangan :
Sementara mangsa-mangsa terperangkap di dalam kereta yang remuk, jurugambar2 yang perlahan mengekori mereka, tiba di tempat kejadian dan bergegas untuk membantu. Ada yang cuba untuk membuka pintu dan membantu mangsa, manakala sebahagian daripada mereka mengambil gambar.


Gambar di tempat kejadian

Diana yang cedera parah dilaporkan berulang kali berkata, "Oh my God," dan selepas para jurugambar dan pembantu lain telah ditolak oleh pihak polis, Diana dilaporkan telah berkata "Leave me alone."

Dodi kelihatan tidak bernyawa. Pegawai bomba masih sedang berusaha untuk memulihkan Dodi apabila dia disahkan mati oleh doktor pada jam 1:32; Paul telah diisytiharkan mati semasa serpihan bangkai kereta dialihkan. Kedua-dua mereka dibawa ke Institut Medico-Legal (IML), bilik mayat Paris, dan bukan ke hospital. Pemeriksaan autopsi mendapati bahawa bahagian isthmus pada aorta mereka telah pecah, dan tulang belakang mereka patah; dalam kes Paul, bahagian medullar di kawasan dorsal tulang belakang manakala dalam kes Fayed pula bahagian medullar di kawasan cervical tulang belakang.

Trevor Rees-Jones yang masih dalam keadaan sedar, telah mengalami pelbagai kecederaan muka yang serius. Beg udara penumpang hadapan telah berfungsi secara normal. Semua penumpang didapati tidak memakai tali pinggang keledar.

Diana yang duduk betul2 di belakang kerusi penumpang hadapan, masih sedarkan diri.
Laporan pertama mengatakan bahawa dia mengerekot di atas lantai kenderaan dengan membelakangkan jalan raya. Ada juga laporan bahawa seorang jurugambar menggambarkan Diana mengalami pendarahan dari hidung dan telinga dengan kepalanya menyandar pada bahagian belakang tempat duduk penumpang hadapan; dia cuba untuk mengeluarkan Diana dari kereta tetapi kaki Diana telah terperangkap. Jurugambar kemudian memberitahu Diana bahawa bantuan sedang dalam perjalanan dan meminta Diana supaya terus berjaga; tiada jawapan dari Diana, dia hanya berkelip.


Diana sedang diselamatkan

Pada Jun 2007, dokumentari "Diana: The Witnesses in the Tunnel" oleh Channel 4 (program televisyen British) mendakwa bahawa orang yang pertama menyentuh Diana adalah Dr Maillez yang kebetulan berada di tempat kejadian. Beliau melaporkan bahawa Diana tidak mempunyai kecederaan yang boleh dilihat tetapi berada dalam keadaan "in shock" dan dia membekalkan Diana dengan oksigen.


Kenyataan dari Dr Maillez

Dokumentari "Diana: The Witnesses in the Tunnel"


Pegawai-pegawai peronda polis yang pertama tiba pada jam 12:30. Tidak lama selepas itu, tujuh paparazzi di tempat kejadian telah ditahan.

Diana dikeluarkan dari kereta pada 1:00 pagi. Dia kemudian mengalami serangan jantung. Setelah diberi bantuan resusitasi kardiopulmonari (Cardiopulmonary resuscitation CPR), jantungnya berdenyut kembali. Dia kemudian dialihkan ke ambulans SAMU pada 01:18, meninggalkan tempat kejadian pada 01:41 dan tiba di Hospital Pitié-Salpêtrière pada jam 02:06 pagi.

Laporan awal dari CNN berkenaan kemalangan Diana :



Bangkai kereta setelah semua mangsa dikeluarkan

Walaupun dengan percubaan untuk menyelamatkannya, kecederaan dalaman Diana terlalu teruk: jantungnya telah beralih ke sebelah kanan dada, yang mengakibatkan koyakan saluran darah pulmonary dan pericardium. Walaupun dengan percubaan bantuan pernafasan yang berpanjangan dan berkali2, termasuk usaha mengurut jantung secara dalaman (internal cardiac massage), Diana meninggal dunia pada jam 4 pagi.

Kematian Diana diumumkan sejurus kemudian pada sidang akhbar yang diadakan oleh doktor hospital; Jean-Pierre Chevènement, Menteri Dalam Negeri Perancis; dan Sir Michael Jay, Duta Britain ke Perancis.


Muka depan akhbar2 31 Ogos 1997


Muka depan akhbar2 31 Ogos 1997

Spekulasi mengatakan bahawa jika Diana memakai tali pinggang keledar pada malam itu, kecederaan yang dialaminya mungkin tidak seteruk yang berlaku. Diana telah dikebumikan di Westminster Abbey pada 6 September tahun itu.

Teori konspirasi & siasatan :
Sejak February 1998, Mohamed Al-Fayed, bapa kepada Dodi Al-Fayed telah mendakwa bahawa kemalangan itu adalah hasil konspirasi, dan kemudian menegaskan bahawa kemalangan itu telah dirancang oleh MI6 atas arahan Keluarga Diraja British.

Pada bulan Oktober 2003, Daily Mirror (sebuah akhbar tabloid British) telah menerbitkan surat daripada Diana di mana, sepuluh bulan sebelum kematiannya, Diana telah menulis tentang plot mungkin untuk membunuhnya dengan cara merosakkan brek keretanya. "Ini fasa tertentu dalam hidup saya adalah yang paling berbahaya." Kata Diana, "Suami saya merancang sebuah 'kemalangan' di dalam kereta saya, kegagalan brek dan kecederaan parah di kepala untuk membuka jalan untuk Charles berkahwin".


Pendedahan oleh Daily Mirror

Dakwaan Mohamed Al-Fayed telah ditolak oleh siasatan kehakiman Perancis dan oleh Operation Paget : operasi siasatan Metropolitan Police Service yang diketuai oleh Pesuruhjaya John Stevens . Siasatan itu bermula dari tahun 2004 dan berakhir pada tahun 2006 dengan satu laporan hasil siasatan jenayah yang diterbitkan pada 14 Disember 2006.

Sebuah inkues, permintaan siasatan keatas kematian Diana dan Dodi yang diketuai oleh Lord Justice Scott Baker bermula di Royal Courts of Justice, London, pada 2 Oktober 2007, kesinambungan daripada permintaan siasatan itu yang bermula pada tahun 2004. Inkues itu mendengar keterangan dari orang yang berkaitan dengan Diana dan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada kematiannya, termasuk Paul Burrell, Mohamed Al-Fayed, ibu tirinya, yang masih hidup selepas kemalangan itu, dan bekas ketua MI5.

Lord Justice Scott Baker menyimpulkan rumusan beliau pada Rabu April 2, 2008. Selepas rumusan, para juri berehat untuk membincangkan lima keputusan, antaranya: unlawful killing yang disebabkan oleh kecuaian oleh samada salah satu atau kedua-dua belah pihak iaitu Henri Paul dan kenderaan2 yang mengekorinya; kematian tidak sengaja (accidental death) atau keputusan terbuka (open verdict). Juri memutuskan pada 7 April 2008 bahawa Diana telah terkorban secara penyalahan undang2 (unlawfully killed) oleh pemanduan cuai Henry Paul dan kenderaan2 yang mengekorinya.

Kos siasatan itu melebihi £12.5 juta, dengan inkues koroner pada £4.5 juta dan lebih £8 juta dibelanjakan untuk siasatan Polis Metropolitan. Ia berlangsung selama 6 bulan dan mendengar 250 saksi, dengan kritikan teruk didalam media terhadap kos siasatan.


Liputan mengenai inkues yang diketuai Lord Justice Scott Baker

Diana, Princess of Wales Memorial Fountain :
Sebuah memorial untuk memperingati Diana telah dirasmikan oleh Queen Elizabeth II pada 6 July 2004. Turut hadir semasa perasmian ialah adik lelaki Diana, Charles Spencer, bekas suaminya Prince Charles, dan anak-anaknya William dan Harry.

Dengan rekabentuk yang mencerminkan semangat dan cinta Diana pada kanak-kanak, air pancut itu terletak di sudut barat daya Hyde Park, di selatan tasik Serpentine dan timur Galeri Serpentine.


Diana, Princess of Wales Memorial Fountain di Hyde Park


Peta

Diana, Princess of Wales Memorial Playground :
Taman permainan ini juga adalah salah satu daripada memorial bagi mengingati Diana.
Dengan kos pembinaan £1.7 million taman permainan ini terletak bersebelahan Kensington Palace, tempat tinggal Diana dahulu.


Diana, Princess of Wales Memorial Playground bersebelahan Kensington Palace

sumber :
https://en.wikipedia.org/wiki/Death_of_Diana,_Princess_of_Wales
http://content.time.com/time/photogallery/0,29307,1668038_1457314,00.html
http://www.cbsnews.com/news/the-truth-about-the-night-diana-died/
http://ronbosoldier.blogspot.de/2007/05/princess-diana-death-pictures.html






Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2016 03:32 PM | Show all posts
Edited by luna.millieu at 5-9-2016 12:40 AM

1 September, 1923
The Great Kantō Earthquake

(関東大震災, Kantō Daishinsai)

Jepun, negara yang kaya dengan sejarah kejadian gempa bumi sehingga hari ini masih lagi mengalami gegaran. Mengikut kajian, sehingga 2014, Jepun mengalami lebih kurang 1500 gempa bumi setiap tahun. Menurut Royal Geographical Society (www.rgs.org/), setiap tahun Jepun mengalami sekitar 17 gempa bumi bermagnitud 7 (amat kuat), sementara gegaran kecil boleh dirasai hampir setiap hari.

Namun di apabila bercakap tentang gempa bumi, the Great Kantō earthquake ataupun Kantō Daishinsai tidak terlepas menjadi sebutan rakyat Jepun. Ia adalah antara kejadian gempa bumi terhebat yang pernah dialami oleh negara itu, bukan sahaja disebabkan oleh skala kekuatan gegaran tetapi juga dari segi kemusnahan dan bilangan nyawa yang terkorban semasa itu.

Gempa bumi ini mengakibatkan kemusnahan dari wilayah Shizuoka ke Chiba, Kanagawa (termasuk di bandar resort Hakone, kota lama shogun Kamakura, dan bandar utama Yokohama) serta bandar Tokyo sendiri. Kesemua kawasan ini adalah kawasan2 utama daerah Kantō maka kejadian gempa bumi ini digelar the Great Kantō Earthquake.


Kawasan yang terlibat dalam the Great Kantō earthquake.
Warna biru adalah kawasan yang teranjak kebawah, manakala warna merah adalah kawasan yang teranjak keatas.

Gegaran :
Gegaran pertama melanda pada jam 11:58 pada hari Sabtu, 1 September 1923, sedang ahli keluarga berkumpul di keliling meja untuk makan tengah hari. Kebanyakan pekerja pulang ke rumah selepas hari kerja yang singkat dan bagi para pelajar pula ia adalah hari pertama mereka kembali ke sekolah selepas cuti musim panas yang panjang. Gegaran ini berpunca dari gangguan seismik 10km di bawah lantai Sagami Bay, 48km ke selatan Tokyo. Gegaran pertama ini telah diikuti oleh 57 ke 60 gegaran susulan.


Suasana pada jam 11:58 (Kouyo Shibata)

Laporan yang pelbagai menyatakan tempoh masa gempa bumi secara keseluruhan adalah antara 4 hingga 10 minit, cukup untuk menumbangkan bangunan2, menghempap mati orang ramai, dan menimbulkan huru-hara dan mencetuskan panik di kalangan mereka yang terselamat. Banyak kawasan perumahan miskin yang dibina di atas tanah kurang kukuh di timur sungai Sumida, Tokyo telah runtuh dalam masa beberapa saat.

Gegaran pertama adalah antara 7.9 ke 8.4 pada skala Richter.
Gegarannya begitu kuat di Kamakura yang terletak 60 km dari pusat gempa, sehingga patung Great Buddha seberat kurang sedikit dari 93 tan (84,000 kg), beralih hampir dua kaki (0.6m).


Patung Great Buddha yang rosak akibat gempa bumi


Patung Great Buddha di Kamakura hari ini

Kebanyakan rumah-rumah di kawasan pergunungan dan kawasan pantai berbukit di barat Kanagawa telah ditimbus atau dihanyutkan tanah runtuh; kira-kira 800 orang terkorban. Di Odawara, juga sebuah bandar di barat Kanagawa, pinggir bukit Nebukawa telah runtuh dan menolak seluruh kampung dan keretapi penumpang yang membawa lebih 100 penumpang, bersama-sama dengan stesen kereta apinya sekali, ke dalam laut.


Kerosakan di Odawara

Di Yokohama, sebelum gegaran pertama berlaku, beratus orang sedang melambai pergi penumpang Empress of Australia, kapal stim mewah sepanjang 615 kaki (187.5m) yang bakal menuju ke Vancouver.  "Semua senyuman hilang," kata Ellis M. Zacharias, seorang pegawai tentera laut muda Amerika Syarikat ketika mengingati kejadian itu. Dia adalah antara yang sedang berdiri di atas dermaga ketika gegaran pertama. "Dan untuk satu ketika yang panjang semua orang berdiri terpaku" oleh "bunyi dentuman umpama guruh yang luar biasa." Seketika kemudian, sentakan besar menyebabkan Zacharias hilang imbangan lalu terjatuh, dermaga runtuh, menumpahkan kereta dan orang ramai ke dalam air.


Di pelabuhan Yokohama, Empress of Australia menghulurkan bantuan dengan menjadi tempat tinggal pelarian gempa bumi

Grand Hotel, sebuah vila tiga tingkat ala Victoria yang terkenal elegan di pinggir laut Yokohama telah runtuh, menghempap ratusan tetamu dan pekerja. Vila itu musnah sama sekali.


Grand Hotel Yokohama sebelum musnah akibat the Great Kantō earthquake

Otis Manchester Poole, rakyat Amerika berumur 43 tahun ketika itu, merupakan seorang pengurus tahun di sebuah firma perdagangan berhampiran persisiran pantai Yokohama. Selepas gegaran berhenti, dia melangkah keluar dari pejabatnya yang sebahagian besarnya masih utuh, dan apa yang disaksikan adalah adegan yang tak mungkin dapat dilupakan. "Segala-galanya telah diliputi debu putih yang tebal," katanya mengingatkan kejadian itu bertahun kemudian, "dan dalam samar2 menembusi kabus kuning disebabkan debu, matahari berwarna tembaga masih di udara, menyinari malapetaka yang senyap dalam realiti yang memualkan."

Dikipas oleh angin kencang, api mula merebak dari periuk2 masak yang terbalik dan saluran2 gas yang pecah. Tidak lama kemudian, seluruh bandar itu tenggelam di dalam api.


Kerosakan jeti-jeti di Yokohama


Kerosakan gudang Akarengga di Yokohama


Bandar Honcho, Yokohama

Tsunami :
Dalam masa yang sama, beberapa minit selepas gegaran pertama, ombak tsunami setinggi  10-13 meter melanda pantai Sagami Bay di sekitar Kanagawa, semenanjung Bōsō di Chiba, kepulauan Izu dan pantai timur semenanjung Izu.


Lukisan tsunami the Great Kantō earthquake (terbitan Le Petit Journal 1923)

Di dalam bandar Kamakura, 300 orang mati apabila ombak setinggi 20 kaki (6m) melanda seluruh bandar. "Ombak yang berturut2 telah menyapu ke laut sebahagian besar kampung berhampiran pantai," tulis Henry W. Kinney, editor yang berpejabat di Tokyo untuk majalah Trans-Pasifik. "Saya melihat sampan sepanjang 30 kaki (0.9m) yang terletak kemas di atas bumbung rumah yang sudah roboh. Banyak bahagian bukit2 yang menghadap ke laut telah menggelongsor ke dalam laut."

Di sepanjang pantai Yuigahama, Kamakura sahaja kira-kira 100 orang , dan di sepanjang jalan persisiran Enoshima, Kanagawa pula kira-kira 50 orang telah terkorban. Ramai perenang yang sedang menikmati air pantai Kamakura telah dihanyutkan oleh ombak setinggi 5 meter, manakala ombak yang melanda Atami di Izu dilaporkan telah mencapai ketinggian 13 meter.


Tsunami Attacks at Suji Kotsubo after the Earthquake (Shiun Kondo)

Kebakaran dan Ribut Api :
Oleh kerana gempa bumi melanda pada waktu makan tengahari sedang ramai orang memasak makanan di atas api, ramai orang terkorban akibat banyak kebakaran besar yang tercetus selepas gegaran. Beberapa kebakaran berkembang menjadi ribut api yang menyapu bandar-bandar. Ramai orang mati apabila kaki mereka melekat di atas jalan2 tar dan asphalt yang melebur akibat kepanasan api.

Menurut satu laporan polis di Tokyo, pada jam 00:15, 17 minit selepas gegaran pertama pada jam 11:58, kebakaran telah meletus di 83 lokasi. 15 belas minit kemudian, kebakaran telah bertambah menjadi 136 lokasi.

Di Tokyo kebakaran berkelompok berlaku di bahagian timur yang padat dengan penduduk dan sangat terdedah termasuk Asakusa, Kanda, Nihonbashi, Kyobashi, Honjo, Fukagawa, Shitagaya dan Ginza. Lebih dramatik, lima ribut api yang berasingan telah menyapu Tokyo dan membakar segala-galanya dalam laluan mereka.


Bangunan Polis Metropolitan terbakar di Marunouchi, dekat Hibiya Park, Tokyo


Inferno at Nihonbashi (unknown artist)


Fire in Asakusa (unknown artist)


Ryogoku in Flames (unknown artist)
lukisan ini diterbitkan 26 hari selepas gempa bumi.

Seorang individu yang menyaksikan ribut api yang marak menghampirinya, Koizumi Tomi, menyifatkannya sebagai "dinding api yang besar... seperti ombak yang berturut2 seolah-olah dilepaskan dari neraka itu sendiri" yang "menukarkan udara menjadi panas seperti panasnya leburan batu."


Kebakaran di kilang Tokyo Denki, Yurakucho (atas)
dan kebakaran di Ueno (bawah)

Satu lagi individu, Kawatake Shigetoshi, yang nyaris maut ketika melarikan diri dari kebakaran di Honjo menyampaikan apa yang dia saksikan di sebuah padang besar di Etchūjima, selatan Fukagawa: Tokyo adalah neraka.

Dia menulis: "Kita sering menggunakan ungkapan 'Take the story with a grain of salt.' (Sesuatu cerita tidak boleh dipercayai bulat2.) Tetapi dalam kes ini, ungkapan itu tidak bolek dipakai. Sebaliknya, cerita ini adalah terlalu dahsyat, dibesar2kan bagaimana pun tidak akan boleh membayangkan kedahsyatan yang sebenar." Secara ringkasnya, beliau menyatakan bahawa Tokyo menyerupai apa yang hanya boleh digambarkan sebagai "api neraka yang meluap-luap." Pemerhati lain bersetuju dengan gambaran ini. Manakala para wartawan Nippo Kyūshū, akhbar yang diterbitkan di pulau selatan Kyūshū membayangkan bahawa bandar hebat ibu negara Jepun itu telah berubah menjadi "lautan api".

Kehilangan nyawa terbesar adalah akibat puting beliung api yang menelan Rikugun Honjo Hifukusho (dahulunya Army Clothing Depot) di pusat bandar Tokyo. Berpuluh ribu penduduk kelas pekerja telah menemui perlindungan di satu kawasan kosong berdekatan sungai Sumida. Tetapi api marak menghampiri dari semua arah, dan kemudian, pada jam 16:00, puting beliung api atau tiang api setinggi 300 kaki (91m) datang menyapu seluruh kawasan itu. Daripada 44,000 orang yang berkumpul di sana, hanya 300 terselamat. Puting beliung api yang mengorbankan banyak nyawa itu kemudian digelar “dragon twist”.


Gambaran “dragon twist” di Honjo Ishiwara oleh pelukis yang telah mengorbankan hampir 44,000 nyawa

Juga di sungai Sumida, diatas bot2 kecil yang diikat di kawasan Fukagawa, orang ramai bekerjasama untuk menyejukkan bot2 kayu yang mula retak kerana kepanasan yang melampau, dengan mencurahkan air ke atas bot2 itu. Ramai orang melarikan diri ke arah sungai Sumida, tetapi beratus2 mati lemas apabila jambatan2 runtuh.


Burning Bridge in Honjo (Hamada Josen)


Chased by Fire, Drowned by Water (Hamada Josen)
Orang ramai telah terjun ke dalam air tetapi serpihan api yang menghujani sungai telah membuatkan air sungai menjadi panas seperti mendidih.

Gempa bumi itu telah memecahkan paip2 utama di seluruh bandar, dan menyebabkan proses pemadaman api mengambil masa hampir dua hari penuh sehingga lewat pagi 3 September. 45% daripada Tokyo telah hangus sebelum bara2 terakhir daripada kebakaran besar itu padam pada hari itu.

Kebakaran yang hebat juga berlaku di Yokohama. Menjelang malam hari yang malang itu, Henry W. Kinney, editor untuk majalah Trans-Pasifik menyatakan, "Yokohama, bandar yang menjadi rumah hampir setengah juta jiwa, menjadi dataran api yang luas, merah, membaham kepingan2 api yang kelihatan seperti bermain2 dan berkelipan. Di sana sini sisa bangunan, beberapa dinding yang rosak musnah, berdiri seperti batu di atas hamparan api, lansung tidak dapat dikenali... seolah-olah bumi ini sendiri sedang terbakar. Gambaran yang tepat tentang "giant Christmas pudding", di mana roh-roh menjulang-julang diatasnya, tidak memakan apa-apa. Kerana bandar ini telah hilang."




Christmas pudding,
perbandingan yang telah dibuat oleh Kinney ketika dia melihat Yokohama terbakar.


Kawasan yang mengalami kebakaran di Yokohama (garis serong).

Panik & keganasan orang ramai :
Dalam masa beberapa jam selepas gegaran seismik pertama, beratus ribu orang cuba melarikan diri dari Tokyo yang terbakar. Dalam menghadapi malapetaka ini jalan-jalan, lorong-lorong, jambatan-jambatan, sungai-sungai, terusan-terusan dan kawasan-kawasan lapang menjadi hampir mustahil untuk dikemudi atau ditembusi.

Kawatake Shigetoshi menggambarkan bagaimana dia mendapati dirinya terperangkap dalam penghijrahan beramai2 orang yang cuba untuk meninggalkan bandar. "Tidak kira berapa keras saya cuba," dia menulis, "saya tidak dapat bergerak ke arah yang saya mahu pergi." Dia membuat kesimpulan: "Saya telah terperangkap dalam gelombang manusia yang bertindak seperti satu entiti yang sedang panik."


Crowd Escaping the Fire (unknown artist)


Around Gofukubashi Bridge on This Night (Hakuhan Yawata)


Falling Embers around Fukugawa (Kouyou Shibata)

Gempa bumi ini juga telah mendedahkan sifat buruk manusia. Dalam masa beberapa jam selepas gempa bumi, khabar angin tersebar bahawa pendatang Korea telah meracuni telaga2 dan menggunakan kecelaruan badan2 berkuasa menangani malapetaka ini sebagai rancangan untuk menggulingkan kerajaan Jepun. Dalam kekeliruan selepas gempa bumi, serta didorong oleh khabar angin pemberontakan dan sabotaj, pembunuhan beramai2 rakyat Korea oleh perusuh telah berlaku di bandar Tokyo dan Yokohama.

Kerajaan melaporkan seramai 231 orang Korea telah dibunuh oleh perusuh di Tokyo dan Yokohama pada minggu pertama bulan September. Laporan bebas pula berkata jumlah yang mati adalah jauh lebih tinggi iaitu dari 6,000 hingga 10,000 nyawa.


