CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kak-Leen

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOLUME 30

 Close [Copy link]
Post time 31-1-2021 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 29-1-2021 03:47 PM
Alahai.. Kesiannya.
Selsema ni penat pada akak. Nak bernafas tersekat2.
Ni dah sihat ke semuany ...

Bdk2 kak..dlm diam dia g buka peti sejuk minum air sejuk..
Tau2 tgk berhingus blk..
Kita pulak dh 2hari hidung kanan block..xde hingus tp xleh bersin..pening sblh kepala.. tanda sinus kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2021 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 31-1-2021 10:42 AM
Tgk ajo cite kat unifi ni.. cite kelin pun aku bantai bukak.. janji berbunyik

Mungkinkah?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2021 06:09 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 31-1-2021 05:14 PM

Hari Kusta Sedunia. Untuk tahun ini, ia jatuh pada 31 Januari 2021.

https://kpkesihatan.com/2021/01/31/kenyataan-akhbar-kpk-31-januari-2021-sambutan-hari-kusta-sedunia-2021-bersama-hentikan-kusta/

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2021 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 31-1-2021 06:21 PM
Lagi banyak? Huhu...

Ya Alllah... byknyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2021 06:32 PM | Show all posts

Terkini. 31 Jan. Kes baharu hari ini 5,298 kes. Selangor dan Johor kes tertinggi melebihi 1,000 kes. 14 lagi kematian.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2021 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 31-1-2021 06:32 PM
Terkini. 31 Jan. Kes baharu hari ini 5,298 kes. Selangor dan Johor kes tertinggi melebihi 1,000 ke ...

Selango 2ribu lebih kan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2021 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 31-1-2021 05:35 PM
Selango 2ribu lebih kan..

.   .   .  .   

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2021 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
.   .   .   .       .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2021 07:07 PM | Show all posts

Kira-kira 80 peratus populasi rakyat Malaysia bakal menerima suntikan vaksin Covid-19. –

PUTRAJAYA – Kira-kira 75,000 rakyat dijangka mene-rima suntikan vaksin koronavirus setiap hari di 600 pusat vaksinasi di seluruh negara apabila program vaksinasi Co-vid-19 kebangsaan bermula Mac ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sasaran awal kerajaan adalah 75,000 suntikan vaksin Covid-19 dalam tempoh sehari dan sasaran seterusnya sebanyak 150,000 suntikan sehari meliputi dos kedua.

Menurutnya, kerajaan menjangkakan program vaksinasi terhadap 27 juta penduduk atau 80 peratus populasi negara ini dapat diselesaikan menjelang Mac 2022 atau secepatnya hujung tahun ini.

“Kita mahu berusaha melaksanakan vaksinasi untuk orang ramai sebanyak mungkin pada suku kedua, ketiga dan keempat.

“Kerajaan sudah mengenal pasti 600 tapak (pusat vaksinasi) bagi pelaksanaan program ini. Kita juga sedang mengenal pasti kawasan seperti stadium atau lokasi acara yang luas bagi tujuan itu,” katanya dalam wawancara bersama CodeBlue, Isnin lalu.

Khairy Jamaluddin turut yakin bahawa sasaran kerajaan itu mampu dicapai berdasarkan penyediaan fasiliti mencukupi termasuk tempoh operasi pusat vaksinasi selama 24 jam sehari.

“Saya fikir, jika kita pertimbangkan dalam 75,000 orang sehari, dengan kombinasi 600 pusat, ditambah kawasan vaksinasi luas yang saya sedang aturkan, jika rancangan ini berjalan lancar, kita boleh selesaikan pa-ling cepat pada Disember (ini),” ujarnya.

Sebanyak 600 pusat -vaksinasi itu antaranya melibatkan hospital kerajaan, hospital swasta, hospital universiti, hospital Ang---katan Tentera Malaysia, klinik kesihatan dan klinik swasta.

Khairy Jamaluddin berkata, perbincangan perlu diadakan di peringkat kerajaan negeri dengan klinik swasta bagi melihat kapasiti vaksinasi dan lokasi masing-masing.

“Kadar vaksinasi di klinik swasta, kita unjurkan tidak akan terlalu tinggi, ini lebih kepada kemudahan kepada golongan ter-tentu seperti warga emas.

“Jika mereka tinggal di kawasan tertentu yang mungkin jauh dari hospital atau pusat berkenaan, mereka boleh pergi ke klinik swasta dengan merujuk senarai dalam laman web serta aplikasi MySejahtera untuk membuat janji temu,” katanya.

Ujar beliau, kerajaan juga akan menanggung kos vaksinasi Co-vid-19 jika dibuat di klinik swasta supaya orang ramai boleh mendapatkannya secara percuma.

Khairy Jamaluddin turut memaklumkan bahawa kerajaan akan menambah jumlah kakitangan vaksinasi daripada 7,000 kepada 10,000 orang, bergantung kepada bilangan pusat vaksinasi.

