Tahniah semua membina ayat menatap, maaf hamba lama tak update bebenang ini. Sedap-sedap ayat yang dibina, seronok dibaca. Forumer boleh bina lebih daripada 1 ayat, buat hantaran lain-lain dalam bebenang ini.
Jom kita maju kepada perbendahraan kata yang seterusnya.
(Pada masa-masa istimewa, tacang akan ditaburkan macam Raya Puasa dan Raya Haji. Jadi, setialah bersama-sama membina ayat, ecewah!)
Definisi : 1. melihat (menghadiri dll) sbg saksi, melihat (menghadiri dll) sendiri: mereka berkahwin dgn disaksikan oleh ibu bapa mereka; 2. melihat (sendiri): orang yg datang utk ~ permainan itu makin bertam-bah; konsep inilah yg telah diterapkan, dan akibatnya masih dapat disaksikan hingga ke masa kini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Mulakan dengan subjek diikuti predikat.
Gunakan kata nama sebagai subjek contohnya Pak Atan, Boboiboy, pelanduk, penyanyi dan lain-lain lagi.
Contoh : Setiap kali bulan mengambang, Abu akan berbaring di padang untuk menyaksikan cahaya purnama menyimbah bumi.
Berdiri di dataran tebing tinggi, melihat jauh sekeliling sejauh mata memandang, aku kagum menyaksikan betapa indahnya alam ini dicipta Tuhan lantas mengucapkan "Subhanallah, Allahu Akbar."
Post time 10-6-2022 07:58 AMFrom the mobile phone|Show all posts
3chanceno replied at 8-4-2022 08:05 AM
Sang Arjuna menatap wajah kekasih hatinya sebelum berangkat ke medan peperangan.
Tenkiu Catpaw untuk komen n tacang sejujurnya meols dah terlupa benang nie tenkiu mengingatkan meols untuk perah otak melestarikan bahasa Melayu di sini