Ramai rakyat Korea telah dibunuh selepas gempa bumi

Undang-undang ketenteraan diisytiharkan, dan polis dan tentera Jepun telah dikerahkan untuk melindungi rakyat Korea selepas laporan kekejaman telah diedarkan di luar negara. Lebih 360 orang telah didakwa dengan jenayah tersebut.


Martial Law after the Kanto Earthquake (Sengai Igawa)

Jumlah kematian & kerosakan :
Secara keseluruhan, anggaran mangsa akibat gempa bumi, tsunami dan kebakaran yang menyusul berjumlah kira-kira 142,800 kematian, termasuk kira-kira 40,000 yang hilang dan dianggap telah terkorban.


Mangsa-mangsa Army Clothing Depot (Kyu Rikugun Hifuku Sho Ato)


Lagi timbunan mangsa Army Clothing Depot (Kyu Rikugun Hifuku Sho Ato)


Mangsa-mangsa yang terkorban di sekitar Tokyo

Di Yokohama, 90% daripada semua rumah rosak atau musnah.
350,000 rumah bertemu nasib yang sama di Tokyo, meninggalkan 60% daripada penduduknya kehilangan tempat tinggal.
Kesuluruhannya lebih 570,000 rumah telah musnah, meninggalkan kira-kira 1.9 juta rakyat Kantō kehilangan tempat tinggal. Kerosakan dianggarkan melebihi AS $ 1 bilion (atau kira-kira $ 14 bilion hari ini). Mangsa-mangsa yang kehilangan tempat tinggal menjadi pelarian, samada di khemah-khemah sementara atau pun di fasiliti-fasiliti yang ditawarkan oleh pihak-pihak yang menghulurkan bantuan.


Refuge at Asakusa Kannon (Sengai Igawa)


Keadaan di Ueno


Keadaan di Ginza


Keadaan di sungai Sumida


Keadaan di Kyobashi


Kuda terhempap di Kyobashi


Keadaan di Hacchobori


Keadaan di Nihonbashi dan Kanda



Keadaan di Nihonbashi


Keadaan di Kanda


Keadaan di pusat bandar Yokohama


Keadaan di Yamashitacho, Yokohama

Memorial peringatan:
Bermula pada tahun 1960, setiap 1 September ditetapkan sebagai Disaster Prevention Day (Hari Pencegahan Bencana, Bōsai no hi 防災の日) untuk memperingati gempa bumi ini dan mengingatkan orang ramai tentang kepentingan membuat persediaan. Sekolah2  dan organisasi awam serta swasta akan mengadakan latihan bencana (disaster drills) pada hari ini.

Beberapa memorial telah dibina di Yokoamicho Park di Sumida Ward, di tapak kawasan lapang di mana kira-kira 43,700 orang telah dibunuh oleh puting beliung api "dragon twist".


Dewan Memorial yang dibina pada tahun 1930-an untuk memperingati mangsa2 Great Kantō Earthquake


Monumen memperingati nyawa2 yang terkorban


Memorial memperingati mangsa kanak2 Great Kantō Earthquake


Tiang-tiang konkrit yang lebur akibat kebakaran Great Kantō Earthquake


Tiang2 besi yang cair akibat kepanasan melampau semasa kebakaran Great Kantō Earthquake

Video keadaan Tokyo sebelum, sejurus selepas dan pembaik pulihan selepas gempa bumi :


Video klip liputan oleh Pathe News (2 minit 30 saat terawal) :


Video rancangan Jepun selepas penemuan baru klip semasa kebakaran di Tokyo :


Teknoloji pembinaan rumah di Jepun semakin maju setelah mengalami banyak gempa bumi.
Video menunjukkan ujian keatas rumah yang tahan gempa dgn yang tidak :


Sumber :
http://www.onthisday.com/events/september/1
https://en.wikipedia.org/wiki/1923_Great_Kant%C5%8D_earthquake
http://www.japanvisitor.com/japanese-culture/history/tokyo-earthquake
http://library.brown.edu/cds/kanto/denewa.html
http://www.smithsonianmag.com/history/the-great-japan-earthquake-of-1923-1764539/?no-ist
http://www.greatkantoearthquake.com/
http://www.huffingtonpost.com/entry/christmas-figgy-pudding_us_56718ccfe4b0648fe301b30a
http://factsanddetails.com/japan/cat26/sub160/item2226.html
https://en.wikipedia.org/wiki/Yokoamicho_Park



Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2016 03:32 PM | Show all posts
Edited by luna.millieu at 3-9-2016 11:43 AM

2 September, 1666
Great Fire of London

Rakyat London yang telah terselamat dari Wabak Besar (the  Great Plague) pada tahun 1665 tentunya berharapan bahawa tahun 1666 akan menjanjikan yang lebih baik. Tetapi malang tidak berbau, tiada siapa dapat  membayangkan bencana baru yang bakal menimpa mereka pada tahun itu.

Great Fire of London bermula dari satu kebakaran kecil pada  2 September 1666 yang merebak menjadi kebakaran besar dan berlarutan  sehingga 5 September 1666. Kebakaran selama 3 hari ini telah memusnahkan hampir kesemua kota lama London.

Lukisan abad ke-17 menunjukkan gambaran Great Fire of London

Kawasan yang musnah akibat kebakaran

Pengalaman dan catatan rakyat London semasa kebakaran itu  kebanyakannya adalah dalam bentuk surat dan memoir. Dua penyimpan diari  terkenal mengenai zaman Restoration ketika itu adalah  Samuel Pepys (1633-1703) dan John Evelyn(1620-1706). Kedua mereka mencatatkan peristiwa2 dan reaksi mereka sendiri  setiap hari ketika Great Fire of London, dan berusaha mendapat maklumat mengenai apa yang berlaku diseluruh kotaraya London dan kawasan sekelilingnya. Dalam penulisan moden, diari  mereka adalah sumber yang paling penting bagi semua penceritaan semula tentang  bencana itu.


Samuel Pepys (1633-1703)
dilukis oleh John Hayls pada 1666, tahun the Great Fire of London berlaku


John Evelyn (1620-1706) dilukis pada tahun 1651

Kronologi kebakaran :
Selepas tengah malam, pada Ahad September 2, 1666, kebakaran kecil  bermula di Pudding Lane, berdekatan London Bridge di pusat kota London. Ia  dipercayai bermula di sebuah kedai roti yang dimiliki oleh Thomas Faryner,  pembuat roti untuk King Charles II.  Haba yang dihasilkan oleh ketuhar roti telah menyebabkan  percikan api dan menyalakan rumah kayu Faryner. Dalam keadaan panik itu,  pembantu rumah Faryner telah cuba memanjat keluar dari bangunan tersebut tetapi  gagal. Dia adalah mangsa pertama kebakaran. Keluarga Faryner telah terperangkap  di tingkat atas tetapi berjaya menyelamatkan diri dengan memanjat keluar dari  tingkap tingkat atas ke rumah sebelah.

Kejadian kebakaran adalah perkara biasa di London pada waktu  itu dan selalunya dapat dikawal dengan segera. Malah, apabila datuk bandar  London, Sir Thomas Bloodworth dikejutkan dari tidur untuk diberitahu mengenai  kebakaran itu, dia menjawab "Pish! A woman could piss it out!"("Pish! Seorang wanita boleh kencing dan padamkan api itu!")

Walau bagaimanapun, London pada masa itu sedang melalui kemarau yang luar  biasa sejak November 1665, dan selepas musim panas panjang 1666,  bangunan-bangunan dan rumah-rumah kayu adalah sangat kering dan mudah terbakar. Api merebak dengan cepat ke rumah-rumah bersebelahan, yang  diperbuat daripada kayu dan telah dibina sangat berdekatan antara satu sama lain. Api  kemudian merebak ke jalan-jalan bersebelahan yang dipenuhi dengan rumah-rumah. 300  buah rumah runtuh dengan cepat dan angin timur yang kuat menyebarkan lagi api,  menghinggap dari rumah ke rumah. Usaha-usaha  untuk mengawal api dengan menggunakan air baldi gagal.

Kebakaran di sekitar Pudding Lane, kelihatan London Bridge masih belum terbakar

Kebakaran di sekitar Pudding Lane dari sisi lain

Api merebak  dengan cepat ke Thames Street, di mana gudang-gudang yang penuh dengan bahan  mudah terbakar dan angin timur yang kuat menerukkan keadaan kebakaran itu  menjadi inferno. Penduduk kota  mula panik. Api terus marak sementara orang ramai cuba untuk meninggalkan kota  dan turun mencurah-curah ke Sungai Thames dalam usaha untuk melarikan diri  dengan bot.

Hujung utara London Bridge dibakar api sementara orang ramai cuba menyelamatkan diri dengan bot

Keadaan huru-hara di tebing sungai Thames

Menyelamatkan diri dari api di sungai Thames

Suasana sungai Thames dipenuhi dengan bot-bot menyelamatkan diri

King Charles II (1630-1685)
dilukis oleh John Michael Wright sekitar 1660-1665

Siang hari Ahad, 2  September, 1666 :
Pepys yang  merupakan seorang pegawai kanan di Pejabat Tentera Laut pada masa itu, naik ke  Menara London (Tower of London) pada pagi Ahad untuk melihat api dari turet  (peninjau). Dia mencatatkan bahawa api sudah mencapai kawasan hadapan sungai  Thames dan rumah-rumah di atas London Bridge telah terbakar. Dia kemudian  bergegas untuk memaklumkan King Charles II yang kemudiannya segera mengarahkan supaya semua  rumah-rumah dalam laluan api dirobohkan (dengan galah bercangkuk) untuk  mewujudkan halangan api (fire-break).

Kerja-kerja merobohkan rumah menggunakan galah bercangkuk

Angin yang kuat  mempercepatkan lagi pergerakan api dan pada pertengahan pagi Ahad, orang ramai  sudah mula mengabaikan usaha memadam api dan melarikan diri. Bilangan manusia  yang bergerak beramai-ramai bersama-sama barang-barang dan kereta-kereta sorong mereka  menghalang laluan anggota bomba dan kenderaan.

Orang ramai menyelamatkan diri dari api

Apabila Pepys  menemui datuk bandar Bloodworth yang pada masa itu sedang cuba mengkoordinasikan usaha memadam api, Pepys menyampaikan arahan King Charles II kepada Bloodworth. "Tetapi api  terlampau laju untuk kami melakukannya!" kata Bloodworth. Adik kepada King  Charles II, James Duke of York menawarkan penggunaan Royal Life Guards untuk  membantu melawan api tetapi Bloodworth yang berpegang kepada maruahnya, menolak  tawaran James lalu pulang ke rumah untuk tidur.

James Duke of York (1633-1701)
lukisan John Riley, sekitar 1660an

Apabila King  Charles II belayar turun dari Whitehall dalam tongkang Diraja untuk memeriksa  tempat kejadian dan mendapati rumah-rumah masih belum dirobohkan, baginda mengeluarkan  perintah yang mengatasi kuasa datuk bandar Bloodworth supaya bahagian barat zon api dirobohkan  secara besar-besaran. Tapi usaha lewat ini tidak mendatangkan apa-apa hasil kerana api  sudah pun berada di luar kawalan.

Menjelang petang  Ahad, 18 jam selepas loceng amaran dibunyikan di Pudding Lane, api telah menjadi  ribut api yang sedang mengamuk yang mencipta cuacanya sendiri. Di kawasan  antara bangunan-bangunan yang sempit, 'chimney effect' telah mewujudkan tolakan udara  panas yang sangat kuat diatas api yang sedang marak itu, mewujudkan ruang vakum  di bahagian tanah. Vakum ini menghisap angin masuk dengan kuat, membekalkan  oksigen segar kepada api, dan arus udara yang kuat ini membuat angin  berubah-ubah arah tanpa dapat dijangka.

Pada petang Ahad,  Pepys sekali lagi pergi ke sungai Thames bersama isteri dan beberapa  rakan-rakannya, katanya "dan api bergerak ke atas dan ke bawah, masih lagi  bertambah dalam kemarakan". Dia menambah, "…dan di seluruh  Thames, dengan mukanya di dalam angin, seseorang akan merasa hampir terbakar  oleh pancuran titisan api (shower of firefrops)".

Suana kebakaran menerangi sungai Thames

Isnin, 3 September, 1666 :
Pada subuh hari Isnin ribut api telah menolak  api kebakaran lebih jauh ke selatan dan lebih jauh ke utara berbanding hari  sebelumnya. Sebaran api ke selatan kebanyakannya dapat dihentikan oleh sungai  Thames, tetapi ia telah membakar rumah-rumah di atas London Bridge dan  mengancam untuk menyeberangi jambatan. Hal ini walau bagaimana pun dapat  dielakkan kena adanya lohong yang besar diantara bangunan-bangunan di atas  jambatan yang berfungsi sebagai fire-break. Ada tempias api yang memulakan  kebakaran di Southwark di seberang jambatan, tetapi dapat dipadamkan dengan segera.

Peta menunjukkan rebakan api Great Fire of London

Pejabat Pos Besar (General Letter Office) di Threadneedle  Street musnah terbakar pada awal pagi Isnin. Surat khabar tempatan, London  Gazzete pula sempat mengeluarkan cetakan Isninnya sebelum premis cetakan mereka  terbakar, mengkhabarkan berita kebakaran London.

Muka depan London Gazzete, isu September 3 - 10, 1666

Di bahagian utara London, kebakaran merebak ke pusat  kewangan kota itu.
Rumah-rumah pemilik-pemilik bank in Lombard Street mula  terbakar pada tengahari Isnin, menggesa meraka untuk menyelamatkan  syiling-syiling emas, aset penting kepada kekayaan kota dan negara sebelum ia  cair. The Royal Exchange terbakar pada lewat petang, dan menjadi kelongsong  berasap dalam masa beberapa jam.

John Evelyn pergi ke Southwark, seberang sungai Thames pada  hari Isnin untuk memerhatikan suasana kebakaran. Dia mencatatkan,"Seluruh kota tenggelam di dalam api yang dahsyat berhampiran persisiran  air; semua rumah-rumah di atas jambatan, seluruh jalan Thames, dan ke arah atas  menghala Cheapside, turun ke bawah menghala Three Cranes, semua telah dimakan  api." Pada petangnya, Evelyn melaporkan bahawa sungai itu dipenuhi dengan  tongkang-tongkang dan bot-bot yang sedang menyelamatkan diri, masing-masing penuh dengan  timbunan barang-barang.

Pemandangan kebakaran dari seberang sungai Thames

Cetakan surat khabar Jerman menceritakan tentang kebakaran London

Cetakan kayu menggambarkan keadaan kebakaran dari seberang sungai Thames

Syakwasangka & keganasan :
Kecurigaan segera timbul yang malapetaka ini tidak berlakusecara kebetulan.
Pusaran angin yang membawa serpihan dan kepingan api terbang  jauh dan hinggap pada atap2 jerami dan talang2 kayu, menyebabkan kebakaran pada  rumah yang dianggap tidak berkaitan dan jauh dari sumber api. Ini menimbulkan  khabar angin bahawa kebakaran2 jauh ini disengajakan.

Syakwasangka difokuskan terhadap pengembara dan peniaga  Perancis dan Belanda, musuh England dalam perang Anglo-Belanda kedua (2nd  Anglo-Dutch) yang sedang berlaku. Kumpulan  pendatang ini menjadi mangsa pembunuhan dan keganasan jalanan.

Selasa, 4 September, 1666 :
Selasa 4 September adalah hari kemusnahan terbesar. Kebakaran sudahpun merebak ke hampir semua kawasan, memusnahkan Katedral St Paul dan mengancam  mahkamah Charles II di Whitehall.

Semua orang  menyangka bahawa Katedral St paul adalah tempat perlindungan yang selamat,  dengan dinding batunya yang tebal dan plaza kosong dikelilingnya mampu menjadi  fire-break semulajadi. Katedral itu telah dipenuhi dengan barang2 yang  diselamatkan dan kawasan makamnya dipenuhi dengan stok2 milik pencetak2 dan  penjual2 buku dari Paternoster Row, jalan bersebelahannya. Malangnya,  katedral yang sedang melalui proses baik pulih ketika itu diselimuti dengan  penutup2 kayu. Penutup2 kayu itu mula terbakar pada malam Selasa. Haba dari api  kebakaran itu tersangat panas sehingga menyebabkan bumbung utama di Katedral St  Paul itu cair dalam masa setengah jam. Ramai yang menyaksikan lelehan timah  dari bumbung itu mengalir di jalan-jalan.

"Batu-batu  St Paul terbang seperti bom-bom grenade," lapor Evelyn dalam diarinya,"leburan timah mengalir laju ke jalan-jalan seperti sungai, dan laluan  pejalan kaki bercahaya kemerahan yang berapi-api, tidak ada kuda atau  pun  manusia yang dapat memijaknya."

Dikatakan bahawa  banyak burung merpati mati kerana mereka enggan meninggalkan sarang mereka.  Bulu sayap mereka terbakar dan mereka jatuh menjunam ke dalam api.

Katedral St Paul terbakar

Gate Ludwig dan Katedral St Paul dimakan api

Newgate, bersebelahan Gate Ludwig dimakan api

Suasana kebakaran London daripada sebelah utara sungai Thames

Sementara itu  usaha memadam kebakaran berselaras dimulakan secara serentak. Sedang separuh  kota London sedang terbakar dimakan api, King Charles II sendiri turun menyertai  anggota bomba, sama-sama menghantar baldi air dalam usaha untuk memadamkan api,  tetapi api tetap marak.

Pasukan pengawal  di Menara London mengambil keputusan untuk bertindak sendiri selepas menunggu  sepanjang hari akan bantuan daripada anggota bomba rasmi James yang sibuk di  barat London. Mereka meletupkan rumah-rumah dikawasan itu secara besar-besaran  dari atas menara untuk mewujudkan fire-breaks, sebagai usaha menghentikan  kemaraan api.

Rabu, 5 September, 1666 :
Angin mula reda pada petang Selasa, dan fire-breaks yang  dibuat oleh pasukan pengawal akhirnya berkesan.

Pepys berjalan di seluruh kota yang masih membara itu,  kakinya merasa kepanasan bekas kebakaran, dan dia memanjat menara Gereja  Barking, dari mana dia melihat kotanya yang musnah, katanya "suasana  kemusnahan yang paling menyedihkan yang pernah saya lihat." Masih terdapat  banyak kebakaran berasingan, tetapi the Great Fire sudah pun berakhir.

Apabila the Great Fire akhirnya dipadamkan seluruhnya pada 6  September, lebih daripada 4/5 daripada kota itu telah musah. Hanya 1/5 daripada  London selamat dari dibaham api.

Cara pemadaman api di abad ke-17 :
Pada abad ke-17 di London, pasukan militia tempatan yangdikenali sebagai "Trained Bands" akan membuat rondaan pada malam hari  untuk mengenal pasti apa-apa kecemasan yang berlaku, termasuk kebakaran. Dalam  hal kebakaran loceng-loceng gereja akan dibunyikan untuk memberi amaran kepada  orang awam dan orang ramai akan berkumpul untuk sama-sama mengawal api. Pada ketika ini cara melawan api adalah dengan 2 cara iaitu  dengan cara menyimbah air dan merobohkan bangunan bagi menghadkan sumber api.  Kebiasaannya cara bekerjasama ini dapat memadamkan api dengan selamat.

Cubaan memadamkan api di House of Accommodation semasa Great Fire of London

Cubaan memadamkan api dengan menyimbah air menggunakan baldi dan penyembur air

Baldi kulit banyak digunakan kerana ia boleh dilipat dan senang dibawa dalam kuantiti yang banyak

Penyembur api yang diperbuat dari tembaga dan kayu yang digunakan pada masa Great Fire of London

Galah bercangkuk yang digunakan semasa Great Fire of London dan gambaran suasana merobohkan bangunan

Punca-punca kegagalan mengawal api :
1. Sikap acuh tak acuh datuk bandar Sir Thomas Bloodworth. Pada  7 September 1666 selepas kota London musnah, mengenang semula kejadian Samuel  Pepys menulis dalam diarinya, "Orang ramai di seluruh dunia memarahi  kesederhanaan [kebodohan] datuk bandar ku secara umum; secara khususnya lagi  dalam hal kebakaran ini, semua kesalahan adalah atasnya."

2. Jalan-jalan yang sempit di  dalam kota London yang dipenuhi  dengan orang ramai yang melarikan diri menyebabkan kereta bomba tidak dapat  sampai ke tempat kebakaran dengan cepat. Malah kereta bomba tidak dapat sampai  ke Pudding Lane akibat kesesakan.

Kereta bomba abad ke-17 yang disorong melalui jalan-jalan

3. Rumah-rumah dan bangunan-bangunan berdekatan dengan  kawasan kebakaran lambat dirobohkan. Sebab terbesar ialah kerana datuk bandar  lambat bertindak membuat keputusan.

4. Orang ramai lebih sibuk melarikan diri daripada cuba  memadamkan api walaupun Pudding Lane terletak berdekatan dengan sumber air.

5. Roda air dibawah London Bridge juga turut terbakar lalu  melumpuhkan sistem air kota London.

Jumlah kematian dan kemusnahan :
13,200 buah rumah, 87 gereja kecil, Katedral St Paul dan  sebahagian besar bangunan kerajaan telah musnah dalam kebakaran ini. Sementara  sebanyak 70,000 orang daripada 80,000 orang penduduk telah kehilangan tempat  tinggal. Ramai yang terpaksa tinggal di khemah-khemah sementara berdekatan kota  sehingga 8 tahun lamanya. Ramai yang tidak pulang lagi ke kota London.

Angka kematian tidak diketahui tetapi secara tradisinya  dianggap kecil, kerana hanya 6 ke 8 kematian sahaja yang disahkan telah direkodkan. Walaubagaimanapun hujah ini telah dicabar baru-baru ini atas alasan kematian  orang-orang miskin dan kelas pertengahan tidak direkodkan, manakala haba  kebakaran itu mungkin telah membakar ramai mangsa sehingga tidak meninggalkan  mayat sama sekali (cremated without recognisable remains).

Kebakaran itu didorong bukan sahaja oleh bangunan kayu  tetapi juga minyak, arang batu, lemak, gula, alkohol, turpentin dan serbuk  letupan yang disimpan di kawasan tepi sungai. Salah satu bahan pameran di  Muzium London, sekeping tembikar yang telah cair telah dijumpai oleh ahli  arkeologi di Pudding Lane menunjukkan bahawa suhu kebakaran mencapai 1250°C. Kebakaran  itu juga mencairkan keluli-keluli import yang diletakkan  di sepanjang dermaga (takat lebur di antara1250 dan 1480°C) dan rantai besar besi dan kunci di pintu-pintu kota (takat  lebur di antara 1100 dan 1650 °C).

Nilai kerugian pula dianggarkan sebanyak lebih kurang £10,000,000 (lebih £1 juta pound pada nilai tahun 2005).


X-ray menunjukkan sebuah mangga dan kuncinya terkimpal bersama-sama dalam Great Fire of London.
Kunci dan mangga ini dijumpai di Botolph Lane dimana banyak serpihan besi ditemui.

Dijumpai di Pudding Lane, cangkuk-cangkuk besi ini cair dan melekat menjadi satu objek akibat kepanasan api

Kunci besi kepada pintu depan rumah diabad ke-17.
Kunci ini ditemui bersama tulang temulang tuannya disebuah bilik bawah tanah.

Genting atap yang terlipat separuh akibat terdedah kepada api yang mencecah kepanasan 1,200°C.
Jumpaan ini menjadi bukti tentang kepanasan api semasa kebakaran itu.