Selain doktor yang tergolong sebagai petugas vaksinasi, beliau berkata, pembantu perubatan, jururawat, penyelia jururawat, pelajar perubatan, sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan juga akan terbabit sama.

“Kita bukan hanya mengge-rakkan mereka dalam perkhidmatan kesihatan, malah komuniti sukarelawan seperti Bulan Sabit Merah, St. John Ambulance dan seberapa ramai mungkin untuk turut sama terlibat,” jelasnya.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin berkata, beliau juga peka dengan kemungkinan berlaku masalah kelewatan perolehan bekalan membabitkan vaksin yang dibangunkan Pfizer dan AstraZeneca selain yang dihasilkan firma China serta Rusia.

“Portfolio vaksin akan terus diimbangi dan disesuaikan supaya kita mampu memperoleh bekalan dalam jumlah sepatutnya sehingga suku keempat tahun ini.

“Dalam tempoh sebulan (selepas program bermula) atau kurang dari itu, kerajaan akan memperoleh jangkaan memuaskan tentang tempoh program vaksinasi ini boleh diselesaikan de-ngan mengambil kira kese-diaan bekalan,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2021 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 31-1-2021 06:15 PM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sehingga 31 Januari 2021, jam 12.00 tengah hari, sebanyak 74 kes baru telah dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif COVID-19 di Negeri Pahang adalah sebanyak 2984 kes. Kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 500 kes. Terdapat  43 kes sembuh harian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 2470 kes manakala jumlah kematian adalah 14 kes.

*74 KES BARU*

28 Kluster Tanah Putih
7 Kluster Tembok Mempaga
4 Kluster Industri Peramu Jaya
1 Kluster Kg. Kemansur
26 Saringan Kontak
5 Saringan Bergejala
2 Saringan Pengembara
1 Saringan Pra- Prosedur

71 Warganegara
3 Bukan warganegara

------------------------------------------------
Zon Merah:
Daerah Bentong
Daerah Kuantan
Daerah Temerloh
Daerah Pekan

Zon Oren :
Daerah Maran
Daerah Raub

Zon Kuning:
Daerah Bera
Daerah Lipis
Daerah Jerantut
Daerah Cameron Highlands
Daerah Rompin
     

Keeping Pahang safe: Lindungi Pahang
Kita perlu sedar bahawa virus COVID-19 ini tidak akan hilang dalam masa terdekat. Virus ini berada di mana-mana sahaja di persekitaran kita. Justeru, semua orang perlu menerima dan beradaptasi dengan situasi kehidupan ini. Budayakan amalan norma baharu untuk terus kekal sejahtera dan selamat.
Sentiasa amalkan:
- Pakai pelitup muka
- Jaga jarak fizikal 1 meter
- Kerap basuh tangan dengan sabun dan air atau guna hand sanitizer
- Segera ke klinik kesihatan berhampiran jika bergejala
Dengan mematuhi SOP, risiko untuk dijangkiti COVID-19 adalah sangat rendah walaupun kes positif tersebut anda tidak kenali.

#covid19
#kitajagakita
#koinaksihat
#tanganimerahlindungihijau


Berikut adalah Infografik-infografik situasi COVID-19 di Negeri Perak.

1) Infografik 1
Ringkasan Kes COVID-19 di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 31 Januari 2021, 12.00 tengahari)

2) Infografik 2
Taburan Kes COVID-19 Mengikut Mukim di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 31 Januari 2021, 12.00 tengahari)

3) Infografik 3
Kes COVID-19 Mengikut Mukim Tanpa Kes Baharu COVID-19 Selepas 14 Hari dan 28 Hari
(dikemaskini sehingga 31 Januari 2021, 12.00 tengahari)

Data yang dipaparkan adalah data yang telah dikemaskini dan penyelarasan data dilakukan dari semasa ke semasa.

4) Infografik 4
Laporan Kluster COVID-19 di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 31 Januari 2021, 12.00 tengahari)

PERINCIAN KES

63 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini (31 Januari 2021) ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  62 kes adalah jangkitan tempatan dan 1 kes adalah jangkitan dari luar Perak.

a) Daerah Kinta (10 kes)

1 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan Pengkalan.  1 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Jalan Pengkalan adalah 62 kes.

2 kes dari kluster baru iaitu Kluster Bercham Raya.  2 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Bercham Raya adalah 11 kes.

4 kes dari saringan kontak rapat.  3 kes adalah jangkitan tempatan dan 1 kes jangkitan dari luar Perak.

3 kes dari saringan bergejala.  3 kes adalah jangkitan tempatan.

b) Daerah Kampar (12 kes)

3 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Taman Sejahtera.  3 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Taman Sejahtera di Perak adalah 71 kes.

5 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan Pengkalan.  5 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Jalan Pengkalan di Perak adalah 67 kes.

2 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Batu 6.  2 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Batu 6 di Perak adalah 51 kes.