Bangunan-bangunan  kerajaan yang musnah dalam kebakaran:


Castle Baynard di tepi sungai Thames yang dibina lewat abad  ke-13



Bridewell Palace di tebing barat sungai River Fleet yangdibina pada 1515 ke 1520



The Great Conduit disebelah kanan gambar, bersebelahan  dengan St Paul's Cathedral



St Paul's Cathedral, bangunan asal yang bercirikan binaan  Gothic, siap dibina pada tahun 1314



Steelyard, tempat pedagang dari Jerman tinggal di London



The Royal Exchange, dataran terbuka jual beli, pusat ekonomi  kota London pada masa itu

Tugu-tugu danhari peringatan di zaman moden :
Pada tahun 1986,para pembuat roti London akhirnya memohon maaf kepada datuk bandar kerana  menjadi punca kebakaran. Ahli-ahli "Worshipful Company of Bakers"  berkumpul di Pudding Lane dan membuka sebuah plak yang mengakui bahawa salah  seorang daripada mereka sendiri, Thomas Faryner, adalah bersalah menyebabkan  the Great Fire of London pada tahun 1666.

Plak permohonan maaf di Pudding Lane

'The Golden Boy of Pye Corner', di sudut Giltspur Street danCock Lane di Smithfield, menandakan tempat kebakaran itu akhirnya berhenti.  Budak emas montel ini mewakili kerakusan (gluttony), dianggap oleh sesetengah  orang telah menjadi sebab bencana ini - tanda kemurkaan Tuhan.

The Golden Boy of Pye Corner

Sebuah monumen memperingati peristiwa tragik the Great Fire  of London telah dibina pada tahun 1671. Hari ini ia lebih dikenali dengan  panggilan "Monument" dan terletak di persimpangan Monument Street dan  Fish Street Hill, berhampiran hujung utara London Bridge. Ia berdiri setinggi 202 kaki (61.5m) dan 202 kaki  (61.5m) dari tempat Puddling Lane mana kebakaran bermula.

Monument, dahulu dan sekarang

Tahun 2016 menyaksikan ulangtahun ke-350 the Great Fire ofLondon.
Kubah Katedral St Paul yang telah dibina baru dinyalakan warna merah api bagi memperingati kejadian bencana ini.

Kubah St Paul dinyalakan merah api


Katedral St Paul hari ini

Pameran Fire! Fire! di Museum of London sempena ulangtahun ke-350 pada tahun 2016:

Sejarah ringkas tiang Monument dan Great Fire of London:

Sumber :



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2016 12:39 PM | Show all posts
Edited by luna.millieu at 8-9-2016 04:04 PM

3 September, 1944
Anne Frank dihantar ke Auschwitz

Anne Frank adalah seorang penulis remaja yang melalui kehidupannya semasa Holocaust, dan mencatatkan pengalaman dan perasaannya ke dalam diarinya. 2 tahun selepas kematiannya ayahnya Otto Frank telah menerbitkan diari itu yang kemudian terkenal sebagai "Anne Frank: The Diary of a Young Girl".



Latarbelakang & kehidupan awal  :
Annelies Marie Frank dilahirkan di Frankfurt am Main, Jerman pada 12 Jun 1929.
Ibunya bernama Edith manakala ayahnya, Otto, adalah seorang bekas leftenan dalam tentera Jerman semasa Perang Dunia Pertama. Selepas bersara Otto kemudian menjadi seorang ahli perniagaan di Jerman dan Belanda. Kakak Anne, Margot adalah tiga setengah tahun lebih tua dari Anne.


Gambar Anne semasa kecil



Gambar keluarga Anne

5 tahun awal kehidupannya Anne dan keluarganya tinggal bersama-sama di sebuah apartment di pinggir Frankfurt am Main. Selepas Nazi mendapat kuasa pada tahun 1933, Otto dan Edith membuat keputusan untuk melarikan keluarga mereka ke Amsterdam, Belanda, di mana dia mempunyai hubungan perniagaan. Mereka adalah diantara 300,000 Yahudi yang meninggalkan Jerman diantara tahun 1933 ke 1939. Dalam diarinya Anne menulis: "Kerana kami Yahudi, ayah saya berhijrah ke Belanda pada 1933, di mana dia telah menjadi pengarah di Opekta, syarikat Belanda yang mengeluarkan produk untuk membuat jem."


Gambar kawasan tempat tinggal keluarga Frank di Frankfurt

Untuk masa yang singkat mereka sekeluarga menikmati kehidupan yang aman di Amsterdam.  
Malangnya, pada bulan Mei tahun 1940, Jerman memasuki Belanda. Belanda menyerah kalah kepada Jerman pada 15 Mei 1940 dan kerajaan Jerman mula melaksanakan undang-undang ketat dan diskriminasi terhadap orang Yahudi. Tidak lama kemudian pendaftaran mandatori dan pengasingan mengikut kaum pun bermula. Otto cuba mengatur keluarganya untuk berhijrah ke Amerika Syarikat tetapi tidak berjaya kerana penerimaan pelarian telah disekat dari bulan Jun 1941. Kerajaan AS bimbang kalau-kalau orang yang mempunyai saudara terdekat di Jerman mungkin diugut supaya menjadi mata-mata Nazi.


Muka depan New York Times setelah Nazi menawan Belanda

Pada 12 Jun 1942, Anne menerima sebuah buku sebagai hadiah harijadinya yang ke-13. Walaupun buku itu sebenarnya sebuah buku autograf, Anne telah menjadikan buku itu sebagai sebuah diari. Dalam diarinya dia menulis, "Selepas Mei 1940, masa-masa gembira jarang berlaku; pertama adanya perang, kemudian penyerahan diri dan kemudian kedatangan orang-orang Jerman, yang mana masa itu masalah bermula bagi orang-rang Yahudi."


Buku autograf hadiah harijadi Anne yang ke-13 dan catatan diarinya

Persembunyian & tangkapan :
Pada 5 Julai 1942 Margot menerima panggilan memerintahkan dia supaya melaporkan diri ke kem kerja Jerman (sebagai buruh paksaan). Keesokan harinya keluarga Frank pergi menyembunyikan diri.

Otto telah menjadikan ruang kosong dibelakang bangunan syarikatnya sebagai kuarters sementara di Prinsengracht 163. Mereka memanggil tempat itu 'Achterhuis' atau 'Secret Annex'. Apartment tempat tinggal mereka dibiarkan bersepah dan Otto meninggalkan sebuah nota yang memberi klu kononnya mereka telah melarikan diri ke Switzerland. Demi menjaga rahsia tempat persembunyian mereka, Moortje, kucing peliharaan Anne terpaksa ditinggalkan. Kerana orang Yahudi dilarang menaiki kenderaan awam, mereka berjalan kaki beberapa kilometer dari rumah mereka untuk ke Achterhuis. Supaya tidak disyaki sedang melarikan diri, mereka tidak berani membawa sebarang beg, sebaliknya mereka memakai beberapa lapisan pakaian sebagai bekalan semasa persembunyian.


Achterhuis, atau Secret Annex, tempat persembunyian keluarga Frank


Pintu masuk rahsia ke tempat persembunyian


Bilik tidur dan meja tulis Anne

Empat orang pekerja Otto : Victor Kugler, Johannes Kleiman, Miep Gies, dan Bep Voskuijl adalah 4 orang yang tahu tentang rahsia ini. Mereka bertindak sebagai pembantu, membekalkan keluarga Frank dengan makanan dan maklumat. Bagi keluarga Frank, mereka adalah satu-satunya talian dengan dunia luar. Pada 13 Julai 1942, keluarga van Pels menyertai keluarga Frank bersembunyi di Achterhuis.

Setelah 2 tahun tidak menjejakkan kaki ke dunia luar, pada pagi 4 Ogos 1944, Achterhuis telah diserbu oleh sekumpulan polis berpakaian seragam Jerman (Grüne Polizei). Pihak Jerman telah diberi tip oleh seseorang yang tidak dikenalpasti. Victor Kugler dan Johannes Kleiman turut ditahan dan dipenjarakan. Miep Gies dan Bep Voskuijl turut disoal siasat dan diugut tetapi tidak ditahan.

Keluarga Frank dan van Pelses dibawa ke ibu pejabat keselamatan kerajaan (RHSA) dimana mereka disoal siasat dan ditahan semalaman. Keesokan harinya mereka dihantar ker Huis van Bewaring (House of Detention) iaitu sebuah penjara yang penuh sesak di Weteringschans. 2 hari kemudian mereka dipindahkan ke kem transit Westerbork yang mana 100,000 orang Yahudi Belanda dan Jerman telah ditahan buat sementara (sebelum dihantar ke kem konsentrasi dan kematian) disitu. Oleh kerana mereka telah ditangkap kerana bersembunyi, mereka dianggap penjenayah dan telah dihantar ke berek hukuman kerja berat.



Huis van Bewaring (House of Detention) di Weteringschans pada tahun 1915


Timbunan barang milik tahanan yang dibuang sebaik sahaja tiba di kem transit Westerbork


Berek tahanan di kem transit Westerbork (1940-1941)


Ruang dalam berek tahanan di kem transit Westerbork


Tahanan Westerbork dipindahkan ke 'timur' tanpa mengetahui mereka sebenarnya dihantar ke kem kematian Sobibor atau Auschwitz

Penghantaran ke Auschwitz & kematian Anne Frank :
Pada 3 September 1944, keluarga mereka telah dipindahkan ke kem Auschwitz menaiki keretapi terakhir yang meninggalkan Westerbork. Mereka tiba di Auschwitz selepas tiga hari perjalanan.

Setibanya di Auschwitz,  kaum lelaki dipisahkan secara paksa dari kaum wanita dan kanak-kanak oleh SS (Schutzstaffel, Squad Keselamatan Jerman). Otto juga telah direntap dari keluarganya, Edith, Margot dan Anne. Mereka yang dianggap boleh bekerja diterima masuk ke kem, sementara mereka yang dianggap tidak layak bekerja dibunuh serta merta. Daripada 1,019 penumpang, 549 orang termasuk semua kanak-kanak berumur kurang 15 tahun telah dihantar terus ke gas chamber. Anne yang baru menyambut harijadinya yang ke-15 tiga bulan sebelum itu adalah antara yang termuda yang terselamat.


Pintu masuk utama kem Auschwitz, juga digelar 'Pintu Kematian'


Tahanan yang baru tiba tanpa mengetahui mereka berada di Auschwitz-Birkenau.
Tidak lama selepas ini mereka akan diasingkan lelaki dari perempuan dan menjalani proses 'pemilihan'.



Pintu masuk dan keadaan dalam gas chamber di Auschwitz-Birkenau

Bersama-sama perempuan lain yang tidak dibunuh serta merta, Anne dipaksa untuk bogel untuk pembasmian kuman, kepalanya dicukur botak, dan dia ditattoo dengan nombor pengenalan diri di lengannya. Pada siang hari wanita-wanita digunakan sebagai buruh dan Anne dipaksa mengangkut batu-batu, menggali dan menggulung akar rumput. Pada waktu malam mereka disumbat ke dalam berek yang penuh sesak untuk tidur.


Lukisan salah seorang tahanan yang diselamatkan dari kem Auschwitz


Tahanan wanita yang layak bekerja didaftar, dicukur rambut dan diberikan baju tahanan


Tahanan wanita di Auschwitz-Birkenau mengasingkan barangan rampasan dari orang-orang Yahudi
supaya boleh digunakan semula oleh rakyat Jerman


Berek tahanan wanita di kem Auschwitz

Ada saksi yang mengatakan Anne telah menjadi murung dan mudah menangis apabila ternampak kanak-kanak dibawa ke gas chamber; saksi yang lain pula mengatakan kebanyakan masa Anne menunjukkan kekuatan dan keberanian. Sikap Anne yang suka berkawan dan berkeyakinan membolehkan dia mendapat lebih roti catuan untuk ibunya, adiknya serta dirinya sendiri.

Penyakit berleluasa dan dalam masa yang singkat kulit Anne dijangkiti teruk oleh kudis. Anne dan kakaknya dialihkan ke bilik sakit yang sentiasa gelap dan penuh dengan tikus. Edith berhenti daripada makan dan menyimpan setiap makanan yang dia ada untuk anak-anaknya. Menerusi lubang yang dibuatnya disebelah bawah dinding bilik sakit, Edith memberikan bahagian makanannya kepada Anne dan Margot.

Pada 28 Oktober, lebih daripada 8,000 wanita termasuk Anne dan Margot telah dipilih dan dipindahkan ke Bergen-Belsen. Edith Frank tidak dipilih dan kemudian mati akibat kebuluran di Auschwitz.






Khemah-khemah telah didirikan di Bergen-Belsen untuk menampung kemasukan banduan baru, dan dengan jumlah penduduk yang meningkat, jumlah kematian akibat penyakit juga naik secara mendadak. Nanette Blitz, seorang bekas tahanan yang masih hidup mengatakan Anne sebagai botak, kurus dan menggigil. Margot tidak kelihatan kerana sakit tenat. Anne memberitahu Nanette bahawa dia merasakan ayah dan ibunya sudah mati, dan kerana itu Anne tidak ada keinginan lagi untuk terus hidup. Seorang lagi bekas tahanan yang bersama-sama Anne dan Nanette ketika itu, Hanneli Goslar menganggarkan pertemuan ini berlaku pada akhir Januari atau awal Februari 1945.


Keadaan seorang tahanan wanita di Bergen-Belsen


Keadaan di dalam berek di kem Bergen-Belsen

Tarikh sebenar kematian Margot dan Anne tidak direkodkan tetapi anggaran berpendapat keduanya mungkin meninggal dunia pada Februari atau Mac 1945. Ada saksi memberitahu bahawa Margot yang sangat lemah telah meniggal dunia setelah terjatuh dari katilnya. Anne pula menghembuskan nafas terakhir beberapa hari selepas Margot.

Mengikut keterangan lain, ada saksi yang mengatakan Anne telah menunjukkan tanda-tanda penyakit typhus yang sedang berleluasa di kem itu ketika itu. Pihak berkuasa kesihatan Belanda melaporkan bahawa kebanyakan mangsa typhus akan mati dalam masa 12 hari jika tidak dirawat. Mayat Anne dan Margot telah ditanam dalam kubur yang ditanam beramai-ramai (mass grave) di lokasi yang tidak diketahui.


Memorial memperingati Anne dan kakaknya Margot di Bergen-Belsen


Salah satu mass grave di Bergen-Belsen.
Hanya ditulis "Disini dikuburkan 5,000 mayat. April 1945."



Dr Fritz Klein, seorang doktor Nazi
berdiri ditengah-tengah timbunan mayat di Mass Grave 3 di Bergen-Belsen

Anne Frank: The Diary of a Young Girl :
Miep Gies dan Bep Voskuijl yang tidak ditahan selepas penangkapan di Achterhuis telah kembali ke tempat persembunyian itu pada keesokan harinya. Mereka mendapati banyak kertas-kertas Anne bersepah di atas lantai lalu mengutipnya satu persatu. Bersama dengan album keluarga dan diarinya, Miep Gies bercita-cita untuk memulangkan semuanya kepada Anne selepas habis perang.

Pada Julai 1945, selepas Palang Merah telah mengesahkan kematian Anne dan Margot, Miep Gies memulangkan semula semua catatan-catatan Anne kepada Otto yang terselamat. Otto tidak menyangka yang Anne telah menyimpan rekod yang tepat dengan penulisan yang baik sepanjang persembunyiannya.

Digerakkan oleh hasrat Anne untuk menjadi seorang penulis, Otto mula berusaha untuk menerbitkan diari anaknya. Dengan kerjasama pelbagai pihak diari itu akhirnya diterbitkan buat pertama kalinya di Belanda dengan tajuk Het Achterhuis (The Annex) pada tahun 1947. Ia diterbitkan di Jerman dan Perancis pada tahun 1950, diikuti di United Kingdom pada 1952. Di Amerika buku ini diterbitkan pada tahun 1950 dan mendapat sambutan yang hebat dengan tajuk "Anne Frank: The Diary of a Young Girl". Selepas mendapat perhatian dan liputan yang meluas, buku ini telah diadaptasikan dalam beberapa filem dan rancangan tv pada tahun-tahun seterusnya.


Het Achterhuis, edisi pertama diari Anne Frank yang diterbitkan di Belanda


"Anne Frank: The Diary of a Young Girl" yang diterbitkan di Amerika pada 1950

Anne Frank House (Anne Frank Huis) :
Achterhuis, tempat persembunyian keluarga Anne sepanjang 1942 ke 1944 telah dibuka sebagai muzium biografi Anne Frank pada 3 Mei 1960. Ia mengekalkan tempat persembunyian, mempunyai pameran tetap tentang kehidupan Anne, dan mempunyai ruang pameran mengenai penganiayaan dan diskriminasi manusia. Pada tahun 2013 dan 2014, muzium ini dilawat oleh 1.2 juta pelawat dan adalah muzium k3-3 yang paling dilawati di Belanda, selepas Rijksmuseum dan Muzium Van Gogh.


Bangunan Anne Frank House, bahagian depan


Anne Frank House, bahagian belakang tempat keluarga Frank bersembunyi


Pengunjung beratur panjang untuk melawat Anne Frank House

Video ayah Anne bercerita tentang anaknya Anne dan bibit-bibit awal persembunyian :


Miep Gies menceritakan detik-detik keluarga Frank ditahan :


Video Lydia Reich menceritakan tentang Anne di Auschwitz :


Hanneli Goslar bercerita tentang pertemuannya dengan Anne di Bergen-Belsen :


Sumber :



Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2016 09:11 PM | Show all posts
Edited by luna.millieu at 5-9-2016 12:16 AM

4 September, 1888
Kodak Day :
Tanda dagangan Kodak didaftarkan dan kamera kotak Kodak dipatenkan

Pada 4 September 1888, pengasas Kodak George Eastman telah mendaftarkan tanda dagangan untuk nama syarikatnya serta menerima paten (patent US No. 388,850) untuk kamera kotak (box camera) yang merupakan asal usul kepada roll-film camera moden.


Paten No. 388,850 untuk kamera kotak (box camera) Kodak


George Eastman (12 July, 1854 – 14 March, 1932)


Eastman mula berminat dalam bidang fotografi diawal umur 20an semasa dia bekerja sebagai kerani bank. Semasa pergi melancong dia akhirnya tidak membawa beberapa alat-alat mengambil gambar yang baru dibelinya. Walaupun serta-merta terpikat dengan mediumnya, dia kurang bersemangat dengan teknologi wet-plate pada masa itu yang bersifat rumit dan tidak fleksibel. Dia membuat keputusan untuk memudahkan keadaan.

Membina diatas teknologi "gelatin emulsion" yang sedia ada, Eastman terus bekerja di bank pada siang hari sambil malamnya dihabiskan kepada eksperimen-eksperimen fotografi. Pada tahun 1880 dia telah berjaya mencipta formula dry-plate miliknya sendiri dan terus masuk ke dalam perniagaan fotografi sepenuh masa.


Sekotak dry-plate EASTMAN pada awal 1880-an

Sambil menguruskan perniagaan mudanya yang masih merangkak, Eastman mula mencari kaedah pendedahan (exposure) lain yang bakal menghapuskan penggunaan plet kaca dan memudahkan orang awam menceburi fotografi. Dia akhirnya berjaya menggunakan cellulose untuk menggantikan penggunaan kertas, yang kemudiannya digulung menjadikannya padat dan mudah dibawa. Ini merupakan kelahiran filem kamera moden. Pada tahun 1888, Eastman sudah bersedia untuk mempatentkan kamera yang pertama menggunakan filem itu.


Salah satu daripada kamera kotak kayu yang digunakan oleh Eastman untuk tujuan testing pada tahun 1887


George Eastman sedang mengambil gambar dengan kamera Kodaknya


Iklan Kodak, 1885


Iklan untuk kamera "folding pocket" Kodak (Ogos 1900)


Satu lagi iklan untuk kamera "folding pocket" Kodak (1900)


Seorang wanita dan kamera Kodaknya, 1910


Kodak Girl, watak yang dicipta pada 1892 (Iklan di Australia, 1911)


George Eastman bersama Thomas Edison, sekitar akhir 1920-an

Asal-usul nama Kodak :
Eastman menjelaskan nama Kodak tidak mempunyai apa-apa maksud. Katanya, "Saya telah mencipta nama itu sendiri. Huruf 'K' adalah huruf kegemaran saya. Ia seolah-olah satu huruf yang kuat, dan tajam. Ia menjadi satu persoalan untuk mencuba seberapa banyak kombinasi huruf yang bermula dan berakhir dengan huruf 'K'. Perkataan 'Kodak' adalah hasilnya."

Dengan  tagline "You Press the Button, We Do the Rest", Kodak telah mengasingkan dirinya dari jenama fotografi yang lain. Eastman telah merevolusikan seni fotografi dengan memrealisasikan kaedah snapshot yang membolehkan orang ramai untuk mendokumentasikan kehidupan mereka dengan mudah.


Iklan Kodak (November 1889)



Bangunan pejabat dan kilang Kodak di State Street, 1892

Kodak adalah syarikat pertama yang menggabungkan perkataan dan imej yang membentuk sebuah logo bagi syarikatnya.


Evolusi logo Kodak


Evolusi kamera Kodak :



Kodak kamera original lengkap dengan kotak, kamera, case, plug lense, manual, memorandum dan kad viewfinder


Kamera Brownie 2 yang dikeluarkan oleh Kodak dari 1901 ke 1935


Kodak retina pertama ("First Retina"), 1934-1935


Kodak Retina I (Type 010), 1946-1949


Kodak Retina II (Type 014) 1949-1950


Kodak Retina IIIC (Type 028) 1957-1960


Kamera Instamatic 100 yang pertama dijual di Amerika pada tahun 1963


Kodak Instamatic 110, 1972


Kodak VR35 yang diperkenalkan pada tahun 1986


Kodak Advantix, 1996


Kodak DC4800, 2000


Kodak EASYSHARE yang diperkenalkan pada 2010


Kodak PIXPRO 2014


Kodak hari ini :
Walaupun Kodak agak ketinggalan menyertai perniagaan foto digital dan diancam dengan masalah kewangan dan bankrupsi, ia masih lagi bertahan hari ini dengan produk-produk barunya.Disamping menawarkan produk-produk kepada konsumer persendirian, Kodak hari ini juga menyediakan khidmat pembungkusan, percetakan berfungsi, komunikasi grafik dan perkhidmatan profesional untuk perniagaan di seluruh dunia. Segmen perniagaan utamanya adalah Digital Printing & Enterprise dan Graphics, Entertainment & Commercial Films.


Kilang dan pejabat utama Kodak di Rochester, sekitar 1910


Bangunan pejabat Kodak di Rocehster, pada 22 April 2005

Produk-produk Kodak hari ini :



Produk-produk kamera digital Kodak hari ini :



Iklan-iklan lama Kodak :


Betty White (The Golden Girls) dalam iklan kodak pada tahun 1964 :


Rumah kediaman dan bagaimana Eastman telah merevolusikan fotografi :


sumber :


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2016 10:54 PM | Show all posts
Edited by luna.millieu at 5-9-2016 12:28 AM

4 September, 1957
E-Day : Ford akhirnya memperkenalkan Edsel

Bermula pada musim bunga tahun 1957, Ford telah menghebohkan di televisyen, radio dan media bertulis tentang jenama kereta terbarunya "Edsel". Edsel adalah kereta jenama baru yang pertama sejak tahun 1938, yang bakal dihasilkan pada tahun berikutnya oleh Ford, salah satu syarikat kereta Big Three selain GM (General Motors) dan Chrysler di Amerika.

Kempen hebohan dan gembar-gembur mengenai Edsel dilakukan secara besar-besaran dan menakjubkan. Klu-klu tentang kehebatan kereta itu dihebohkan bulan demi bulan selama setahun sebelum ia diperkenalkan pada 4 September 1957, hari yang Ford namakan E-Day.


Logo Edsel

Kempen pengiklanan & sambutan masyarakat :
Pada zaman itu di Amerika, setiap model kereta baru adalah sangat ditunggu-tunggu oleh semua lelaki, tidak kira dewasa atau kanak-kanak. Pada tahun ini (1958) pula, sebulan awal dari jenama-jenama kereta yang lain, Ford akan memperkenalkan sesuatu yang hebat dan misteri, sebuah kereta yang lain dari yang lain, kereta zaman akan datang, yang bakal merubah segalanya mengikut iklan-iklan Ford. Sebuah kereta yang "mempunyai pembaharuan yang radikal dan bakal menjadi perintis di lebuh raya". Di surat khabar, di majalah-majalah, di televisyen, semuanya mengatakan perkara yang sama. Orang ramai menjadi teruja dan tidak sabar menantikan kemunculan Edsel.

Bagi Ford pula bukan sahaja kereta itu sepatutnya menjadi hebat di luar semua imaginasi, bahkan sebuah bahagian korporat berasingan telah ditubuhkan untuk membina dan memasarkan barisan baru kereta itu.

Selama berbulan-bulan dalam kempen pengiklananannya, Ford cuma mengatakan bahawa Edsel bakal tiba. Bahagian kereta yang ditunjukkan hanyalah lambang Edsel yang menjadi hiasan hood. Ciri-ciri yang lain disembunyikan sepenuhnya dibawah kain yang menyelimuti kereta. Segala-gala tentang Edsel adalah top secret!


Iklan Edsel disembunyikan dibawah kain penutup


Iklan Edsel dalam keadaan samar-samar


Iklan Edsel pada botol-botol yang cuma menunjukkan hiasan lambang Edsel


Iklan Edsel yang cuma membariskan lambang "E" Edsel

Kereta-kereta baru Edsel telah dihantar dan dibawa ke bilik pameran peniaga secara rahsia dan sembunyi-sembunyi. Kereta-kereta dibaluti kain penutup untuk menyembunyikan gaya dan memelihara mistik kereta konsep baru itu. Jika ada peniaga berani untuk mendedahkan kereta tersebut kepada sesiapa pun sebelum tarikh keluaran rasmi, mereka akan dikenakan denda atau kehilangan francais pengedaran mereka. Begitu juga jika peniaga gagal menyimpan kereta-kereta Edsel mereka secara tersembunyi, mereka mungkin kehilangan francais mereka. Semua kerahsiaan dan misteri ini membuatkan orang ramai semakin tidak sabar dan teruja untuk melihat Edsel.

E-Day :
Akhirnya E-Day pun tiba.
Untuk E-Day, hari pelancaran Edsel, promosi dan hadiah-hadiah, antaranya pemberian percuma 1,000 ekor anak-anak kuda telah diadakan untuk menarik pembeli ke bilik pameran. Untuk menyaksikan pelancaran kenderaan motor yang hebat luar biasa itu, pengguna-pengguna dan mereka yang ingin tahu datang membanjiri bilik-bilik pameran Edsel dalam bilangan yang mencatat rekod. Pintu bilik pameran dibuka. Kain penutup dilibas mendedahkan tidak lain tidak bukan : Edsel keluaran 1958.


Edsel "Citation" 1958


Suasana di bilik pameran pada E Day

Daripada surat khabar Ames (Iowa) Tribune, September 5, 1957:
"Orang ramai dianggarkan kira-kira 10,000 orang datang pada hari Rabu untuk melihat pelancaran kereta Edsel di Sales Larry Peterson Edsel sini... Pengunjung telah diberi minuman sebanyak 45 gelen kopi dan 54 dozen donat pada siang hari itu“, kata Peterson. Seluruh penduduk Ames Iowa pada tahun 1960 yang berjumlah 27,003 orang. Secara keseluruhannya 2.5 juta rakyat Amerika telah membanjiri bilik-bilik pameran Edsel pada E-Day.

Reaksi :
Untuk mengatakan kebanyakan pengunjung telah dihampakan adalah sangat terlalu lembut.
Mereka menjangkakan sebuah kereta yang luarbiasa dan lain dari kereta-kereta yang pernah lihat selama ini tetapi apa yang mereka saksikan adalah sekumpulan kereta yang kelihatan seperti Ford atau Mercury dengan gril berkolar kuda yang hodoh dan bukan baru bagi mereka, dilengkapi meter kelajuan yang pelik. Secara keseluruhan kereta itu nampak berat, old fashioned dan melucukan! Jutaan orang datang melihat, tetapi sangat sedikit yang datang membeli.

Sepuluh hari selepas hari pelancaran, jelas ini adalah sebuah malapetaka perniagaan.
E-Day merupakan kegagalan yang sangat besar!

Usaha menyelamatkan Edsel (This is the Edsel) :
Edsel pada awalnya memperkenalkan empat siri : "Pacer" dan "Ranger" yang dibina berdasarkan badan kereta Ford yang standard; dan siri yang lebih mewah, "Citation" dan "Corsair" yang dibina berasaskan badan kereta Mercury yang lebih besar. Pada 1958, sebuah sedan Ranger dua pintu berharga $2,484 dan konvertibel Citation pula berharga $3,766.






Siri kenderaan yang ditawarkan oleh Edsel

Untuk ramai pengguna, kereta itu lansung tidak dapat memenuhi harapan dan jangkaan mereka. Sehinggakan pemberian percuma 1,000 ekor anak kuda juga gagal menarik pembeli. Walaupun berdepan dengan cabaran yang sangat besar, bahagian korporat yang bertanggung jawab keatas pemasaran Edsel tetap berusaha mempromosikan Edsel. Iklan-iklan dalam media bercetak diteruskan, kali ini dengan tag line "This is the Edsel".


















Iklan-iklan Edsel pada tahun 1957 dan 1958

Sebulan selepas E-Day, Ford telah menaja dan menyiarkan sebuah rancangan tv bagi mempromosikan Edsel. Rancangan yang bertajuk "The Edsel Show" itu ditayangkan melalui saluran CBS, dan membariskan bintang-bintang popular Bing Crosby, Frank Sinatra, Bob Hope, Louis Armstrong dan Rosemary Clooney. Sepanjang rancangan itu terdapat tiga iklan Edsel, 2 minit setengah setiap satu, ditayangkan di antara slot-slot nyanyian jazz dan pop terhebat pernah ditayangkan di kaca televisyen sehingga masa itu. Ia mendapat sambutan hebat dari 50 juta penonton (30% dari seluruh penduduk Amerika pada masa itu), malangnya tiada siapa pun yang mengendahkan promosi kereta yang menjadi nama program itu.

Pembukaan Edsel Show :


Rosemary Clooney menceritakan tentang pengalamannya pada hari selepas penggambaran rancangan itu, "Saya keluar daripada bangunan CBS, menaiki tangga ke jalan dimana Edsel ungu saya sedang menanti. Encik Ford pula di belakang saya menuju ke Edselnya. Saya mencapai pemegang pintu kereta untuk membuka pintu dan pemegang itu tertanggal! Saya terus pergi kepada Encik Ford dan menunjukkan pemegang yang tercabut itu sambil berkata, "Tentang kereta awak..." ".

Iklan-iklan Edsel (1958) :


















Iklan-iklan percetakan Edsel pada tahun 1959

Video-video iklan pengurangan harga Edsel (1959) :





Edsel diberhentikan :
Mengikut The Standard Catalogue of American Cars, pengeluaran Edsel pada tahun 1958 sebanyak 63,110 unit telah turun menjunam pada tahun 1959 dengan hanya sebanyak 44,891 unit. Ford kemudian mengumumkan berakhirnya program Edsel pada hari Khamis, 19 November, 1959. Walau bagaimanapun, pengeluaran berterusan sehingga lewat pada bulan November. Pada tahun 1960, hanya 2,846 unit sahaja yang telah dikeluarkan.

Jumlah pengeluaran sepanjang tiga tahun hayat Edsel adalah sebanyak 116,000 unit, kurang dari separuh dari jumlah untuk syarikat tersebut memulangkan modal. Ford terpaksa menanggung kerugian sebanyak $350 juta akibat Edsel ($ 2.8 bilion pada nilai dolar tahun 2016). Kerugian $250 juta terletak pada pembuatan, pengeluaran dan pemasaran Edsel.

Berikutan kerugian besar ini, rata-rata orang hari ini mengingati E-Day sebagai kegagalan terbesar dalam sejarah pemasaran automobil.

Punca-punca kegagalan Edsel :

1. Kempen pengiklanan besar-besaran yang melangkaui kemampuan Ford sehingga tidak dapat memenuhi jangkaan dan harapan orang ramai.

2. Kereta yang tidak bertepatan dengan masa.
Akhir 1950an adalah masa permulaan kemelesetan ekonomi yang teruk, jadi orang ramai lebih cenderung membeli kereta yang lebih kecil dan menjimatkan. GM dan Chrysler pada masa itu mengeluarkan kereta-kereta ekonomi, dan Edsel pula menggayakan harga yang mahal, dengan tiada penjimatan minyak dan stail kereta yang rumit dan berlebih-lebihan.

3. Nama Edsel itu sendiri.
Sebagai penghormatan kepada pengasas syarikat Ford, kakitangan pemasaran mebuat keputusan untuk menamakan model kereta ini dengan nama anak pertama Henry dan Clara Ford, Edsel Bryant Ford. Anak Edsel sendiri tidak bersetuju dengan penamaan itu. Padanya nama Edsel tiada cacat celanya bagi seorang manusia yang bermaruah, tetapi nama yang agak lemah bagi sebuah kereta berharga pertengahan dan berkuasa tinggi.

4. Pengasingan jenama Ford dan Edsel
Kerana Ford Motors mahukan Edsel dijadikan bahagian korporat yang berasingan, Ford telah bertungkus lumus supaya kereta itu tidak dikaitkan lansung dengan Ford. Perkataan Ford tidak kelihatan dimana-mana pada kereta Edsel. Ini juga mungkin satu kesilapan yang besar kerana telah membuatkan ianya mustahil untuk kereta jenama baru itu memanfaatkan kejayaan jenama kereta Ford yang terkemuka.

5. Kualiti yang rendah
Kerana kereta-kereta Edsel dibina di kilang-kilang biasa Ford, pekerja-pekerja Ford tidak bersemangat untuk membina kenderaan "orang lain". Mereka juga tidak berpengalaman mengendalikan gejet-gejet baru yang digunakan dalam proses pembuatan Edsel. Kualiti tidak menjadi keutamaan lalu banyak kereta Edsel telah dikeluarkan dan dihantar dengan kecacatan dan bahagian-bahagian yang hilang.

Pada kelajuan lebuh raya, hiasan hood yang terkenal itu cenderung itu tertanggal  dan terbang ke arah kaca hadapan kereta.

6. Kerumitan membaiki
Walaupun Edsel menawarkan pembaharuan seperti transmisi butang tekan (teletouch transmission), pemandu perlu menukar gear dengan cara menekan butang di stereng, satu sistem yang sukar difahami pada masa itu.

Kerana butang-butang itu terletak di stereng, sebuah reka bentuk dan sistem yang kompleks diperlukan untuk membolehkan pusat kawalan yang berpusing itu berkomunikasi dengan sistem transmisi. Kebanyakan mekanik tidak mempunyai idea bagaimana untuk membaiki gejet-gejet seperti itu.


Stereng Edsel


Antara pembaharuan oleh Edsel

7. Hodoh
Kebanyakan pengunjung mengatakan bahawa kereta itu nampak unik, tapi bukan dalam erti kata yang baik. Seorang wartawan membandingkan cincin kolar kuda ditengah-tengah gril hadapan kereta itu seperti "sebuah Pontiac sedang menolak tempat duduk toilet", manakala yang lain pula mengatakan ia kelihatan seperti "kereta lama yang sedang menghisap lemon".

Edsel Corsair 1959 pada hari ini :


Sumber :





Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2016 04:59 PM | Show all posts
Edited by luna.millieu at 5-9-2016 05:01 PM

5 September, 1885
Pam isi minyak pertama dicipta dan dijual

Pam isi minyak pertama telah dicipta dan dijual kepada sebuah kedai runcit milik Jake Gumper oleh Sylvanus Bowser di Fort Wayne, Indiana pada 5 September 1885. Walau bagaimanapun pam ini tidak digunakan untuk kereta, kerana pada masa ini kereta belum lagi dicipta. Sebaliknya ia digunakan untuk lampu minyak tanah dan dapur-dapur minyak.


Sylvanus Freelove Bowser (8 August 1854 – 3 October 1938)


Kedai runcit yang menjual minyak

Ciptaan Bowser sangat boleh diharap untuk mengukur dan menyalurkan keluar minyak tanah (produk yang mempunyai permintaan yang tinggi selama setengah abad) dengan baik, dan ia segera berubah menjadi pam petrol bermeter. Dengan kejayaan popular oleh pam yang dijual kepada kedai runcit Jake Gumper ini, Bowser menubuhkan S. F. Bowser & Company dan pam ciptaannya dipatenkan pada akhir Oktober 1887.


Paten pam isi minyak Bowser pada 25 Oktober 1887

Ciptaan asal pam Bowser mempunyai sebuah tong besi empat segi dengan kabinet kayu yang dilengkapi pam sedutan yang dikendalikan dengan kayu pengepam tangan. Pada awal 1905 Bowser telah memperbaiki lagi pamnya dengan menambah langkah-langkah keselamatan, dan juga dengan menambah hos untuk supaya minyak dapat dialirkan terus ke dalam kereta. Model 102 "Chief Sentry" dengan lindungan "clamshell" dihasilkan tidak lama selepas itu. Menjelang 1905, "Self-Measuring Gasoline Storage Pump" ciptaan Bowser dikenali oleh pengguna jalan raya sebagai "filling station" (stesen minyak).


Iklan pam isi minyak Bowser pada 6 Disember 1902 dalam majalah "The Automobile"


Iklan pam isi minyak "Chief Sentry" dalam majalah "Automotive Trade Journal", September 1921


Pam isi minyak "Chief Sentry" di stesen minyak Penn Oil Co. di Washington DC pada tahun 1920


"Self Measuring Gasoline Storage Pump" yang segera digelar "filling stations".
Penutup "clam shell" bahagian atas pam ditutup untuk keselamatan semasa tidak digunakan.


Evolusi awal pam isi minyak dari 1915 ke 1935

Dengan kelahiran pesaing-pesaing lain seperti Wayne Pump Company dan Tokheim Oil Tank & Pump Company, bandar Fort Wayne segera menjadi pusat pengeluaran pam minyak utama dunia. Dalam perkembangan yang pesat dalam bidang pengepaman minyak, stesen minyak moden pertama telah dibuka oleh Gulf Refining Company di persimpangan Baum Boulevard dan St Clair Street di Pittsburgh, Pennsylvania pada 1 Disember 1913.

Berbeza dengan pam minyak yang hanya diletakkan di tepi-tepi jalan, stesen minyak ini dilengkapi dengan fasiliti terbuka berbentuk pagoda yang menawarkan khidmat angin percuma, pengisian air, servis enjin dan pemasangan tayar dan tiub. Stesen minyak Gulf ini mempunyai seorang pengurus dan empat orang attendant yang sedia memberi perkhidmatan bila pelanggan singgah berhenti. Bumbungnya yang diterangi lampu-lampu juga memberikan perlindungan dari cuaca buruk kepada pelanggan.

Sehingga sekitar tahun 1925, Gulf Refining Company adalah satu-satunya syarikat minyak yang mengeluarkan dan menjual peta cawangan-cawangan stesen minyak mereka.


Pam minyak tradisional di tepi-tepi jalan


Stesen servis pertama yang dibuka oleh Gulf Refining Company di Pittsburg, Pennsylvania


Contoh peta yang dijual oleh Gulf Refining Company


Gaya para attendant di stesen isi minyak Sinclair

Untuk beberapa lama, perkataan 'Bowser' merujuk kepada pam minyak. Walaupun panggilan ini tidak digunakan lagi di Amerika kecuali bagi trak-trak yang mengangkut minyak kepada kapal-kapal terbang di lapangan terbang, panggilan ini kadang-kadang masih digunakan lagi di Australia dan New Zealand.

Bermula dengan ciptaan Bowser, hari ini stesen minyak yang menyediakan pelbagai servis mudah dijumpai hampir dimana-mana sahaja.



Video sejarah ringkas pam isi minyak :


Jack Bowser, anak saudara kepada Sylvanus F. Bowser menceritakan tentang koleksi pam minyaknya :


Sumber :
http://theoldmotor.com/?p=126375

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2016 05:20 PM | Show all posts
Edited by luna.millieu at 5-9-2016 05:26 PM

5 September, 1944
Mad Tuesday (Dolle Dinsdag)

Selepas pemerdekaan Paris, Tentera Bersekutu (Allied forces) bergerak dengan pantas menghala ke sempadan Jerman melalui Belgium ke arah Belanda. Setelah berjaya mengambil semula Brussels dan Antwerp di Belgium, Tentera Bersekutu disangka telah memasuki Belanda. Ditambah lagi pengumuman dari Perdana Menteri yang sedang dalam pelarian menyatakan kononnya bandar Breda di selatan Belanda sudah dimerdekakan, ramai orang menyangka bahawa mereka akan dimerdekakan oleh Tentera Bersekutu pada bila-bila masa.


Muka depan akhbar 5 September 1944


Askar-askar Jerman yang ditahan diarak di bandar Antwerp


Ahli batalion ke-5 semasa misi memerdekakan Belanda, 1944

Video berita Tentera Bersatu mula memerdekakan selatan Belanda :



Tidak ada sesiapa pun yang menyemak kembali kebenaran khabar angin ini, termasuk pihak Nazi. Komander Jerman untuk Belanda, Dr. Seyss-Inquart mengumumkan "State of Siege" keatas Belanda dan menerbitkan kata-kata amaran pada pagi 5 September : "Masyarakat mesti mengekalkan ketenteraman. Dilarang sama sekali meninggalkan kawasan yang diancam pihak lawan. Semua arahan daripada komander tentera mesti dipatuhi tanpa soal. Apa-apa tentangan kepada kuasa pendudukan (occupation forces, Nazi) akan dimatikan dengan kekuatan senjata. Sebarang percubaan untuk bersahabat dengan musuh atau untuk menghalang kerajaan Reich Jerman dan sekutunya dalam apa-apa bentuk akan ditangani dengan keras; pesalah akan ditembak. "

Walaupun kata-kata ini memberi gambaran bahawa tentera Nazi bersedia kekal di tempat mereka dan berjuang selagi mampu, terdapat tanda-tanda yang mereka sebenarnya sedang bersedia untuk melakukan yang sebaliknya.

Di sekitar Pieter de Hooghstraat kelihatan asap berkepul-kepul keluar dari cerobong-cerobong asap bangunan-bangunan yang diduduki oleh polis keselamatan Jerman dan angkatan tentera laut Jerman. Sangat jelas yang mereka sebenarnya sedang membakar dokumen-dokumen sensitif dan bukti-bukti yang boleh menyebabkan mereka bersalah. Manakala di Hertogenbosch, tahanan-tahanan dialihkan dan kem tahanan Herzogenbusch ditutup.


Pagar elektrik dan menara tinjau di kem tahanan Herzogenbusch


Kem tahanan Herzogenbusch pada tahun 1945

Pembelot-pembelot Belanda sudah dapat mengagak nasib mereka jika mereka tidak lari bersama-sama askar Jerman. Ketakutan, ada diantara mereka yang menghubungi pihak-pihak berkuasa dengan harapan mendapat pengangkutan ke arah timur bersama-sama dengan tentera Jerman. Setelah merampas barangan dari rumah-rumah rakyat Belanda yang mereka duduki dan setelah membakar rekod-rekod penting, pembelot-pembelot Belanda dan askar-askar Jerman mula meninggalkan bandar secara berkonvoi. Seramai 60,000 ke 65,000 orang pembelot-pembelot Belanda (National Socialist Movement in the Netherlands, NSB) dan tentera Jerman telah lari meninggalkan Belanda menuju ke Jerman pada hari ini.


Pembelot-pembelot menunggu keretapi untuk lari ke Jerman


Melarikan diri membawa barang rampasan dengan kereta sorong 3 roda


Senjata-senjata yang telah ditinggalkan oleh askar Jerman semasa melarikan diri pada Mad Tuesday

Video suasana Mad Tuesday :




Di jalan-jalan ramai rakyat Belanda bergembira meraikan berita ini sambil membuat persiapan untuk bersorak menyambut kedatangan Tentera Bersekutu yang bakal membebaskan mereka dari kekejaman Nazi. Bendera-bendera Belanda dan panji-panji Orange disiap sediakan, dan ramai pekerja meninggalkan tempat kerja mereka untuk menunggu ketibaan Tentera Bersekutu. Malangnya kemaraan Tentera Bersekutu tidak dapat diteruskan kerana mereka telah menghabiskan kuasa ketenteraan mereka dan terpaksa berhenti di selatan Belanda. Bahagian utara Belanda terpaksa menunggu sehingga 5 Mei 1945 untuk hari pembebasan sebenar mereka.


Rakyat Belanda bergembira meraikan berita kemaraan Tentera Bersekutu


Rakyat Belanda menanti ketibaan Tentera Bersekutu ditepi-tepi jalan

Kejadian Mad Tuesday ini telah berjaya mencetuskan "mogok keretapi" bermula dari 17 September 1944. Seramai 30,000 pekerja keretapi telah lari menyembunyikan diri dengan bantuan kewangan dari London dan menyebabkan pihak Jerman lebih panik.  Halangan perjalanan keretapi untuk bahan industri dan bekalan keluar masuk telah menyukarkan Jerman untuk mempertahankan kawasan yang masih lagi mereka kuasai.


Sumber :



Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2016 08:09 PM | Show all posts
Edited by luna.millieu at 6-9-2016 05:09 PM

September 5, 1972
Munich Massacre di temasya Sukan Olimpik 1972

Temasya Sukan  Olimpik 1972 telah berlansung di Munich, Jerman Barat pada 26 Ogos ke 11 September  tahun itu. Pada minggu kedua temasya itu, 8 orang pengganas  Palestin dari kumpulan "Black September" telah menyelinap masuk  ke perkampungan Olimpik dan membunuh 2 anggota pasukan Olimpik Israel dan  mengambil 9 yang lain sebagai tebusan. Keadaan malang itu berakhir  dengan pertempuran senjata api yang besar, menyebabkan kematian  kesemua 9 tebusan dan 5 orang pengganas.
Kejadian ini juga dikenali sebagai "1972 Olympics  Massacre".



Anggota Black September :
Anggota Black September yang terlibat dalam kejadian Munich  Massacre ini adalah Luttif Afif (dikenali sebagai Issa) selaku ketua, penolongnya Yusuf Nazzal (dikenali sebagai Tony), dan ahli-ahli baru Afif Ahmed Hamid, Khalid Jamal, Ahmed Chic Thaa, Mohammed Safady, Adnan Al-Gashey dan sepupunya Jamal Al-Gashey. Dikatakan kesemua mereka telah bekerja di merata-rata bahagian  perkampungan Olimpik, menggunakan hari-hari awal mengintip target.

Antara anggota Black September yang dikatakan terlibat dalam  Munich Massacre

Wajah Luttif Afif (Issa) yang dikatakan diambil semasa autopsi

Kronologi pencerobohan dan penawanan atlet:
Hari-hari awal temasya sukan itu berjalan dengan lancar.
Sedikit selepas jam 04:00 pagi 5 September, ketika atlet sedang  tidur, 8 orang pengganas dari kumpulan Black September yang membawa beg yang sarat dengan  senapang AKM, pistol Tokarev, dan bom tangan telah menyelinap masuk dengan  melangkaui pagar setinggi 2m yang mengelilingi perkampungan Olimpik. Para  pengganas tersebut terus menuju ke 31 Connollystrasse, bangunan di mana  kontinjen Israel tinggal.