2 kes dari saringan kontak rapat.  2 kes adalah jangkitan tempatan.

c) Daerah Perak Tengah (9 kes)

7 kes dari kluster baru iaitu Kluster Jalan Tronoh Bota.  7 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Jalan Tronoh Bota di Perak adalah 23 kes.

1 kes dari saringan bergejala.  Kes adalah jangkitan tempatan.

1 kes dari saringan kontak rapat.  Kes adalah jangkitan tempatan.

d) Daerah Kuala Kangsar (14 kes)

11 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Lasah.  11 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Lasah di Perak adalah 41 kes.

3 kes dari saringan kontak rapat.  3 kes adalah jangkitan tempatan.

e) Daerah Kerian (4 kes)

3 kes dari saringan kontak rapat.  3 kes adalah jangkitan tempatan.

1 kes dari saringan pra-pembedahan di hospital.  Kes adalah jangkitan tempatan.

f) Daerah Hilir Perak (3 kes)

1 kes dari saringan kontak rapat.  Kes adalah jangkitan tempatan.

2 kes dari saringan bergejala.  2 kes adalah jangkitan tempatan.

g) Daerah Hulu Perak (5 kes)

4 kes dari saringan kontak rapat.  4 kes adalah jangkitan tempatan.

1 kes dari saringan bergejala.  Kes adalah jangkitan tempatan.

h) Daerah Manjung (3 kes)

3 kes dari saringan kontak rapat.  3 kes adalah jangkitan tempatan.

i) Daerah Larut Matang Selama (2 kes)

1 kes dari saringan kontak rapat.  Kes adalah jangkitan tempatan.

1 kes dari saringan bergejala.  Kes adalah jangkitan tempatan.

j) Daerah Muallim (1 kes)

1 kes dari saringan bergejala.  Kes adalah jangkitan tempatan.

#penjarakanfizikal
#amalkannormabaharu
#KitaJagaKita
#KitaMestiMenang
#attackredprotectgreen