Bangunan yang didiami kontinjen Israel di 31 Connollystrasse

Sekitar jam 4:30pagi, pengganas memasuki bangunan.
Yossef Gutfreund, seorang pengadil acara gusti, dikejutkan oleh bunyi cakaran di pintu  Apartment 1 yang menempatkan jurulatih dan pegawai kontinjen Israel. Semasa pergi  melihat dia ternampak pintu sedang dibuka oleh orang-orang bertopeng dan  memegang senapang. Dia menjerit untuk memberi  amaran kepada rakan-rakan  sebiliknya yang sedang tidur. Dia mencampakkan dirinya yang seberat 135 kg kearah  pintu untuk menghalang penceroboh-penceroboh itu daripada masuk tetapi gagal.

Mendengar jeritan  Gutfreund, jurulatih angkat berat Tuvia Sokolovsky, sempat memecahkan tingkap  dan melarikan diri. Jurulatih gusti Moshe Weinberg cuba melawan  pengganas-pengganas tersebut tetapi ditembak pipinya dan dia dipaksa membantu mencari lebih tebusan. Weinberg membawa mereka ke Apertment 3, dengan harapan  atlet-atlet gusti dan angkat berat di sana dapat melawan para pengganas  tetapi mereka semua berada dalam keadaan terkejut dari tidur. Para  pengganas mengumpulkan ke semua atlet tersebut dan membawa mereka ke  Apartment 1.

Dalam perjalanan ke Apartment 1 Weinberg sekali lagi menyerang lelaki-lelaki bersenjata itu, membolehkan seorang ahli gusti, Gad Tsobari melarikan diri melalui garaj bawah tanah.  Weinberg berjaya menolak salah seorang pengganas sehingga  pengganas itu jatuh tidak sedarkan diri. Weinberg menikamnya dengan sebilah pisau sebelum dia ditembak mati.  Atlet angkat berat Yossef Romano juga menyerang dan mencederakan salah seorang pengganas sebelum ditembak dan dibunuh. Dalam laporan New York  Times bertarikh 1 Disember 2015, dilaporkan bahawa Yossef Romano telah dipotong  alat sulitnya selepas dia ditembak.


Jurulatih gusti Moshe Weinberg


Atlet angkat berat Yossef Romano, gambar diambil pada 14Ogos

Pengganas sekarang mempunyai 9 orang tebusan: pengadil acara gusti Yossef Gutfreund, peserta angkat berat David Berger dan Ze'ev Friedman, peserta gusti Eliezer Halfin dan Mark Slavin, jurulatih sukan trek Amitzur Shapira, jurulatih sukan menembak Kehat Shorr, jurulatih sukan lawan pedang Andre Spitzer, dan hakim angkat berat  Yakov Springer. Semua tawanan diikat dan mayat Romano yang dipenuhi peluru  diletakkan di kaki mereka sebagai amaran.


Ankie Spitzer, balu kepada jurulatih sukan pedang Andre Spitzer memerhatikan keadaan biliktebusan selepas kejadian

Kebuntuan :
Menjelang jam  05:10 pagi, pihak polis telah dimaklumkan dan berita serangan itu mula tersebar  di seluruh dunia. Pihak pengganas telah mencampakkan senarai tuntutan mereka ke  luar tingkap; mereka mahu 234 orang tahanan Palestin dan bukan Arab dibebaskan  dari penjara Israel dan 2 orang Jerman pengasas Red Army Faction dibebaskan  dari penjara Jerman sebelum jam 09:00 pagi. Mereka kemudian mencampakkan mayat  Weinberg ke  luar pintu hadapan kediaman untuk menunjukkan keazaman mereka.  
Tindak balas Israel adalah serta-merta dan mutlak: Tidak akan ada rundingan.

Ketua Polis  Munich, Manfred Schreiber dan Menteri Dalam Negeri Bavaria, Bruno Merk, telah  berunding secara langsung dengan para pengganas dan menawarkan pemberian wang  tanpa had. Pengganas menjawab "Wang tidak bermakna  apa-apa kepada kami. Nyawa kami tidak bermakna apa-apa kepada kami".  Tetapi para perunding berjaya meyakinkan pengganas bahawa tuntutan asal mereka sedang diambil berat membuatkan Issa bersetuju melanjutkan waktu  deadline sebanyak 5 kali ke waktu tengahari, jam 13:00, 15:00 dan akhirnya ke jam  17:00 petang.

Pengganas bertopeng memerhatikan keadaan luar dari balkoni kediaman para tebusan

Seorang lagi  pengganas dipercayai Issa menjenguk keluar dari tingkap apartment

Rundingan melalui  tingkap diantara pengganas dan pihak berkuasa

Menteri Dalam  Negeri Bavaria, Bruno Merk di balkoni apartment kediaman tebusan


Kumpulan wartawan memenuhi sekeliling apartment tebusan

Orang ramai yang datang  untuk menyaksikan kejadian

Di kawasan lain  perkampungan Olimpik, para atlet lain menjalani aktiviti harian mereka seperti  biasa seolah-olah tidak tahu atau tidak kesah tentang peristiwa yang berlaku  berhampiran dengan mereka. Acara Olimpik berterusan seperti biasa  sehinggalah IOC (International Olympic Committee) menerima tekanan yang kuat  dan terpaksa menggantungkan acara-acara sukan pada kira-kira 12 jam selepas  atlet pertama (Moshe Weinberg) dibunuh.

Operation Sunshine :
Pada jam 16:30  petang, sekumpulan skuad polis Jerman yang terdiri dari 38 orang telah dihantar  ke perkampungan Olimpik. Mereka merancang untuk turun dari lorong pengudaraan  dan membunuh pengganas-pengganas itu. Pihak polis tersebut telah mengambil  kedudukan dan menunggu kata kunci "Sunshine" sebelum serangan dimulakan.

Anggota polis menuju ke apartment tebusan


Anggota polis  berbaju sukan bersedia mengambil tempat

Seorang anggotapolis menunggu untuk bertindak

Dalam masa yang  sama, krew kamera sedang merakam tindakan polis dari pangsapuri berdekatan. Siaran secara lansung imej-imej tersebut menyebabkan para  pengganas dapat melihat dari kaca televisyen keadaan polis yang sedang bersedia  untuk menyerang. Issa mengugut untuk membunuh 2 lagi tebusan, memaksa polis  berundur dari premis itu.

Perundingan  secara lansung :
Satu ketika  semasa krisis, pihak Jerman menuntut hubungan secara langsung dengan  tebusan sebagai jaminan tebusan Israel masih hidup.  Jurulatih sukan lawan pedang, Andre Spitzer, dan jurulatih sukan menembak,  Kehat Shorr diberi kebenaran untuk berbual ringkas dengan para pegawai Jerman dari tepi tingkap tingkat 2 bangunan sambil 2 orang pengganas mengacukan  senjata pada mereka. Apabila Spitzer cuba menjawab soalan, dia telah dihentak  dengan punggung AK-47 dan ditarik masuk. Adegan itu telah disiarkan secara  lansung oleh kamera-kamera televisyen antarabangsa.

Tebusan IsraelKehat Shorr (kiri) dan Andre Spitzer (kanan)
sedangbercakap dengan para pegawaiJerman sebelum ditarik masuk oleh pengganas

Beberapa minit  kemudian, Hans-Dietrich Genscher dan Walter Tröger, datuk bandar Perkampungan  Olimpik, dibenarkan masuk ke dalam pangsapuri untuk bercakap sebentar dengan para tebusan. Tröger memberitahu bahawa beberapa tebusan, terutama  Gutfreund, menunjukkan tanda-tanda penderaan fizikal, dan David  Berger telah ditembak di bahu kirinya. Genscher dan Tröger juga berkata mereka telah melihat "4 atau 5" pengganas di dalam  apartment tersebut.

Pada jam 18:00  petang, pihak pengganas mengeluarkan tuntutan baru, mereka mahu diterbangkan ke Kaherah, Mesir. Pihak berkuasa berpura-pura menerima tuntutan  mereka. 2 buah helikopter tentera Bell UH-1 diatur untuk mengangkut para  pengganas dan tebusan ke Fürstenfeldbruck, sebuah pengkalan udara NATO  berhampiran.

Helikopter diperkampungan Olimpik

Serangan hendap garaj bawah tanah:
Menyedari kumpulan pengganas dan tebusan terpaksa berjalan 200 meter melalui garaj  bawah tanah untuk sampai ke helikopter, polis Jerman mengambil  peluang untuk menyerang hendap  dengan meletakkan beberapa  penembak tepat (sharpshooters) di laluan tersebut. Tetapi Issa berkeras mahu  memeriksa laluan sebelum bergerak bersama-sama tebusan ke helikopter.

Para anggotapolis sedang bersembunyidi laluan bawah tanah untuk ke helikopter

Issa dan beberapa pengganas yang lain berjalan dengan menujukan AK-47  ke arah Schreiber, Tröger and Genscher. Apabila pengganas datang menghampiri, pihak polis yang bersembunyi telah membuat bising semasa menjauhkan diri dari  pengganas. Serta merta sedar akan bahaya yang menanti mereka, pengganas  menuntut pengangkutan bas untuk ke helikopter. Bas  tiba pada jam 22:00 malam. Issa memeriksa bas sebelum  menaiki bas secara berkumpulan.

Bas yang membawa para pengganas dan tebusan ke helikopter

Serangan bersenjata di lapangan terbang :
Pihak berkuasa mendahului kumpulan pengganas dan tebusan dengan menaiki helikopter ketiga, dengan rancangan serangan bersenjata di lapangan terbang.  5 anggota tentera  Jerman telah ditempatkan di sekitar lapangan terbang sebagai snipers; 3 di atas  bumbung menara kawalan, seorang bersembunyi di sebalik sebuah trak perkhidmatan  dan seorang lagi di belakang sebuah menara isyarat kecil. Walau bagaimanapun tiada  seorang pun dari mereka pernah menerima latihan sniper, dan mereka tidak  dibekalkan dengan senjata yang sesuai; hanya senapang serangan biasa tanpa pengintai mahupun bantuan penglihatan malam.

Sebuah kapal terbang Boeing 727 diletakkan di landasan dengan 16 orang polis Jerman  berpakaian seperti anak-anak kapal penerbangan di dalamnya. Rancangan  awal serangan ialah anggota-anggota polis yang menyamar itu  akan menguasai Issa dan Tony ketika mereka naik memeriksa kapal terbang,  memberi peluang para snipers membunuh pengganas yang tinggal  di helikopter. Rancangan ini dibuat berpandukan bilangan pengganas yang  dilaporkan oleh Genscher and Tröger, tetapi  maklumat ini terbukti salah apabila mereka mendapati bilangan sebenar pengganas adalah seramai 8 orang ketika  mereka menaiki bas ke helikopter.

Pada minit-minit  akhir, sedang helikopter yang membawa kumpulan pengganas dan tebusan bakal mendarat, pasukan polis yang menyamar sebagai anak-anak kapal telah membuat undian untuk membatalkan  misi tanpa berunding dengan pusat arahan (central command). Tinggal hanya 5 snipers sahaja untuk menguasai kumpulan pengganas yang lebih ramai dan bersenjata.

Helikopter  mendarat sejurus selepas jam 22:30 malam. 4 daripada pengganas  mengacukan pistol kearah para juruterbang sementara Issa  dan Tony pergi memeriksa pesawat dan mendapati pesawat itu kosong. Menyedari  mereka telah diperangkap, mereka memecut kembali ke arah helikopter.

Semasa mereka  berlari lalu menara kawalan, Sniper 3 mengambil peluang terakhir untuk  menghapuskan Issa. Disebabkan kurang cahaya, Issa gagal ditembak dengan tepat. Peluru sebaliknya mengenai  peha Tony. Sementara itu pihak berkuasa Jerman telah memberikan perintah kepada  sniper lain yang berdekatan supaya membuka tembakan. Ini berlaku kira-kira jam 23:00 malam.

Dalam kekacauan  itu 2 pengganas yang menjaga para juruterbang helikopter terbunuh,  sementara pengganas lain  bergegas melindungi diri,  membalas tembakan dari belakang dan bawah helikopter, di luar pandangan para sniper. Para juruterbang  helikopter melarikan diri; para tebusan yang dalam keadaan terikat di dalam  pesawat, cuba melonggarkan ikatan tetapi gagal dan tidak dapat melarikan diri.

Pembunuhan  beramai-ramai :
Pihak Jerman yang  tidak memanggil bantuan kereta perisai dari awal, baru memanggilnya selepas  adegan tembak-menembak ini berlaku. Kerana jalan raya menuju ke lapangan terbang  tidak dikosongkan, mereka tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas dan hanya  tiba pada sekitar waktu tengah malam. Melihatkan ketibaan kereta perisai para  pengganas semakin panik.

Kereta perisai  tiba

4 minit selepas  tengah malam 6 September, salah seorang daripada pengganas (mungkin Issa)  mengalihkan perhatiannya kepada para tebusan dalam helikopter timur (pertama) dan  menembak semua tebusan dengan senapang Kalashnikov dari jarak 'point-blank'. Pengganas kemudian mencampakkan bom tangan ke dalam kokpit; letupan berikutnya memusnahkan helikopter dan  membakar para tebusan yang terikat di dalam.

Daripada 4  tebusan yang berada di helikopter timur, hanya mayat Ze'ev Friedman sahaja yang  tidak banyak kerosakan kerana telah tercampak jauh dari helikopter sewaktu letupan.  Dalam beberapa kes, punca sebenar kematian bagi para tebusan dalam helikopter  timur adalah sukar untuk dipastikan kerana mayat-mayat mereka telah terbakar  sehingga tidak dapat dikenali sama sekali.


Para atlet Israel yangterkorban di dalam helikopter timur


Keadaan bangkaihelikopter selepas kejadian

Issa kemudian  berlari melintasi landasan sambil menembak ke arah polis yang membunuhnya  dengan tembakan balas. Seorang lagi pengganas, Khalid Jamal, cuba melarikan  diri tetapi telah ditembak mati oleh salah seorang sniper.

Apa yang berlaku  kepada tebusan yang berada di dalam helikopter barat (kedua) masih lagi dipertikaikan. Siasatan  polis Jerman menunjukkan salah seorang daripada snipers mereka  dan beberapa orang tebusan mungkin telah ditembak secara tidak sengaja oleh pihak  polis. Walau bagaimanapun sususan kembali laporan pihak pendakwa Bavaria yang  dilakukan oleh Time Magazine mendapati, pengganas ketiga Adnan Al-Gashey yang  berdiri di pintu helikopter barat telah menembak semua 5 tebusan secara sapuan dengan machine gun.


Para atlet Israel yangterkorban di dalam helikopter barat


Keadaan tempat duduk helikopter selepas kejadian

3 pengganas yang masih hidup terbaring di atas tanah dan  ketiga-tiga mereka telah ditangkap polis. Tony melarikan diri dari tempat  kejadian, tetapi telah dikesan dengan anjing polis 40 minit kemudian di tempat  meletak kereta lapangan terbang. Dikepung dan dihujani gas pemedih mata, dia  ditembak mati selepas adegan tembak-menembak yang ringkas. Sekitar 01:30 pagi pada 6 September, kemelut Olimpik ini pun  berakhir.

Keadaan landasan  lapangan terbang selepas kejadian

Kesudahan :
Dalam kekeliruan maklumat, laporan berita awal yang  disiarkan di seluruh dunia mengatakan bahawa semua tebusan masih hidup, dan  semua penyerang terbunuh. Tetapi pada jam 03:24 pagi, pengulas sukan Olimpik  bagi saluran ABC (American Broadcasting Company), Jim McKay menerima pengesahan  rasmi dan menyampaikan kepada para penonton bahawa semua tebusan telah terkorban.


Laporan awal yang mengatakan tebusan terselamat

Liputan Jim McKay melaporkan tentang situasi tebusan Olimpik 1972 :



Muka depan akhbar The Sun edisi istimewa 6 September 1972


Muka depan akhbar Daily News 6 September 1972


Muka-muka depan akhbar Jerman 6 September 1972


Warta berita di saluran ABC oleh Howard K. Smith :



Temasya sukan Olimpik yang digantung sementara waktu  disambung semula selepas itu. Pada 6 September, upacara memorial yang dihadiri  oleh 80,000 penonton dan 3,000 atlet telah diadakan di Stadium Olimpik. Bendera  Olimpik dikibarkan separuh tiang, bersama-sama dengan bendera kebanyakan  negara-negara lain yang menyertai temasya sukan itu.

Upacara memorial pada 6 September di Stadium Olimpik, Munich

Pada hari yang  sama kontinjen Israel yang terselamat telah menarik diri dari permainan dan  meninggalkan Munich. Perenang Amerika berketurunan Yahudi, Mark Spitz yang  sudah selesai bertanding telah meninggalkan Munich semasa krisis tebusan sedang  berlaku. Pasukan Mesir meninggalkan temasya sukan itu pada 7 September. Pasukan  Filipina dan Algeria, bersama-sama beberapa ahli pasukan Belanda dan Norway  juga turut mengangkat kaki.

Kelima-lima mayat  pengganas yang terbunuh telah dihantar ke Libya. Mayat mereka disambut  dan dikebumikan sebagai pahlawan serta dianugerahkan penghormatan ketenteraan  sepenuhnya. Pada 8 September, sebagai reaksi kepada tragedi ini, beberapa kapal terbang Israel telah mengebom 10  pengkalan PLO (Palestine Liberation Organization) di Syria dan Lubnan, membunuh  seramai 200 orang.

3 lagi ahli Black  September yang masih hidup, Mohammed Safady, Adnan Al-Gashey, dan Jamal  Al-Gashey telah ditahan di penjara Munich untuk perbicaraan. Pada 29 Oktober,  pesawat Lufthansa 615 telah dirampas dan diugut akan dibom jika 3 pengganas ini  tidak dibebaskan. Ketiga-tiga mereka dibebaskan serta merta oleh pihak Jerman  Barat dan menerima sambutan pulang besar-besaran sebaik sahaja tiba di Libya.  Mereka kemudian mengadakan satu sidang akhbar untuk bercerita tentang operasi mereka di sukan Olimpik tersebut.

3 ahli BlackSeptember semasa persidangan akhbar di Libya

Jamal Al-Gashey(tengah) berkata dia bangga dengan apa yang telah dilakukan di Munich kerana  sekarang semua orang tahu tentang Palestin, sedangkan sebelumnya tiada siapa  pedulikan Palestin

Beberapa filem  telah diterbitkan berdasarkan kejadian ini. Salah satunya ialah  "One Day In September" arahan Kevin Macdonald yang diterbitkan pada  tahun 1999 telah memenangi 'Academy Award for Best Documentary Feature' pada  tahun 2000.

Video pengenalan "One Day in September" :


"One Day in September"  trailer :


Selain memorial lain di sekeliling Taman Olimpik Munich, sebuah  plak memorial telah diletakkan di pintu masuk bangunan kediaman kontinjen  Israel semasa Olimpik 1972.

Plak memorial di bekas perkampungan Olimpik 31  Connollystrasse

Bangunan apartment Connollystraße 31 pada Julai 2014 :


Sumber :


Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2016 03:55 PM | Show all posts
6 September 1899
Tin pertama susu Carnation dihasilkan

Pada 6 September 1899, susu Carnation telah dihasilkan buat kali pertama di Kent, Washington State, USA.



Lahirnya susu sejat Carnation :
Pada tahun 1898, Washington Condensed Milk Company telah menubuhkan sebuah kilang susu pekat di Kent, Washington. Dalam masa satu tahun setengah syarikat itu menjadi muflis. Pacific Coast Condensed Milk Company yang ditubuhkan oleh Elbridge Amos Stuart (1856-1944), memperolehi kilang itu dan jenteranya, dan pada 6 September 1899, tin pertama susu sejat yang dipanggil Carnation Sterilized Cream dihasilkan di kilang tersebut. Pacific Coast Condensed Milk Company kemudian ditukar nama menjadi Carnation Evaporated Milk Company pada tahun 1901.




Bangunan kilang susu sejat Carnation di Kent dan kakitangannya, sekitar 1899

Berikut adalah catatan Stuart mengenai kilang di Kent itu :
"Kami telah menjumpai sebuah kilang kecil di Kent, Washington yang telah ditubuhkan untuk memproses susu pekat manis. Syarikat itu telah gagal dan jentera dan peralatan telah dibeli dari jualan Sheriff oleh National Bank Pertama Helena, Montana. Kami telah membeli peralatan dengan jumlah sebanyak $ 5000 dan menyewa kilang ini. Kami terpaksa memasang semula jentera dan membuat penambahan tertentu bagi menyesuaikannya dengan pemprosesan susu sejat.
Ketika kami menyiapkan kilang untuk operasi, kami telah mengambil pakar susu Swiss berkelas tinggi yang digelar 'Cheese John' untuk bekerja dengan kami. Dia telah bekerja dengan penternak lembu susu tempatan, mendidik mereka tentang kaedah penghasilan susu segar berkualiti tinggi supaya kami boleh menghasilkan susu sejat berkualiti tinggi.
Pada 6 September 1899, kami menerima kira-kira 5800 paun (2631 kg) susu cecair yang kami telah proses menjadi 55 kotak susu sejat."

Nama sebenar 'Cheese John' ialah John Meyenberg.

Produk Stuart pada masa itu adalah berdasarkan proses yang agak baru dalam penyejatan minuman secara komersial. Dalam masa dimana susu segar masih tidak mudah didapati dan tidak sentiasa boleh diminum, Stuart percaya bahawa terdapat nilai dalam susu bersih. Dia percaya bahawa produknya akan mendapat tempat di rak-rak kedai runcit. Sangkaan Stuart terbukti tepat dan syarikatnya mula mengeluarkan 10,000 paun (4536 kg) susu sejat setiap hari. Dalam masa 2 tahun pengeluaran adalah sehingga 40,000 pound (18144 kg) setiap hari. Kilang di Kent itu memperoleh keuntungan pertama pada tahun 1903.


Artwork asal untuk label susu sejat Carnation oleh Smith & Ritchie.


Label lama susu sejat Carnation

Pelajaran yang telah Stuart perolehi dari ladang bapanya ialah, susu kualiti tinggi cuma akan datang dari lembu-lembu sihat, jadi untuk mengekalkan standard yang terbaik dia telah membekalkan lembu ternak tulen kepada para petani yang menjadi pembekalkan kilangnya.

Untuk lebih memastikan kualiti bekalan tenusunya, Stuart sendiri membuka sebuah ladang di Lembah Snoqualmie pada tahun 1910. Ia dipenuhkan dengan lembu-lembu mahal jenis Holsteins. Ladang ini dinamakan 'Carnation Farm' dan lembu-lembu Carnation memegang rekod pengeluaran susu terbanyak selama 32 tahun. Salah seekor dari lembunya, Segis Pietertje Prospect, menjadi pemegang rekod dunia setelah menghasilkan 37,381 pain (17688 liter) susu semasa 1920. Stuart telah mendirikan sebuah tugu berbentuk lembu untuk meraikan rekod itu.


Poskad vintage yang mengiklankan Carnation Farm


Sekeping lagi poskad lama dengan gambar Carnation Farm


Carnation meraikan rekod penghasilan susu terbanyak


Tugu meraikan rekod dunia yang diraih oleh Segis Pietertje Prospect

Bandar Tolt, Washington ditukar nama kepad Carnation demi meraikan ladang-ladang ternakan dan penyelidikan susu di situ.

Slogan dan Promosi :
Pada tahun 1907 slogan "Carnation Condensed Milk, the milk from contented cows" ("Susu sejat Carnation, susu dari lembu-lembu yang puas hati") telah diperkenalkan. Slogan ini merujuk kepada susu kualiti tinggi yang datang daripada lembu-lembu yang hidup gembira meragut rumput subur Pacific Northwest. Carnation telah menggunakan slogan ini untuk berdekad lamanya.