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2021 07:19 PM | Show all posts
Kenyataan Akhbar KPK 31 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON JANUARY 31, 2021
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
31 JANUARI 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 31 Januari 2021 (jam 12:00 tengah hari);
  • Kes sembuh : 4,522 kes (166,049 kes kumulatif, 77.2%);
  • Kes baharu : 5,298 kes (214,959 kes kumulatif);
  • Kes import : 3 kes (2 warganegara, 1 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 5,295 kes [3,406 warganegara (64.3%); 1,889 bukan warganegara (35.7%)];
  • Kes aktif : 48,150 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 313 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 127 kes; dan
  • Kes kematian :14 kes (760 kes kumulatif , 0.35%)
Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 2,460 kes (46.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,907 kes (77.5peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 1,020 kes (19.3 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 783 kes (14.8 peratus).
Sebanyak 94 kes (1.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Sungai Udang (38 kes), Kluster DTI Sepang 2 (18 kes), Kluster Tembok Renggam (16 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (9 kes), Kluster Tembok Mempaga (7 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), Kluster Penjara Sungai Jelok (2 kes), dan Kluster Tembok Kemus (1 kes).
Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan 12 kes di Selangor, serta masing-masing satu (1) kes di Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Semua kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 31 Januari 2021;
  • Jumlah kluster : 817 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 10 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 425 kluster (termasuk lima (5)kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Tampoi, Kluster Paginatan, Kluster Pulau Berhala, Kluster Osmo Jaya, dan Kluster Kolam Air);
  • Jumlah kluster aktif : 392 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 83 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Jalan Vista (222 kes), Tapak Bina Jalan Chulan (151 kes), dan Kluster Jalan Kewajipan (125 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan tujuh (7) kluster berkaitan tempat kerja, dua (2) kluster kumpulan berisiko tinggi, dan satu (1) kluster komuniti.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
NoNama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan Rami TigaJohorTempat Kerja
2Jalan MegaJohorTempat Kerja
3Sri PlentongJohorTempat Kerja
4Jalan KewajipanSelangorTempat Kerja
5Persiaran SabakSelangorTempat Kerja
6Tapak Bina Raja ChulanWP Kuala LumpurTempat Kerja
7Jalan Masjid TanahMelakaTempat Kerja
8Jalan IthninJohorKumpulan Berisiko Tinggi
9Bercham RayaPerakKumpulan Berisiko Tinggi
10Jalan TronohPerakKomuniti
KES-KES LEWAT DILAPORKAN KE CPRC KEBANGSAAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
Jumlah kes baharu pada hari ini adalah sebanyak 5,298 kes, yang merupakan kes harian ketiga tertinggi yang pernah dilaporkan oleh CPRC Kebangsaan KKM. Selama tiga (3) berturut-turut, negara kita telah digemparkan dengan kes harian baharu melebihi lima ribu sehari. KKM ingin mengesahkan bahawa, situasi ini disebabkan oleh pelaporan lewat kes-kes ke CPRC Kebangsaan KKM termasuk kes-kes yang dikesan positif pada tahun 2020.
Peningkatan kes yang mendadak ini adalah disebabkan oleh saringan bersasar di tempat kerja, saringan kontak rapat, dan saringan kumpulan berisiko tinggi yang dijalankan secara besar-besaran di beberapa buah negeri. Namun begitu, kes-kes yang lewat dilaporkan ini telah diambil tindakan sewajarnya di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berkenaan  seperti pengasingan dan rawatan ke atas kes-kes positif, pengesanan kontak rapat serta pengesanan kes secara aktif.
Terdapat juga kelewatan pelaporan menggunakan Sistem Makmal Kesihatan Awam (SIMKA) oleh fasiliti swasta berdaftar misalnya klinik-klinik dan hospital-hospital swasta. Terima kasih kepada fasiliti swasta yang telah melaporkan kes segera menggunakan SIMKA, dan juga pengguna MySejahtera yang membuat laporan kendiri bagi memaklumkan status keputusan ujian COVID-19 mereka.
KKM akan bekerjasama dengan semua pihak berkaitan agar isu isu kelewatan pelaporan kes-kes positif ini dapat ditangani dengan segera bagi membendung penularan COVID-19 di Malaysia.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembangdengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
31 Januari 2021 @ 6.00 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 31 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR2,460 (1)67,934
SABAH29848,868
WP KUALA LUMPUR783 (1)25,601
JOHOR1,020 (1)21,558
NEGERI SEMBILAN4211,650
PULAU PINANG697,848
PERAK636,107
KEDAH535,786
SARAWAK1354,450
MELAKA1533,575
KELANTAN  303,251
PAHANG742,984
WP LABUAN242,147
TERENGGANU832,142
WPPUTRAJAYA6882
PERLIS5176
JUMLAH KESELURUHAN5,298 (3)214,959
*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 5,298 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 31 Januari 2021 adalah seperti berikut:
  • Selangor: 2,460 kes
    • 421 kes daripada kluster-kluster, termasuk 159 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kewajipan dan Kluster Persiaran Sabak;
    • 1,486 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 552 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 1,020 kes
    • 482 kes daripada kluster-kluster, termasuk 156 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Ithnin, Kluster Jalan Rami Tiga, Kluster Jalan Mega, dan Kluster Sri Plentong;
    • 175 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 362 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 783 kes
    • 405 kes daripada kluster-kluster, termasuk 151 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Chulan;
    • 159 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 218 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 298 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 225 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 62 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 153 kes
    • 126 kes daripada kluster-kluster, termasuk 68 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Masjid Tanah;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 135 kes
    • 61 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 51 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 83 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 35 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 74 kes
    • 40 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 69 kes
    • 22 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 31 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 63 kes
    • 31 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Tronoh dan Kluster Bercham Raya;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 53 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 42 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 30 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 24 kes
    • 14 kes daripada kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Enam (6) kes
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
LAMPIRAN 3
Ringkasan 14 kes kematian pada 31 Januari 2021 adalah seperti berikut:
No. KematianNo. KesNegeriJantina(Warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
747126609SelangorPerempuan (WN)64Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
748152490SelangorLelaki (WN)65Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik
749178200WP Kuala LumpurLelaki (WN)74Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
750183918SelangorLelaki (WN)83Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis dan kanser usus
751187865SelangorPerempuan (WN)40Hospital SelayangMeningiomadan epilepsy
752188119SelangorLelaki (WN)60Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
753191248SelangorLelaki (WN)87Hospital Sungai BulohDementia
754205049SelangorPerempuan (WN)58Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Lembah PantaiPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, danRheumatoid Arthritis
755205311  SelangorLelaki (WN)74Hospital Kuala LumpurPenyakit jantung
756205474SelangorLelaki (WN)36Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis
757207209SelangorPerempuan (WN)76Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
758207211SelangorLelaki (WN)58Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan penyakit jantung
759207212SelangorPerempuan (WN)41Jenazah dibawa ke Hospital SerdangPenyakit buah pinggang kronik
760209380SarawakLelaki (WN)73Jenazah dibawa ke Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
*WN merujuk kepada warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
  • KLUSTER JALAN KEWAJIPAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja-pekerja yang terletak di Jalan Kewajipan, Subang Jaya, Petaling. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 500 individu telah disaring, di mana 125 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER PERSIARAN SABAK
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Persiaran Sabak Bernam, Shah Alam. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 440 individu telah disaring, di mana 44 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN ITHNIN
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-202930) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Ithnin, Kampung Ungku Mohsin, Johor Bahru. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 294 individu telah disaring, di mana 67 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN RAMI TIGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Jalan Rami, Jorak Industrial Estate, Bukit Pasir, Muar. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 93 individu telah disaring, di mana 47 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN MEGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Jalan Mega, Taman Perindustrian Nusa Cemerlang, Iskandar Puteri, Johor Bahru. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 49 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER SRI PLENTONG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Taman Perindustrian Sri Plentong, Masai, Johor Bahru. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 44 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN CHULAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Raja Chulan, Lembah Pantai. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 562 individu telah disaring, di mana 151 kestelah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN MASJID TANAH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Alor Gajah di Melaka. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 29 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Masjid Tanah, Alor Gajah. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 1,023 individu telah disaring, di mana 69 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN TRONOH
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Perak Tengah di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-189861) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Januari 2021. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Tronoh, Bota, Perak Tengah. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER BERCHAM RAYA
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Kinta dan Kuala Kangsar di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-179532) merupakan kes Influenza Like Illness (ILI) yang telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Januari 2021. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Taman Bercham Raya, Ipoh, Kinta. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2021 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 31-1-2021 05:35 PM
Selango 2ribu lebih kan..