Iklan tahun 1909 menggunakan slogan 'From contented cows'


Buku resepi 32 mukasurat "The Story of Carnation Milk" yang diterbitkan di  Seattle pada 1915,
menggunakan slogan 'from Contented Cows'


Iklan tahun 1917 dengan slogan 'From Contented Cows'


Iklan tahun 1921 dengan slogan 'From Contented Cows'


Iklan dengan slogan 'From contented cows'


Lagi iklan dengan slogan 'From Contented Cows'

Pada tahun 1950, Carnation telah menaja rancangan radio variety "The Carnation Contented Hour" menerusi saluran CBS (Columbia Broadcasting System). Selaras dengan slogannya "Sesiapa pun, manusia ataupun lembu akan berpuas hati mendengar rancangan ini".


Iklan rancangan radio "The Carnation Contented Hour"

Rancangan radio "The Carnation Contented Hour" dengan Buddy Clark :


Berikutan kemajuan teknologi penyimpanan makanan, permintaan terhadap susu sejat mula menurun. Menangani perubahan ini, Carnation mula mempelbagaikan produknya kepada produk-produk tenusu yang lain. Bermula tahun 1960an, resepi-resepi mula muncul di label-label susu tin Carnation.


Resepi pada label tin susu sejat Carnation


Resepi pada label Carnation Instant Malted Milk

Susu tin Carnation hari ini :
Carnation telah dibeli oleh Nestlé pada 1984 dengan harga $3 billion.
Pada tahun 2006, Nestlé telah menjual perniagaan susu cecairnya di Malaysia, Singapore, Brunei dan Thailand, termasuk jenama Carnation kepada syarikat F&N.
Di Filipina susu tin Carnation (Carnation Evaporated Creamer, Carnation Condensada, dan Milkmaid Sweetened Condensed Milk) masih lagi dijual dibawah garis panduan kualiti  Nestlé menerusi penghasilan dan penjualan oleh Alaska Milk Corporation dalam perjanjian yang dibuat pada 2007.


Label susu Nestlé Carnation dengan logo lama Nestlé


Artwork logo Nestlé baru untuk susu Nestlé Carnation


Label baru susu Nestlé Carnation


Tin susu Nestlé Carnation

Iklan tv susu sejat Carnation, 1958 :


Iklan tv susu sejat Carnation, 1960 :


Iklan susu Carnation Malaysia 1985 :


Tutorial membuat whipped cream kalori rendah menggunakan susu sejat Nestlé Carnation :


Sumber :


Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2016 04:23 PM | Show all posts
Edited by luna.millieu at 6-9-2016 05:19 PM

6 September, 1916
Supermarket pertama dibuka

Walaupun supermarket ataupun pasaraya mudah dijumpai di mana-mana sekarang, apabila membeli belah di kedai-kedai runcit pada awal abad ke-20, pembeli akan memberikan senarai beli-belah mereka kepada kerani yang kemudian mengumpulkan barang-barang dari rak kedai; format jual beli yang biasa pada masa itu.


Kedai runcit yang biasa didapati di sekitar tahun 1900

Clarence Saunders, seorang peniaga barang makanan yang ranggi dan inovatif, merasakan kaedah ini membazirkan masa pembeli dan tenaga pekerja, kos perniagaan seperti ini menjadikan harga mahal. Merasakan format ini perlu dibaiki dia terilham dengan sebuah jalan penyelesaian yang tidak pernah didengari atau difikirkan pada masa itu, jalan penyelesaian yang akan merevolusikan industri runcit keseluruhan, dia mencipta satu sistem supaya pembeli dapat membeli belah dengan cara layan diri!


Clarence Saunders (9 August, 1881 – 23 September, 1953)

Walaupun ramalan mengatakan perniagaan jenis baru ini akan gagal, pasaraya pertama yang itu dibuka pada 6 September, 1916 di 79 Jefferson Street di Memphis. Beroperasi di bawah nama Piggly Wiggly, ia tidak seperti mana-mana kedai runcit lain pada masa itu.


Pasaraya Piggly Wiggly pertama di 79 Jefferson Street, Memphis, Tennessee

Bakul membeli-belah disediakan untuk pelanggan, raknya terbuka, dan tiada kerani untuk membeli-belah untuk pelanggan - suatu perkara yang tidak pernah didengari sehingga masa itu. Cara ini terbukti menjimatkan masa dan seterusnya mengurangkan kos, menjadikan harga barang jualan menjadi lebih murah.
Konsep "kedai layan diri" telah dipatenkan oleh Saunders pada tahun 1917.

Pelanggan Piggly Wiggly akan memasuki kedai melalui pintu pagar berpusing (turnstile) dan berjalan melalui 4 lorong untuk melihat 605 barangan kedai yang dijual di dalam pakej dan disusun mengikut jenis barangan. Pelanggan akan memilih barang pilihan mereka sepanjang laluan menuju ke juruwang. Dengan serta-merta, pembungkusan dan pengiktirafan jenama menjadi penting kepada syarikat-syarikat dan pengguna.


Keadaan dalam kedai Piggly Wiggly pertama, 1918


Pintu pagar berpusing di kedai Piggly Wiggly pertama, 1917


Rak-rak barang jualan


Piggly Wiggly adalah yang pertama yang menyediakan : kaunter pembayaran pasaraya (checkout stands), tanda harga pada setiap barangan jualan dan bermula dari tahun 1937 di Oklahoma, troli membeli-belah untuk para pelanggannya. Selain dari itu Piggly Wiggly juga adalah yang pertama menyimpan barangan segarnya dalam peti sejuk, mewajibkan pemakaian uniform kepad pekerjanya demi menjamin kebersihan semasa mengendalikan barangan, dan lain-lain lagi.


Pelanggan membeli belah di Piggly Wiggly pertama, 1918


Tanda-tanda harga pada setiap barang jualan Piggly Wiggly pertama, 1917

Kejayaan luar biasa yang diraih oleh Piggly Wiggly mempengaruhi kedai-kedai runcit lain menukarkan format perniagaan mereka menjadi kedai layan diri pada 1920an dan 1930an.


Iklan Piggly Wiggly 1928


Iklan Piggly Wiggly sekitar 1920an


Perkembangan Francais :
Piggly Wiggly Corporation, yang ditubuhkan oleh Saunders semasa dia membuka pasaraya pertama itu di Memphis, telah berjaya menjadikan format kedai layan diri ini perkara yang diterima ramai dan mengeluarkan francais kepada beratus-ratus peruncit kedai runcit dibawah nama Piggly Wiggly. Pada kemuncaknya pada tahun 1932, syarikat Piggly Wiggly telah mengendalikan 2,660 cawangan kedai dan mencatatkan jualan tahunan melebihi $180 juta.


Kedai No 2 Piggly Wiggly di Memphis, Tennesse, 1916


Pejabat dan kedai-kedai cawangan Piggly Wiggly


Pekerja kedai Piggly Wiggly, Oklahoma 1925


Pembukaan sebuah lagi kedai Piggly Wiggly di Memphis, Tennesse, 1931


Iklan harga jualan Piggly Wiggly 1935

Saunders menarik diri :
Saunders mula mengeluarkan saham yang telah berjaya diniagakan di Bursa Saham New York untuk beberapa waktu, tetapi melalui beberapa siri transaksi saham di awal 1920an, Saunders akhirnya dilaporkan menanggung kerugian sebanyak $9 juta dan kehilangan kuasa ke atas Piggly Wiggly. Selepas kehilangan Piggly Wiggly, Saunders tidak lagi mempunyai kaitan dengan syarikat itu.

Asal nama Piggly Wiggly :
Sebab sebenar mengapa Saunders menamakan kedainya Piggly Wiggly adalah tidak ketahui. Bila ditanyakan soalan itu Saunders menjawab, "Supaya orang akan bertanya soalan ini". Dia mahukan sebuah nama yang akan menjadi perbualan dan diingati orang ramai.

Satu teori mengatakan, ketika Saunders menaiki keretapi, dia ternampak sekumpulan khinzir kecil sedang cuba meloloskan diri di bawah sebuah pagar dan pemandangan itu mengingatkan dia kepada lagi kanak-kanak 'This Little Piggy' :
This little piggy went to market,
This little piggy stayed home,
This little piggy had roast beef,
This little piggy had none,
And this little piggy went wee wee wee all the way home.

Lagu kanak-kanak 'This Little Piggy' :



Antara logo Piggly Wiggly dulu dan sekarang

Piggly Wiggly hari ini :
Pada tahun 1978 Fleming Companies telah membeli Benson Wholesale, pemilik nama Piggly Wiggly. Kemudian pada tahun 2003 Fleming muflis dan C&S Wholesale Grocers telah mengambil alih kebanyakan perniagaan Fleming, termasuk Piggly Wiggly.

Hari ini terdapat lebih daripada 600 kedai Piggly Wiggly yang dimiliki secara persendirian  di 17 negeri di Amerika Syarikat. Ibu pejabat syarikat ini sekarang terletak di Keene, New Hampshire.


Piggly Wiggly di West Virginia


Piggly Wiggly di Carol Stream, Illinois


Piggly Wiggly di Madison Avenue, Memphis, Tennessee




Iklan harga jualan Piggly Wiggly, 2006

Di bandar-bandar besar, terdapat banyak saingan yang menawarkan kedai lebih besar dan lebih pilihan yang pelbagai berbanding Piggly Wiggly. Untuk menangani saingan, Piggly Wiggly telah memulakan program diskaun keahlian 'loyalty card discount', taktik yang sama yang digunakan oleh banyak peniaga pasaraya yang lain.


Kad diskaun keahlian Piggly Wiggly

Pasaraya pertama Piggly Wiggly hari ini :
Pasaraya pertama Piggly Wiggly yang dibuka di 79 Jefferson Street, Memphis sudah lagi tidak wujud hari ini. Sebuah papan tanda ingatan telah didirikan di hadapan tempat di mana kedai itu pernah wujud suatu masa dahulu.


Papan tanda ingatan pertama (bersambung), di 79 Jefferson Street, Memphis


Papan tanda ingatan kedua (sambungan), di 79 Jefferson Street, Memphis


Lokasi kedai Piggly Wiggly pertama di Memphis sekarang

Iklan Piggly Wiggly 2010 :



Sumber :



Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 05:39 PM | Show all posts
Edited by luna.millieu at 7-9-2016 05:56 PM

7 September, 1936
Kematian Benjamin, thylacine 'terakhir'

Thylacinus cynocephalus, atau thylacine yang juga dikenali sebagai Tasmanian tiger (kerana belang dibelakangnya) atau Tasmanian wolf, ialah sejenis haiwan karnivor kategori Dasyuromorphia yang terbesar (dari segi saiz) di zaman moden ini.


Pecahan jenis haiwan dalam kategori Dasyuromorphia


2 ekor thylacine, seekor jantan, seekor betina yang diterima dari Dr. Goding pada tahun 1902.
Gambar diambil di National Zoo, Washington D.C., sekitar 1906

Catatan pertama mengenai thylacine telah ditulis semasa ekspedisi Bruni d'Entrecasteaux ke Oceania pada tahun 1792, menggambarkan haiwan "yang berkaki empat, saiz anjing besar... warna putih ditanda dengan hitam, [yang] mempunyai rupa binatang liar".


Lukisan thylacine pada tahun 1808


Spesimen thylacine di Madrid

Thylacine adalah cabang terakhir keluarganya, Thylacinidae.
Spesimen keluarga haiwan yang lain dari cabang Thylacinidae ini telah dijumpai di dalam rekod fosil yang wujud sejak lewat zaman 'Oligocene'; suatu zaman geologi yang bermula dari kira-kira 33.9 -23 juta tahun sebelum masa sekarang.

Bukti yang masih wujud menunjukkan bahawa thylacine adalah haiwan yang agak pemalu, aktif pada waktu malam dengan penampilan seperti anjing bersaiz sederhana ke besar, kecuali ekornya keras dan ia mempunyai kantung perut (seperti kangaroo). Thylacine juga mempunyai jaluran melintang gelap di bahagian atas belakangnya, menjadikan ia kelihatan sedikit seperti harimau.


Thylacine sekeluarga di Beaumaris Zoo di Hobart, Tasmania 1910

Kepupusan dan aktiviti memburu oleh manusia :
Berasal dari benua Australia, Tasmania dan New Guinea, ia dipercayai telah pupus pada abad ke-20. Thylacine menjadi hampir pupus dari tanah besar Australia kemungkinan kira-kira 2,000 tahun yang lalu, dan mungkin lebih awal di New Guinea. Walaupun thylacine hampir pupus di tempat lain di Australia, ia terselamat sehingga ke tahun 1930-an di pulau Tasmania.

Mereka sudah pun jarang dilihat pada masa itu tetapi mula dipersalahkan apabila kejadian serangan ke atas kambing biri-biri berlaku. Ini membawa kepada penubuhan skim buru dan bunuh (bounty schemes) dalam usaha untuk mengawal bilangan thylacine.

Syarikat Van Diemen's Land Company memperkenalkan ganjaran ke atas pemburuan thylacine seawal tahun 1830, dan di antara tahun 1888 dan 1909, kerajaan Tasmania telah membayar £1 (bersamaan dengan £100 atau lebih hari ini) untuk bangkai seekor thylacine dewasa, dan sepuluh syiling untuk thylacine kanak-kanak. Secara total, kerajaan Tasmania telah membayar sebanyak 2,184 ganjaran. Walau bagaimanapun kajian menjangka angka pembunuhan thylacine adalah sebenarnya lebih tinggi daripada angka yang dituntut ganjaran.


Pemburu dan bangkai thylacine yang dibunuhnya, 1869


Bilangan thylacine yang telah dituntut ganjaran sepanjang 1888 - 1912

Dengan intensif seperti ini dicampur dengan faktor-faktor lain seperti kemusnahan habitat dan persaingan dengan haiwan pemburu lain dan sebagainya, bilangan thylacine menjadi sangat-sangat sedikit pada akhir 1920-an. Pada tahun 1928, Tasmanian Advisory Committee for Native Fauna mengesyorkan sebuah rizab yang lebih kurang sama dengan Taman Negara Savage River untuk melindungi thylacine yang tinggal. Kawasan habitat berpotensi yang dicadangkan adalah termasuk kawasan Arthur-Pieman di barat Tasmania.

Pun begitu kes terakhir yang diketahui mengenai pembunuhan thylacine liar di hutan berlaku pada tahun 1930 oleh Wilf Batty, seorang petani dari Mawbanna, di timur laut Tasmania. Thylacine yang mati ditembak Batty itu dipercayai seekor jantan, telah dilihat di sekitar rumah Batty untuk beberapa minggu.


Wilf Batty bersama thylacine liar yang ditembaknya

Benjamin, thylacine 'terakhir' :
Beaumaris Zoo di Hobart, Tasmania telah mula mempamerkan thylacine di kandang-kandangnya sejak 1908. Thylacine 'belaan' yang terakhir telah diperangkap di lembah Florentine oleh Elias Churchill pada tahun 1933. Ia kemudian dihantar ke Zoo Hobart di mana ia hidup selama tiga tahun.

Selepas kematiannya thylacine yang tertangkap ini kemudian dirujuk sebagai "Benjamin" setelah seorang yang bernama Frank Darby mengatakan "Benjamin" adalah nama timangan haiwan itu di dalam artikel surat khabar pada tahun 1968. Frank Darby mendakwa pernah bekerja sebagai penjaga di Hobart Zoo, tetapi tiada dokumen zoo yang dapat membuktikan dakwaannya. Dua orang kakitangan Hobart Zoo pada masa itu mengatakan bahawa tiada Frank Darby bekerja di zoo tersebut semasa thylacine itu masih hidup.


Gambar Benjamin di Beaumaris Zoo, diambil pada 1933 diambil oleh Dr David Fleay

Himpunan video senyap menunjukkan thylacine di Hobart Zoo, Tasmania.
Video menunjukkan Benjamin, bermula dari minit 2:05.


Kematian Benjamin :
Benjamin mati pada 7 September, 1936 dipercayai kerana pengabaian oleh pihak zoo.
Pada malam sebelum kematiannya, Benjamin tidak dapat masuk ke tempat tidur terlindungnya kerana telah dikunci di luar, di dalam kawasan kandangnya. Ini menyebabkan Benjamin terdedah kepada kejadian cuaca yang jarang berlaku di Tasmania : haba yang melampau pada waktu siang dan suhu beku pada waktu malam lalu menyebabkan ia mati.

Standard antarabangsa pada masa itu yang menyatakan bahawa mana-mana haiwan tidak boleh diisytiharkan pupus sehingga selepas 50 tahun. Oleh itu, walaupun setelah kematian Benjamin, thylacine mempunyai status spesies terancam sehingga ke tahun 1980an. Kerana bukti sahih tentang kewujudan thylacine di dalam hutan sudah tidak diperolehi selama lebih daripada 50 tahun, ia telah memenuhi syarat rasmi dan thylacine akhirnya telah diisytiharkan pupus oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam (International Union for Conservation of Nature) pada tahun 1982 dan oleh kerajaan Tasmania pada tahun 1986.

Pupus? Atau tidak?
Ramai orang telah mendakwa mereka ada terlihat thylacine liar setelah ia diiktirafkan sebagai haiwan pupus. Australian Rare Fauna Research Association melaporkan sebanyak 3,800 penampakan thylacine di tanah besar Australia sejak tahun kematian Benjamin pada 1936, manakala Mystery Animal Research Centre of Australia pula merekodkan sebanyak 138 sehingga ke tahun 1998. Department of Conservation and Land Management pula merekodkan sebanyak 65 penampakan di barat Australia pada jangka masa yang sama. Tetapi disebabkan tiada sesiapa yang berjaya membuktikan secara sahih bahawa apa yang mereka nampak itu adalah thylacine maka haiwan itu masih lagi berstatus pupus, ataupun kadang kala dikatakan haiwan 'tersembunyi'.


Peta penampakan thylacine di tanah besar Australia


Peta penampakan thylacine di pulau Tasmania

Hari peringatan di Australia  :
Semasa hari ulang tahun kematian Benjamin pada tahun 1996, 7 September telah diumumkan sebagai 'National Threatened Species Day' oleh pihak kerajaan Australia sebagai hari untuk berfikir tentang apa yang telah berlaku kepada thylacine dan bagaimana perkara yang sama boleh terjadi kepada tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan lain jika tindakan sewajarnya tidak diambil. Senarai haiwan terancam di Australia hari ini termasuk Tasmanian Devil, Penyu Loggerhead, Great White Shark dan lain-lain.


Poster aktiviti National Threatened Species Day di Fremantle, Western Australia pada tahun ini (2016)


Antara haiwan terancam di Australia (2012)


Sumber :



Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 06:25 PM | Show all posts
Edited by luna.millieu at 7-9-2016 11:09 PM

7 September, 1940
'The Blitz' bermula

The Blitz atau London Blitz merujuk kepada serangan udara Jerman terhadap bandar London yang bermula pada 7 September 1940 selama 267 malam (8 bulan 1 minggu 2 hari) berturut-turut sehingga 21 Mei 1941. Perkataan Blitz datang daripada perkataan Jerman 'Blitzkrieg' bermaksud perang kilat atau lightning war (Blitz = kilat, Krieg = perang). Pihak percetakan British telah menamakan serangan udara ini sebagai 'The Blitz' dalam media-media percetakan mereka. Akibat serangan Blitz, London sekali lagi menyaksikan kemusnahan teruk 300 tahun selepas 'The Great Fire of London'.


Keadaan sungai Thames pada petang 7 September 1940

Latarbelakang :
Keputusan untuk melancarkan serangan Blitz ini adalah hasil rentetan kejadian pengeboman pada 24 Ogos 1940 bila pasukan pengebom malam dari pihak Jerman dengan misi mengebom pengkalan-pengkalan udara Royal Air Force (RAF) British telah hanyut dari sasaran lalu tersilap mengebom rumah-rumah di London lantas membunuh penduduk awam.

Sebagai balasan pengeboman penduduk awam, British Perdana Menteri Britain, Winston Churchill telah memerintahkan pengeboman Berlin pada malam-malam berikutnya. Serangan ini adalah yang pertama oleh pihak lawan ke atas bandar Berlin, pusat pemerintahan Hitler. Ia menjadi punca kemarahan Hitler yang meluap-luap. Ditambah dengan tanda-tanda kekalahan dalam Pertempuran Britain (Battle of Britain), Hitler memutuskan untuk mengebom London sehingga London menyerah diri.  


Winston Churchill, poster propaganda British semasa Perang Dunia ke-2


Muka depan akhbar Jerman berkenaan pengeboman Berlin oleh RAF

Pada 4 September 1940, Hitler mengumumkan: "Dan jika RAF menggugurkan 2000 atau 3000 atau 4000 kilogram bom, maka kita akan jatuhkan 150 ribu, 180 ribu, 230 ribu, 300 ribu atau 400 ribu, ya, 1 juta kilogram dalam satu malam. Dan sekiranya mereka mengisytiharkan akan meningkatkan serangan ke atas bandar-bandar kita, maka kita akan ratakan bandar-bandar mereka!"

Respon Hitler terhadap pengeboman Berlin :


Fasa Pertama - Operasi Loge & Seeschlange (Sea Snake) :
Kira-kira jam 16:00 petang 7 September, angkatan tentera Jerman 'Luftwaffe' mengisi langit London. 348 pengebom Jerman, diiringi oleh 617 pejuang menjatuhkan bahan-bahan letupan di timur London. Dermaga-dermaga kapal adalah sasaran utama. Pasukan pengebom datang silih berganti meneruskan serangan sehingga jam 04:30 pagi esoknya. Kira-kira 400 orang terbunuh dan 1600 cedera parah. Pada malam 8 September Luftwaffe datang lagi, meneruskan Operasi Loge. Kali ini 412 orang terbunuh dan 747 cedera parah. Operasi ini berlarutan selama 57 malam tanpa henti.


Pemandangan Blitz dari pesawat-pesawat Jerman di ruang udara London 7 September 1940


Mukasurat depan akhbar Daily Express, 9 September 1940


Keadaan di London sekitar 1940

Operasi Loge masih lagi berjalan masuk bulan Oktober. Menurut sumber Jerman, 8200 tan bom telah digugurkan pada bulan itu, 10% daripadanya pada siang hari. 450 tan bom telah digunakan ke atas Birmingham dan Coventry dalam tempoh 10 hari terakhir bulan Oktober. Liverpool telah menjadi mangsa kepada 180 tan bom, manakala Manchester menjadi sasaran kepada 11 tan bom.


Keadaan di Birmingham (atas) dan Coventry (bawah)


Keadaan di Liverpool (atas) dan Machester (bawah)

Pada bulan September dan Oktober sahaja, lebih daripada 13000 orang awam telah terbunuh, dan hampir 20000 cedera, tetapi angka kematian ini sebenarnya kurang daripada jangkaan. Lewat 1940, Winston Churchill telah memuji tempat-tempat perlindungan yang menyumbang kepada angka kematian yang 'rendah' ini.


Rakyat berlindung dari serangan bom :
Menikmati irama gramofon di sebuah air raid shelter di utara London, 1940.
Stesen Keretapi bawah tanah Aldwych digunakan sebagai bomb shelter, 1940.
Seorang nenek tidur di bilik bawah tanah sebuah kedai wain di timur London, 1940

Video Propaganda British diterbitkan pada Oktober 1940, untuk mengekalkan semangat rakyat :


Pertengahan November 1940, lebih kurang 12000 tan bahan letupan kuat dan hampir 1 juta bahan pemula kebakaran telah menjatuhi London. Dermaga-dermaga London dan hubungan keretapi telah rosak teruk, begitu juga dengan sistem keretapi luar dari bandar.

Operasi Seeschlange bermula serentak dengan Operasi Loge. Operasi Seeschlange dilaksanakan oleh Fliegerkorps X (Kor Udara ke-10) yang menumpukan perhatian kepada operasi periuk api terhadap perkapalan. Menjelang 19/20 April 1941, sebanyak 3984 periuk api telah digugurkan semasa operasi ini.


Peta serangan operasi Seeschlange

Fasa kedua :
Dari November 1940 hingga Februari 1941, Luftwaffe beralih strategi dan mula menyerang bandar-bandar industri yang lain. West Midlands telah menjadi sasaran utama.

Pada malam 13/14 November 1940, Unit Pengebom ke-26 Jerman (Kampfgeschwader 26, KG 26) telah mengebom London, manakala KG 55 pula menyerang Birmingham. Malam keesokkannya, Coventry pula menjadi mangsa serangan besar oleh 437 pengebom yang menggugurkan 357 tan bahan letupan kuat, 51 tan pemula kebakaran dan 127 periuk api. Coventry mengalami kemusnahan yang teruk, kira-kira 21 kilang rosak dan pengeluaran terpaksa dihentikan selama beberapa bulan.


Cubaan memadam api di London (atas) dan keadaan di Birmingham (bawah)


Keadaan di Coventry


Peta serangan Coventry


Akhbar Daily Mirror 15 November 1940

Serangan hebat ini diteruskan dengan 12600 tan bom digugurkan selama 2 bulan sepanjang November hingga Disember. Pada November 1940, sebanyak 6000 serangan kecil dan 23 serangan besar telah menggugurkan lebih daripada 100 tan bom, selain daripada 2 serangan hebat yang menggunakan 45 tan bom. Pada bulan Disember, hanya 11 serangan besar dan 5 serangan hebat telah dilancarkan.

Serangan yang paling dahsyat berlaku pada malam 29 Disember. Pesawat Jerman menyerang bandar London dengan pemula kebakaran dan letupan berkuasa tinggi, menyebabkan ribut api yang telah digelar 'The Second Great Fire of London'. Pada jam 18:17 petang hari itu, sebanyak 10000 bom api telah dilepaskan, dengan purata pelepasan 300 bom api seminit. Secara keseluruhannya, pusat bersejarah London telah dimusnahkan oleh 130 pengebom Jerman. Kematian orang awam di London sepanjang serangan Blitz meningkat kepada 28,556 kematian, dan 25,578 orang tercedera. Pada hari ini Luftwaffe telah menggugurkan sebanyak 16,593 tan bom.


Kubah St Paul Cathedral dikelilingi asap (kiri) dan huru hara semasa The Second Great Fire of London (kanan)


Akhbar Daily Mail 31 Disember 1940

Bandar-bandar pelabuhan juga turut diserang untuk mengganggu perdagangan dan komunikasi laut. Pada bulan Januari, Swansea telah dibom sebanyak 4 kali mengakibatkan kerosakan teruk dikawasan komersil dan domestik, sementara di Portsmouth, daerah Southsea dan Gosport juga turut dimusnahkan.


Kerosakan di Swansea


Kerosakan di Southsea (kiri) dan Gosport (kanan), Portsmouth

Pada Januari dan Februari 1941, kadar mampu khidmat anggota Luftwaffe menurun, sehinggakan daripada 1214 pengebom hanya 551 orang sahaja yang layak bertempur. Namun di Southampton, serangan berkesan sehingga semangat orang tempatan lemah seketika dengan pihak berkuasa awam mengetuai orang ramai keluar dari bandar secara beramai-ramai.


Keadaan di Southhampton

Serangan akhir :
Pada tahun 1941, Luftwaffe sekali lagi mengubah strategi.
Erich Raeder, ketua komander Kriegsmarine (tentera laut Nazi) telah meyakinkan Hitler tentang keperluan untuk menyerang kemudahan pelabuhan British. Pusat-pusat persisiran pantai British dan perkapalan di barat laut Ireland menjadi sasaran utama.


Serangan dihalakan ke arah barat laut Ireland

4000 serangan kecil telah dilancarkan pada bulan Mac, termasuk 12 serangan besar dan 3 serangan hebat. Peperangan elektronik dipergiatkan tetapi misi besar terhadap bandar-bandar jauh dari pantai hanya dilancarkan pada malam yang terang. Pelabuhan-pelabuhan lebih mudah dicari dan untuk mengelirukan British, gelombang radio disenyapkan sehingga bom dijatuhkan.

Tetapi usaha Luftwaffe susut dalam 10 serangan terakhir dengan pemindahan 7 pasukannya ke Austria sebagai persediaan untuk Kempen Balkan di Yugoslavia dan Greece. Pengalihan pasukan pengebom serangan besar ke Balkan memaksa kru-kru yang tinggal untuk melancarkan 2 atau 3 serangan kecil pada satu malam. Ditambah dengan ketegangan misi dan kehabisan tenaga, keletihan melampau telah menyebab kematian ramai kru. Walaupun begitu Luftwaffe masih mampu menyebabkan kerosakan besar. Operasi 'Liverpool Blitz' berjaya yang menenggelamkan 39754 tan perkapalan, dengan kerosakan kepada 113392 tan yang lain.


Kerosakan disebabkan oleh Liverpool Blitz


Panorama Liverpool selepas Liverpool Blitz

Pada 13 Mac, pelabuhan berhampiran Glasgow telah dibom. Semua 12000 unit rumah telah rosak kecuali tujuh. Plymouth diserang 5 kali sebelum akhir bulan Mac manakala Belfast, Hull, dan Cardiff juga menerima serangan. Cardiff telah dibom selama 3 malam, pusat bandar Portsmouth musnah akibat 5 serangan udara.


Keadaan di Glasgow (kiri) dan Plymouth (kanan)


Keadaan di Belfast (kiri) dan peta kawasan yang dibom (kanan)


Keadaan di Hull (atas) dan Cardiff (bawah)

Pada bulan Mac 1941, 2 serangan udara di Plymouth dan London telah menyebabkan 148000 orang hilang kediaman. Walaupun rosak teruk, pelabuhan British meneruskan industri perangnya dan bekalan dari Amerika Utara terus melalui British. Tentera Laut Diraja (Royal Navy) British terus beroperasi di Plymouth, Southampton, dan Portsmouth. Plymouth khususnya, kerana kedudukannya yang terdedah di pantai selatan dan berdekatan dengan pengkalan udara Jerman, telah menjadi sasaran kepada serangan yang paling hebat.


Plymouth, 1941

Di utara, serangan yang besar telah dibuat terhadap Newcastle dan Sunderland, pelabuhan-pelabuhan besar di pantai timur Inggeris. Pada 9 April 1941, 120 pengebom dari Luftflotte 2 (pasukan tentera udara 2) telah menggugurkan 150 tan bahan letupan berkuasa tinggi dan 50000 pemula kebakaran dalam serangan selama 5 jam.

Pada 19/20 April 1941, sempena harijadi ke-52 Hitler, 712 pengebom telah mengebom Plymouth dengan rekod 1000 tan bom dalam satu malam. Kemudian di Sunderland pada 25 April, Luftflotte 2 telah menghantar 60 pengebom yang telah menjatuhkan 80 tan letupan kuasa tinggi dan 9000 pemula kebakaran.


Kerosakan di Newcastle (atas) dan Sunderland (bawah)

Pada 6 dan 7 Mei, serangan lanjutan dilancarkan di Clyde, kali ini di Greenock. Pada 8 Mei 1941, 57 buah kapal telah dimusnahkan samada tenggelam atau rosak. Dalam satu malam sekitar 66000 buah rumah telah musnah, 77000 orang kehilangan tempat tinggal, 1900 orang terbunuh dan 1450 cedera parah.


Keadaan di Greenock (atas) dan Clydebank (bawah)

Serangan besar terakhir di London telah berlaku pada 10/11 Mei 1941, di mana Luftwaffe telah menjalankan 571 serangan kecil dan menggugurkan 800 tan bom menyebabkan lebih daripada 2000 kebakaran, 1436 orang terbunuh dan 1792 cedera parah. Kejadian ini digelar 'The Longest Night'.


Keadaan London pada bulan Mei 1941

Satu lagi serangan udara telah diadakan pada 11/12 Mei 1941.
Westminster Abbey dan Law Courts rosak, manakala House of Commons musnah. 1/3 daripada jalan-jalan London tidak boleh dilalui. Semua jalan keretapi telah tersekat selama beberapa minggu kecuali satu.


Akhbar Daily News 12 Mei 1941 melaporkan pengeboman Westminster Abbey dan House of Parliament


Kerosakan di Westminter Abbey (atas) dan House of Commons (bawah), Mei 1941

Akhir Mei, Luftflotte 2 telah ditarik balik, meninggalkan Luftflotte 3 sebagai kuasa simbolik untuk mengekalkan ilusi pengeboman strategik. Hitler kini mempunyai sasaran baru iaitu Operasi Barbarossa, pencerobohan Kesatuan Soviet pada bulan Jun.
Dengan ini Blitz pun berakhir, tanpa London menyerah diri.

Kesan pengeboman :
Keberkesanan pengeboman tentera Jerman adalah pelbagai.
Sekitar 41000 tan bom telah diggugurkan semasa Blitz, menyebabkan gangguan pengeluaran dan pengangkutan, mengurangkan bekalan makanan dan menggoncang semangat British. Ia juga telah menenggelam dan memusnahkan lebih kurang 59000 tan perkapalan dan menyebabkan 460000 tan rosak. Namun, secara keseluruhannya pengeluaran British telah meningkat secara berterusan sepanjang tempoh ini walaupun ada kejatuhan yang besar semasa April 1941.

Kesan strategik di bandar-bandar perindustrian juga pelbagai; kebanyakannya mengambil 10-15 hari untuk pulih daripada serangan hebat, walaupun Belfast dan Liverpool mengambil masa lebih lama. Serangan terhadap Birmingham menyebabkan industri peperangan mengambil kira-kira 3 bulan untuk pulih sepenuhnya. Penduduk yang keletihan mengambil masa 3 minggu untuk mengatasi kesan-kesan serangan.

Serangan udara terhadap RAF dan industri British gagal untuk meraih kesan yang diingini akibat kegagalan Jerman mengeksploitasi kelemahan musuh mereka : komunikasi laut British yang terdedah. Walaupun dari segi ketenteraan tidak berapa menunjukkan kesan, serangan Blitz ini telah menyebabkan kerosakan besar kepada infrastruktur dan stok perumahan Britain. Ia telah mengorbankan sekitar 41,000 nyawa dan telah mencederakan 139,000 yang lain. Berbanding dengan kempen pengeboman Tentera Bersekutu menentang Jerman, kemalangan jiwa disebabkan oleh Blitz adalah agak rendah. Contohnya, pengeboman Hamburg sahaja telah mengorbankan kira-kira 42,000 orang awam.




Keadaan London setelah Blitz berakhir, 1941

Video mengenai rentetan Battle of Britain ke Blitz sehingga Blitz berakhir :


Sumber :





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2016 02:33 PM | Show all posts
Edited by luna.millieu at 8-9-2016 04:01 PM

8 September, 1522
Dunia dikelilingi buat kali pertama

Dunia telah berjaya dikelilingi hari ini pada tahun 1522 melalui pelayaran dengan kapal Victoria yang bermula pada tahun 1519. Pelayaran ini dikenali sebagai ekspedisi Magellan-Elcano. Ekspedisi ini telah diketuai pada mulanya oleh Ferdinand Magellan antara 1519 dan 1521, dan kemudian oleh Basque Juan Sebastián Elcano dari 1521 ke 1522 setelah kematian Magellan di Filipina. Sekumpulan 5 kapal yang dinamakan Armada de Molucca diketuai oleh Magellan telah berlepas dari Seville, Sepanyol pada 10 August 1519 dan tiba semula di Seville pada 8 September 1522 dengan diketuai oleh Elcano.


Ferdinand Magellan (1480 - April 27 1521, lingkungan umur 40–41)


Juan Sebastián Elcano (1476 - August 4 1526, lingkungan umur 49–50)

Latarbelakang ekspedisi :
Dengan pencapaian pelayaran Christopher Columbus ke Barat pada 1492-1503, Sepanyol menyedari bahawa Amerika bukanlah sebahagian daripada Asia, tetapi sebuah benua yang baru ditemui. Perjanjian Tordesillas pada tahun 1494 pula mengkhaskan Portugal bagi laluan timur yang memusingi Afrika. Ternyata Vasco da Gama serta pihak Portugis telah tiba di India pada 1498. Berikutan perkembangan ini kerajaan Castile (Sepanyol sekarang) perlu mencari laluan komersial baru ke Asia. Selepas persidangan Junta de Toro daripada 1505, Maharaja Sepanyol mengarahkan ekspedisi untuk mencari laluan baru ke barat.

Dalam bulan Oktober 1517 di Seville, Magellan telah menghubungi Juan de Aranda, pengendali Casa de Contratación (House of Trade) Sepanyol pada masa itu. Berikutan ketibaan rakannya Rui Faleiro (seorang pemeta), dan dengan sokongan Aranda, mereka membentangkan projek pelayaran mereka kepada raja Sepanyol, Charles I (kemudiannya Maharaja Holy Roman Charles V). Projek pelayaran Magellan itu, jika berjaya, akan merealisasikan pelan laluan rempah Columbus dengan cara belayar ke barat tanpa merosakkan dengan hubungan dengan Portugis.

Bersetuju dengan cadangan Magellan, raja mengurniakan mereka sepasukan kapal :
1. Trinidad sebagai kapal laksamana dibawah arahan Magellan (110 tan, 55 anak kapal)
2. San Antonio dibawah arahan Juan de Cartagena (120 tan, 60 anak kapal)
3. Concepción dibawah arahan Gaspar de Quesada (90 tan, 45 anak kapal)
4. Santiago dibawah arahan João Serrão (75 tan, 32 anak kapal)
5. Victoria, dibawah arahan Luis Mendoza. (85 tan, 43 anak kapal)

Victoria adalah sempena nama gereja Santa Maria de la Victoria de Triana, di mana Magellan bersumpah setia kepada Charles V.


Lukisan Victoria oleh pelukis abad ke-16


Replika kapal Victoria di Victoria Museum, Punta Arenas, Chile

Anak kapal adalah seramai kira-kira 270 lelaki dari beberapa negara termasuk Portugal, Sepanyol, Itali, Jerman, Belgium, Greece, England dan Perancis. Juan Sebastián Elcano, seorang kapten kapal dagang Sepanyol yang menetap di Seville, menyertai pelayaran ini dengan harapan mendapat pengampunan raja untuk kesalahan dan tindak laku buruknya sebelum ini.

Perjalanan awal Armada de Molucca :
Pada 10 Ogos 1519, Armada de Molucca, 5 kapal di bawah arahan Magellan meninggalkan Seville dan turun melalui sungai Guadalquivir ke Sanlúcar de Barrameda di muara sungai tersebut. Mereka menetap sementara disitu selama lebih daripada 5 minggu. Akhirnya pada 20 September 1519 mereka memulakan semula pelayaran dan meninggalkan Sepanyol.


5 kapal Armada de Molucca selepas meninggalkan Sepanyol, lukisan abad ke-19.

Selepas berhenti di kepulauan Canary di Sepanyol, Magellan tiba di kepulauan Cape Verde yang terletak 570 kilometer dari Afrika barat. Di situ di mana Magellan menetapkan haluan menghala ke Cape St. Augustine di Brazil. Pada 27 November ekspedisi melintasi khatulistiwa; pada 6 Disember Amerika Selatan dapat dilihat oleh anak-anak kapal.

Magellan mengelak dari melalui Brazil kerana ianya adalah wilayah Portugis lalu berlabuh berhampiran dengan Rio de Janeiro, pada 13 Disember. Disitu anak-anak kapal mengisi semula bekalan tetapi keadaan buruk menyebabkan mereka lewat dalam pelayaran mereka. Kemudian, mereka belayar ke selatan menyusuri sepanjang sisir pantai timur Amerika Selatan, cuba mencari selat yang Magellan percaya akan menemukan mereka dengan Spice Islands (kepulauan Maluku hari ini, dikelilingi oleh Sulawesi, New Guinea dan Timor).

Mereka tiba di Río de la Plata (muara sungai diantara Argentina dan Uruguay hari ini) pada awal Februari, 1520. Untuk menghadapi musim sejuk, Magellan membuat penempatan sementara dipanggil Puerto San Julian pada 30 Mac 1520 dalam kawasan Santa Cruz, Argentina hari ini. Nama Puerto San Julian ini kekal sehingga ke hari ini.


Kedudukan Puerto San Julian hari ini


Replika kapal Victoria di Puerto San Julian

Pemberontakan anak kapal :
Pada hari Easter (1 dan 2 April) pemberontakan meletus melibatkan 3 daripada 5 pemimpin kapal. Magellan mengambil tindakan yang pantas dan tegas. Luis de Mendoza, kapten Victoria, telah dibunuh oleh kumpulan yang dihantar oleh Magellan, dan kapal itu dapat diselamatkan.

Kemudian tali sauh kapal Concepción dipotong diam-diam oleh penyokongnya Magellan. Kapal itu hanyut ke arah kapal Trinidad yang bersenjata. Kapten kapal Concepción, Quesada dan anak-anak kapal penyokongnya menyerah diri. Juan de Cartagena, ketua pemberontak dari kapal San Antonio, kemudiannya berputus asa dan turut menyerah diri.

Dilaporkan Gaspar Quesada, kapten Concepción dan pemberontak lain telah dibunuh, manakala Juan de Cartagena, kapten San Antonio, dan seorang paderi bernama Padre Sanchez de la Reina telah dikandaskan di pantai. Kebanyakan lelaki termasuk Juan Sebastián Elcano, perlukan tenaganya maka diberi kemaafan.

Kapal Santiago rosak :
Pelayaran diteruskan.
Duarte Barbosa diangkat menjadi kapten Victoria. Kapal Santiago dilayarkan menyusuri pantai dalam ekspedisi mencari maklumat tetapi telah rosak akibat dilanda ribut tiba-tiba. Kesemua anak kapal terselamat dan berjaya pulang ke pantai. Selepas pengalaman ini, Magellan memutuskan untuk menunggu beberapa minggu lagi sebelum meneruskan pelayaran dengan 4 buah kapal yang tinggal.

Meneruskan pelayaran ke Pasifik :
Pada 21 Oktober 1520, keempat-empat kapal Armada de Molucca tiba di Cape Virgenes (atau Cape Virgins, tanjung paling selatan Argentina). Kerana airnya masin (bergaram) dan dalam, kesimpulan telah dibuat yang mereka telah menemui laluan ke Spice Islands. Dengan penemuan laluan itu, Armada de Molucca pun memulakan pelayaran yang sukar melalui 600 km laluan panjang yang Magellan dipanggil Estrecho de Todos los Santos, (Channel All Saints'), kerana telah melaluinya pada 1 November iaitu All Saints' Day.
Selat itu kini dinamakan Selat Magellan.


Selat Magellan yang menembusi hujung tanjung Amerika Selatan, menyambungkan lautan Atlantik dan Pasifik

Magellan mengarahkan Concepción dan San Antonio untuk meneroka selat itu, tetapi San Antonio yang diketuai oleh Gómez, meninggalkan ekspedisi dan pulang ke Sepanyol pada 20 November.

Pada 28 November, 3 kapal Armada de Molucca yang lain memasuki Pasifik Selatan. Magellan menamakan perairan itu Mar Pacifico (Lautan Pasifik) kerana ketenangan air yang sangat ketara. Nama Lautan Pasifik ini kemudian digunakan oleh orang-orang Eropah untuk merujuk kepada lautan itu. Dia dan anak-anak kapalnya merupakan orang Eropah pertama yang sampai ke Tierra del Fuego yang terletak di timur selat tersebut di sebelah Pasifik.


Peta pelayaran ekspedisi Magellan-Elcano

Kematian Magellan di Filipina :
Menuju ke barat laut, anak-anak kapal tiba di khatulistiwa pada 13 Februari 1521. Pada 6 Mac mereka sampai ke Marianas dan Guam. Pada 16 Mac Magellan sampai ke Pulau Homonhon di Filipina, dengan 150 anak kapal yang tinggal daripada jumlah asal 270 orang. Ahli-ahli ekspedisi ini telah menjadi orang Eropah pertama yang sampai ke kepulauan Filipina.

Di sini Magellan bergantung kepada Enrique, kuli Melayu dan jurubahasanya, untuk berkomunikasi dengan suku-suku asli. Enrique telah dikontrakkan oleh Magellan pada tahun 1511 selepas penjajahan Melaka, dan mengikuti pengembaraan-pengembaraan Magellan kemudiannya.

Rajah Humabon dari Cebu mesra terhadap Magellan dan orang-orang Sepanyol; Rajah Humabon dan permaisurinya Hara Amihan telah dibaptiskan sebagai orang Kristian dan diberi ukiran patung Holy Child (kemudian dipanggil Santo Niño de Cebu) yang bersama-sama dengan salib (Magellan Cross) yang mana telah melambangkan pengkristianan Filipina.


Santo Niño de Cebu


Magellan Cross

Selepas itu, Rajah Humabon dan sekutunya Datu Zula telah meyakinkan Magellan untuk membunuh musuh mereka, Datu Lapu-Lapu, di Mactan (sebuah pulau beberapa kilometer dari Cebu di Filipina). Magellan berhasrat untuk mengkristian Lapu-Lapu sebagaimana Humabon, tetapi Lapu-Lapu menolak.

Pada pagi 27 April 1521, Magellan belayar ke Mactan dengan tenaga serangan kecil. Dalam peperangan yang tercetus dengan tentera Lapu-Lapu, Magellan telah terkena tikaman lembing buluh. Dia kemudian dikepung dan dibunuh dengan senjata-senjata lain. Mayat Magellan telah disimpan oleh Lapu-Lapu sebagai trofi kemenangan.


Lukisan menggambarkan Battle of Mactan antara Magellan dan Lapu-Lapu


Tugu Lapu-Lapu di pulau Mactan

Video menunjukkan tempat pertempuran antara Magellan dan Lapu-Lapu di Battle of Mactan :


Pelayaran pulang ke Seville :
Berikutan tragedi yang berlaku di Filipina, jumlah anak-anak kapal ekspedisi itu menjadi terlalu sedikit, tidak cukup untuk melayarkan ketiga-tiga kapal Armada de Molucca yang tinggal. Oleh itu, pada 2 Mei Concepción ditinggalkan dan dibakar. Dengan dua kapal yang tinggal, Trinidad dan Victoria, ekspedisi itu melarikan diri ke arah barat ke Palawan sebelum meninggalkan pulau itu pada 21 Jun. Mereka kemudian dipandu ke Brunei, Borneo, oleh orang-orang Islam Moro yang pandai mengemudi laut cetek. Mereka berlabuh berdekatan dengan pemecah ombak Brunei selama 35 hari.

Ketika tiba di Spice Islands (kepulauan Maluku) pada 6 November, jumlah anak-anak kapal berjumlah 115 orang. Mereka berdagang Sultan Tidore, saingan Sultan Ternate yang merupakan sekutu Portugis. Kedua-dua kapal yang sarat dengan rempah berharga, cuba untuk kembali ke Sepanyol dengan belayar ke arah barat. Walau bagaimanapun, sedang mereka meninggalkan Kepulauan Spice, Trinidad mula dimasuki air. Anak-anak kapal cuba mencari dan membaiki kebocoran itu, tetapi gagal.

Mereka membuat kesimpulan bahawa Trinidad akan memerlukan banyak masa untuk dibaiki, tetapi Victoria yang kecil itu tidak muat untuk menampung semua anak-anak kapal yang masih hidup. Akhirnya, Victoria dengan beberapa anak-anak kapal meninggalkan Trinidan dan belayar ke arah barat menuju Sepanyol. Beberapa minggu kemudian, Trinidad pula berlepas dan cuba untuk kembali ke Sepanyol melalui laluan Pasifik tetapi gagal. Trinidad ditawan oleh Portugis dan akhirnya rosak dalam ribut semasa berlabuh di bawah kawalan Portugis.