.   .    .    .       .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2021 09:20 PM | Show all posts
6 kategori pelajar dibenarkan kembali ke kampus 1 Mac
Oleh Rohaniza Idris - Januari 31, 2021 @ 7:32pm


KUALA LUMPUR: Enam kategori pelajar institusi pendidikan tinggi dibenarkan ke kampus secara fizikal seawal 1 Mac ini bagi mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) hibrid iaitu secara fizikal dan pengajian dalam talian.

Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan perkara itu dipersetujui Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan beberapa sesi libat urus, kajian dan tinjauan yang dijalankan dengan pihak berkepentingan.

Kategori pertama adalah pelajar program pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Siswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas;

Kategori kedua membabitkan pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian.

Ketiga, pelajar Asasi atau Setara dan Diploma yang sedia ada di kampus boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid.

Bagi kategori keempat, semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom.

Kategori kelima, pelajar Berkeperluan Khas (OKU); dan keenam pelajar yang menduduki peperiksaan Malaysia University English Test (MUET), antarabangsa dan badan profesional.

"KPT prihatin dan menyedari kepentingan dalam memastikan keperluan program pengajian pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) berjalan dengan sempurna walaupun berhadapan dengan cabaran pandemik COVID-19," katanya kenyataan itu.

Dalam perkembangan sama, KPT memaklumkan pelaksanaan PdP secara hibrid dalam kampus boleh dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) dan mengutamakan keselamatan serta kebajikan pelajar.

"Pelajar yang tidak termasuk dalam kategori pelajar berkeperluan pula akan meneruskan PdP secara dalam talian," katanya.

Mengulas lanjut, KPT menegaskan pihaknya mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan sesi libat urus bersama Majlis Perwakilan Pelajar, pihak pengurusan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), Kementerian Kesihatan (KKM), pakar kesihatan dan MKN berkenaan tarikh kemasukan pelajar ke kampus secara fizikal.

Selain itu, kajian dan tinjauan dibuat oleh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) mendapati majoriti pelajar mahukan sesi (PdP) diadakan secara dalam talian.

Berhubung pergerakan pulang pelajar berkeperluan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak, pelajar dari dua negeri itu diwajibkan untuk menjalani ujian saringan pengesanan COVID-19 yang akan dibiayai oleh KKM.

Bagi pelajar yang tiba di Sarawak, mereka diwajibkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum dibenarkan bergerak ke kampus.

Kos makan minum dan kuarantin mulai 1 Mac akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak.

Sementara itu, pelajar berkeperluan dari Sabah dan Sarawak, akan ditempatkan di pusat pengasingan yang ditentukan oleh IPT masing-masing bagi memastikan bebas daripada sebarang gejala COVID-19.

Selain itu, bagi IPT di sabah dan Sarawak pelajar IPT disaran merujuk kepada SOP Kerajaan Sabah dan Sarawak yang sedang berkuat kuasa.

"Pihak IPT juga boleh merujuk kepada SOP Sektor Pengajian Tinggi sedia ada yang telah diwartakan merangkumi aspek pengoperasian IPT bagi semua kategori Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pelajar boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai urusan kemasukan ke IPT melalui Bilik Gerakan COVID-19 KPT yang dibuka 24 jam di talian 03-8870 6777/6949/ 6623/ 6628, melayari laman web IPT atau terus menghubungi IPT masing-masing

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2021 11:01 PM | Show all posts
Leonclay replied at 31-1-2021 02:22 PM
Bdk2 kak..dlm diam dia g buka peti sejuk minum air sejuk..
Tau2 tgk berhingus blk..
Kita pulak d ...

Dah helok ke? Ralit baca founder kosmetik register forum berbalas post dgn forumner..huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 06:02 AM | Show all posts






Hampir setahun pandemik COVID-19 melanda dunia dan hingga saat artikel ini ditulis, lebih 103 juta penduduk dunia telah dijangkiti virus Korona dan seramai 2.2 juta telah meninggal dunia.





Antara negara yang kini berada dalam top 5 jangkitan dan kematian tertinggi akibat COVID-19 adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, United Kingdom dan Rusia.





Namun, disebalik kes jangkitan dan kadar kematian semakin meningkat setiap hari, masih ada lagi pihak yang mendakwa COVID-19 sebenarnya tidak berbahaya dan hanya seperti selsema biasa sahaja.


Malah ada yang mendakwa bahawa vaksin yang dibekalkan untuk mencegah jangkitan adalah lebih berbahaya dari virus COVID-19.


Memandangkan isu ini kerap tersebar di laman sosial  dan sering menjadi perdebatan dikalangan warganet hingga mengundang pergaduhan dan kekeliruan, seorang doktor tampil mengulas mengenai isu panas ini.


Dalam perkongsian video siaran "live" berdurasi satu jam dua belas minit dilaman Facebooknya, seorang doktor yang dikenali sebagai DrMan Ttdi menjelaskan perkara sebenar mengenai COVID-19 dan juga vaksin.


Menurut DrMan, kita tidak perlulah bergaduh mengenai bagaimana virus ini wujud sama ada ia dicipta oleh sesuatu pihak, mungkin hanya propaganda, mungkin juga diturunkan dari langit atau bermacam-macam lagi teori konspirasi yang tersebar. Perkara yang perlu kita tahu adalah bahawa Allah telah turunkan ujian ini sama ada virus ini benar atau pun tipu.


"Kalau tuan-tuan dan puan-puan pergi tengok sendiri dihospital, dan tidak hanya baca di Facebook atau maklumat yang tersebar di Whatsapp group sahaja, kita akan tahu Covid memang benar-benar wujud dan bahaya. Jangan sekadar tengok maklumat di Google dan kita telan bulat-bulat".


"Kita pergi tengok sendiri di wad-wad, tengok sendiri bagaimana doktor bertugas dan bagaimana pesakit sesak nafas dan ada yang meninggal." katanya.


DrMan memberitahu rakan-rakannya sendiri yang juga dikalangan doktor telah ramai dijangkiti dan ada yang meninggal dunia disebabkan Covid.


"Kawan saya sendiri, Doktor Usman Sani pakar Patologi Hospital Kangar meninggal dunia disebabkan oleh kuman Karona dan mempunyai sejarah perjalanan ke Turki".


"Sebenarnya, selagi mana kita tak nampak, tak rasa, tak kena..kita akan kata kuman Covid ini tipu dan juga propaganda. Orang yang tak jadi doktor, tak jadi nurse, tak jadi frontliner, dia tak rasa bagaimana sengsaranya."


"Sekarang ni,dekat hospital berlambak-lambak kes doktor dan nurse yang sudah dijangkiti dan telah dikuarantin."


"Kita jangan dok kata propa saja melalui bacaan selagi kita tak kena, anak kita tak kena, isteri kita, suami kita, mak ayah kita atau saudara mara kita tak meninggal disebabkan Carona, selagi tu lah kita tak percaya."


"Yang terbaru, sahabat kita yang femes Dr. Azizan Osman dan 31 orang keluarganya juga dijangkiti Carona hinggakan mak mertuanya meninggal dunia. Kamu ingat Dr Azizan saja-saja nak pakai tiub, banyak lagi kerja lain dia nak buat" tambahnya.


Mengulas mengenai vaksin, DrMan menjelaskan bahawa vaksin adalah bukan ubat untuk merawat Covid tetapi vaksin adalah dihasilkan dari partikel kuman untuk mencegah jangkitan Covid.


"Tuan-tuan, kita ada dua cara untuk menjadikan kita imun dari kuman Corona. Nombor satu, kita terkena jangkitan kuman Corona maka badan kita akan ada antibodi yang kuat setelah kuman itu negatif"


"Nombor dua, kita bagi kuman yang bukan original yang dinamakan vaksin yang sama seperti kuman original tapi kuman yang telah dilemahkan. Jadi secara tak langsung bila kita cucuk vaksin, badan kita akan melawan kuman tak original itu seterusnya menghasilkan antibodi".


Menurut DrMan lagi, apabila mengambil vaksin kadang-kadang akan ada orang yang kena kesan sampingan seperti pening, muntah atau mungkin ada yang akan merasa gejala sama seperti terkena Covid-19 namun kesan sampingannya tidak berbahaya seperti terkena kuman Covid yang original yang boleh membawa maut.


Tambahnya lagi, golongan berisiko tinggi seperti warga emas, penghidap kencing manis atau darah tinggi tidak akan diberi vaksin terlebih dahulu dan hanya akan diberi kepada orang yang sihat kerana kerajaan masih belum ada data yang banyak untuk dimonitor.


"Jadi vaksin ini dikatakan keberkesanannya adalah diantara 90% hingga 96% bergantung kepada jenis vaksin. Setiap vaksin akan ada kesan samping tapi kesan samping itu tidak berbahaya seperti dijangkiti virus Corona"


"Dengarlah dan percayalah cakap saya, janganlah percaya dan dengar perkara tahyul dan bukan-bukan" katanya.