Victoria dibawah Elcano :
Victoria belayar pulang melalui laluan Lautan Hindi pada 21 Disember, dibawah pimpinan Juan Sebastián Elcano. Menjelang 6 Mei 1522, Victoria memusingi Cape of Good Hope (Tanjung Harapan, Afrika Selatan), dengan hanya beras sebagai makanan. 20 anak kapal telah mati akibat kebuluran sebelum Elcano memasuki Cape Verde, di mana dia meninggalkan 13 lagi anak kapal pada 9 Julai kerana takut kehilangan kargo rempahnya (bunga cengkih dan kayu manis) seberat 26 tan.

Ketibaan semula di Seville :
Pada 6 September 1522, hampir 3 tahun selepas Armada de Molucca yang dianggotai 5 buah kapal berlepas dari Seville, Elcano dan anak-anak kapal pelayaran Magellan yang tinggal hanya 18 orang tiba di Sepanyol menaiki Victoria. Pada 8 September mereka berlabuh semula di Seville, Sepanyol.


Senarai anak-anak kapal Victoria yang tiba di Seville

Magellan dari awalnya tidak berniat untuk mengelilingi dunia, dia hanya mahu mencari laluan selamat supaya kapal-kapal Sepanyol boleh belayar ke Spice Islands. Selepas kematian Magellan, kerana Elcano mengambil keputusan untuk belayar ke arah barat, ianya sekali gus melengkapkan pelayaran pertama mengelilingi Bumi walaupun tidak dirancang pada awalnya.


The First Ship To Circumnavigate The World (Januari 1, 1900)

Penerangan ringkas tentang ekspedisi Magellan-Elaco dan peta perjalanan mereka :


Kaitan Magellan dan Enrique of Malacca dan kemungkinan Enrique adalah orang yang pertama mengelilingi dunia :


Sumber :






Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 04:36 PM | Show all posts
Edited by luna.millieu at 9-9-2016 05:56 PM

8 September, 1966
Star Trek ditayangkan buat pertama kali



Star Trek: The Original Series, sebelum ini dikenali dengan hanya Star Trek, ialah siri pertama Star Trek yang ditayangkan. Khamis September 8 1966 episod pertamanya 'The Man Trap' telah menemui penonton dari jam 8:30 - 9:30 malam melalui saluran NBC.

Pembukaan episod pertama Star Trek 'The Man Trap' :


Walaupun menerima sambutan yang hangat pada minggu pertama, rating Star Trek menurun pada minggu keduanya. Rating musim ke-2 terus menurun dan siri ini dibatalkan pada penghujung musim ke-3 pada tahun 1969. Selepas ia dibatalkan dan masuk ke dalam syndication (lesen penyiaran oleh pelbagai stesen tanpa melalui rangkaian penyiaran), popularitinya melonjak naik!

Berikutan kenaikan popularitinya tidak turun-turun, Star Trek telah menjadi satu francais. Pada tahun 1973 siri ini dianimasikan, dan pada 1979 Star Trek : The Next Generation mula disiarkan di kaca tv. 3 lagi siri tv diterbitkan, dan 13 filem telah dibuat berdasarkan legasi Star Trek yang bermula pada tahun 1966 ini. Tahun ini (2016) meraikan ulangtahun ke-50 kelahiran Star Trek!

Siri ini dicipta oleh Gene Roddenberry, seorang penulis skrin dan penerbit Hollywood.


Eugene Wesley "Gene" Roddenberry (19 Ogos 1921 - 24 Oktober 1991)

Usaha Gene Roddenberry menerbitkan Star Trek :
Apabila Roddenberry mencadangkan Star Trek untuk MGM, ia menerima sambutan hangat tetapi tidak menerima sebarang tawaran penerbitan. Dia kemudian pergi ke Desilu Productions. Disitu dia bukannya ditawarkan kontrak untuk satu skrip, tetapi telah diambil bekerja sebagai penerbit dan dibenarkan untuk bekerja untuk projeknya sendiri.

Roddenberry menceritakan tentang idea Star Trek kepada Oscar Katz, ketua pengatur program, dan kedua-duanya segera memulakan perancangan untuk menjual siri ini kepada rangkaian televisyen. Mereka membawanya ke CBS (Columbia Broadcasting System), yang akhirnya tidak berminat.

Roddenberry dan Katz seterusnya membawa idea itu ke NBC (National Broadcasting Company), yang kemudiannya bersetuju untuk membiayai 3 idea cerita. Sementara sebahagian besar wang untuk episod pertama datang dari NBC, kos selebihnya telah dibiayai oleh Desilu. Pada bulan Februari 1966, NBC memaklumkan Desilu bahawa mereka akan membeli Star Trek dan siri ini akan dimasukkan ke dalam jadual televisyen musim luruh tahun itu.

Pada 24 Mei, episod pertama siri Star Trek melalui proses penerbitan; Desilu telah mendapat kontrak untuk menghasilkan 13 episod. Pada 8 September 1966, episod pertama "The Man Trap", telah ke udara menerusi saluran NBC.

Tenaga produksi :
Kapal angkasa Starship Enterprise :
Salah seorang ahli produksi untuk siri ini ialah pengarah seni Matt Jefferies yang merupakan pereka kapal angkasa Starship Enterprise dan kebanyakan bahagian dalamannya.

Jefferies mempunyai etika reka bentuk yang sangat pragmatik: pemikiran bahawa enjin Starship akan menjadi sangat kuat dan berbahaya, dia meletakkannya jauh dari kapal induk. Selain dari itu dengan menggunakan reka bentuk modular, anak-anak kapal boleh keluar dengan cepat dalam keadaan kecemasan. Memikirkan bahawa apa sahaja yang boleh berlaku bakal terjadi, Jefferies meletakkan semua alat kelengkapan kapal di sebelah dalam kapal untuk akses yang mudah, menghapuskan keperluan untuk spacewalking dalam kes pembaikan luar. Panel-panel jambatan yang bersambung kepada kapal induk diberi reka bentuk ergonomik untuk keselesaan dan kemudahan penggunaan.


Matt Jefferies (12 Ogos 1921 - 21 Julai 2003)


Rekabentuk konsep oleh Jefferies


Rekabentuk yang dipersetujui oleh Roddenberry


Model kapal angkasa Starship Enterprise yang pertama sedia untuk rakaman

Rekaan pakaian :
Pereka pakaian Star Trek, Bill Theiss, telah menggunakan warna-warna yang menarik perhatian sebagai pakaian seragam Starfleet, anak-anak kapal Enterprise. Dia juga mereka pakaian untuk bintang tetamu wanita dan untuk pelbagai makhluk asing termasuk Klingons, Vulcans, Romulans, Tellarites, Andorians dan Gideonites antara lain.


William (Bill) Ware Theiss (20 November, 1931 - 15 Disember, 1992)
bersama Leonard Nimoy pada tahun 1968


Bill (kanan) membentangkan ideanya untuk pakaian seragam The Next Generation pada tahun 1987


Design untuk 'Space Hookers' dan pakaian sebenar


Design untuk Carolyn Palamas dalam episod "Who Mourns for Adonais?" dan pakaian sebenar


Design untuk Shahna dalam episod "The Gamesters of Triskelion" dan pakaian sebenar


Antara uniform anggota Starfleet


Lencana-lencana anggota Starfleet

Props :
Artis dan pengukir Wah Chang yang pernah bekerja untuk Walt Disney Productions, telah diambil bekerja sebagai pereka bentuk dan pembuat prop: dia mereka 'flip-open communicator' yang sering dikreditkan sebagai telah mempengaruhi konfigurasi reka bentuk telefon mudah alih moden.

Wah juga mereka bentuk alat 'sensing-recording-computing tricorder' mudah alih dan pelbagai alat-alat fiksyen yang digunakan oleh anak-anak kapal termasuk alat-alat di bilik sakit Starship Enterprise. Apabila siri ini berkembang, dia juga telah membantu untuk mencipta pelbagai makhluk asing seperti Gorn dan Horta.


Wah Chang (2 Ogos, 1917 - 22 Disember, 2003) bersama flip-open communicator rekaannya


Rekabentuk flip-open communicator yang futuristik oleh Wah


Sensing-recording-computing tricorder rekaan Wah


Makhluk asing Gorn

Flip-open communicator telah direalisasikan oleh Wand Company :


Lagu tema :
Lagu tema Star Trek yang segera dikenali ramai telah ditulis oleh Alexander Courage dan telah digunakan dalam beberapa episod spin-off dan filem-filem Star Trek . Gene Roddenberry ada menulis satu set lirik tetapi ia tidak pernah digunakan, sebagaimana Roddenberry pun tidak berhasrat menggunakannya.

Sewaktu Courage menulis lagu tema ini pada tahun 1966, dia lansung tidak menyangka bahawa dia sebenarnya sedang menulis salah lagu yang paling dikenali dan diingati pada abad ke-20. Baginya ia hanyalah sebuah tugasan, sama seperti tugas-tugas muziknya yang lain. "Saya melakukannya dalam seminggu, dengan orkestra 17 orang dan seorang penyanyi wanita," katanya dalam satu temubual pada tahun 1996.


Alexander Mair Courage, Jr. (10 Disember 1919 - 15 May 2008)


Manuskrip lagu tema Star Trek oleh Courage

Video lagu tema Star Trek oleh Alexander Courage :


Temubual dengan Alexander Courage pada 8 Februari, 2000 :


Jalan cerita :
Siri Star Trek mengambil tempat di dalam galaksi Bima Sakti di sekitar tahun 2260an.
Kapal angkasa Starship Enterprise mengembara angkasa dengan anak-anak kapalnya Starfleet yang diketuai oleh Kapten James T. Kirk, pegawai pertama dan pegawai sains Spock, dan ketua pegawai perubatan Leonard McCoy. Setiap episod mengisahkan tentang kisah pengembaraan mereka. Pengenalan suara latar William Shatner semasa kredit pembukaan setiap episod itu menyatakan tujuan Starship Enterprise:

Space: the final frontier.
These are the voyages of the Starship Enterprise. Its five-year mission: to explore strange new worlds, to seek out new life and new civilizations, to boldly go where no man has gone before.


Angkasa : sempadan terakhir.
Ini adalah pelayaran Starship Enterprise. Misinya untuk lima tahun: untuk meneroka dunia baru yang aneh, untuk mencari kehidupan baru dan tamadun baru, untuk berani pergi di mana tidak ada orang telah pergi sebelum ini.


Video pembukaan Star Trek :


Barisan pelakon utama :

William Shatner sebagai James T. Kirk,
Pegawai Pemerintah USS Enterprise dan USS Enterprise-A sehingga Kirk bersara pada 2293.

James Doohan sebagai Montgomery Scott,
ketua jurutera sehingga Scott bersara pada 2293.

DeForest Kelley sebagai Leonard McCoy,
ketua pegawai perubatan dan kemudian flag officer sehingga persaraannya.

Walter Koenig sebagai Pavel Chekov,
navigator, & keselamatan pegawai / taktikal.

Nichelle Nichols sebagai Nyota Uhura,
pegawai komunikasi.

Leonard Nimoy sebagai Spock,
pegawai pertama dan pegawai sains, dan kemudian duta Persekutuan sehingga kehilangannya kepada 'alternate timeline' pada 2387.

George Takei sebagai Hikaru Sulu,
jurumudi dan kemudian pegawai memerintah USS Excelsior.


Dari kiri : James Doohan, DeForest Kelley, Walter Koenig, Majel Barrett, William Shatner, Nichelle Nichols, Leonard Nimoy, dan George Takei.

Selepas pembatalan :
Siri ini dikenali sebagai Star Trek pada awalnya, tetapi berikutan siri-siri tv dan filem-filem Star Trek yang banyak diterbitkan selepas pembatalannya ia mula dirujuk sebagai Star Trek : The Original Series (TOS).

Star Trek : TOS adalah antara siri televisyen pertama yang akan dikeluarkan dalam bentuk VHS dan Laserdisc di sekitar 1980an disamping diulang tayang oleh beberapa rangkaian televisyen. Ia kemudiannya diedarkan dalam bentuk DVD dan Bluray. Sekarang Star Trek : TOS boleh ditonton melalui internet melalui aplikasi telefon bimbit (tv.com) dan Netflix.

Dengan kenaikan popularitinya selepas pembatalan, pembikinan siri-siri baru bermula dan dipertontonkan kepada masyarakat. Bermula dengan siri animasi The Animated Series (1973–74), ia diikuti oleh siri-siri Star Trek yang lain : The Next Generation (1987–94), Deep Space Nine (1993–99), Voyager (1995–2001), dan Enterprise (2001–05). Siri televisyen terbaru Star Trek, Discovery dijangka akan mula ditayangkan pada tahun 2017.

Selain siri televisyen, Star Trek juga diadaptasikan ke dalam bentuk filem : The Motion Picture (1979), The Wrath of Khan (1982), The Search for Spock (1984), The Voyage Home (1986), The Final Frontier (1989), The Undiscovered Country (1991), Generations (1994), First Contact (1996), Insurrection (1998), Nemesis (2002), Star Trek (2009), Into Darkness (2013), dan yang terbaru Beyond (2016). Star Trek : Beyond setakat ini mandapat rating 83% di Rotten Tomatoes (rottentomatoes.com) dan 7.4/10 di IMDB (imdb.com).

Poster Star Trek : Beyond (2016)

Video trailer Star Trek : Beyond (2016)


Sumber :



Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 06:09 PM | Show all posts
Edited by luna.millieu at 9-9-2016 06:25 PM

9 September, 1776
USA mendapat namanya

Hari ini Kongres telah secara rasminya memerintahkan nama negara ditukar kepada United States of America. Walaupun Declaration of Independence telah diumumkan pada 4 Julai 1776, hari yang kemudiannya dikenali sebagai Independence Day, pada masa itu nama negara yang sekarang dikenali sebagai United States of America masih dirujuk secara meluas sebagai 'United Colonies' of America.

Richard Henry Lee, seorang ahli politik yang berpengalaman dan dihormati dari Virginia, telah membentangkan sebuah resolusi oleh kepada Kongres pada 7 Jun di Philadelphia. Resolusinya yang diluluskan pada 2 Julai 1776, telah menyatakan keazaman,
"That these United Colonies are, and of right ought to be, free and independent States..."
"Bahawa Koloni-koloni Bersatu ini adalah, dan sepatutnya berhak menjadi, Negeri-negeri yang bebas dan merdeka ..."

Berikutan itu, John Adams seorang peguam, penulis, ahli politik dan diplomat Amerika pada masa itu menjangka 2 Julai akan diraikan sebagai "permulaan zaman yang paling diingati dalam sejarah Amerika", iaitu hari negara tersebut mengumumkan keazaman untuk merdeka dari British, hari Declaration of Independence. Sebaliknya, hari itu telah dilupakan dan ramai yang memilih tarikh 4 Julai, hari dimana dokumen Declaration of Independence yang telah diedit oleh Thomas Jefferson diterima pakai oleh Kongres. Jefferson adalah penulis utama Declaration of Independence.


Richard Henry Lee (20 Januari 1732 - 19 Jun 1794)


John Adams (30 Oktober 1735 - 4 Julai 4 1826)
salah seorang daripada The Founding Fathers dan presiden ke-2 Amerika (1797-1801)


Thomas Jefferson (13 April 1743 - 4 Julai 1826)
salah seorang daripada The Founding Fathers dan presiden ke-3 Amerika (1801-1809)

Seperti resolusi yang dibentangkan oleh Lee, dokumen Declaration of Independence yang disunting oleh Jefferson juga menyatakan,
"That these United Colonies are, and of Right ought to be FREE AND INDEPENDENT STATES."
"Bahawa Koloni-koloni Bersatu ini adalah, dan sepatutnya berhak menjadi NEGERI-NEGERI YANG BEBAS DAN MERDEKA."


Perbezaan antara resolusi Lee dan dokumen yang disunting oleh Jefferson ialah; resolusi Lee telah dibuka dengan ayat tersebut, manakala Jefferson pula telah menyimpan ayat tersebut sehingga ke bahagian tengah penutup dokumen pengisytiharan kemerdekaan itu.

Dalam draf kasar Jefferson yang ditulis pada Jun 1776, tajuk dokumen ditulis dalam huruf besar dan berbunyi:
"A Declaration by the Representatives of the UNITED STATES OF AMERICA in General Congress assembled."
"Pengisytiharan oleh Wakil-wakil NEGERI-NEGERI BERSATU AMERIKA dalam Kongres Agung yang diadakan".


Nota Thomas Jefferson

Walau bagaimanapun, dalam suntingan terakhir,bahasa ini telah diubah kepada:
"The unanimous Declaration of the thirteen united States of America".
"Deklarasi sebulat suara tiga belas Negeri-negeri bersatu Amerika".


Dokumen pengisytiharan kemerdekaan Declaration of Independence

Bagi para pengarkib The National Archives, hakikat bahawa frasa "United States of America" muncul dalam kedua-dua versi menawarkan bukti yang cukup untuk mengkreditkan Jefferson sebagai pencipta frasa ini. Menjelang September, dokumen Declaration of Independence telah didraf, ditandatangani, dicetak dan dihantar ke Great Britain.

USA pada masa itu :
Pada tahun 1776, United Colonies of America dianggotai oleh 13 koloni iaitu Delaware, Pennsylvania, New Jersey, Georgia, Connecticut, Massachusetts Bay, Maryland, South Carolina, New Hampshire, Virginia, New York, North Carolina, dan Rhode Island and Providence Plantations.

13 koloni ini terletak di pantai timur barat Amerika. Benderanya juga masih lagi belum bertukar kepada bendera yang digunakan hari ini. Bendera yang digunakan pada masa ini dikenali dengan nama 'Grand Union Flag'. Bendera ini ditukar beberapa kali sebelum menjadi bendera USA hari ini.


Kedudukan Thirteen Colonies (United Colonies of America) sehingga tahun 1776


Bendera Grand Union Flag


Replika Grand Union Flag di luar San Francisco City Hall, San Francisco, California

Dalam nota mesyuarat Kongres pada September 9 1776, John Adams menulis,
"Resolved, that in all Continental Commissions, and other Instruments where heretofore the Words, 'United Colonies,' have been used, the Stile be altered for the future to the United States."
"Selesai, bahawa dalam semua Arahan Kontinental, dan Instrumen lain di mana sebelum ini yang mana perkataan, 'United Colonies,' telah digunakan, diubah untuk masa depan kepada United States ."

Dengan ini lahirlah negara bernama USA yang kita kenali sekarang~~

Penceritaan semula pengundian resolusi Richard Henry Lee sehingga perlaksanaan Declaration of Independence :



Sumber :






Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 06:48 PM | Show all posts
Edited by luna.millieu at 9-9-2016 06:50 PM

9 September, 2009
Dubai Metro dirasmikan



Tepat pada jam 09:09:09 malam pada 9 September 2009, Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum telah mencucuh tiketnya ke dalam mesin masuk stesen Dubai Metro lalu terciptalah sejarah apabila keretapi Dubai Metro yang pertama bertolak dari stesen Mall of the Emirates menghala ke Al Rashidiya.


Gambar perasmian oleh Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum

Keretapi yang pertama bertolak ini telah dinaiki oleh Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, pemerintah Dubai. Perkhidmatan Dubai Metro ini kemudian dibuka kepada orang awam bermula 06:00 pagi keesokkan harinya pada 10 September 2009. Lebih daripada 110,000 orang, atau hampir 10% daripada penduduk di Dubai telah menggunakan Dubai Metro pada 2 hari pertama operasinya.


Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum menaiki Dubai Metro selepas merasmikannya

Dubai Metro adalah rangkaian kereta api bandar yang pertama di Semenanjung Arab, yang kedua di Dunia Arab selepas Metro Kaherah, Mesir, atau ketiga perkhidmatan Baghdad Metro dikira. Pada tahun 2012, Guinness World Records mengisytiharkan Dubai Metro sebagai rangkaian metro fully automated (dikendalikan secara automatik sepenuhnya) yang terpanjang di dunia dengan kepanjangan laluan sejauh 75 kilometer.

Perlaksanaan Dubai Metro :
Perancangan Dubai Metro bermula di bawah arahan pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum. Pada Mei 2005, sebuah kontrak reka bentuk dan pembinaan bernilai AED 12.45 billion telah dianugerahkan kepada konsortium Dubai Rail Link (DURL) yang terdiri daripada syarikat-syarikat Jepun dan Turki. Kontrak perkhidmatan Pengurusan Projek dan Pengurusan Pembinaan pula diberikan kepada sebuah syarikat usahasama Perancis-Amerika.

Pembinaan fasa pertama yang bernilai AED 15.5 bilion meliputi 35 kilometer dari rangkaian yang dicadangkan, termasuk Red Line antara Al Rashidiya dan Jebel Ali Free Zone dan Green Line dari Al Qusais 2 ke Al Jaddaf 1. Kontrak fasa kedua kemudiannya ditandatangani pada Julai 2006 melibatkan kerja sambungan kepada laluan awal.

Pembinaan :
Kerja pembinaan metro  bermula secara rasminya bermula pada 21 Mac 2006. Walaupun dunia sedang mengalami krisis ekonomi ekoran kejatuhan pasaran hartanah di Amerika, pada Februari 2009 pegawai kanan RTA Rail Agency berkata projek Dubai Metro akan disiapkan mengikut jadual. Walau bagaimanapun, daripada 29 stesen metro Red Line hanya 10 sahaja yang dibuka pada 9 September 2009.

Mattar Al Tayer, Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Jalan dan Pengangkutan (Roads and Transport Authority, RTA) berkata Red Line telah dibina dalam hanya 49 bulan. Shaikh Mohammad Bin Rashid Al Maktoum menggunakan hal ini sebagai contoh daya tahan kewangan emiriah itu, di tengah-tengah kegawatan ekonomi tahun tersebut.


Jambatan laluan Dubai Metro Red Line, 22 November 2007


Stesen Jebel Ali Free Zone dalam pembinaan pada Mei 2008

Walaupun sudah beroperasi Dubai Metro masih lagi menjalani proses penambahan rangkaian. Selain daripada penambahn laluan Red Line dan Green Line, laluan baru Purple Line, Pink Line dan Gold Line sedang ditambah dan Dubai Metro dijangka siap pada tahun 2030.


Peta Dubai Metro, Disember 2011
kotak hitam = beroperasi, kotak putih = belum beroperasi,
garis putus-putus = dalam pembinaan, garisan titik = dalam perancangan


Peta Dubai Metro menjelang 2030

Operasi :
Metro Dubai dikendalikan oleh Serco bawah kontrak kepada Dubai RTA. Red Line dan Green Line Metro Dubai adalah sepanjang 70 kilometer dengan 47 stesen (termasuk 9 stesen bawah tanah).


Peta Red Line dan Green Line Dubai Metro


Pada awalnya di rangkaian Red Line, dengan jumlah 44 set keretapi, tren bertolak setiap 7 minit satu semasa waktu tidak sesak (off-peak) dengan purata 8.5 tren setiap jam, sementara pada waktu sesak (peak hours) ianya bertambah kepada 3 minit 45 saat setiap satu dengan purata 16 tren setiap jam. Dari tahun 2010, dengan 51 keretapi dalam perkhidmatan, Red Line mempunyai kapasiti 11,675 penumpang setiap jam di setiap arah pada waktu sesak. Pada September 2014, Red Line beroperasi dengan 60 keretapi.

Green Line pula mempunyai kapasiti permulaan sebanyak 6395 penumpang sejam sehala dengan 19 kereta api dalam perkhidmatan pada September 2014. Matlamat reka bentuk kapasiti laluan ini ialah seramai 13,380 penumpang setiap jam dengan 60 kereta api perkhidmatan.


Panorama Dubai Metro


Keadaan dalam tren Dubai Metro


Keadaan dalam salah sebuah stesen Dubai Metro


Stesen Dubai Metro di Emirates Mall

Video perasmian Dubai Metro  :


Video yang ditayangkan semasa perasmian Dubai Metro :


Sumber :



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.228475 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list