DrMan juga menyeru agar orang ramai tidak takut dengan vaksin kerana kita tidak tahu berapa lama kita akan hidup dengan Covid.


"Kita mahu hidup seperti dulu kerana pasti ramai yang rindukan solat berjemaah ramai-ramai, rapat-rapat dimasjid setelah sekian lama bersolat Jumaat berjarak. Bukan saja ramai yang hilang kerja serta anak-anak terpaksa belajar "online", kita juga nak terbang pergi menunaikan haji di Mekah."


" Percayalah, doktor akan buat yang terbaik. Tidak ada mana-mana doktor nak bagi pesakit dia mati."


Diakhir video, DrMan sebak membacakan doa memohon semoga kita semua dilindungi oleh Allah S.W.T dari jangkitan Corona dan keadaan kembali normal.


Untuk info, Covid-19 mempunyai 5 tahap jangkitan.


Tahap 1: Tidak bergejala (assymptomatic)
Tahap 2: Bergejala tanpa radang paru-paru (symptomatic, no Pneumonia)
Tahap 3: Bergejala dengan radang paru-paru (symptomatic, Pneumonia)
Tahap 4: Bergejala, mempunyai radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen (symptomatic, Pneumonia, requiring supplemental oxygen)
Tahap 5: Pesakit kritikal dengan penglihatan multiorgan (critically ill with multiorgan involvement)


Menurut laporan oleh KKM, sebanyak 88% daripada mereka yang telah dijangkiti berada pada Tahap 1 dan Tahap 2. Ini jelas menunjukkan kebanyakan daripada pesakit jangkitan ini sama ada tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda Covid-19 atau hanya menunjukkan gejala yang ringan seperti demam dan batuk.


7% peratus daripada keseluruhan pesakit semasa pula berada pada Tahap 3 dan Tahap 4. Manakala sebanyak 5% daripada baki jumlah keseluruhan pesakit berada pada Tahap 5. -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 06:25 AM | Show all posts
Buritan replied at 30-1-2021 09:28 PM
Tak tau laa.. satu dua hari ni mmg saya stress.. pikir bkn bkn.. anak batuk skit pun dah mulalaa o ...

Jumlah kes baharu meningkat mendadak yang direkodkan tiga hari berturut-turut disebabkan oleh pelaporan lewat kes ke Pusat Kesiapsagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).




Kredit foto: YouTube HMetro




Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah apabila memaklumkan jumlah kes berkenaan turut merangkumi kes-kes yang dikesan positif pada tahun lalu.

"eningkatan kes yang mendadak ini adalah disebabkan oleh saringan bersasar di tempat kerja, saringan kontak rapat dan saringan kumpulan berisiko tinggi yang dijalankan secara besar-besaran di beberapa negeri.

"Namun begitu, kes-kes yang lewat dilaporkan ini sudah diambil tindakan sewajarnya di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berkenaan seperti pengasingan dan rawatan ke atas kes-kes positif, pengesanan kontak rapat serta pengesanan kes secara aktif," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Dr Noor Hisham berkata, terdapat juga kelewatan pelaporan menggunakan Sistem Makmal Kesihatan Awam (SIMKA) oleh fasiliti swasta berdaftar seperti klinik dan hospital swasta.

"Terima kasih kepada fasiliti swasta yang melaporkan kes segera menggunakan SIMKA dan juga pengguna MySejahtera yang membuat laporan kendiri bagi memaklumkan status keputusan ujian Covid-19 mereka.

"KKM akan bekerjasama dengan semua pihak berkaitan agar isu kelewatan pelaporan kes-kes positif ini dapat ditangani dengan segera bagi membendung penularan Covid-19 di Malaysia,"katanya.




Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2021 10:02 AM | Show all posts
Bod sinun-

SATU KAMPUNG PELUK ISLAM

Posted on 1 February 2021        by Admin     


LAHAD DATU: Keprihatian pendakwah, Ustaz Ebit Lew terhadap golongan kurang bernasib baik sememangnya dikagumi ramai pihak.

Bantuan disampaikan beliau bukan sahaja berbentuk wang tunai dan barangan, tetapi juga sokongan moral melalui kata-katanya yang lembut dan menyentuh hati.

Terbaharu dalam perkongsian di laman Facebook rasminya, Ebit Lew berkongsi kegembiraannya apabila kira-kira 157 orang di Pulau Tatagan Semporna mengucap syahadah tanpa paksaan ketika beliau ke sana dalam misi untuk menghantar bantuan.

    “Saya ke sana untuk beri bantuan. Dengar mereka susah dan putus bekalan makanan. Mereka susah sangat. Bajau laut kumpulan manusia tanpa negara. Tengok anak kecil terus menangis. Berebut-rebut datang dekat saya. Mereka beri nama anak selepas setahun kerana risiko kematian tinggi untuk anak bawah setahun.

    “Tiba-tiba ramai tanya saya siapa tuhan. Tuhan tu apa. Saya terus sebak. Saya dengan penterjemah tanya pernah tak sesiapa terangkan tentang agama. Mereka jawab tiada. Kami tak tahu. Tolong bagitahu kami. Saya terus sebak. Saya kumpulkan semua dikeliling bot tadi,” katanya.

Ujar Ebit Lew, penduduk kampung dari suku Bajau Laut atau sering dipanggil “gipsi laut” itu percaya dengan perkongsiannya tentang keindahan Islam dan terus melafazkan syahadah.

Beliau turut memaklumkan akan terus menghulurkan bantuan makanan di seluruh kampung atas laut itu dan kini sedang berusaha untuk membina sekolah dan guru agama untuk mengajar penduduk di situ. — AlHijrah Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 12:53 PM | Show all posts

Eh, my bad...Hari ni cuti Wilayah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 01:18 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 1-2-2021 12:24 PM
Kak-Leen replied at 30-1-2021 07:53 PM
Dua hari ni dok makan kuaci & jambu loceng aje time dok depan tv..

Wah bod sinun...

Rashid Sidek, Cheah Soon Kit dapat gelaran Datuk

https://www.kosmo.com.my/2021/02 ... apat-gelaran-datuk/

Oleh AHMAD MUSTAKIM ZULKIFLI
1 Februari 2021, 11:48 am


RASHID (kiri) dan Soon Kit (kanan) menerima gelaran Datuk.

PETALING JAYA – Bekas jaguh badminton negara, Rashid Sidek dan Cheah Soon Kit antara penerima pingat Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan 2021.

Selain mereka, pendaki Everest negara, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin serta penggiat seni tanah air, Nora Ariffin, Yusry Abdul Halim (KRU) dan Habsah Hasan turut menerima penganugerahan yang membawa gelaran Datuk.

Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah dikurniakan oleh Yang di- Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada mereka bagi mengiktiraf sumbangan ahli sukan serta penggiat seni dan budaya tanah air. – K! ONLINE



Kuala Lumpur: Penyanyi Nora Ariffin, Yusry Abdul Halim (KRU) dan penulis lirik Habsah Hasan antara 335 penerima Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini.
Mereka masing-masing menerima kurniaan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membawa gelaran Datuk.


Nora memberikan reaksi suka bercampur duka berikutan tidak dapat berkongsi kegembiraan ini dengan Allahyarham suaminya, Johan Nawawi yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017.
Bagaimanapun dia tetap bersyukur kerana dapat meraikan kurniaan daripada Yang di-Pertuan Agong ini dengan tiga anaknya iaitu Mohd Syakir Iman, Putri Nur Dahlia dan Putri Nur Fateha.
Seorang lagi anaknya, Mohd Syakir Alif meninggal dunia pada 14 Disember 2019.
Habsah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Chah pula merakamkan kesyukuran penganugerahan ini.
Ia juga menjadi pembakar semangat buatnya yang sudah  lebih empat dekad aktif sebagai penggiat seni untuk terus berkarya.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengurniaan itu adalah sebagai menghargai sumbangan besar penggiat seni dan budaya terhadap lapangan mereka.
Menurutnya, bagaimanapun tarikh penyempurnaan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan bagi tahun ini sedang ditentukan mengambil kira situasi semasa penularan pandemik COVID-19.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts


Meteor punca gempa misteri di Brunei dan Sabah
written by M.Daim 31 January 2021
Meteor punca gempa misteri di Brunei dan Sabah

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Misteri bunyi letupan di langit yang menyebabkan gegaran di Sabah, Brunei dan Utara Sarawak akhirnya terjawab.

Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD) hari ini mengesahkan kejadian itu berpunca daripada meteor.

“Meteor telah dikesan memasuki ruang udara Brunei pada pukul 11 pagi. Saksi mengatakan ia menghasilkan bunyi kuat dan asap,” katanya.

Menurut PADB, pihaknya telah menerima maklumat dan foto dari saksi kejadian.

Sebelum ini, media tempatan di Malaysia dan Brunei melaporkan berlaku kejadian letupan di misteri di ruang angkasa di Brunei dan Labuan.

Letupan yang disusuli dengan gegaran selama 10 saat itu turut dirasai di Sipitang dan Beaufort.

Menurut Pusat Kajigempa Kebangsaan Brunei dalam satu kenyataan, gegaran telah dikesan oleh salah satu stesen seismik milik mereka.

“Gegaran dirasai pada pukul 11.03 pagi dan jelas bukan berpunca dari gempa bumi di Brunei serta negara jiran,

“Gegaran turut dirasai di beberapa lokasi di Brunei,” kata kenyataan itu.  – airtimes.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 01:20 AM GMT+8 , Processed in 1.859760 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list